Thursday, November 13, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 188 (Bantuan Kepada Mualaf, Perbezaan Ma'tsurat Dan Manzil, Solat Sunat Hifzi, Bila Melihat Kemungkaran Dan Wanita Di Syurga Dengan Suami Terakhir.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 188 adalah menjelaskan persoalan bantuan kepada mualaf, perbezaan ma'tsurat dan manzil, solat sunat hifzi, bila melihat kemungkaran dan wanita di syurga dengan suami terakhir.

896. Soalan : ustaz..saya seorang mualaf,saya ingin bertanya,hjg thn lps (2013)sya dn kwn sya(sma mualaf)ada memohon bantuan bulanan/sara hdup,pertghan thn(2014),sya mndpt srt dr mjlis agma islam,dlm srt tersbt,menyatakn sya mndpt bntuan dr baitulmal,tetpi kwn sya tak dpt sertai yang sama seperti saya,tapi sekarang ni,isu saya mndpt bntuan ini,mnjdi perbualan org kmpg,disbbkn kwn sya x dpt bantuan yg sma,smpaikn ahli kluarga kwn sya mnceritakn hal ini kpda tok ketua,dan mereka nk membuat perbancian ke rmh sya,sdgkn mereka tahu,sya bkn org sng..soalan sya ustaz,adakah sya sbgai seorg mualaf x ada hak/lyak utk mendptkn bantuan ini..mohon pencerahan ustaz..tima ksih..

Jawapan : 

Pertamanya, siapakah yang layak digelar mualaf?

Mengikut definisi mutakhir seperti yang diamalkan di Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan majoriti pusat zakat, mualaf itu secara umumnya merujuk kepada orang yang baharu memeluk Islam. Fatwa Agihan Zakat Selangor 1994 memperuntukkan, mualaf itu ialah:

(a) seseorang yang masuk Islam dan imannya daif, maka adalah diharapkan pemberian agihan ini boleh menguatkan imannya; atau

(b) seseorang yang masuk Islam dan imannya sudah kuat dan ia dipandang mulia oleh kaumnya, maka adalah diharapkan pemberian agihan ini kepadanya dapat menarik orang lain masuk Islam atau agihan ini dapat mempertahankan kejahatan (mengekang kejahatan) orang kafir di sekelilingnya.

Namun begitu, jika dilihat kepada amalan pada zaman Rasulullah SAW, definisi mualaf adalah lebih meluas. Ia meliputi mereka yang belum memeluk Islam tetapi sudah terbuka hatinya dan berkecenderungan memeluk Islam.

Ia juga meliputi mereka yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kalangan kaumnya dan mereka diberikan zakat, agar dapat melunakkan hatinya untuk memeluk Islam.

Hal ini sudah pasti memberikan natijah yang besar kepada pengembangan agama Islam.

Keduanya, seseorang itu dianggap masih mualaf sekiranya di masih baharu memeluk Islam. Maka, di Selangor jika usia keislamannya masih di bawah lima tahun, mereka masih dianggap mualaf dan dalam tempoh itu, seseorang mualaf itu berhak dibantu untuk berdikari dengan dana zakat.

Ketiganya, berapa peratuskah daripada keseluruhan zakat diperuntukkan untuk Asnaf Mualaf setiap tahun daripada kutipan zakat keseluruhan? Adakah peratusan ini statik atau fleksibel mengikut keperluan semasa?

Maka, asnaf mualaf dikategorikan sebagai asnaf yang utama atau dalam istilah fikah, asnaf muqaddam. Allah SWT menyebutkan empat asnaf terlebih dahulu di dalam ayat 60, surah at-Taubah, iaitu: Sesungguhnya sedekah (zakat) itu adalah untuk orang-orang fakir, miskin, amil yang menguruskannya dan mualaf yang dilunakkan hatinya…

Oleh itu, sewajarnya asnaf mualaf ini hendaklah didahulukan dalam menerima manfaat agihan zakat dengan jumlah 1/8 daripada agihan keseluruhan zakat.

Ikut keperluan

Dalam erti kata lain, harta zakat akan diagihkan kepada setiap asnaf mengikut keperluan asnaf dan keutamaannya hendaklah diberikan kepada empat asnaf terawal, termasuklah mualaf.

Maka, peruntukannya adalah berdasarkan keperluan asnaf mualaf itu sendiri. Ia tidaklah rigid atau statik. Malah pihak LZS dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sentiasa berusaha menambah baik mekanisme penyampaian agihan zakat kepada mualaf, agar ia lebih sesuai dengan keperluan zaman pada hari ini.

Hal ini penting, kerana golongan mualaf adalah mereka yang masih baharu memeluk Islam dan selalunya, mereka akan berhadapan dengan pelbagai ujian yang mungkin menggugat kekuatan iman mereka.

Atas dasar itulah, zakat wajib didahulukan kepada mereka agar keIslaman dan keimanan mereka lebih terjamin.

Keempatnya, dalam bentuk apakah agihan zakat bagi asnaf mualaf ini diberikan?

Maka, apa yang harus difahami, bukan semua mualaf memerlukan dan mengharapkan bantuan zakat. Ada yang sudah kaya-raya dan berjawatan besar, maka mereka memeluk Islam tanpa mengharapkan apa-apa sokongan susulan dalam bentuk material.

