Friday, November 28, 2014

Ringkasan Senarai Tajuk-tajuk Tanyalah Ustaz Siri 142 - 196

Senarai Tajuk-tajuk Soalan 142 - 196

Siri 142 adalah menjelaskan persoalan hukum bulu kucing, air ikan kena baju, doa khatam al-Quran, nita semasa berkorban dan ibu kena sihir.

Siri 143 adalah menjelaskan persoalan pawah kebun, mengatasi was-was, fidyah tak berganda, niat untuk melakukan dosa dan jin ada Islam dan kafir.

Siri 144 adalah menjelaskan persoalan tebus talak, wang pinjaman bank untuk perniagaan, aqiqah untuk bukan Islam, konsep qada dan qadar dan hukum bulu kucing.

Siri 145 adalah menjelaskan persoalan kisah Dajjal, siram air di kubur, harta pusaka wang haram, perkara membatalkan wuduk dan roh manusia.

Siri 146 adalah menjelaskan persoalan menangis ketika solat, membaca talkin, hukum menyambut Maulid irrasul, solat menghadap kiblat dan konsep kalimah  laa ilaaha illallah.

Siri 147 adalah menjelaskan persoalan bayar hutang dengan duit haram, tangan kidal, hasil binatang haram di makan, melihat bakal isteri dan ibu tak restu perkahwinan.

Siri 148 adalah menjelaskan persoalan al-Quran sebagai penawar penyakit, hukum berkorban (tak boleh potong kuku dan rambut), al-Quran menjawap masalah manusia, hukum bunuh semut gatal dan iddah kematian suami.

Siri 149 adalah menjelaskan persoalan zakat emas perhiasan, hukum cederakan kucing, merawat santau (ayat al-Quran), doa yang di baca selepas tahyat akhir sebelum salam dan cara beristinjak. 

Siri 150 adalah menjelaskan persoalan hukum mewarnakan rambut, ayat al-Quran rawatan kanser, cara berdoa angakt tangan yang betul, pertunangan dalam Islam dan hutang (menuntut hutang di bayar).

Siri 151 adalah menjelaskan persoalan doa untuk orang sakit, penyakit mengantuk kerana penyakit saraf, maksud mahar / mas kawin, menuduh isteri oleh suami, 
dan berbohong yang di benarkan.

Siri 152 adalah menjelaskan persoalan fitnah dajjal, hukum berjabat tangan, ciri-ciri suami soleh, hukum isteri curang dan telinga berdengaung .

Siri 153 adalah menjelaskan persoalan hukum bersalaman dengan wanita, qada' solat yang ditinggalkan, ziarah jenazah, hukum makan siput babi dan hukum makan lebah.

Siri 154 adalah menjelaskan persoalan hukum halal dan haram, syarat membela anjing, aurat wanita (kesalahan wanita), masuk tandas tutup kepala - hadis sangat dhaif dan tempuh darah nifas, hukum berkorban untuk orang mati dan ibu bapa tak tanggung dosa anak.

Siri 155 adalah menjelaskan persoalan hukum makan ulat, sedekah boleh ubati penyakit, minum ketika khutbah, hukum onani, melambatkan solat.

Siri 156 adalah menjelaskan persoalan murtad tak percaya Allah SWT, Payung Emas tak ada nas, hantar jenazah ke kuburan, mandi wiladah dan mandi malam hari.

Siri 157 adalah menjelaskan persoalan hukum batalkan puasa qada, kisah firaun, teguran cara hikmah, ambil wuduk bua aurat dan berkahwin wanita ahli kitab. 

Siri 158 adalah menjelaskan persoalan tuduhan kafir, merancang keluarga, melambatkan solat, berdoa dan cara angkat tangan dan pingana mangkuk sumbing.

Siri 159 adalah menjelaskan persoalan syarat-syarat taubat, cara menjawab salam, wanita ziarah kubur, Nabi SAW di racun Yahudi dan syarat mendapat rahmat Allah.

Siri 160 adalah menjelaskan persoalan hukum onani, ciri-ciri isteri tak solehah, payung emas (bukan hadis sahih) , hukum air liur kucing , taubat di terima (tanda-tandanya) dan jenazah di kebumikan tiada makhluk yang ikut ke kubur.

Siri 161 adalah menjelaskan persoalan hukum tinggalkan solat, hukum minum arak, cara tingkatkan iman, mendapat ketenagan hati dan warna baju Rasulullah.

Siri 162 adalah menjelaskan persoalan amalan dan larangan haid, kelebihan mati syahid, pembelian emas cara ansuran, zihar isteri sama seperti emak mertua dan hukum membuang ancak.

Siri 163 adalah menjelaskan persoalan cara duduk tahyat akhir, tak terima takdir Allah, hadis palsu wanita melahirkan anak, bersalaman dengan kanak-kanak dan perbezaan qarin dan syaitan.

Siri 164 adalah menjelaskan persoalan haid lebih 15 hari, doa pada sahabat (hadis tak sahih) , kedudukan jenazah ketika solat jenazah, tafsir mimpi melihat cermin dan doa kepada ibu yang kafir.

Siri 165 adalah menjelaskan persoalan korban kambing boleh di kongsikan, sembelihan orang Yahudi, doa makan hadis dhaif, wanita kurang akal dan agama dan hukum kawin paksa.

Siri 166 adalah menjelaskan persoalan kewajipan tunaikan haji, khutbah Jumaat tak di dengar, hadis 73 golongan, upah daging korban dan hukum tawaf sentuh wanita.

Siri 167 adalah menjelaskan persoalan wuduk sentuh suami dan isteri, tawaf wida pergi beli barang, wanita solat perlu ada sutrah, air mutlak masuk tahi cecak dan batas aurat muka wanita.

Siri 168 adalah menjelaskan persoalan wang tak patuh syariah, daging korban cara agihan, hukum janin lembu semasa korban, penyakit nyanyuk cara mengubatinya dan ayat al-Quran Allah berikan petunjuk..

Siri 169 adalah menjelaskan persoalan doa melihat petir, hukum membunuh cicak, Israk dan Mikraj, pembahagian masa dan zakat pendapatan.

Siri 170 adalah menjelaskan persoalan emas beli cara hutang, anak yatim, akad jual beli (tunai dan hutang), solat Jumaat (tinggal) dan solat (sir dan jahar)

Siri 171 adalah menjelaskan persoalan wanita ziarah kubur, perbezaan ujian dan bala, perayaan orang bukan Islam, harta sepencarian dan bid'ah dan sunah.

Siri 172 adalah menjelaskan persoalan zakat beri pada ahli keluarga, alkohol dalam makanan, solat qada , imam solat di benci makmum, hutang tak di bayar.

Siri 173 adalah menjelaskan persoalan wuduk batal sentuhan suami isteri, syarat mohon fasakh, kandungan anak luar nikah 4 bulan, baring tak batalkan wuduk dan hukum jimak ketika haid.

Siri 174 adalah menjelaskan persoalan bacaan sujud sahwi, roh tamyis, anak baru lahir cara sambutannya, anak angkat dan baring tak batalkan wuduk

Siri 175 adalah menjelaskan persoalan persiapan sebelum meninggal dunia, solat sunat kifaratul baul,  lelaki pakai seluar ketat, doa mohon rezeki yang haram, solat pegang mikrofon dan solat dalam kenderaan.

Siri 176 adalah menjelaskan persoalan najis cicak, kanak-kanak hisab susu ibu, mendidik anak remaja perempuan, solat baju terkena darah dan selawat Nabi SAW

Siri 177 adalah menjelaskan persoalan batal solat tertinggal rukun panjang, menyesal berkahwin, surah al-Baqarah jauhi syaitan, marah cara mengawalnya dan bersin dan menguap.

Siri 178 adalah menjelaskan persoalan aurat wanita, cerai taklik, qarin manusia, sujud tilawah dan doa lepas tahyat akhir.

Siri 179 adalah menjelaskan persoalan adat bersanding, doa memasak, doa mendapat zuriat, solat sentuh anak kecil dan bertaubat kali kedua.

