Wednesday, September 10, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 151(Doa Untuk Orang Sakit, Penyakit Mengantuk Kerana Penyakit Saraf, Maksud Mahar / Mas Kawin, Menuduh Isteri Oleh Suami, Dan Berbohong Yang Di Benarkan).

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,    
Tanyalah Ustaz Siri 151 adalah menjelaskan persoalan doa untuk orang sakit, penyakit mengantuk kerana penyakit saraf, maksud mahar / mas kawin, menuduh isteri oleh suami, 
dan berbohong yang di benarkan.

711. Soalan : Ustaz apakah bacaan dan doa untuk orang seorang yang sedang sakit.

Jawapan :  

Kami mendoakan semoga penyakit ayah saudari sembuh dan pulih seperti sediakala . Semoga di panjangkan umur dan menjadikan umurnya , umur yang bermanfaat insya Allah. Kami ucapkan " Insya Allah jangan bimbang kerana penyakit yang dihidap akan sembuh."

MENDOAKAN ORANG SAKIT CEPAT SEMBUH DITUNTUT

Cari seorang Muslim melawat saudaranya yang sakit berbeza dengan cara yang dilakukan oleh bukan Islam kerana disertakan dengan jampi dan doa. Maka di antara sunnahnya ialah kita hendaklah mendoakan si sakit dan menjampinya (membaca bacaan tertentu) yang ada diriwayatkan oleh Rasulullah SAW.

Contohnya: "Imam al-Bukhari menulis" "Bab Du'a al-'Aa'id lil Maridh" (Bab Doa Menziarahi Orang Sakit) dan menyebutkan hadis Aisyah bahawa Rasulullah SAW apabila menziarahi orang sakit atau orang yang menderita sakit itu didatangkan kepada baginda SAW, Baginda mengucapkan (doa yang bermaksud): "Hilangkan penyakit ini, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkau adalah Maha Penyembuh. Tidak ada kesembuhan selain kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit." (Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Fathul-Bari No.5675).

Dan Nabi SAW juga pernah menjenguk Sa'ad bin Abi Waqash kemudiannya Baginda SAW mendoakannya (yang bermaksud): "Ya Allah sembuhkanlah Sa'ad dan sempurnakanlah hijrahnya." (Hadis Riwayat al-Bukhari dalam fathul-Bari No.5659).

Ada sesetengah orang mengemukakan pandangan tidak perlu didoakan kesembuhan kerana mereka beralasan bahawa sakit dapat menghapuskan dosa dan mendatangkan pahala seperti disebutkan dalam beberapa hadis. Bagi kemusykilan itu, al-Hafiz Ibnu Hajar memberikan jawapan demikian, "Sesungguhnya doa itu adalah ibadat dan tidaklah menafikan antara pahala dan kafarat (penghapus dosa).

Sebab keduanya diperoleh pada permulaan sakit dan dengan sikap sabar terhadapnya. Adapun orang yang mendoakan, akan mendapat dua macam kebaikan, iaitu mungkin memperoleh apa yang dimaksudkan atau diganti dengan mendapatkan manfaat lain atau ditolaknya suatu bahaya yang mana semuanya itu adalah kurniaan Allah SWT."

Memanglah seorang Muslim itu hendaklah bersabar ketika menderita sakit atau ditimpa musibah, tetapi hendaklah juga ia meminta keselamatan kepada Allah SWT seperti hadis sabda Baginda SAW: "Janganlah kamu mengharapkan bertemu musuh dan mintalah keselamatan kepada Allah SWT. Tetapi apabila kamu bertemu musuh, maka bersabarlah dan ketahuilah bahawasanya syurga itu di bawah bayang-bayang pedang." (Hadis Muttafaqun 'alaih daripada Abdullah bin Abi Aufa).

Dalam hadis Ibnu Abbas, bahawa Nabi SAW bersabda: "Perbanyakkan berdoa memohon 'afiat (keselamatan)." (Hadis Riwayat al-Tabrani dan adh-Dhiya').