Namun, bagi asnaf yang kurang berkemampuan, maka LZS menyediakan pakej bantuan yang lengkap dan menyeluruh bagi mereka. Ia meliputi aspek pembangunan spiritual, sosial, pendidikan dan ekonomi. Jika seseorang mualaf itu kaya sekali pun, maka mereka masih berhak disantuni dengan diberikan kemudahan mendapatkan ilmu demi memantapkan akidah dan kefahaman.

Apatah lagi jika seorang mualaf itu berada dalam kemiskinan dan kemelaratan, maka zakat lebih berhak dimanfaatkan demi memenuhi keperluan dirinya. Maka, asnaf mualaf di Selangor diberikan peluang yang sama dengan umat Islam lain yang sudah lama atau memang asalnya beragama Islam untuk mendapat pelbagai jenis bantuan tersebut.

Jika saudari telah memeluk agama Islam dalam masa 5 tahun saudari masih layak menerima bantuan, tetapi jika saudari telah melebihi 5 tahun maka saudati sudah tak layak menerima bantuan zakat. Walaubagimana pun jika saudari termasuk katagori asnaf fakir atau miskin maka saudari akan terus layak mendapatkan bantuan zakat. daripada Pusat Zakat.

897. Soalan : Apakah bezanya al-Ma'tsurat dan Manzil?

Jawapan : 

Al-Ma'tsurat adalah himpunan ayat-ayat al-Quran pilihan, doa-doa di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW, zikir-zikir yang di amalkan oleh Rasulullah SAW setiap pagi dan petang. 1. Membaca Al Fatihah

﴿بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ, الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ, مَـلِكِ يَوْمِ الدِّينِ, إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ, صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ﴾

Artinya : “Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. yang menguasai di hari Pembalasan. hanya Engkaulah yang Kami sembah , dan hanya kepada Engkaulah Kami meminta pertolongan. Tunjukilah Kami jalan yang lurus, (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.” (QS. Al Fatihah (1): 1-7) [1]

2. Membaca 10 ayat dari Surat Al Baqarah (Ayat 2-5, 255-257, 284-286)

ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2) الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (3) وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآَخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4) أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (5) 

اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ (255) لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (256) اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آَمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ (257)

لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَإِنْ تُبْدُوا مَا فِي أَنْفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُمْ بِهِ اللَّهُ فَيَغْفِرُ لِمَنْ يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (284) آَمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آَمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ (285) لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِين(286)
[2]

3. Membaca Surat Ali Imran ayat 1-2

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ, الم, اللهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ

“Alif laam miim. Allahu laa ilaha illaa huwal hayyul qayyum“

Artinya : Alif laam miim. Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya. (QS. Ali Imran (3): 1-2)[3]

4. Membaca surat Thaha ayat 111-112

وَعَنَتِ الْوُجُوهُ لِلْحَيِّ الْقَيُّومِ وَقَدْ خَابَ مَنْ حَمَلَ ظُلْمًا, وَمَن يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلا يَخَافُ ظُلْمًا وَلا هَضْمًا

“Wa-‘anatil wujuwhu lilhayyil qayyumi waqad khaaba man hamala dzulman, waman ya’mal minashshoolihaati wahuwa mu’minun falaa yakhofu dzulman walaa hadhmaa“

Artinya : “Dan tunduklah semua muka (dengan berendah diri) kepada Tuhan yang Hidup Kekal lagi senantiasa mengurus (makhluknya). Dan sesungguhnya telah merugilah orang-orang yang melakukan kezha-liman, dan barangsiapa mengerjakan amal-amal yang shalih dan ia dalam keadaan beriman, maka ia tidak khawatir akan perlakuan yang tidak adil (terhadapnya) dan tidak (pula) akan pengurangan haknya.” (QS. Thaha: 111-112) [4]

5. Membaca surat At Taubah ayat 129 (7x)

حَسْبِيَ اللهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (سَبْعًا

“Hasbiyallaahu laa ilaaha illaahuwa ‘alayhi tawakkaltu wahuwa robbul ‘arsyil ‘adziim“

Artinya : “Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy yang agung.” (QS. At Taubah: 129) (dibaca tujuh kali) [5]

6. Membaca surat Al Kafirun ayat 1-6

بِـــــســْمِ اللهِ الرَّحْــــمنِ الرَّحِـــيْمِ, قُــــــلْ يَــــا أَيُّــــــهَا الْــــكَافِـــــرُونَ, لا أَعْـــــــــبُدُ مَا تَعْبُدُونَ, وَلا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْـــــبُدُ, وَلا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ, وَلا أَنــتـــُمْ عَـــابِدُونَ مَا أَعْبُدُ, لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

Artinya : “Dengan menyebut asma Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. “Katakanlah, ‘Hai orang-orang yang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kalian sembah. Dan kalian bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak akan menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untuk kalian agama kalian dan untukku agamaku.’” (QS. Al Kafirun: 1-6). Namun tidak shahih untuk dibaca pada dzikir pagi dan sore [6]

7. Membaca surat Al Ikhlash, Al Falaq, dan An Naas (masing-masing tiga kali)

بسم الله الرحمن الرحيم , قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ , اللهُ الصَّمَدُ , لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ , وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ (ثلاثا)

بسم الله الرحمن الرحيم , قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ , مِن شَرِّ مَا خَلَقَ , وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ , وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ , وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (ثلاثا)

بسم الله الرحمن الرحيم , قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ , مَلِكِ النَّاسِ , إِلَهِ النَّاسِ , مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ , الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ , مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ (ثلاثا)

Artinya : “Katakanlah: “Dia-lah Allah, yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.” (QS. Al Ikhlas: 1-4)