Siri 180 adalah menjelaskan persoalan konsep tawasul, suasa tak boleh untuk lelaki, wanita haid potong kuku, tanda taubat di terima, takwa paling mulia di sisi Allah.

Siri 181 adalah menjelaskan persoalan menghadiri majlis arak, sai'e dan umrah, haid wanita tak menentu, puasa qada' pada hari Jumaat, wuduk tak batal sentuh wanita.

Siri 182 adalah menjelaskan persoalan kawin paksa, dagu wanita bukan aurat, air mustakmal, was-was ketika berwuduk, khauf dan rajak.

Siri 183 adalah menjelaskan persoalan anak gadis suka membantah nasihat ibu bapa, membela anak gadis dengan didikan Islam, keguguran baru 3 bulan, lafaz cerai suami pada orang lain dan wanita solat berjemaah.

Siri 184 adalah menjelaskan persoalan menghisap rokok haram, Imam Ghazali 6 ciri wanita yang tidak baik, solat isyak lewat, hukum alat muzik bertali , perkara-perkara membatalkan solat dan adakah tapak kaki wanita aurat?

Siri 185 adalah menjelaskan persoalan ihram dan tawaf wanita pakai purdah, tidur tiarap, harta takaful kena di faraidkan, telekong yang ketat, dan fitnah dajjal.

Siri 186 adalah menjelaskan persoalan adab tidur, semasa solat membuka pintu, pertunangan dalam Islam, air mustakmal dan mandi wiladah.

Siri 187 adalah menjelaskan persoalan tanda sujud di wajah, niat dalam solat 4 mazhab, syarat taubat di terima atau di tolak, cara samak najis mughalazah dan hukum lelaki menyerupai wanita.

Siri 188 adalah menjelaskan persoalan bantuan kepada mualaf, perbezaan ma'tsurat dan manzil, solat sunat hifzi, bila melihat kemungkaran dan wanita di syurga dengan suami terakhir.

Siri 189 adalah menjelaskan persoalan suami guna gaji isteri, sifat sombong, tafsir surah an-Nisa' ayat 47, khyusuk dalam solat dan hilangkan perasaan takut.

Siri 190 adalah menjelaskan persoalan rahsia perkara ghaib, doa panjang umur, isteri mendedahkan aib suami, janda boleh berkahwin ikut pilihannya dan suami pentingkan rakan-rakannya.

Siri 191 adalah menjelaskan persoalan tips nafas panjang, solat pakai baju ada gambar binatang, iddah wanita di ceraikan suaminya, jodoh wanita yang telah bertaubat dan bayar fidyah puasa untuk ibu bapa yang meninggal dunia.

Siri 192 adalah menjelaskan persoalan aqiqah untuk anak yang sudah baligh, membaca surah al-Waqiah , terlanjur melakukan zina dan adat yang bertentangan syarak semasa majlis walimatul urus.

Siri 193 adalah menjelaskan persoalan hukum isteri mencari nafkah dan suami duduk dirumah, ciri-ciri lelaki yang baik, apa maksud bai'ah dalam Islam, amanah dan tanggungjawab dalam Islam dan bolehkan manusia berkahwin dengan bunian?

Siri 194 adalah menjelaskan persoalan golongan yang memutuskan silaturahim, jual beli dalam Islam, restu ibu bapa dalam perkahwinan, zikir 100 kali dan cara bersihkan hati.


Siri 195 adalah menjelaskan persoalan sifat-sifat orang terpilih mendapat mimpi yang baik, hari kiamat tiupan sangkakala, darah nyamuk najis yang di maafkan, titian sirat (1 orang daripada 1000 masuk syurga), tuntut hutang cara lembut.

Siri 196 adalah menjelaskan persoalan hak jiran, petua orang tua tidak ada nas, hutang dalam Islam, wanita sebagai fitnah dan hati terhijab.






Tanyalah Ustaz Siri 194 (Golongan Yang Memutuskan Silaturahim, Jual Beli Dalam Islam, Restu Ibu Bapa Dalam Perkahwinan, Zikir 100 Kali Dan Cara Bersihkan Hati.)



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 194 adalah menjelaskan persoalan golongan yang memutuskan silaturahim, jual beli dalam Islam, restu ibu bapa dalam perkahwinan, zikir 100 kali dan cara bersihkan hati.


926. Soalan : Bolehkah ustaz jelaskan apakah ciri-ciri golongan yang memutuskan silaturahim?


Jawapan : 


Enam Golongan Termasuk Di Dalam Golongan Memutuskan Silaturahim.


Kita tidak boleh memutuskan silaturahim kerana dengan memutuskan silaturahim itu boleh menyebabkan mendapat kutukan dan laknat Allah Subhanahu Wata'ala serta tidak akan dimasukkan ke dalam syurga, 


sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

"Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tidak akan masuk Syurga bagi yang memutuskan silaturahim". (Hadis Riwayat Al-Imam Muslim)

Adalah menjadi kewajipan setiap Muslim untuk menjaga hubungan silaturahim dengan sebaik-baiknya. Janganlah disebabkan masalah kecil dan remeh-temeh menyebabkan hubungan menjadi renggang atau retak. Tidak bertegur sapa selama 3 hari. 


Perkara sebegini boleh menimbulkan ketegangan yang menyebabkan mereka bermasam muka, saling benci-membenci, fitnah-memfitnah dan akhirnya boleh memporak-perandakan hubungan silaturahim dalam berkeluarga dan bermasyarakat.


Terdapat 6 jenis golongan yang termasuk dikalangan penghasut dan memutuskan silatuirahim :


1. Ibu bapa yang mencampuri urusan perkahwinan anak-anaknya. 


Ibu bapa yang membenci menatu dan menyuruh anaknya memutuskan ikatan perkahwinan (bercerai). Sanggup menghasut dan memfitnah menantunya . Jika menantunya melakukan sesuatu perkara yang tidak syarak sepatutnya sebagai orang tua memberi nasihat dahulu sekiranya perkara tersebut tidak berhasil barulah jalan terakhir mengusulkan perceraian. Setengah kes orang tua yang fasik ini sanggup mengunakan khidmat bomoh untuk mengenakan sihir keatas menantunya. Golongan ini adalah melakukan d dosa besar dan akan mengundang kemurkaan Allah SWT.


2. Rakan sepejabat yang menghasut pegawai atasan untuk memfitnah dan menimbulkan kebencian supaya rakannya tidak mendapat kenaikan pangkat atau gaji. 


Golongan ini sentiasa memiliki perasaan hasad dengki ini tidak merasai takut dengan azab Allah.Termasuk juga sahabat facebook lain yang mendedahkan aib sahabat yang lain atau menimbukan prasangka buruk sehingga sehingga terputus hubungan silaturahim yang terjalin sekian lama.


3. Dalam hidup berpoligami sering kita dengan isteri pertama membenci isteri kedua dan membuka rahsia suaminya dan membuat tuduhan kepada madunya dengan harapan untuk mendapat simpati daripada orang lain. 


Golongan ini jika tidak bertaubat dan menempah dirinya dengan azab Allah SWT kerana ramai wanita memasuki Neraka adalah kerana menyakiti hati suami dan suka mengadu domba.


4. Pemimpin politik sering menyerang peribadi pemimpin lain (berbeza fahaman politik) dan menghasut rakyat supaya membenci musuh politiknya dengan tujuan untuk mendapat pengaruh dan sokongan murahan. 


Jika yang diceritakan itu tidak benar maka ianya menjadi fitnah dan akan berlakulah pergeseran dan pergaduhan sesama Muslim. Golongan ini di hari akhirat nanti amat mudah menjadi muflis kerana dosa 'kering' yang dilakukan di dunia.


5. Permusuhan dan pulau memulau sesama jiran tetangga atau sekampung kerana berbeza pendapat.


Perbezaan ini perlu di atasi supaya dapat mengujudkan ikatan persaudaraan Islam . Kerana semua orang Muslim adalah bersaudara. Jangan biarkan penyakit pulau memulau, kerana jika dibiarkan akan menjadi barah kepada penyatuan umat Islam dan akan mengakibatkan Islam akan hilang kekuatannya.


