Saturday, February 22, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 62 (Riyak Dan Sum'ah, Hadis Akhir Zaman, Saka, Isteri Enggan Menutup Aurat Dan Wang Pendahuluan)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 62 adalah menjelaskan persoalan riyak dan sum'ah, hadis akhir zaman, apakah dia saka, isteri tidak mahu menutup aurat dan hukum mengambil wang pendahuluan.

366. Soalan : Apakah dia sifat riyak dan sum'ah? Bagaimana sifat ini boleh merosakkan amal seseorang?

Jawapan :  

Riyak ialah penyakit hati yang paling ditakuti Rasulullah SAW menimpa umatnya kerana ia boleh berlaku dalam pelbagai keadaan, hatta ketika menunaikan solat yang sepatutnya dilakukan dengan ikhlas.

Kerisauan itu dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riyak." (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Riyak ialah memperlihat atau menyempurnakan ibadat dengan tujuan mendapat pujian serta perhatian orang lain seperti solat dan puasa.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal?" Kami katakan: "Tentu". Baginda bersabda: "Syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya kerana melihat seseorang memandangnya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Sum’ah merupakan amalan yang diperdengarkan kemudian menceritakan perbuatannya (sudah dikerjakan dengan penuh keikhlasan, namun pada akhirnya mengharapkan pujian yang sifatnya duniawi). 

Kata sum’ah berasal dari kata samma’a (memperdengarkan).Contoh : Malam solat tahajud pada siang harinya menceritakan kepada rakannya bahawa malam tadi dia telah melaksanakan solat tahajud supaya rakannya tahu bahawa dia seorang yang alim.

Perbedaan riyak dan sum’ah ialah: Riyak adalah amalan yang dilakukan untuk diperlihatkan kepada orang lain, sedangkan sum’ah beramal supaya diperdengarkan kepada orang lain. 

Riyak berkaitan dengan indra mata, sedangkan sum’ah berkaitan dengan indra telinga.

Dalam al-Quran Allah SWT telah mengingatkan kepada kita mengenai sifat riyak dan sum'ah ini:

يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُواْ لاَ تُبْطِلُوْا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْاَذَى كَالَّذِىْ يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ …

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riyak kepada manusia…” (Surah al-Baqarah ayat 264).

367. Soalan : Saya ada mendengar ceramah mengenai hadis ketika di akhir zaman nanti terdapat bencana dan musibah di segerakan balasannya oleh Allah SWT sebabkan manusia meninggalkan ajaran Islam seperti perzinaan, penipuan di dalam perniagaan, tidak membayar zakat dan keenganan pemimpin Islam melaksanakan hukum-hukum Allah SWT. Bolehkan ustaz kemukakan hadis tersebut dan memberi huraiannya?

Jawapan : 

Terdapat hadis daripada Rasulullah SAW :

سنن ابن ماجه: عَبْ
((يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ؛دِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ: أَقْبَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ:
1- لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا.
2- وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلَّا أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ.
3- وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلَّا مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ، وَلَوْلَا الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا.
4- وَلَمْ يَنْقُضُوا عَهْدَ اللَّهِ وَعَهْدَ رَسُولِهِ إِلَّا سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ.
5- وَمَا لَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَّا جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ))

Maksudnya : "Ibnu Umar RA berkata: Rasulullah SAW datang kepada kami (pada suatu hari) kemudian Baginda bersabda: “Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (jika kamu telah mengerjakannya), maka tidak ada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah SWT, semoga kamu tidak melalui zaman itu.

Perkara-perkara itu ialah:

1. Tidak terjadi perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus-terangan melakukannya, melainkan akan berjangkit di kalangan mereka wabak penyakit menular (Ta’un) dengan cepat, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang terdahulu.

2. Tidak mereka mengurangkan sukatan, ukuran dan timbangan, kecuali mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.

3. Dan tidak mereka menahan zakat harta benda, kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak ada binatang (yang juga hidup di atas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah SWT.

4. Dan tidaklah mereka menyalahi janji Allah dan Rasul-Nya, kecuali Allah akan menurunkan ke atas mereka musuh yang akan merampas sebahagian dari apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Qur'an dan mereka memilih ayat atau hukum yang mereka mahu, maka (di waktu itu) Allah akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri."

(Hadis Riwayat Ibnu Majah, Sahih al-Jami’ as-Soghir: 7978)

Keterangan Hadis di atas menerangkan bahawa:

1. Wabak Taun yang berjangkit dan kolera serta penyakit kelamin yang begitu banyak merebak sekarang seperti Aids, HIV adalah disebabkan banyaknya terjadi perzinaan.

2. Sukar mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah disebabkan daripada rakyat yang mengurangkan sukatan, ukuran dan timbangan. Lalu terjadilah inflasi, barang naik harga, minyak naik, pendapatan tidak mencukupi, banyak pengangguran dan lain-lain kemorosotan ekonomi.

3. Kemarau panjang disebabkan tidak mengeluarkan zakat. Sesetengah tempat, walaupun hujan turut banyak, tetapi air tidak mencukupi untuk kegunaan, iaitu hujan tidak lagi membawa berkat bahkan membawa bala bencana pula!

4. Kuasa musuh mengambil sebahagian daripada apa yang dimiliki kaum Muslimin (seperti hilangnya kuasa ekonomi daripada tangan kaum Muslimin) disebabkan mereka mengkhianati janji-janjinya kepada Allah SWT, tidak mentaati perintah Allah. Atau bagi negara Islam lain mungkin penjajah atau pelabur asing yang akan menguasai ekonomi dan hasil kekayaan negeri. Rakyat akan merempat di bumi sendiri!

5. Perang saudara yang berlaku dalam kalangan kaum Muslimin disebabkan mereka mengabaikan hukum-hukum Allah SWTdan tidak menjadikan Al-Qur'an sebagai undang-undang di dalam kehidupan. Akan berlaku perpecahan dan perbalahan, perperangan dan pembunuhan sesama sendiri berleluasa.

368. Soalan : Apakah dia saka ? Adakah boleh kita membuangnya jika saka itu terdapat dalam ahli keluarga kita?

Jawapan :  

Saka adalah jin kafir yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan pesakit. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang terdahulu. Dan diturunkan kepada generasi kemudian tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki. Saka boleh dibuangkan dengan mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Setiap penyakit ada ubatnya. Begitu juga perbuatan sihir yang dilakukan oleh bomoh dengan perantaraan jin kafir atau syaitan boleh diatasi dan di ubati penyakit tersebut. Jika tidak mampu mengubati sendiri gangguan saka maka boleh berjumpa pengamal perubatan Islam yang menggunakan ayat-ayat al-Quran, selawat dan doa-doa yang diajarkan Nabi SAW. Jangan berjumpa bomoh atau dukun kerana mereka menggunakan khidmat jin-jin kafir dalam rawatan yang digunakan.

Cara-cara mengatasi gejala sihir adalah seperti berikut :

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir.

Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad S.A.W. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Quran yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad S.A.W. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir in syaa Allah.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-

1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6

2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257

3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
Untuk membuangkan gangguan saka dan sihir boleh lakukan perkara berikut : 1. Ambil tujuh helai sirih hijau atau daun teratai. Tumbuk dengan batu, besi atau apa saja sehingga lumat (boleh juga guna alat penghancur letrik - blinder)

2. Masuk tumbukan daun sirih atau daun teratai itu dalam satu mangkuk besar. Isi dengan air secukupnya untuk minum dan mandi seluruh badan.

3. Letakkan telapak tangan kananmu pada air yang sudah diisi tumbukan daun sirih.

4. Sentuhkan bibirmu pada mangkuk, sehingga nafas atau sebahagian dari ludahmu mengenainya.

5. Bacakan ayat-ayat berikut :

a. Baca Ayat Kursi. (Surah al-Baqarah ayat 255)

b. Bacakan Surah al-Kafirun.

c. Baca Surah al-Ikhlas.

d. Baca Surah al-Falaq.

e. Baca Surah an- Nas.

(Ayat-ayat dibawah adalah ayat penawar sihir)

f. Baca Surah al-A'raf ayat 117-119.

g. Baca Surah Yunus ayat 79-82.

h. Baca Surah Thaha ayat 65-69.

Setelah dijampi dengan ayat-ayat al-Quran di atas air itu diminumkan kepada si sakit, kemudian mandikan ia dengannya. Ulangi seminggu sekali dan sesudah itu in syaa Allah , sihir itu tidak akan ada lagi.

[Yakinlah kepada Allah SWT bahawasanya hanya Dia sahaja yang akan menyembuhkan segala penyakit termasuk penyakit disebabkan sihir hasil perbuatan jin dan syaitan]

Di dalam kitab zikir al-Mathurat karangan al-Imam Syahid Hassan al-Banna ada dihimpunkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa sahih yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W untuk membina kekuatan rohani dan menghalang daripada gangguan sihir. Amalkan membaca Zikir al-Mathurat setiap pagi dan petang (lepas solat Asar). Wallahu a'lam

369. Soalan : Sahabat saya sudah tegur isterinya untuk menutup aurat tetapi dia masih enggan menutup aurat adakah dosa dia masih ditanggung oleh sahabat saya (sebagai suami) atau isterinya menaggung dosanya sendiri?

Jawapan : 

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Jika kita sudah tegur isteri untuk menutup aurat tetapi dia masih tidak mahu menutup aurat maka dosa itu isteri akan tanggung sendiri, tetapi sebagai suami kita mesti teruskan menasihatinya jangan jemu dan putus asa kerana kesabaran kita berdakwah kepada isteri akan diberikan pahala oleh Allah SWT.

Jika isteri nusyuz (derhaka) suami mestilah melakukan tindakan-tindakan berikut:1. Bersabar menghadapi karenah isteri, memberi nasihat, jika tak berhasil ...2. Pisahkan tempat tidur (jika mash gagal) 3. Memukul (pukulan yang ringan untuk mengajarnya). 4. Jika tidak berjaya krisis itu dirujuk kepada orang tengah seperti ibu bapa isteri, abang, kakak atau adik isteri atau keluarga sebelah suami cuba menasihatinya, jika masih gagal untuk mencari penyelesaian. Maka pilihan terakhir suami, jika dia mahu, ialah menceraikan isterinya dengan talak satu.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar." (Surah an- Nisaa ayat 34)

370. Soalan : Ustaz saya ingin bertanya adakah boleh kita ambil wang pendahulun (deposit) di dalam urusan jual beli ?

Jawapan :  

Persoalan ini merujuk kepada hukum ‘bai al-Urbun’ adakah dibenarkan oleh syarak atau tidak. Maksud bai al-Urbun ialah: Bayaran pendahuluan yang dikenakan oleh penjual kepada pembeli, di mana jika pembeli membatalkan akad jual beli itu, maka bayaran itu menjadi hak penjual, tidak dikembalikan kepada pembeli.

Hukum mensyaratkan bayaran seperti ini diperselisihkan ulama. Ada yang melarangnya berdasarkan satu hadis yang melarangnya. Cuma ada pertikaian terhadap hadis tersebut. Dan ada ulama mengharuskannya berdasarkan atsar Umar bin Al-Khattab.

Dan pendapat yang mengharuskannya telah difatwakan juga oleh Lajnah Daemah, KSA (no: 19637), dan dipilih dalam ketetapan Majmak Feqah Islami (Qararat Majmak Feqah Islami m/s: 165).

Lanjutan fatwa keharusan urusniaga seperti ini dalam jual beli, di dalam urusniaga perkhidmatan juga dibenarkan dikenakan pendahuluan (Urbun), kerana ia adalah urusniaga jual beli manfaat (ijarah). (Majalah Majmak Feqah Islamiy Bil: 8, Jil: 1 m/s: 641).

Wallahu a’lam.


Ringkasan Senarai Tajuk-tajuk Tanyalah Ustaz Siri 1 - 67

Senarai Tajuk-Tajuk Soalan :

Siri 1 membicarakan persoalan hukum memunggut cukai, hati gelisah ketika hendak solat, bertaubat nazar untuk tutup aurat dan hak-hak isteri selepas diceriakn oleh suami.

Siri 2 membicarakan persoalan isteri nusuz, cara-cara mandi junub, menyusukan anak hingga 6 tahun, cara hendak tebuk dosa lama, petua-petua pindah rumah baru.

Siri 3 membicarakan persoalan sunah Rasulullah SAW, bersyukur dan bersabar dengan pasangan hidup, ramai wanita di neraka, dosa sesama manusia dan suka menghina dan ungkit-ungkit pemberian.

Siri 4 membicarakan persoalan lamaran lelaki kepada wanita, adik beradik susuan, pinjaman wang, berbohong yang diharuskan dan ilmu tasawuf.

Siri 5 membicarakan persoalan doa penerang hati, hukum Amanah Saham Bumiputra dan Amanah Saham Nasional, hukum mengawini perempuan Syiah, Syirik Besar dan Syirik Kecil dan Adab-adab Membaca al-Quran.

Siri 6 adalah menjelaskan persoalan hukum bercakap bohong, memakai purdah, hukum onani, makmum masbuq dan wang riba.

Siri 7 adalah menjelaskan persoalan mudah marah, cara melupuskan kitab al-Quran yang rosak, menjawab salam di radio, duduk sebentar bangun daripada sujud dan solat istikharah.

Siri 8 adalah menjelaskan persoalan ayat-ayat untuk mengesan gangguan sihir, cara-cara rawatan sihir, menguap semasa membaca al-Fatihah semasa solat, hukum ziarah kubur dan adab-adab semasa ziarah kubur.

Siri 9 adalah menjelaskan persoalan maksud bulan-bulan dalam kalender Islam dan empat bulan haram, hukum tidak bertegur sapa, kisah kewafatan Nabi SAW, jenis-jenis orang murtad dan hukum membaca Surah Yasin ketika nazak.

Siri 10 adalah menjelaskan persoalan darah haid, tempuh iddah, mengucapkan "Rest in Peace", hukum bekerja sebagai veterina dan bermimpi dengan orang yang telah meninggal dunia.

