Sunday, March 16, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 71 (Memakai Gigi Emas, Hadis Palsu Azab Meninggalkan Solat, Wanita Haid , Tafsir Surah al-Maaidah Ayat 93 dan Doa Untuk Orang Sakit).

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 71 adalah menjelaskan persoalan memakai gigi emas, hadis palsu azab meninggalkan solat, wanita haid , tafsir surah al-Maaidah ayat 93 dan doa untuk orang sakit.

411. Soalan : Apakah hukumnya orang Islam samaada lelaki atau perempuan memakai gigi emas (sarung gigi emas)?

Jawapan : 

Bagi wanita, harus memakai gigi emas (sarung gigi emas) jika menjadi adat (kebiasaan) setempat wanita-wanitanya berhias dengan memakai gigi emas. Adapun bagi kaum lelaki tidak di benarkan sama sekali memakai gigi emas (sarung gigi) –begitu juga perhiasan-perhiasan yang lain dari emas- kecuali jika ada keperluan dan desakan sahaja. Ini kerana Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam- bersabda; “Dihalalkan emas dan sutera untuk kaum wanita dari umatku dan diharamkan untuk kaum lelaki” (Hadis Riwayat  an-Nasai dari Abi Musa radhiyallahu ‘anhu-).

Diriwayatkan dari ‘Arfajah bin As’ad radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan;

أُصيبَ أنفي يومَ الكُلابِ في الجاهليَّةِ فاتخذتُ أنفاً من ورقٍ فأنْتنَ عليَّ فأمرني رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وسَلَّم أنْ أتخذَ أنفاً من ذهبٍ

“Semasa peperangan al-Kulab (yang berlaku pada zaman Jahiliyah), hidungku telah rosak. Lalu aku membuat hidung dari perak. Namun hidung itu membusuk, maka Rasulullah menyuruhku agar membuat hidung dari emas” (Hadis Riwayat Tirmizi, Abu Daud dan Ahmad. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan gharub).

Berdalilkan hadis ini, harus orang lelaki memakai emas jika ada keperluan dan desakan iaitu untuk membaiki kecacatan di badan sekiranya tidak ada logam lain yang dapat mengambil tempat emas itu. Dalam zaman sekarang mungkin getah atau plastik lebih sesuai. Wallahu a'lam

412. Soalan : Ustaz saya ada persoalan mengenai sepotong hadis azab kerana meninggalkan solat yang maksudnya.,"...ketika zaman nabi SAW dulu telah berlaku mayat yang diseksa oleh seekor ular yang besar ini kerana semasa hidupnya mayat tersebut tidak pernah mengerjakan solat....adakah hadis ini sahih atau tidak? Mohon penjelasan.

Jawapan : 

Kisah tersebut sangat popular di kongsikan para pengguna internet untuk menyebarkannya kepada rakan-rakan seksaan yang berat akan diterima oleh mereka yang meninggalkan solat. Hadis mengenai dihantar seekor ular kedalam kubur seseorang jika ia meninggalkan solat terdapat didalam hadis yang berbunyi :

عن أبي هـريرة عـن النبي صلى الله عليـه وسلم قال من تهاون في الصلاة عاقبه الله بخمسة عشرة عقوبة منها ستة في الدنيا وثلاثة عند الموت وثلاثة في القبر وثلاثة عند خروجه من القبر . أما الستة التي تصيبه في الدنيا :
1. ينزع الله البركة من عمره .
2. يمسح الله سيما الصالحين من وجهه .
3. كل عمل يعمله لا يؤجره الله عليه .
4.لا يرفع له دعاء في السماء .
5. ليس له حظ في دعاء الصالحين .
6. تخرج روحه بغير إيمان .
أما الثلاثة التي تصيبه عند الموت فهي :
1. أنه يموت ذليلاً .
2. أنه يموت جائعاً. 7
3. أنه يموت عطشاً ولو سقي ماء الدنيا ما روي من عطشه .
وأما الثلاثة التي تصيبيه في قبره فهي:
1. يضيق الله عليه القبر حتى تختلف ضلوعه .
2. يوقد الله عليه في قبره ناراً ويتقلب على الجمر ليلاً ونهاراً .
3.يسلط الله عليه في قبره ثعباناً يسمى الشجاع الأقرع يضربه على ترك صلاة الصبح من الصبح إلى الظهر وعلى تضييع صلاة الظهر من الظهر إلى العصر وهكذا كلما ضربه يغوص في الأرض سبعين ذراعاَ .
وأما الثلاثة التي تصيبه يوم القيامة فهي :
1. يسلط الله عليه من يسحبه إلى نار جهنم على جمر على وجهه .
2. ينظر الله تعالى إليه بعين الغضب وقت الحساب فيقع لحم وجهه.
3. يحاسبه الله عز وجل حساباً شديداً ويأمر الله به إلى النار وبئس القرار ؟

Dari Abi Hurairah, dari Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang melalaikan akan solat akan menerima 15 balasan dari Allah. 6 balasan semasa hidup, 3 semasa saat kematian,3 didalam kubur dan 3 semasa keluar dari kubur (hari akhirat). Bagi 6 balasan semasa hidup :

1. Allah akan mencabut barakah dari umurnya
2. Allah akan membuang ciri-ciri orang yang baik dari wajahnya
3. Setiap amalan yang dilakukan Allah tidak akan dibalas
4. Doanya tidak akan naik ke langit
5. Bukan darinya dianggap sebagai doa orang yang soleh
6. Roh dikeluarkan tanpa Iman

Bagi 3 balasan semasa hendak mati :

1. Mati didalam keadaan memalukan
2. Mati didalam keadaan lapar.
3. Mati didalam keadaan haus, walaupun jika ia minum air seluruh lautan sekalipun ia masih haus.

Bagi 3 balasan semasa didalam kubur :

1. Allah menyempitkan kuburnya sehingga tulang rusuknya bertemu
2. Allah membakar kuburnya dengan api dan menukarkan bahan pembakar api siang dan malam
3. Allah menghantarkan seekor ular yang bernama "al-syujaa'" yang akan memukulnya dari pagi sehingga tengahari kerana meninggalkan solat Subuh, dari tengahari sehingga Asar kerana meninggalkan Asar dan seterusnya. Dengan setiap pukulan ia boleh menimbuskan seseorang sejauh 70 ela kebawah tanah.

Bagi 3 balasan dihari Kiamat :

1. Allah menghantar mereka yang bersamanya kedalam neraka dengan cara menarik mukanya.
2. Allah melihatnya dengan marah yang menyebabkan daging dimukanya jatuh kebawah
3. Allah mengadilkannya secara ketat dan mencapakkannya kedalam api neraka dan ia adalah satu keputusan yang buruk!

------
Menurut Dr Husamuddin bin Musa Afana, pensyarah Usul Fiqh di Universiti Al-Quddus :-

؟ هو حديث مكذوب على الرسول صلى الله عليه وسلم وهذا ظاهر من ركاكة ألفاظه وضعف سياقه وقد نص أهل الحديث على أنه مفترى على النبي صلى الله عليه وسلم وقد كذب هذا الحديث وركبه أحد الكذابين على رسول الله صلى الله عليه وسلم ويدعى محمد بن علي بن عباس البغدادي العطار .

"Hadis itu merupakan satu penipuan keatas Rasulullah SAW, dimana kelihatan perkataan / bahasa yang digunakan agak lemah dan ulama' telah mengatakan bahawa Hadis ini satu fabrikasi (yang diada-adakan) keatas Nabi SAW dan berbohong mengenai hadis ini dan merupakan penipuan keatas Nabi SAW sebagaimana yang dipanggil oleh Mohammad bin Ali bin Abbas Al-Baghdadi Al-'Athar. "

ونقل الحافظ ابن حجر كلام الإمام الذهبي وقال الحافظ زعم المذكور أن ابن زياد أخذه عن الربيع عن الشافعي عن مالك عن سمي عن أبي صالح عن أبي هريرة وقال الحافظ بن حجر : وهو ظاهر البطلان من أحاديث الطرقية ]. لسان الميزان 5/334.
ذكر الإمام بن عراق الحديث من ضمن الأحاديث المكذوبة على الرسول صلى الله عليه وسلم ونقل كلام الإمامين الذهبي وابن حجر ووافقهما على ذلك . تنزيه الشريعة 2/ 114.

Al-Hafiz menaqalkan perkataan Imam Al-Zahabi, kata Al-Hafiz : 'Dakwaan bahawa Ibn Zaid menerima dari Al-Arbi' dari Al-Syafie, dari Malik, dari Sami, dari Abi Sooleh dari Abi Hurairah, kata Al-Hadiz bin Hajar : Dia pada luaran/zahirnya terbatal dari perjalanan Hadis]. (Lisaan Al-Miizaan, 5/334). Al-Imam bin Iraaq menyebut bahawa hadis yang menipu Rasulullah SAW dan menaqalkan perkataan 2 Imam iaitu Al-Zahabi dan Ibn Hajar dan persetujuan mereka berdua. (Tanzih Al-Shariah, 2/114)."

Seterusnya Dr Husamuddin melarang penggunaan hadis ini,

ولا يجوز نشره على الناس ولا تعليقه في المساجد ، لأن ذلك من الكذب على الرسول صلى الله عليه وسلم

"dan tidak boleh disebarkan dan [yang kebiasaannya] ditampalkan di masjid-masjid, kerana ia merupakan satu pembohongan keatas Rasulullah SAW."
 Menurut bekas Mufti Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz bin Baaz :

أما الحديث الذي نسبه صاحب النشرة إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم في عقوبة تارك الصلاة وأنه يعاقب بخمس عشرة عقوبة الخ : فإنه من الأحاديث الباطلة المكذوبة على النبي صلى الله عليه وسلم كما بين ذلك الحفاظ من العلماء رحمهم الله كالحافظ الذهبي في " لسان الميزان " والحافظ ابن حجر وغيرهما .

"Mengenai hadis yang mana pengarang risalah itu mengaitkan Rasulullah SAW mengenai pembalasan-pembalasan keatas mereka yang meninggalkan solat, dimana ia mengatakan 15 siksaan dihantar keatasnya dsb.., Ini merupakan hadis yang direka-cipta dan batil yang dikaitkan keatas Nabi SAW, sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama' seperti Al-Hafiz al-Zahabi didalam Lisaan Al-Miizaan, dan juga Al-Hafiz Ibn hajar dan lain-lain" - Majalah al-Buhooth al-Islamiyyah (22/329).

Bekas Mufti Saudi selepas Bin Baaz, Sheikh Ibn Utsaimin pula berkata :

هذا الحديث موضوع مكذوب على رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يحل لأحد نشره إلا مقروناً ببيان أنه موضوع حتى يكون الناس على بصيرة منه

"Hadis ini Mawdhu' (palsu) dan batil yang dikaitkan kepada Rasulullah SAW. Tidak dibenarkan menyebarkannya, hanya jika ia ditulis dengan kenyataan bahawa hadis ini rekaan, agar orang yang membaca mempunyai pemahaman yang jelas mengenainya"

Fatwa yang dikeluarkan oleh al-Lajnah Al-Daaimah yang benombor : 8689 juga mengatakan bahwa hadis in batil sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Hajar didalam Al-Lisaan.... dan pada zahirnya batil dari perjalanan hadis-hadis sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Zahabi didalam Al-Miizaan.

Kesimpulannya ialah Hadis bagi orang yang meninggalkan solat akan dihantar ular yang bernama "Al-Syujaa'" semasa didalam kubur, termasuklah didalam hadis 15 siksaan keatas orang yang meninggalkan solat, dimana taraf hadisnya ialah Mawdhu' dan batil. Ulama' mengatakan apa yang diturunkan oleh Allah dan dinyatakan oleh Nabi mengenai pembalasan Allah SWT telah mencukupi. Wallahu a'lam.