6. Perselisihan sesama adik- beradik kerana pembahagiaan harta pusaka peninggalan orang tua. Tidak mahu bertolak ansur hingga mengakibatkan terputus dan terungkai silaturahim dan kasih sayang di antara adik beradik dan ahli keluarga.


Jauhilah menjadi 6 golongan ini amat sesuai dengan hadis Nabi SAW. yang menyatakan bahawa tidak akan masuk syurga sesiapa yang memutuskan ikatan silaturahim.

Marilah sama-sama kita menjaga akhlak dan peribadi kita untuk sentiasa menghiasi hidup kita dengan sifat-sifat mahmudah dan menjauhi sifat-sifat mazmumah.

Sifat suka penghasut, memecah belahkan perpaduan umat Islam, mengumpat, memfitnah dan memutuskan silaturahim adalah sifat-sifat mazmumah. Sifat ini amat dibenci oleh Allah SWT dan Nabi SAW sendiri memberi amaran keras kepada sesiapa yang hidupnya menyusahkan orang lain dan menimbulkan perpecahan sesama Muslim. Tidak ada tempat yang layak untuk mereka ini melainkan azab Neraka Jahanam.


927. Soalan : Ustaz, bagaimana urusan jual-beli dalam Islam? Adakah halal dengan keuntungan diperolehi daripada :


Kes 1- "mark up price" sebagai upah jualan dipersetujui oleh orang yang minta kita menjual barangannya?


Kes 2- "mark up price" yang diminta orang kaki tangan kerajaan misalnya membeli barang dengan harga rm 5k tapi diminta menulis invoice rm7k. 2k diminta sebagai upah dia memilih kita sebagai vendor.


Kes 3- Bagaimana pula dengan upah "rujukan pelanggan" yang sering ditawarkan oleh pihak bank & guaman yang kepada agency berdaftar yang membawa pelanggan kepada mereka?


Jawapan : 


1. Kes 1. "mark up price" sebagai upah jualan boleh di lakukan kerana di sinilah baru ada keuntungan. Pihak pembeli pula bersetuju dengan harga yang kita tawarkan maka sah akad jual beli tersebut.


2. Kes 2. Kaki tangan kerajaan tak boleh mengambil keuntungan daripada urusan pembelian barang ini di kira sebagai rasuah. Kaki tangan kerajaan sudah mempunyai gaji tetap.


Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan)”

(Hadis Riwayat Abu Daud : 2943, Dinilai oleh Albani sebagai sahih)

Begitu juga dengan sebuah riwayat yang menceritakan bagaimana Rasulullah SAW pernah mengutus seorang sahabat yang bernama Abdullah bin Rawahah ke Khaibar untuk melakukan penilaian dan pembahagian hasil tanaman buah kurma kerana baginda telah menetapkan bahawa hasil tanaman kurma tersebut mestilah dibahagi kepada dua bahagian : Setengah daripadanya untuk kaum Yahudi dan setengah lagi diberikan kepada kaum Muslimin.


Apabila Abdullah sedang sibuk menjalankan tugasnya , maka datanglah orang-orang Yahudi membawakan kepadanya pelbagai hadiah dari barang-barang perhiasan dan sebagainya serta berkata kepada Abdullah :


“Perhiasan ini untuk kamu wahai Abdullah, maka ringankanlah kami dan berikanlah kepada kami hasil kurma itu lebih dari separuh,” Lalu dijawab oleh Abdullah menjawab, “Wahai kaum Yahudi! Demi Allah kalian memang makhluk Allah yang paling aku benci. Apa yang kalian lakukan ini justeru membuatkan diriku lebih membenci kalian. Rasuah yang kalian tawarkan itu adalah barang haram, dan kami kaum Muslimin tidak memakannya!” Mendengar jawaban tersebut mereka (Yahudi) berkata, “Kerana (sikap) inilah langit dan bumi tetap tegak!” (Hadis Riwayat Imam Malik, Al Muwattha':1450)


Kes 3 : Jika pihak bank atau guaman yang menawarkan upah kepada pelanggannya (agency berdaftar) yang boleh memberikan pelanggan baru itu di benarkan kerana setiap orang berusaha atau bekerja seharusnya mendapat imbuhan atau elaun yang berpatutan.


928. Soalan : Ustaz saya nak tanya jika seorang lelaki ingin berkahwin dengan seorang perempuan tetapi ibu lelaki tersebut tidak restu, apakah lelaki tersebut perlu mengikut kehendak ibunya dan apakah hukum jika lelaki tersebut berkahwin juga tanpa restu ibunya apakah dikira berdosa besar? minta pencerahan ustaz terima kasih...


Jawapan : 


Islam melarang seorang anak derhaka kepada kedua ibu bapa dan Islam juga melarang memutuskan silaturahim kepada keluarga. Berkahwin dengan perempuan pilihan hati bukan wajib dan berdosa jika tak jadi kawin dengannya tetapi menghampakan hati ibu bapa dan melukakannya satu dosa besar. Hukumnya wajib mentaati ibu bapa dalam perkara harus dan sunat. Perkahwinan yang tak dapat restu ibu bapa tak akan mendapat keberkatan dan redha Allah SWT.


Terdapat beberapa hadis menjelaskan betapa pentingnya mendapat persetujuan dan redha ibu bapa . 


1. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, “Redha Allah bergantung pada redha kedua-dua ibu bapa dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa”. (Hadis Riwayat Hakim)


2. Sabda Nabi SAW maksudnya, “Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t”. (Hadis Riwayat Bukhari)


3. Abdullah bin Masud pernah bertanya kepada Rasullullah SAW, “Apakah amalan yang paling Allah SWT sukai?”. Baginda menjawab, “Solat tepat pada waktunya”. Abdullah bin Masud bertanya lagi, “Kemudian apa?”. Baginda menjawab, “Melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa”. Abdullah bertanya lagi, “Kemudian apa?”. Rasullullah SAW menjawab, “Jihad kerana agama Allah SWT”. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)


4. Nabi SAW bersabda maksudnya, “Kembalilah kepada kedua ibu bapamu dan buatlah keduanya tertawa sebagaimana engkau telah membuat keduanya menangis”. (Hadis Riwayat Abu Daud & Baihaqi)


Jangan putuskan silaturahim dengan ibu bapa kerana hendak berkahwin dengan wanita pilihan hati : 


1. Hadis riwayat Abu Hurairah ra. dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: "Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk sehingga setelah selesai menciptakan mereka, bangkitlah rahim (hubungan kekeluargaan) berkata: Ini adalah tempat bagi orang berlindung (kepada-Mu) dengan tidak memutuskan tali silaturahmi.


Allah menjawab: "Ya. Apakah kamu senang kalau Aku menyambung orang yang menyambungmu, dan memutuskan orang yang memutuskanmu?"


Ia berkata: "Tentu saja". 


Allah berfirman: "Itulah milikmu".


Kemudian Rasulullah SAW. bersabda: Bacalah ayat berikut ini kalau kalian mau: "Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikan telinganya dan dibutakan matanya. Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Qur'an ataukah hati mereka terkunci. " (Hadis Shahih Riwayat Muslim)


2. Hadis riwayat Aisyah r.a., ia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: Rahim (tali persaudaraan) itu digantungkan pada Arsy, ia berkata: "Barang siapa yang menyambungku (berbuat baik kepada kerabat), maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa yang memutuskan aku, maka Allah pun akan memutuskannya." (Hadis Shahih Riwayat Muslim)


3. Hadis riwayat Jubair bin Muth`im ra.: Dari Nabi SAW. bahwa beliau bersabda: "Tidak akan masuk Syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan."