Siri 11 adalah menjelaskan persoalan anak susuan, isteri yang diceraikan, kisah Saidina Umar, hukum bersolek dan hukum rebounding rambut.

Siri 12 adalah menjelaskan persoalan hukum memakai jam sadur emas, aurat wanita di rumah mertua, berkahwin dengan sepupu, terbuka kaki ketika solat dan anak susuan.

Siri 13 adalah menjelaskan persoalan masuk waktu Zohor, hubungan di antara suami dan isteri, menggantung gambar, cara-cara solat berjemaah dengan isteri dan jenis-jenis iddah.

Siri 14 adalah menjelaskan persoalan solat jamak dan qasar, suami mengaku bujang adakah gugur talak, wang yang dipinjamkan tidak perlu dibayar zakat, cadar dan selimut kain sutera dan hukum mengumpat.

Siri 15 adalah menjelaskan persoalan cara membuang sifat mazmumah, suami tak jalankan tanggungjawab, hadis dhaif dan palsu, anak angkat dan aurat wanita.

Siri 16 adalah menjelaskan persoalan doa mudah bersalin, menjaga lidah, zakat emas perhiasan, amalan diwaktu malam dan memberi salam di masjid.

Siri 17 adalah menjelaskan persoalan hibah dan faraid, anak dehaka, minyak wangi berakohol , mendapat gangguan dan poligami.

Siri 18 adalah menjelaskan persoalan perhubungan lelaki dan wanita di facebook, kedudukan muslimah selepas bercerai, majikan tak benarkan solat, maksud insan dan ucapan seseorang boleh menjadikan dia jatuh kafir (murtad)

Siri 19 adalah menjelaskan persoalan terlelap sewaktu solat, mimpi kucing hitam, pinjaman duit bank, solat berjemaah dan bertindik hidung.

Siri 20 adalah menjelaskan persoalan derma organ, hukum aqiqah, membeli di kedai orang Islam, ibadah korban dan mandi wajib dengan berbogel.

Siri 21 adalah menjelaskan persoalan membaca terjemahan al-Quran dan kebaikan al-Quran, bernazar perkara yang wajib, perjanjian untuk berkahwin, cara mudah hafalan dan zikir tenangkan hati.

Siri 22 adalah menjelaskan persoalan fitnah Dajjal, bab solat, wuduk dan membaca tahyat akhir, lafaz cerai sindiran, berpisah dengan kekasih dan qada dan qadar

Siri 23 adalah menjelaskan persoalan syurga anak di bawah tapak kaki ibu, aurat wanita, anak-anak dijaga oleh ibu bapa, riak dan sombong dan lain-lain

Siri 24 adalah menjelaskan persoalan hukum menghadiahkan kepada orang yang telah meninggal dunia, hukum mengambil PTPTN, qada puasa dan fidyah, qarin dan malaikat pendamping dan aurat wanita.

Siri 25 adalah menjelaskan persoalan suka seseorang kerana Allah, hukum berhutang, hukum forex, huraian hadis berbangga dengan dunia dan tabur bunga di pusara.

Siri 26 adalah menjelaskan persoalan iqamat untuk wanita, tidak wajib qada orang koma, haiwan peliharaan, doa untuk kedai bukan Islam dan hukum memakai ilmu hitam.

Siri 27 adalah menjelaskan persoalan mencari jodoh, syarat-syarat sujud dalam solat, kerja di kilang kondom, kenapa daging khinzir diharamkan dan solat Jumaat.

Siri 28 adalah menjelaskan persoalan hutang budi di ungkit-ungkit, mimpi melihat ayat al-Quran (3 qul), solat di memakai kasut di hutan, pasang kepuk dan batu nisan di kubur dan anak angkat.

Siri 29 adalah menjelaskan persoalan persiapan sebelum mati, sifat khauf dan raja', cinta kerana Allah, hukum bonos ASB dan hukum baca tahlil.

Siri 30 adalah menjelaskan persoalan hukum berdua-duaa, simpanan berbentuk wadi'ah, jiwa tidak tenang, dilarang berdoa untuk orang bukan Islam dan doa untuk mendapatkan jodoh.

Siri 31 adalah menjelaskan persoalan sihir dan gangguan jin, qada dan qadar, hati tak boleh di paksa, hukum memotong kuku dan bersolat tetapi masih melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Siri 32 adalah menjelaskan persoalan hukum nazar, hukum isteri berhias keluar rumah, suara pelat untuk sebut al-Fatihah, membantu kenduri kahwin dan sistem wadi'ah dalam Islam.

Siri 33 adalah menjelaskan persoalan hukum bercinta, meminjam duit ibu, kisah Nabi Adam a.s. bertaubat daripada dosa dan kebumikan jenazah.

Siri 34 adalah menjelaskan persoalan pangglan ibu, hukum membaca tahlil, tanda-tanda kematian, hukum faraid dan fenomena huruf 26.

Siri 35 adalah menjelaskan persoalan bacaan al-Quran untuk orang yang sudah meninggal dunia, apakah maksud mujahadah, cara melakukan muhasabah, beriltizam dengan ibadah dan isteri di zalimi.

Siri 36 adalah menjelaskan persoalan solat dengan pejam mata, khusyuk dalam solat, mandi wajib ketika sakit, melihat aurat wanita ketika bersukan dan perpaduan sesama rakyat.

Siri 37 adalah menjelaskan persoalan memberi salam di antara lelaki dan wanita, suami abaikan tanggungjawab, isteri derhaka, hukum membuat fitnah dan membayar hutang.

Siri 38 adalah menjelaskan persoalan kisah Nabi Isa a.s, hadis palsu daripada Syiah, ciri-ciri ahli syurga, ciri-ciri ahli neraka dan hukum faraid.

Siri 39 adalah menjelaskan persoalan hilang jangan berputus asa dari rahmat Allah, hukum orang bukan Islam masuk masjid, isteri curang dibelakang suami, kaki wanita aurat dan tidur gigi berkacip-kacip.

Siri 40 adalah menjelaskan persoalan siapakah qarin manusai?, baru belajar sembahyang, makan ketam nipah, bersalin di hospital dan jumpa bomoh untuk merawat penyakit mistri.

Siri 41 adalah menjelaskan persoalan kenapa Allah ciptakan syurga dan neraka, suami dan isteri mandi wajib bersama, tidak kutuk orang yang berdosa, wanita haid dan isbal (pakaian melebihi mata kaki)

Siri 42 adalah menjelaskan persoalan orang bunian, jin ditangkap, bekas isteri bertaubat, hormati ibu bapa dan harta pusaka.

Siri 43 adalah menjelaskan persoalan harta pusaka , hukum berdua-duaan, sifat tegur menegur, membuat pelaburan di dalam Islam.


Siri 45 adalah menjelaskan persoalan ibu suruh anak perempuan minta cerai, hukum isbal, hukum wanita haid membaca al-Quran, banyak bercakap hati keras dan membunuh binatang perosak. 

Siri 46 adalah menjelaskan persoalan doa sebelum memulakan ucapan, hukum mencuri, keburukkan meminta-minta, selawat Nabi SAW, dan cara berwuduk kerana luka.

