Wednesday, November 5, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 181 (Menghadiri Majlis Arak, Sai'e dan Umrah, Haid Wanita Tak Menentu, Puasa Qada' Pada Hari Jumaat, Wuduk Tak Batal Sentuh Wanita.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 181 adalah menjelaskan persoalan menghadiri majlis arak, sai'e dan umrah, haid wanita tak menentu, puasa qada' pada hari Jumaat, wuduk tak batal sentuh wanita.

861. Soalan : Ustaz nak tanya hukum menghadiri majlis yang terang-terang menyediakan arak kepada bukan Islam dalam majlis tersebut...yang juga dhadiri ramai orang muslim...terima kasih

Jawapan : 

Orang mukmin di larang hadir di dalam majlis yang di sediakan arak oleh orang yang bukan Islam. Jika terpaksa kerana sebahagian daripada program majikan saudara maka ada ruksyah dan hati saudara kena membencinya. Hadis yang menjelaskan tentang 40 hari tidak diterima solat adalah merujuk kepada minuman keras. Salah satu hadisnya adalah dari Abdulllah ibn 'Amr berkata, bahawa Nabi SAW bersabda :-

مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ وَسَكِرَ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاةٌ أَرْبَعِينَ صَبَاحًا وَإِنْ مَاتَ دَخَلَ النَّارَ

"Barangsiapa yang meminum ARAK dan MABUK, solatnya tidak diterima selama 40 hari dan jika dia mati, dia akan masuk neraka" [Hadis Riwayat Ibn Maajah no. 3377].

Dalam konteks kedai makan atau restaurant yang menyediakan makanan halal, pada masa yang sama ada menjual meninum keras, menurut Dr Abdul Fattah 'Ashoor (Profesor Jabatan Aqidah Universiti Al-Azhar), tidak dilarang seseorang dari memasukinya asalkan dia tidak melibatkan diri dalam meminum (termasuk membeli) arak. Lebih-lebih lagi didalam keadaan saudara yang terpaksa melayan kerenah orang atasan, perkara tersebut boleh dianggap dharurat.

Akan tetapi, menurut Dr Abdul Fattah, jika restaurant tersebut memang semata-mata menjual Arak, maka seorang Islam di larang menghampiri tempat-tempat yang sedemikian. Orang Islam tidak boleh membantu kearah kemaksiatan. Firman Allah SWT :-

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya, " Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan" [Surah al-Maa'dah ayat 2]

Kesimpulannya, hadis 40 hari tidak diterima solat merujuk kepada peminum arak. Tempat makanan halal yang ada menjual arak, tiada larangan untuk orang Islam memasukinya melainkan tempat tersebut khas menjual arak. Yang jelas disini adalah saudara tidak terlibat didalam membeli dan meminum arak, dan kehadiran saudara disana adalah semata-mata dalam skop 'pekerjaan'.

Jika terdapatnya peluang untuk menjelaskan kepada boss-boss saudara tentang orang Islam dilarang terlibat didalam aktiviti arak, majlis yang melibatkan minuman arak bolehlah saudara jelaskan kepada mereka secara berhikmah. Jika terdapat halangan semasa menjelaskan kepada mereka, maka hati saudara tidak sekali-kali redha dengan hal yang sedemikan, itulah selemah-lemah Iman. 

Didalam keadaan yang saudara mempunyai pilihan untuk memilih (choice), adalah lebih baik bagi saudara meninggalkan function tersebut. Akan tetapi, jika tidak terdapat apa-apa pilihan (disebabkan desakan majikan yang bukan Islam dan sebagainya), saudara boleh menyertai function tersebut dengan minum dan makan makanan yang halal.

862. Soalan : Ustaz, saya ada 2 soalan berkaitan dengan Sai'e Umrah:

1. Adakah sah sai'e seseorang yang mengerjakan umrah sekiranya dia menggunakan jalan yang berlainan ketika ulang alik?

2. Sekiranya sai'e seseorang yang mengerjakan umrah itu tidak sah, adakah beliau dikira kekal dalam ihram dan terlarang dari melakukan perkara2 yang dilarang ketika di dalam ihram sehingga dia benar2 menyempurnakan sai'e-nya yang tidak sah itu walaupon dia telah berada di tanah air?