Artinya : “Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh, dari kejahatan makhluk-Nya, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita, dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki.” (QS. Al Falaq: 1-5)

Artinya : “Katakanlah: “Aku berlidung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. raja manusia. sembahan manusia. dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan manusia. (QS. An Naas: 1-6) [7]

8. Membaca Zikir Pagi dan Petang

Jika pagi membaca:

أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ ِللهِ، وَالْحَمْدُ ِللهِ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لاَ إِلهَ إِلاَّ هُوَ وَإِلَيْهِ النُّشُوْرُ

“Ashbahna wa Ashbahal Mulku Lillahi wal hamdu lillahi Laa Syarika Lahu Laa Ilaha Illa Huwa waIilaihin nusyur”

Artinya : “Kami berpagi hari dan berpagi hari pula kerajaan milik Allah. Segala puji bagi Allah, tiada sekutu bagi-Nya, tiada Tuhan melainkan Dia, dan pada-Nya tempat kembali”

Jika petang membaca:

قال أَمْسَيْنَا وأَمْسَى الْمُلْكُ ِللهِ، وَالْحَمْدُ ِللهِ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لاَ إِلهَ إِلاَّ هُوَ وَإِلَيْهِ الْمَصِيْر.

“Amsayna wa Amsal Mulku Lillahi wal Hamdu Lillahil Laa Syarika Lahu Laa Ilaha Illa Huwa wa Ilaihil mashir.”

Artinya : “Kami bersore hari dan bersore hari pula kerajaan milik Allah. Segala puji bagi Allah, tiada sekutu bagi-Nya, tiada Tuhan melainkan Dia, dan pada-Nya tempat kembali” [8]

9. Membaca Zikir

أَصْبَحْنَا عَلَى فِطْرَةِ اْلإِسْلاَمِ وَعَلَى كَلِمَةِ اْلإِخْلاَصِ، وَعَلَى دِيْنِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَعَلَى مِلَّةِ أَبِيْنَا إِبْرَاهِيْمَ، حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ.

“Ashbahna ‘ala Fithrotil Islam wa ‘ala Kalimatil Ikhlash wa ‘ala Dini Nabiyyina Muhammad Shallalahu ‘Alaihi wa Sallam wa ‘ala Millati Abina Ibrahima Hanifa wa Maa Kaana minal Musyrikin.”

Artinya : “Di waktu pagi kami memegang agama Islam, kalimat ikhlas, agama Nabi kita Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan agama ayah kami Ibrahim, yang berdiri di atas jalan yang lurus, muslim dan tidak tergolong orang-orang musyrik.” [9]

10. Membaca Zikir Sebagai Rasa Syukur (3x)

اَللَّهُمَّ مَا أَصْبَحَ بِيْ مِنْ نِعْمَةٍ أَوْ بِأَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ فَمِنْكَ وَحْدَكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ، فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ

“Allahumma maa ashbaha biy min ni’matin aw bi ahadin min khalqika faminka wahdaka laa syarikalak falakalhamdu wa lakasy syukru”

Artinya : “Ya Allah, nikmat yang kuterima atau diterima oleh seseorang di antara makhluk-Mu di pagi ini adalah dari-Mu. Maha Esa Engkau, tiada sekutu bagi-Mu. Bagi-Mu segala puji dan kepada-Mu panjatan syukur (dari seluruh makhluk-Mu).” [10]

11. Membaca Zikir Pujian

يَا رَبِّ لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلَالِ وَجْهِكَ وَلِعَظِيمِ سُلْطَانِكَ

“Ya Rabbi Lakal Hamdu Kamaa Yanbaghi Li Jalali Wajhika wa Li ‘Azhimi Sulthanika.”

Artinya : “Ya Tuhanku, Segala puji bagiMu sebagaimana seyogyanya kemuliaan wajahMu dan keagungan kekuasaanMu” [11]

12. Zikir Agar Di-Redhai Allah (3x)

رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًاإِلَّا كَانَ حَقًّا عَلَى اللَّهِ أَنْ يُرْضِيَهُ

“Radhiitu billahi Rabba wabil Islami Diina wa bi Muhammadin Rasuula.”

Artinya : “ Aku ridha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai Rasul.” [12]

13. Membaca Zikir Tasbih (3x)

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ

“Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi wa ridha nafsihi wazinata ‘arsyihi wa midada kalimatihi.”

Artinya : “Maha Suci Allah dan Segala Puji bagiNya, sebanyak bilangan makhlukNya, seridha diriNya, setimbangan ‘arsyNya, dan sebanyak tinta dari kata-kataNya” [13]

14. Membaca Doa Perlindungan dari Musibah (3x)

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Bismillahilladzi La Yadhurru Ma’asmihi Syai’un fil Ardhi wa Laa fis Sama’i wa Huwas Sami’ul ‘Alim.”

Artinya : “Dengan nama Allah Yang bersama NamaNya sesuatu apa pun tidak akan celaka baik di bumi dan di langit. Dialah Maha Medengar lagi maha Mengetahui” [14]

15. Membaca Doa Agar Terhindar dari Syirik

اللهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ نُشْرِكَ بِكَ شَيْئًا نَعْلَمُهُ، وَنَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لَا نَعْلَمُ

“Allahumma inna na’udzubika an nusyrika bika syai’an na’lamuh wa nastagfiruka lima laa na’lamuh.”