Siri 47 adalah menjelaskan persoalan akibat tinggalkan solat, hukum onani, fidyah puasa, cara bertaaruf, kawan tak jujur, berkongsi doa dan suami suka memburukkan isteri.

Siri 48 adalah menjelaskan persoalan bertaubat nasuha, terhidu asap rokok, hukum mendengar muzik, hukum memakai purdah dan pernikahan wanita mengandung anak luar nikah.

Siri 49 adalah menjelaskan persoalan berpoligami, hukum melakukan khianat dan dengki, berdoa kepada ibu bapa yang bukan Islam, doa untuk sahabat, hukum menolak pemberian hadiah dan hukum bertato.

Siri 50 adalah menjelaskan persoalan memakai rambut palsu, mandi wiladah, mencabut rambut yang beruban, solat di masjid dan hukum mencari harta karun

Siri 51 adalah menjelaskan persoalan wanita menagis, tidak adil berpoligami, membeli rokok, doa untuk ibu yang sudah meninggal dunia dan saka dan qareen.

Siri 52 adalah menjelaskan persoalan hukum menggunakan jampi, rawatan yang di lakukan Nabi SAW, sifat munafik, hukum lap bekas wuduk dan makan di gerai bukan Islam.

Siri 53 adalah menjelaskan persoalan solat untuk apa, ambil air kolah masjid tanpa minta izin, memberi salam pada wanita, sebab hati tak sedap dan nikah wanita mengandung anak luar nikah.

Siri 54 adalah menjelaskan persoalan isteri bosan dengan suami, cerak talak 3, doa masuk rumah baru, wanita memakai inai dan membuang sifat suka mengumpat.

Siri 55 adalah menjelaskan persoalan hukum makan buah-buahan dibuat semnahyang oleh bukan Islam, isteri masuk syurga tanpa suami, wanita menjadi imam. tiada paksaan di dalam agama dan ada niat nak masuk Islam. 

Siri 56 adalah menjelaskan persoalan suara wanita, qada solat lepas Asar, memutuskan silaturahim, hukum meninggalkan solat muslim tinggalkan ajaran Islam.

Siri 57 adalah menjelaskan persoalan cinta Nabi Muhammad SAW, solat tahajud, rukun qauli, mertua kawal gaji menantu menjadi iman solat

Siri 58 adalah menjelaskan persoalan roh manusia mati bunuh diri, mati su'ul khatimah, bagimana cinta Nabi SAW , rukun solat dan solat tahajud.

Siri 59 adalah menjelaskan persoalan maksud futur, umat Islam perlu bersatu, solat witir, fadilat surah al-Fatihah dan agihan wang zakat.

Siri 60 adalah menjelaskan persoalan doa mengangkat tangan, , menyimpan rahsia kepada bakal suami baru, Islam agama yang lengkap dan sempurna, bersangka baik kepada Allah SWT dan maksud istidraj.

Siri 61 adalah menjelaskan persoalan hukum main kutu, tanda-tanda seseorang di kasihi Allah, memakai cincin mengikut sunah Rasulullah SAW, solat berjemaah imam bacaannya cepat dan petua-petua untuk melahirkan kasih sayang suami isteri. 

Siri 62 adalah menjelaskan persoalan riyak dan sum'ah, hadis akhir zaman, apakah dia saka, isteri tidak mahu menutup aurat dan hukum mengambil wang pendahuluan.

Siri 63 adalah menjelaskan persoalan batal wuduk, solat istikharah, hukum memandulkan kucing, menghisap ganja dan mendedahkan aib oarng lain.

Siri 64 adalah menjelaskan persoalan solat tahajud, umrah tanpa mahram, menjaga ibu , harta sepencarian dan berjudi dalam sukan.

Siri 65 adalah menjelaskan persoalan waniat haid masuk masjid, wuduk air mustakmal, buka al-Quran semasa solat, wang pertaruhan dan nafkah anak setelah bercerai.

Siri 66 adalah menjelaskan persoalan wanita haid baca al-Quran, musibah kehilangan pesawat MH 370, salin nota di facebook, memaafkan seseorang, perceraian kerana isteri nusuz.

Siri 67 adalah menjelaskan persoalan menjaga ibu, doa pelembut hati, cara-cara bertaubat, tertidur semasa khutbah dan mungkir janji.
















Tanyalah Ustaz Siri 61 (Hukum Main Kutu, Tanda Seorang Di kasihi Allah, Memakai Cincin, Solat Berjemaah Dan Petua Melahirkan Kasih Sayang Suami Isteri)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 61 adalah menjelaskan persoalan hukum main kutu, tanda-tanda seseorang di kasihi Allah, memakai cincin mengikut sunah Rasulullah SAW, solat berjemaah imam bacaannya cepat dan petua-petua untuk melahirkan kasih sayang suami isteri. 

361. Soalan : Saya ada 1 soalan, apakah hukum main kutu?

Jawapan :  

Main kutu adalah hukumnya harus.Namun jika anda ingin memahaminya skim kutu ini dari sudut proses dan caranya , sama ada ia diterima oleh Shariah atau tidak. Setakat info yang diberikan dan juga menurut pengetahuan saya berkenaan skim 'kutu' ini, secara dasarnya saya lihat urus aturan 'kutu' ini adalah harus.

Ini adalah kerana sebenarnya wang diperolehi oleh seseorang itu hanyalah wangnya sendiri yang terkumpul pada masa akan datang, cumanya keistimewaannya apabila tiba gilirannya maka sebagai ahli dia akan dapat menggunakannya secara 'in advance' disebabkan sumbangan wang dari semua ahli kumpulan. Pembayaran 'In advance' ini dari sudut Islam dilihat sebagai pinjaman tanpa faedah dari semua ahli kumpulan.

Bermakna, setiap bulan semua ahli kumpulan akan menyumbangkan pinjaman yang mana wang pinjamannya itu akan kembali padanya apabila tiba gilirannya.

Namun demi memastikannya halal, perlulah memastikan semua ahli kumpulan boleh dipercayai, dikenali dan membuat aqad bertulis bagi protect kemaslahatan semua. Tanpanya, permainan terdedah kepada penipuan dan gharar.

Bayangkan zaman hari ini, orang yang nampak baik pun liat nak bayar hutang.

Kesimpulannya, skim 'kutu' antara sesama rakan yang dipercayai dalam jumlah yang terhad dan munasabah serta bertulis adalah harus disebabkan ia hanyalah aktiviti pinjam meminjam.

Aktiviti saling memberi pinjam dengan nilai dan jumlah yang sama adalah harus. Antara hujjah saya adalah seperti berikut :-

Pertama : Keharusan kaedah :-
أسلفني وأسلفك

Ertinya : "Kamu pinjamkan kepadaku nescaya aku juga akan meminjamkan kepadamu kelak" (Mawahibul Jalil, Al-Hattab, 4/395)

Namun dalam bab ini kedua-dua pihak mendapat manfaat yang sama rata. Justeru ia sewajarnya diharuskan. Inilah yang diperolehi dari skim 'kutu' ini.

Kedua : Tidak termasuk dalam bentuk faedah yang dilarang.