Salah satu doa Nabi SAW (yang bermaksud): "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu penjagaan daripada yang terlarang dan keselamatan dalam urusan dunia dan agamaku, keluarga dan hartaku." (Hadis riwayat al-Bazzar daripada Ibn Abbas).

Di antara doa lain yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amir, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang menjenguk orang sakit, maka hendaklah ia mendoakannya dengan mengucapkan, "Ya Allah, sembuhkanlah hamba-Mu, agar dia dapat membunuh musuhmu atau berjalan kepada-Mu untuk melakukan solat." Maksud musuh di sini mungkin orang-orang kafir yang memerangi umat Islam atau Iblis dan tenteranya.

Selain itu ada lagi hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas berhubung sabda nabi SAW: "Barang siapa yang menjenguk orang sakit yang belum tiba ajalnya, lalu ia mengucapkan doa ini di sisinya sebanyak tujuh kali (yang bermaksud "Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan bagi 'arasy yang agung, semoga Ia berkenan untuk menyembuhkanmu") nescaya Allah SWT akan menyembuhkannya daripada penyakit itu. (Hadis Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi).

Di antara sunnahnya lagi iaitu kita harus memberi harapan sembuh kepada pesakit seperti ucapan yang sering diucapkan oleh Baginda SAW iaitu "La Ba'sa Tohurun, Insya-Allah" (maksudnya: tidak apa-apa, bersih (sembuh), Insya-Allah). Maksud tidak apa-apa itu ialah jangan bimbang kerana penyakit yang dihidap akan sembuh.

Ucapan ini menimbulkan keyakinan, sekali gus menjadi doa semoga hilang penyakit dan penderitaannya serta kembali sihat di samping dapat menghapuskan dosa-dosanya.

Imam al-Tirmizi dan Ibn Majah meriwayatkan hadis daripada Abu Sa'is al-Khudri secara marfu' (maksudnya): "Apabila kamu menjenguk orang sakit, maka hendaklah kamu beri harapan akan panjang umur. Kerana yang demikian itu, meskipun tidak dapat menolak takdir sedikit pun, tetapi dapat menyenangkan hatinya." (Hadis Riwayat Ibn Majah dan al-Tirmizi).

Sementara itu, bagi pesakit yang tiada harapan untuk sembuh, mengikut Sunnatullah- maka hendakah si pelawat itu memohon kepada Allah SWT agar Dia memberikan kasih sayang dan tunjukkanlah sikap yang lemah lembut kepadanya dan meringankan penderitaannya.

712. Soalan : Apakah sebab seseorang mudah mengantuk dan adakah bacaan ayat-ayat al-Quran untuk mengatasi penyakit mengantuk ini?

Jawapan : 

Jika anak lelaki puan jika dulu dia bukan kaki tidur setelah dia berkahwin dia suka tidur maka perlulah bawa pemereksaan doktor berkemungkinan dia menghadapi penyakit saraf yang di namakan KLENE-LEVIN SYNDROME. Penyakit ini perlukan rawatan khas kerana pengidapnya akan mengalami mengantuk yang melampau.

Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 boleh di amalkan untuk mengubati penyakit saraf yang menyebabkan mengantuk.

713. Soalan : Bolehkan ustaz jelaskan mahar atau mas kahwin di dalam Islam?

Jawapan : 

Mahar adalah mas kawin. Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

Mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : " Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka ". ( Surah An-Nisaa' ayat 4 ) 

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : "Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Hadis Riwayat Bukhari ).

Mahar Mengikut Negeri :

Perundangan syariah di negara kita adalah di bawah bidang kuasa setiap sultan di setiap negeri seperti yang telah diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Ini juga bermakna bahawa perkara-perkara yang berdasarkan perkahwinan adalah berlainan di antara negeri-negeri di Malaysia. Oleh itu anda akan mendapati bahawa wang mahar yang ditetapkan di setiap negeri adalah berlainan.

Perbezaan Mas Kahwin dan hantaran.

Terdapat perbezaan di antara mas kahwin dan hantaran. Mas kahwin merupakan pemberian wajib, tetapi hantaran lebih merupakan hadiah kepada pihak isteri.
Hantaran adalah tidak wajib dan terpulang kepada pasangan untuk menentukan kadarnya. Tiada kadar minimum hantaran yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Ini berlainan dengan mas kahwin.

