Monday, September 15, 2014

Tanyalah Ustaz 153 (Hukum Bersalaman Dengan Wanita, Qada' Solat Yang Ditinggalkan, Ziarah Jenazah, Hukum Makan Siput Babi Dan Hukum Makan Lebah).

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,    
Tanyalah Ustaz Siri 153 adalah menjelaskan persoalan hukum bersalaman dengan wanita, qada' solat yang ditinggalkan, ziarah jenazah, hukum makan siput babi dan hukum makan lebah.

721. Soalan : Apakah hukumnya bersalaman dengan wanita yang bukan mahram?

Jawapan :  

Gejala Ikhtilath (percampuran di antara kaum lelaki dengan wanita) semakin dianggap perkara biasa. Mereka saling bersentuhan kulit, bersalaman tangan, bertepuk-tampar, bersenda-gurau, sehingga ada yang berpelukan sesama sendiri tanpa timbul sebarang rasa bersalah. Lebih merisaukan apabila ada yang menganggap bahawa ia tidak termasuk kesalahan di sisi agama. Di antara sebab-sebab perkara ini terus berleluasa mungkin adalah kerana faktor lemahnya iman, budaya persekitaran yang penuh syubhat, terkesan dengan pelbagai adegan filem dan drama, dan ketidak-tahuan mereka terhadap dalil-dalil berkaitan yang menjelaskan persoalan tersebut secara jelas.

Akhlak Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabatnya sebagaimana jelas mereka tidak bersalaman dengan ayng bukan mahram. Dalil-dalil yang bakal dikemukakan adalah seperti berikut :

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

لأن يطعن في رأس رجل بمخيط من حديد خير من أن يمس امرأة لا تحل له

Maksudnya,“Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani. Dinilai sahih oleh al-Mundziri, al-Haitsami, dan al-Albani)

Syaikh al-Albani rahimahullah berkata, “Pada hadis ini terdapat ancaman yang keras (tegas) kepada sesiapa sahaja yang menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram). Padanya juga terdapat dalil atas haramnya bersalaman (mushofahah) dengan wanita. Sebab itu, tidak diragukan bahawa bersalaman itu mengandungi unsur bersentuhan.
Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ

Maksudnya, “Persoalan anak Adam berkaitan zina telah ditentukan. Tidak mustahil ia pasti melakukannya. Dua mata berzina dengan melihat, dua telinga berzina dengan mendengar, lidah berzina dengan berkata-kata, tangan berzina dengan menyentuh, kaki berzina dengan melangkah, hati berzina dengan angan-angan (kehendak), dan kemaluanlah yang akan membenarkan (merealisasikan) atau mendustakan semua itu.” (Sahih: Hadis Riwayat Muslim)

Kaedah pengambilan dalil dari hadis ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah,

وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ

“... dan tangan berzina dengan menyentuh.” (Dari hadis di atas)

Dalam riwayat Ahmad disebutkan,

وَالْيَدُ زِنَاهَا اللَّمْسُ

“... dan tangan berzina dengan menyentuh.”

Dalam riwayat Ibnu Hibban juga disebutkan,

وَالْيَدُ زِنَاؤُهَا اللَّمْسُ

“... dan tangan berzina dengan menyentuh.”

Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan, “Makna hadis di atas adalah bahawa setiap anak Adam itu mungkin ada yang ditakdirkan untuk melakukan perbuatan zina. Di antara mereka ada yang melakukan zina dengan sebenar-benarnya, iaitu dengan memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan wanita secara haram. Di antara mereka ada yang zinanya secara majaz (kiasan), iaitu dengan melihat perkara-perkara yang haram, atau dengan mendengar sesuatu yang mengajak kepada perzinaan dan usaha-usaha untuk melakukan kepada zina, atau dengan sentuhan tangan, atau menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram) dengan tangannya, atau menciumnya. Atau dengan melangkah kaki menuju tempat perzinaan, melihat, menyentuh, atau berkata-kata dengan cara yang haram bersama dengan wanita ajnabiyah (yang bukan mahram), atau berangan-angan (imaginasi atau berniat) dengan hatinya. (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 16/206)


722. Soalan : Ustaz jika seseorang tinggalkan solat semasa mudanya adakah dia kena qada' semua solat yang di kerjakan atau perlu hanya bertaubat sahaja?

Jawapan : 

Pendapat Jumhur fuqaha' (empat mazhab besar) pula menetapkan adanya hukum qada bagi solat yg luput dgn sengaja. Cara menetapkan hukum qada ini dgn qiyas. Jika solat yg luput dgn sebab tertidur dan lupa diwajibkan qada, maka apatah lagi jika ditinggalkan dgn sengaja bertambahlah wajibnya. Nabi SAW pernah qada' solat sunat kerana urusan dengan umat Islam menyebabkan baginda tak sempat nak solat sunat. Jika solat sunat boleh di qada' inikan pula solat fardu wajib di qada' kerana di tinggalkan dengan sengaja. “Sesiapa yang lupa atau tertidur (sehingga tertinggal) solat, maka hendaklah dia segera melakukan solat tersebut di saat dia mengingatnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 607)

Imam An Nawawi seorang mujtahid fatwa dalam Mazhab Syafie menerangkan dalam kitab Syarah Muslim Juzu' V, halaman 181 ertinya :

"Seorang yang meninggalkan solat fardu, wajib diqada'. Sekiranya ditinggalkan kerana uzur yang memaksa maka qada' boleh dilambatkan tetapi sunat menyegerakan. Sekiranya ketinggalan itu tanpa uzur contohnya disengajakan, maka wajib diqada' segera. (meninggalkan solat dengan sengaja masa muda-muda dulu adalah wajib di qada' kerana ini adalah hutangnya dengan Allah SWT- penulis)

Membayar solat yang banyak tertinggal harus dibayar mengikut tertib cara ditinggalkannya. Yang dahulu hendaklah didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Tertib ini hukumnya sunat.Jika yang ditinggal itu solat sunat rawatib iaitu solat sunat biasa yang dikerjakan sebelum dan sesudah solat, harus juga diqada'. Tetapi solat sunat yang dikerjakan kerana sebab khusus seperti solat khusuf matahari (gerhana matahari), solat khusuf bulan (gerhana bulan), solat sunat istisqa' (solat sunat meminta hujan) maka tidaklah disyari'atkan mengqada'nya, jika sudah terlepas dari waktunya.
Dalil

Hadis :

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi Muhammad SAW ketika kembali dari Peperangan Khaibar, baginda berjalan malam hari, sampai baginda mengantuk dan lalu berhenti untuk tidur. Nabi memerintahkan kepada sahabat baginda bernama Bilal supaya berjaga-jaga jangan tidur, dihuatirkan jangan tertidur semuanya. Nabi terus tidur dan Bilal terus sembahyang pada malam itu.

723. Soalan : Ustaz...sekiranye saya pergi menziarahi orang meninggal...semasa sampai arwah dah di mandikan dan kapankan...soalan say,,berdosakah saya sekiranya saya pulang sebelum arwah d bawa turun dari rumah untuk di kebumikan...mohon penjelasan ustaz..

Jawapan : 

Jika kita ziarah orang meninggal dunia sebaik-baiknya tunggu sehingga di mandikan, dikafankan , di sembahyangkan dan di kebumikan. Jika ada urusan sekurang-kurangnya sehingga di sembahyangkan kerana hak muslim ke atas muslim yang lain sehingga di sembahyangkan dan di kebumikan.

Berdiri dan tidak duduk bagi menghormati jenazah. Sabda baginda SAW . “Jika salah seorang dari kaliam melihat jenazah , maka berdirilah saat melihatnya hingga usungan jenazah itu berlalu , demikianlah sekiranya ia tidak ikut, (menghantar jenazah tersebut )” (HR Muslim)

Mensolatkan dan menghantarnya ke kubur. Daripada Abu Hurairah r.a bersabda baginda SAW ,”Barangsiapa yang mensolatkan jenazah maka baginya pahala satu qiraat dan siapa yang menghantarnya hingga jenazah diletakkan di liang kubur , maka baginya pahala dua qiraat. “Saya bertanya , “Wahai baginda seperti apakah dua qiraat itu ? Jawabnya ,”Seperti dua Gunung Uhud,”.

724. Soalan : Apa hukumnya memakan siput babi?

Jawapan : 

Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan memakan siput babi : Adakah Siput Escargot Halal Atau Haram Dimakan Oleh Orang Islam?

ISU:

Adakah siput escargot halal atau haram dimakan oleh orang Islam? Siput ini berasal dari Perancis dan diternak secara meluas di banyak negara Eropah termasuk US, England, Australia dan Bulgaria. Ia memiliki rupa yang sama seakan-akan siput babi tetapi daripada genus yang berbeza. Siput babi adalah helix aspersia manakala siput escargot adalah helix pomatia. Siput ini kini boleh didapati dalam menu di sebahagian kecil restoran dan hotel di negara ini.

PENJELASAN:

Escargot adalah perkataan dalam Bahasa Perancis yang merujuk kepada sejenis siput yang dikenali dalam Bahasa Malaysia sebagai siput babi. Walaupun kedapatan beberapa jenis siput babi seperti helix aspersia dan helix pomatia, tetapi kedua-duanya adalah tergolong dalam genus yang sama iaitu Genus Helix. Dalam Bahasa Arab, siput babi dikenali sebagai halazun (حلزون).

Dalam fiqah, halazun/escargot adalah tergolong dalam kumpulan ‘hasyaraat’ iaitu haiwan kecil yang melata/menjalar. Dalam mazhab Syafie, secara umumnya haiwan yang tergolong dalam hasyaraat adalah haram dimakan kerana termasuk dalam haiwan yang dianggap keji (khabisah). Ini berdasarkan kepada firman Allah Taala:

وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمْ الْخَبَائِثَ

Maksudnya: “Dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”. (Surah Al-A’raf: 157).

Berdasarkan kaedah pengharaman haiwan-haiwan yang dianggap keji, maka mazhab Syafie dan majoriti ulama berpendapat bahawa halazun/escargot adalah haram dimakan.

Pandangan ini disebut dalam keterangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 2 April 1998 dalam membincangkan tentang pembiakan siput babi. Antara lain, Muzakarah menyatakan:

“Menurut Mazhab Shafie, siput babi dianggap sebagai khabisah kerana apabila ia mati ia tergolong sebagai bangkai.

Dari segi kaedah ‘ilah dan ma’lul khabisah ialah ‘ilah kepada pengharaman. Oleh itu siput babi ini hukumnya haram dimakan. Dalam Mazhab Syafie juga, binatang-binatang yang halal dimakan hanyalah binatang-binatang yang telah disembelih sahaja, kecuali jenis ikan dan belalang”.

Memandangkan isu halal atau haram memakan halazun/escargot adalah bersifat ijtihadiah kerana tidak ada nas qat’ie daripada al-Quran dan Sunah berkaitan dengannya, maka ada ulama yang mengharuskannya dan mereka berpegang kepada asal hukum makanan adalah halal sehingga ada nas yang mengharamkannya. Manakala majoriti ulama’ yang mengharamkannya berpendapat ia adalah hasyarat, dan ia bukan haiwan yang disembelih, maka jika ia mati, ia adalah bangkai.

Wallahu A’lam.

725. Soalan : Apakah hukumnya makan  lebah?

Jawapan : 

Yang diharuskan makan adalah madu daripada lebah dewasa bukannya memakan anak lebah .Menurut Prof. Ali Mustafa Ya’qub, yang juga duduk sebagai anggota Fatwa MUI itu, memakan tubuh lebah (bukan madunya, rumahnya, atau polen-nya) hukumnya haram. Harus dicatat juga, dalam acara di atas, Prof. Mustafa Ya’qub berpendapat sendirian, tidak disertai pembanding lainnya.

Alasan beliau mengharamkan, kurang-lebih:

(1) Lebah memberi manfaat kepada manusia, yaitu menghasilkan madu. Kata beliau, sesuatu yang memberi manfaat, tidak boleh dibunuh atau haram.

(2) Membunuh haiwan yang bermanfaat bagi kehidupan manusia sama dengan menzalimi haiwan itu sendiri.

(3) Kalau lebah dibunuh nanti populasinya lama-lama akan habis, sehingga pada gilirannya tidak boleh menghasilkan madu lagi.

Dalam hadis riwayat Ibnu Abbas Rasulullah SAW. melarang membunuh empat jenis hewan melata, yaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung sejenis jalak. (Hadis Riwayat Abu Daud sahih sesuai syarat sahihain). 

Khatabi dan Baghawi menegaskan bahwa semut di sini bukan semua jenis semut, tapi semut Sulaimaniyah, yaitu semut besar yang tidak membahayakan dan tidak menyerang manusia. Adapun semut-semut kecil yang kadang termasuk wabah dan mengganggu serta menyerang manusia, maka boleh dibunuh. Imam Malik mengatakan makruh hukumnya membunuh semut yang tidak membahayakan. Namun meskipun boleh membunuh semut, tapi sebaiknya membunuh semut dengan cara tidak membakarnya, kerana ada hadis yang menegaskan bahawa yang berhak menyiksa dengan api adalah Tuhan api. (Hadis Riwayat Abu Daud dari Ibnu Mas’ud).

Kebanyakan ulama mengatakan hukum lebah sama dengan semut dengan landasan hadis di atas, iaitu larangan membunuhnya dan larangan memakannya. Namun para ulama menerangkan bahwa larangan membunuh lebah kerana menghasilkan madu yang berguna bagi manusia. Meskipun demikian ada beberapa pendapat lemah yang mengatakan boleh memakan lebah kerana disamakan dengan belalang dan begitu juga boleh membunuh lebah kerana boleh menyengat, apalagi lebah yang membahayakan dan tidak menghasilkan madu. 

Haiwan ini haram dimakan, berdasarkan hadis Abu Hurairah -radhiallahu ‘anhu-, beliau berkata:

نَهَى رسول الله صلى الله عليه وسلم عَنْ قَتْلِ الصُّرَدِ وَالضِّفْدَعِ وَالنَّمْلَةِ وَالْهُدْهُدِ

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam- melarang membunuh shurod, katak, semut, dan hud-hud. (HR. Ibnu Majah dengan sanad yang sahih).

Adapun larangan membunuh lebah, warid dalam hadis Ibnu ‘Abbas yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud.

Dan semua haiwan yang haram dibunuh maka memakannya pun haram. Kerana tidak mungkin seeokor binatang boleh dimakan kecuali setelah dibunuh. [Al-Luqothot point ke-19 s/d 23]

No comments:

Post a Comment