Kebanyakkan ulama berpendapat bahawa tindakan ini adalah harus di sisi Syariah atas sebab ia tidak termasuk dalam pinjaman dengan faedah yang dilarang oleh Shariah. Jumlah dan tempoh pinjaman juga adalah serupa. Ini menjadikannya tiada sebarang lebihan manfaat yang boleh menjadikannya haram.

Manakala syarat untuk memberi pinjam semula tadi, jikapun ia dianggap sebagai satu manfaat namun ia adalah manfaat yang sama kepada dua-dua pihak dan bukan hanya satu pihak yang boleh membawa penindasan. Ia juga boleh dilihat dalam isu ‘Suftajah'. Demikian menurut pendapat Ibn Qudamah, Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim. Malah diperjelaskan lagi oleh Prof. Dr Nazih Hammad (Qadhaya Fiqhiyyah Mu'asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 230)

Ketiga : Riba diharamkan disebabkan kerana zalim yang berlaku ke atas satu pihak.

Namun di dalam hal ni tiada sebarang kezaliman berlaku kerana kedua-duanya mendapat jumlah, dan tempoh yang sama, cuma di waktu yang berbeza sahaja.

Ibn Qayyim berkata :-

والشارع نهي عن الربا لما فيه من الظلم

Ertinya : "Shariah melarang riba disebabkan kerana kezaliman yang terdapat padanya" ('I'lam al-Muwaqqi'en, 1/386)

Adapun persepakatan dalam pinjaman berbalas dengan jumlah dan tempoh sama ini tiada terkandung di dalamnya sebarang zalim kepada mana-mana pihak. (Qadhaya Fiqhiyyah Mu'asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 231)

Perihal Cabutan Untuk Menentukan Giliran

Tepat sekali, permainan 'kutu' akan menjadi semakin bersih dan baik jika giliran telah ditentukan dari awal agar semua pihak tidak tertunggu-tunggu. Apabila semua pihak mempunyai hak yang sama untuk terpilih. Hukumnya adalah harus dan tiada unsur judi di situ. Nabi Muhammad SAW juga pernah mencabut undi untuk melihat siapa dari kalangan isterinya yang akan terpilih untuk bermusafir bersama baginda SAW. Wallahu a'lam


362. Soalan : Apakah tanda-tanda seseorang itu dikasihi Allah?

Jawapan :  

Jika seorang isteri mengharapkan kasih sayang suami kepada dirinya dan seorang anak akan mengharapkan kasih sayang ibu bapa maka lebih-lebih lagi seorang hamba mengharapkan kasih sayang Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada dirinya. Tidak ada kasih sayang yang cukup mulia dan tinggi kedudukannya melainkan kasih sayang Allah SWT kepada para hamba-hamba-Nya yang terpilih.

Setiap sesuatu kebaikan yang dikehendaki oleh Allah SWT ada tanda-tandanya . Terdapat tiga tanda-tanda seorang hamba itu di kasihi dan disayangi oleh Allah SWT di dunia ini.

Tanda-tanda tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Allah SWT memberikan balasan di dunia supaya di akhirat nanti akan terlepas balasan daripada Allah SWT.

Kedua : Allah SWT membukakan kunci hatinya dan mengisikannya dengan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh.

Ketiga : Allah SWT akan memberi kefahaman terhadap agama Islam dan mampu pula menghayatinya sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna.

Huraiannya :

Pertama : Allah SWT memberikan balasan di dunia supaya di akhirat nanti akan terlepas balasan daripada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Apabila Allah mahukan kebaikan terhadap seseorang hambaNya,Ia terus mempercepatkan balasan kesalahannya di dunia ini lagi,dan sebaliknya apabila Allah mahukan keburukan terhadap seseorang hambaNya, ia tidak membalaskan perbuatannya yang berdosa di dunia sehingga ia membalaskannya nanti pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Tabrani )

Sebahagian dari tanda kesayangan Allah kepada hambaNya ialah Ia mempercepatkan balasanNya di dunia lagi agar manusia itu insaf dan dapat memperbetulkan kesalahannya serta kembali ke jalan yang benar dan bertaubat kepada Allah SWT.Sebaliknya tanda bagi orang yang dibenci oleh Allah, akan dibiarkan mereka bergelumang dengan dosa dan maksiat dan mereka terus lalai dan lupa di dunia ini.

Setiap mukmin sepatutnya menerima segala kesusahan yang berlaku di dunia ini dengan redha yang mungkin ianya sebagai hukuman yang diturunkan Allah kerana kesalahan dirinya, atau mungkin sebagai satu dari tanda kesayangan Allah. Adalah lebih baik jika kita

menerima hukuman atas kesalahan kita di dunia ini lagi agar kita insaf dan berkesempatan untuk bertaubat kerana balasan di akhirat adalah lebih dahsyat serta tidak ada ruang lagi untuk bertaubat.

Dalam surah Al-A’raf ayat 168 pula Allah berfirman yang bermaksud: “Dan, Kami cuba mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).”

Melihat firman Allah di atas, jelas bahawa pelbagai penyakit yang menimpa umat Islam itu adalah sebahagian daripada cubaan ataupun ujian Allah yang diberikan kepada hamba-Nya. Sesungguhnya cubaan dan ujian itu adalah sunnatullah yang telah ditetapkan berdasarkan rahmat dan hikmah-Nya, di mana di dalamnya terkandung kebaikan dan rahmat bagi hamba-Nya. Harus kita ingat bahawa Allah memberikan hidayah dan taufik kepada setiap hamba-Nya dengan jalan yang berbeza-beza. Salah satunya dengan mendatangkan musibah sakit kepada hamba-Nya.

Oleh itu banyakkan bersabar dan elakkanlah dari mengeluh dan berdukacita bila Allah SWT timpakan kesusahan dan kepayahan di dunia ini.

Kedua : Allah SWT membukakan kunci hatinya dan mengisikannya dengan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :"Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang,nescaya ia bukakan kunci hatinya dan mengisikannya dengan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh,Ia jadikan hatinya waspada terhadap liku-liku hidup yang dijalaninya, ia jadikan hatinya sihat sejahtera dan lidahnya bercakap benar dan perangainya lurus,dan Ia jadikan telinganya mendengar dan matanya melihat." (Hadis Riwayat Abu As Sheikh dari Abu Zarr)

Apabila Allah kasihkan seseorang hambaNya Ia akan membuka hatinya menjadikan ia cinta kepada Allah, kemudian ia akan mempunyai keyakinan yang teguh.Dengan itu ia akan berhati-hati dalam hidupnya agar tidak terjebak dalam dosa dan terhindar dari penyakir hati seperti hasad,takabbur,riak, ujub, membalas dendam, marah dan sebagainya. Kesan dari ini ia akan bercakap benar sahaja. Seterusnya ia akan mempunyai mata yang dapat melihat dan memahami keagungan Allah; telinga yang cintakan nasihat yang benar.

Adakah ciri-ciri ini kita miliki? Jika ada maka itu adalah tanda-tanda kita disayangi oleh Allah SWT.

