Monday, February 10, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 55 (Makan Buah-buahan Orang Bukan Islam, Masuk Syurga, Wanita Menjadi Imam, Tiada Paksaan Dalam Agama Dan Niat Masuk Islam)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 55 adalah menjelaskan persoalan hukum makan buah-buahan dibuat semnahyang oleh bukan Islam, isteri masuk syurga tanpa suami, wanita menjadi imam. tiada paksaan di dalam agama dan ada niat nak masuk Islam. 

331. Soalan : Saya nak tanya kalau ada kuih-kuih atau buah-buahan yang orang cina sembahyang boleh tak kita orang muslim makan? Terima kasih.

Jawapan : 


Setiap barang makanan atau buah yag telah dijadikan sebagai bahan pemujaan di situ telah menjadi makanan jin kafir dan syaitan. Walaupun nampak darisegi zahirnya seperti biasa hikikat sebenarnya barang tersebut telah di cemari dengan gelombang yang buruk dan kotor (daripada jin kafir dan syaitan) jika kita makan dikhuatiri gelombang buruk dan kotor itu masuk ke dalam badan kita menjadi darah daging kita maka memudahkan jin kafir dan syaitan menggoda kita. Oleh itu jauhilah semua barang yang telah dijadikan bahan pemujaan oleh orang musrik . Makan dan minulah barang yang halal dan baik yang ada di sekeliling kita.      
   
Barang itu dah jelas menjadi pemujaan iblis , jin atau syaitan. Air minuman yang terdedah Nabi SAW suruh tutup jika nak tidur waktu malam kerana dikhuatiri syaitan akan melakukan sesuatu keatas air kita, inikah pula barang makanan yang dijamu untuk syiatan lepas itu kita makan sisi makanan tersebut maka suatu yang buruk dan kotor. Imam An Nawawi berkata: "Para ulama' menyebutkan beberapa faedah dari perintah menutup makanan dan minuman, di antaranya yang ditegaskan pada hadis-hadis ini, iaitu:

1. Menjaganya (makanan dan minuman) dari syaitan, kerana syaitan tidak dapat menyingkap penutup makanan dan minuman sekali pun hanya dengan sebatang lidi.
2. Menjaganya dari wabah yang turun pada satu malam di setiap tahun.
3. Menjaganya makanan dan minuman dari terkena najis dan kotoran.
4. Menjaganya dari berbagai serangga dan binatang melata, kerana bisa saja serangga jatuh ke dalam bejana atau geribah, lalu ia meminumnya, sedangkan ia tidak menyedari kehadiran serangga tersebut, atau ia meminumnya pada malam hari, (sehingga ia tidak melihatnya) akibatnya ia terganggu dengan binatang tersebut." 

Imam An Nawawi juga menjelaskan bahawa syari'at menutup makanan dan minuman bukan hanya berlaku pada malam hari, akan tetapi juga berlaku pada siang hari, berdasarkan keumuman teks hadis di atas.

Dalam hadis lainnya, Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu anhuma berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ أَوْ أَمْسَيْتُمْ فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنْ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ وَأَغْلِقُوا الْأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا وَأَوْكُوا قِرَبَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ وَخَمِّرُوا آنِيَتَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ وَلَوْ أَنْ تَعْرُضُوا عَلَيْهَا شَيْئًا وَأَطْفِئُوا مَصَابِيحَكُمْ

“Bila hari telah senja laranglah anak-anak keluar rumah, kerana ketika itu syaitan berkeliaran. Dan bila sudah masuk sebahagian waktu malam maka biarkanlah mereka. Tutuplah pintu dan sebut nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup (dengan menyebut nama Allah). Tutup semua kendi kalian dengan menyebut nama Allah dan tutuplah bejana kalian dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya, dan padamkan lentera kalian (ketika hendak tidur).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW. pernah bersabda, “Tutuplah bekas makanan dan minuman kamu pada malam hari. Setiap tahun ada satu malam yang padanya diturunkan wabak. Tidak akan lalu (melintasi) wabak itu ke atas bekas makanan atau minuman yang tidak ditutup kecuali ia (wabak) masuk ke dalamnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Perkara yg jelas bukan kurafat kerana barang pemujaan adalah perkara yang perlu dijauhi oleh umat Islam. Jika dah makan bertaubatlah kepada Allah SWT jangn mengulagi lagi perkara tersebut.

Firman Allah swt dalam surah Al-An’am : 121 :

وَلا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ


“Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan”. Dalam ayat ini jelas larangan daripada Allah SWT memakan sembelihan yang tidak disebut nama Allah atau sebelihan itu di buat untuk pemujaan kepada jin atau syaitan. Boleh di kaitkan juga makanan yang lain berupa buah-buahan , coklat, gula-gula, kuih bulan dan sebagainya kita makan adalah hasil daripada sisi dibuat pemujaan kepada iblis, jin dan syaitan. Kita bukan berada di dalam keadaan darurat masih banyak lagi makanan yg boleh kita makan kenapa nak makan juga makanan hasil daripada sisi penyembahan orang kafir kepada tuhan mereka?

332. Soalan : Isteri boleh masuk syurga tanpa suami tetapi suami tak boleh masuk syurga tanpa siteri dan anak-anak? Betulkan perkataan ini?

Jawapan :


Tanggung jawab suami cukup berat untuk mendidik dirinya sendiri, isterinya dan anak-anaknya.Sabda Nabi SAW. maksudnya : "Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan do'a anak soleh yang mendoakannya" (Hadis Riwayat Muslim) 

Untuk merealisasikan maksud hadis di atas, maka berlumba-lumbalah para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat pengajian Tahfiz, pondok atau sekolah agama. Pada satu segi, tindakan ini boleh dikira sebagai satu sikap positif ibu bapa yang merasakan amalan mereka masih kurang cukup untuk membela nasib mereka di alam barzakh kelak. Oleh itu, langkah termudah ialah dengan menghasilkan anak-anak yang soleh yang mampu dan bakal mendo'akan mereka. 

Manakala pada satu sudut lain pula, ianya merupakan satu manifestasi rasa terima kasih ibu bapa terhadap ibu-bapanya dahulu yang sudah berjaya mendidik mereka menjadi anak yang soleh. Lalu anugerah soleh itu dipanjangkan kepada anak-anaknya sendiri agar kesolehan ini berterusan kepada generasi berikutnya.

Namun begitu, kita sebenarnya hampir terlupa akan satu aspek lain yang wajib dimiliki oleh ibu-bapa sendiri iaitu berdasarkan kehendak agama, bukan anak-anak sahaja yang perlu menjadi soleh, bahkan ibu bapa sendiri perlulah menjadi soleh dan solehah.

Allah Firman Allah SWT. maksudnya :" Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya."
(Surah al-Tur ayat 21)

Ayat di atas secara jelas menjelaskan kelebihan 2 hala di dalam hubungan ibu bapa dan anak cucu mereka di akhirat kelak. Orang-orang yang beriman akan ditempatkan di dalam Syurga bersama dengan ibu bapa serta anak cucu mereka sebagai salah satu bentuk ni’mat dan hiburan kepada mereka.

Bahkan Allah SWT. akan mengangkat darjat ibu bapa yang soleh kerana doa anak-anak mereka, begitu juga meninggikan darjat anak- cucu disebabkan amal soleh ibu bapa (Tafsir Ibn Kathir)).

Menurut Imam al-Razi, ayat ini juga menjadi bukti bahawa kasih sayang ibu bapa yang beriman berterusan sehingga ke akhirat (Tafsir al-Razi).

Walaubagaimanapun ni’mat ini hanya dikhususkan kepada ibu bapa dan anak cucu yang sama-sama beriman dan mati di dalam iman sahaja.

Jika suami sudah menjalankan kewajipan mendidik isteri dan anak-anaknya tetapi mereka masih enggan maka mereka akan jawab sendiri dihadapan Allah SWT. Terlepas amanah suami atau bapa kerana telah berdakwah dan mentarbiah ahli keluarganya.

333. Soalan : Ustaz saya nak tanya. Bolehkah perempuan menjadi imam kepada perempuan sahaja? Mohon penjelasan .

Jawapan : 

Wanita boleh menjadi imam untuk wanita sahaja. Wanita boleh iqamah untuk memulakan solat. Saf yang paling baik untuk jemaah bersama-sama wanita adalah yang pertama dan yang paling buruk adalah yang paling belakang. Apabila kaum wanita melaksanakan solat berjamaah yang diimami oleh seorang wanita maka sebagian ulama memandang baik, hal ini berdasarkan beberapa riwayat diantaranya riwayat dari Raithah Al Hanafiyah :


أَنَّ عَائِشَةَ أَمـــَّتْهُنَّ وَقَامَتْ بــــَيْنـــَهُنَّ فِيْ صَلاَةٍ مَكْتُوْبــــَةٍ ( رواه الدارقطني(

“Bahawasanya Aisyah pernah mengimami wanita-wanita pada salah satu solat wajib, dan beliau berdiri di antara mereka” (Hadis Riwayat Daraquthni) 

334. Soalan :  Ustaz.. saya kurang faham apa yang di katakan tiada paksaan dalam Islam.. perkataan itu ditujukan pada apa keadaan?

Jawapan : 

Para ulama semoga Alloh merahmati mereka– dalam tafsir ayat ini telah menjelaskan, bahawa ayat ini adalah pemberitaan yang bermakna larangan. Iaitu: Jangan kalian memaksa orang untuk memeluk agama Islam padahal dia tidak ingin masuk ke dalamnya. Kerana jalan yang lurus telah jelas, iaitu agama Muhammad SAW beserta para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik. Iaitu mengesakan Allah dengan segala bentuk peribadahan kepada-Nya, mentaati perintah-perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

(Telah jelas jalan yang lurus) dari jalan yang sesat adalah  agamannya Abu Jahal dan yang semisal dengannya, iaitu orang-orang musyrik yang menyembah (beribadah) kepada selain Allah, baik berupa patung, para wali, para malaikat, para nabi ataupun yang selain mereka.

Dan ini berlaku sebelum Allah SWT mensyariatkan jihad  untuk memerangi kaum musyrik, kecuali orang yang membayar jizyah dari kalangan ahlu kitab dan majusi. Berdasarkan hal ini, maka ayat ini khusus tentang ahlu kitab dan majusi jika mereka membayar jizyah dan tetap tunduk (dibawah kekuasaan Islam -pent). Maka mereka itu tidak boleh dipaksa untuk memeluk agama Islam, berdasarkan ayat yang mulia ini dan juga berdasarkan firman Allah SWT dalam surat at-Taubah:

قَاتِلُوا الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَا بِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلَا يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَلَا يَدِينُونَ دِينَ الْحَقِّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حَتَّىٰ يُعْطُوا الْجِزْيَةَ عَن يَدٍ وَهُمْ صَاغِرُونَ

“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Alloh), (iaitu orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk.” (Surat at-Taubah ayat 29)

Untuk orang muslim mereka kena patuh dengan hukum-hukum Allah SWT tanpa kecuali dan mereka tidak boleh keluar daripada agama Islam (murtad) jika mereka keluar mereka boleh dihukum bunuh (hukum terhadap golongan murtad).

335. Soalan : Ustaz..saya ada kawan non muslim,perempuan..beliau mempunyai niat untuk masuk islam..bagaimana cara terbaik untuk membantu beliau dalam berdakwah kepada kawan saya itu tadi..kami baru 18 tahun ?

Jawapan : 

Jika rakan saudari berhajat masuk Islam ajarkan dia cara-cara mengucap dan asas-asas iman dulu dan bawa jumpa ustaz atau bawa ke pejabat agama untuk memulakan pengislaman. Masuk Islam dulu walaupun dia belum mendalami Islam kerana proses pembelajaran boleh berjalan setelah dia masuk Islam. Perkara baik dan mulia jangan ditanggung-tangguhkan kerana terlalu banyak halangan dihadapannya. Dia tak perlu beritahu keluarganya untuk masuk Islam kerana ditakuti keluarganya tidak membenarkan perkara ini berlaku. 

Sahabat-sahabat kita berada diseluruh negara (NGO Islam untuk saudara baru) boleh memberikan bantuan pendidkan agama untuknya. Jika ada perkara yang perlukan bantuan pm saya insyaa Allah boleh kita sama-sama membantunya.

7 comments:

  1. Salam uztad saya hendak tanya ape hukumnya makan makanan cina?
    dan saya lihat di sekolah ada makcik berpakai tudung dan dia membantu cina untuk menjual makanannya tersebut.

    ReplyDelete
  2. Salam..saya nak tanya, kalau makanan yang dimasak oleh cina, apa hukum makanan itu??makanan itu dimasak dalam kuantiti yang banyak di mana sebahagiannya digunakan untuk upacara sembahyang..bolehkah kita makan baki yang tidak dihidangkan untuk upacara itu??

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum...saya nak tanya kalau saya dah termakan buah selepas orang cina buat sembahyang hari kuih bulan tu..adekah akan memudaratkan kesihatan saya??? seperti saya ade bacer kat atas memakan buah yg sudah di puja akan senang tuk setan atau jin masuk dalam badan :"( Allahhuakhbar takut saya :'( sebelum ni saya xpernah pon makan..first time makan sbb kawan cina opis ckp buah buat sembahyang kat dalam opis je bersih.. jadi dengan yakinnye saya makan lah apple sebijik..lepas makan baru hati sy terdetik nak google ape hukum makan buah lepas buat sembahyang

    ReplyDelete
  4. Salam saya nak tanya kalau saya bekerja di tempat cina, bolehkah saya solat di tempat tersebut?

    ReplyDelete
  5. Salam saya nak tanya kalau saya bekerja di tempat cina, bolehkah saya solat di tempat tersebut?

    ReplyDelete
  6. Salam saya nak tanya ustaz..kalau saya makan makanan tpi tak di sembahyangkan hantu tpi masa di bagi makanan tu dalam berkenaan upacara sembahyang apa hukumnya

    ReplyDelete
  7. ustaz saya nak tanya boleh ker saya makan makanan yang di buat sembahyang hantu ,tapi makanan tu semua dalam bentuk kering,masih berbungkus,dalam tin lagi..

    ReplyDelete