Friday, March 21, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 78 (Hadis Akhir Zaman, Menasihati Isteri Tutup Aurat, Mati Syahid, "Hantu" adalah Jin atau Syaitan, Cara Menghafal al-Quran dan Doa Keluar Rumah.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,    
Tanyalah Ustaz Siri 78 adalah menjelaskan persoalan hadis akhir zaman, menasihati isteri tutup aurat, mati syahid, "hantu" adalah jin atau syaitan, cara menghafal al-Quran dan doa keluar rumah.

446. Soalan : Saya ada mendengar ceramah mengenai hadis ketika di akhir zaman nanti terdapat bencana dan musibah di segerakan balasannya oleh Allah SWT sebabkan manusia meninggalkan ajaran Islam seperti perzinaan, penipuan di dalam perniagaan, tidak membayar zakat dan keenganan pemimpin Islam melaksanakan hukum-hukum Allah SWT. Bolehkan ustaz kemukakan hadis tersebut dan memberi huraiannya?

Jawapan :

Terdapat hadis daripada Rasulullah SAW :

سنن ابن ماجه: عَبْ
((يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ؛دِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ: أَقْبَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ:
1-    لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا.
2-    وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلَّا أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ.
3-    وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلَّا مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ، وَلَوْلَا الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا.
4-    وَلَمْ يَنْقُضُوا عَهْدَ اللَّهِ وَعَهْدَ رَسُولِهِ إِلَّا سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ.
5-    وَمَا لَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَّا جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ))

Maksudnya : "Ibnu Umar RA berkata: Rasulullah SAW datang kepada kami (pada suatu hari) kemudian Baginda bersabda: “Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (jika kamu telah mengerjakannya), maka tidak ada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah SWT, semoga kamu tidak melalui zaman itu.

Perkara-perkara itu ialah:

1. Tidak terjadi perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus-terangan melakukannya, melainkan akan berjangkit di kalangan mereka wabak penyakit menular (Ta’un) dengan cepat, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang terdahulu.

2. Tidak mereka mengurangkan sukatan, ukuran dan timbangan, kecuali mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.

3. Dan tidak mereka menahan zakat harta benda, kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak ada binatang (yang juga hidup di atas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah SWT.

4. Dan tidaklah mereka menyalahi janji Allah dan Rasul-Nya, kecuali Allah akan menurunkan ke atas mereka musuh yang akan merampas sebahagian dari apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Qur'an dan mereka memilih ayat atau hukum yang mereka mahu, maka (di waktu itu) Allah akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri."

(Hadis Riwayat Ibnu Majah, Sahih al-Jami’ as-Soghir: 7978)

Keterangan Hadis di atas menerangkan bahawa:

1. Wabak Taun yang berjangkit dan kolera serta penyakit kelamin yang begitu banyak merebak sekarang seperti Aids, HIV adalah disebabkan banyaknya terjadi perzinaan.

2. Sukar mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah disebabkan daripada rakyat yang mengurangkan sukatan, ukuran dan timbangan. Lalu terjadilah inflasi, barang naik harga, minyak naik, pendapatan tidak mencukupi, banyak pengangguran dan lain-lain kemorosotan ekonomi.

3. Kemarau panjang disebabkan tidak mengeluarkan zakat. Sesetengah tempat, walaupun hujan turut banyak, tetapi air tidak mencukupi untuk kegunaan, iaitu hujan tidak lagi membawa berkat bahkan membawa bala bencana pula!

4. Kuasa musuh mengambil sebahagian daripada apa yang dimiliki kaum Muslimin (seperti hilangnya kuasa ekonomi daripada tangan kaum Muslimin) disebabkan mereka mengkhianati janji-janjinya kepada Allah SWT, tidak mentaati perintah Allah. Atau bagi negara Islam lain mungkin penjajah atau pelabur asing yang akan menguasai ekonomi dan hasil kekayaan negeri. Rakyat akan merempat di bumi sendiri!

5. Perang saudara yang berlaku dalam kalangan kaum Muslimin disebabkan mereka mengabaikan hukum-hukum Allah SWTdan tidak menjadikan Al-Qur'an sebagai undang-undang di dalam kehidupan. Akan berlaku perpecahan dan perbalahan, perperangan dan pembunuhan sesama sendiri berleluasa.