(Hadis Shahih Riwayat Muslim )

4. Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:

Aku pernah mendengar Rasulullah SAW. bersabda: "Barang siapa yang merasa senang bila dimudahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung hubungan kekeluargaan (silaturahmi)." (Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Jika wanita pilihan hati tersebut terbukti baik akhlaknya, menutup aurat dan bersifat lemah lembut maka pujuklah ibu bapa dengan cara hikmah dan bijaksana. Ambil masa sedikit untuk solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT supaya melembutkan hati mereka berdua. Ibu bapa yang bersifat penyayang tidak akan menolak bulat-bulat permintaan anak lelakinya. Cara mendapat restu adalah cara terbaik dan inilah yang di anjurkan oleh Islam. Jangan terburu-buru mengikut nafsu kerana sifat terburu-buru adalah sifat syaitan, sifat tenang dan bersabar adalah sifat orang mukmin.


929. Soalan : saya masih keliru dengan zikir berapa kali dalam satu pusingan kita boleh buat. saya pernah mendengar ceramah di youtube penceramah memberitahu zikir yang afdal adalah sebanyak 100 kali dalam satu pusingan...selepas itu kalau ada masa terluang lagi buat 100 lagi dan seterusnya...mohon pencerahan daripada ustaz


Jawapan :  
 
Kebanyakkan zikir-zikir yang di amalkan oleh Rasulullah SAW adalah 100 kali. Boleh saudara teruskan dan membacanya berulang-ulang adalah satu amalan yang baik, gunakan tasbih memudahkan mengiranya.7 kalimah zikir mulia ini baik untuk diamalkan berdasarkan nadis Nabi Muhammad SAW yang setiap harinya dibaca seratus kali, iaitu :-  


1. LAA ILAAHA ILLALLAHU MUHAMMADUR RASULULLAH saratus kali

 . قال النبي صلى الله عليه وسلم: مَنْ قَالَ كُلَّ يَوْمٍ لا إلٰهَ إلاَّ الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله مَائَةَ مَرَّة جَاءَ يَوْمَ القِيَامَةِ وَوَجْهُهُ كَالقَمَرِ لَيْلَةَ البَدْرِ  


Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa setiap hari membaca LAA ILAAHA ILLALLAHU MUHAMMADUR RASULULLAH (Tiadak ada IIIah selain Allah, Nabi Muhammad adalah utusan Allah) sebanyak seratus (100) kali, maka ia datang pada hari kiamat mukanya bagaikan bulan purnama”. (Kitab Lubabul Hadits)   


2. LAA ILAAHA ILLALLAAHU WAHDAHU LAA SYARIKA LAHU LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU WA HUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN QADIIR seratus kali.

  حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ سُمَيٍّ مَوْلَى أَبِي بَكْرٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنْ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ  


 Telah bercerita kepada kami 'Abdullah bin Yusuf telah mengabarkan kepada kami Malik dari Sumayya, maula Abu Bak dari Abu Shalih dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barang siapa yang membaca laa ilaaha illallahu wahdahuu laa syariika lahuu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in qodir (Tidak ada ilah (yang berhaq disembah) selain Allah Yang Maha Tunggal tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu) sebanyak seratus kali dalam sehari, maka baginya mendapatkan pahala seperti membebaskan sepuluh orang budak, ditetapkan baginya seratus hasanah (kebaikan) dan dijauhkan darinya seratus keburukan dan baginya ada perlindungan dari (godaan) setan pada hari itu hingga petang dan tidak ada orang yang lebih baik amalnya dari orang yang membaca doa ini kecuali seseorang yang dapat lebih banyak mengamalkan (membaca) dzikir ini". (HR. Bukhori No.3050 dan No.5924, Ibnumajah No.3799)  


 3. LAA ILAAHA ILLALLAAHUL MALIKUL HAQQUL MUBIIN seratus kali sehabis solat subuh atau solat zuhur 

 والخطيب وأبو نعيم وابن عبد البرّ: من قال في يومه مائة مرة لا اله إلا الله الملك الحق المبين كان له أماناً من الفقر وأنساً من وحشة القبر، وفتحت له أبواب الجنة  


 Rasulullah SAW. bersabda : Barangsiapa membaca pada pagi hari seratus (100) kali LAA ILAAHA ILLALLAAHUL MALIKUL HAQQUL MUBIIN, maka akan merupakan jaminan aman dari kemiskinan, akan menjadi kesenangan dalam kuburnya dan terbuka baginya pintu-pintu surga. (HR. Al Khatib, Abu Naimdan Ibn Abdul Bar, Didalam Kitab Irsyadul ‘Ibad Ilasabilirrasyad => Asy Syaikh Zainuddin Al Malibariy)  


4. SUBHAANALLAAHI WABIHAMDIHI seratus kali.

  حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ سُمَيٍّ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ حُطَّتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ  


 Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Sumay dari Abu Shalih dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa mengucapkan 'SUBHAANALLAAHI WABIHAMDIHI (Maha suci Allah dan segala pujian hanya untuk-Nya)' sehari seratus kali, maka kesalahan-kesalahannya (dosa) akan terampuni walaupun sebanyak buih di lautan." (HR.Bukhori No.5926, Muslim No.4857, At Tirmidzi No.3388, Ahmad N0.10266 dan No.7667, Ibnumajah No.3802, dan Imam Malik No.438) 


.  حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ أَبِي الشَّوَارِبِ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ الْمُخْتَارِ عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ عَنْ سُمَيٍّ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ حِينَ يُصْبِحُ وَحِينَ يُمْسِي سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ مِائَةَ مَرَّةٍ لَمْ يَأْتِ أَحَدٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ قَالَ مِثْلَ مَا قَالَ أَوْ زَادَ عَلَيْهِ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ  

 Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdul Malik bin Abu Asy Syawarib telah menceritakan kepada kami Abdul 'Aziz bin Al Mukhtar dari Suhail bin Abu Shalih dari Sumayy dari Abu Shalih dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam baginda bersabda: "Barang siapa yang pada pagi dan petang hari mengucapkan; SUBHAANALLAAHI WA BIHAMDIHI (Maha suci Allah dan segala pujian hanya untuk-Nya) seratus kali maka tidak ada orang yang datang pada Hari Kiamat yang membawa sesuatu yang lebih baik dari apa yang ia bawa kecuali orang yang mengucapkan seperti apa yang ia ucapkan atau lebih banyak lagi darinya." Abu Isa berkata; hadits ini adalah hadits hasan shahih gharib. (HR. At Tirmidzi No.3391) 


   حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ الْأُمَوِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ الْمُخْتَارِ عَنْ سُهَيْلٍ عَنْ سُمَيٍّ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَالَ حِينَ يُصْبِحُ وَحِينَ يُمْسِي سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ مِائَةَ مَرَّةٍ لَمْ يَأْتِ أَحَدٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ قَالَ مِثْلَ مَا قَالَ أَوْ زَادَ عَلَيْهِ   

Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin 'Abdul Malik Al Umawi telah menceritakan kepada kami 'Abdul 'Aziz bin Al Mukhtar dari Suhail dari Sumayya dari Abu Shalih dari Abu Hurairah dia berkata; "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Barang siapa, ketika pagi dan petang, membaca doa; SUBHAANALLAAHI WA BIHAMDIHI (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya) sebanyak seratus kali, maka pada hari kiamat tidak ada orang lain yang melebihi pahalanya kecuali orang yang juga pernah mengucapkan bacaan seperti itu atau lebih dari itu.'" (HR. Muslim No.4858)


  حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ مُوسَى الْكُوفِيُّ حَدَّثَنَا دَاوُدُ بْنُ الزِّبْرِقَانِ عَنْ مَطَرٍ الْوَرَّاقِ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ لِأَصْحَابِهِ قُولُوا سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ مِائَةَ مَرَّةٍ مَنْ قَالَهَا مَرَّةً كُتِبَتْ لَهُ عَشْرًا وَمَنْ قَالَهَا عَشْرًا كُتِبَتْ لَهُ مِائَةً وَمَنْ قَالَهَا مِائَةً كُتِبَتْ لَهُ أَلْفًا وَمَنْ زَادَ زَادَهُ اللَّهُ وَمَنْ اسْتَغْفَرَ اللَّهَ غَفَرَ لَهُ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ  


 Telah menceritakan kepada kami Isma'il bin Musa Al Kufi telah menceritakan kepada kami Daud bin Az Zibriqan dari Mathar Al Warraq dari Nafi' dari Ibnu Umar, ia berkata; Rasulullah shallallahu wa'alaihi wa sallam bersabda pada suatu hari kepada para sahabatnya: "Ucapkanlah; SUBHAANALLAAHI WA BIHAMDIHI (Maha suci Allah dan segala pujian hanya untuk-Nya) seratus kali, barang siapa yang mengucapkannya satu kali maka dicatat baginya sepuluh kali dan barang siapa yang mengucapkannya sepuluh kali maka dicatat baginya seratus kali, dan barang siapa yang mengucapkannya seratus kali maka dicatat baginya seribu kali, dan barang siapa yang menambah maka Allah menambahnya dan barang siapa yang memohon ampunan kepada Allah maka Allah akan mengampuninya." 


 Abu Isa berkata; Telah. menceritakan kepada kami Isma'il bin Musa Al Kufi telah menceritakan kepada kami Daud bin Az Zibriqan dari Mathar Al Warraq dari Nafi' dari Ibnu Umar, ia berkata; Rasulullah shallallahu wa'alaihi wa sallam bersabda pada suatu hari kepada para sahabatnya: "Ucapkanlah; SUBHAANALLAAHI WA BIHAMDIHI (Maha suci Allah dan segala pujian hanya untuk-Nya) seratus kali, barang siapa yang mengucapkannya satu kali maka dicatat baginya sepuluh kali dan barang siapa yang mengucapkannya sepuluh kali maka dicatat baginya seratus kali, dan barang siapa yang mengucapkannya seratus kali maka dicatat baginya seribu kali, dan barang siapa yang menambah maka Allah menambahnya dan barang siapa yang memohon ampunan kepada Allah maka Allah akan mengampuninya." Abu Isa berkata; hadits ini adalah hadits hasan gharib. (HR. At Tirmidzi No.3392)


  من قال سبحان الله وبحمده غرست له نخلة فى الجنة ومن قالها مائة مرة كتبت له الف حسنة و حطت عنه الف خطيئة  


 Nabi Muhammad SAW. bersabda : Man qoola Subhaanallaahi wabihamdihi ghurisat lahu nakhlatun fil jannati, wa man qoolahaa mi-atan marrotin kutibat lahu alfu hasanatin, wa huththot 'anhu alfu khothii-atin. Artinya : : Barangsiapa mengucap SUBHAANALLAAHI WABIHAMDIHI sekali, akan ditanamkan baginya suatu pohon disyurga, dan barangsiapa mengucapkannya seratus kali, dicatat baginya seribu kebajikan dan digugurkan daripadanya seribu kejahatan (Kitab An Nashaih Ad Diniyah - Al Imam Al Habib Abdullah bin Alwi Al Haddad)   


5. Berselawat setiap hari minima seratus kali.

   والطبراني: مَنْ صَلّى عَلَيَّ وَاحِدةً صَلّى الله عَلَيْه عَشْراً، وَمَنْ صَلّى عَلَيَّ عَشْراً صَلّى الله عَلَيْهِ مائَةً، وَمَنْ صَلّى عَلَيَّ مائَة كَتَبَ الله لَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ بَرَاءةً مِنَ النِّفَاقِ وَبَرَاءَةً مِنَ النَّارِ وَأَسْكَنَهُ يَوْمَ القِيَامَةِ مَعَ الشّهَدَاءِ  


 Nabi Muhammad SAW. bersabda : Man sholla ‘alayya wahidatan shallallaahu ‘alaihi ‘asyron wa man sholla ‘alayya ‘asyron shallallaahu ‘alaihi mi-atan wa man sholla ‘alayya mi-atan kataballaahu lahu baina ‘ainaihi baro-atan minan nifaaqi wa baroo-atan minan naari wa askanahu yaumal qiyaamati ma’asy syuhadaa-i. Artinya : : “Barangsiapa yang membaca shalawat untukku satu kali, maka Allah bershalawat untuknya sepuluh kali, dan barangsiapa bershalawat untukku sepuluh kali, maka Allah bershalawat untuknya seratus kali, dan barangsiapa bershalawat untukku seratus kali, maka Allah menulis diantara kedua matanya kebebasan dari nifak, dan kebebasan dari neraka dan ditempatkan pada hari kiamat bersama orang-orang yang mati syahid.” (HR. At Thabarani, di dalam Kitab Irsyadul 'Ibad Ilasabilirrosyad)   


6. RABBIGHFIRLII WATUB 'ALAYYA, INNAKA ANTAT TAWWAABUR RAHIIM seratus kali.

  حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ وَالْمُحَارِبِيُّ عَنْ مَالِكِ بْنِ مِغْوَلٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سُوقَةَ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ إِنْ كُنَّا لَنَعُدُّ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَجْلِسِ يَقُولُ رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ مِائَةَ مَرَّةٍ  


Telah. menceritakan kepada kami Ali bin Muhammad telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dan Al Muharibi dari Malik bin Mighwal dari Muhammad bin Suqah dari Nafi' dari Ibnu Umar dia berkata; "Apabila kami menghitung ucapan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam suatu majlis: "Rabbighfirlii watub 'alayya innaka antat tawwabur rahiim (Ya Rabbku ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Maha penerima taubat dan maha penyayang) beliau mengucapkannya sebanyak seratus kali." (HR. Ibnumajah No.3804 dan Abudaud No.1295)  


7. SUBHAANALLAAHI WABIHAMDIHI SUBHAANALLAAHIL ‘AZHIIMI ASTAGHFIRULLAH seratus kali sebelum solat subuh (qobliyah subuh). 

  أن رجلا جاء إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال تولت عني الدنيا وقلت ذاتيدي فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم فأين أنت من صلاة الملائكة وتسبيح الخلائق وبها يرزقون قال فقلت وماذا يا رسول الله قال قل سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم أستغفر الله مائة مرة ما بين طلوع الفجر إلى أن تصلى الصبح تأتيك الدنيا راغمة صاغرة ويخلق الله عز وجل من كل كلمة ملكا يسبح الله تعالى إلى يوم القيامة لك  


 Bahwasanya seorang laki-laki datang kepada Rasulullah SAW. lalu ia berkata: “Dunia berpaling dariku dan sedikit di tanganku (miskin)”, Lalu Rasulullah SAW. bersabda: “Maka dimanakah kamu dari permohonan rahmat oleh para Malaikat dan tasbih para makhluk, dan dengannya mereka diberi rizki?” ia berkata: Lalu saya berkata: “Apakah itu wahai Rasulullah?”, Baginda bersabda: “Ucapkanlah: SUBHAANALLAAHI WABIHAMDIHI SUBHAANALLAAHIL ‘AZHIIMI ASTAGHFIRULLAH (Maha Suci Allah denga segala pujiNya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung, Saya memohon ampun kepada Allah)” seratus (100x) kali antara terbitnya fajar sampai solat subuh maka dunia datang dengan hina dan kecil (tidak sombong) dan Allah ‘Azza Wa Jalla menciptakan dari setiap kata akan satu Malaikat yang mentasbihkan Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahalanya untukmu”. (Di dalam Kitab Ihya Ulumiddin => Al Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al Ghazali). 


