Sunday, April 13, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 94 ( Tertidur Semasa Solat, Harta Faraid, Ahli Keluarga Akan Bertemu di Syurga, Syarat Berpoligami dan Hukum Jenayah Rogol)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 94 adalah menjelaskan persoalan tertidur semasa solat, harta faraid, ahli keluarga akan bertemu di syurga, syarat berpoligami dan hukum jenayah rogol.

526. Soalan : .Apakah hukumnya sekiranya kita terlelap/tertidur sekejap ketika solat, terutamanya solat subuh. adakah solat akan terbatal.

Jawapan :

Biasanya kita hanya mengantuk sahaja di tengah solat (yakni terlelap, bukan tertidur). Mengantuk tidaklah membatalkan solat (sebagaimana tidak membatalkan wuduk) tanpa ada khilaf di kalangan ulama sama ada mengantuk/terlelap itu berlaku ketika kita sedang berdiri, rukuk, sujud atau duduk. Adapun jika kita benar-benar tertidur ketika sedang solat, maka hukumnya menurut mazhab Syafiie adalah seperti berikut;

1. Jika tidur itu berlaku semasa sedang duduk iaitu punggung kita berada tetap di atas lantai, tidaklah batal solat. 

2. Jika tidur itu berlaku semasa sedang berdiri atau sedang rukuk atau sujud, batallah solat mengikut pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafiie.

Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi dalam kitabnya “al-Majmuk”; “Jika seseorang tidur di dalam solatnya pada ketika sedang duduk iaitu punggungnya tetap di atas lantai, tidak batal solatnya tanpa khilaf (di kalangan ulamak mazhab Syafiie). Jika ia tidur bukan ketika duduk (yakni ketika berdiri, rukuk atau sujud), terdapat khilaf. Mengikut pandangan yang lemah; tidak batal solat dan wuduknya. Namun mengikut pandangan yang menjadi pegangan mazhab (Syafiie); batal solat dan juga wuduknya” (al-Majmu', 2/16. Dinaqalkan secara mafhum).

Jika seorang tertidur hingga ia bercakap di dalam solatnya (dengan percakapan yang bukan solat), batallah solatnya. Berkata Imam al-Walwaliji dalam fatwanya; “Orang yang menunaikan solat jika ia tertidur dan bercakap ketika sedang tidur itu, batallah solatnya” (Dinaqal oleh Imam Ibnu Nujaim dalam kitabnya al-Asybah wa an-Nazair, 1/276).

Mengenai perbezaan antara mengantuk (terlelap) dengan tidur, dijelaskan oleh ulama seperti berikut;

a) Tidur menguasai akal dan deria (yakni akal dan deria tidak berfungsi lagi kerana dikuasai oleh tidur), sedang mengantuk hanya melemahkan akal dan deria sahaja (yakni akal dan deria masih berfungsi, cuma ia lemah sahaja kerana dipengaruhi persaan mengantuk).

b) Berkata al-Qadhi Husain dan Imam al-Mutawallai; tanda tidur ialah hati tidak merasai apa-apa lagi dan sendi-sendi badan akan jatuh/longlai. 

c) Menurut ulama juga; di antara tanda mengantuk ialah kita masih mendengar ucapan orang yang hampir dengan kita sekalipun kita tidak memahami apa yang dikatakanya. Adapun mimpi ia adalah dari tanda tidur (maknanya, jika terlelap hingga sampai bermimpi, itu tandanya kita telah tertidur).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 2/13 (bab al-Ahdas allati Tanqudhu al-Wudhu’).
2. Al-Mausi’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah (perkataan; Naum).

3. Al-Asybah wa an-Nazhair, Imam Ibnu Nujaim, 1/276.

527. Soalan : Bagaimana cara pembahagian secara hukum faraid jika seorang wanita meninggal dunia dengan meninggalkan wang sebanyak RM 130,000.00. Si mati juga meninggalkan suami, bapa dan 2 orang anak perempuan. Beliau tidak mempunyai anak lelaki tetapi mempunyai 2 orang adik lelaki dan 2 orang adik perempuan. Ibu kepada simati sudah lama meninggal dunia dua tahun lalu. Bolehkah ustaz jelaskan bagaimana pembahagian harta pusaka melalui sistem faraid? Adakah adik lelaki dan perempuan si mati boleh mendapat bahagian daripada harta pusaka tersebut?

Jawapan : 

Seorang wanita meninggal dunia dengan meninggalkan wang sebanyak RM 130,000.00. Si mati juga meninggalkan suami, bapa dan 2 orang anak perempuan. Beliau tidak mempunyai anak lelaki tetapi mempunyai 2 orang adik lelaki dan 2 orang adik perempuan. Ibu kepada simati sudah lama meninggal dunia dua tahun lalu. Bolehkah ustaz jelaskan bagaimana pembahagian harta pusaka melalui sistem faraid? Adakah adik lelaki dan perempuan si mati boleh mendapat bahagian daripada harta pusaka tersebut?   Seorang wanita meninggal dunia : Harta yang ditinggalkan berjumlah RM 130,000.00

Suami akan mendapat bahagian : 3/13 bahgian darpada RM 130,000.00 = RM 30,000.00

Bapa akan mendapat bahagian : 2/13 bahagian daripada RM 130,000.00 = RM 20,000.00

2 anak perempuan setiap seorang akan mendapat bahagian : 

4/13 bahagian daripada RM 130,000.00 = RM 40,000.00 .

Adik lelaki dan perempuan simati tidak akan mendapat bahagian kerana bapa simati masih hidup..

528. Soalan :  Bolehkan ustaz jelaskan syurga adalah tempat yang disediakan oleh Allah SWT untuk orang-orang mukmin yang bertakwa.. Sekiranya dengan rahmat Allah SWT kita dapat masuk syurga, adakah kita akan dapat bertemu dengan ibu bapa , datok, anak-anak , cucu-cicit dan zuriat keturunan kita yang sama-sama bertakwa dan di izinkan untuk memasuki syurga?     Syurga adalah tempat yang disediakan oleh Allah SWT untuk orang-orang mukmin yang bertakwa.. Sekiranya dengan rahmat Allah SWT kita dapat masuk syurga, adakah kita akan dapat bertemu dengan ibu bapa , datok, anak-anak , cucu-cicit dan zuriat keturunan kita yang sama-sama bertakwa dan di izinkan untuk memasuki syurga?

Jawapan : 

Syurga adalah tempat yang disediakan oleh Allah SWT untuk orang-orang mukmin yang bertakwa.. Sekiranya dengan rahmat Allah SWT kita dapat masuk syurga, adakah kita akan dapat bertemu dengan ibu bapa , datok, anak-anak , cucu-cicit dan zuriat keturunan kita yang sama-sama bertakwa dan di izinkan untuk memasuki syurga?     Syurga adalah tempat yang disediakan oleh Allah SWT untuk orang-orang mukmin yang bertakwa.. Sekiranya dengan rahmat Allah SWT kita dapat masuk syurga, adakah kita akan dapat bertemu dengan ibu bapa , datok, anak-anak , cucu-cicit dan zuriat keturunan kita yang sama-sama bertakwa dan di izinkan untuk memasuki syurga?     Sesungguhnya rahmat Allah SWT sungguh luas yang akan diberikan-Nya kepada sesiapa dikalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa iaitu balasan syurga. Di dalam syurga nanti kita akan berpeluang berjumpa dengan ahli keluarga dan sanak saudara jauh dan dekat yang dahulunya ketika di dunia sama-sama saling bantu membantu dan berkasih sayang.

Firman Allah SWT. maksudnya :" Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya."(Surah ath-Thur ayat 21) 
Ayat di atas secara jelas menjelaskan kelebihan dua hala di dalam hubungan ibu bapa dan anak cucu mereka di akhirat kelak. Orang-orang yang beriman akan ditempatkan di dalam syurga bersama dengan ibu bapa serta anak cucu mereka sebagai salah satu bentuk nikmat dan hiburan kepada mereka. 
Bahkan Allah akan mengangkat darjat ibu bapa yang soleh kerana doa anak-anak mereka, begitu juga meninggikan darjat anak- cucu disebabkan amal soleh ibu bapa mereka (Tafsir Ibn Kathir)). Menurut Imam al-Razi, ayat ini juga menjadi bukti bahawa kasih sayang ibu bapa yang beriman berterusan sehingga ke akhirat (Tafsir al-Razi).

Walaubagaimanapun nikmat ini hanya dikhususkan kepada ibu bapa dan anak cucu yang sama-sama beriman dan mati di dalam iman sahaja.

529. Soalan : Sahabat saya bercadang berpoligami, isterinya bersetuju dengan syarat dia mampu memberi keadilan kepada kedua-dua isterinya. Bolehkan ustaz jelaskan apakah perkara-perkara yag perlu dilakukan oleh sahabat saya ini sebelum hasratnya bernikah dengan isteri keduanya ini?

Jawapan : 

Poligami adalah salah satu di antara syariat Islam. Poligami juga adalah syariat yang banyak juga ditentang di antara kaum muslimin (lelaki dan wanita). Yang katanya merugikan wanita.
Namun poligami sendiri bukanlah seperti yang mereka fikirkan atau dakwaan. Para ulama menilai hukum poligami dengan hukum yang berbeza-beza. Salah satunya adalah Syaikh Mustafa Al-Adawiy. Beliau menyebutkan bahawa hukum poligami adalah sunnah. Dalam kitabnya ahkamun nikah waz zafaf, beliau mempersyaratkan 4 syarat :

1- Seorang yang mampu berbuat adil

Seorang yang bercadang berpoligami, harus memiliki sikap adil di antara para isterinya. Tidak boleh ia condong kepada salah satu isterinya. Hal ini akan mengakibatkan kezaliman kepada isteri-isterinya yang lain. Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda yang bermaksud, “Siapa saja orangnya yang memiliki dua isteri lalu lebih cenderung kepada salah satunya, pada hari kiamat kelak ia akan datang dalam keadaan sebagian tubuhnya miring.” (Hadis Riwayat Abu Dawud, An-Nasa-i, At-Tirmidzi)

Selain adil, ia juga harus seorang yang tegas. Kerana boleh jadi salah satu isterinya merayunya agar ia tetap bermalam di rumahnya, padahal malam itu adalah jatuh bermalam di tempat isteri yang lain. Maka ia harus tegas menolak rayuan salah satu isterinya untuk tetap bermalam di rumahnya.

Jadi, jika ia tak mampu melakukan hal itu, maka cukup satu isteri saja. Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud, “…kemudian jika kamu khawatir tidak mampu berbuat adil, maka nikahilah satu orang saja…” (Surah An-Nisa ayat 3)

2- Aman dari lalai beribadah kepada Allah SWT.

Seorang yang melakukan poligami, harusnya ia bertambah ketakwaannya kepada Allah SWT, dan rajin dalam beribadah. Namun ketika ia melaksanakan syariat tersebut (berpoligami), tapi ia menjadi lalai beribadah, maka poligami menjadi fitnah baginya. Dan ia bukanlah orang yang layak dalam melakukan poligami.

Allah Ta’ala berfirman yang maksudnya, “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka…” (Surah At-Taghabun ayat 14)

3- Mampu menjaga para isterinya.

Sudah menjadi kewajiban bagi suami untuk menjaga isterinya. Sehingga isterinya terjaga agama dan kehormatannya. Ketika seseorang berpoligami, secara automatik perempuan yang ia jaga tidak hanya satu, namun lebih dari satu. Ia harus dapat menjaga para isterinya agar tidak terjerumus dalam keburukan dan kerosakan.

Misalnya seorang yang memiliki tiga orang isteri, namun ia hanya mampu memenuhi keperluan seks untuk dua orang isterinya saja. Sehingga ia membiarkan isterinya yang lain. Dan hal ini adalah satu kezaliman terhadap hak isteri. 

Padahal Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda maksudnya, “Wahai para pemuda, siapa saja di antara kalian yang memiliki kemapuan untuk menikah, maka menikahlah…” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

4- Mampu memberi nafkah lahir

Hal ini sangat jelas, kerana seorang yang berpoligami, wajib mencukupi keperluan nafkah lahir para isterinya. Bagaimana ia ingin berpoligami, sementara nafkah untuk satu orang isteri saja belum cukup? Orang semacam ini sangat berhak untuk dilarang berpoligami.

Allah Ta’ala berfirman yang maksudnya, “Dan orang-orang yang tidak mampu menikah, hendaklah menjaga kesucian (dirinya), sampai Allah memberikan kemampuan kepada mereka dengan karunia-Nya…” (Surah An-Nur ayat 33)

Demikian tulisan singkat tentang poligami. Poligami adalah syariat mulia yang boleh bernilai ibadah. Namun untuk melaksanakan syariat tersebut memerlukan ilmu, dan terpenuhi syarat-syaratnya. Jika sahabat saudari merasa mampu memenuhi empat syarat di atas, maka boleh teruskan untuk berpoligami samaada gadis atau pun ibu tunggal. Sebaik-baiknya berbincang semasak-masaknya sebelum meneruskan poligami, selamat maju jaya memperolehi isteri solehah yang akan dapat membantu untuk melaksanakan syariat Allah SWT. Wallahu a'lam.

530. Soalan : Ustaz, saya mohon pencerahan ustaz bagaimana hukuman terhadap penjenayah merogol di dalam undang-undang jenayah Islam? Sekian , terima kasih. Wassalam.

Jawapan : 

Menurut Islam, wanita yang dirogol tidak bersalah akan sebarang dosa kerana dia dipaksakan melampaui kawalannya. Menekankan hal ini, Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Allah memaafkan Ummah ku kesalahan mereka,apa yang mereka terlupa dan apa yang mereka dipaksa lakukan.” Jadi, wanita yang dirogol ialah mangsa dan seluruh ahli masyarakatnya sepatutnya berurusan dengannya dengan hormat dan mulia dan sepatutnya menggalakkannya untuk mendapatkan haknya melalui semua cara yang mungkin.

Menjawab soalan saudara, saya ingin memetik fatwa berikut yang dikeluarkan oleh Dr. Ahmad Yusuf Sulaiman, professor undang-undang Shari`ah Islam di Universiti Kaherah:

Jika seorang perempuan dirogol, dia sepatutnya menyaman terhadap orang yang merogolnya. Jika terbukti yang dia dirogol, maka mahkamah mesti mengenakan hukuman ta`zir (mengikut budi-bicara hakim) atas perogol. Hukuman ta`zir itu boleh mencapai hukuman mati, mengikut beberapa mazhab. Hal ini sama sekali berdasarkan atas bukti yang rogol itu disahkan melalui ujian perubatan dan proses mahkamah, tanpa pengakuan perogol itu sendiri.

Dalam kes yang perogol mengakui jenayah itu, maka hukuman zina dikenakan atasnya. Jika dia tidak berkahwin, maka dia disebat 100 sebatan. Jika dia berkahwin, maka dia direjam hingga mati.

Untuk mangsa rogol, tiada hukuman dikenakan atasnya. Dia mesti dilayan dengan mulia dan hormat, dan semua bentuk pertolongan mesti diberi kepadanya untuk mendapatkan haknya.

Pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut:

Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan.

Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya.

Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (dilarang) dan mengenakan hukuman pencegahan atas seseorang yang melakukannya.

Islam menutup pintu kepada penjenayah yang ingin melakukan jenayah ini. Kajian barat menunjukkan kebanyakan perogol ialah penjenayah sedia ada yang membuat jenayah mereka dibawah pengaruh alkohol dan dadah, dan mereka mengambil kesempatan atas keadaan mangsa mereka berjalan sendiri di tempat terlindung atau tinggal sendirian di rumah. Kajian itu juga menunjukkan apa-apa yang penjenayah saksikan di media dan gaya pakaian separuh-bogel yang perempuan pakai semasa keluar juga mendorong kepada perlakuan jenayah hina ini.

Hukum Islam datang untuk melindungi maruah dan kehormatan wanita. Islam melarang perempuan memakai pakaian yang tidak sopan. Bahkan, Islam menggalakkan lelaki dan permpuan muda berkahwin awal, dan banyak lagi hukum yang menutup pintu rogol dan jenayah lain. Maka tidaklah mengejutkan apabila kita dengar atau membaca yang kebanyakan jenayah ini berlaku dalam masyarakat yang bebas, yang dipandang oleh sebahagian Muslim sebagai contoh ketamadunan dan kecemerlangan! Perlu dinyatakan disini yang di Amerika , contohnya, Amnesty International menyatakan dalam satu laporan 2004 yang bertajuk “Hentikan Keganasan Terhadap Wanita” yang setiap 90 saat seorang wanita dirogol sepanjang tahun itu.

Hukuman rogol dalam Islam sama dengan hukuman zina, iaitu rejam jika penjenayah berkahwin, dan satu ratus sebatan dan buang negeri untuk satu tahun jika dia belum berkahwin.

Disamping itu, Ibn `Abdul-Barr (semoga Allah merahmati ruh nya) berkata:

Para ulama bersepakat bersetuju yang perogol tertakluk kepada hukuman hadd jika terdapat bukti jelas terhadap nya yang dia sepatutnya diberi hukuman hadd, atau jika dia mengakui. Sebaliknya, dia dihukum (iaitu, jika tiada bukti yang hukuman hadd untuk zina boleh dilaksanakan terhadapnya kerana dia tidak mengakui dan tiada empat saksi, maka hakim boleh menghukumnya dan menetapkan satu hukuman yang akan mencegahnya atau yang lain sepertinya). Tiada hukuman untuk perempuan jika benar yang lelaki memaksanya dan mengatasinya. (Al-Istidhkaar, 7/146).

Disamping itu, perogol itu tertakluk kepada hukuman hadd untuk zina, walaupun jika rogol itu tidak dilakukan dengan pisau atau senapang. Jika senjata digunakan untuk mengancam, maka dia ialah muharib, dan tertakluk kepada hukuman hadd yang dinyatakan dalam ayat Allah berfirman (Sesungguhnya pembalasan terhadap orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar) (Surah Al-Ma’idah (5) ayat 33).

Jadi hakim mempunyai pilihan empat hukuman yang disebutkan dalam ayat ini dan boleh memilih mana-mana yang beliau fikirkan paling sesuai untuk mencapai matlamat, iaitu untuk menyebarkan keamanan dan keselamatan dalam masyarakat, dan mencegah penjenayah dan pencabul. Wallahu a'lam





No comments:

Post a Comment