Monday, April 28, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 103 ( Suami Menuduh Isterinya, Perbezaan Wadi, Mazi dan Mani, Hukum Melakukan Kenduri Tahlil, Hukum Bersalaman Dengan Bukan Mahram dan Syarat-syarat Rujuk Di Dalam Islam.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 103 adalah menjelaskan persoalan suami menuduh isterinya, perbezaan cecair wadi, mazi dan mani, hukum melakukan kenduri tahlil, hukum bersalaman dengan bukan mahram dan syarat-syarat rujuk di dalam Islam.

571. Soalan : Ustaz bagaimana cara untuk saya mengatasi masalah dengan suami yang menuduh saya mereka-reka cerita tentang keburukan ibunya .Suami tak dapat memerima apa yang berlaku di dalam rumah semua nya berpunca dari ibunya dan menuduh saya mempunyai saka.

Jawapan : 

Jagalah perhubungan suami isteri dan perlu saling hormat menghormati, berkasih sayang dan bertolak ansur. Suami atau isteri tak boleh bertegas dengan pendapat sendiri tanpa mendengar pendapat pihak yang lain. Ibu mertua sepatutnya tak perlu mencampuri urusan anak-anak dan tak boleh berat sebelah membuat tuduhan kepada menantunya saja. Puan sebaik-baiknya jaga hubungan silaturahim dan ada sifat pemaaf dan cuba sedaya upaya bersabar dan mendengar nasihat suami supaya rumah tangga dapat diuruskan dengan aman dan damai.

Hadis-hadis Nabi SAW mengenai silaturahim.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra. dia berkata:
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk sehingga setelah selesai menciptakan mereka, bangkitlah rahim (hubungan kekeluargaan) berkata: Ini adalah tempat bagi orang berlindung (kepada-Mu) dengan tidak memutuskan tali silaturahmi.

Allah menjawab: "Ya. Apakah kamu senang kalau Aku menyambung orang yang menyambungmu, dan memutuskan orang yang memutuskanmu?"

Ia berkata: "Tentu saja". 

Allah berfirman: "Itulah milikmu".

Kemudian Rasulullah SAW. bersabda: Bacalah ayat berikut ini kalau kalian mau: "Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikan telinganya dan dibutakan matanya. Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Qur'an ataukah hati mereka terkunci. " (Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Hadis riwayat Aisyah r.a., ia berkata:
Rasulullah SAW. bersabda: Rahim (tali persaudaraan) itu digantungkan pada Arsy, ia berkata: "Barang siapa yang menyambungku (berbuat baik kepada kerabat), maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa yang memutuskan aku, maka Allah pun akan memutuskannya." (Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Hadis riwayat Jubair bin Muth`im ra.:
Dari Nabi SAW. bahwa beliau bersabda: "Tidak akan masuk Syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan." (Hadis Shahih Riwayat Muslim )

Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:
Aku pernah mendengar Rasulullah SAW. bersabda: "Barang siapa yang merasa senang bila dimudahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung hubungan kekeluargaan (silaturahmi)." (Hadis Shahih Riwayat Muslim)

572. Soalan : Apabila sesetengah orang itu kencing, keluar sesuatu yg agak keputihan. apakah keputihan itu? Apakan perbezaan di antara  mazi, wadi , mani , cecair keputihan ?

Jawapan :  

Keputihan yang keluar mengirigi kencing adalah air wadi. Air wadi adalah najis dan tak perlu mandi hadas besar. Ulama menjelaskan bahawa bahawa Air Wadi dan Air Mazi adalah najis. dan Air Mani tidak najis (bila keluar seseorang diwajibkan mandi hadas besar)

1. Air Wadi : 

Maksud Air Wadi - Adalah air putih kental yang keluar dari kemaluan seseorang setelah kencing..

Hukum jika keluar Air Wadi - Keluarnya Air Wadi maka terbatallah segala wuduk termasuk ibadat. Ianya sama seperti Air Mazi.Cara untuk membersihkannya ialah dgn mencuci kemaluan dan ambil semula air wuduk kembali jika ingin solat.

Bagaimana Air Wadi boleh keluar - Kadangkala Air Wadi boleh terhasil akibat letih atau mengangkat sesuatu yang berat selain drpd bekerja di siang hari ( mungkin ketika di waktu yg terik) 

2. Air Mazi : 

Maksud Air Mazi - Air Mazi ialah cecair jernih yang keluar disebabkan rangsangan ketika mukaddimah syahwat. Ia adalah sejenis najis .

Hukum jika keluar Air Mazi - Tidak perlu mandi wajib.Tetapi jika ingin solat hendaklah menyucikan diri dan mengalas sesuatu kepada pakaian dalam jika berada di luar untuk beribadat.

Bagaimana Air Mazi boleh keluar -Selain daripada pandangan yang memberangsangkan banyak lagi sebab kenapa Air Mazi boleh keluar. Antaranya ialah ketika membuang air besar atau kecil.Air Mazi terhasil apabila otot lantai pelvis tercengkam apabila meneran.Kadangkala cecair daripada pundi prostat juga akan terkeluar ketika membuang air besar. Ia berlaku apabila najis yang turun melalui usus menekan pundi prostat dan cecair akan terkeluar menerusi saluran kencing.Warnanya jernih atau kelabu kekuningan.Semua perubahan ini adalah semula jadi dan bukannya penyakit..Seterusnya Aair Mazi juga boleh terhasil semasa seseorang itu bermimpi yang menyebabkannya apabila terjaga dia terasa sesuatu cecair telah keluar, ini juga adalah sejenis Air Mazi.

Pandangan Air Mazi menurut Mazhab - Semua ulama bersetuju yang Air Mazi ialah sejenis najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan menghisap termasuk cecair mazi ini haram atau makruh berat. para ulama juga menegeaskan bahawa perlu membasuh dengan segera jika terkena Air Mazi tadi.Air Mazi dianggap najis lain yang kotor dalam Islam.

Di wajibkan untuk Mandi Wajib adalah semata-mata kerana keluar Air Mani saja, jika keluar Air Wadi dan Air Mazi tidak perlu Mandi Wajib hanya dibasuh tempat keluarnya Air Wadi dan Air Mazi. Air Mazi adalah air (cairan) yang keluar kerana rangsangan seksual. Sedangkan Air Wadi iaitu cairan yang keluar ketika kencing (buang air kecil). Ketetapan ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali karramallahu wajhahu, bahawasanya ia berkata:

“Aku adalah seorang yang mudah keluar air mazi, sehingga di musim sejuk pun aku tetap mandi besar sampai punggungku sakit kerananya. Kemudian aku mengadukan hal itu kepada Nabi SAW. lalu baginda bersabda : "Jangan kau lakukan! Bilamana engkau mendapatkan Air Mazi, maka cucilah zakarmu dan berwuduklah untuk solat” 

3. Air Mani : 

Air mani pula adalah sejenis cecair pekat, yang biasanya keluar dengan rasa kenikmatan (ketika bersetubuh dengan isteri atau keluar kerana bermimpi). Berbeza dengan Air Mazi yang keluar tanpa sedar, hasil peningkatan syahwat. Air Mazi adalah najis dan perlu dibasuh sedangkan air mani pula jika keluar, seseorang itu perlu mandi hadas ( MANDI WAJIB) untuk kembali menyucikan diri bagi melaksanakan ibadah khusus seperti solat dan membaca al-Quran.

573. Soalan : Adakah kenduri tahlil dan sedekah bacaan al-Quran sampai kepada simat? Mohon pencerahannya.

Jawapan : 

Golongan yang anti kenduri arwah dan beranggapan bahawa bacaan al-Quran tak sampai kepada simati mereka akan menggunakan hujah imam Syafie (seperti di atas) . Sedangkan ulama khilaf di dalam menentukan bacaan al-Quran sampai atau pun tidak kepada simati . Imam abu Hanifah dan Imam Ahmad Ibnu Hambal mengatakan doa dan bacaan al-Quan orang lain kepada si mati sampai dengan niat bersedekah untuk si mati dengan dalil-dalil yang dikemukakan. Sebaik-baiknya perkara seperti ini tak perlu diperdebatkan, anda boleh memilih mana-mana pendapat yang telah dikemulakan oleh para ulama tanpa membidaahkan amalan umat Islam yang lain.

Sebelum menjawab persoalan ini, adalah terlebih baik kiranya pembaca dapat memahami bahawa amal ibadat seseorang terbahagi kepada 3 jenis :-

1) Amal Ibadah ‘Badaniah' semata-mata : Iaitu ibadat yang dilakukan oleh tubuh semata-mata seperti solat, puasa, membaca al-quran dan lain-lain.