Mari kita amalan zikir-zikir mulia tersebut, aturlah waktu kalian agar dapat membaca zikir-zikir mulia tersebut dalam sehari-semalamnya seratus kali agar kita menjadi orang yang beruntung di dunia dan di akhirat nanti, dan dapat dikumpulkan bersama Nabi Muhammad SAW., para sahabatnya, para syuhada dan orang-orang soleh didalam syurganya yang tertinggi kerana menghidupkan dan mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW., kerana Nabi Muhammad SAW. bersabda : 

  من احيا سنتي فقد احبني ومن احبني كان معي فى الجنة  


 Man ahyaa sunnatii faqod ahabbanii wa man ahabbanii kaana ma’ii fil jannah. Artinya : Barangsiapa menghidupkan sunnahku maka sesungguhnya (bukti) dia mencintaiku, dan barangsiapa mencintaiku maka ia akan bersamaku disyurga. (HR. At Tirmidzi No.2602) 


 Diambil daripada sumber berikut : 


 1. * Hadits Kutubut Tis’ah.  


 2. * Ihya' Ulumiddin => Imam Al-Ghazali.  


 3. * Al Adzkar => Imam An-Nawawi.  


 4. * Riyadhus Shalihin => Al Imam An Nawawi.  


 5. * Irsyadul 'Ibad Ilasabilirrosyad => Asy Syaikh Zinuddin Al Maribariy. 


 6.  * An Nashaaih Ad Diniyah wal washaaya Al Imaaniyah => Al Imam Al Habib Abdullah bin Alwi Al Haddad.  


 7. * Lubabul Hadits => Al Imam Al Hafidz Jalaluddin Abdurrahman bin Abii Bakar As Suyuthi.  


 8. * Tanqihul Qaul => Asy Syaikh Muhammad Nawawi bin Umar Al Bantani.


930. Soalan : Bagaimanakah cara untuk membersihkan hati daripada buruk sangka dan sifat mazmumah?


Jawapan :     

Allah ‘Azza wa-Jalla telah mengharamkan sikap buruk sangka terhadap sesama Mukmin, kerana ia akan menyebabkan timbulnya fitnah, bukan sahaja di antara seseorang individu dengan individu yang lain tetapi juga dalam anggota jemaah Islam. Apabila sikap buruk ini terdapat di kalangan anggota jamaah ia boleh mengwujudkan perasaan saling tidak percaya, saling meragui, benci-membenci, pertelingkahan, perpecahan dan akhirnya bermusuh-musuhan di antara sesama Islam.

Allah SWT. mengharamkan hambaNya yang beriman dari menyimpan perasaan persangkaan atau sangka-sangka buruk terhadap Allah dan terhadap saudara-saudaranya yang seagama. Malah Allah mengharamkan juga segala unsur, bibit atau segala punca yang boleh menyebabkan timbulnya rasa buruk sangka di kalangan anggota jemaah Islam.

Pengharaman ini telah ditegaskan oleh Nabi s.a.w. seperti sabdanya yang bermaksud :"Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong. Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke’aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama). Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara". (Hadis Riwayat Bukhari)

Berubahlah dengan memperbaiki diri sendiri. Membaiki diri bersungguh-sungguh dengan membersihkan hati daripada sifat keji (mazmumah) kepada sifat terpuji (mahmudah). Perhatikan juga siapa kawan di sekeliling kita. Adakah kawan kita itu mendorong ke arah kebaikan atau keburukan? 

Jika kita dapat menewaskan nafsu jahat dalam diri sendiri, nescaya kemenangan hidup pasti berpihak kepada diri kita. Proses berubah jadi baik mungkin tidak semudah disangka, namun sekiranya hati dan akal sudah bertekad dan ada kesungguhan, Allah pasti permudahkan jalannya. 

Ruang untuk perbaiki diri sentiasa ada dan terbuka. Justeru, tepuk dada tanya iman kita. Mahu berubah atau tidak? 

Beberapa cadangan diutarakan, antaranya: 

1. Berbaik sangka dengan semua orang. Tafsirkan segala yang kita lihat secara positif. 

2. Tanamkan rasa takut pada kemurkaan dan azab Allah apabila anda berprasangka buruk. 

3. Sucikan hati dengan banyakkan berzikir. 

4. Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. 

Luangkan masa untuk banyak melakukan muhasabah diri.
  •  

Thursday, November 20, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 193 (Hukum Isteri Mencari Nafkah Dan Suami Duduk Di Rumah, Ciri-ciri Lelaki Yang Baik, Apa Maksud Bai'ah Dalam Islam, Amanah Dan Tanggung jawab Dalam Islam Dan Bolehkan Manusia Berkahwin Dengan Bunian?)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 193 adalah menjelaskan persoalan hukum isteri mencari nafkah dan suami duduk dirumah, ciri-ciri lelaki yang baik, apa maksud bai'ah dalam Islam, amanah dan tanggungjawab dalam Islam dan bolehkan manusia berkahwin dengan bunian?

921. Soalan : Ustaz saya nak tanya...apa hukum isteri yang mencari nafkah...suami dududk di rumah sahaja menjaga anak tapi atas persetujuan masing bersama?...Tolong huraikan..terima kasih.

Jawapan : 

Dalam kehidupan dunia serba cangih kadangkala kelulusan wanita yang tinggi daripada kaum lelaki menyebabkan jawantan-jawatan tinggi di sandang oleh kaum wanita. Ramai wanita cemerlang di pusat pengajian tinggi berbanding kaum lelaki maka tidak hairanlah jika gaji isteri melebihi gaji suami, jika suaminya hanya kelulusan SPM atau perigkat sijil sahaja sedangkan isteri ijazah pertama atau master. 

Sekiranya berlaku di dalam satu kelurga anak semakin bertambah dan anak-anak perlukan pendidikan dari peringkat taska, tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Perlu diuruskan persekolahan mereka sedangkan ibu bapa sebuk bekerja bermula awal pagi sehingga petang. Sekiranya gaji isteri lebih besar dan gaji suami dan gaji suami kecil sahaja atau suami hanya kerja separuh masa, sedangkan kos taska dan tadika cukup tinggi, jika suami isteri bersetuju dengan kerelaan hati suami berkorban untuk menguruskan anak-anak dan rumah tangga dan isteri mencari nafkah keluarga maka ketika ini di haruskan. Jika isteri tak reda suami menguruskan rumah tangga dan dia (isteri) keluar bekerja maka ketika ini terbatal keharusan tersebut kerana tugas asasi suami adalah mencari nafkah untuk keluarga bukan isteri.

922. Soalan : Apakah ciri-ciri lelaki yang baik untuk menjadi suami contoh untuk wanita yang sedang mencari jodoh?

Jawapan : 

Terdapat 10 ciri-ciri pilihan wanita solehah untuk memilih lelaki yang bakal menjadi teman hidupnya :

Ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut :

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama.

3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.

5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran dan bertaubat kepada Allah SWT.

6. Selalu memperbanyakan amalan sunat.

7. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela.

8. Bekerja mencari nafkah dan mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik.

9. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf.

10. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isterinya.

923. Soalan : Boleh ustaz huraikan pengertian bai'ah yg sebenar? Tata cara bai'ah yang sebenar cara yang di bai'ahkan cara Islam. Apa tujuan bai'ah sebenar di masa kini? Banyak pertubuhan dan kesatuan membai'ahkan jemaah yang tidak tahu tentang Islam sebenar.....dan menggunakan jemaah-jemaah untuk perkara-perkara yang dilarang....apa pendapat ustaz.?

Jawapan : 

Apa itu Bai`ah ?

Pengenalan Rukun Bai'ah .

