Friday, March 14, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 69 ( Tafsir Mimpi Hari Kiamat, Waktu-waktu Solat, Hukum Berdoa Tapi Tak Solat, Hukum Fasakh dan Mengaminkan atau Menjawab Salam di TV atau Radio.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 69 adalah menjelaskan persoalan tafsir mimpi hari kiamat, waktu-waktu solat, hukum berdoa tapi tak solat, hukum fasakh dan mengaminkan atau menjawab salam di TV atau radio.

401. Soalan :  Ustaz, saya kerap mimpi dan berulang-ulang tentang hari kiamat.. suasana kiamat dan diakhiri dengan kelibat seseorang memakai jubah dan bertongkat.. mimpi begini akan selalu datang berulang kali.

Jawapan :

Menurut Buku Tafsir Mimpi Menurut Islam Imam Ibnu Sirin apabila kita mimpi melihat kiamat di tempat itu akan tertegaknya keadilan ditempat tersebut. Akan jatuhlah orang-orang zalim dan akan terbelalah orang-orang yang di zalimi. kerana kiamat adaalah hari berlakunya pembalasan dengan adil.

402. Soalan : Bolehkan ustaz jelaskan waktu-waktu solat 5 waktu yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW. Solat qada adakah boleh dilakukan pada bila-bila waktu ?

Jawapan : 

Waktu-waktu solat yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW. 
Terdapat beberapa ayat Al-Quran yang menggariskan atau menerangkan keperluan ibadat solat dilaksanakan di dalam waktu tertentu serta menjadi dasar ketetapan wakru-wakru tersebut. Antaranya 

1. Firman Allah SWT maksudnya, "Sesungguhnya Solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang beriman, yang tertentu ivaktunya" (Surah An-Nissa'; ayat 103) 

2. Firman Allah SWT maksudnya, "Dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu , sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam, dan pada sebelah-sebelah siang, supaya engkau redha (dengan mendapat sebaik-baik balasan)" (Surah Taha; ayat 130). 

"Daripada Abdullah bin Amru r.a. bahawasanya Nabi SAW bersabda, "waktu zuhur bermula dari tergelincir matahari di mana bayang seseorang itu sama panjang dengan tingginya selagi tidak masuk waktu asar, waktu asar pula berakhir sehingga cahaya matahari menjadi kuning (matahari hampir terbenam), waktu sembahyang maghrib pula akan berakhir sehingga hilang awan merah dilangit sebelah barat. Waktu isyak pula berakhir sehingga pertengahan dari setengah malam. Waktu sembahyang subuh pula ialah dari terbit fajar sehingga terbit matahari".

Huraian Hadis : 

1. Waktu zuhur bermula dari tergelincir matahari sehingga bayang seseorang itu sama panjang dengan tingginya.

2. Waktu asar bermula dari bayang seseorang itu lebih panjang dari tingginya yang sebenar sehingga matahari hampir terbenam.

3. Waktu maghrib bermula ketika tenggelam matahari sehingga hilang tanda-tanda merah (syafaq) di sebelah barat.

4. Waktu isyak bermula dari hilang tanda-tanda merah (syafaq) dilangit sehingga pertengahan dari setengah malam.

5. Waktu subuh ialah bermula dari naik fajar hingga terbit matahari.

Solat yang paling baik adalah solat diawal waktu dan masih dikira solat pada waktunya apabila belum masuk waktu solat yang berikutnya.

Untuk solat qada boleh solat pada waktunya atau pada waktu-waktu yang lain. Contohnya solat qada subuh di buat pada waktu subuh selepas mengerjakan solat subuh pada waktunya. Atau pun mengerjakan solat qada subuh pada waktu duha atau waktu-waktu yang lain.

403. Soalan : Ustaz kalau setiap hambanya itu tidak solat tapi masih mengingati Allah...dan pada masa yang sama tidak solat tapi masih berdoa kepadanya...apa hukumnya....
Allah dengar ke rintihan hambanya? Adakah solat yang ditinggalkan dahuli wajib di qada?

Jawapan : 

Apabila seorang tak solat tetapi dia mengingati Allah SWT dan berdoa adakah Allah terima doanya? Dalam ajaran Islam ada hukum wajib, haram, makruh, sunat dan harus. Perkara paling penting adalah wajib iaitu di buat dapat pahala dan ditinggalkan dapat dosa. Haram pula dibuat dapat dosa dan ditinggalkan dapat pahala. 

Berdoa adalah sunat sedangkan solat adalah wajib. Secara asasnya amalan sunat tak akan diterima apabila yang wajib tak dibuat. Amalan yang pertama akan dihisab di akhirat adalah solatnya yang fardu, jika tak cukup solatnya yang fardu maka baru dilihat solat-solatnya yang sunat. 

Doa tak akan dimakbulkan oleh Allah SWT sebab meninggalkan solat adalah dosa besar dan pelakunya sedang mengerjakan maksiat kepaad Allah SWT. Jika masih diberikan rezeki itu sebenarnya istidraj (dikurniakan rezeki dengan marah) kerana banyak sudah keingkaran kepada Allah SWT.

Solat fardu yang telah ditinggalkan ulama menyatakan wajib di qada sebab itu adalah hutang kita kepada Allah SWT. Buatlah setakat kemampuan kita, apabila ada masa kerana Allah SWT Maha Mengetahui kemampuan hamba-hamba-Nya. Di samping solat qada banyakkan bertaubat dan beristighfar mohon ampun di atas kejahilan kita pada masa yang lampau dan banyakkan bersedekah, kerana sedekah yang di buat boleh menghapuskan kesalahan-kesalahan kita yang telah lalu dan masa kini yang tidak kita ketahui.

404. Soalan : Saya ada satu soalan untuk minta pecerahan dari ustaz .Saya bakal bergelar duda kerana isteri telah menfailkan fasakh,bolehkah saya terus bernikah lain atau ada syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam islam? 

Jawapan : 

Apabila isteri saudara telah memfailkan fasakh dan jika diluluskan oleh Mahkamah Syariah maka saudara tak boleh rujuk lagi dan jika hendak kembali semula perlulah bernikah semula seperti akad nikah pertama dengan mas kawin untuk isteri. Wanita yang bercerai hidup perlu beriddah selama 3 kali suci baru wanita tersebut boleh berkahwin semula. Lelaki tak ada iddah dan bila-bila masa yang sesuai boleh bernikah semula dengan wanita lain. Jika isteri yang diceraikan itu tidak berhak atau tidak layak mendapat bayaran mut’ah adalah sekiranya perceraian yang berlaku itu adalah melalui tuntutan fasakh dengan alasan terdapatnya aib (kecacatan) di pihak isteri atau aib di pihak suaminya.

Fasakh perkahwinan bermaksud membatal atau membubar pernikahan oleh sebab-sebab tertentu yang menghalang kekalnya perkahwinan tersebut. Fasakh sedemikian hendaklah dibuat melalui Perintah Mahkamah. Beberapa istilah digunakan dalam apabila membincangkan perkara fasakh. Antaranya:

~ Abu Zahrah menggunakan istilah al-Talaq bi al-Hukm al-Qadi [dalam kitab al-Al-Ahwal al-Syakhsiyyah 1957 Dar al-Arabiy hal. 347];
~ Wahbah al-Zuhayli pula menyebutnya sebagai al-Tafriq al-Qada'l [dalam kitab al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuh 1989, Juz. 7 Dar al-Fikr, hal. 509];

Prinsip perceraian fasakh ini terdapat didalam al-Quran yakni dalam Surah al-Baqarah ayat 231; al-Nisa' ayat 35; dan al-Nisa’ ayat 128. 

Firman Allah SWT maksudnya, "Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu mereka mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan cara yang ma’ruf atau ceraikanlah mereka dengan cara yang ma’ruf (pula).Janganlah kamu rujuki mereka untuk memberi kemudharatan, kerana dengan demikian kamu menganiaya mereka. Barangsiapa berbuat demikian, maka sungguh ia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Janganlah kamu jadikan hukum-hukum Allah permainan, dan ingatlah nikmat Allah padamu, dan apa yang telah diturunkan Allah kepadamu yaitu Al Kitab dan Al Hikmah. Allah memberi pengajaran kepadamu dengan apa yang diturunkan-Nya itu. Dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah bahwasanya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah al-Baqarah (2) ayat 231)

Firman Allah SWT maksudnya, "Dan jika kamu khawatirkan ada pengsengketaan antara keduanya, maka kirimlah seorang hakam dari keluarga laki-laki dan seorang hakam dari keluarga perempuan. Jika kedua orang hakam itu bermaksud mengadakan perbaikan, nescaya Allah memberi taufik kepada suami-isteri itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
(Surah An-Nisa' ayat 35)

405. Soalan :  ustaz, kalau di dalam rancanganTV dan radio terdapat membaca doa..adakah kita perlu juga tadah tangan untuk mengaminkan doa tersebut?. Begitu juga apakah hukum sekiranya penceramah atau juru acara di TV atau radio memberi salam, adakah kita wajib menjawabnya?

Jawapan : 

Jika rancangan tersebut dibuat secara langsung maka sunat kita mengangkat tangan dan mengaminkannya kerana doa ustaz yang membaca doa sedang berlaku secara langsung walaupun berada ditempat yang jauh. Malaikat juga sedang mengaminkan doa tersebut Jika rancangan tersebut ulangan tak di sunatkan. 

Sama juga apabila penceramah atau pengacara TV mengucapkan salam kita boleh menjawabnya.Jika siarannya langsung, disyariatkan menjawab salam, berdasarkan keumuman dalil yang menunjukkan wajibnya menjawab salam kepada setiap muslim. Hanya saja, statusnya wajib kifayah, jika sudah ada sebagian yang mengamalkan, yang lain menjadi gugur. Jika yang disiarkan adalah rekaman, tidak wajib menjawab salamnnya. (Fatwa Islam no. 128737).

Kesimpulan di atas, berdasarkan beberapa keterangan ulama berikut,

Pertama, keterangan An-Nawawi,

قال الإمام أبو سعد المتولي وغيره : إذا نادى إنسان إنسانا من خلف ستر أو حائط فقال : السلام عليك يا فلان ، أو كتب كتابا فيه : السلام عليك يا فلان ، أو السلام على فلان ، أو أرسل رسولاً وقال : سلم على فلان ، فبلغه الكتاب أو الرسول ، وجب عليه أن يرد السلام . وكذا ذكر الواحدي وغيره أيضا أنه يجب على المكتوب إليه رد السلام إذا بلغه السلام

Imam Abu Saad al-Mutawalli dan yang lainnya mengatakan, ‘Apabila seseorang memanggil orang lain dari balik tabir atau tembok, kemudian dia mengucapkan ‘Assalamu alaika, wahai fulan..’ atau ada orang yang menulis surat, dan ada kalimat salam, ‘Assalamu alaika, wahai fulan..’ atau ‘‘Assalamu ala fulan..’ atau dia menyuruh orang untuk menyampaikan salam kepada si fulan, kemudian surat atau utusan ini sampai ke sasaran, maka wajib bagi yang mendapatkannya untuk menjawab salamnya.

Demikian pula yang disebutkan oleh Al-Wahidi dan yang lainnya, bahwa wajib bagi orang yang menerima surat untuk menjawab salamnya, apabila pengirim menyampaikan salam. (Al-Adzkar, hlm. 247).

Kedua, keterangan Imam Ibnu Baz

Beliau ditanya tentang salam yang disampaikan oleh penulis di artikel, majalah, di buku, atau yang disiarkan di radio atau TV. Apakah wajib dijawab salamnya,

Jawaban Imam Ibnu Baz,

رد السلام في مثل هذا من فروض الكفاية ; لأنه يسلم على جم غفير فيكفي أن يرد بعضهم، والأفضل أن يرد كل مسلم سمعه لعموم الأدلة

Menjawab salam semacam ini hukumnya fardu kifayah, kerana dia menyampaikan salam kepada masyarakat. Sehingga cukup sebagian yang menjawab. Namun yang lebih afdhal, setiap muslim menjawab salam yang dia dengar, berdasarkan keumuman dalil. (Majmu’ Fatawa Ibnu Baz, 9/396)

27 comments:

  1. Assalamualaikum ustaz.. saya nak minta pencerahan tentang mimpi ibu saya. Ibu saya bermimpi arwah ayah saya pandang ke arah saya dengan pandangan yang tajam. Seolah olah beliau marah. Ibu mimpi 2 kali berturut-turut. Apakah makna mimpi itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah bermimpi awan mengeluarkan asap hitam berkepul2,lalu saya menjerit kepada orang sekeliling saya,
      Saya mengatakan hari kiamat akan tiba,separuh dari orang2 sekeliling saya dengar kata2 saya..mereka terus mengingati Allah SWT dengan memohon taubat,dan separuh lagi dalam kelalaian..meneruskan aktiviti seperti hal2 duniawi.aku mampu melihat suasana itu.
      Hingga sekarang saya ingat mimpi saya ni.

      Delete
  2. Asalamualaikum ustaz sy nak tnya apakh maksud mimpi sy kerap lg bermimpi hari kiamat..dan ketika itu sy di temani seorang kanak kanak pumpuan..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ustaz. saya ingat bertanya kan pada ustaz beberapa perkara yang saya ingin kata kan dan mimipikan dengan secara peribadi.

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum ustaz..Saya bukan nak bohong..Saya pernah bermimpi seorang lelaki bercahaya memakai jubah putih dan disitu hanya saya dan dia..Tiba2 ada al quran berwarna emas dihadapan saya..Lelaki itu suruh saya membaca buku tetapi saya menolak kerana malu..Dan dia memaksa saya kemudian saya menanggis memberitahu dia bahawa saya tidak pandai membaca tapi dia memaksa jugak..Apabila saya baca tiba2 mulut saya boleh membaca dengan lancar smbil mnanggis..Apa maksud mimpi ni ustaz??

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

  8. assalamualaikum uztad, saya bermimpi memotong kuku kaki seorang wanita yg saya suka, apa pertandanya ? terima kasih

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya. Saya kerap bermimpi tentag kiamat tetapi berlainan tempat ad yag di laut, ad yag dibagunan. Tetapi yag terbaru saya bermimpi ketika semua orang berpusu pusu turun dari bagunan mereka ad menyebut nama seseorang tapi saya x jelas nama tu. Mereka semua meminta saya untuk turun dari bagunan kerana akan ada orang datang dibagunan tersebut jika saya tidak berkumpul beramai ramai dibawah nama tersebut akan mensula sesiapa yang tidak turun dari bagunan.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya. Saya kerap bermimpi tentag kiamat tetapi berlainan tempat ad yag di laut, ad yag dibagunan. Tetapi yag terbaru saya bermimpi ketika semua orang berpusu pusu turun dari bagunan mereka ad menyebut nama seseorang tapi saya x jelas nama tu. Mereka semua meminta saya untuk turun dari bagunan kerana akan ada orang datang dibagunan tersebut jika saya tidak berkumpul beramai ramai dibawah nama tersebut akan mensula sesiapa yang tidak turun dari bagunan.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum ustaz.. Saya ingin bertanya . Saya bermimpi ada orang memberi salam sewaktu saya tidur, apabila saya sedar tiada orang di luar.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum ustaz.. Saya ingin bertanya . Saya bermimpi ada orang memberi salam sewaktu saya tidur, apabila saya sedar tiada orang di luar.

    ReplyDelete
  13. as salam ustaz , saya pernah beristikharah dan pada masa tu saya tenga putus cinta , saya cuba mendekatkan diri dengan Allah buat qiamulail , doa saya setiap kali qiamulail masa tu ialah sama ada jodoh saya dengan bekas kekasih atau orang lain dan meminta Allah mengizinkan tunjuk wajah jodoh saya. Selepas qiamulail beberapa hari kemudian , saya mimpi ada beberapa org lelaki duduk di atas kerusi panjang di taman , mereka semua berbaju melayu kemas dan saya tidak mengenali kesemuanya tp saya amat fokus terhadap seorg lelaki yg duduk ditengah dia seorg shj yg memakai baju melayu warna putih , mukanya shj yg bercahaya dlm mimpi tu dan keadaannya mcm baru lepas nikah dan mereka semua mcm sdg menunggu seseorang. Tak lama kemudian, saya nmpak diri saya muncul dr tepi dgn muka yg sgt bahagia,berbaju nikah serba putih juga bertudung memegang bunga (masa mimpi ini saya masih free hair). Mimpi ini rasa dlm 5 atau 10 saat mcm tu,mmg kejap sgt. Selepas bangun dr tidur mimpi tu sudah samar-samar dr ingatan saya. Masa itu saya terus ucap Alhamdulillah saya tak sangka yg saya akan bertudung masa nikah dan masa itu saya kata pada diri sendiri tak mungkin saya bernikah dgn lelaki yg tidak dikenali. Alhamdulillah kini saya bertudung. Saya ada usaha lagi untuk dpt petunjuk lagi tp tiada. Jadi saya nak tanya ustaz, mimpi ni petunjuk dr Allah ke? Saya masih single, selain berusaha dekatkan diri dgn Allah, ubah diri saya jadi lebih baik, adakah saya perlu berusaha cari lelaki itu yg kini telah samar dr ingatan atau pasrahkan je ?

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum Ustz sy ada trmimpi psl kiamat iaitu mtaharii akn timbul di seblah barat dan masa tu jga ada bulan yg keliling dia ada pelangi dan syy segera mengambil air wuduk , apakah mksd mimpi ini ustz ?

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum ustaz. Says pernah bermimpi hari kiamat. Waktu ITU maghrib jumaat. Do kaca TV digemparkan bahawa planet2 Dan matahari Serra galaksi disedut oleh satu lubang. Serta paksi planet Sudan pecan. Waktu ITU kami berpusu push untuk solat. Waktu says hendak ambil wudu tips tips bumi ni rasa laju sangat. Dan gelap. Do kaca TV menyatakan yang matahari telah tiada. Hanya eletrik yang menerangi bumi waktu ITU. Lepas ITU saya solat tapi rasa Herat dangat dan lambat macam graviti berat sangat. Adik saya bersama saya di bilik. Tiba Tiba kami madam melalui tempat terang. Waktu solat ITU saya terdengar bunyi binatang ramai sangat. Lepas ITU saya rasa madam bunyi air. Yang peliknya tempat saya berada tu tempat yang saya tak kenal. Bulan rumah saya. Tapi amatlah besar. Jadi, APA maksudnya ustaz

    ReplyDelete
  16. Ustaz..saya sering bermimpi berada di tempat tinggi dan terasa hendak jatuh.Saya juga bermimpi hal2 kotor seperti najis dan haiwan.Saya perempuan dan masih bersekolah.Adakah ia membawa makna burum bgmagi saya?Harap ustaz dapat membantu saya.Terima kasin

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum ustaz... baru2 ni saya bermimpi yg masjid al-aqsa runtuh... bntuknya sama tiang nya sama... apakah yg saya mimpi ini sudah berlaku sekarang?

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum ustaz. pru 14 baru habis.tp bercerita tentang mimpi saya. sy bemimpi pagi td. saya duduk bersama 3org sy agak kenal diwaktu kecil dan kini kami tidak pernah bertemu lagi..didalam mimpi tersebut kami sembanh kosong tiba tiba hujan lebat diluar dan kami duduk di berand. tiba tiba di depan beranda tu terjadi kekecohan. kebakaran dan org ramai cuba utk memadam kan Kebakaran. waktu yg sama ade seorang wanita memanggil saya utk mengambil bayi tanpa baju dr tangan nya.. mase tu saya masih dukung anak saya...jadi sy letak anak sy tu dan ambil bayi tersebut. bayi itu agak pelik kerana badan nya lembik seperti jelly, kepala nya besar sedikit, dan tapak kaki hitam. anak saya nangis dan sy kembali gendong anak saya dan sy selimut kan bayi tersebut lalu biar kan bersama kawan yg sy kenal mase kecil tu. dan tiba tiba saya berada didalam rumah yg ramai saudara mara. ap maksud mimpi sy dlm islam yr ustaz...sbb sy Bertemu org yg dah lama sy xjumpa dan bila saya bangun sy rase ketakutan tak tau kenapa

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum ustaz, saya bermimpi mengeluarkan jarum dalam jumlah yang banyak sambil diperhatikan arwah bapa saya. Apakah maksud mimpi saya ini? Saya khuatir.

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum ustaz, apakah ertinya jika bermimpi matahari jatuh dengan lajunya kebawah setelah ada 1 semacam cahaya lazer yang telah menembak ke arah matahari, selepas itu awan mulai gelap samar, slepas itu naiknya matahari dari arah berlawanan, selepas itu dengan pantasnya mari air membanjiri disetiap tempat...ramai orang menjerit2 sambil memekik2 melaungkan"ya allah, aku tak sempat bertaubat"stelah itu kami 3,4 orang menaiki sebuah perahu melalui lorong2 air dan berlabuh/singgah di satu daratan yang penuh dengan saudara mara...mereka disitu asyik membicarakan tentang hari kiamat... mohon penjelasan ustaz...

    ReplyDelete
  21. Asalamualaikum..ustaz.saya asmadi...apakah tafsir mimpi saya ..rambug saya digunting oleh seorang perempuan..belakang kepala dan tepi dibotakkan dan tinggalkan bhgian atas..sebelum gunting rambut tu saya memakai rambut palsu..

    ReplyDelete
  22. Assalammualaikum Ustaz. Saya seringkali bermimpi tentang hari Kiamat. Planet-planet lain jatuh ke Bumi. Matahari timbul sebelah barat. Bintang jatuh dari langit. Apakh tu petanda Ustaz?

    ReplyDelete
  23. Assalamua'laikum, ustaz saya ada mimpi selepas bangkit malam qiamullail, mimpi tu waktu duk dalam masjid semua orang solat tapi tak ikut kiblat, saya perbetul kiblat semua orang dalam masjid, dan saya tunaikan solat dan dari hadapan saf ada ular hijau line kuning mai kat saya patuk kaki saya kanan dan kiri dan dia patuk tangan kanan dan kiri saya, mula saya cuma hala tangan saya bagi isyarat yang saya sedang solat tapi bila dia patuk, saya cuba tangkap ular tu lepas solat. Lepas sebulan kemudian saya mimpi lagi dan time sama tapi mimpi kedua ni pasal ular hitam kecil lari dari saya dalam keadaan takut. Boleh ustaz tafsir maksud kedua- dua mimpi saya, Insyallah?

    ReplyDelete
  24. cter first mcm gini. smual brpunca carona . virus dy di disedup oleh langit. pstu skli ng mnusio dy sedup . ad manusia ditelam ad disedup . pstu tu bila azam didengar bnda tu dihntikn skjp . bila hbis azam tu trus jd mcm td .msa dlm kejdian org pgn tpm ng kucing. tpm ore kena sedup dh .tp ore lps jh tpm sbb xse v lps kucing, org hmpir nk disedup tp ore x disedup sbb pgn kucing . jd dlm mmpi tu org x ditelam atau disedup lg . org lain smua mti ng gtu jh . lps kjadian mmpi tu. trsdar trus ngiass xthu la npe����

    ReplyDelete
  25. assalammualaikum... boleh ustaz tolong ... saya bermimpi melihat beberapa kenalan jauh yg datang dgn mereka sendiri .. berselisih dengan saya , saya memberi salam.. tetapi tidak diendahkan mereka bahkan sengaja tidak menjawab salam saya tadi apakah maksud mimpi saya ustaz..

    ReplyDelete
  26. assalammualaikum ustaz , boleh tanyaaaa .. apa maksud mimpii kita memasak sesuatu makanan dan mencampurkan segumpal rambut ke dlam mknan trsbut .. lalu kita sndri yg memakan makanan trsebutt ..

    ReplyDelete