---------------------
Rujukan :

1. Dr Husamuddin bin Musa Afana. حديث مكذوب في حكم تارك الصلاة . FatwaID=51455

2. Sheikh Ibn Utsaimin. Al-Fatawaa. Markaz Dakwah bi‘Anayzah[/b] - 1. ms 6.

3. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta - 4. Riyad : Dar Al-Mu'ayad, 2000. ms 480.

Untuk mengelakkan kita menggunakan hadis palsu untuk di sebarkan adalah sangat baik jika kita menggunakan ayat-ayat a-Quran dan hadis-hadis sahih untuk menceritakan azab kerana meninggalkan solat.

413. Soalan : ustaz..sya ada satu soalan...sah tak puasa seseorang tu (wanita) sekiranya dia berpuasa selepas habis haid tetapi masih tidak mandi wajib?..mohon penjelasan..saya selalu keliru bab ini..terima kasih..

Jawapan : 

Apabila seorang wanita habis haid perlu dilihat bila waktunya. Jika waktunya habis selepas waktu subuh jam 7 pagi di bulan Ramadan dia tak wajib berpuasa segerakan mandi untuk solat zohor, Jika habis haid dimalan hari jam 12 malam dia belum mandi dan niat puasa Ramadan, tanpa di sedari dia terbangun tidur jam 7 pagi maka di boleh teruskan puasa Ramadan segerakan mandi wajib dan solat qada subuh. Sama keadaannya jika suami isteri berjimak dimalam hari di bulan Ramadan, terjaga waktu pagi jam 7 pagi maka mereka boleh teruskan puasa dan segerakan mandi.

Puasanya sah jika dia yakin telah suci sebelum terbit fajar. Yang penting dia yakin bahwa dirinya suci, kerana sebagian mengira bahawa dirinya telah suci tapi ternyata belum. Maka dari itu, ada seorang wanita datang kepada Aisyah dengan membawa kapas, lalu memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kesucian. Aisyah berkata kepadanya, “Janganlah tergesa-gesa hingga kamu melihat kapas itu putih.” Maka, wanita itu harus berhati-hati hingga dia yakin bahawa dia telah suci. Jika dia telah suci, maka dia boleh berniat puasa walaupun belum mandi, kecuali setelah terbit fajar. Tetapi dia juga harus memperhatikan solat, sehingga dia segera mandi dan mengerjakan solat Subuh pada waktunya.

Saya pernah mendengar, ada sebagian wanita yang telah suci setelah terbit fajar atau sebelumnya, tetapi dia tidak segera mandi hingga setelah matahari terbit dengan alasan bahawa dia ingin mandi dengan sempurna, lebih bersih dan lebih suci. Cara semacam ini salah, baik di bulan Ramadan, mahupun di luar Ramadan, kerana yang wajib dilakukannya adalah segera mandi dan solat pada waktunya. Dia harus segera mandi wajib agar boleh melaksankan solat. 

Seperti wanita haid ini, jika ada wanita junub dan belum mandi kecuali setelah terbit fajar, maka tidak apa-apa dan puasanya sah. Begitu juga seorang laki-laki yang junub dan belum mandi kecuali setelah terbit fajar dan dia puasa, maka hukumnya boleh, kerana dijelaskan dalam sebuah hadis dari Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bahawas baginda menemui waktu fajar dalam keadaan junub kerana menggauli isterinya, lalu baginda puasa dan mandi setelah terbit fajar (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Wallahu a’lam.

414. Soalan : Ustaz sila huraikan tafsiran surah al-Maaidah ayat 93, yang bermaksud  "Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan yang soleh kerana memakan makanan yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertakwa serta beriman, dan mengerjakan amalan-amalan yang soleh, kemudian mereka tetap bertakwa dan beriman, kemudian mereka (tetap juga) bertakwa dan berbuat kebajikan. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.(Surah al-Maaidah (5) ayat 93)

Jawapan : 

Firman Allah SWT maksudnya, "Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan yang soleh kerana memakan makanan yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertakwa serta beriman, dan mengerjakan amalan-amalan yang soleh, kemudian mereka tetap bertakwa dan beriman, kemudian mereka (tetap juga) bertakwa dan berbuat kebajikan. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.(Surah al-Maaidah (5) ayat 93)

لَيْسَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جُنَاحٌ فِيمَا طَعِمُوا إِذَا مَا اتَّقَوْا وَآمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ ثُمَّ اتَّقَوْا وَآمَنُوا ثُمَّ اتَّقَوْا وَأَحْسَنُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ (93) 

Tafsirannya : 

Dalam ayat ini Allah SWT. menjelaskan keadaan orang-orang yang dahulunya pernah berjudi dan minum khamar, tetapi kemudian mereka beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, baik mereka itu masih hidup atau pun yang sudah meninggal dunia ketika turunnya ayat ini. Mereka itu tidak berdosa dan tidak akan di siksa kerana perbuatan-perbuatan mereka di masa yang lalu itu, selama mereka itu tetap bertakwa kepada Allah SWT. dan beriman kepada Rasul-Nya, taat kepada hukum-hukum yang telah diturunkan-Nya. Dan selanjutnya mereka tetap melakukan amal-amal soleh yang telah diwajibkan kepada mereka, seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya. Kemudian mereka tetap pula menjauhkan diri dari apa-apa yang diharamkan-Nya yang telah mereka ketahui, serta mereka tetap beriman kepada ayat-ayat-Nya yang menjelaskan hukum-hukum tersebut. Akhirnya mereka terus-menerus dalam ketakwaan serta meningkatkan amal-amal soleh mereka, iaitu dengan ibadah-ibadah sunah. 

Dalam riwayat Ibnu Munzir dari Said Ibnu Zubair disebutkan sebab turun ayat ini sebagai berikut: Bahawa beberapa orang sahabat telah datang menemui Rasulullah SAW. untuk mengajukan suatu pertanyaan mengenai orang-orang yang dahulunya pernah meminum khamar dan mereka telah mempersiapkan alasan-alasan yang akan mereka ajukan kepadanya, "Bagaimana pendapat Rasulullah SAW. mengenai Hamzah bin Abdul Muttalib, Mus`ab bin Umar dan Abdullah bin Jahsy, tidakkah mereka masuk syurga?" Rasulullah menjawab, "Benar, mereka akan masuk syurga." Lalu mereka berkata, "Bukankah mereka dulunya minum khamar? Mengapa khamar itu sekarang diharamkan kepada kami, sedang mereka itu masuk syurga padahal dulunya minum khamar?" Maka Rasulullah SAW. menjawab, "Allah telah mendengar apa-apa yang kamu katakan, jika Dia menghendaki nescaya Dia akan menjawabnya." Maka turunlah ayat (90) yang memberikan ketegasan hukum meminum khamar. Dan mengenai orang-orang yang mereka sebut tadi, iaitu Hamzah, Mus`ab dan Abdullah bin Jahsy, Allah SWT menurunkan ayat ini. 

Dengan demikian jelaslah bahawa perbuatan buruk yang dilakukan pada masa sebelum datangnya larangan Islam, atau sebelum mereka mengetahui adanya larangan itu, tidaklah menimbulkan dosa bagi mereka, asal mereka kemudian beriman, bertakwa dan mengerjakan amal-amal soleh, baik yang wajib mahupun yang sunah, dan mereka menjauhi sama sekali perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh agama. 

Pada akhir ayat tersebut Allah SWT. menerangkan bahawa Dia menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. maksudnya, Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya kepada orang-orang yang berbuat kebajikan itu, sehingga mereka bebas dari pengaruh buruk yang ditimbulkan oleh perbuatan judi dan khamar, misalnya kebencian, permusuhan dan kelalaian dalam mengingat Allah SWT, mengerjakan solat dan ibadah-ibadah lainnya.

415. Soalan : Boleh tak ustaz berikan doa-doa yang di ajarkan oleh Rasulullah SAW ketika kita menziarahi orang sakit?

Jawapan :

Terdapat beberapa doa untuk orang yang sedang sakit :

1. Dari Tsabit, ia berkata: Wahai Abu hamzah (Anas), aku mengeluh (padamu tentang sakit). Lalu Anas berkata: Maukah kalian saya bacakan doa (ruqyah) Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam? Ia menjawab: Ya. Lanjut Anas: (Doanya adalah)

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ، مُذْهِبَ الْبَاسِ، اشْفِ أَنْتَ الشَّافِى لا شَافِىَ إِلا أَنْتَ، شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا

“Ya Allah, Tuhan manusia, Penyembuh sakit, sembuhkanlah! Engkaulah Zat Yang Menyembuhkan. Tidak ada yang dapat menyembuhkan kecuali Engkau. Kesembuhan yang tidak menyisakan sakit.” (HR. Bukhari)

2. Dari Aisyah bahwasanya Rasulullah SAW pernah memohonkan perlindungan (pada Allah) dengan mengusapkan tangan kanannya (pada bagian yang sakit) sambil berdoa:

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ، أَذْهِبِ الْبَاسَ، اشْفِهِ وَأَنْتَ الشَّافِى لا شِفَاءَ إِلا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا

“Ya Allah, Tuhan manusia, hilangkanlah sakit (ini), sembuhkanlah ia, engkau adalah Zat Yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan (dari)Mu, kesembuhan yang tidak menyisakan sakit.” (HR. Bukhari)

3. Dari Aisyah bahwasanya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah membacakan doa ruqyah untuk orang sakit (dengan doa berikut):

اِمْسَحِ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ بِيَدِكَ الشِّفَاءُ لَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا أَنْتَ

“Hapuskanlah petaka (sakit)nya wahai Tuhan manusia, di tangan-Mulah kesembuhan. Tidak ada yang menyembuhkannya kecuali Engkau.”

4. Dari Aisyah, bahwasanya Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah mengatakan (doa) untuk orang sakit (dengan doa berikut):

بِسْمِ اللَّه، تُرْبَةُ أَرْضِنَا، بِرِيقَةِ بَعْضِنَا، يُشْفَى سَقِيمُنَا، بِإِذْنِ رَبِّنَا

“Bismillah, tanah bumi kami dengan air ludah sebagian kami, semoga disembuhkan orang sakit kami, dengan izin Tuhan kami.” (HR. Bukhari dan Muslim)

5. Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah menjenguk seorang badui (arab kampung), sebelumnya Rasulullah jika menjenguk orang sakit, baginda mengatakan doa ini:

لا بَأْسَ طَهُورٌ إِنْ شَاءَ اللَّه

“Tidak apa-apa, bersih/suci insya Allah” (HR. Bukhari)

Keterangan: maksud dari bersih/suci adalah semoga sakitnya dapat membersihakan (menghapuskan) dosa-dosanya.

6. Dari Ibnu Abbas dari Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam beliau bersabda: Barangsiapa yang menjenguk orang sakit yang sakitnya bukan kedatangan ajal, lalu ia berdoa di sisinya sebanyak tujuh kali, dengan doa berikut:

أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ

Aku memohon kepada Allah Yang Agung, Tuhan Arsy yang agung, agar menyembuhkanmu, maka Allah akan menyembuhkan dari sakit yang dideritanya (HR. Abu Dawud, dishahihkan oleh Al-Albani)

7.Dari Utsman bin Abil ‘Ash bahwasanya ia pernah mendatangi Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sedangkan ketika itu ia sedang sakit yang hampir mematikannya. Lalu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berkata letakkanlah/usapkanlah tangan kananmu (pada bagian yang sakit) sebanyak tujuh kali sambil berdoa (berikut):

بِسْمِ اللهِ بِسْمِ اللهِ بِسْمِ اللهِ أَعُوذُ بِعِزَّةِ الله وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

“Bismillah bismillah bismillah, aku berlindung kepada Allah dari kejahatan (sakit) yang aku dapati dan aku khawatirkan.”

Lalu Utsman berdoa dengan doa tersebut dan dihilangkan sakitnya oleh Allah. Ia senantiasa menganjurkan keluarga dan orang-orang untuk senantiasa berdoa dengan doa tersebut (HR. Muslim, Abu Dawud dan Ibnu Majah, dishahihkan Al-Albani)

No comments:

Post a Comment