Pada keseluruhannya dalam adat Melayu wang hantaran merupakan bantuan bagi pihak isteri untuk belanja kahwin. Ia bertujuan mengurangkan beban isteri dan keluarga isteri dalam membuat persiapan majlis perkahwinan.

Ia juga boleh dianggap sebagai hadiah kepada isteri yang kini bakal menjadi pasangannya. Sekiranya wang hantaran telah diserahkan kepada pihak isteri, maka terpulang kepada isteri untuk membelanjakannya.

Mahar Tanda Kasih sayang.

Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri. Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.

Pemberian Mahar.

Memberi mahar kepada isteri hukumnya wajib. Menurut Abu Hanifah, isteri berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya sah. Manakala dalam mazhab Syafi’e pula diwajibkan mahar bukan disebabkan akad nikah yang sah sahaja tetapi juga dengan persetubuhan. Sekiranya akad nikah tersebut fasid ( tidak sah ), suami tidak wajib memberi mahar kepada isteri melainkan setelah berlakunya persetubuhan.

Kadar Mahar.

Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah.

Mas kahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan mas kahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

Jenis Mahar 

a) Mahar Musamma. Mas kahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai mas kahwin saudara-saudara perempuan yang lain.

Mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah seperti yang diamalkan dalam perkahwinan masyarakat kita pada hari ini. Ulama’ telah bersepakat bahawa mahar musamma wajib dibayar oleh suami apabila berlaku salah satu daripada perkara-perkara berikut :-

1) Berlakunya persetubuhan di antara suami isteri.

2) Kematian salah seorang di antara mereka sama ada suami atau isteri.

b. Mahar Misil ( mahar yang sepadan )

Mahar yang dinilai mengikut mas kahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu. Ia juga hendaklah dinilai sama dengan mas kahwin keluarganya yang paling dekat sekali seperti kakak, ibu saudaranya. Seterusnya menilaikan keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya. 

Mahar yang tidak disebut jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah, sekiranya berlaku keadaan ini, mahar tersebut hendaklah diqiaskan ( disamakan ) dengan mahar perempuan yang setaraf dengannya di kalangan keluarganya sendiri seperti adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau ibu saudaranya. Sekiranya tiada, maka diqiaskan pula dengan mahar perempuan-perempuan lain yang setaraf dengannya dari segi kedudukan dalam masyarakat dan sekiranya tiada juga, terpulang kepada suami berdasarkan kepada adat dan tradisi setempat.

Selain daripada itu terdapat perkara-perkara lain yang perlu diambil kira dalam menentukan mahar misil iaitu dari sudut rupa paras, kekayaan, keadaan setempat, keagamaan , ketakwaan, keilmuan, kecerdasan fikiran , keluhuran budi serta status perempuan tersebut sama ada gadis atau janda dan perkara-perkara yang boleh dijadikan penilaian. Ini kerana kadar mahar berbeza dengan berbezanya sifat-sifat di atas.

6. Mendapat Separuh Mahar Atau Tidak Berhak Mendapat Langsung.

Sebagaimana yang kita sedia maklumi , apabila berlakunya suatu akad nikah yang sah, maka wajib bagi suami membayar mahar kepada isteri sama ada berupa mahar musamma atau pun mahar misil kerana ia merupakan hak isteri.

Walau bagaimanapun terdapat keadaan yang menyebabkan isteri hanya berhak mendapat separuh sahaja daripada mahar tersebut atau pun tidak mendapat apa-apa mahar langsung daripada suami iaitu :-

a) Isteri hanya mendapat separuh sahaja daripada mahar apabila berlakunya perceraian sebelum persetubuhan.

b) Isteri tidak berhak langsung untuk mendapat pemberian mahar daripada suami apabila berlakunya perceraian disebabkan fasakh ( dari pihak isteri ) sebelum berlakunya persetubuhan.