Tajuk : Pengenalan Konsep Bai`ah :

Arkanul Bai`ah Muqaddimah Bai`ah adalah satu istilah yang diambil daripada perkataan jual beli,yang berhajat kepada syarat-syarat dan rukun-rukunya. Pengertian bai`ah adalah satu perjanjian dengan memberi sepenuh keta`atan dan kesetiaan kepada jemaah Islam meskipun ianya menghabiskan harta-benda, dan membebankan atau mengorbankan jiwa dan tenaganya selama mana perjanjian itu berada di dalam keredhaan Allah SWT. 
Dan pada masa yang sama di beri ganjaran yang istimewa oleh Rabbul Jalil.
Firman Allah SWT :

{يا أيها الذين آمنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولى الأمر منكم} 

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman,taatilah Allah dan taatilah Rasulnya dan Ulil amri di kalangan kamu." (Surah an-Nisaa' ayat 59) 

Dan Firman Allah SWT lagi :

{إن الله اشترى من المؤمنين أنفسهم وأموالهم بأن لهم الجنة يقاتلون في سبيل الله فيقتلون ويقتلون، وعدا عليه حقا في التوراة والإنجيل والقرآن،ومن أوفى بعهده من الله فاستبشروا ببيعكم الذي بايعتم به،وذلك هو الفوز العظيم.} 

Maksudnya: "Sesengguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin,jiwa raga,harta benda mereka dengan gentian syurga untuk mereka. Mereka berpegang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau dibunuh. Itu telah menjadi janji yang benar dari Allah di dalam kitab Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah, maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang palig besar." (Surah at-Taubah ayat 111) 

Sejarah Pensyariatan Bai`ah 

Firman Allah SWT :

لقد رضي الله عن عن المؤمنبن إذ يبايعون تحت الشجرة فعلم ما في قلوبهم فأنزل الله السكينة عليهم وأثابهم فتحا قريبا، ومغانم كثيرة يأخذونها، وكان الله عزيزا حكيما

Maksudnya : "Sesungguhnya Allah telah meredhai terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memeri balasan kepada mereka dengan kemenangan yang hampir." (Surah al-Fath ayat 18) 

Hakikat Bai`ah .

Bai`ah pada hakikatnya adalah dengan Allah SWT t tanpa mempersia-siakan dan membatalkan salah satu daripada rukun-rukun bai`ah. 

Firman Allah SWT :

}إن الذين يبايعون الله يد الله فوق أيديهم، فمن نكث فإنما ينكث على نفسه، ومن أوفى بما عاهد عليه الله فسيؤتيه أجرا عظيما { 

Maksudnya : "Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu, sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah.Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri, dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya ganjaran pahala yang besar. " (Surah al-Fath ayat 10)

Tujuan Dan Kepentingan Bai`ah .

Petikan daripada ayat-ayat di atas, Allah SWT telah menerangkan kepada hamba-hamba-Nya yang beriman bahawasanya dialah Allah SWT yang membeli dan orang-orang beriman itu sebagai penjualnya dan bayarannya adalah syurga di akhirat kelak. Dan apabila selesainya bai`ah diantara seseorang mukmin dan Allah SWT maka tiadalah harta dan jiwa raganya itu menjadi halangan untuk berjihad dijalan Allah SWT , bagi menegakkan kalimatullah :

لإعلاء كلمة الله هي العليا dan وليكون الدين كله لله .

Daripada konsep bai`ah inilah satu-satunya cara untuk mengembalikan semula kemulian dan kedaulatan Islam yang telah lama dihapuskan oleh golongan kuffar yang ingin melihat Islam itu hanya berkisar pada ibadat semata-mata.

Bai`ah Dalam Jema`ah :

Bai`ah dalam jemaah iaitu di atas jihad pada jalan Allah SWT untuk menegakkan kalimah Allah SWT dengan diperolehi ganjaran syurga daripada Allah SWT pada hari pertemuan nanti berserta kelebihan-kelebihan dan rahmat-rahmatnya.

Konsep bai'ah ini tak boleh di pisahkan dengan Islam kerana amalan tersebut telah di praktikkan oleh Rasulullah SAW dan menjadi amalan ulama-ulama muktabar sepanjang sejarah yang berbai'ah dengan pemerentahan Islam untuk menjaga kepentingan Islam. 

Setelah kerajaan khalifah Islam di hancurkan oleh oleh tentera bersekutu dengan kerjasama golongan munafik maka negara umat Islam telah berpecah belah sehingga tak ada negara umat Islam yang mengambil syariat Islam menjadi perundangan negara dan hukum-hukum Allah SWT tidak di amalkan dan di hayati di dalam kehidupan. Dalam keadaan yang terdesak inilah bangkit dan melahirkan jemaah Islam untuk membina kekuatan dan mencari ahli baru di kalangan umat islam dan pemuda Islam. 

Dalam sejarah dapat kita persaksikan Jemaah Ikhwanul Muslimun telah memainkan peranan yang besar untuk menghidupkan semangat jihad dan mengembalikan balik kekuatan politik, ekonomi dan akhlak umat islam yang telah di hancurkan oleh golongan kuffar dan sekular.

Rukun-rukun Baiah:

Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah merumuskan tentang rukun-rukun baiah dengan berkata: "Rukun baiah kita semuanya sepuluh, peliharalah ia dengan sebaik-baiknya".

1. Faham.
2. Ikhlas.
3. Amal.
4. Jihad.
5. Berkorban.
6. Taat.
7. Tetap Pendirian.
8. Tegas.
9. Persaudaraan.
10. Percaya.

Rujukan:

1- Fahmu Usulul Islam (Dr. Ali Abd Halid) 
2- Fiqh Da`wah (Mustaffa Masyhur) 
3- Buku huraian Arkanul Bai`ah

924. Soalan : Ustaz, sy ingin bertanya tentang AMANAH kita dlm tugas lebih2 lg yg melibatkan keagamaan. Sebagai contoh seorg 'Hakim Syariah' yg tugasnya menjatuhkan hukuman tentang kes2 keagamaan. Apakah AMANAH Allah kpd beliau dlm menjalankan tugas? Layakkah seseorg itu bekerja sbg 'Hakim Syariah' sekiranya beliau sendiri mengamalkan kehidupan yg jauh menyimpang dr sisi agama. Tidakkah hal spt ini mengundang kepincangan dlm masyarakat?

Jawapan : 

Semua kita adalah pemimpin dan setiap di antara kita akan di tanya tentang orang yang duduk di bawah kepimpinan kita. Pemimpin negara akan bertanggungjawab di atas rakyat jelata yang tinggal di bawah kepimpinannya, seorang hakim mahkamah persekutuan , mahkamah tinggi atau mahkamah syariah akan di pertanggungjawabkan setiap keputusan hukuman dijatuhkan. Jika betul menurut syarak maka mereka akan di berikan pahala dan terselamat untuk menjawab soalan yang akan di tanya di akhirat. Jika tak betul dan tak adil terdapat orang yang tidak bersalah teraniaya maka nerakalah balasannya. 

Kita juga tak akan terlepas menjawab salan-soalan yang akan di kemukakan. Seorang isteri bertanggungjawab di atas rumah tangga suaminya sejauhmana dia taat dan menjalankan kewajipan yang sewajarnya atau mengabaikan tugas tersebut.

Sebagai pendakwah yang menyeru kepada makruf dan mencegah kemugkaran maka yang pertama kita sendiri perlu melaksanakan nya apa yang kita ucapkan kerana setiap ucapan kita akan di pertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti di akhirat. Firman Allah SWT maksudnya, "Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? . Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." (Surah Al-Shaff: ayat 2-3)

Al-Qurthubi berkata: Kata Tanya ini datang dalam gaya bahasa mengingkari dan mengecam orang yang hanya berkata kebaikan namun dia tidak mengerjakan kebaikan tersebut, baik terhadap perkara yang telah berlalu maka dia dengannya telah berdusta atau terhadap perkara yang akan datang maka dengannya dia telah menyalahi janji dan kedua realita ini tercela. [Al-jami’ liahkamil qur’an: 18/80]

Ibnu Abbas ra berkata: Sebagian orang yang beriman sebelum diwajibka jihad, mereka berkata: Kami berharap jika Allah menunjukkan kepada kami perbuatan-perbuatan yang paling dicintaiNya lalu kita akan mengerjakannya, lalu Allah memberitahukan kepada NabiNya bahwa amal yang paling beliau cintai adalah beriman kepada Allah dengan keimanan yang tiada keraguan padanya dan berjihad terhadap orang yang bermaksiat kepada Allah. Kemudian pada saat diturunkannya ayat tentang berjihad sebagaian orang yang beriman membenci perkara tersebut dan mereka merasa berat menjalankannya. Maka Allah menurunkan firmanNya: "Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?. Ini adalah pendapat yang dipilih ole Ibnu Jarir rahimahullah. [Tafsir Ibnu Katsir: 4/358]