Jawapan : 

1. Mengikut pendapat yang muktamad, laluan untuk sae hendaklah di laluan yang ditetapkan walapun lalu di atas atau di bawah .. asal sahaja selari dengan laluan yang ditetapkan.

2. Kalau dah ada di tanah air, jemaah tersebut hendaklah bertaklid dengan mazhab Hanafi kerana sae bagi mazhab Hanafi adalah wajib dan bukan rukun. Jemaah tersebut perlu menyembelih seekor kambing sebagai dam. Wallahu a'lam

863. Soalan : Ustaz nak tanya isteri saya ada ambil perancang jenis injiksen, jadi kalau datang bulan tak tentu dan apabila datang bulan kadang-kadang sampai 2 minggu. Jadi bilakah isteri saya boleh solat.?

Jawapan :  

Jika isteri mengambil perancang keluarga jenis injiksen dan jika kedatangan haid tidak menentu maka pastikan bahawa darah yang keluar adalah darah haid. Menurut pandangan mazhab Syafie maksima haid adalah 2 minggu (15 hari) selepas 15 hari di kira darah penyakit (istihadah). Walabagimana pun perlu di pastikan darah itu darah haid atau istihadah. Berdasarkan hadis Nabi SAW., ada tiga kaedah untuk ia membezakannya;

1. Dengan merujuk kepada kebiasaan haidnya yang lalu. 

Ini berdasarkan sabda Nabi SAW. kepada Wanita yang istihadhah pertamanya hendaklah merujuk kepada kebiasaan haidnya (yakni darah-darah yang keluar pada hari-hari kebiasaan haid adalah darah haid dan adapun yang keluar pada hari berikutnya adalah istihadhah). Ini berpandukan hadis dari ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Fatimah binti Abi Hubaisyh r.a telah mengadu kepada Nabi SAW.; ‘Sesungguhnya aku kedatangan haid tanpa putus-putus. Apakah aku perlu meninggalkan solat?” Nabi SAW. menjawab; ‘Tidak. Sesungguhnya itu adalah darah dari urat (عرق), bukan darah haid. (Oleh demikian, janganlah kamu tinggalkan solat pada keseluruhan hari datangnya darah itu), akan tetapi kamu tinggalkan solat hanya pada hari-hari kamu biasa kedatangan haid padanya, kemudian (apabila habis hari-hari tersebut), hendaklah kamu mandi dan tunaikanlah solat”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Jadi, seorang wanita semasa menghadapi masalah tersebut, jika ia mengingati tempoh kebiasaan haidnya, hendaklah ia mengira bilangan hari haidnya mengikut tempoh kebiasaan tersebut dan darah yang keluar selepas tempoh itu dikira sebagai darah istihadhah dan ia tertakluk dengan hukum wanita istihadhah (bukan wanita haid atau nifas). Contohnya; jika ia biasa kedatangan haid selama tujuh hari, maka hendaklah ia menetapkan tempoh haidnya selama tujuh hari dan darah yang masih keluar selepas tujuh hari itu dikira istihadhah.

2. Dengan melihat kepada perbezaan darah. 

Jika seorang wanita tidak mempunyai kebiasaan haid (kerana baru kedatangan haid atau melupai kebiasaan haidnya), hendaklah dirujuk kepada perbezaan darah. Ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; Fatimah binti Abi Hubaiysh r.a. menghadapi istihadhah, maka Rasulullah SAW. bersabda kepadanya; “Sesungguhnya darah haid adalah darah berwarna hitam yang dikenali (yakni ia mempunyai bau yang dikenali oleh kaum wanita). Oleh demikian, jika kamu melihat darah sedemikian, hendaklah kamu menahan diri dari menunaikan solat. Tetapi jika kamu melihat darah berwarna lain, maka ambillah wuduk dan kerjakanlah solat”. (Hadis Riwayat Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Hibban dan al-Hakim. Berkata al-Albani; hadis ini hasan soheh).

Hadis di atas menjadi dalil bahawa diambil kira perbezaan sifat darah di mana jika bersifat dengan warna hitam, maka ia adalah haid dan jika tidak, maka ia adalah istihadhah.

3. Dengan merujuk kepada kebiasaan haid kebanyakan wanita. 

Sekiranya seorang wanita tidak mengetahui kebiasaan haidnya dan begitu juga ia tidak dapat membezakan darah dengan melihat sifat-sifatnya (yakni warna darah yang keluar adalah sekata), maka ketika itu ia hendaklah merujuk kepada kebiasaan haid kebanyakan wanita iaitu enam atau tujuh hari. Ini berdasarkan hadis dari Hamnah binti Jahsyi r.a. yang menceritakan; Aku telah kedatangan haid yang banyak dan kuat. Lalu aku datang kepada Nabi SAW. untuk meminta fatwa dari baginda. Lalu baginda bersabda; Sesungguhnya ia (bukanlah haid, tetapi) satu tindakan jahat dari Syaitan (hingga menyebabkan kamu lupa kebiasaan haid kamu). Oleh demikian, tetapkanlah tempoh haid kamu enam atau tujuh hari sahaja, kemudian mandilah….(Riwayat Abu Dad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah. Menurut al-Albani; hadis hasan).

Adalah wanita yang menghadapi masalah tersebut wajib merujuk kepada ulamak?

Ya, wajib ia merujuk kepada ulamak. Berkata Imam Ibnul-Jauzi dalam kitabnya “أحكام المرأة” (Hukum Hakam Wanita); apabila berlaku kepada seorang wanita yang kedatangan haid keadaan-keadaan yang berbeza dengan kebiasaan haidnya, wajib ke atasnya menceritakan kepada para fuqahak pada setiap apa yang berlaku (untuk mendapat pandangan Syarak serta fatwa). (Halaman 42).

Apakah kedudukan wanita yang menghadapi darah istihadhah pada hukum Syarak?

Mereka adalah seperti wanita yang suci kerana darah yang keluar dari faraj mereka tidak dianggap oleh Syarak sebagai darah haid, tetapi darah penyakit atau istihadhah. Kerana itu, mereka wajib menunaikan solat dan berpuasa serta diharuskan bagi mereka perkara-perkara yang dilarang ke atas wanita yang haid (yakni tawaf, sujud, membaca al-Quran, I’tikaf, bersetubuh dengan suami dan sebagainya).

Oleh demikian, wanita Istihadhah wajib mandi apabila menyedari bahawa hari-hari haidnya telah tamat sekalipun darah masih keluar dari kemaluannya (yakni darah istihadhah). Hukum ini telah menjadi ijmak ulamak berdalilkan arahan Rasulullah s.a.w. kepada Fatimah binti Abi Hubaiysh r.a. (yang menghadapi masalah istihadhah); “…..tinggalkan solat hanya pada hari-hari kamu biasa kedatangan haid padanya, kemudian (apabila habis hari-hari tersebut), hendaklah kamu mandi dan tunaikanlah solat”.

864. Soalan : Ustaz, mohon pencerahan..dulu saya pernah menggantikan puasa pada hari Jumaat secara tunggal, sblm mengetahui ttg larangan bpuasa (sunat) pada hari Jumaat jika tidak disertakan dengan berpuasa sehari sebelumnya iaitu hari Khamis atau sehari selepasnya, iaitu hari Sabtu. Adakah larangan ini jg tmasuk puasa qada?