7. Kesimpulan

Mahar adalah hak isteri yang diberikan oleh suami dengan hati yang tulus ikhlas tanpa mengharapkan balasan sebagai pernyataan kasih sayang dan tanggungjawab suami atas kesejahteraan rumah tangga. Ianya bertujuan untuk menggembirakan dan menyenangkan hati isteri agar isteri merasa dihargai dan bersedia untuk menjalani kehidupan bersama suami.

Sebenarnya mas kahwin bukan harga bagi wanita atau isteri tetapi pemberian yang selayaknya diberikan oleh suami sebagai tanda dia rela mengambil tanggungjawab menjaganya. Kalaulah wanita itu hendak dinilai dengan harga dan perlu ditawarkan dengan mas kahwin, sudah tentu tidak ternilai dengan wang,

714. Soalan : Apakah hukumnya suami menuduh isterinya ada hubungan dengan lelaki lain tanpa saksi dan bukti?

Jawapan : 

Biasanya jika berlaku kes tuduhan suami ke atas isterinya berzina tanpa membawa 4 orang saksi kerana suaminya menyaksikan sendiri dengan mata dan kepalanya maka sumpah ini di panggil sumpah laknat (Iian) : Sumpah laknat atau ‘lian’ hanya wujud untuk urusan suami isteri, iaitu apabila suami menuduh isteri mereka berzina.

Ini sebagaimana wujud peruntukan di dalam al-Quran dalam surah an-Nur ayat 6-9, yang bermaksud: 

Ayat 6

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْوَاجَهُمْ وَلَمْ يَكُن لَّهُمْ شُهَدَاء إِلَّا أَنفُسُهُمْ فَشَهَادَةُ أَحَدِهِمْ أَرْبَعُ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ إِنَّهُ لَمِنَ الصَّادِقِينَ

"Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar". (Surah an-Nur (24) ayat 6)

Ayat 7

وَالْخَامِسَةُ أَنَّ لَعْنَتَ اللَّهِ عَلَيْهِ إِن كَانَ مِنَ الْكَاذِبِينَ 

"Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta. (Surah an-Nur (24) ayat 7)

Ayat 8

وَيَدْرَأُ عَنْهَا الْعَذَابَ أَنْ تَشْهَدَ أَرْبَعَ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ إِنَّهُ لَمِنَ الْكَاذِبِينَ

"Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta". (Surah an-Nur (24) ayat 8)

Ayat 9

وَالْخَامِسَةَ أَنَّ غَضَبَ اللَّهِ عَلَيْهَا إِن كَانَ مِنَ الصَّادِقِينَ

Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar". (Surah an-Nur (24) ayat 9)

Kemudian surah an-Nur ayat 6-9 Allah menerangkan tentang hukuman terhadap suami atau isteri yang menuduh pasangan masing-masing melakukan zina. Dan hal ini pernah berlaku di zaman Nabi Muhammad Sallahu 'Alaihi Wasallam. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang ingin bersumpah, hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah atau (jika tidak), hendaklah dia diam saja (tidak bersumpah).” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

 Menurut mazhab Hanafi dan Hambali, melakukan sumpah di dalam masjid adalah ‘harus’ sebagaimana hadis yang menceritakan pernah wujud kes kehakiman dan pertelingkahan serta sumpah laknat antara suami dan isteri dijalankan di masjid pada zaman Nabi SAW. (Fath Al-Bari) 

Bagaimanapun, mazhab Syafie menganggap melakukan urusan sumpah dan perbincangan pertikaian hak serta tuduh menuduh di dalam masjid adalah makruh. (Fath al-Aziz) . Jika berlaku perikaian suami isteri yang bukan menyebabkan kes zina , hanya kes tak memberi nafkah janganlah main-main sumpah laknat nanti makan diri samaada suami atau isteri. 

Jika benar suami tak beri nafkah maka mengaku sajalah jangan sanggup nak bersumpah dengan nama Allah SWT. Si isteri pula sepatutnya selesaikan hak nafkah secara baik bukan sampai bersumpah-sumpah. Jika kes zina dan suami tak mahu mengaku anak kandungan yang berada di dalam perut isterinya adalah anaknya (anak syubhat) maka bolehlah bersumpah dengan nama Allah 4 kali dan sumpah kali ke 5 laknat Allah atasnya jika dia termasuk orang-orang yang dusat. Isteri bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta". 

Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar"

Jika suami berkeras tak mahu bayar nafkah yang tertonggak nanti dia jawab di akhirat Allah SWT Maha Adil untuk menimbang amalan-amalan manusia, semua manusia tak akan terlepas. Orang mukmin ini sifatnya tak suka sumpah-sumpah. Walaupun dia berada dalam keadaan kebenaran dia tak akan suka sumpah dengan nama Allah SWT. Jika silap kadangkala sumpah boleh makam diri sendiri kerana berbohong. Berbohong dan bersumpah dengan nama Allah lebih berat dosanya daripada berbohong tidk menggunakan nama-nama Allah SWT. Isteri perlulah banyak bersabar kerana di takdirkan bersuamikan seseorang yang tak amanah di dalam keluarganya.

Jika kes rakan puan sudah di bawa ke mahkamah maka pihak isteri perlu buatkan tuntutan dan jika sukar untuk mempertahankan diri maka boleh melantik peguam syrie untuk membela dan menegakkan keadilan, jika bekas suami berbohong dan berdusta atas nama Allah maka dia kena tanggung dosa akibat sumpah palsu. Suami kena bayar nafkah iddah dan jika isteri di ceraikan tanpa hak maka isteri boleh tuntut nafkah mut'ah. Biasanya jika isteri sendiri minta cerai maka isteri tak dapat nafkah mut'ah.

715. Soalan : Ustaz berbohong adalah satu amalan buruk yang mendatangkan dosa. Adakah ada keadaan tertentu seseorang boleh bercakap bohong di sebabkan dharurat.?

Jawapan : 

Dusta atau bohong adalah perbuatan haram. Tidak ada keringanan untuk berdusta dalam Islam, kecuali kerana darurat atau keperluan yang mendesak. Itu pun dengan batas yang sangat sempit. Seperti tidak dijumpai lagi cara yang lain untuk mewujudkan tujuan yang baik itu, selain harus bohong.

Ada satu cara yang mirip dengan dusta tapi bukan dusta. Dalam keadaan berhelah, seseorang boleh menggunakan cara ini untuk mewujudkan keinginannya tanpa harus terjerumus ke jurang kedustaan. Cara itu, bernama ma’aridh atau tauriyah. Bentuknya, seseorang menggunakan kata yang hampir sama, dengan harapan agar difahami lain oleh lawan bicara.

Sebagai contoh, disebutkan dalam hadis riwayat Bukhari, dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu:

Suatu ketika Nabi Ibrahim pernah bersama isterinya Sarah. Mereka berdua melalui daerah yang dipimpin oleh penguasa yang zalim. Ketika rakyatnya melihat isteri Ibrahim, mereka memberitahu kepada raja, di sana ada lelaki bersama seorang wanita yang sangat cantik –sementara penguasa ini punya kebiasaan, merampas isteri orang dan membunuh suaminya. Penguasa itu mengutus orang untuk menanyakannya. “Siapa wanita ini?” tanya prajurit. (raja) “Dia saudariku.” Jawab Ibrahim. Setelah menjawab ini, Ibrahim mendatangi isterinya dan mengatakan,

يا سارة ليس على وجه الأرض مؤمن غيري وغيرك، وإن هذا سألني فأخبرته أنك أختي فلا تكذبيني

“Wahai Sarah, tidak ada di muka bumi ini orang yang beriman selain aku dan dirimu. Orang tadi bertanya kepadaku, aku sampaikan bahawa kamu adalah saudariku. Kerana itu, jangan engkau anggap aku berbohong… .”

Nabi Ibrahim ‘alahis salam dalam hal ini menggunakan kalimat ambigu. Kata “saudara” boleh bermakna saudara seagama atau saudara kandung. Yang diiginkan Ibrahim adalah saudara seiman/seagama, sementara perkataan beliau ini difahami oleh prajurit, saudara kandung.

