Monday, December 23, 2013

Tanyalah Ustaz Siri 30 (Hukum Berdua-duaan, Wadi'ah, Jiwa Yang Tidak Tenang, Di larang Doa Kepada Bukan Islam Dan Doa Mohon Jodoh.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 30 adalah menjelaskan persoalan hukum berdua-duaa, simpanan berbentuk wadi'ah, jiwa tidak tenang, dilarang berdoa untuk orang bukan Islam dan doa untuk mendapatkan jodoh.

146. Soalan : Ustaz saya mahu bertanya. Semua orang tahu couple itu haram,tapi masih ramai pulak orang couple.sampaikan anggap couple itu macam  orang sudah berkahwin sahaja.apakah hukumnya kalau macam itu?

Dan apa hukumnya kalau couple dalam alam maya, cuma couple dalam alam maya sahaja,tak ada jumpa?


Jawapan :



Berdua-duaan atau couple adalah haram perbuatan tersebut adalah menghampiri zina. Allah berfirman:“Dan janganlah kamu mendekati zina” (Surah Al-Isra’ ayat 32)

“Mendekat saja tidak boleh. Tahu maksudnya mendekat perzinaan? Ertinya dengan pergaulan yang bebas, rapat dengan perempuan yang bukan muhrimnya 
Sebab apa? Kalau nafsu sudah melonjak, orang akan jadi buta tuli. Justeru itu Allah tidak melarang kita “walaa taznuu” (dan jangan berzina) tetapi “walaa taqrabuz zina” (dan janganlah mendekati zina).


Mendekatkan diri kepada perzinaan saja (sudah) tidak boleh, apa lagi kita berzina. Lebih-lebih (tidak boleh). Couple di alam maya jika sembang yang boleh mendatangkan syahwat atau menaikkan cinta berahi maka ianya haram dan dilarang, ingatlah orang ke 3 adalah syaitan. Nabi SAW bersabda maksudnya : “Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana syaitan akan hadir sebagai orang ketiga.” (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, 1/18)

147. Soalan : Ustaz banyak perbankan menyatakan satu bentuk simpanan berlandarkan wadi'ah.Adakah ia terlah benar-benar praktik syarak dalam produk wadi'ah itu?

Jawapan :

Di dalam Bank Islam, Bank Muamalat atau Perbankan Islam di bank-bank di Malaysia semunya ada jawatankuasa syariah yang menentukan perjalanan urusniaga mematuhi syariah. Di haruskan kita menggunakan sistem tersebut dan tinggalkan sistem konvesional yang mengamalkan sistem riba yang diharamkan oleh Allah SWT.

Wadiah adalah salah satu skim dalam perbankan Islam yang dikhususkan untuk urusan simpanan. pihak bank adalah pihak pemegang amanah yang kita lantik untuk menjaga wang kita simpan dalam bank berkenaan.Penyimpan akan diberikan 'hibah' atas kadar tertentu, atas budi bicara pihak bank, sebagai satu penghargaan kerana membenarkan penggunaan simpanan penyimpan oleh bank. ia berlainan dengan skim Mudharabah yang mana skim mudharabah adalah lebih khusus kepada perkongsian dari keuntungan yang pihak bank laburkan dari wang yang kita salurkan kepada pihak bank. kedua-dua skim ini atau yang lainnya dalam sistem perbankan islam yang berasaskan fiqh muamalat adalah bebas dari unsur-unsur riba'. Setiap bank yang mengamalkan sistem ini terdapat didalamnya unit syariah untuk memastikan segala urusan yang berkaitan adalah patuh syariah. Untuk memastikan perbankan ini patuh syariah perlu kepada pengauditan. Selagi tiada penemuan daripada pihak tertentu yang mengatakan sesebuah bank itu tidak patuh syariah, maka dibolehkan untuk kita menggunkan produk ini di bank-bank yang ada menawarkan skim ini. Wallahua'lam

148. Soalan : Ustaz..Nak tanya sikit..Baru-baru ni jiwa saya parah dan kacau atas duniawi. Kehidupan tidak menentu, dan seseorang telah menyaran agar saya mengadu pada Allah SWT dengan cara mendirikan solat, membaca alquran serta berzikir.. Saya tak pandai membaca dalam bentuk tulisan arab.. Salahkan dan di terima tak oleh Allah SWT jika saya membaca kalimah-kalimah Allah itu yang telah di rumikan. (untuk solat dan zikir saja). Saya dalam proses permulaan iqra'.

Jawapan : 

 Alhamdulillah dan tahniah kepada saudara kerana dianugerahkan oleh Allah SWT hidayah dan keazaman untuk mendekatkan diri kepada Allah. Saudara adalah insan yang terpilih dan sesungguhnya dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT itu perlukan kita bermuhajadah( berusaha dengan sungguh-sungguh). Saya pasti dan percaya bahawa saudara telah mula belajar agar ibadat yang suadara kerjakan lebih sempurna dan diterima oleh Allah. Berhubung dengan kemusykilan suadara, manusia itu pada awal-awal perkembangannya boleh melafazkan kata-kata kemudian ketika umur tertentu barulah dia mula belajar menulis dan membaca. lihat sahaja kanak-kanak. Ini adalah contoh yang kita boleh lihat. Begitu juga dengan saudara-saudara baru ketika mula memeluk Islam, Pada diri mereka, sebaik sahaja memeluk Islam, telah diwajibkan untuk mereka menunaikan solat walaupun belum tahu lagi menulis, membaca dan juga melafazkan bacaan dalam solat. Saudara boleh melafazkan kalimah-kalimah zikir atau apa-apa ayat dalam al-Quran walupun belum boleh membaca tulisan Arab asal sahaja sebutan itu menepati maksud kalimah berkenaan. Saudara perlu berjumpa dengan mereka yang lebih mahir bagi memastikan sebutan kalimah tersebut adalah tepat. Insha Allah atas azam dan minat yang bersungguh-sungguh untuk mendekati Allah, sauadara akan dipermudaahkan. Semoga saudara akan terus dianugerahkan taufik dan hidayah dari Allah.

149. Soalan : Nak tanya ustaz. Betul ke kita haram mendoakan kebaikan untuk orang bukan Islam tetapi kita hanya boleh mendoakan dia mendapat hidayah...

Jawapan :


Kita dilarang mendoakan kebaikan atau diampunkan dosa-dosa mereka (orang bukan islam), tetapi kita boleh berdoa supaya Allah SWT memberikan taufik dan hidayah-Nya kepada orang bukan Islam kerana mungkin dia kawan kita, jiran kita atau rakan sepejabat. Firman Allah SWT maksudnya, “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-NYA, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.” (Surah AlQashash: ayat 56)

Kita wajib berdakwah kepada mereka dengan cara hikmah dan bijaksana dan perjelaskan kebaikan Islam dan ajaran Islam. Firman Allah SWT: Dan kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang Telah menunjuki kami kepada (syurga) ini. dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya Telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran." dan diserukan kepada mereka: "ltulah syurga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan." (surah al-A’raf, (7) ayat 43)

150. Soalan : Ustaz...saya nak tanya adakah doa khusus untuk memohon jodoh daripada Allah SWT?.Terima kasih..

Jawapan :


doa-doa untuk mendapat jodoh isteri yang solehah atau suami yang soleh : DOA DIMUDAHKAN MENDAPATKAN JODOH

1.Doa mendapatkan jodoh (isteri yang solehah)

"Rabbana hablana min azwaajina, wa dzurriyyatina qurrata a'yuniw, waj'alna lil muttaqiena imaamaa."

Maksudnya : "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami (isteri-isteri kami) dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-rang yang bertakwa." (Surah al-Furqan (25) ayat 74)

2.Doa agar dimudahkan dalam mendapatkan jodoh :

“ROBBI LAA TADZARNI FARDAN WA ANTA KHOIRUL WAARITSIN”.

Maksudnya : “Ya Allah janganlah engkau tinggalkan aku seorang diri dan engkau sebaik-baik nya Zat yang mewarisi”.

3. Doa bagi lelaki yang berharap jodoh :

“ROBBI HABLII MILLADUNKA ZAUJATAN THOYYIBAH AKHTUBUHA WA ATAZAWWAJ BIHA WATAKUNA SHOOHIBATAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH”.

Maksudnya : “Ya Robb, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi dan isteri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat”.

4. Doa bagi wanita yang berharap jodoh :

“ROBBI HABLII MILLADUNKA ZAUJAN THOYYIBAN WAYAKUUNA SHOOHIBAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH”.

Maksudnya : “Ya Robb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat”.

5. ALLAAHUMMAFTAHLII HIKMATAKA WANSYUR ‘ALAYYA MIN KHOZAA INI ROHMATIKA YAA ARHAMAR-ROOHIMIIN”.

Maksudnya : “Ya Allah bukakanlah bagiku hikmah-Mu dan limpahkanlah padaku keberkahan-Mu, wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

6. "ROBBI INNII LIMAA ANZALTA ILAYYA MIN KHOIRIN FAQIIR".

Maksudnya : "Ya Robb, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku”. (Surah al-Qashash (28) ayat 24)

7. “HASBUNALLOOH WANI’MAL WAKIIL NI’MAL MAULA WANI’MAN NASHIIR”.

Maksudnya : "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung, Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong". (Surah Ali-Imran (3) ayat 173)

8. “ROBBANAA HABLANAA MIN AZWAAJINAA WADZURRIYYAATINAA QURROTA A’YUN WAJ ‘ALNAA LIL MUTTAQIINA IMAAMAA”.

Maksudnya : "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami (isteri-isteri kami) dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-rang yang bertakwa." (Surah al-Furqan (25) ayat 74)



No comments:

Post a Comment