Artinya : “Ya Allah sesungguhnya kami berlindung kepadaMu dari menyekutukanMu dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampunanMu dari apa-apa yang tidak kami ketahui.” [15]

16. Membaca Doa Perlindungan dari Keburukan-Keburukan(3x)

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

“A’udzu bikalimatillahi taammah min syarri maa khalaq.”

Artinya: “Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari keburukan apa-apa yang Dia ciptakan.” [16]

17. Membaca Doa Agar Terhindar Dari Kesulitan

اللهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِن الهَمّ وَ الحَزَنْ, وَ العَجْزِ وَ الكَسلْ, وَ البُخْلْ وَ الجُبْنِ,وَ ضَلَعِ الدَينِ, وَ غَلَبَتِ الرِ جَا لْ

“Allahumma inni a-‘udzuubika minal hammi walhazan, wal-‘ajzi wal kasal, wal bukhli wal jubni, wa dhola’iddayin, wa gholabatilrrijal“

Artinya : “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rasa gelisah dan sedih, lemah dan malas, pengecut dan kikir, dibebani hutang (dhala’id dain) dan dikuasai manusia (ghalabatir rijal).” [17]

18. Membaca Doa Memohon Kesihatan dan Perlindungan dari Kekufuran, Kefakiran, dan Azab Kubur (3x)

اَللّهُمَّ عَافِنِي فِي بَدَنِي, اَللّهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي, اَللّهُمَّ عَافِنِي فِي بَصَرِي (ثَلاَثًا)

اَللّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ, وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ, لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ (ثَلاَثًا)

“Allahumma ‘aafini fi badani, Allahumma ‘aafini fi sam’iy, Allahumma ‘aafini fi bashariy.” (3X)

“Allahumma inni a’udzubika minal kufri wal faqri, wa a’udzubika min ‘adzabil qabri, laa ilaha illa anta.” (3X)

Artinya : “Ya Allah berikanlah kesehatan bagi badanku, bagi pendengaranku, bagi penglihatanku, dan tidak ada Ilah kecuali Engkau”

Artinya: “Ya Allah sungguh aku berlindung kepadaMu dari kekufuran dan kefaqiran, Ya Allah sungguh aku berlindung kepadaMu dari azab kubur, tidak ada Ilah kecuali Engkau” [18]

19. Membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar)

اَللّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي، لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ, خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ, وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أََبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ, وَ أَبُوْءُ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

Allahumma anta Rabbiy, laa ilaha illa anta, khalaqtaniy wa ana ‘abduka, wa ana ‘ala ‘ahdika wa wa’dika mastatha’tu, a’udzubika min syarri maa shana’tu, abu’u laka bini’matika ‘alayya, wa abu’u bidzambiy, faghfirliy fa innahu laa yaghfirudz dzunuuba illa anta

Artinya : “Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan kecuali Engkau. Engkau ciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku berada di atas janjiMu, semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui banyaknya nikmat (yang Engkau anugerahkan) kepadaku dan aku mengakui dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Karena sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau” [19]

20. Membaca Doa (3x)

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ غُفِرَ

Astaghfirullahal ‘Azhim alladzi laa ilaha illa huwa al hayyu al qayyum wa atuubu ilaih

Artinya : “Aku memohon ampunan Allah Yang Tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup dan Maha Mengurus (makhluk-Nya)”

21. Membaca Tasbih (100x)

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ

“Subhanallaahi wabihamdih”

Artinya : “Maha suci Allah, aku memujiNya.” [21]

22. Membaca Zikir (10x atau 1x)

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ.

“Laa ilaha illallaahu wahdahu laa syariikalahu, lahulmulku wa huwalhamdu wahuwa ‘alaa kulli syay-‘in qadiyr”

Artinya : “Tidak ada ilah yang berhak disembah selain Allah semata, tidak ada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan segala pujian. Dia-lah yang berkuasa atas segala sesuatu.” (Dibaca 10x atau 1 x jika dalam keadaan malas) [22]

23. Membaca Doa Memohon Pertolongan, dan Perbaikan Urusan

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، أَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ.

“Ya Hayyu Ya Qayyuum, birohmatika astaghiytsu, ashliy sya’niy kullahu, wa laa takilniy ilaa nafsiy thorqota ‘aini“

Artinya : “Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri (tidak butuh segala sesuatu), dengan rahmat-Mu aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekali pun sekejap mata (tanpa mendapat pertolongan dari-Mu).” [23]

24. Membaca Doa Permohonan Ilmu, Rezeki, dan Amal

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

“Allahumma innii as-aluka ‘ilman nafian, warizqon thayyiban, wa ‘amalan mutaqobala“

Artinya: “Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat (bagi diriku dan orang lain, pen), rizki yang halal dan amal yang diterima (di sisi-Mu dan mendapatkan ganjaran yang baik).” [24]

25. Membaca Istigfar (100x)

أَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ

“Astagfirullaah wa atuubu ilayhi“

Artinya : “Aku memohon ampun kepada Allah dan bertobat kepada-Nya.” [25]

26. Membaca Doa Agar Hati Diteguhkan

يَا مُقَلّبَ القُلُوْبَ , ثَبّتْ قَلْبِي عَلَي دِينِكَ

“Yaa muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘ala diinik”

Artinya : “Wahai Zat yang membolak-balikkan hati teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.” [26]

27. Membaca Selawat Nabi (10x)

اَللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ, كَمَا صَلَّــيْتَ عَـلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْــرَاهِيْمَ, وَبَـارِكْ عَلَى سَـيِّدِنَا مُـحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ, كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْـرَاهِيْمَ وَعَــلَى آلِ سَيـِّدِنَا إِبْـرَاهِيْمَ فِي الْعَالَمِيْنَ, إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ (عَشْرًا)