Inilah bohong yang dibolehkan, yakni bohong untuk mewujudkan kemaslahatan atau menghindari bahaya yang lebih besar. Diriwayatkan dari Ummu Kultsum binti Uqbah, beliau mendengar Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda,

ليس الكذاب الذي يصلح بين الناس فينمي خيرا أو يقول خيرا
“Bukan seorang pendusta, orang yang berbohong untuk mendamaikan antara sesama manusia. Dia menumbuhkan kebaikan atau mengatakan kebaikan.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Yang dimaksud menumbuhkan kebaikan:

Ketika ada dua kumpulan, A dan B yang bermusuhan, datang C. Dia sampaikan bahawa kepada A tentang B, yang membuat A redha dan mahu memaafkan kesalahan B, dan sebaliknya. Meskipun boleh jadi, C tidak pernah mendengarnya. Semua itu dalam rangka perdamaian. Demikian keterangan di Syarh Sunnah Al-Baghawi.

Dalam riwayat yang lain:

ولم أسمعه يرخص في شيء مما يقول الناس إلا في ثلاث: تعني الحرب، والإصلاح بين الناس، وحديث الرجل امرأته، وحديث المرأة زوجها.

“Belum pernah aku dengar, kalimat (bohong) yang diberi keringanan untuk diucapkan manusia selain dalam 3 hal: Ketika perang, dalam rangka mendamaikan antara sesama, dan suami berbohong kepada isterinya atau isteri berbohong pada suaminya (jika untuk kebaikan).” (HR. Muslim)

Yang dimaksud berbohong antara suami isteri adalah berbohong dalam rangka menampakkan rasa cinta, menggombal, dengan tujuan untuk membinakan kasih sayang dan ketenangan keluarga. Seperti memuji isterinya hingga tersanjung, atau menampakkan kesenangan bersamanya sampai pasangannya tersipu malu, dst.

Satu yang perlu diberi garis tebal, bukan termasuk bohong yang dibolehkan dalam hadis ini, berbohong untuk mengambil hak pasangannya atau lari dari tanggung jawab. Demikian keterangan An-Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim.

Al-Hafidz ibnu hajar mengatakan,

وَاتَّفَقُوا عَلَى أَنَّ الْمُرَاد بِالْكَذِبِ فِي حَقّ الْمَرْأَة وَالرَّجُل إِنَّمَا هُوَ فِيمَا لَا يُسْقِط حَقًّا عَلَيْهِ أَوْ عَلَيْهَا أَوْ أَخْذ مَا لَيْسَ لَهُ أَوْ لَهَا

“Ulama sepakat bahwa yang dimaksud bohong antara suami isteri adalah bohong yang tidak menggugurkan kewajiban atau mengambil sesuatu yang bukan haknya.” (Fathul Bari, 5:300)

Sementara bohong ketika perang bentuknya dengan pura-pura menampakkan kekuatan atau menipu musuh dengan strategi perang . Dan tidak termasuk bagian ini adalah mengkhianati perjanjian.

715. Soalan : Apakah yang di maksudkan fitnah dajjal di akhir zaman?

Jawapan : 

Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt untuk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yang luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.

Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung.

Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yang tidak mahu bersukutu dengan Dajjal..mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah SAW. bertanya:”Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu wahai Rasulullah?” Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” (H.R Ibnu Majah)

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:

Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman orang Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yang kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yang dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:

Kepantasan yang dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yang digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam”…

Kami bertanya: "Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini? Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” (H.R Muslim)

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua bandar suci umat Islam itu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:

Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yang terbaik untuk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

Dajjal Membawa Air & Api.

Dari Rib`iy bin Hirasy (ربعيّ بن حراش) berkata: “Saya pergi bersama Abu Mas`ud al-Ansari (ابي مسعود الانصارى ) ke tempat Huzdaifah bin Al-Yaman (حذيفة بن اليمان) radhi allahu `anhum, kemudian Abu Mas`ud berkata kepada Hudzaifah, “Ceritakanlah kepadaku berita tentang Dajjal yang engkau dengar dari Rasulullah SAW.”

Hudzaifah berkata, “Sesungguhnya Dajjal itu akan keluar dengan membawa air dan api. Adapun apa yang terlihat air oleh manusia maka itu sebenarnya adalah api yang membakar. Sedangkan apa yang terlihat api oleh manusia maka itu sebenarnya adalah air yang dingin dan segar.” 