447. Soalan : Jika kita sudah tegur isteri kita untuk menutup aurat tetapi dia masih tidak buat adakah dosa dia tetap kita tanggung?

Jawapan : 

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." 
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Jika kita sudah tegur isteri untuk menutup aurat tetapi dia masih tidak mahu menutup aurat maka dosa itu isteri akan tanggung sendiri, tetapi sebagai suami kita mesti teruskan menasihatinya jangan jemu dan putus asa kerana kesabaran kita berdakwah kepada isteri akan diberikan pahala oleh Allah SWT.

Jika isteri nusyuz (derhaka)  suami mestilah melakukan tindakan-tindakan berikut: bersabar menghadapi karenah isteri, memberi nasihat, pisahkan tempat tidur, memukul (pukulan yang ringan untuk mengajarnya).  Jika tidak berjaya krisis itu dirujuk kepada hakam untuk mencari penyelesaian. Jika ini juga tidak berhasil pilihan terakhir suami, jika dia mahu,  ialah menceraikan isterinya dengan talak satu.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar." (Surah an- Nisaa ayat 34)

447. Soalan : Bagaimana kedudukan umat Islam yang mati dibunuh oleh tentera kafir seperti di Palestin, di Syria, di Iraq dan di Mynmar?

Jawapan : 

Umat Islam yang mati di bunuh orang golongan kafir seperti Zionis di Palestin, golongan Syiah di Syria dan Iraq dan di Mynmar dan di mana-mana sahaja mereka akan mendapat syahid. Pada pandangan mata kasar kita rasa sedih tetapi hakikat sebenarnya Allah SWT cinta pada mereka yang mati dibunuh dengan kejam. Syurgalah untuk mereka semua insyaa Allah.
Firman Allah SWT yang bermaksud : "dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki" (Surah Ali-Imran ayat 169). 

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."

Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid." (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

448. Soalan : Adakah hantu yang popular di dalam masyarat melayu berupa makhluk yang hodoh itu adalah terdiri daripada jin atau syaitan?

Jawapan : 

Perlu jelas bahawa terdapat dua jenis makhluk sahaja di muka bumi yang berakal, bernafsu dan bermasyarakat iaitu makhluk jin dan manusia. Iblis dan syaitan adalah termasuk di dalam keturunan jin yang mana makhluk jin adalah di ciptakan oleh Allah SWT lebih awal daripada penciptaan Adam a.s. 

Di dalam masyarakat jin terdiri daripada jin Islam dan jin kafir. Jin kafir , iblis dan syaitan adalah termasuk di kalangan jin-jin kafir yang hidupnya merosakkan dan menggoda manusia hingga menyesatkan manusia. Siapa pula hantu, Ifrit, hantu raya, polong, toyol, lansur, pocong, pontianak, peleset dan jembalang tanah, ? Sebenarnya semua nama-nama tersebut yang popular dikalangan masyarakat melayu adalah terdiri daripada jelmaah jin-jin kafir dan syaitan terhadap rupa-rupa hodoh yang dipanggil hantu, polong, peleset, toyol dan sebagainya. Jin kafir juga selain daripada rupa bentuk "HANTU" mereka juga boleh menyerupa berbagai bentuk lain seperti berbentuk anjing hitam, kala jengking, ular, kucing hitam, dan sebagainya. 

Tidak ada roh orang yang meninggal dunia balik kerumah menjadi hantu yang menakutkan manusia kerana manusia yang telah meninggal dunia maka rohnya berada di alam barzakh (dinding) yang memisahkan alam dunia dengan alam barzakh)

Syaitan adalah berasal daripada keturunan iblis yang berkahwin dengan perempuan jin kafir hingga melahirkan anak-anak iblis dan keturunan iblis yang dipanggil syaitan. Semua syaitan adalah kafir dan menjadi makhluk perosak dan dilaknat Allah SWT. Jin kafir pula bukan semuanya menjadi pengikut syaitan kerana ada jin kafir yang masuk Islam sebagaimana manusia ada orang kafir masuk Islam. 

Di kalangan jin Islam pula mereka cukup taat kepaad Allah SWT, cuma ada juga sebahagian daripada jin Islam (jahat) yang terpengaruh dengan jin kafir sehingga bersyubahat menggoda manusia. Sama juga seperti manusia bukan semua orang islam baik tetapi ada juga dikalangan orang Islam yang jahat dan menganggu manusia lain.

Biasanya pengamal ilmu hitam dan sihir (bomoh) akan membuat perjanjian dengan syaitan dan jin kafir untuk melakukan sihir kepada orang yang dibenci atau mengambil upah daripada seseorang yang cuba menyihir musuhnya. Perbuatan bomoh tersebut yang mengamalkan ilmu hitam atau sihir adalah perbuatan syirik dan boleh merosakkan akidah. Inilah amalan yang sangat di suka oleh iblis, syaitan dan jin-jin kafir boleh menyesatkan orang yang beriman.

449.Soalan : Ustaz ada tak cara menghafal Al Quran supaya cepat mengingat....Saya ada menghafal surah2 tapi susah nak ingat..Hari ni hafal esoknya dah lupa...Ape masalahnya tu ustaz..?

Jawapan : .

Ulama cadangkan kita memakan kismis yang telah di doakan setiap pagi dan malam.Untuk meningkatkan daya ingat, ada beberapa hal yang boleh dilakukan, diantaranya adalah dengan memperbanyak jumlah makanan yang dapat berfungsi untuk meningkatkan daya ingat otak mulai dari buah-buahan seperti alpukat, sampai pada produk kesehatan seperti yogurt dan susu .

Dibawah ini adalah beberapa contoh makanan dan minuman yang dapat meningkatkan daya ingat otak.

1. Ikan 

Ikan merupakan sumber asam lemak omega-3, yang tidak hanya baik untuk jantung, tetapi juga membantu meningkatkan memori dan mengatasi depresi. Asam lemak omega-3 juga dapat meningkatkan fungsi sel otak. Temukan asam lemak omega-3 dalam makanan berikut: herring, salmon, tuna, mackerel, halibut, teri, dan sarden.

2. Teh hijau

Polifenol dalam teh hijau merupakan antioksidan kuat yang dapat mencegah kerusakan sel-sel otak. Teh hijau juga diketahui memiliki berbagai manfaat kesehatan, seperti meningkatkan memori dan memperlambat penuaan otak.

3. Berries 

Berries kaya akan quercetin, yang dipercaya dapat membantu fungsi sel-sel otak. Berries juga mengandung banyak antosianin, sebuah fitokimia yang bertugas untuk mencegah penurunan memori, terutama yang berhubungan dengan Alzheimer. Beberapa buah yang baik untuk otak adalah raspberry, apel dan blueberry.

4. Sayuran berdaun hijau

Sayuran berdaun hijau dipercaya dapat meningkatkan daya ingat dalam jangka panjang. Bayam, selada, brokoli, kembang kol dan kubis adalah beberapa jenis sayuran hijau yang mengandung banyak vitamin dan mineral yang dapat membantu menjaga kesehatan keseluruhan sistem tubuh.

5. Produk susu

Produk olahan susu kaya akan kalsium. Beberapa sumber yang kaya akan kalsium adalah susu, keju, mentega dan yogurt. Produk-produk ini dikenal ampuh dalam memelihara sel-sel otak. Secara khusus, yogurt mengandung asam amino tirosina , yang bertanggung jawab untuk meningkatkan meningkatkan daya ingat.

6. Air

Seperti kita ketahui, hampir tiga perempat dari otak kita adalah air. Jadi, perbanyak asupan air untuk menghindari dehidrasi. Dehidrasi boleh menyebabkan otak kita melepaskan hormon yang disebut kortisol yang membuat daerah di otak kita menyusut. Daerah tersebut bertugas untuk menyimpan informasi. Bayangkan jika daerah itu menyusut?

7. Madu 

Madu dikenal kerana khasiatnya yang dapat menyembuhkan segala penyakit. Ternyata, madu juga dapat meningkatkan memor otak lho. Satu sendok makan madu setiap pagi tidak hanya membantu Anda mengurangi berat badan, tetapi juga membantu dalam meningkatkan daya ingat.

8. Gandum 

Banyak manfaat atau khasiat yang boleh kita ambil dari gandum, selain beresiko lebih rendah dari penurunan kognitif yang boleh menyebabkan Alzheimer, gandum juga berkhasiat untuk meningkatkan daya ingat otak kita. Makan gandum beserta olahannya seperti sereal, wheatbrand, dan pasta gandum memberikan vitamin B12 dan B6 yang boleh meningkatkan dan mempertahan daya ingat otak kita.

9. Brokoli Brokoli merupakan sumber vitamin K, yang dikenal baik untuk meningkatkan fungsi kognitif serta kemampuan otak dalam berfikir.

10. Faktor usia.

Faktor usia adalah salah satu hal penyebab menurunnya daya ingat otak kita. Untuk meningkatkan daya ingat, tomat adalah buah yang cukup bermanfaat. Hal ini disebabkan tomat kaya akan Lycopene dan antioksidan yang boleh membantu melindungi terhadap jenis kerosakan yang diakibatkan oleh radikal bebas yang diakibatkan kerana faktor usia.

11. Kacang-kacangan

 Menurut the American Journal of Epidemiology, kacang atau pun selai kacang mengandung lemak yang baik untuk tubuh. Selain itu, kacang juga menjadi sumber vitamin E tinggi yang boleh menjaga tubuh tidak hanya dari serangan jantung tapi juga memperbaiki untuk sistem kerja dan meningkatkan daya ingat otak.

12. Blakcurrant .

Vitamin C pada Blackcurrent sudah dikenal memiliki kekuatan untuk meningkatkan ketangkasan mental dalam berfikir. Mampu menjaga otak dari racun dari lingkungan ataupun makanan, sehingga boleh mencegah terjadinya penurunan daya ingat.

13. Kuaci Biji Labu .

Meningkatkan daya ingat bisa dengan makanan yang mengandung zinc. Zinc baik untuk meningkatkan daya ingat dan memeilahara ketajaman otak dan pikiran. Zinc boleh ditemukan di kuaci biji labu.

14. Rosemary.  

Rosemary tidak hanya digunakan sebagai bumbu dalam salad dan topping. Rosemary juga berguna untuk meningkatkan kemampuan memori. Tanaman ini kaya akan antioksidan, yang mendorong perkembangan otak. Menariknya, bau dari bunga ini ternyata juga memiliki efek positif pada otak kita.

15. Coklat : 

Penelitian telah menunjukkan bahwa makan cokelat meningkatkan produksi endorfin, zat yang menyebabkan mood yang lebih baik dan merangsang memori. Juga cokelat mengandung jumlah moderat kafein, yang berhubungan dengan merangsang dan meningkatkan suasana hati kita. Namun berhati-hatilah, kerana coklat memiliki kalori cukup dan jika tidak dikonsumsi dalam jumlah sedang dapat menyebabkan penambahan berat badan. Sepotong kecil cokelat yang kaya Kakao merupakan solusi ideal dan sehat.

Inilah beberapa makanan atau minuman yang baik untuk otak. Hindari makanan segera atau yang memiliki lemak yang banyak.

Kedua : Amalkan doa-doa mohon pada Allah SWT supaya ingatan kita kuat untuk menghafal :

Doa kuatkan ingatan dan tidak mudah lupa.

1. DOA AGAR DIKURNIAKAN KEFAHAMANYANG BAIK DAN INGATAN YANG SEMPURNA SEWAKTU MENELAAH MATA PELAJARAN

(Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran samada dari buku atau nota)

(Allahummar zuqna, fahom nabiyyiina, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya:  "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

2. DOA KUATKAN INGATAN DAN TAK MUDAH LUPA.

Amalkan surah Al Israa' ayat 70. Masa Baca ayat tersebut letakkan tangan atas kepala.

Maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan."

Pastikan saudari membaca dan  mengulangkaji bacaan al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Selepas solat berdoa kepada Allah SWT semuga mendapat kejayaan dariNya

Abdullah bin Abbas r.a. berkata, "Saya pergi ke majlis Nabi SAW dan disana Sayyidina Ali k.w telah datang dan berkata, "Wahai Rasulullah, saya mengorbankan ayah dan ibu saya untuk tuan, ayat-ayat al-Quran tidak melekat pada hati saya. Apa-apa saja yang saya hafal tidak kekal dalam ingatan."

Nabi SAW bersabda maksudnya , "Hendakkah saya memberitahu kamu satu cara yang akan memberi manfaat kepada kamu dan kepada sesiapa yang akan kamu  sampaikan tentang hal ini serta apa-apa sahaja yang kamu pelajari akan terpelihara dalam ingatanmu?"

Diatas permintaan Ali k.w  Nabi SAW memberitahu, "Apabila tiba malam jumaat, sekiranya kamu mampu, bangunlah pada satu pertiga bahagian akhir malam. Masa itu masa yang paling baik kerana masa itu adalah masa para malaikat turun ke bumi dan masa yang khusus untuk penerimaan doa. Untuk menunggu masa tersebutlah Nabi Ya'akub a.s. berkata kepada anak-anaknya yang bermaksud, " Tidak lama lagi aku akan memohon keampunan untuk kamu daripada Tuhanku." (yakni  malam jumaat).

Setelah kita selesai solat tahajjud 4 rekaat , memuji Allah SWT, beristighfar, berselawat dan mohon keampunan untuk kaum Muslimin dan Muslimat baik yang masih hidup atau telah meninggal dunia maka teruskan membaca doa ini :

"Ya Allah, rahmatilah daku sehingga daku dapat meninggalkan segala maksiat selama Engkau menghidupkan daku. Rahmatilah daku supaya daku tidak menanggung apa-apa beban yang tidak memberi manfaat kepadaku. Kurniakanlah kepada daku pandangan yang baik terhadap amalan yang membawa daku kepada keredhaan-Mu.

Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, wahai Tuhan yang memiliki kehebatan dan kemuliaan serta kehormatan yang tidak mungkin dapat dicapai oleh sesiapapun. Wahai Allah, wahai yang Maha Pemurah, aku memohon dengan kehebatan dan nur wajah-Mu supaya Engkau menetapkan hatiku untuk menghafal kitab-Mu sebagaimana Engkau telah mengajarku. Dan kurniakanlah (taufik) supaya daku dapat membaca al-Quran dengan cara yang menyebabkan Engkau redha terhadapku. 

Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, yang memiliki kehebatan, kemuliaan dan kehormatan yang tidak dapat di capai (oleh sesiapapun), wahai Allah dan wahai Tuhan yang Maha Pemurah, aku memohon dengan kehebatan dan nur wajah-Mu supaya Engkau mencahayakan penglihatanku dengan nur kitab-Mu dan Engkau mengerakkan lidahku untuk menyebut al-Quran dan Engkau menghilangkan kesempitan hatiku dengan keberkesanan al-Quran dan Engkau lapangkan dadaku dengan keberkatan al-Quran.

Dan Engkau membasuh badanku dengan al-Quran (dari kekotoran dosa) kerana sesungguhnya tiada pembantu bagiku keatas perkara yang haq (benar) kecuali Engkau dan tidak ada yang mengurniakan perkara haq itu (kepadaku) kecuali Engkau. Dan tiada daya (untuk melakukan sebarang kebaikan) dan tiada upaya (untuk menjauhi sebarang kejahatan) kecuali dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung."

Selanjutnya, Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Wahai Ali, lakukanlah amalan ini sama ada 3 kali Jumaat, 5 kali Jumaat atau 7 kali Jumaat. Insya Allah doa kamu pasti akan dikabulkan. Demi Zat yang mengutuskan daku dengan kebenaran, doa ini tidak akan ditolak daripada mana-mana Mukmin."


Abdullah bin Abbas r.a. berkata, " Setelah berlalu 5 atau 7 minggu maka Sayyidina Ali k.w. telah datang ke majlis Nabi SAW. dan berkata, "Wahai Rasulullah, dahulu saya membaca lebih kurang 4 ayat, itu pun saya tidak dapat mengingat sedangkan sekarang saya membaca 40 ayat dan ayat-ayat itu dapat saya ingati sehingga seolah-olah al-Quran terbuka dihadapan saya. Sekarang, setelah saya mendengar hadis, apabila saya ingin menyampaikan hadis itu kepada orang lain, satu huruf pun saya tidak tertinggal."

450. Soalan : Apakah doa-doa yang patut kita baca apabial hendak keluar rumah untuk pergi kerja atau bermusafir?

Jawapan :  

Orang mukmin yang bertakwa akan sentiasa lidah dan hatinya berzikir dan berdoa kepaad Allah SWT. Dengan banyak berzikir akan menjauhkan diri kita daripada bisikan syaitan kerana syaitan tak suka mukmin yang banyak berzikir, berdoa dan ingatkan Allah SWT. Malaikat rahmat akan suka pada mukmin yang bayak berzikir, berdoa, cakap baik-baik (bukan maki hamun dan cakap kotor) dan sentiasa mengingati Allah SWT. Ajal maut di tangan Allah SWT. Kita tak dapat menolak ketentuan Allah SWT tetapi jangan kita ketepikan ikhtiar dan usaha. Kita berdoa pada Allah SWT mohon keselamatan sebelum memulakan satu-satu perjalanan sebagai salah-satu ikhtiar kita sebelum kenderaan bergerak mengikut adab-adab tertentu di jalanraya. Selebihnya, kita hanya berserah dan bertawakkal pada Allah SWT.

Terdapat empat amalan perlu dilakukan oleh seorang mukmin untuk dijauhi kemalangan dan musibah (dengan izin Allah) iaitu :

1. Membaca doa keluar rumah.
2. Membaca doa naik kenderaan.
3. Membaca doa dijauhi musibah
4. Membaca doa untuk bermusafir.

Huraiannya :

1. Membaca doa keluar rumah :

Setiap keluar rumah hendaklah selalu membaca doa. Nabi SAW mengajarkan kita supaya menbaca doa ini :

بِسْمِ اللهِ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ.

(Bismillahi tawakaltu ‘alallahi laa haula walaa quwwata illa billah)

Maksudnya : “Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah. Tidak ada daya dan kekuatan selain dari Allah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Nasai )

2. Membaca doa naik kenderaan :

Nabi SAW mengajar kepada kita apabila hendak mulakan perjalanan perlulah membaca doa naik kenderaan :

(Subhanalladzi sakhara lana hadza wama kunna lahu muqrinin wainna ila robbina lamunqalibun...)

Maksudnya : "Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!" (Surah az-Zukruf ayat 13-14)

3. Membaca doa di jauhi musibah. 

Dari Abu Darda' r.a dari Nabi SAW bahawa baginda bersabda maksudnya ; "Barangsiapa diwaktu pagi dan petang membaca ; 'Hasbiallahu lailahaillahu alaihitawakkaltu wahuwarabbul 'arsilazim' (Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal. dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung ' (Surah at-Taubah ayat 129), tujuh kali, maka Allah akan mencukupi apa yang diinginkan dari perkara dunia dan akhirat." (Hadis Riwayat Ibnu Sunni dan Ibnu Asakil secara marfu').

Termasuk terhindar daripada musibah dan kemalangan atau di jauhi daripada gangguan sihir dan hasad dengki.

4. Membaca doa untuk bermusafir:
الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنْ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى ، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ

Maksudnya : “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga ”

Doa itu adalah ibadah dan tanda kita berserah diri kepada Allah SWT. Doa itu adalah satu harapan kita memohon Allah SWT melindungi kita daripada musibah. Jika musibah datang juga maka itu adalah kehendak Allah SWT. Bagi sesiapa yang tak mahu berdoa dia sombong dan angkuh kepada Allah SWT dan dia rasa kudrat dia, ilmu dia dan kebijaksanaan dia boleh menyelamatkan dirinya sendiri.
Doa bukan setakat self-motivation tetapi doa lebih daripada itu kerana doa adalah jalan merapakkan hubungan hati dengan AllahSWT, doa boleh melahirkan sifat rendah diri dan tawaduk dan doa juga satu cara permohonan dan hajat hamba kepada AllahSWT untuk Allah SWT merubah qada dan qadar-Nya. Doa adalah senjata orang mukmin.Salman radhiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Tidak tertolak Qada' itu melainkan oleh doa dan tidak bertambah di dalam umur itu melainkan oleh kebajikan.”(Hadis riwayat Tirmidzi)

No comments:

Post a Comment