Syekh Abdurrahman bin As-Sa’di rahimhullah berkata:

Kenapa kalian mengajak kepada kebaikan dan menganjurkan manusia melakukan hal tersebut bahkan mungkin kalian saling memuji dengannya namun kalian sendiri tidak mengerjakannya dan kalian mencegah orang lain dari keburukan dan mensucikan diri kalian darinya padahal kalian sendiri telah terlibat dan tenggelam padanya. Oleh kerana itulah, seyogayanya bagi orang yang menyuruh orang lain kepada kebaikan agar menjadi orang yang paling pertama mengerjakan kebaikan tersebut dan orang yang mencegah kepada keburukan agar menjadi orang yang paling menjauhi keburukan tersebut. [Tafsir Ibnu Sa’di: 1196]

Dari Usamah bin Zaid ra bahwa dia pernah mendengar Nabi SAW bersabda maksudnya, "Seorang lelaki didatangkan pada hari kiamat lalu dicampakkan ke dalam api neraka, kemudian ususnya berhamburan keluar lalu dia berputar-putar dengannya seperti berputar-putarnya himar dengan batu penggilingannya. Kemudian para penghuni syurga berkumpul di hadapannya dan bertanya kepadanya: Apakah yang terjadi padamu?. Tidakkah engkau yang pernah memerintahkan kami kepada Al-Ma’ruf dan yang mencegah kepada yang mungkar?. Dia menjawab: Aku telah memerintahkan kalian dengan yang ma’ruf namun aku sendiri tidak melakukannya dan mencegah kalian kepada dari yang mungkar namun aku mengerjakannya”. (Hadis Sahih Riwayat Bukhari: 2/236, 437 no: 3627 dan Sahih Muslim: 4/2291 no: 2989)

925. Soalan : Ustaz saya minta pencerahan adakah manusia lelaki boleh berkahwin dengan wanita bunian? Adakah terdapat nas yang mengharuskannya.? Arwah bapa mertua saya di katakan telah berkahwin dengan wanita bunian dan suami saya bertemu seorang wanita di mutabilbilashah wajahnya cantik dan beliau memberikan secawan air. Saya bimbang wanita itu akan berkahwin dengan suami saya. Sila berikan pencerahan ustaz.

Jawapan : 

Di dunia ini makhluk yang hidup ada nafsu dan akan adalah jin dan manusia. Di dalam golongan jin pula terbahagi kepada dua bahagian iatu jin Islam dan jin kafir . dalam kalangan jin kafir pula terdiri daripada jin, iblis dan syaitan. Kebanyakkan Bunian adalah terdiri daripada makhluk jin Islam walaupun ada sebahagian daripada mereka bunian kafir. Adakah makhluk bunian ini boleh berkahwin dengan manusia?

Perkahwinan dalam erti kata yang kita fahami hari ini, tidur bersama selepas perkahwinan yang sah, memang berlaku di antara manusia dengan manusia sahaja seperti yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah ar-Rum, ayat 21 .

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, dijadikan bagi kamu (manusia) untuk pasanganmu dari jenis kamu juga (manusia), supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dianugerahkan kepada kamu kasih sayang dan rahmat dari Allah S.w.T." (Surah ar-Rum ayat 21)

Ayat ini menjelaskan bahawa pasangan hidup manusia dalam rumahtangga yang dirahmati Allah, adalah di antara manusia dengan manusia.

Mengenai dakwaan puan yang menyatakan bahawa arwah bapa mertua puan berkahwin dengan bunian. Pada saya hal ini memang boleh berlaku pada suatu kemungkinan (possibility).

Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.ha, Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Bahawasanya ada kalangan manusia ini yang akan menjadi mugharribeen, maka Aishah bertanya Nabi maksud mugharribuun itu? Maka Nabi bersabda yang bermaksud ialah mereka-mereka yang telah bermusyarakah dalam kehidupan rumahtangga dengan jin."

Daripada rujukan ini menunjukkan bahawasanya ada kemungkinan manusia itu mengahwini jin sama seperti apa yang didakwakan. Kerana makhluk ini, seperti disebut dalam beberapa hadis, mereka boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang diizinkan Allah kepada mereka menyerupainya. Tetapi dalam keadaan-keadaan yang amat sempit atau peluang yang mereka ada amat terhad, demi menjaga kemaslahatan anak Adam tidak terdedah dengan luas untuk ditanggung oleh makhluk-makhluk halus.

Penjelmaan mereka menjadi makhluk seperti manusia, disabitkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, iaitu kejadian pencurian harta zakat yang dikawal selia oleh Abu Hurairah, sehingga Abu Hurairah boleh menangkapnya dan dibawa kepada Rasulullah SAW untuk pendakwaan. Walaupun akhirnya jin tersebut dilepaskan tetapi Nabi SAW telah menyatakan bahawasanya yang mencuri itu adalah syaitan.

Disabitkan juga bahawa penjelmaan jin itu wujud dalam bentuk yang jelas menyerupai manusia dalam peristiwa peperangan Badar seperti yang disebut dalam Surah al-Anfaal ayat 87.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan ketika dihiasi oleh syaitan kepada mereka, tentera Islam dengan katanya kepada mereka, kamu tidak dikalahkan oleh musuhmu oleh manusia dan saya adalah jiran kepada kamu yang akan membantu dalam peperangan ini. Maka apabila kedua-dua kumpulan (Islam dengan Kafir Jahilliyah) bersemuka untuk peperangan yang berjanji untuk menolong mereka orang-orang kuffar itu telah cabut lari mengatakan saya tidak lagi boleh bersama-sama dengan kamu kerana saya dapat melihat apa yang kamu tidak boleh lihat dan saya sesungguhnya amat takut kepada Allah dan Allah itu amat dahsyat keseksaan-Nya". (Surah al-Anfal ayat 87)

Ayat ini merujuk kepada adanya kepada satu makhluk yang menjelma sebagai manusia kononnya untuk membantu askar-askar musuh (kuffar) menentang Islam dan sabit bahawa makhluk itu bukan manusia, tetapi jelas mereka adalah syaitan. atau jin kafir

Dengan demikian, jelaslah bahawasanya syaitan ini boleh menyerupai manusia dan dengan sendirinya boleh menjadi suami atau isteri kepada manusia.

2. Hukumnya adalah jelas, jumhurnya ulama sudah berijma' bahawa hukumnya (mengahwini jin) tidak sah! Tidak boleh perkahwinan manusia dengan jin dilakukan. Melainkan ada seorang ulama yang bernama Qamuli yang menyatakan perkahwinan tersebut boleh.

Perkahwinan yang tidak sah pada hukum syarak tidak mungkin dirahmati Allah dan tidak mendapat restu Allah. Tidak mungkin kebahagian dan ketenangan berlaku! Kita dapat merasakan jika berlaku suatu krisis rumahtangga dengan mereka (golongan jin), bagaimana rumahtangga boleh aman daripada gangguan mereka?

Malahan anak-anak yang mungkin lahir dari hubungan itu, akan menjadikan masalah kepada manusia, mereka tidak boleh bergaul dalam alam manusia dengan sanak saudara. Jika berlaku pula masalah dengan anak-anak jiran, maka ianya akan mengundang berbagai kecelakaan. Nasihat saya kepada keluarga puan, hindarilah hal-hal ini daripada berlaku. Mintalah adik puan berjumpa pakar perbuatan Islam untuk mengenal pasti bahawa beliau mungkin sedang di ganggu oleh makhluk jin sehingga dia merasakan telah berkahwin dengan jin. Wanita yang bertemu dengan suami puan di mutabilbilashah berkemugkinan adalah makhluk bunian. Puan jangan bimbang suami puan tak mungkin akan berkahwin dengan makhluk bunian kerana perkara seperti ini bukan mudah nak terjadi kerana bunian dan manusia dua makhluk yang berbeza jenis.