Ketiga : Allah SWT akan memberi kefahaman terhadap agama Islam dan mampu pula menghayatinya sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan pada dirinya, pasti Allah menganugerahinya pemahaman dalam agama.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muhammad bin Ismail. Sahih al-Bukhari, Dar Ibn Kathir, Beirut, 1987, jil. 1, hlm. 39, no. hadis : 71.)

Apabila Allah SWT hendak memberikan kebaikan kepada seorang hamba-Nya dan menyayanginya maka Dia akan memberi kefahaman untuk memahami agama Islam dan mampu pula dihayati agama Islam itu di dalam kehidupannya. Agama Islam bukan agama teori semata-mata tetapi ianya adalah agama untuk diamalkan dan dihayati dalam kehidupan.

Orang mukmin yang diberikan kefahaman agama tidak akan sanggup mengadaikan akidah semata-mata untuk mendapat habuan dunia, tidak akan mencintai dunia hingga melupakan kehidupan dihari akhirat. Dia akan sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. (Surah Al-Maidah ayat 3)

Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita sendiri. Jika tiga tanda-tanda di atas ada kita miliki ini bermakna Allah SWT sedang menyayangi kita, tetapi jika tidak ada dikhuatiri kita sedang dimurkai-Nya. Oleh itu bertaubatlah dan terus berdoa semoga kita di pelihara oleh-Nya dan di sayangi-Nya dan kita terpelihara daripada rosak dan binasa. Dia sentiasa bersedia menerima taubat hamba-hamba-Nya.


363. Soalan : Adakah perempuan dibenarkan memakai cincin di jari tengah? Atau lebih dikenali sebagai jari hantu. Sesetengah pendapat ada mengatakan perempuan dibenarkan kerana cincin itu memang sudah menjadi perhiasan baginya dan untuk lelaki pula tak dibenarkan. Dan apa yang saya faham, dan rasanya ramai yang tahu pakai cincin di jari telunjuk atau jari tengah adalah tak digalakkan kerana ianya merupakan seperti ikutan zaman kaum Nabi Luth.

Saya keliru, kalau dah memang ianya tak elok, keanap ada yang mengatakan perempuan dibolehkan memakainya di jari telunjuk atau jari tengah sedangkan lelaki pulak tak dibenarkan.. 


Jawapan :  

PADA JARI MANA DILETAKKAN CINCIN?

Sama ada bagi kaum lelaki mahupun wanita, dibolehkan bagi mereka memakai cincin pada jari manis, kelingking ataupun ibu jari. Adapun jari telunjuk dan tengah, keduanya adalah dilarang.

Hal dinyatakan dalam sebuah athar daripada Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu, “Bahawasnya (Rasulullah) melarangku memakai cincin pada jari ini dan ini – seraya mengisyaratkan kepada jari telunjuk dan jari tengah.” (Sahih. Riwayat Al-Nasa’i)

SUNNAH MEMAKAI CINCIN PADA TANGAN KANAN ATAU KIRI

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah memakai cincin pada kedua-dua tangannya sebagaimana dalam hadis Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, “Bahawasanya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah memakai cincin perak pada tangan kanannya di mana kepala cincinnya daripada Habsyah; dan Baginda menjadikan kepala cincinnya pada bahagian dalam telapak tangannya.” ( Hadis Bukhari dan Muslim)

Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu turut meriwayatkan, “Bahawasanya Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam memakai cincin pada jari ini – sambil mengisyarat pada jari manis tangan kirinya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan kedua-dua riwayat yang sahih ini dapat disimpulkan bahawa sama ada cincin itu diletakkan pada tangan kanan mahupun tangan kiri, kedua-duanya adalah Sunnah kerana ia telah dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. (Al-Syarah Al-Mumti’ oleh Syeikh Ibnu Uthaimin, 6/116)

KEPALA CINCIN DILETAK PADA BAHAGIAN DALAM TELAPAK TANGAN

Sunnahnya adalah mengarahkan kepala cincin ke arah dalam telapak tangan sebagaimana dalam hadis riwayat Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, “Bahawasanya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjadikan kepala cincinnya pada bahagian dalam telapak tangannya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


364. Soalan : .Sah kah solat andai kita tak sempat habis baca fatihah tapi imam dah rukuk. ..tapi kita cuba habiskan juga hingga imam bangun dari rukuk. ...masaalah ini selalu nya waktu solat Zohor dan Asar dan pada rakaat pertama...

Jawapan : 

Makmum masbuq bila sampai di saf imam rukuk dan makmum masbuq dapat rukuk bersama imam maka makmum tersebut mendapat satu rekaat bersama imam. Tetapi jika kita bukan masbuq ( muafik) iaitu makmum bersama imam ketika bermula solat maka makmum wajib membaca fatihah sehingga selesai. Jika makmum tak sempat baca faitihah dan ikut imam rukuk maka dia wajib tambah satu rekaat lagi setelah imam memberi salam. Oleh itu dalam adab solat berjemaah imam tak boleh terlalu cepat bacaannya atau terlalu lama perlu lihat kemampuan para makmum di belakang. Makmum pula jangan terlalu lama membaca fatihah kerana nanti boleh tertinggal solat berjemaah bersama imam.

Bila saudara sampai imam solat rekaat ke tiga maka saudara jangan baca doa iftitah, saudara baca terus surah al-Fatihah, jika tak habis imam dan rukuk maka ikut imam, sbb bacaan fatihah makamum yg masbuq di tanggung oleh imam, saudara dpt rekaat tersebut. Ikut imam hingga selepasi rekaat ke 4, bila imam memberi salam saudara tambah lagi 2 rekaat supaya lengkap 4 rekaat di dalam solat zohor, asar atau isyak.

365. Bolehkan ustaz jelaskan apakan petua-petua untuk mengeratkan kasih sayang suami isteri?

Jawapan : 

Dari Abu Hurairah r.a. berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik terhadap para isterinya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Petua Eratkan Kasih Sayang Suami Isteri :

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama. Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!

20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

21. Sentiasalah berdoa memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rasa kasih dan sayang antara pasangan suami isteri.

Saturday, February 15, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 60 (Berdoa Mengangkat Tangan, Menyimpan Rahsia, Islam Sudah Lengkap dan Sempurna, Bersangka Baik Kepada Allah Dan Istidraj)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 60 adalah menjelaskan persoalan doa mengangkat tangan, , menyimpan rahsia kepada bakal suami baru, Islam agama yang lengkap dan sempurna, bersangka baik kepada Allah SWT dan maksud istidraj.

356. Soalan:  Perkongsian ilmu. Kita menadah tangan & mengaamiinkan doa yang dibaca oleh seseorang. Adakah perlu terbalikkan tangan apabila pembaca doa itu membaca doa tolak bala/musibah/bencana. Mohon pencerahan dari ustaz. Terima kasih.

Jawapan :  

Dari Abi Musa Al-Asy'ari ra berkata, "Nabi SAW berdoa kemudian mengangkat kedua tangannya, hingga aku melihat putih kedua ketiaknya." (HR Bukhari)

Hadis ini sohih kerana diriwayatkan oleh pakar hadis, Al-Bukhari. Jelas dan tegas sekali isinya, beliau meriyawatkan dari Abi Musa Al-Asy'ari tentang penglihatan beliau atas diri Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang sedang berdoa dan mengangkat kedua tangannya. Bahkan sampai disebutkan bahawa tingginya beliau mengangkat tangan, sehingga kedua ketiaknya tampak terlihat dan berwarna putih.

Sekilas membaca hadis ini, kita tahu bahawa mengangkat kedua tangan ketika berdoa pernah dilakukan oleh Rasullullah Salallahu 'Alaihi Wasallam.

Hadis berikutnya masih menguatkan hadis di atas:

Dari Salman Al-Farisy ra bahawa Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya tuhan kamu Maha Hidup dan Maha Pemberi. Dia malu kepada hamba-Nya, bila hamba itu mengangkat kedua tangannya, namun mengembalikannya dengan tangan kosong." (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizy dan Ibnu Majah)

Meski tidak tercantum di dalam sohih Bukhari atau sohih Muslim, namun para ulama menyatakan bahawa hadis ini tetap masih boleh diterima. Hadis ini boleh kita temukan di dalam kitab At-Targhib wa At-Tarhib jilid 2 halaman 195.

Isi hadis ini menyebutkan tentang teknik berdoanya seorang hamba, yaitu dengan mengangkat kedua tangannya. Jadi jelaslah bahawa mengangkat tangan ketika berdoa didasari oleh dalil yang kuat.Ulama yang membolehkan berdoa dengan mengangkat kedua tangan di antara mereka adalah Al-Hafidz Ibnu Hajar, ulama yang menulis Fathul Bari, sebuah kitab yang menjadi syarah (penjelasan) atas kitab Sohih Bukhari. Di dalam kitab yang tebalnya berjilid-jilid itu, beliau mengutip begitu banyak pendapat para ulama tentang kesunnahan mengangkat tangan ketika berdoa.

Selain itu ada juga Al-Imam An-Nawawi rahimahullah. Beliau di dalam kitab al-Majmu' Syarah al-Muhazzab menyebutkan bahawa mengangkat kedua tangan ketika berdoa (di luar istisqa') hukumnya sunnah.

Membalikan tangan ketika berdoa tolak bala tidak terdapat di dalam hadis sahih maka sebaik-baiknya kita berdoa seperti biasa membuka tangan semasa berdoa samaada untuk kebaikan atau untuk menolak keburukan / bala bencana. Wallahu a'lam

357. Soalan : Ustaz...saya nak bertanya. ..andai kata seseorg itu pernah terlanjur dan melahirkn seorang anak luar nikah, anaknya di beri kepada keluarga angkat...selepas itu tiba satu hari dia nak berkahwin...patut ke dia berterus terang tentag masa lalunya kepada pasangannya.?

Jawapan :  

Perkara yang telah lalu terutama yang melibatkan maruah dan keaiban wajiblah ditutup. Tidak perlu dibuka dan di ceritakan semula. Anak luar nikah yang telah di berikan kepada keluarga angkat jika hendak berkahwin perlu menjadikan hakim sebagai walinya. Jika keluarga angkat nak mencari wali si anak angkatnya untuk menjadi wali nikah maka ibu kandung anak tadi minta supaya ayah angkatnya menggunakan wali hakim. Jika perlu membuka cerita sebenar maka perlulah di rahsiakan di antara ayah angkat, ibu kandung dan naib kadi dan jangan maklumkan kepada anak luar nikah tersebut.

Seorang muslim yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya hendaklah sentiasa menjaga kehormatan dan aib saudaranya. Segala kekurangan yang ada hendaklah ditutup dan jangan di ceritakkan kepada orang lain. Allah SWT akan memberi ganjaran yang besar dan akan menutup aibnya dihari akhirat kepada mereka yang mengelakkan diri daripada mengumpat dan menceritakan keaiban saudaranya kepada orang lain semata-mata untuk menjaga maruah diri saudara seagama.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Tidaklah seorang hamba menutupi aurat (aib ) orang lain di dunia kecuali Allah menutupi auratnya ( aibnya ) di akhirat " (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang maksudnya : "Muslim ( orang Islam ) adalah saudara bagi orang Islam lainnya, dia tidak menganiayanya dan tidak pula menyerahkannya kepada musuhnya ( tidak juga meninggalkannya tanpa pertolongan ), barangsiapa menolong saudaranya untuk memenuhi hajatnya, maka Allah bersamanya dalam memenuhi hajatnya, dan barangsiapa melapangkan suatu kesusahan dari seorang muslim, maka Allah akan melapangkan baginya suatu kesusahan dari kesusahan di hari kiamat, dan barangsiapa menutupi (aib) seorang muslim, maka Allah menutupi aibnya di hari kiamat. (Hadis Riwayat Muslim).

Apabila seorang wanita dahulu pernah berzina hingga mendapat anak luar nikah dan dia pula telah mendapat calun suami yang baru maka dia wajib merahsiakan perbuatannya yang dahulu kepada bakal suaminya kerana Allah SWT sudah menutup aibnya maka dia tak boleh membuka aibnya itu kepada orang lain. Yang penting dia bertaubat nasuha dan berazam tidak akan mengulanginya lagi perbuatan terkutuk zina dan berazam untuk menutup aurat dan akan menjadi isteri solehah kepada suaminya yang baru. Wallahu a'lam.

358. Soalan : Apakah yang dimaksudkan bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna dan apakah perbezaan di antara mereka yang menggunakan politik untuk agama berbanding dengan mereka yang menggunakan agama untuk politik? Jika terdapat perbezaan minta tolong diperjelaskan?

Jawapan : 

Islam adalah agama (ad-deen) yang lengkap dan sempurna yang meragkumi semua aspek kehidupan manusia. Dalam Islam terdapat bahagian akidah (tauhid) , ibadah, akhlak, pendidikan, kemasyarakatan, munakahad (kekeluargaan) , muamalat (ekonomi), siyasah (politik), perhubungan antara bangsa dan sebagainya.

Politik tidak boleh dipisahkan dengan ajaran Islam kerana politik adalah sebahagian daripada syariat Islam. Tertegaknya Daulah Islamamiah di Madinah menandakan bahawa perlaksanaan politik Islam telah dijalankan oleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda.

Menggunakan Politik Untuk Islam 

Mereka yang menggunakan politik untuk Islam adalah mereka yang mengutamakan atau meletakkan Islam ditempat yang paling tinggi dan aktiviti politik itu hanya wasilah(jalan) untuk mendaulatkan Islam dan merealisasikan Islam dalam kehidupan. Berusaha untuk melaksanakan hukum hudud, qisas dan diyat sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW. Semua bentuk amalan dan perbuatan yang bertentangan dengan Islam akan ditinggalkan.

Semua urusan politik adalah urusan harian yang bersangkut paut dengan kehidupan masyarakat iaitu urusan perniagaan (jual beli) , kerja-kerja kebajikan, dakwah dan tarbiah, amar makruf nahi mungkar, bantu-membantu, ziarah menziarahi, sedekah, pembangunan fizikal, membangunkan kemajuan sain dan teknoloji dan lain-lain semuanya dilakukan semata-mata mencari keredaan Allah SWT dan tidak bertentangan dengan syariat Islam itu sendiri. Semasa menjalankan aktiviti-aktiviti sesama manusai tidak melakukan rasuah, menipu, pilih kasih, mengambil riba, tamak haloba, hasad dengki, tidak membuat fitnah dan tidak mendedahkan aib orang lain. Matlamatnya bersih dan jalan-jalan yang digunakan juga bersih.(yang dibenarkan oleh syarak). Jika menjadi pemimpin akan bersifat jujur dan amanah dan bersikap adil.

Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan(Kaffah), dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” 
(Surah Al-Baqarah ayat 208).

Allah SWT menghendaki agar hamba-Nya bila memilih Islam sebagai pedoman hidupnya jangan ambil setengah-setengah, tetapi harus di ambil sepenuhnya dengan keyakinan menjalankan syariat Islam sesuai denga perintah dan larangan-Nya.

Peribadi mereka yang menggunakan politik untuk Islam adalah peribadi mukmin yang sentiasa berada di jalan yang hak , berlemah lembut dan mudah memaafkan kesalahan orang lain.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tidaklah seseorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia.” (Hadis Riwayat Muslim)

Menggunakan (Memperalatkan) Islam untuk politik 

Mereka yang menggunakan Islam untuk politik adalah mereka yang memperalatkan agama demi kepentingan politik mereka. Politik diletakkan di atas sekali sedangkan Islam diletakkan dibawah. Jika politik mereka sesuai dengan Islam baru mereka ambil Islam tetapi jika bertentangan dengan Islam maka Islam mereka tinggalkan dan mereka tetap dengan pendirian mereka. Demi memertabatkan kuasa politik sanggup mengadaikan prinsip Islam.. Mereka akan menggunakan semua cara samaada halal atau haram untuk mencapai matlamat. Kaedah ini dipanggil, "matlamat menghalalkan cara". 

Mereka sanggup membuat fitnah, dedahkan aib orang lain, menuduh zina atau liwath (mereka cipta vedio lucah), mengupah bloger-bloger dan media cetak untuk maki hamun, mengutuk, menghina, menimbulkan kebencian kaum, berbohong, menipu, manipulasi isu-isu, menyebarkan dakyah palsu melalui akhbar, television, media letronik dan mencipta akta-akta baru yang bertentangan dengan hak kebebasan yang dibenarkan oleh Islam. 

Seruan mereka kepada asyabiah kaum bukan kepada penyatuan umat Islam sejagat. Mereka tidak berlaku adil kepada kaum lain dan sering menimbulkan ketegangan dan penghinaan. Sedangkan keadilan Islam meragkumi semua rakyat yang memerlukan keadilan dan pembelaan tidak kira samaada mereka orang Islam atau bukan Islam.

Firman Allah SWT :

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ

Maksudnya: “Adakah kamu beriman dengan sebahagian Kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain?”. (Surah Al-Baqarah ayat 85)

Firman Allah SWT maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Maaidah ayat 8)

359. Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan bersangka baik (husnul zon) dengan Allah SWT dan bersangka baik sesama manusia?

Jawapan 

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Allah SWT. berfirman, 'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku." 
(Hadis Riwayat al-Bukhari).

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : "Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaaan kamu berbaik sangka dengan Allah." (Hadis Riwayat Muslim)

Maksud bersangka baik dengan Allah ialah rasa takut dan harap yang saling bergandingan, ataupun rasa takut mengatasi rasa harap.

Ciri-ciri seorang hamba yang bersangka baik dengan Allah :

1. Apabila melakukan sebarang ibadah, dia bersangka baik bahawa Allah SWT akan menerima ibadahnya itu dan membalas dengan sebaik-baik ganjaran pahala.

2. Apabila berdoa dia tahu bahawa Allah SWT akan memakbulkan doanya.

3. Apabila dia berdosa, segera bertaubat dan bersangka baik bahawa Allah SWT akan menerima taubatnya dan mengampunkan dosanya.

4. Apabila ditimpa musibah, dia akan bersangka baik bahawa di sebalik ujian itu ada hikmahnya.

Bagaimana pula cara kita bersangka baik sesama manusia..?

1. Tidak menyebarkan keburukan saudara seIslam yang lain. Apabila mendapat berita daripada orang fasik untuk aibkan saudaranya dia siasat dahulu dan tidak akan mudah mempercayainya.

2. Nasihat-menasihati dan lengkap melengkapi andai ada kekurangan yang terserlah pada saudaranya.

3. Saling mendoakan kesejahteraan saudaranya tanpa diketahuinya.

4. Mudah memaafkan kesalahan saudaranya.

Secara mudahnya, berbaik sangka (husnul zon) ini sama maksudnya dengan berfikiran positif

Sikap berbaik sangka (husnul zon) adalah amalan yang dituntut Islam kerana perbuatan ini dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat keburukan yang secara tidak langsung jika tidak mempunyai bukti yang kukuh menjadikan kita pemfitnah. 

Firman Allah SWT: yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka kerana sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain; dan janganlah ada diantara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujuraat, ayat 12)  

360. Soalan :  Apakah itu istidraj minta dihuraikan?

Jawapan : 

Istidraj adalah pemberian Allah SWT kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredainya dan kejadian luar biasa yang diberikan kepada orang fasik yang mengaku mempunyai kelebihan luar biasa dengan mengemukakan pelbagai dalil untuk menguatkan kebohongannya. 

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat (derhaka) ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah.”

Firman Allah SWT maksudnya : "Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)." ( Surah al-An’aam ayat 44)

Ayat di atas memberi peringatan kepada kita agar jangan terpedaya dengan kurniaan yang terus menerus kita perolehi sedangkan kita terus juga tidak berbuat taat kepada Allah SWT, sebaliknya kita asyik dengan kemaksiatan. Sekiranya kurniaan itu turun melalui saluran istidraj, kesudahannya kita akan mengalami kejatuhan dan penderitaan yang amat sangat.

Allah SWT sentiasa mengirimkan peringatan untuk mengajak manusia kembali ke jalan-Nya. Biasanya peringatan yang datang itu membawa bersama-samanya kesusahan yang menekan jiwa manusia agar manusia insaf dan mahu kembali kepada Allah SWT dengan merendahkan diri. 

Di dalam tempoh kemelaratan itu biasanya manusia menjadi insaf dan suka berbakti pada jalan Allah SWT. Kemudian Allah SWT gantikan kemelaratan dengan kesenangan sebagai ujian untuk mengasingkan yang benar-benar insaf daripada yang pura-pura. Bila kesenangan sudah dirasai kembali orang yang tidak teguh imannya akan kembali kepada kemaksiatan dan kemunkaran. Mereka memberi alasan bahawa kesenangan dan kesusahan adalah lumrah kehidupan sebagaimana yang pernah dirasai oleh nenek moyang mereka yang dahulu, bukan berkait dengan soal beriman atau tidak seseorang itu kepada Allah SWT. Mereka kembali lalai dalam arus kesenangan dunia. Ketika mereka sedang asyik leka itulah Tuhan datangkan kebinasaan kepada mereka. Wallahu a'lam