2) Amal ibadah ‘Maliah' : Iaitu amal ibadat berbentuk harta semata-mata, seperti zakat, sedeqah.

3) Amal ibadah yang mengandungi unsur ‘badaniah' (dilakukan oleh tubuh) dan ‘maliah' ( berbentuk harta) serentak ; ianya seperti Haji.

Maka bagi menjawab persoalan di atas, secara umumnya seperti berikut :- 

a-  Para ulama ahli sunnah wal jama'ah telah bersepakat bahawa sesetengah amalan  boleh di hadiahkan pahalanya kepada orang lain. Ia adalah amalan berikut ( Rujuk : Hasyiah Ibn ‘Abidin , 1/605 ; Nihayatul Muhtaj , 6/92 ; Mughni al-Muhtaj , 3/96 ; al-Mughni, 2/567 ) :-

1-        Sedeqah harta dan yang sepertinya.

2-        Doa & istighfar.

3-        Apa-apa jenis Ibadat yang boleh diwakilkan. (seperti haji)

Antara dalil utama mereka adalah :-

a) Erti firman Allah : "Dan mereka yang datang selepas kumpulan itu , berdoa Ya tuhan kami ampunkanlah dosa kami dan saudara-saudara kami yang sebelum kami telah beriman" ( Al-Hasyr : 10 )

b) Firman Allah ertinya : "Dan pintalah ampun bagi dosa kamu dan dosa orang mukmin" ( Muhammad : 19 )

c) Bertanya seorang sahabat kepada Nabi SAW: ertinya " Ya Rasulullah SAW , sesungguhnya ibuku telah meninggal, adakah jika aku bersedeqah untuknya, maka pahala sedeqah ini dapat memberi manfaat kepadanya? , Nabi SAW menjawab : " Ya" ( Riwayat Abu Daud & Tirmidzi ; Imam Tridmidzi mengatakannya Hasan ; juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dengan sedikit berbeza lafaz tetapi ertinya sama)

d) Seorang lelaki bertemu Nabi SAW lalu bertanya " Ibu telah meninggal, dan ada meninggalkan harta tetapi ia tidak membuat sebarang wasiat terhadap hartanya, adakah jika aku menyedeqahkan hartanya maka dosanya boleh terhapus ? Nabi menjwab : ya" ( riwayat Muslim , Nasaie , tirmidzi dan lain-lain)

Hasil kefahaman dari dalil-dalil di atas :

* Doa muslim kepada yang lain samada hidup atau mati, adalah boleh membantu saudaranya dalam bentuk syafaat, sebagaimana kata Imam al-‘Iz bin Abd Salam "Doa adalah suatu bentuk syafaat (bantuan) yang diharuskan buat ahli keluarga dekat dan rakan yang jauh" ( Qawa'id al-Ahkam , 1/135 ).

* Amalan sedeqah harta boleh memberi manfaat kepada si mati. Bagaimanapun Imam As-Syawkani ( w 1255 H) dan Syeikh Muhd Rashid Ridha ( w 1354 H) berpendapat amalan sedeqah ini khas untuk anak si mati sahaja. Menurut mereka, sedeqah dari orang asing tidak sampai pahalanya kepada si mati. (Lihat Nayl awtar , 4/99).

Bagaimanapun Imam An-Nawawi (w 676 H) serta jumhur ulama sebelum as-Syawkani telah pun membawa hujjah bahawa sedeqah bukan dari anak juga boleh sampai kepada si mati dengan dalil berikut :-

1)  Ijma' , ia telah ditegaskan oleh Ibn Quddamh ( w 620 H),  An-Nawawi dan Ibn Khathir.

2)  Telah sabit dalam hadtih bahawa Nabi SAW telah mengiakan pelupusan hutang beberapa orang sahabat, walaupun ia di bayar oleh bukan ahli keluarga si mati.

b-   Adapun amalan-amalan lain terutamanya dari kumpulan amalan berbentuk ‘badaniah'  semata-mata dan berbentuk gabungan antara amalan tubuh dan harta, Para ulama terbahagi kepada dua kumpulan besar, ia seperti berikut : -

* Majoriti ulama berijtihad mengatakan ianya tidak boleh dihadiah dan tidak sampai kepada si mati jika dihadiahkan. Ia adalah pandangan Imam As-Syafie dan sebahagian besar ulama mazhab Syafie, ia juga pandangan Imam Malik, Imam Izzudin Bin Abd Salam.

Antara dalil utama kumpulan ulama yang melarang ini adalah seperti berikut :-

1)     ((وأن ليس للإنسان إلا ما سعى ))

Ertinya : "Dan sesungguhnya setiap manusia tidak akan memperolehi kecuali apa yang diusahakan.." ( An-Najm : 39 )

2)     ((ولا تكسب كل نفس إلا عليها , ولا تزر وازرة وزر أخرى ))

Ertinya : "Dan tidaklah seseorang berusaha (beramal) kecuali ia akan memperolehinya , dan tidaklah seseorang kamu menanggung dosa dan beban orang lain" ( Al-An'am : 164 )

3) Hadith Nabi SAW

   إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية , أو علم ينتفع به من بعده , أو ولد صالح يدعو له           

Ertinya  : "Apabila mati anak adam, terputus semua amalannya kecuali tiga perkara : Sedeqah jariah, Ilmunya yang dimanfaatkan orang selepas kematiannya, dan anaknya yang soleh yang mendoakannya"

Bagaimanapun, Mazhab Hanafi, Hanbali secara umum dan sekumpulan kecil dari mazhab Maliki, ulama mutaakhirin dari mazhab Syafie dan Imam Al-Qurtubi pula berpendapat : Harus dan pahala seluruh jenis ibadat sampai kepada si mati, iaitu jika ia diniatkan hadiah kepadanya. Ini beerti menurut ijtihad kumpulan ulama ini, semua ibadat seperti solat, puasa, haji, membaca al-quran, sedeqah harta, doa dan lainnya, akan sampai pahalanya kepada si mati. Imam al-Qurtubi mengatakan bahawa sedeqah tidak semestinya dengan harta (al-Bahr al-Raiq,3/64 cet dar al-Kitab al-Islami; At-Tazkirah fi Ahwal al-Akhirah, 1/101)

Manakala Imam Ahmad Bin Hanbal secara peribadi pula mempunyai pandangan pertengahan antara kedua kumpulan di atas dimana beliau berijtihad HARUS menyedeqahkan pahala membaca al-Quran  kepada si mati.

Imam Ahmad mengatakan :

" وأي قربة فعلها وجعل ثوابها للميت المسلم نفعه ذلك إن شاء الله , والمسلمون في كل عصر ومصر يجتمعون ويقرأون القرآن ويهدون ثوابه إلى موتاهم من غير نكير "

Ertinya : Dan apa jua amalan taqarrub yang telah dibuat dan dijadikan pahalanya kepada si mati yang Muslim, maka ia telah memanfaatkan si mati inshaAllah, dan orang Islam di setiap zaman dan tempat berkumpul dan membaca al-Quran serta menghadiahkan pahalanya kepada si mati mereka tanpa sebarang bantahan" (Al-Mughni, 2/566)

Ijtihad beliau disokong oleh sebahagian daripada ulama mazhab Syafie seperti Imam Ibn Solah, Al-Muhib at-Tabari lain-lain. Imam Ibn Quddamah Al-Hanbali ( w 620 H) berkata : " sejak turun temurun di setiap zaman muslim berkumpul dan membaca al-Quran serta mendoakan pahalanya kepada muslimin yang telah meninggal, Nabi SAW pernah bersabda bahawa si mati di azab dengan sebab ratapan dan raungan si hidup, maka tiada sebab mengapa Allah menghalang pahala kebaikan sedangkan azab boleh samapi kepada si mati.." (Rujuk al-Mughni, 2/226 cet Dar Ihya at-Turath al-Arabi)

Secara ringkas antara dalil-dalil kumpulan ulama yang membolehkan ini adalah hadith-hadith yang  menyebut tentang keharusannya dalam jenis ibadah Puasa, Haji, Doa, Istighfar dan lain-lain, yang mana menurut ijtihad mereka ia termasuk secara langsung atau tidak dalam bentuk ibadah ‘badaniah' semata-mata dan juga gabungan badaniah (tubuh) dan harta. Berdasarkan dalil ini mereka men ‘qias'kan kepada semua jenis ibadah.

Demikianlah, beberapa pandangan para ulama muktabar ahli sunnah wal jama'ah dalam tajuk ini, kesemua mereka sebagaimana yang dapat dibaca, berijtihad dalam memahami dalil-dalil ..maka dalam hal ini, justeru kiranya ada individu yang melakukannya, tidak harus kita menolaknya secara putus (qat'ie) kerana mereka juga mempunyai dalil walaupun dalil mereka di anggap lemah oleh yang menolak ( kecualilah jika terdapat unsur-unsur bid'ah terhasil dari perkara-perkara luar). Apa yang penting adalah menghormati hasil ijtihad para ulama yang berkelayakan.

Sebagai penutup, suka saya memetik kata Ibn Taymiah : "Sah dari Nabi SAW bahawa baginda mengarahkan bersedeqah kepada si mati, juga berpuasa untuknya , maka sedeqah untuk si mati adalah termasuk dari kalangan amalan soleh.." (Fatawa al-Kubra , 3/38 cet dar al-kutub al-ilmiah)


Kesimpulannya : Umat Islam perlu berlapang dada apabila berhadapan dengan masaalah perbezaan pendapat dikalangan ulama terdahulu yang menyatakan segala doa, sedeqah bacaan al-Quran, puasa, upah haji, sedeqah harta untuk mereka yg mati akan sampai oleh anak simati atau orang lain. Jangan terlalu cepat menuduh bidáh segala amalan tersebut tanpa merujuk dengan pendapat ulama muktabar dahulu. Wallahu'alam.

574. Soalan : apa hukumnya jika seorang lelaki dan perempuan bersalamam contoh seorang budak lelaki bersalaman dengan nenek jirangnya umur dan 62 tahun ,,boleh ketidak ?

Jawapan : 

Hukum bersalaman di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram adalah haram. Dalam hadis Aisyah r.a. diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim,

قَالَتْ عَائِشَةُ فَمَنْ أَقَرَّ بِهَذَا مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ فَقَدْ أَقَرَّ بِالْمِحْنَةِ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا أَقْرَرْنَ بِذَلِكَ مِنْ قَوْلِهِنَّ قَالَ لَهُنَّ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « انْطَلِقْنَ فَقَدْ بَايَعْتُكُنَّ ». وَلاَ وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ. غَيْرَ أَنَّهُ يُبَايِعُهُنَّ بِالْكَلاَمِ – قَالَتْ عَائِشَةُ – وَاللَّهِ مَا أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَلَى النِّسَاءِ قَطُّ إِلاَّ بِمَا أَمَرَهُ اللَّهُ تَعَالَى وَمَا مَسَّتْ كَفُّ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- كَفَّ امْرَأَةٍ قَطُّ وَكَانَ يَقُولُ لَهُنَّ إِذَا أَخَذَ عَلَيْهِنَّ « قَدْ بَايَعْتُكُنَّ ». كَلاَمًا.

“Aisyah berkata, “Siapa saja wanita mukminah yang mengikrarkan hal ini, maka ia telah diuji.” Rasulullah SAW sendiri berkata ketika para wanita mukminah mengikrarkan yang demikian, “Kalian boleh pergi kerana aku sudah membai’at kalian”. Namun demi Allah, beliau sama sekali tidak pernah menyentuh tangan seorang wanita pun. Beliau hanya membaiat para wanita dengan ucapan beliau. ‘Aisyah berkata, “Rasulullah SAW tidaklah pernah menyentuh wanita sama sekali sebagaimana yang Allah perintahkan. Tangan beliau tidaklah pernah menyentuh tangan mereka. Ketika baiat, beliau hanya membaiat dengan berkata, “Aku telah membaiat kalian dengan perkataan.”

Bahkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik bin Anas r.a. dengan sanad yang sahih, sabda Nabi SAW,

إِنِّي لاَ أُصَافِحُ النِّسَاءَ، إِنَّمَا قَوْلِي لـِمِائَةِ امْرَأَةٍ كَقَوْلِي لِامْرَأَةٍ وَاحِدَةٍ

“Sesungguhnya aku tidak sama sekali berjabat tangan dengan kaum wanita. Hanyalah ucapanku kepada seratus wanita seperti ucapanku kepada seorang wanita.” (Hadis Riwayat Mali, An-Nasa-i dalam ‘Isyratun Nisa` dari As-Sunan Al-Kubra, At-Tirmidzi, dll. Lihat Ash-Shahihah no. 529)

Begitu juga kata Nabi SAW,

لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ رَجُلٍ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ

“Di tusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.” (riwayat Thabrani dalam Mu’jam Al Kabir 20: 211. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini shahih)

Pada hari ini ramai di kalangan umat Islam mengambil mudah hal ini. Itu tiga hadis yang saya bawakan dan banyak lagi hadis-hadis yang lain dan saya tidak bermaksud untuk menceritakan kesemuanya.

Salam di antara lekaki dan wanita jelas ada larangannya daripada Nabi SAW. Jika tak ada keperluan tak perlu suka-suka salaman dengan bukan mahram. Seorang wanita tak boleh bersalaman dengan sepupu lelaki, adik dan abang ipar, suami kepada emak saudara atau suami kepada emak saudara suaminya. Jika kanak-kanak lelaki yang belum baligh datang kerumah berhari raya ulama menjelaskan boleh bersalaman dengan mereka.tetapi dengan berlapik kain tudung.

Hukum asal tetap haram sebab jelas di dalam hadis sahih Nabi SAW tidak pernah bersalaman dengan wanita yang bukan mahramnya. Jika keadaan berlaku ada ahli keluarga lelaki menghulurkan tangan maka wanita salam juga dengan berlapik kain tudung. Walaupun ada pandangan ulama yang mengharuskan untuk bersalaman dengan ahli keluarga yang berumur tetapi saya berpegang pada hukum asal iaitu tak boleh bersalaman. Cuma wanita boleh bersalaman dengan berlapik kain tudung di dalam keadaan tertentu mereka yang menghulurkan tangannya dahulu dan umurnya pula sudah peringkat usia emas.

575. Soalan : Adakah sah rujuk apabila suami bersetubuh dengan isterinya tanpa diucapkan untuk merujuk? Minta ustaz berikan pencerahannya.

Jawapan : 

Menurut mazhab Syafiie; rujuk mesti dengan ucapan rujuk dari suami. Tidak sah niat rujuk tanpa ucapan rujuk. Begitu juga tidak sah rujuk dengan perbuatan (iaitu mensetubuhi isteri atau sebagainya). Jadi menurut mazhab Syafiie; berjimak ketika dalam 'iddah tidak dikira sebagai rujuk dan perbuatan tersebut adalah dosa besar kerana melakukan jimak setelah penceraian dan belum merujuk [Akad nikah mengharuskan istimta’ (berseronok dengan isteri), sedang penceraian (talak) pula membatalkannya, kerana itu diharamkan beristimta’ dengan isteri yang diceraikan semasa dalam iddahnya sebelum ia dirujuk (at-Talaq, Dr. Ibrahim al-Hifnawi, hlm. 75 ] . 

Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami; “Antara dosa besar ialah mensetubuhi isteri yang ditalak raj’ie sebelum merujuknya bagi orang yang meyakini keharamannya” (az-Zawajir, dosa besar ke 284). 

Turut diharamkan ialah melihat auratnya, menyentuhnya dan berdua-duaan dengannya. Oleh itu, suami hendaklah keluar dari rumah apabila ia menceraikan isterinya kecualilah jika rumahnya besar dan ada mahram isterinya yang tinggal serumah di mana mahram itu disegani oleh suami, maka haruslah suami tetap tinggal di dalam rumah yang sama.

Kecualilah jika seseorang itu bertaqlid dengan mazhab Hanafi, di mana menurut mazhab Hanafi; rujuk boleh dengan ucapan dan boleh juga dengan perbuatan (iaitu mensetubuhi, mencium, menyentuh, melihat dan sebagainya). 

Apabila seorang suami mensetubuhi isteri yang dicerainya dengan talak raj’ie –dan masih dalam iddahnya-, perbuatannya itu dikira rujuk sama ada ia ada berniat rujuk atau tidak. Begitu juga dengan mencium, menyentuh dan melihat farajnya dengan syahwat (yakni dikira sebagai rujuk).[Namun melakukan perbuatan-perbuatan tersebut tanpa niat rujuk hukumnya adalah makruh tanzih (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 29/355).]

Oleh itu, menurut mazhab Hanafi; ketika dalam iddah suami masih boleh beristimta’ (berseronok) dengan isteri yang dicerainya –cerai talak raj’ie- atau berduaan dengannya (tinggal serumah) atau menyentuhnya atau melihat auratnya, kerana selagi belum tamat iddah ia masih dalam hukum isteri di mana suami berkuasa merujuknya pada bila-bila masa tanpa perlu persetujuannya. Dengan berlaku perbuatan-perbuatan tersebut (dengan disertai syahwat) terhasillah rujuk secara otomatik.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 29/355, kalimah; ‘iddah’.
2. at-Talaq, Dr. Muhammad Ibrahim al-Hifnawi, hlm. 75 dan 80.
3. az-Zawajir ‘An Iqtiraf al-Kabair, al-Imam Ibnu Hajar al-Haitami, 2/52.
4. Hasyiyah al-Bajuri, 2/155.





Tanyalah Ustaz Siri 102 ( Cara Menjawab Salam Bukan Islam, Membeli Barang Tiruan, Hukum Wanaita Memakai Bulu Mata Palsu dan Pendakap Gigi, Bukan Islam Masuk Masjid dan Pergi Melihat Pertandingan Bola Piala Dunia.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 102 adalah menjelaskan persoalan cara menjawab salam bukan Islam, membeli barang tiruan, hukum wanaita memakai bulu mata palsu dan pendakap gigi, bukan Islam masuk masjid dan pergi melihat pertandingan bola piala dunia.

566. Soalan. Ustaz apabila orang bukan Islam mengucapkan salam bagaimana kah cara kita hendak menjawabnya?

Jawapan : 


Terdapat hadis-hadis yang menunjukkan larangan memberi dan menjawab salam kepada orang bukan Islam seperti berikut: -

Pertama: Dari Abu Hurairah (radiallahua’anh) Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda yang maksudnya; “Janganlah memulakan ucapan salam kepada Yahudi dan Nasrani dan jika kamu bertemu dengan mereka di perjalanan, tolaklah mereka ke arah sudut yang sempit”. (Hadis Muslim)

Kedua: Dari Qatadah, dari Anas bin Malik (radiallahua’anh) bahawa sahabat Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) telah bertanya kepada baginda: “Bahawa ahli kitab (Yahudi dan Kristian) memberi salam kepada kami, maka bagaimana kami membalasnya? Baginda menjawab: Jawablah dengan ucapan wa’alaikum”. (Hadis Muslim, Abu Daud, an-Nasai dan Ibn Majah)

Hadis di atas jelas menyatakan bahawa orang Islam tidak boleh memulakan salam kepada Yahudi, Kristian dan orang-orang Musyrikin. Ucapan salam menumbuhkan perasaan kasih sayang, tetapi berkasih sayang di antara orang kafir adalah dilarang sama sekali. Al-Qur’an menyebutkan bahawa, “Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya...” (al-Mujaadilah, ayat 22). Sebagai gantinya, ucapan yang menjadi kebiasaan boleh digunakan.


Para ulama’ bersetuju bahawa cara yang dibolehkan menjawab salam orang bukan Islam hanyalah sekadar menyebut ucapan “wa’alika” atau “wa’alaikum” dan ia hendaklah dikhususkan kepada kafir zimmi sahaja. (Tafsir al-Mazhari, 2/175)

Sheikh Muhammad bin Shalih Al-Uthaimin menjawab: Mendahului ucapan salam kepada orang bukan Islam adalah haram hukumnya. 

Tetapi apabila mereka mengucapkan salam kepada kita, maka kita wajib menjawabnya, berdasarkan kepada umumnya firman Allah yang bermaksud: "Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (Surah An-Nisa' ayat 86).

Soalnya, salam yang diucapkan oleh orang bukan Islam adalah lafaznya bermaksud baik, bukan cercaan dan bukan pula doa kehancuran seperti yang ucapkan oleh segelintir yahudi terhadap Rasulullah SAW.

Orang Yahudi mengucapkan salam kepada nabi SAW dengan ucapan: As-Samu 'alaika ya Muhammad! As-samu maksudnya kematian. Bererti mereka mendoakan mati kepada baginda. Lalu baginda menjawab: wa alaikum yang maksudnya, "dan ke atas kamu jugalah kematian". 

Apabila bukan Muslim mengucapkan salam: Assalamualaikum, maka kita harus membalasnya dengan ucapan: Wa'alaikum. Perkataan beliau: Wa'alaikum, merupakan dalil bahwa apabila mereka mengucapkan: Assalamualaikum, yang bererti pada diri mereka ada keselamatan, maka kita juga membalas dengan ucapan yang sama. 

Kesimpulan jawapan ini dapat saya katakan: "Orang muslim tidak boleh memulai ucapan salam kepada bukan Muslim. Sebab Nabi SAW melarang hal itu, di samping hal itu merendahkan martabat orang muslim bila harus mengagungkan orang bukan Islam".

Orang muslim lebih tinggi kedudukannya di sisi Allah. Maka tidak selayaknya dia merendahkan diri dalam hal ini. Tetapi apabila mereka yang lebih dahulu mengucapkan salam kepada kita, maka kita boleh membalasnya seperti salam yang mereka ucapkan.

Namun di sini saya mempunyai cadangan salam diharus diucapkan kepada kawan-kawan kita yang bukan beragama Islam. Ucapan salamnya adalah: Assalamulaikum man ittaba' al-Huda' yang bermaksud: salam sejahtera ke atas mereka yang menurut (mengikut) petunjuk (Islam). 

Maksudnya salam sejahtera yang diucapkan itu tertangguh sehingga dia mendapat hidayah dalam masa yang sama kita memohon hidayah daripada Allah SWT. 

Salam inilah yang menjadi pembuka bicara dalam surat-surat yang dihantar oleh Rasulullah SAW kepada pembesar-pembesar negara dalam misi menyebarkan empayar Islam. Cuma di negara kita dan mana-mana negara Islam yang lain juga tidak digunakan ucapan ini. Wallahu a'lam

567. Soalan : Apakah hukumnya jika kita membeli dan mengguna pakai barangan berjenama tiruan. Seperti baju kasut beg dan lain-lain seperti yang kita tahu barangan ini tidak mendapat kebenaran dan kelulusan dari tuan atau pengeluar yg berhak.adakah ini seperti membeli barangan yg dicuri...?

Jawapan :

Dalam urusan perniagaan kita boleh membeli apa saja barang yang dijualkan kepada kita selagi barang tersebut bersih, suci, halal dan tidak timbul perkara syubhat. Barang tersebut telah diletakkan harga dan kita bersetuju dengan harga tersebut. Barangan tiruan adalah barang yang telah diciplak, ditiru dan di copy tanpa izin pencipta dengan jenama yang sama dan pengguna tidak dapat membezakan yang mana original dan yang mana tiruan. Sekarang ini barangan tiruan banyak di pasaraya, pasar malam, kedai borong dan sebagainya. Islam melarang kita membeli barangan yang jelas menipu jenama tertentu untuk mengaut keuntungan yang besar.

Barangan tiruan ialah barang yang dicuri reka dari pencipta yang sebenar tanpa izin dan hal ini sama dengan masalah mencuri. Islam melarang umatnya mencuri, kerana mencuri itu adalah haram. Hadis Nabi yang bermaksud :

“Janganlah seorang dari kamu menjual atas barang jualan orang lain”

Fatwa dari Persatuan Ulamak Fiqh Sedunia dalam masalah ini ialah haram bagi sesiapa yang meniru barangan orang lain tanpa izin dari penciptanya. Barangan yang dimaksudkan di sini ialah barang yang menjadi hak cipta terpelihara.

Orang yang memprodukkan barangan tiruan seolahnya seperti mereka menipu pengguna dengan jenama yang diberikan. Contohnya baju kemeja yang diklon dari jenama yang terkenal tanpa izin dari penciptanya, kemudian produk tersebut dicopkan dengan jenama yang terkenal. Maka perkara ini merupakan penipuan yang nyata dan Islam sangat melarang umatnya menipu sepertimana Hadis Nabi yang bermaksud :

“Barangsiapa menipu kami, maka bukanlah dari golongan kami”

Masalah curi dan menipu ini sangat jelas dalam Islam dan ia merupakan perkara yang haram dan mungkar. Setiap perkara yang haram itu jelas dan tiada ragu-ragu dan setiap perkara yang halal itu juga jelas dan tiada ragu-ragu. Cari sumber rezeki yang halal dan jauhkan diri dari terlibat dengan perkara yang haram. Kerana rezeki yang haram akan menjadi darah daging kita dan keluarga kita. Rezeki yang haram juga akan membuatkan hati menjadi hitam dan benak untuk melakukan perkara-perkara yang makruf. Hati orang yang makan rezeki yang haram menjadi keras dan susah untuk dibentuk dan ditarbiah.

Carilah rezeki yang halal dengan penat lelah diri sendiri, kerana rezeki yang halal ini walaupun sedikit tetapi ia memperolehi keberkatan dari Allah. Orang yang makan perkara yang halal dan baik, mudah untuk dirinya dan keluarganya untuk mematuhi segala perintah dan larangan Allah. Bersyukurlah kepada Allah dengan rezeki yang diberikan kepada kita semua. Sesungguhnya Allah telah menentukan rezeki kepada setiap manusia. Kuat doa, usaha dan tawakal maka banyaklah rezeki yang diperolehi oleh kita. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.” (Surah Al-Baqarah ayat 172)

Firman-Nya lagi yang bermaksud, “Oleh itu, makanlah (Wahai orang-orang Yang beriman) dari apa Yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda Yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.” (Surah An-Nahl ayat 114)

568. Soalan : Apakah hukumnya wanita yang memakai bulu mata palsu dan pendakap gigi?

Jawapan : 

Wanita dilarang memakai bulu mata tiruan kerana dikira merubah ciptaan Tuhan.Sabda Nabi SAW :

لعنَ اللهُ الواصلةَ والمُستوصلةَ والواشمةَ والمُستوشمةَ

Maksudnya, “Allah melaknat orang yang menyambung rambutnya, orang yang minta disambung rambutnya, orang yang melakukan tatu dan orang yang minta dilakukan tatu kepadanya”. (Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain dari Abdullah bin Umar r.a.)

Sabda baginda juga;

لَعَنَ اللهُ الْوَاشِمَاتِ، وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ، وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ

Maksudnya, “Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)

Pendakap gigi jika untuk merawat gigi supaya normal (tujuan kesihatan) maka ulama mengatakan diharuskan. Nabi SAW bersabda :

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

Maksudnya,“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” – (Shahih Muslim NO. 3966).

Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-

( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .

“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”

Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadis diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.

Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.

Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :

تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً

“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”

Pendakap gigi jonggang diharuskan untuk merawat tetapi jika nak tambah cantik dengan memakai pendakap gigi itu lebih kepada merubah ciptaan Tuhan sama seperti menjarangkan gigi untuk kecantikan (ianya dilarang)

569. Soalan : Boleh tak orang bukan Islam masuk mesjid dengan niat nak tengok keindahan mesjid kita dengan berpakaian menutup aurat?

Jawapan : 

Fatwa Majlis Kebangsaan : Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang. Di dalam kitab I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid karangan Muhammad Abdullah az-Zarkasyi ada dibahaskan tentang hukum orang musyrik masuk ke masjid selain Masjidil Haram. Menurut kitab tersebut, orang kafir dibolehkan masuk ke dalam masjid dan diam di dalamnya, sekalipun dia di dalam keadaan junub.

Ini berdasarkan hadis Baginda SAW yang menjelaskan bahawa pada zaman Baginda SAW orang-orang kafir masuk ke dalam masjid Baginda yang tidak diragukan lagi bahawa mereka itu dalam keadaan berjunub. (I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid : 318)

Sebab keharusan ini kerana mereka beriktiqad bahawa tidak haram hukumnya ke atas mereka masuk ke dalam masjid dalam keadaan berhadas besar. Berlainan pula halnya dengan orang Islam, mereka ditegah masuk atau berada di dalam masjid dalam keadaan berhadas besar atau berjunub sebagaimana menurut ketentuan syarak terhadap mereka.

Keharusan orang kafir masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram berdasarkan hadith Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (yang bermaksud) :

“Rasulullah SAW telah mengutus pasukan berkuda ke Najd. Kemudian mereka datang kembali dengan membawa seorang (tawanan) lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsauban bin Utsal lalu mereka mengikatnya pada salah satu tiang masjid. (Hadis Riwayat Bukhari)

Imam ar-Rafie dan Imam an-Nawawi rahimahumallah berpendapat secara mutlak membolehkan orang kafir memasuki masjid selain Masjidil Haram tetapi dengan mendapat keizinan orang Islam. Sementara itu, orang Islam yang memberi kebenaran kepada mereka untuk masuk itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal.

Daripada penjelasan para ulama’ Syafiiyyah di atas, jelas bahawa orang kafir adalah dibolehkan masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram apabila telah memenuhi syarat-syarat yang telah dijelaskan.

Untuk ini, pihak masjid memang perlu membuat peraturan sesuai dengan kehormatan dan kesucian masjid, umpamanya dimestikan memakai pakaian yang sopan atau menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising serta menentukan masa-masa yang sesuai dan lain-lain peraturan yang munasabah.

Harus orang yang bukan muslim masuk ke dalam masjid untuk tujuan yang dibenarkan syara’ atau untuk melakukan perkara-perkara harus yang lain seperti mendengar tazkirah atau untuk meminum air dan seumpamanya. Ini kerana Nabi S.A.W. pernah membiarkan beberapa perwakilan orang yang bukan muslim memasuki masjid baginda dan melihat umat Islam menunaikan solat, mendengar bacaan al-Quran dan khutbah Baginda S.A.W. demikian juga untuk menyeru mereka kepada Allah dengan lebih dekat. Baginda juga penah mengikat seorang kafir di dalam masjid iaitulah Thamamah bin Athal al-Hanafi (ثمامة بن أثال الحنفي), seorang tawanan perang, lalu Allah memberi hidayah kepada beliau dengan beliau memeluk Islam. (Sila lihat Majmu’ Fatawa wa Maqalaat Mutanawwi’ah oleh al-Syeikh al-‘Allamah Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz R.H. jld 8, m.s. 356)

570. Soalan : Apa hukum kumpul duit pergi tenguk world cup di luar negara..? Adakah haram..?

Jawapan : 

Jelas bahawa kumpul duit untuk melihat world cup adalah membazir dan dilarang dalam Islam. Kerana wang sebanyak itu lebih baik kita menunaikan haji jika belum pergi haji atau gunakan untuk kemaslahatan keluarga. Pembelajaran anak-anak, membeli buku-buku agama yang bermanfaat, dan sebahagiannya amat digalakkan kita membatu saudara-saudara kita yang dizalimi di Syria, Palestin, Mynmar, Afrika dan di Malaysia sendiri amat memerlukan sumbangan untuk pembinaan maahad tahfiz, sekolah agama, masjid, rumah anak-anak yatim dan sedekah jariah yang lain. Kita semua akan disoal oleh Allah SWT di akhirat apakah sumbangan kita untuk membantu saudara-saudara kita yang dizalimi, kekurangan makanan, dan sebagainya.

Hadis tentang amal jariah yang popular dari Abu Hurairah menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya "(Hadis Riwayat Muslim).

Selain dari ketiga jenis perbuatan di atas, ada lagi beberapa macam perbuatan yang tergolong dalam amal jariah.


Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Sesungguhnya diantara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai, dan harta yang disedekahkannya "(Hadis Riwaya Ibnu Majah).









Tanyalah Ustaz Siri 101 ( Jenis Beristighfar, Sedekah Untuk Ibu Bapa Meninggal Dunia, Jiran Suka Bergaduh, Hukum Membunuh Nyamuk dan Ucapan Sayang Pada Tunang.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 101 adalah menjelaskan persoalan jenis beristighfar, sedekah untuk ibu bapa meninggal dunia, jiran suka bergaduh, hukum membunuh nyamuk dan ucapan sayang pada tunang.

561. Soalan : Ustaz boleh terangkan bentuk-bentuk beristighfar yang diamalkan oleh Rasulullah SAW?

Jawapan : 

Di antara bacaan istighfar yang ada hadisnya: 

Pertama : أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ

Astaghfirullâh. (Hadis Riwayat Muslim.)

 Haditnya:

عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ: “كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا انْصَرَفَ مِنْ صَلَاتِهِ اسْتَغْفَرَ ثَلَاثًا وَقَالَ اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ”. قَالَ الْوَلِيدُ فَقُلْتُ لِلْأَوْزَاعِيِّ كَيْفَ الْاسْتِغْفَارُ قَالَ تَقُولُ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ.

Tsauban bercerita, “Jika Rasulullah Sallallahu ’Alaihi Wasallam selesai solat baginda beristighfar tiga kali, lalu membaca “Allahumma antas salam wa minkas salam tabarokta ya dzal jalali wal ikrom”. 

Al-Walid (salah satu perawi hadits) bertanya kepada al-Auza’i, “Bagaimanakah (redaksi) istighfar baginda?”. 

“Astaghfirullah, astaghfirullah” jawab al-Auza’i.] 

Kedua :

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه

Astaghfirullôhal ‘azhîm alladzî lâ ilâha illâ huwal hayyul qoyyûm wa atûbu ilaih.
(Hadis Riwayat Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Albani)

.Hadisnya adalah:

“مَنْ قَالَ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ غُفِرَ لَهُ وَإِنْ كَانَ فَرَّ مِنْ الزَّحْفِ”

“Barangsiapa mengucapkan “Astaghfirullahal azhim alladzi la ilaha illah huwal hayyul qoyyum wa atubu ilaih” nescaya akan diampuni walaupun lari dari medan perang”. 

Ketiga :

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْت

“Allôhumma anta robbî lâ ilâha illa anta kholaqtanî wa anâ ‘abduka wa anâ ‘alâ ‘ahdika wa wa’dika mastatho’tu. A’ûdzubika min syarri mâ shona’tu, abû’u laka bini’matika ‘alayya, wa abû’u bi dzanbî, faghfirlî fa innahu lâ yaghfirudz dzunûba illa anta”. (Hadis Riwayat Bukhari.)

 Hadisnya sebagai berikut:

عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ: “اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ” إِذَا قَالَ حِينَ يُمْسِي فَمَاتَ دَخَلَ الْجَنَّةَ أَوْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ, وَإِذَا قَالَ حِينَ يُصْبِحُ فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ مِثْلَهُ”.

Dari Syaddad bin Aus, bahwasanya Rasulullah Sallallahu’Alaihi Wasallam bersabda, “Istighfar yang paling istimewa adalah: “Allôhumma anta robbî lâ ilâha illâ anta kholaqtanî wa anâ ‘abduka wa anâ ‘alâ ‘ahdika wa wa’dika mastatho’tu, abû’u laka bini’matika ‘alayya wa abû’u laka bidzanbî, faghfirlî fa innahu lâ yaghfirudz dzunûba illâ anta, a’ûdzubika min syarri mâ shona’tu” 

(Ya Allah, Engkaulah Rabbku itdak ada yang berhak disembang melainkan diriMu. Engkau telah menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu dan aku akan setia di atas perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku mengakui nikmat-Mu untukku dan aku mengkaui dosaku. Maka ampunilah diriku, sesungguhnya tidak ada yang mengampuni dosa melainkan diri-Mu. Aku memohon perlindungan dari-Mu dari keburukan perbuatanku). Andaikan seorang hamba mengucapkannya di sore hari kemudian ia mati maka akan masuk surga atau akan termasuk penghuni surga. Dan jika ia mengucapkannya di pagi hari lalu meninggal maka ia akan mendapatkan ganjaran serupa”.)

562. Soalan :  Ustaz.. saya nak tanya jika kita bersedekah dengan niat sedekah untuk arwah ayah dan ibu ,adakah kita juga akan mendapat pahala sedekah itu ?

Jawapan : 

Jika kita bersedekah harta atau makanan kepada fakir miskin, sekolah agama, maahad tahfiz atau pembinaan masjid baru di niatkan untuk kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia akan sampai kepada mereka dan pahalanya juga akan kita perolehi tidak dikurangkan walaupun sedikit. 

Bertanya seorang sahabat kepada Nabi SAW maksudnya " Ya Rasulullah SAW , sesungguhnya ibuku telah meninggal, adakah jika aku bersedeqah untuknya, maka pahala sedeqah ini dapat memberi manfaat kepadanya? , Nabi SAW menjawab : " Ya" ( Hadis Riwayat Abu Daud & Tirmidzi ; Imam Tridmidzi mengatakannya Hasan ; juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dengan sedikit berbeza lafaz tetapi ertinya sama)

563. Soalan : Ustaz kenapa ada orang iri hati dengan jiran sebelah pada hal jiran tadi tak pernah cari gaduh dengan dia cuba ustaz jelaskan dengan lebih lanjut lagi.?

Jawapan : 

Berkelahi dan menabur fitnah kepada jiran adalah dosa besar kerana jiran mempunyai hak-hak yang wajib dipenuhi. Rasulullah SAW. selalu dipesan oleh malaikat Jibril supaya berbuat baik kepada jiran. Dalam sebuah hadis sahih; diriwayatkan daripada Aisyah r.a. Baginda Mulia telah bersabda: “Jibril sentiasa berpesan kepadaku tentang jiran, sehingga aku menyangka Jibril akan menjadikan jiran itu sebagai waris (kepada jirannya).” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Tirmizi).

Sabda Rasulullah SAW: “Tidak sempurna iman, jika kamu tidur dalam kekenyangan sedang jiran tetangga mu menangis kerana kelaparan.

Kes sosial yang pertama dibicarakan di mahkamah Allah Subhanahu Wa Ta’ala di hari kiamat ialah tentang jiran, samada kita mendakwa jiran atau jiran yang akan mendakwa kita. Misalnya jiran kita uzur, miskin dan kita tidak pernah menolongnya. Dalam kes sepetti ini, jiranlah yang akan mendakwa kita di akhirat nanti.

At-Tabrani meriwayatkan daripada Jabir r.a. daripada Nabi SAW, Baginda bersabda; “Jiran itu 3 golongan:

1) Jiran dengan 1 hak, iaitu jiran yang musyrik. Dia hanya ada hak kejiranan.

2) Jiran dengan 2 hak iaitu jiran yang beragama Islam. Dia ada hak kejiranan dan ada hak Islam.

3) Jiran dengan 3 hak iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Dia ada hak kejiranan, ada hak Islam dan ada hak hubungan kekeluargaan.”

Rasulullah SAW apabila isteri Baginda memasak masakan berkuah, disuruh agar dilebihkan kuah untuk diberi kepada jiran Baginda, walaupun jirannya itu kafir. Baginda Rasulullah SAW berkata kepada Abu Dzar Al-Ghifari yang bermaksud: “Apabila kamu memasak makanan, banyakkanlah kuahnya dan berilah kepada jiran kamu.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

Satu ketika Rasulullah SAW berkumpul bersama dengan para sahabat. Kemudian salah seorang sahabat berkata bahawa dia memiliki seorang jiran wanita yang sering berpuasa disiang hari dan di malam harinya bersembahyang tahajjud. Tetapi Rasulullah mengatakan bahawa wanita itu adalah ahli Neraka. Sahabat bertanya, mengapa demikian. Jawab Baginda Rasulullah SAW, “Wanita itu selalu menyakiti jiran tetangga dengan lidahnya, tidak ada kebaikan lagi baginya dan dia adalah ahli Neraka. Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitabnya, “Bimbingan Mukmin” menyatakan beberapa hak dan tanggung jawab yang perlu ditunaikan oleh seseorang terhadap jirannya, antaranya ialah:

Hendaklah seseorang itu memulakan memberi salam kepada jirannya.
1. Menziarahinya ketika sakit dan mengucapkan takziah ketika berlaku kematian dan melawati jenazahnya.
2. Jangan terlalu banyak bertanya tentang hal ehwalnya.
3. Memaafkan segala kesalahan dan kesilapannya.
4. Hendaklah menutup keaiban dan kecelaan yang berlaku pada dirinya.
5. Sentiasa bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya dengan tutur kata yang baik
6. Bersedia menolong jiran yang ditimpa bencana.
7. Tidak menyakiti hati jiran seperti membuang sampah di pinggir rumahnya
8. Tidak terpengaruh dengan kata-kata untuk memburuk-burukkan jiran.

564. Soalan : Apakah hukumnya membunuh nyamuk dan binatang yang berbisa?

Jawapan :

Hukum membunuh nyamuk adalah harus kerana nyamuk boleh membawa penyakit yang memudharatkan manusia. Ulama Islam membuat beberapa kategori haiwan dalam konteks boleh tidaknya dibunuh dengan tanpa alasan. 

1) Haiwan bernaluri buas, berpopulasi di tempat yang jauh dari kehidupan manusia, seperti binatang buas yang hidup di hutan belantara dan di gurun atau di pegunungan. Haiwan jenis ini boleh dibunuh untuk, misalnya untuk menghilangkan ancamannya atau untuk dimanfaatkan anggotanya badannya, seperti untuk diambil kulitnya. 

2) Haiwan yang tidak bernaluri buas, namun boleh menjadi buas kalau diganggu, seperti anjing dan kucing. Haiwan jenis ini bila membahayakan atau mengganggu ketenteraman umum, boleh dibunuh, seperti anjing yang menyerang orang, atau anjing gila.

3) Haiwan yang membahayakan manusia dan sering hidup ditengah populasi manusia, seperti ular, kalajengking. Haiwan jenis ini dianjurkan untuk dibunuh dalam keadaan apapun. Dalam sebuah hadis nabi pernah bersabda "Lima jenis haiwan yang harus dibunuh, baik di tanah haram mahupun di tanah biasa, iaitu : ular, kalajengking, tikus, anjing buas dan burung rajawali" (H.R. Abu Daud) dalam riwayat lain disebutkan juga burung gagak. 

4) Haiwan yang sepertinya tidak membahayakan, namun dianjurkan untuk dibunuh seperti cicak dan tokek, kerana menurut riwayat ketika nabi Ibrahim dihukum bakar olah raja Namrud, binatang ini ikut meniup apinya. (Hadis Riwayat Bukhari, Ibnu Majah, Ahmad) 

5) Jenis serangga yang memang boleh dibunuh untuk dimakan, seperti belalang. (Hadis Riwayat Bukhari ). Ada beberapa jenis serangga yang danjurkan untuk tidak dibunuh, yaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung Surrad". (H.R. Bukhari & Muslim), semut di sini oleh para ulama adalah semut besar, atau sering disebut semut Sulaiman, adapaun semut kecil boleh dibunuh, hanya ulama Maliki yang menghukumi makruh membunuhnya. 

Adapun serangga atau haiwan kecil lainnya, kalau memang membahayakan atau menimbulkan malapetaka, seperti hama, baik hama burung, belalang, tikus dan sebgainya. maka boleh membunuhnya dan bahkan dianjurkan. Hukum ini dilandaskan kepada kaedah hukum Islam "semua yang menimbulkan bahaya (madharat) harus dihilangkan". Begitu juga serangga semacam nyamuk yang menimbulkan penyakit harus diberantas, bahkan meskipun dengan menggunakan bahan kimia.

565. Soalan : Apa hukum panggil perkataan 'sayang'kepada tunang kita.ustaz tolong jelaskan?

Jawapan : 

Hakikat sebenarnya apabila seseorang telah bertunang sememangnya mereka saling cinta mencintai, sayang menyayangi tetapi ucapan ini sebaik-baiknya jangan di keluarkan kerana boleh mendatangkan terangsang nafsu syahwat. Kata-kata yang lemah lembut, berbincang tentang keindahan Islam dan terdapat unsur-unsur tarbiah dan mengingatkan pada hari akhirat adalah ucapan yang baik dituturkan oleh orang mukmin bersama tunangnya. Jauhi kata-kata yang boleh mendatangkan zina hati , zina mulut dan zina telinga.

Friday, April 25, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 100 (Sifat-sifat Allah SWT, Tanda-tanda Allah Sayang, Zakat Pendapatan, Berkhatan Untuk Wanita dan Solat Taubat.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 100 adalah menjelaskan persoalan sifat-sifat Allah SWT, tanda-tanda Allah sayang, zakat pendapatan, berkhatan untuk wanita dan solat taubat.

556. Soalan : Ustaz.. boleh terangkan maksud / penerangan dan contoh tentang sifat-sifat ini :

1. Sifat Salbiah
2. Sifat Nafsiyyah
3. Sifat Ma'nawiyyah
4. Dalil Ijmali.


Jawapan : 

SIFAT SALBIYAH

Maksudnya sifat yang menolak apa yang tidak layak bagi Allah. Atau dikatakan juga sifat yang digunakan untuk meniadakan sesuatu yang tidak layak bagi Allah. Sifat Salbiyah ini ada lima sifat yakni, 1- Qidam, 2- Baqo’, 3- Mukhalafatu lil hawaditsi, 4- Qiyamuhu binafsihi, 5- Wahdaniyyah.


SIFAT NAFSIYYAH(SIFAT KEPERIBADIAN)

Maksudnya sesuatu yang tidak boleh diterima oleh akal jika Allah tidak disifatkan dengan sifat ini. Atau boleh juga dikatakan sifat untuk menentukan adanya Allah, di mana Allah menjadi tidak mungkin ada tanpa adanya sifat tersebut. adapun yang tergolong sifat ini hanya satu yaitu sifat wujud.


SIFAT MA’NAWIYAH

Maksudnya sifat Allah yang dilazimkan atau tidak boleh dipisahkan dengan Sifat Ma’ani. Sifat Ma’nawiyah adalah sifat yang mulazimah atau menjadi akibat dari sifat ma’ani. Sifat ini terdiri dari tujuh sifat, yakni 1- Kaunuhu Qadiran, 2- Kaunuhu Muridan, 3- Kaunuhu Aliman, 4- Kaunuhu Hayyan, 5- Kaunuhu Sami’an, 6- Kaunuhu Bashiran, 7- Kaunuhu Mutakalliman.
 

Dalil Ijmali : Bagaimanakah yang dikatakan dalil-dalil secara ijmali ke atas 20 sifat Allah S.W.T.? Katakanlah dalil secara ijmali ke atas sifat wujud bagi Allah S.W.T. Secara ijmali, dalil-dalil yang menunjukkan Allah itu wujud, memadailah dengan mengatakan bahawa buktinya ialah adanya makhluk dan alam ini. Semua langit dan bumi serta segala yang baharu ini adalah membuktikan bahawa adanya Tuhan yang mencipta.

Begitu juga, apakah dalil-dalil ijmali yang menunjukkan bahawa Allah itu bersifat qidam? Cukup dan memadai jugalah kalau kita buktikan sifat itu dengan menunjukkan kepada kejadian alam dan makhluk ini, kepada kejadian Iangit dan bumi dan lain-lainnya.


557. Soalan : Ustaz..nak tanya macammana nak bagi Allah kasih sayang pada kita, macammana nak tahu yang Allah sayangkan kita,adakah nasib malang yang menimpa diri sesaorang di sebabkan Allah sayang pada orang tersebut?

Jawapan : 

1. Tanda Allah SWT kasih dan sayang pada kita adalah diberi kefahaman tentang ajaran Islam . Sabda Nabi SAW maksudnya, "Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang maka Ia memberinya kefahaman mengenai agamanya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 

2. Allah SWT kurniakan sifat pada kita bersyukur apabila diberikan rezeki dan nikmat dan bersabar ketika di uji, maka kedua-duanya membawa kebaikan.Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ، فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ، صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

Maksudnya,“Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2999) 


3. Tanda Allah kasih kepada hamba-Nya adalah apabila hati kita cenderung kepada kebaikan dan amal soleh dan benci kepada maksia dan dosa.
 

Jika kita diuji oleh Allah SWT sebenarnya Dia kasih dan sayang pada kita untuk menigkatkan iman dan takwa kepaad Allah SWT. Sehubungan itu, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya, besarnya pahala sesuai dengan besarnya cubaan. Sesungguhnya, jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barang siapa yang reda dengan musibah itu maka baginya keredaan Allah. Dan barang siapa yang marah (tidak reda) dengan musibah berkenaan, maka baginya kemurkaan Allah.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Sabda Rasulullah lagi yang maksudnya: “Setiap sesuatu itu mempunyai hakikat dan tidaklah seorang hamba mencapai hakikat iman sehingga dia menyedari musibah yang menimpanya bukan untuk menyalahkannya dan kesalahan yang dilakukannya bukan sebab untuk ditimpakan musibah kepadanya.”

Syuraih rahimahullah berkata: “Aku benar-benar ditimpa musibah. Namun aku memuji kerana empat perkara. Aku memuji kerana musibah itu, bukan yang paling kuat, kerana kau dianugerahkan kesabaran menghadapinya. Kerana aku diberi taufik untuk mengucapkan ‘Ina lillahi wa inna ilaihi raji’un’ sehingga aku boleh memohon pahala, dan kerana musibah itu tidak dijadikan pada agamaku.


558.Soalan : Ustaz, saya nak tanya berkenaan dengan zakat pendapatan. Adakah zakat pendapatan wajib dikeluarkan sekiranya seseorang itu memperoleh gaji bwah RM2000 sebulan. Sebelum ni saya pernah bertanya pada org lain, ada yg berpendapat mengatakan zakat pendapatan sebenarnya tidak wujud, malah di dalam al-Quran pun tidak mengatakan yang zakat pendapatan wajib dibayar...mohon pencerahan

Jawapan : 

Zakat pendapatan adalah fatwa ulama mewajibkannya berdasarkan kemaslahatan umat Islam. Zakat Pendapatan
Majlis Fatwa Negeri Melaka :

Tarikh Keputusan:
22 May, 2000
Keputusan:
Zakat ke atas pendapatan bagi penggajian adalah wajib dikeluarkan oleh setiap orang Islam yang layak bagi seluruh Negeri Melaka.


Keterangan/Hujah:


HUJAH DAN DALIL

• Kewajipan zakat ke atas gaji atau pendapatan adalah berdasarkan kepada dalil Al-Qur’an, hadith Nabi Muhammad sallallahu `alayhi wasallam dan pendapat ulama’, antaranya:

1. Firman Allah Subhanahu Wata`ala:

{ يَأَيـُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ أَنفِقُواْ مِن طَيِّبَتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ الأَرْضِ ، وَلاَ تَيَمَّمُ الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ وَلَسْتُم بِئَاخِذِيهِ إِلاَّ أَن تُغْمِضُواْ فِيهِ ، وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللهَ غَنِىٌّ حَمِيدٌ }

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu, dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), pada hal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya, dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi sentiasa Terpuji.” (Surah Al-Baqarah, 2:267)

Dalil ini digunakan bagi kewajipan zakat perniagaan tetapi ia boleh diqiyaskan juga kepada pendapatan dari penggajian berdasarkan kepada lafaz ( ما كسبتم ) yang boleh ditafsirkan kepada sebarang bentuk harta yang diusahakan.


2. Sabda Rasulullah sallallahu `alayhi wasallam:

اعْلَمْ أَنَّ اللهَ قَدِ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَة فِيْ أَمْوَالِهِمْ تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ فَتُرَدُّ إِلىَ فُقَرَائِهِمْ .
 

Maksudnya: “Beritahulah kamu kepada mereka bahawa Allah subhanahu wata`ala telah mewajibkan dari sebahagian harta-harta mereka untuk disedekahkan. Diambil dari orang kaya untuk diberi kepada mereka yang faqir”.
(Muttafaq `Alayh)

• Pendapat Dr. Yusuf Al-Qardhawi di dalam kitab Fiqh Az-Zakah seperti berikut:

1. Dr. Yusuf Al-Qardhawi menggunakan konsep harta perolehan “al-mal al-mustafad”. Beliau menghuraikan harta seperti itu sebagai apa juga perolehan baru yang diperolehi secara halal. Menurut beliau, di bawah harta perolehan ini termasuklah gaji, pendapatan profesional, pendapatan-pendapatan dari modal yang tidak diperniagakan dan sebagainya.

2. Sekiranya “harta perolehan” merupakan keuntungan kepada harta yang sebelumnya telah dizakatkan, seperti harta perniagaan, pembiakan ternakan secara profesional dan sebagainya, maka perolehan itu perlu dicampur dengan kumpulan asal dan akan menjadi sebahagian daripadanya dalam perkiraan hawl dan nisab. Ini bermakna segala modal dan keuntungannya dizakatkan secara bersama. Inilah bentuk zakat yang biasa difahami. Sebaliknya sekiranya perolehan tersebut adalah harta yang telah dizakatkan dan belum sampai hawlnya seperti harga jualan hasil tanaman yang telah dizakatkan atau harga hasil ternakan yang telah dizakatkan sebelum itu, maka ianya tidak akan dikenakan zakat pada waktu itu kerana untuk mengelakkan dikenakan zakat untuk kali kedua.

3. Harta perolehan yang bukan keuntungan pelaburan kepada mana-mana harta yang dimiliki tetapi diperolehi melalui satu cara tersendiri seperti dalam bentuk upah atas apa-apa kerja yang dilakukan, pendapatan-pendapatan daripada modal yang tidak diperniagakan, hadiah, pemberian dan sebagainya adalah dikenakan zakat. Zakat yang diambil dari perolehan ini tidak tertakluk kepada syarat hawl.

• Sheikh Muhammad Abu Zuhrah berpendapat bahawa gaji dan pendapatan profesional dikenakan zakat sekiranya cukup hawl dan nisab. Beliau tidak menjadikan konsep “al-mal al-mustafad” sebagai asas kepada kewajipan zakat tersebut, sebaliknya menggunakan method “maslahah” sepertimana yang dilakukan oleh Sayyidina `Umar bin Al-Khattab radhiyallahu `anh.

• Dr. Yusuf Al-Qardhawi walaupun pada peringkat awalnya mengemukakan alasan secara nas dalam konsep “al-mal al-mustafad” tetapi akhirnya beliau kembali kepada konsep “maslahah” seperti yang dinyatakan oleh Sheikh Muhammad Abu Zuhrah. Beliau banyak menyebut tentang keadilan yang perlu ditegakkan dalam soal pembayaran zakat antara para pegawai dan ahli profesional yang mempunyai pendapatan yang besar dan para petani yang mempunyai pendapatan yang kecil.

• Profesor Madya Dr. Mahmood Zuhdi berpendapat bahawa meskipun nas-nas tidak banyak membantu fatwa mewajibkan pemungutan zakat ke atas gaji dan pendapatan profesional berasaskan kepada konsep “al-mal al-mustafad”, namun maslahah atau kepentingan semasa masyarakat menyokong kuat fatwa seperti itu. Penggunaan konsep maslahah atau kepentingan semasa masyarakat adalah sesuai dan tidak bertentangan dengan kaedah pembinaan hukum Islam yang diterima umum dalam Islam. Meskipun maslahah merupakan sumber subsidiari dalam perundangan Islam, namun ia boleh dipegang dalam keadaan seperti ini iaitu apabila tiada panduan yang jelas dari nas atau qiyas yang berasaskan kepada nas.
 

Umat Islam boleh membuat pilihan samaada nak bayar zakat pendapatan atau pun tidak kerana wang yang diterima tidak cukup tempuh masa setahun Hijrah. Tetapi zakat harta yang cukup nisab dan tempuh setahun wajib dibayar zakat harta 2.5 % ini tak ada khilaf ulama.

559.Soalan : Ustaz saya ada kemusyikilan tentang perkara bersunat bagi kanak-kanak perempuan. Apakah hukumnya jika setelah berumur 10 tahun kanak-kanak ini masih belum disunatkan. Minta pandangan terima kasih.

Jawapan : 

Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah

خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب

Ertinya : Lima perkaea fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. (Hadis Riwayat Muslim)

Pandangan para ulama dalam memahami hadis di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-

1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.

2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,

3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.

Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelaki satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.

Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.

Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.

Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas meliaht hadith2 Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan .

Kelentt wanita (yang dipotng sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.."

dan pelabagi lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. di akhirnya pakar perubatan ini berkata :

" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)

Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.


560. Soalan : Ustaz boleh terangkan cara-cara dan tertib untuk menunaikan solat taubat.?

Jawapan : 

Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).

Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:

“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.” (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)

Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
.
Fadhilat Taubat:

1. Diampunkan Allah SWT.

2. Dimudahkan segala urusan.

3. Menceriakan kehidupan seharian.

4. Menghilangkan perasaan yang menekan.

5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
.
CARA SOLAT TAUBAT
.
1. Niat Solat Sunat Taubat: (Sahaja aku solat sunat taubat 2 rekaat kerana Allah Taala)
.
2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun

Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
.
3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) Hendaklah berdoa dan bertaubat di dalam hati di atas dosa-dosa yang telah kita lakukan dan mohon agar dosa kita di ampunkan oleh Allah SWT.
.
4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :
dan membaca doa Nabi Yunus a.s . Menurut sebuah hadis sahih riwayat Tirmizi, Nabi SAW menyatakan yang bermaksud : "Sesungguhnya tiada seorang muslim pun memanjatkan doa ini dalam apa keadaan sekali pun, melainkan Allah akan memperkenankannya." (Hadis Riwayat Tirmizi dalam bab al-Da'awat no. 3505, di anggap sahih oleh al-Albani)

Firman Allah SWT :

وَذَا النُّونِ إِذْ ذَهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَنْ لَنْ نَقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَى فِي الظُّلُمَاتِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ (87

Maksudnya : "Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam tempat yang sangat gelap (dalam perut ikan, di dalam laut dan pada malam hari) : 'Bahwa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim'." (Surah al-Anbiya' (21) ayat 87)

a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 100 kali;

.Istighfar sebagai penebus dosa, dalam satu riwayat Rasulullah shalallahu alaihi wasalam pernah bersabda:

مَنْ قاَلَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمِ اَلَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُوْمُ وَ أَتُوْبُ إِلَيْهِ

"Barangsiapa mengucapkan 'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi' akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan" (Hadis Riwayat Al Hakim)

b. Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :"Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hambaMu dan aku di dalam genggamanMu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan Taat ) kepadaMu sekuat mampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau." (Hadis Riwayat Bukhari )