Tuesday, April 1, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 84 (Lelaki Pakai Seluar Pendik, Cara Kawal Marah, Cara Untuk Khyusuk Dalam Solat, Cara Solat Taubat, Kawin Gantung dan Solat Qada)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,    
Tanyalah Ustaz Siri 84 adalah menjelaskan persoalan lelaki pakai seluar pendik, cara kawal marah, cara untuk khyusuk dalam solat, cara solat taubat, kawin gantung dan solat qada

476. Soalan : Apa pandangan Ustaz apabila seseorang lelaki muslim yang telah akil baligh memakai seluar pendek di khalayak ramai. Apabila kita berjalan-jalan di kawasan awam seperti di pasaraya-pasaraya, taman-taman awam, pusat-pusat riadah dan lain-lain tempat terbuka seringkali kita melihat kaum lelaki yang berseorangan atau berpasangan memakai seluar pendek (suami) bersama keluarga. Kadang kala kita berasa janggal, malu dan berdosa apabila melihat kaum lelaki (suami) berseluar pendek tetapi isteri dan anak-anaknya berpakaian menutup aurat berjalan beriringan. Semua orang tahu bahawa aurat kaum lelaki terletak di antara pusat dan lutut tetapi bukanlah bermakna/dibenarkan sewenang-wenangnya boleh membuka aurat di merata-rata tempat bahkan didalam rumah pun klu terdapat anak perempuan yang telah remaja aurat lelaki (suami, anak-anak lelaki) tetap tidak boleh terbuka.
Mohon pencerahan/huraian Ustaz. Terima kasih.

Jawapan :  

Seorang muslim yang telah menjadi suami atau ayah perlulah membawa contoh yang baik kepada ahli keluarganya. Jika keluar rumah dengan memakai seluar pendik menampakkan kejahilannya tentang hukum agama dan menunjukkan seorang yang tidak membawa sahsiah Islam terutama kepada masyarakat Islam. 

Umumnya semua orang islam faham bahawa aurat lelaki adalah di antara pusat dan lutut. Sepatutnya merasa malu apabila keluar rumah berjalan bersama isteri yang menutup aurat. Satu masaalah lagi bagaimana seorang isteri tak boleh menegur suaminya yang terang-terang melakukan maksiat? Sepatutnya peranan menegur dan membetulkan kesalahan berlaku di antara isteri dan suaminya.

Aurat lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. 

Hadis dari Jarhad al-Aslami r.a. yang menceritakan; “Rasulullah duduk bersama kami sedang pahaku ketika itu terbuka. Lalu Rasulullah berkata kepadaku;

أما علمت أنَّ الفخذ عورةٌ

Maksudnya : “Apakah kamu tidak mengetahui bahawa paha adalah aurat?”. (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Malik)

477. Soalan :   Ustaz,,saya nak tanya macamana  supaya saya tadak berkata-kata perkataan yang tidak elok di dengar apabila saya marah kepada seseorang.?

Jawapan : 

Seorang mukmin akan sentiasa membawa akhlak Islam samaada ketika suka, duka atau marah. Jika suka atau gembira tidak melampau batas, jika duka tidak menangis meraung-raung dan jika marah tak akan keluar perkataan kesat atau kotor. Nabi SAW pernah marah kepada sahabat, tetapi baginda tak pernah maki hamun, cuma sahabat nampak diwajah banginda berubah wajah baginda, dan baginda akan menasihati sahabat tersebut dengan lemah lembut tetapi tegas.
 Firman Allah SAW yang bermaksud : “Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh” (Surah Al-A'raaf ayat 199)

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : "Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)"
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Sabda Nabi SAW. lagi yang bermaksud : "Tiada seorang pun yang meneguk satu tegukan yang lebih agung pahalanya daripada tegukan berupa kemarahan yang ditahannya semata-mata mengharapkan keredhaan Allah Taala." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Al Imam Al Hasan Al Bashri rahimahullah berkata: “Empat hal, barangsiapa yang mampu mengendalikannya maka Allah akan menjaga dari syaitan dan diharamkan dari Neraka : iaitu seseorang mampu menguasai nafsunya ketika berkeinginan, cemas, syahwat dan marah.”

Setiap Muslim harus marah manakala kemuliaan Islam dihina, contohnya apabila penghinaan terhadap baginda Rasulullah SAW. yang dilakukan oleh orang-orang yang anti Islam.

Sedangkan kita dituntut untuk dapat mengendalikan marah sekaligus mema’afkan orang lain ketika penyebab marahnya tertuju kepada diri secara peribadi, contohnya ketika jasa seorang suami kurang dihargai isterinya maka suami tersebut hendaklah bertenang jangan cepat merasa marah.

Dalam riwayat Abu Said al-Khudri Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sebaik-baik orang adalah yang tidak mudah marah dan cepat meredhai, sedangkan seburuk-buruk orang adalah yang cepat marah dan lambat meredhai " (Hadis Riwayat Ahmad).

Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ada seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW. : “Berilah saya nasihat.” Baginga s.a.w.bersabda, “Jangan marah.” Lelaki itu terus mengulang-ulang permintaannya dan baginda tetap menjawab, “Jangan marah.” 
(Hadis Riwayat Bukhari)

Terdapat lima pekara untuk mengatasi perasaan marah. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Membaca Ta'awwudz. (memohon perlindungan Allah SWT daripada gangguan syaitan)

Sulaiman Ibnu Sard meriwayatkan, pernah dua orang saling mencerca satu sama lainnya di hadapan Rasulullah SAW.. Sementara itu, kami sedang duduk di sisinya. Salah seorang dari mereka menghina yang lainnya dengan marah, hingga merah mukanya. Maka Rasulullah SAW.bersabda maksudnya : "Aku mengetahui suatu kalimat, jika diucapkan olehnya (laki-laki yang merah mukanya), maka akan hilang kemarahannya. Hendaklah dia berkata: A’udzubillahi minasy syaithanir rajim (maksudnya 'aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk). ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Berwuduk.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : " Sesungguhnya, kemarahan itu berasal dari syaitan. Dan syaitan tercipta dari api. Dan sesungguhnya, api itu dapat dipadamkan dengan air. Jika salah seorang diantara kalian marah, maka berwudhu'lah. (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud, hadis ini hasan.)

3. Duduk.

Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda maksudnya : "Kalau kalian marah maka duduklah, kalau tidak hilang juga maka bertiduranlah"(Hadis Riwayat Abu Dawud).

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Jika salah seorang kalian marah dan dia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah duduk. Jika masih belum reda marahnya, maka hendaklah berbaring.
( Hadis Riwayat Ahmad )

Hal ini kerana marah dalam berdiri lebih besar kemungkinannya melakukan keburukan dan kerusakan daripada dalam keadaan duduk. Sedangkan berbaring lebih jauh lagi dari duduk dan berdiri.

4. Diam.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Jika engkau marah, maka diamlah. Jika engkau marah, maka diamlah. (Hadis Riwayat Ahmad ) .

Banyak berbicara dalam keadaan marah tidak boleh mengawal perasaan sehingga terjatuh pada pembicaraan yang tercela dan membahayakan dirinya dan orang lain.

Dalam hadis disebutkan :“Apabila diantara kalian marah maka diamlah.” Baginda s.a.w. ucapkan tiga kali." (Hadis Riwayat.Ahmad)

5. Bersujud (maksudnya solat sunat dua rekaat)

Nabi SAW bersanda maksudnya : "Ketahuilah, sesungguhnya marah itu bara api dalam hati manusia. Tidaklah engkau melihat merahnya kedua matanya dan tegangnya urat darah di lehernya? Maka barangsiapa yang mendapatkan hal itu, maka hendaklah ia meletakkan pipinya dengan tanah (sujud)." (Hadis Riwayat Tirmidzi)

478. Soalan : ustaz...soalan saya :Bagaimana cara untuk lebih kusyuk dalam solat dan cara menunaikn solat taubat?

Jawapan : 

Untuk mendapat khyusuk dalam solat terdapat 17 perkara. jika kita amalkan diharapkan akan mendatangkan lebih khyusuk. Antara amalan untuk mendapat khusyuk dalam solat dan kemanisan ibadah ada 17 perkara :

1.Sentiasa melaksanakan solat berjemaah (yang paling afdal ialah di masjid).

2.Menjaga makan minum agar terjamin halalnya (pastikan tidak di makan makanan yang haram dan syubhat kerana ianya boleh mengelapkan hati).

3.Membanyakkan sedekah kepada fakir dan miskin.

4.Jangan solat dengan menangguh untuk membuang air besar atau kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.

5.Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota wajib serta mengingati niat atau do'a apabila air melalui di tiap-tiap anggota.

6.Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti akan menghadap pembesar negeri.

7.Tempat sujud dipastikan tidak ada gambar yang menganggu fikiran atau membimbangkan hati.

8.Mengingatkan mati dan kemungkinan itulah solat kita yang terakhir dalam hidup.

9.Menyedari bahawa kita sedang berhadapan dengan Allah Yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hamba-Nya.

10.Memenuhkan dada dalam perasaan takut dan rendah diri kepada Allah yang melihat segala gerak geri kita.

11.Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Al-Quran dan segala zikir.

12.Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, selawat atas Nabi SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.

13.Memandang ketempat sujud dan tidak terlalu banyak mengerakkan anggota badan.

14.Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.

15.Memanjangkan sedikit tempoh semasa rukuk dan sujud.

16.Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan solat.

17.Jangan menjeling ke kiri dan ke kanan.

Walau apapun syarat khusyuk yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
.
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.” (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rekaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang. 1. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
.
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
.
2. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
3. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :
.
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.” Maksudnya, "Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya".

479. Soalan : Ustaz.saya berasal dari Kelantan Berumur 20. Saya nak Tanya ustaz apa itu Kahwin Gantung? dan apa hukumnya? Harap Ustaz dapat menjawab soalan saya.

Jawapan : 

Dalam Islam tak ada kawin gantung (sesudah akad nikah suami isteri tak boleh tinggal sekali sebelum di adakan kenduri kawin). Adat ini sebenarnya telah menafikan hak suami setelah akad nikah . Dalam Islam apabila berlaku saja akad nikah isteri wajib taat pada suami dan telah beralih amanah dan tanggungjawab ke bahu suami bukan tanggungjawab bapa si isteri. 

Tetapi adat kawin gantung ini si isteri masih dibawah arahan ibu bapanya, cara ini menyalahi sunnah Rasulullah SAW. Kerana nak buat kenduri besar-besaran sanggup melupakan sunah Rasulullah SAW. Islam menyuruh adakan kenduri walimatulurus bersederhana saja tak perlu besar-besaran dan membazir. Ibu bapa isteri berdosa kerana menghalang suami membawa balik isterinya kerumahnya semata-mata kerana adat setelah berlangsungnya akad nikah.

480. Soalan : ustaz boleh terangkan pada saya.kalau seseorang itu banyak tertinggal qada solatnya adakah seseorang itu boleh melakukan solat sunat yang lain,? seperti solat sunat taubat, tahajud, dan solat sunat yg lain?

Jawapan : 

Dalam Mazhab Hanafi menjelaskan : "Menyibukkan sembahyang sunat tidak menafikan segera sembahyang qada. Hanya sesungguhnya yang terutamanya perlu sibuk dengan Sembahyang qada yang luput dan tinggalkan solat sunat melainkan sunat Rawatib,Duha,Tasbih,Tahiyatul Masjid. Ini menjelaskan bahawa solat sunat masih dibenarkan dengan syarat mengutamakan solat qada dahulu, dan jika ada masa maka boleh lakukan solat sunat. Wallahu a'lam





No comments:

Post a Comment