Barangsiapa di antara kamu sekalian berjumpa dengan Dajjal, maka hendaklah ia membuat keputusan memilih pada apa yang terlihat sebagai api kerana sesungguhnya itu adalah air yang segar dan baik.” Kemudian Abu Mas`ud berkata, “Saya pun telah mendengar berita yang seperti itu.” (HR al-Bukhari dan Muslim). 

Peringatan Para Nabi Mengenai Dajjal & Rupa Dajjal :

Dari Anas radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya :

“Tidak ada seorang nabi pun melainkan telah memperingatkan kepada umatnya terhadap si buta sebelah yang sangat pendusta. Ingatlah bahawasanya Dajjal itu buta sebelah, dan sesungguhnya Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Agung itu tidaklah buta sebelah. Dan di antara dua mata Dajjal itu ada tulisan, ك ف ر” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah radhiallahu `anhu berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya :

“Sukakah aku jelaskan kepada kamu tentang Dajjal yang belum pernah dijelaskan oleh seorang nabi kepada umatnya. Sesungguhnya Dajjal itu buta sebelah dan sesungguhnya ia akan muncul dengan membawa semacam Syurga dan Neraka. Sesuatu yang dikatakan Syurga oleh Dajjal itu sebenarnya adalah Neraka.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Dajjal Diiringi Oleh 70,000 Yahudi Isbahan (bandar purba Yahudi di Iran)
Dari Anas radhiAllahu `anhu bahawasanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:, “Orang Yahudi Isbahan (اصبهان) sebanyak 70,000 yang lengkap dengan pakaian seragamnya (الطّيالسة) akan selalu mengikuti Dajjal.” (HR Muslim)

Dajjal akan keluar di antara Syam (Syria) dan Iraq . "Dajjal itu adalah seorang pemuda yang berambut kerinting, matanya agak menonjol keluar. Kalau boleh aku mengumpamakan, dia itu seperti `Abdul `Uzza bin Qathan (عبد العزّى بن قطن). Barangsiapa di antara kalian menjumpainya maka hendaklah membaca permulaan surah al-Kahfi kepadanya. Dajjal keluar di antara Syam dan Iraq, kemudian dia membuat onar ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba ALLAH, teguhkanlah pendirianmu.”

Haya orang beriman saja akan kenal mana yang baik dan mana yang buruk. Di dahi dajal jelas tertulis kafir maka hanya orang beriman akan kenal dengan sihir dajjal dan sanggup dirinya terkorban semata-mata untuk mendapat syahid.

Kedatangan dajjal adalah tanda akhir kiamat dan tak siapa yang tahu bila masanya melainkan Allah SWT.Rahsia 10 tanda-tanda besar hanya ada dalam ilmu Allah SWT. Manusia yang meletakkan tahun berapa akan kiamat boleh jatuh syirik seperti masyarakat barat. Dajjal akan berdakyah keseluruh dunia tak ada tempat yang tak di datangi dajjal melainkan Mekah dan Madinah kerana dajjal tak boleh masuk kerana dijaga oleh para malaikat.

1 comment:

  1. 💐Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing manis dan jugak kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....

    Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.👉🏼 *En Mohd Zuhairi- 0174687570*

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....

    5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    6) Bagi yang ada sakit *KENCING MANIS* pon boleh mendapatkan ubatan *paling mujarab* , termasuk *kencing* *manis* *kronik* seperti *kaki* *berlubang* dan *bernanah* *sehingga* *tidak* *perlu* *dipotong* .

    Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .💪🏼

    Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    *Skg sudah sembuh dr kanser.*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 *sekarang dh sembuh*
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    *Tengku Aziah bt Tengku Ishak,bacaan gula 16 ,bertahun thun hidap kencing manis,minum herba ini bcaan sntiasa 6 shaja *

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Pn. Rugayah Jilani -
    Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- *sudah sembuh !*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- *sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    *En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..*

    👍🏻In sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain

    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼

    *NOTE* :

    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- *0174687570*

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete