Wednesday, March 26, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 80 (Doa Cari Barang Hilang, Hukum Mengadakan Tahlil, Adab Beristinjak, Fidyah Puasa dan Darah Haid).

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,    
Tanyalah Ustaz Siri 80 adalah menjelaskan persoalan doa cari barang hilang, hukum mengadakan tahlil, adab beristinjak, fidyah puasa dan darah haid.

456. Soalan : Ada orang yang kehilangan barang berharga, seperti motor. Adakah amalan untuk mengembalikan barang hilang? Atau doa khusus untuk mengembalikan barang yang hilang? Sekian terima kasih.

Jawapan : 

Pertama, kami ingatkan bahawa tidak ada yang sia-sia dalam hidup seorang mukmin. Semua keadaan dan perasaan yang dia alami, boleh berpeluang menjadi sumber pahala baginya.

عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله خير وليس ذاك لأحد إلا للمؤمن إن أصابته سراء شكر فكان خيرا له وإن أصابته ضراء صبر فكان خيرا له

Maksudnya ,“Sungguh mengagumkan keadaan orang Mukmin. Sesungguhnya semua urusannya baik, dan amalan itu tidak dimiliki oleh siapapun kecuali orang Mukmin. Jika dia mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, dan demikian itu lebih baik baginya. Jika ditimpa kesusahan, dia akan bersabar, dan demikian itu lebih baik baginya.” (Hadis Riwayat Muslim, al Baihaqi dan Ahmad)

Cara paling mujarab untuk mengendalikan hati ketika mendapat musibah adalah kita meyakini bahawa setiap detik musibah, resah, atau sedih yang kita alami, semuanya akan mendatangkan pahala, selama kita tetap bersabar.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

مَا يُصِيبُ المُسْلِمَ، مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ، وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حُزْنٍ وَلاَ أَذًى وَلاَ غَمٍّ، حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا، إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

Maksudnya ,“Tidak ada satu musibah yang menimpa setiap muslim, baik rasa capek, sakit, bingung, sedih, gangguan orang lain, resah yang mendalam, sampai duri yang menancap di badannya, kecuali Allah jadikan hal itu sebagai sebab pengampunan dosa-dosanya.” (Hadis Riwayat Bukhari 5641)

Dengan berlakunya peristiwa ini, bahkan boleh jadi kita akan menjadi hamba yang bersyukur ketika mendapat musibah.

Kedua, tidak terdapat satu amalan atau doa khusus dari Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam ketika seseorang kehilangan barang. Hanya saja, terdapat riwayat dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, dimana beliau mengajarkan doa ketika kehilangan barang. Dari Umar bin Katsir, dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu, beliau menjelaskan amalan ketika kehilangan barang,

يتوضأ ويصلي ركعتين ويتشهد ويقول: «يا هادي الضال، وراد الضالة اردد علي ضالتي بعزتك وسلطانك فإنها من عطائك وفضلك»

”Dia berwudhu, kemudian shalat 2 rakaat, setelah salam lalu mengucapkan syahadat, kemudian berdoa,

يَا هَادِيَ الضَّال، وَرَادَّ الضَّالَة ارْدُدْ عَلَيَّ ضَالَتِي بِعِزَّتِكَ وَسُلْطَانِكَ فَإِنَّهاَ مِنْ عَطَائِكَ وَفَضْلِكَ

Ya Allah, Zat yang melimpahkan hidayah bagi orang yang sesat, yang mengembalikan barang yang hilang. Kembalikanlah barangku yang hilang dengan kuasa dan kekuasaan-Mu. Sesungguhnya barang itu adalah bagian dari anugrah dan pemberian-Mu’.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushannaf no. 29720, al-Baihaqi dalam ad-Da’awat al-Kabir (2/54). Baihaqi mengatakan,

هذا موقوف وهو حسن

Ini adalah hadits mauquf [perkataan shahabat] dan hadits ini statusnya adalah hasan”

Demikian pula dinyatakan oleh Abdurrahman bin Hasan, bahawa perawi untuk riwayat Baihaqi adalah perawi yang tsiqqah (terpercaya). (Tahqiq al-Wabil as-Shayib, Abdurrahman bin Hasan dibawah bimbingan Dr. Bakr Abu Zaid)

457. Soalan : Benarkah membuat tahlil kematian itu sesat. Kerana nabi tak pernah buat tahlil kematian..ada seorang yang menyatakan, sesuatu yang kita buat tanpa ikut sunah adalah sesat. Dan sesat adalah tempatnya dineraka..?

Jawapan :  

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 9 September 2002 telah membincangkan mengenai Hukum Membaca Surah Yasin Dan Tahlil Berjemaah.

Fatwanya adalah :

Segala bentuk sedekah seperti kenduri, membaca ayat-ayat Al-Quran dan segala bentuk zikir, tahlil adalah harus dan pahalanya إن شاء الله sampai kepada simati yang ditujukan dengan syarat diniatkan semua pahala amalan-amalan kebajikan tersebut untuk simati dengan penuh keikhlasan.

Ulama telah membahaskan samaada bacaan al-Quran yang dihadiahkan kepada simati sampai atau tidak? Ada yang berpendapat pahala bacaan al-Quran tersebut sampai dan ada yang berpendapat tidak sampai. 

Majoriti ulama berpendapat bacaan tersebut akan sampai apabila di niatkan untuk individu tertentu yang telah meninggal dunia. 

Syeikh Ali Jumuah Mufti Republik Arab Mesir menghuraikan permasaalahan tersebut seperti dibawah ini :

Kitab : البيان لما يشغل الأذهان

Para ulama’ telah bersepakat (berijma’ atau berpendapat) mengatakan bahawa membaca Al-Quran di atas kubur adalah tidak haram, bahkan tidak berdosa bagi mereka yang melakukannya dan jumhur ulama’ Hanafiah, Syafi’iyah dan Hanabilah berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat, berdasarkan riwayat daripada Anas R.A ( hadis marfu’ ):

من دخل المقابرفقرأ فيها (يس) خفف عنهم يومئذ، و كلان له بعددهم حسنات

Maksudnya: “Barangsiapa yang memasuki kawasan perkuburan lalu membaca di dalamnya surah Yasin maka diringankan azab kepada ahli kubur di hari tersebut dan bagi mereka (orang yang membaca al-Quran) adalah memperoleh pahala kebaikan”1

Dan telah thabit daripada Ibnu Umar bahawa :

“Sesungguhnya beliau berwasiat bahawa apabila beliau dikebumikan, maka dibacakan disisinya dengan awal permulaan surah Al-Baqarah dan akhir surah Al-Baqarah”.2

Adapun ulama’ Malikiyyah berpendapat bahawa membaca Al-Quran di atas kubur adalah makruh. Akan tetapi, Syeikh Dardir memberikan komentar beliau di dalam masalah ini :

“Ulama’ mutaakh’khirin berpendapat bahawa tidak mengapa membaca Al-Quran dan berzikir serta menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada si mati bahkan si pembaca juga akan mendapat/beroleh pahala, Insya Allah”.3

Perselisihan pendapat pada masalah ini adalah terlalu lemah (dhoif). Pendapat yg mengatakan hukumnya adalah sunat adalah pendapat yg kuat. Sesungguhnya sebahagian ulama berpendapat bahawa masalah ini adalah masalah ijma’. Antara ulama’ yg berpendapat sedemikian adalah Imam Ibnu Qudamah Al-Maqdisi Al-Hanbali. Beliau mengatakan bahawa :

“Apa-apa kebaikan yg dilakukan dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati yg muslim (beragama Islam), maka itu adalah perkara yg bermanfaat. Berkata sebahagian ulama’, apabila dibacakan Al-Quran di sisi si mati atau menghadiahkan pahalanya kepada si mati maka beroleh pahala, maka pembacanya juga akan mendapat/beroleh pahala dan seolah-olah si mati juga membacanya, maka diharapkan si mati beroleh rahmat. Sesungguhnya, apa yg kami sebutkan itu tadi adalah disepakati/dipersetujui (ijma’) oleh para ulama’. Mereka ( para ulama’ yg bersepakat ) bersama-sama berkumpul membacakan Al-Quran serta menghadiahkan pahalanya kepada si mati tanpa ada yg membantah di kalangan mereka (tanpa saling membantah antara satu sama lain).4

Sesungguhnya, Syeikh Al-Uthmani telah memberikan komentar berikut di dalam masalah ini :

“Para ulama’ bersepakat mengatakan bahawa istighfar, doa, sedekah, haji, pembebasan hamba adalah bermanfaat bagi si mati dan pahala kebaikan tersebut sampai kepadanya. Hukum membaca Al-Quran di atas kubur adalah sunat”.5

Dalil bagi sampainya pahala bacaan Al-Quran kepada si mati adalah diqiyaskan dgn hukum sampainya pahala “haji ganti/haji badal” kepada si mati kerana haji terkandung di dalamnya solat dan solat dibaca di dalamnya surah Al-Fatihah dan surah-surah yg lain. Apa-apa yg sampai ke semuanya, pasti akan sampai satu juzu’ daripadanya. Maka pahala bacaan Al-Quran sampai kepada si mati dgn izin Allah sekiranya si pembaca memohon supaya Allah memberikan pahala kepada si mati sepertimana diberikan pahala kepadanya (si pembaca).

Berdasarkan kepada apa yang diterangkan, sesungguhnya ulama’ telah bersepakat bahawa membaca Al-Quran utk si mati adalah harus manakala sebahagian ulama’ berpendapat bahawa menghadiahkan pahala kpd si mati adalah harus. Para ulama’ Syafi’iyah berpendapat bahawa pahala tersebut sampai kepada si mati dgn diiringi bacaan doa :

اللَّهُمَّ اجْعَلْ مِثْلَ ثَوَابِ مَا قَرَأْتُ لِفُلان

Maksudnya: “Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan Al-Quran aku ini kepada si fulan” dan ianya bukanlah hanya semata-mata dengan amalan tersebut sahaja.

Perselisihan yang berlaku adalah sedikit dan sepatutnya tidak berlaku pada masalah ini.

Penterjemah :

Al-Fadhil Ustaz Shahrizan Bin Mohd Hazime. Kuliah Syariah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar Al-Syarif.

Nota kaki :

1. Al-Khilal beserta sanadnya, Al-Mughni (Ibnu Qudamah-Jilid 2/225), Tuhfatul Ahwazi (Jilid 3/275)

2. Al-Khilal beserta sanadnya, Al-Mughni (Ibnu Qudamah-Jilid 2/225), Tuhfatul Ahwazi (Jilid 3/275)

3. Syarah Kabir (Allamah Dardir-Jilid 1/423)

4. Al-Mughni (Ibnu Qudamah-Jilid 2/225)

5. Rohmatal Ummah Fi Ikhtila’fil A’Immah (Syeikh Uthmani)

JAKIM juga telah memberikan pendapatnya dalam persoalan ini :

Para ulama telah bersepakat (berijma’ atau berpendapat) mengatakan bahawa bagi mereka yang melakukannya dan jumhur ulama’ Hanafiah, Syafi’iyah dan Hanabilah berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat, berdasarkan riwayat daripada Anas r.a. ( hadis marfu’ ):

Maksudnya: “Barangsiapa yang memasuki kawasan perkuburan lalu membaca di dalamnya surah Yasin maka diringankan azab kepada ahli kubur di hari tersebut dan bagi mereka (orang yang membaca al-Quran) adalah memperoleh pahala kebaikan”

Dan telah thabit daripada Ibnu Umar bahawa : “Sesungguhnya beliau berwasiat bahawa apabila beliau dikebumikan, maka dibacakan disisinya dengan awal permulaan surah Al-Baqarah dan akhir surah Al-Baqarah”.

(Rujukan: Jakim – http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/28365)

Bacaan al-Quran sampai kepada simati :

Bacaan al-Quran dan doa untuk arwah (simati) telah menjadi perbahasan ulama di dalam mazhab 4 termasuk ulama-ulama selepas imam-imam mazhab. Imam Syafie kata tak sampai tetapi imam Abu Hanifah Dan Imam Ahmad bin Hambal kata sampai bacaan al-Quran , doa dan zikir dihadiahkan kepada simati. Didalam Kitab Majmu’ Sharh Muhazzab, Imam Nawawi ada menyebut “telah berpendapat Imam Ahmad bn Hanbal bersama satu jemaah dari kalangan ulama’ dan satu jemaah dari Mazhab Syafie bahawa pahala membaca al-Quran sampai kepada si-mati.

Kenyataan Imam Nawawi ini jelas menunjukkan bahawa pendapat yang mengatakan tidak sampai pahala bacaan al-Quran kepada si-mati juga khilaf (berselisih) dikalangan beberapa ulama’ mazhab Syafie, dan ia bukan mutlak. Bahkan Shiekh Abu Bakar al-Dimyati didalam kitabnya I’aanaa al-Tholibin (3/221) menyebut “pendapat yang mengatakan ‘tiada sampai pahala’ itu dhaif (lemah) dan telah sampai satu jemaah dari Mazhab kami yang mengatakan ‘sampai pahalanya’ adalah muktamad.

Boleh disimpulkan bahawa terdapat 2 pendapat dari kalangan Mazhab Syafie berkenaan dengan persoalan ini, iaitu :-

(1) Mazhab Syafie yang terdahulu (Mutaqaddimin) mengatakan ibadat mahdah (seperti solat, puasa, bacaan al-Quran) tidak sampai pahalanya kepada orang lain selain dari yang membacanya. Pandangan ini mashyur dikalangan ulama' Mazhab Syafie kata Syiekh al-Islam Zakaria al-Anshari al-Syafie.

(2) Mazhab Syafie yang terkemudian (Mutaakhirin) berpendapat bahawa sampai pahala bacaan al-Quran kepada orang yang mati, seperti bacaan al-Fatihah. Ini juga merupakan pendapat ulama' Hanafi dan Hanbali.

Bekas Sheikh al-Azhar, Sheikh Jadul Haq didalam fatwanya berkata “pandangan Mazhab Syafie yang masyhur, dan Mazhab Maliki yang asal, tidak sampai ibadat badaniyah, seperti membaca al-Quran. Akan tetapi, pandangan mutakhir dikalangan Mazhab Syafie dan Maliki yang dipilih adalah : sampai pahala kepada mayat dengan syarat-syaratnya”. (Buhuth wa fatawa, 2/38)

458. Saoalan : Ustaz tolong pencerahan saya ada dua kemusykilan.

1. Apakah baacan istinjak buang air besar dan kencing ?

2. Apa hukum istinjak,wajip atau sunat?

Jawapan :  

Rasulullah SAW apabila nak masuk ke bilik air (tandas) baginda membaca doa dan apabila nak keluar baginda membaca doa. Adab Masuk Bilik Air (tandas)

1. Tidak membawa sesuatu dari zikir Allah dan Rasul-Nya,

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا دَخَلَ الْخَلاءَ ، وَضَعَ خَاتَمَهُ (حسن صحيح غريب الترمذي)

Dari Anas bin Malik ra, telah diriwayatkan sesungguhnya Nabi SAW jika memasuki bilik air (tandas) baginda melepaskan cincinya (Hadis Riwayat Tirmidzi). Cincin baginda tertulis ”Muhammad Rasulullah”

2. Membaca doa sewaktu masuk bilik air (tandas)

بسم الله اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

Maksudnya, "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan laki- laki dan syaitan perempuan"

عَنْ عَلِيِّ ابن أَبِي طَالِبٍ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ قَالَ : سِتْرُ ما بَيْنَ أَعْيُنِ الجِنّ وَعَوْرَاتِ بَنِي آدَمَ إذَا دَخَلَ الكَنِيفَ أنْ يَقُولَ باسْمِ اللَّهِ (الترمذي و إسناده ليس بالقوة)

Dari Ali bin Abi Thalib ra, bahawa Rasulallah SAW bersabda (maksudnya) : "Penutup (dinding) antara Jin dan aurat manusia jika memasuki bilik air (tandas) ia berkata: “bismillah” (Hadis Riwayat Tirmidzi).

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : كَانَ النَبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الخَلاَءَ قَالَ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ (رواه الشيخان)

Hadis lainnya dari Anas bin Malik r.a sesungguhnya Rasulullah SAW jika memasuki bilik air baginda berkata ”Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan laki- laki dan syaitan perempuan” (HR Bukhari Muslim)

3. Membaca doa sewaktu keluar

غُفْرَانَكَ اْلحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنّيِ الأذَى و عَافَانيِ

Artinya: PengampunanMu ya Allah, segala puji bagi Allah yang telah mengeluarkan kotoran dariku dan memberikan kepadaku kesihatan.

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُا قَالَتْ : مَا خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ مِنَ الْغَائِطِ إِلا قَالَ : غُفْرَانَكَ ” (أبو داود وابن ماجه والترمذي)

Sesuai dengan hadis dari Aisyah ra, ia berkata: Rasulallah SAW tidak keluar dari bilik air kecuali baginda berkata ”pengampunan-Mu ya Allah” (HR Abu Daud, Ibnu Majah, At-Tirmidzi).

عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا خَرَجَ مِنْ الْخَلَاءِ قَالَ : الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنِّي الْأَذَى وَعَافَانِي (ابن ماجه ضعيف يعمل به في الفضائل)

Hadis lainnya dari Abu Dzarr r.a sesungguhnya Rasulallah SAW jika keluar dari bilik air baginda berkata: ”Segala puji bagi Allah yang telah mengeluarkan kotoran dariku dan memberikan kepadaku kesihatan ” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, dhaif untuk pelengkap ibadah)

4. Mendahulukan kaki kiri sewaktu masuk dan kaki kanan sewaktu keluar. Kerana kiri untuk keburukan dan kanan untuk kebaikan.

5. Membaca doa dalam hati sewaktu beristinja’ (cebok)

اللَّهُمَّ حَصِّنْ فَرْجِي مِنْ الْفَوَاحِشِ وَ طَهِّرْ قَلْبِي مِنْ النِّفَاقِ

Maksudnya, "Ya Allah jagalah kemaluanku dari perbuatan keji dan bersihkanlah hatikau dari nifak."

Beristinjak adalah wajib bukan sunat kerana jika istinjak tidak bersih dan suci maka solatnya tak sah.

459. Soalan : Ustaz,nak tanya tentang pembayaran fidyah untuk puasa.cara kiraannya dan perlu diberikan kepada siapa. Jika bertahun-tahun telah tinggalkan puasa belum di qada lagi, bagaimana fidyah yang dikenakan.?Minta pencerahan dari ustaz..

Jawapan : 

Huraian mengenai fidyah : Puasa yg ditinggalkan wajib qada jumlah yg ditinggalkan. Di samping puasa qada saudari juga dikenakan fidyah 1 cupak makanan asasi setiap hari yang ditinggalkan. Mengikut mazhab Syafie fidyah di gandakan setiap tahun yg ditinggalkan tetapi mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali tidak payah digandakan hanya bayar sekali sahaja. Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah dikemukakan dengan persoalan tentang hukum gandaan fidyah dan kifarah. Pihak Jawatankuasa diminta untuk memberi pendapat dan keputusan tentang perkara tersebut.
Keputusan: 

1. Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 16 Januari 2001 telah sebulat suara membuat keputusan bahawa pembayaran-pembayaran fidyah dan kifarah yang tertangguh adalah tidak digandakan (harus). Ini menurut sebahagian pandangan mazhab Syafie.

2. Walaubagaimanapun, sekiranya pihak pembayar ingin membuat pembayaran fidyah dan kifarah secara berganda maka ianya boleh diterima.

3. Oleh itu, pembayaran fidyah dan kifarah ini diberi dua pilihan:

a. Digandakan pembayaran fidyah dan kifarah mengikut tahun yang ditinggalkan.

b. Tidak digandakan pembayaran.

4. Pandangan ini diambil kira ia berbetulan dengan ajaran Islam yang tidak sama sekali menyusahkan manusia yang menganut ajarannya

Keterangan/Hujah: 

LATAR BELAKANG

1. Fidyah ialah satu istilah yang terdapat di dalam fiqh al-Islami. Ia lebih difahami sebagai "satu cara untuk menggantikan puasa Ramadhan yang tertinggal disebabkan keuzuran yang diterima oleh syarak atau tidak".

2. Jumlah fidyah yang dibayar adalah berdasarkan kepada bilangan puasa yang ditinggalkan. Sekiranya bilangan puasa yang ditinggalkan itu banyak, maka banyaklah fidyah yang perlu dibayar. Begitu juga sebaliknya.

3. Sekiranya jumlah yang perlu dibayar adalah sedikit, ia tidak menjadi masalah. Tetapi sekiranya jumlah tersebut terlalu tinggi, masalah akan timbul apabila berlaku penggandaan dalam pengiraan fidyah apabila pembayaran ditangguhkan untuk beberapa Ramadhan.

PENDAPAT ULAMA"

1. Terdapat dua pandangan terhadap masalah penggandaan kiraan fidyah tertangguh:

1) Tidak digandakan: ia adalah pandangan mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.

Pandangan ini dikukuhkan dengan hujah bahawa penagguhan terhadap sesuatu ibadah tidak akan menambahkan bilangan ibadah tersebut sebagaimana yang berlaku kepada ibadah haji yang tertangguh.

2) Digandakan: Pandangan ini dikukuhkan dengan hujah bahawa setiap penagguhan tersebut membentuk fidyah yang lain. Fidyah yang bertambah tersebut tidak boleh disatukan menjadi satu.

Jika saudari telah tinggalkan puasa (belum di qada) bertahun-tahun lama masanya, sebagai contoh : 50 hari puasa qada belum di tunaikan. Maka saudari wajib qada 50 hari puasa dan fidyah yang saudari dikenakan (jika mengikut pendapat Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali) adalah sebanayk 50 cupak beras makanan asasi bersamaana (0.675 kg x 50 =  33.75 kilogram) . Jadikan genap 40 kg beras di sedekahkan kepada 4 keluarga miskin (setiap 1 keluarga mendapat 10 kg beras)

460. Soalan :  Saya ada kawan perempuan,, dia ada masalah hormon tak stabil,,menyebabkan kitaran haid dia tidak menentu,, kiranya tidak datang tiap-tiap bulan.. dan ada ketika darah haid dia yang keluar berwarna coklat kadang-kadang merah..dan bila dia datang haid,,,berlarutan dalam keadan itu sehingga  tempoh  sebulan lebih,,dan apabila dia aktif bersukan akan keluar darah yang banyak ...soalan saya,,bagaimana dengan solat dia ,,macam mana nak tahu benar-benar suci dari hadas dan sahkan solat dia ?

Jawapan : 

Ulama dari mazhab Syafi’i berpendapat bahwa darah yang berhenti kemudian keluar lagi dianggap seluruhnya satu 'paket' haid. Ertinya, bahawa jika wanita haid mengalami masa terputusnya/berhentinya darah yang disusul keluarnya darah kedua, semua masa itu dianggap masa haid. Dengan syarat:

1. Sejak pertama darah keluar hingga habisnya darah kedua itu tidak melebihi masa maksima haid (15 hari).

2. Darah yang berhenti itu ada di antara 2 masa keluarnya darah yang sempat terputus.

3. Darah pertama yang belum sempat terputus sudah keluar minima sehari semalam.
(Mughni al-Muhtaj juz 1 hal. 119)

Misalnya: bila wanita mengalami haid pada hari bulan 1-4, kemudian darah terputus dan tidak keluar di hari bulan 5-7, lalu darah keluar lagi haribulan 8-12, maka dari hari bulan1 hingga  12 dianggap seluruhnya dalam keadaan haid. Oleh itu selama 12 hari itu ia dilarang menunaikan solat.

Mazhab ini sepertinya lebih memudahkan para wanita untuk menghitung hari-hari haidnya. Apalagi bagi wanita yang haidnya tidak teratur.

Terdapat perbezaan darah istihadah dengan darah haid.Istihadhah adalah darah yang berasal dari urat yang pecah/putus, yang keluarnya bukan pada masa adat haid dan nifas -dan ini kebanyakannya-, tapi terkadang juga keluar pada masa adat haid dan saat nifas. Kerana dia adalah darah berupa penyakit, maka dia tidak akan berhenti mengalir sampai wanita itu sembuh darinya.

Kerana itulah, darah istihadah ini kadang tidak pernah berhenti keluar sama sekali dan kadang berhentinya hanya sehari atau dua hari dalam sebulan.
[Lihat: Al-Ahkam Al-Mutarattibah ala Al-Haidh wa An-Nifas wa Al-Istihadhah hal. 16-17]

Ciri-Ciri Darah Istihadah :

Berbeza dengan darah haid, darah istihadah mempunyai ciri-ciri sebagai berikut: 

Warnanya merah, tipis, baunya seperti darah biasa, berasal dari urat yang pecah/putus dan ketika keluar langsung mengental.

Hukum Wanita Yang Terkena Istihadah.

Hukumnya sama seperti wanita yang suci (tidak haid dan nifas) pada semua hal-hal yang diwajibkan dan yang disunatkan berupa ibadah.

 Ibnu Jarir dan selainnya menukil ijmak ulama akan bolehnya wanita yang terkena istihadah untuk membaca Al-Quran dan wajib atasnya untuk mengerjakan semua kewajiban yang dibebankan kepada wanita yang suci. Lihat nukilan ijmak lainnya dalam Al-Majmu’ (2/542), Ma’alim As-Sunan (1/217) dan selainnya.

Dari penjelasan di atas, kita juga boleh menarik kesimpulan bahawa darah istihadah bukanlah najis, kerana akan diterangkan bahawa wanita yang terkena istihadah tetap wajib mengerjakan solat walaupun saat darahnya tengah mengalir keluar.(perlu pakai tuala wanita supaya darah istihadah tak terkeluar)

Sekiranya tempoh kedatangan haid belum genap 15 hari, hendaklah dipastikan darah benar-benar habis, barulah mandi. Cara untuk memastikannya ialah dengan memeriksa faraj, iaitu dengan meletakkan kain atau kapas; jika tiada sebarang kesan warna pada kapas atau yang kelihatan ialah cairan putih, itu petanda bahawa darah telah habis dan bolehlah mandi. Jika masih ada kesan warna termasuklah keruh atau kuning, hendaklah ditunggu hilang kesan itu, barulah boleh mandi. Cara ini adalah berpandukan hadis dari Saidatina ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anha- yang menceritakan; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (Hadis Riwayat Bukhari dan Imam Malik).

Jika tempoh haid telah genap 15 hari, hendaklah terus mandi kerana tempoh haid paling lama ialah 15 hari. Maka yang datang selepas hari ke 15 itu dari segi Syarak ia bukan lagi darah haid, akan tetapi darah istihadah. 

Berapa lama perlu ditunggu? Persoalan ini tidak berbangkit kerana yang menjadi ukuran ialah hasil dari pemeriksaan faraj. Apabila seorang wanita merasakan haidnya telah habis, ia hendaklah memeriksa farajnya. Jika tidak ada lagi tanda-tanda haid (yakni tidak kelihatan sebarang tanda darah atau yang kelihatan hanya cairan putih sebagaimana dinyatakan tadi), ia boleh terus mandi. Jika masih ada tanda-tanda haid, ia hendaklah terus menunggu. Kecualilah jika didapati tempoh telah melebihi 15 hari, maka tidak perlu lagi ia menunggu, akan tetapi hendaklah terus mandi sekalipun masih ada kesan / tanda darah. 

Bagaimana jika selepas mandi di dapati kesan darah masih ada atau darah keluar semula? Dalam kaedah Fiqh, ada dinyatakan "Tidak dikira sangkaan yang ternyata salah". Dalam kes ini jika seorang wanita melihat semula kesan darah pada farajnya selepas mandi atau darah keluar semula selepas mandi, kesan darah itu menunjukkan bahawa sangkaannya bahawa darah haidnya telah habis telah ternyata salah. Maka mandi wajibnya tidak dikira. Ia hendaklah menunggu semula hingga darah benar-benar habis, barulah mandi semula. Ini dengan syarat darah yang dilihat semula itu masih dalam lingkungan 15 hari (dari mula kedatangan haid). Jika ia dilihat di luar dari lingkungan 15 hari (seperti dilihat pada hari ke 16 atau ke 17), ia tidaklah menjejaskan mandi kerana yang keluar itu bukan lagi darah haid, akan tetapi darah istihadhah.  Wallahu a'lam.





No comments:

Post a Comment