“Allahumma shalli ‘ala sayyidina Muhammad wa ‘ala aali Sayyidina Muhammad, kama shallaita ‘ala sayyidina Ibrahim wa ‘ala aali sayyidina Ibrahim, wa baarik ‘ala sayyidina Muhammad wa ‘ala Aali sayyidina Muhammad, kama baarakta ‘ala sayyidina Ibrahim wa ‘ala aali sayyidina Ibrahim il ‘aalamiina innaka hamiidum majiid.” [27]

KELEBIHAN AYAT MANZIL

'MANZIL' mengandungi beberapa ayat al-quran yang telah diajar oleh Rasulullah SAW kepada sahabat RA sebagai shifa'(penawar dan ubat) dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari sihir.Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat d dlm kitab "HAYATUS SAHABAH" (Jld 3 ms 374)yang dikarang oleh as-Syeikhul Kabir Maulana Yusuf rah.Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad,Hakim dan Tirmizi.

Ubai Ibn Kaab RA meriwayatkan :Sewaktu bersama Rasulullah SAW,seorang badwi telah datang kepada baginda dan berkat,"Ya Rasulullah SAW ,saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit."Penyakit apa?"bertanya Rasulullah SAW "Sejenis gila"menjawab orang tersebut.Rasulullah membacakan surah al-fatihah,4 ayat pertama Surah Al-Baqarah .Ayat yg bermula dgn Wailahukum ilahun wahid....,ayat Kursi dan dua ayat seterusnya ,3 ayat terakhir al-Baqarah,ayat Syahidallah annahu...terakhir dari surah al-Mu'minun(Fataaalallahuuumalikul haq...,ayat dari surah al-Jin (Waaannahu ta,ala),sepuluh ayat pertama surah Wassaat,tiga ayat terakhir dari surah Al-Hasyr,Surah al-ikhlas,Surah al-Falaq dan surah AN nas. 

Fadhilat Manzil ini terlalu banyak .Dari pengalaman kebanyakan orang,Manzil ini sangat mujarab untuk menyembuh penyakit sihir,jin dan lain-lain.Dua cara untuk mengubati pesakit ialah dengan pesakit sendiri membaca ayat2 tersebut ataupun org lain boleh membacakan dan menghembus di atas air.Air ini diminum oleh pesakit. 

Selain "Manzil" terdapat juga ayat"MUNJIYAT" yang diperolehi dari pengalaman Ibn Sireen Rah untuk melepaskan diri dari kesusahan dan ayat-ayat syifa' dari pengalaman Imam Abu Qassim Qushairi .

Suatu perkara yang sgt penting dalam mengamalkan ayat-ayat "Manzil " ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh (menumpukan sepenuh perhatian kepada allah SWT).Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap allah sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat .Tiadak syak lagi bahawa nama-nama ALLAH SWT dan kalimat-kalimatnya mengandungi terlalu banyak berkat.

AYAT-AYAT MANZIL

Ayat 1-5 Al Baqarah
Ayat 102 Al Baqarah
Ayat 163-164 Al Baqarah
Ayat 255 Al Baqarah (Ayatul Kursiy)
Ayat 285-286 Al Baqarah
Ayat 18-19 Ali Imran
Ayat 54-56 Al 'Araaf
Ayat 117-122 Al 'Araaf
Ayat 81-82 Surah Yunus
Ayat 69 surah Taahaa
Ayat 115-118 surah Al Mukninuun
Ayat 1-10 surah Ash Shaaffaat
Ayat 29-32 surah Al Ahqaf
Ayat 33-36 surah Ar Rahman
Ayat 21-24 surah Al Hasyr
Ayat 1-9 surah Jinn
AL Ikhlas
Al Falaq

An Naas

898. Soalan : Ustaz.saya nak tnya berkaitan solat sunat hifzi. saya ada menonton video ustaz azhar idrus di youtube yg menyatakan solat sunat ini di pertikaikan oleh para ulamak dan lebih baik dilakukan sama dgn solat sunat biasa,termasuklah niat maksud saya niat nk melksanakan solat ini sperti solat sunat biasa tak perlu niat solat sunat hifzi tapi lepas rakaat terakhir iaitu semasa sujud atau selepas salam barulah minta hifzi. 
soalan saya ustaz :

1) Berapa rakaat solat ini perlu dikerjakn
2) Surah apa yg perlu di baca
3) Bagaimana cara pelaksanaanya

Jawapan : 

Al-Imam Tirmizi rahimahullah di dalam kitabnya Sunan Tirmizi meriwayatkan sebuah hadis yang panjang lebar di dalam Bab دعاء الحفظ seperti berikut : (di sini tidaklah meletakkan sanadnya secara lengkap ,jika sidang pembaca ingin meneliti tentang hadis ini bolehlah merujuk di dalam Sunan Tirmizi hadis bernombor 3570): 

Maksudnya: Diriwayatkan daripada Saidina Ato’ bin Rabah dan Saidina Ikrimah(hamba kepada Saidina Ibn Abbas),mereka berdua meriwayatkan daripada Saidina Abdullah bin Abbas radhiyallahu anhuma katanya:Ketika kami bersama-sama dengan Baginda sallallahu alaihi wasallam , tiba-tiba datang Saidina Ali bin Abu Talib radhiyallahu anhu mengadu kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam: 

Demi sesungguhnya ya Rasulallah ,aku secara tiba-tiba tidak mampu untuk mengingati al-quran yang telah dihafaz(telah hilang secara tiba-tiba daripada ingatanku),telah aku cuba untuk mengingatinya tetapi aku tidak mampu. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam: Wahai Abu al-Hasan(gelaran kepada Saidina Ali radhiyallahu anhu),Mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimah yang mana ianya akan memberikan faedah kepadamu dan kepada orang yang kamu ajari serta mengukuhkan lagi ingatanmu terhadap apa yang engkau pelajari?Kata Saidina Ali radhiyallahu anhu:Tentu sekali aku mahu ya 

Rasulullah SAW,ajarkanlah aku perkara tersebut.Sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam: 

"Bilamana tiba malam Jumaat maka jika kamu mampu untuk bangun pada sepertiga malam yang terakhir, yang mana waktu tersebut adalah waktu terakhir yang akan disaksikan oleh Para Malaikat, dan waktu yang mustajab doanya, Sesungguhnya saudaraku Yaakub alaihi al-salam telah berkata kepada anaknya ( seperti yang dihikayatkan oleh Allah subhanahu wa taala di dalam surah Yusuf ayat 98) maksudnya: Aku akan memohon ampun bagimu kepada Allah taala dan Saidina Yaakub alaihi al-salam menyebutkan (pada malam Jumaat nanti).Tetapi jika kamu tidak mampu untuk bangun pada waktu tersebut,maka (bolehlah untuk kamu) bangun pada pertengahan malam,dan jika tidak juga mampu,maka bolehlah bagimu bangun pada permulaan malam."

Dan dirikanlah solat sebanyak 4 rakaat. (solat sunat hifzi). Bacalah pada rakaat yang pertama dengan surah al-Fatihah dan Surah Yaasin. 

Dan pada rakaat kedua bacalah surah al-Fatihah dan Surah al-Dukhan, dan 

pada rakaat ketiga bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Sajdah dan 

pada rakaat keempat bacalah Surah al-Fatihah dan surah al-Mulk."

Apabila kamu telah selesai tasyahhud maka berzikirlah memuji Allah taala,kemudian pujilah Dia dengan sebaik-baik pujian, dan selawatlah kamu ke atas aku dengan sebaik-baik selawat dan selawat juga ke atas para Nabi dan mohonlah ke ampunan ke atas golongan Mukminin dan mukminat dan kepada saudara-saudaramu yang telah mendahului kamu dengan keimanan mereka kepada Allah Taala dan kemudian sebutkanlah olehmu pada akhir( pujian-pujian dan doa kamu tersebut) dengan doa ini

: اللهم ارْحَمْنِي بِتَرْكِ الْمَعَاصِي أَبَدًا ما أَبْقَيْتَنِي وَارْحَمْنِي أَنْ أَتَكَلَّفَ ما لَا يَعْنِينِي وَارْزُقْنِي حُسْنَ النَّظَرِ فِيمَا يُرْضِيكَ عَنِّي اللهم بَدِيعَ السماوات وَالْأَرْضِ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ وَالْعِزَّةِ التي لَا تُرَامُ أَسْأَلُكَ يا الله يا رَحْمَنُ بِجَلَالِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ أَنْ تُلْزِمَ قَلْبِي حِفْظَ كِتَابِكَ كما عَلَّمْتَنِي وَارْزُقْنِي أَنْ أَتْلُوَهُ على النَّحْوِ الذي يُرْضِيكَ عَنِّيَ اللهم بَدِيعَ السماوات وَالْأَرْضِ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ وَالْعِزَّةِ التي لَا تُرَامُ أَسْأَلُكَ يا الله يا رَحْمَنُ بِجَلَالِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ أَنْ تُنَوِّرَ بِكِتَابِكَ بَصَرِي وَأَنْ تُطْلِقَ بِهِ لِسَانِي وَأَنْ تُفَرِّجَ بِهِ عن قَلْبِي وَأَنْ تَشْرَحَ بِهِ صَدْرِي وَأَنْ تعمل بِهِ بَدَنِي لأنه لَا يُعِينُنِي على الْحَقِّ غَيْرُكَ ولا يُؤْتِيهِ إلا أنت ولا حَوْلَ ولا قُوَّةَ إلا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ 

Sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam lagi: "Wahai Abu al-Hasan,lakukanlah olehmu solat ini pada tiga kali Jumaat, atau lima Jumaat , atau tujuh Jumaat ,Dengan Izin Allah akan mustajab doamu tersebut.Demi tuhan yang mengutuskan aku dengan kebenaran tidak akan tersalah sedikitpun seorang mukmin (yang beramal dengan perkara ini)."

Kata Abdullah bin Abbas radhiyallahu anhuma: "Demi Allah, Tidak lama selepas Saidina Ali radhiyallahu anhu melaksanakan perkara ini lebih kurang lima kali atau tujuh kali maka Beliau sekali lagi datang bertemu Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam di dalam majlis yang seumpama sebelumnya dan beliau berkata: Ya Rasulallah,Aku sebelum ini hanya mampu menghafaz empat ayat dan seumpamanya sahaja, bila aku membaca semula maka ianya akan hilang, tapi sekarang aku sudah mampu menghafaz 40 ayat dan seumpamanya ,bilamana aku membacanya semula aku mendapati seolah-olah al-Quran berada di depan mataku. Begitu juga dengan hadismu ya Rasulallah,bila aku mengulang-ulangnya maka sekejap sahaja ianya akan hilang daripada ingatanku, tetapi sekarang ya Rasulallah, bila kamu menyebutkan hadis tersebut maka tiada satu huruf pun daripadanya hilang daripada ingatanku."

Sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bila mana mendengar perkara tersebut: Demi Rabb Pemilik Kaabah ,Kamu adalah mukmin (benar-benar beriman dengan Baginda sallallahu alaihi wasallam) wahai Abu al-Hasan."

APAKAH MARTABAT HADIS INI? 

Menurut al-Imam Tirmizi rahimahullah, hadis ini martabatnya ialah Hasan Gharib.al-Imam Hakim al-Naisaburi rahimahullah juga ada meriwayatkan hadis yang sama walaupun lafaznya ada sedikit perbezaan tidak senaraikan hadisnya di sini tetapi jika para pembaca ingin meneliti perkara ini bolehlah merujuk kitab Mustadrak oleh al-Imam Hakim al-Naisaburi jilid 1 pada bab Solat-solat Sunat hadis bernombor 1191) dan beliau mengatakan bahawa hadis ini adalah Sahih seperti syarat yang telah diletakkan oleh al-Imam Bukhari dan Muslim rahimahumullah . Al-Imam Thabarani rahimahullah juga ada meriwayatkan hadis yang sama di dalam Mu’jam al-Kabir jilid 11 ,hadis bernombor 12036.

899. Soalan : Apabila kita berhadapan dengan kemugkaran apa yang sepatutnya kita lakukan?

Jawapan : 

Rasulullah SAW bersabda: 

من رأى منكرًا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lisannya, dan sekiranya dia tidak mampu (juga), maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah keimanan.” (Hadis Riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya dari hadis Abu Said r.a). 

Hadis ini menunjukkan perintah untuk beramar makruf dan nahi mungkar bergantung di atas kemampuan kita sebagai manusia. Di antara mereka ada yang mengubah kemungkaran dengan cara mempraktikkan dengan tangannya sebagai kekuatan tubuh dan diri. 

Dan di antara mereka ada yang tidak mampu mencegahnya melainkan dengan lisannya dan ada di antara mereka yang sangat lemah dan tidak mampu mencegah kemungkaran melainkan dengan hatinya. Ini dilakukan dengan mengingkari kemungkaran serta pelakunya, maka inilah kelemahan yang tidak diragukan lagi kerana takut akan dirinya diperlakukan oleh manusia dengan kekerasan lantaran kelemahannya. 

Jika saudara berpeluang memberikan nasihat maka teruskan memberikan nasihat kerana jika tak di tegur maka mungkin tak ada siapa yang nak perbetulkan kesalahan dan kesilapan yang di lakukan tetapi cara kita biarlah cara hikmah dan lemah lembut.

900. Soalan : Ustaz, dikatakan dlm kehidupan sesudah mati, seorang isteri akan bersama suami pertamanya. Adakah isteri akan bersama dgn suami pertama walaupun semasa hayat mereka telah bercerai selepas perceraian isteri bernikah dgn lelaki lain.
Saya ada juga mendengar ada yg mengatakan diakhirat nanti isteri akan bersama suami yg lebih byk membimbingnya kearah ketaatan kpd Allah. Betul ke.?

Jawapan : 

Seorang wanita telah berkahwin dengan dua atau tiga lelaki sekiranya mereka semua masuk syurga maka si wanita ini (isteri) akan bersama dengan suaminya yang mana satu? Terdapat beberapa pendapat mengenai perkara di atas. Pendapat pertama mengatakan bahawa dalam satu hadis daripaad Nabi SAW menjelaskan bahawa wanita tersebut akan memilih suaminya yang paling baik akhlaknya untuk menjadi suaminya di syurga. 

Pendapat kedua terdapat juga hadis Nabi SAW menyatakan bahawa wanita tersebut akan menjadi isteri kepada suaminya yang terakhir ketika di dunia dan menjadi isterinya di syurga. Ini berlaku sekiranya mereka semua masuk syurga. Tetapi untuk isteri yang bercerai hidup dengan suaminya mereka tak akan bertemu di syurga kerana di dunia mereka telah berpisah dan tak akan bersama-sama di syurga.

Nabi SAW bersabda maksudnya : ” Seorang lelaki datang kepada Rasulullah lalu bertanya, ” Ya Rasulullah, bagaimana menurut tuan seseorang yang mencintai suatu kaum namun dia tidak boleh menjakau ( amalan soleh ) mereka ? ” Lalu Rasulullah menjawab, ” Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dia cintai “( Hadis Riwayat Bukhari No. 5703 dan Muslim No. 2640 )

Diriwayatkan dari Rasulullah SAW bahawa baginda ditanya , "Seorang wanita yang telah bernikah (berkahwin) dengan lebih dari dua atau tiga laki-laki, bersama siapakah ia tinggal di antara mereka di syurga?" Maka, baginda menjawab, "Ia akan memilih yang paling mulia akhlaknya."

Dalam suatu hadis yang lain terdapat penjelasan bahawa seorang wanita muslimah, akan menjadi isteri bagi suaminya yang terakhir ketika di dunia. Oleh kerana itu, isteri-isteri Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam, tidak boleh di kawini orang lain sepeninggal baginda, kerana mereka akan menjadi isteri-isteri baginda di akhirat.

Muawiyah bin Abi Sufyan pernah melamar Ummu Darda, namun dia enggan berkahwin dengannya. Dan dia berkata, “Aku pernah mendengar Abu Darda berkata, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda, “Wanita itu untuk suaminya yang terakhir.” 

Sedangkan aku tidak menginginkan pengganti Abu Darda.”

Dalam lafazh lain disebutkan,

اَيُّمَا امْرَأَةٍ تُوُفِّيَ عَنْهَا زَوْجُهَا فَتَزَوَّجَتْ بَعْدَهُ فَهِيَ ِلآخِرِ أَزْوَاجِهَا

“Wanita mana saja yang ditinggal mati suaminya, lalu dia menikah lagi setelahnya, maka dia milik suaminya yang terakhir.” (Di nilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jamik dan di dalam al-Silsilah al-Sahihah no. 1281)

Terdapat beberapa soalan siapakah suami untuk wanita di syurga ?

Bagi para muslimah, mungkin belum jelas lagi siapa suami mereka nanti di syurga?

Terdapat enam keadaan wanita di dunia :

1. Dia meninggal dunia sebelum berkahwin.

2. Dia meninggal dunia setelah di ceraikan suaminya dan dia tidak berkahwin lagi sampai meninggal dunia( menjadi ibu tunggal sampai meninggal dunia)

3. Dia sudah berkahwin, dia masuk syurga sedangkan suaminya tidak bersamanya di syurga.

4. Dia meninggal dunia setelah berkahwin samaada suaminya kawin lagi sepeninggalnya atau pun tidak, yakni jika dia meninggal dunia terlebih dahulu sebelum suaminya.

5. Suaminya meninggal terlebih dahulu, kemudian kemudian dia tidak berkahwin lagi sampai meninggal dunia.

6. Suaminya meninggal dunia terlebih dahulu, lalu dia berkahwin lagi selepas habis idah.

Untuk menjawab enam persoalan di atas huraiannya adalah seperti berikut :

Jawapan untuk soalan 1,2 dan 3 wanita tersebut masuk syurga tanpa suami. Allah SWT akan kawinkan (nikahkan) dia dengan lelaki ahli syurga yang sama keadaannya iaitu lelaki yang meninggal dunia sebelum berkahwin atau lelaki yang bercerai dengan isterinya dan dia tidak kawin lagi sampai meninggal dunia atau lelaki yang dapat masuk syurga sedangkan isterinya tidak dapat masuk ke syurga bersamanya.

Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda (maksudnya) : ”Tidak ada seorang bujangan di dalam syurga “ (Hadis Riwayat Muslim no. 2834)

Syaikh Ibnu Utsaimin berkata dalam Al-Fatawa jilid 2 No 177, jawabanya di ambil daripada ayat al-Quran berbentuk umum, firman Allah SWT maksudnya : ”Di dalamnya kalian memperoleh apa yang kalian inginkan dan memperoleh ( pula) di dalamnya apa yang kalian minta. Turun dari Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. “ (Surah Fushshilat ayat 31)

Dan juga firman Allah SWT maksudnya : ”Dan didalam syurga itu terdapat segala apa yang di ingini oleh hati dan sedap ( di pandang ) mata dan kalian kekal di dalamnya “(Surah Az-Zukhruf ayat 71)

Seorang wanita, jika dia termasuk ke dalam penghuni syurga akan tetapi dia belum berkahwin atau suaminya tidak termasuk ke dalam penghuni syurga, ketika dia masuk ke dalam syurga maka disana ada laki-laki penghuni syurga yang belum berkahwin. Mereka mempunyai isteri di kalangan bidadari. Dan mereka juga mempunyai isteri - isteri dari kalangan wanita dunia jika mereka berhajat. 

Demikian pula perihal wanita jika mereka masuk ke syurga dalam keadaan tidak bersuami atau dia sudah bersuami di dunia akan tetapi suaminya tidak masuk ke dalam syurga. Maka dia (wanita tersebut) jika dia ingin berkahwin, maka pasti dia akan mendapatkan apa yang dia inginkan, berdasarkan ayat di atas bersifat umum.

Dan beliau (Syaikh Ibnu Utsaimin) juga berkata ” Jika dia ( wanita tersebut) belum berkahwin ketika di dunia, maka Allah SWT akan kawinkan dengan laki-laki yang dia senangi di syurga. Maka kenikmatan di syurga, tidaklah terbatas kepada kaum lelaki sahaja, tapi bersifat umum untuk kaum lelaki dan wanita. Dan diantara kenikamatan-kenikmatan tersebut adalah perkahwinan. “

Adapun wanita dalam keadaan soalan ke 4 atau ke 5, maka dia akan menjadi isteri di syurga kepada suaminya di dunia. (suaminya dapat masuk ke syurga)

Soalan ke 6, wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain. Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. 

Sabda Nabi SAW yang bermaksud :”Wanita itu milik suaminya yang paling akhir “( Hadis Riwayat Abu Asy-Syaikh dalam Tarikh hal 270 dari sahabat Abu Darda dan disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Ash-Shohihah: 3/275/1281 )

Dan juga berdasarkan ucapan Hudzaifah kepada isteri beliau,” Jika kamu mahu menjadi isteriku disyurga, maka janganlah kamu menikah (berkahwin) lagi sepeninggalku, kerana wanita di syurga milik suaminya yang paling terakhir di dunia. Kerananya, Allah mengharamkan para isteri Nabi untuk menikah lagi sepeninggal baginda kerana mereka adalah isteri-isteri baginda di syurga. “( Hadis Riwayat Al-Baihaqi:7/69/13199 )



No comments:

Post a Comment