Wednesday, March 19, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 73 (Sedekah Jariah, Mandi Bunga, Tidur Lampu Dipadam, Santau Berdosa Besar dan Hukum Murtad) .

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,    
Tanyalah Ustaz Siri 73 adalah menjelaskan persoalan sedekah jariah, mandi bunga, tidur lampu dipadam, santau berdosa dan hukum murtad .

421. Soalan : Ustaz..saya ingin bertanya tentang sedekah jariah..soalannya,boleh kah kita sedekah jariah untuk orang lain seperti ibu bapa,isteri,atau siapa-siapa saja?contohnya saya membantu wang kepada pihak yang membuat masjid atau surau..kalau rm100 saya beri,rm50 untuk diri saya,rm50 lagi untuk orang lain..boleh ustaz jelaskan?

Jawapan : 

Saudara boleh bersedekah untuk diri sendiri, ibu bapa, isteri atau siapa sahaja yang saudara niatkan samaada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia. Sedekah ada 2 jenis iaitu sedekah jariah dan sedekah biasa. 

Sedekah jariah adalah sedekah yang pahalanya berpanjangan seperti memberi tanah untuk wakaf dan pembinaan bagunan untuk masjid, sekolah agama, maahd tahfiz, rumah anak yatim dan tanah wakaf untuk kubur orang islam. Sedekah biasa adalah membatu fakir miskin, anak-anak yatim, sedekah untuk pengurusan masjid bayar bila air dan letrik, untuk pengajian ilmu, membantu pelajar miskin untuk melanjutkan pelajaran dan sebagainya. Kedua-dua sedekah ini mendapat pahala cuma sedekah pertama tadi pahalanya berterusan dan berpanjangan.

422. Soalan : Saya selalu jatuh motor ada orang kata saya perlu mandi bunga, adakah benar kata-kata tersebut minta penjelasan ustaz?

Jawapan : 

Dalam ajaran Islam tak ada mandi bunga untuk buang sial atau membuang sesuatu yang di anggap tak baik pada diri seseorang. Dalam Islam ada mandi wajib dan sunat untuk membersihkan diri daripada hadas besar atau membersihkan diri daripada kotoran, daki dan peluh. Orang mukmin yang bertakwa akan sentiasa lidah dan hatinya berzikir dan berdoa kepaad Allah SWT. 

Dengan banyak berzikir akan menjauhkan diri kita daripada bisikan syaitan kerana syaitan tak suka mukmin yang banyak berzikir, berdoa dan ingatkan Allah SWT. Malaikat rahmat akan suka pada mukmin yang bayak berzikir, berdoa, cakap baik-baik (bukan maki hamun dan cakap kotor) dan sentiasa mengingati Allah SWT. Ajal maut di tangan Allah SWT. Kita tak dapat menolak ketentuan Allah SWT tetapi jangan kita ketepikan ikhtiar dan usaha. 

Kita berdoa pada Allah SWT mohon keselamatan sebelum memulakan satu-satu perjalanan sebagai salah-satu ikhtiar kita sebelum kenderaan bergerak mengikut adab-adab tertentu di jalanraya. Selebihnya, kita hanya berserah dan bertawakkal pada Allah SWT.

Terdapat empat amalan perlu dilakukan oleh seorang mukmin untuk dijauhi kemalangan dan musibah (dengan izin Allah) iaitu :

1. Membaca doa keluar rumah.
2. Membaca doa naik kenderaan.
3. Membaca doa dijauhi musibah
4. Membaca doa untuk bermusafir.

Huraiannya :

1. Membaca doa keluar rumah :

Setiap keluar rumah hendaklah selalu membaca doa. Nabi SAW mengajarkan kita supaya menbaca doa ini :

بِسْمِ اللهِ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ.

(Bismillahi tawakaltu ‘alallahi laa haula walaa quwwata illa billah)

Maksudnya : “Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah. Tidak ada daya dan kekuatan selain dari Allah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Nasai )

2. Membaca doa naik kenderaan :

Nabi SAW mengajar kepada kita apabila hendak mulakan perjalanan perlulah membaca doa naik kenderaan :

(Subhanalladzi sakhara lana hadza wama kunna lahu muqrinin wainna ila robbina lamunqalibun...)

Maksudnya : "Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!" (Surah az-Zukruf ayat 13-14)

3. Membaca doa di jauhi musibah. 

Dari Abu Darda' r.a dari Nabi SAW bahawa baginda bersabda maksudnya ; "Barangsiapa diwaktu pagi dan petang membaca ; 'Hasbiallahu lailahaillahu alaihitawakkaltu wahuwarabbul 'arsilazim' (Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal. dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung ' (Surah at-Taubah ayat 129), tujuh kali, maka Allah akan mencukupi apa yang diinginkan dari perkara dunia dan akhirat." (Hadis Riwayat Ibnu Sunni dan Ibnu Asakil secara marfu').

Termasuk terhindar daripada musibah dan kemalangan atau di jauhi daripada gangguan sihir dan hasad dengki.

4. Membaca doa untuk bermusafir:

الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنْ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى ، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ

Maksudnya : “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga ”

423. Soalan : Ustaz, nak tanya, kenapa lampu-lampu perlu ditutup ketika hendak tidur seperti yang tertulis dalam hadis ini,mohon pencerahan Ustaz..

Jin tidak dapat membuka pintu yang sudah ditutup dengan menyebut nama Allah. Dalam sebuah hadis Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:” Tutuplah pintu-pintu, dan sebutlah nama Allah (ketika menutupnya), kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang sudah dikunci dengan menyebut nama Allah. Tutup jugalah tempat air minum (qirab dalam bahasa Arab adalah tempat menyimpan air minum yang diperbuat dari kuit binatang) dan bekas-bekas kamu (untuk masa sekarang seperti almari, bupet, peti sejuk dan lain) sambil menyebut nama Allah, meskipun kamu hanya menyimpan sesuatu di dalamnya dan (ketika hendak tidur), matikanlah lampu-lampu kalian “(Hadis Riwayat  Muslim).

Jawapan : 

Nabi kita tercinta, Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam memerintahkan kita untuk memadamkan lampu-lampu di malam hari (ketika hendak tidur), dan setelah beberapa tahun dilakukan pengkajian ilmiah modern tentang efek cahaya terhadap manusia dan lingkungannya, maka kajian itu mengatakan:" Sungguh benar Nabinya kaum kaum Muslimin." Maka mematikan lampu di malam hari adalah salah satu bentuk mukjizat ilmiah Nabawiyah yang melindungi manusia dan lingkungannya dan pencemaran cahaya, yang muncul disebabkan cahaya yang berlebih, yang mengenai tubuh seseorang di malam hari. 

Hadis-hadis Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam Tentang Masalah Ini 

Nabi kita yang tercinta, Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah memperingatkan kita tentang bahaya lampu, apabila kita membiarkannya menyala ketika kita tidur. Dan peringatan dari Nabi tersebut terdapat dalam banyak riwayat, di antaranya ada yang disebutkan alasan dari peringatan tersebut, yaitu khawatir terjadi kebakaran, dan sebagiannya lagi tidak disebutkan alasan dari perintah memadamkan lampu di malam hari, agar perintah tersebut berlaku umum, dan sebagai bentuk kasih sayang Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada seluruh makhluk di setiap tempat dan zaman. Di antara hadis-hads tersebut adalah sebagai berikut: 

Riwayat-riwayat yang disebutkan di dalamnya alasan untuk memadamkan lampu ketika hendak tidur di malam hari. 

1. Dari Abu Musa radhiyallahu 'anhu, dia berkata:

(احْتَرَقَ بَيْتٌ بِالْمَدِينَةِ عَلَى أَهْلِهِ مِنْ اللَّيْلِ فَحُدِّثَ بِشَأْنِهِمْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ هَذِهِ النَّارَ إِنَّمَا هِيَ عَدُوٌّ لَكُمْ فَإِذَا نِمْتُمْ فَأَطْفِئُوهَا عَنْكُم) رواه البخاري. 

" Pada suatu malam terjadi kebakaran di salah satu rumah penduduk di Madinah (ketika penghuninya tertidur). Lalu hal itu diceritakan kepada Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Baginda bersabda:" Sesungguhnya api ini adalah musuh kalian, kerana itu apabila kalian hendak tidur, maka padamkanlah ia lebih dahulu." (HR. al-Bukhari) 

2. Dari Jabir bin Abdullah radhiyallahu 'anhuma dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

(خَمِّرُوا الْآنِيَةَ وَأَجِيفُوا الْأَبْوَابَ وَأَطْفِئُوا الْمَصَابِيحَ فَإِنَّ الْفُوَيْسِقَةَ رُبَّمَا جَرَّتْ الْفَتِيلَةَ فَأَحْرَقَتْ أَهْلَ الْبَيْت) رواه البخاري. 

"Tutuplah tempat air kalian, pintu rumah kalian, dan matikanlah lampu-lampu kalian, kerana boleh jadi tikus akan menarik sumbu lampu sehingga mengakibatkan kebakaran yang menimpa para penghuni rumah." (HR. al-Bukhari) 

3. Dari Jabir bin Abdullah radhiyallahu 'anhuma bahwasanya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersada:

(غطوا الإناء ، وأوكوا السقاء ، وأغلقوا الباب ، وأطفئوا السراج . فإن الشيطان لا يحل سقاء ، ولا يفتح بابا ، ولا يكشف إناء . فإن لم يجد أحدكم إلا أن يعرض على إنائه عودا ، ويذكر اسم الله ، فليفعل . فإن الفويسقة تضرم على أهل البيت بيتهم) رواه مسلم. 

"Tutuplah oleh kalian bejana-bejana, rapatkanlah tempat-tempat minuman, tutuplah pintu-pintu, dan matikanlah lampu, kerana syaitan tak dapat membuka ikatan tempat minum, pintu, dan bejana. Jika kalian tak mendapatkan penutupnya kecuali dengan membentangkan sepotong batang kayu kecil di atas bejananya dan menyebut nama Allah, maka lakukanlah. Kerana tikus dapat merosak pemilik rumah dengan membakar rumahnya." (HR. Muslim) 

4. Dari Jabir bin Abdullah radhiyallahu 'anhuma bahwasanya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda :

(أغلقوا الباب وأوكوا السقاء وأكفئوا الإناء أو خمروا الإناء وأطفئوا المصباح فإن الشيطان لا يفتح غلقا ولا يحل وكاء ولا يكشف إناء وإن الفويسقة تضرم على الناس بيتهم) رواه مالك في موطأه و الترمذي في سننه و صححه الألباني. 

"Tutuplah oleh kalian pintu rumah, ikatlah kantong air tempat minuman, tutuplah bejana-bejana, dan matikanlah lampu, kerana syaitan tak dapat membuka pintu tertutup, melepas ikatan tempat minum, dan membuka bejana. Dan sesungguhnya tikus dapat merosak pemilik rumah dengan membakar rumahnya." (HR. imam Malik dalam al-Muwatha' dan at-Tirmidzi dalam Sunan-nya dan dishahihkan oleh al-Albani rahimahumullah)

424. Soalan : Saya nak tanya jika kita tahu ada orang nak santau kita boleh ke niat jahat untuk dia santau kita ni menjadi?

Jawapan : 

Semuanya berlaku dengan izin Allah SWT apabila kita sentiasa berzikir dan berdoa mohon perlindungan Allah SWT insyaa Allah santau tersebut tidak menjadi pada diri kita. Setiap pagi dan petang bacalah doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW : Rasulullah SAW berdoa diwaktu pagi dan petang :

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

Maksud: “Dengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

“Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud 4/323, At- Tirmidzi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat Shahih Ibnu Majah 2/332.)

425. Soalan : saya ingin menanyakan sesuatu dan besar harapan saya agar ustaz memberikan penjelasan melalui balasan pesan. Saya mempunyai kakak ipar wanita, dia menikah dengan seorang mualaf (suaminya ini awalnya kristen). Pernikahan pun sesuai dengan ajaran islam. 

Setelah beberapa tahun menikah, kakak ipar saya tersebut murtad (pindah agama kristen) begitupun dengan suaminya.

Yang menjadi pertanyaan saya :

1. Apakah mertua saya (ayah dari kakak ipar) mendapatkan dosa besar karena anaknya telah murtad?

2. Apakah pernikahan tersebut menjadi Haram?

Kerana saya pernah dengar bahawa seorang Ayah bertanggungjawab penuh terhadap anak perempuaanya, sementara disisi lain setelah menikah isteri menjadi tanggungjawab sepenuhnya seorang suami. Mohon penjelasaanya dari ustaz. Terimakasih

Jawapan : 

Apabila seseorang itu telah sampai akil baligh dia bertanggungjawab ke atas dirinya sendri. JIka dia murtad maka dia telah melakukan mugkar yang paling besar di sisi Allah SWT. Murtad adalah satu perbuatan yang paling keji dan hina . Paling dikutuk oleh Allah SWT kerana sesiapa yang murtad akan mendapat balasan neraka Jahanam mereka kekal di dalamnya.

Firman Allah SWT. yang bermaksud : "..Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat dan mereka itulah penghuni Neraka, mereka kekal di dalamnya."
(Surah Al-Baqarah ayat 217) Oleh kerana itu di dalam kesalahan jenayah islam yang dikenakan hukum hudud , salah satu jenayah yang akan dikenakan hukum hudud adalah Riddah (murtad) iaitu keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan. 

Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3kali) Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @ wang. Ayah tidak bersalah kerana kakak ipah yang keluar Islam adalah atas pilhannya sendiri. Apa yang perlu dilakukan hendaklah memujuk beliau dan suaminya untuk kembali kepada islam, mintalah bantuan daripada Jabatan Agama untuk di pujuk kembali beriman kepada Allah SWT.

Oleh kerana undang2 Islam tak berjalan maka cara nasihat dan pujuk rayu perlulah dilakukan secara hikmah. Sebagai pengajaran berhati-hatilah jika wanita muslimah hendak berkahwin dengan lelaki yang bukan Islam dan masuk Islam kerana sebab nak berkahwin. Banyak kes yang terjadi wanita tersebut tak mampu nak ajak suaminya kepada Islam sebenarnya. Berbeza dengan lelaki yang bukan Islam dia masuk Islam dengan kesedaran bukan kerana dorongan faktor perkahwinan, lelaki mualaf seperti ini biasanya lebih kukuh imannya daripada lelaki yang sudah lama Islam kerana faktor keturunan.


.


No comments:

Post a Comment