Jawapan : 

Pertanyaan semacam ini pernah disampaikan kepada Imam Ibnu Baz, beliau menjelaskan:

Ya, boleh berpuasa pada hari Jumaat, baik puasa sunat maupun qada, tidak masalah. Hanya saja, tidak boleh mengkhususkan hari Jumaat untuk puasa sunat. Namun jika dia berpuasa sehari sebelum atau sehari setelahnya, tidak masalah. Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda,

لا يصومن أحد يوم الجمعة إلا أن يصوم يوماً قبله أو يوماً بعده
“Janganlah kalian berpuasa pada hari Jumaat, kecuali dia berpuasa sehari sebelumnya atau sehari setelahnya.” (HR. Bukhari)

Selanjutnya beliau menegaskan,

المقصود المنهي عنه هو أن يصومه وحده تطوعاً، فرداً هذا هو المنهي عنه.
“Maksud dari larangan itu adalah berpuasa sunat pada hari Jumaat saja, itulah yang dilarang.”

Hal yang sama juga difatwakan oleh lembaga fatwa Syabakah Islamiyah, di bawah bimbingan Dr. Abdullah Al-Faqih. Dinyatakan;

Disebutkan dalam hadis dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda,

لا تخصوا ليلة الجمعة بقيام من بين الليالي، ولا تخصوا يوم الجمعة بصيام من بين الأيام؛ إلاّ أن يكون في صوم يصومه أحدكم
Maksudnya, “Janganlah kalian mengkhususkan malam Jumaat untuk tahajud, sementara malam yang lain tidak. Dan jangan mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa tanpa hari yang lain. Kecuali jika puasa hari Jumaat itu bagian rangkaian puasa kalian.” (HR. Muslim)

Hadis ini menjadi dalil, makruhnya mengkhususkan hari Jumaat untuk puasa. Dan Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam memberikan pengecualian, itu boleh jika bertepatan dengan rangkaian puasa seseorang.

Puasa di hari Jumaat saja hukumnya sah, hanya saja makruh. Kerana itu, jika anda mampu untuk melakukan puasa qada sehari sebelum atau sesudah hari Jumaat, maka itu lebih baik, sehingga tidak melanggar yang makruh. Tapi jika anda tidak mampu maka anda boleh melakukan puasa pada hari Jumaat untuk qada, insyaaAllah tidak masalah.

865. Soalan : Adakah menyentuh wanita batalkan wuduk?

Jawapan : 


Permasalahan ini adalah permasalahan yang sering dibincangkan oleh sebagian orang. Dan kebanyakan kaum muslimin menganggap bahwa menyentuh wanita adalah membatalkan wuduk. Ini adalah pendapat majoriti umat Islam yang berpegang kepada pendapat mazhab Syafie. 

Ulama terbahagi kepada 3 pendapat mengenai menyentuh wanita samaada batal wuduk atau pun tidak.

Pendapat pertama: 

Menyentuh wanita membatalkan wuduk secara mutlak. Pendapat ini dipilih oleh Imam Asy Syafi’i, Ibnu Hazm, juga pendapat dari Ibnu Mas’ud dan Ibnu ‘Umar.

Pendapat kedua: 

Menyentuh wanita tidak membatalkan wuduk secara mutlak. Pendapat ini dipilih oleh madzhab Abu Hanifah, Muhammad bin Al Hasan Asy Syaibani, Ibnu ‘Abbas, Thowus, Al Hasan Al Bashri, ‘Atho’, dan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah.

Pendapat ketiga: 

Menyentuh wanita membatalkan wuduk jika dengan syahwat. Pendapat ini adalah pendapat Imam Malik dan pendapat Imam Ahmad yang  masyhur.

Untuk melihat manakah pendapat yang lebih kuat, mari kita lihat beberapa yang digunakan untuk masing-masing pendapat.

Batalnya Wuduk Kerana Menyentuh Wanita Melalui Dalil al-Quran?

Sebagian ulama yang menyatakan batal wuduk kerana menyentuh wanita, berdalil dengan firman Allah Ta’ala,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (tandas) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); ...” (Surah al-Ma-idah ayat 6) 

Mereka menafsirkan kalimat “lamastumun nisaa" dengan menyentuh perempuan. Landasannya adalah perkataan Ibnu Mas’ud ,

اللَّمْسُ، مَا دُوْنَ الجِمَاعِ.

“Al lams (lamastum) bermakna selain jima"  [Lihat Tafsir Ath Thobari (Jaami’ Al Bayan fii Ta’wilil Qur’an), Ibnu Jarir Ath Thobari, 8/393, Muassasah Ar Risalah, cetakan pertama, tahun 1420 H. Syaikh Ahmad Syakir dalam ‘Umdatut Tafsir (1/514) mengatakan bahwa sanad riwayat inii yang paling shahih.]

Perkataan yang serupa juga dikatakan oleh Ibnu ‘Umar. Jadi, menurut keduanya lamastumun nisaa’ bermakna selain berhubungan badan seperti menyentuh.

Akan tetapi, tafsiran dua ulama sahabat ini bertentangan dengan perkataan sahabat yang lebih pakar dalam masalah tafsir- iaitu Ibnu ‘Abbas -radhiyallahu ‘anhuma-. Beliau mengatakan,

إن”المس” و”اللمس”، و”المباشرة”، الجماع، ولكن الله يكني ما شاء بما شاء

“Namanya al mass, al lams dan al mubasyaroih bermakna jima’ (berhubungan badan). Akan tetapi Allah menyebutkan sesuai dengan yang ia suka.”

Dalam perkataan lainnya disebutkan,

أو لامستم النساء”، قال: هو الجماع.

“Makna ayat: lamastumun nisaa’ adalah jima’ (berhubungan badan).”[Lihat Tafsir Ath Thobari (8/389). Sanad riwayat ini shahih sebagaimana dikatakan oleh Syaikh Abu Malik dalam Shahih Fiqh Sunnah, 1/139.]

Manakah dua tafsiran di atas yang lebih tepat?

Ada beberapa jawaban untuk pertanyaan ini:

Pertama: Sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Jarir Ath Thobari bahwa makna “lamastmun nisaa‘” dalam ayat tersebut adalah jima’ (berhubungan badan) dan bukan dimaknakan dengan makna lain dari kata al lams. Alasannya, terdapat hadis sahih dari Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bahawa  baginda pernah mencium sebagian isterinya, lalu baginda solat dan tidak berwuduk lagi.

Dari ‘Aisyah, beliau mengatakan bahawa Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam pernah mencium sebagian isterinya, lalu ia pergi solat dan tidak berwuduk. Seorang perowi (‘Urwah) berkata pada ‘Aisyah, “Bukankah yang dicium itu engkau?” Setelah itu ‘Aisyah pun tertawa.[Diriwayatkan oleh Ath Thobari (8/396). Beliau mensahihkan hadis-hadis semacam ini.    

Juga terdapat riwayat Ibrahim At Taimiy, dari ‘Aisyah. Riwayat ini dishahihkan oleh Al Albani.[HR. An Nasa-i no. 170. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini shahih. Lihat Misykah Al Mashobih 323 [24].

Kedua: Tafsiran Ibnu ‘Abbas lebih didahulukan dari tafsiran Ibnu Mas’ud dan Ibnu ‘Umar kerana beliau lebih pakar dalam hal ini.[Alasan yang dikemukakan oleh Syaikh Abu Malik dalam Shahih Fiqh Sunnah, 1/139.]

Namun sebagaimana diutarakan oleh Ibnu Jarir Ath Thobari, makna “lamastmun nisaa‘” dalam ayat tersebut adalah jima‘ (berhubungan badan) dan bukan dimaknakan dengan makna lain dari kata al lams.

Dalil Lain Bahwa Menyentuh Wanita Tidak Membatalkan Wuduk

Pertama: Hadits ‘Aisyah, ia berkata,

فَقَدْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لَيْلَةً مِنَ الْفِرَاشِ فَالْتَمَسْتُهُ فَوَقَعَتْ يَدِى عَلَى بَطْنِ قَدَمَيْهِ وَهُوَ فِى الْمَسْجِدِ

“Suatu malam aku kehilangan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, baginda ternyata pergi dari tempat tidurnya dan ketika itu aku menyentuhnya. Lalu aku menyingkirkan tanganku dari telapak kakinya (bagian dalam), sedangkan ketika itu baginda sedang (solat) di masjid …”[HR. Muslim no. 486.]

Kedua: Hadis ‘Aisyah, ia berkata,

كُنْتُ أَنَامُ بَيْنَ يَدَىْ رَسُولِ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – وَرِجْلاَىَ فِى قِبْلَتِهِ ، فَإِذَا سَجَدَ غَمَزَنِى ، فَقَبَضْتُ رِجْلَىَّ ، فَإِذَا قَامَ بَسَطْتُهُمَا . قَالَتْ وَالْبُيُوتُ يَوْمَئِذٍ لَيْسَ فِيهَا مَصَابِيحُ

“Aku pernah tidur di hadapan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam dan kedua kakiku di arah kiblat baginda. Ketika ia hendak sujud, ia meraba kakiku. Lalu aku memegang kaki tadi. Jika bediri, baginda membentangkan kakiku lagi.” ‘Aisyah mengatakan, “Rumah Nabi ketika itu tidak ada penerangan.”[HR. Bukhari no. 382 dan Muslim no. 512].

Ketiga: Sudah diketahui bahwa para sahabat pasti selalu menyentuh isteri-isterinya. Namun tidak diketahui kalau ada satu perintah dari Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk berwuduk dan tidak ada satu riwayat yang menyebutkan bahawa ketika itu para sahabat berwuduk. Padahal seperti ini sudah sering terjadi ketika itu. Bahkan yang diketahui bahawa Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mencium sebagian isterinya dan tanpa berwuhuk lagi. Walaupun memang hadis ini diperselisihkan oleh para ulama mengenai kesahihannya. Namun tidak ada riwayat yang menyatakan bahwa baginda berwuduk kerana sebab bersentuhan dengan wanita. [Lihat Majmu’ Al Fatawa, 35/358].  Inilah penjelasan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah yang kami sarikan-

Sedangkan perkataan ulama yang menyatakan bahawa menyentuh wanita dengan syahwat saja yang membatalkan wuduk, maka ini adalah pendapat yang tidak mempunyai dalili yang kuat. Namun jika sekedar menganjurkan untuk berwuduk sebagaimana orang yang marah dianjurkan untuk berwuduk, maka ini baik. Akan tetapi, hal ini bukanlah wajib. Wallahu Ta’ala a’lam.

Perhatian: Hukum Menyentuh Wanita Yang Bukan Mahram

Jika sudah jelas penjelasan menyentuh wanita di atas berkaitan dengan masalah wuduk. Lalu bagaimana dengan hukum menyentuh wanita yang bukan mahram, berdosa ataukah tidak? Ada hadis yang boleh kita perhatikan, iaitu dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu , Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda,

كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنَ الزِّنَى مُدْرِكٌ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الاِسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلاَمُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ

“Setiap anak Adam telah ditakdirkan bagian untuk berzina dan ini suatu yang pasti terjadi, tidak boleh tidak. Zina kedua mata adalah dengan melihat. Zina kedua telinga dengan mendengar. Zina lisan adalah dengan berbicara. Zina tangan adalah dengan meraba (menyentuh). Zina kaki adalah dengan melangkah. Zina hati adalah dengan menginginkan dan berangan-angan. Lalu kemaluanlah yang nanti akan membenarkan atau mengingkari yang demikian.”[HR. Muslim no. 6925]

Zina tangan adalah dengan menyentuh lawan jenis yang bukan mahram dan di sini disebut dengan zina sehingga ini menunjukkan haramnya. Kerana ada kaedah: “Apabila sesuatu dinamakan dengan sesuatu lain yang haram, maka menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah haram.”[Lihat Taysir Ilmi Ushul Fiqh, Abdullah bin Yusuf Al Juda’i].

Semoga kita boleh memperhatikan hal ini.

Kesimpulan: Menyentuh wanita tidak membatalkan wuduk menurut pendapat yang lebih kuat (menyentuh isteri).  Namun jika menyentuh wanita bukan mahram, boleh mendatangkan dosa berdasarkan hadis yang terakhir di atas. Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment