Friday, December 20, 2013

Tanyalah Ustaz Siri 26 (Iqamat Untuk Wanita, Qada Solat, Haiwan Peliharaan, Doa Untuk Buka Kedai dan Ilmu Hitam)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 26 adalah menjelaskan persoalan iqamat untuk wanita, tidak wajib qada orang koma, haiwan peliharaan, doa untuk kedai bukan Islam dan hukum memakai ilmu hitam.

126. Soalan : Ustaz. wanita solat sendiri kena baca iqamat ke ustaz? Harap ustaz boleh terangkan pada saya. Sebenarnya saya masih tak faham.

Jawapan :


Bagi kaum wanita yang hendak solat berjemaah , tidak di sunatkan azan kecuali disunatkan iqomat sahaja. Ini kerana meninggikan suara ketika azan bagi perempuan adalah sesuatu yang menimbulkan fitnah, tetapi tidak pada iqomat sebab iqomat dialunkan dengan suara lembut dan perlahan sekadar didengar yang ada sahaja. Iqomat adalah sunat sama ada didirikan solat fardhu secara sendirian atau berjemaah.

127. Soalan : Katakan saya telah koma dua hari,,,jadi saya tak solat sepanjang hari tu,,,lepas sedar wajib tak saya qada?

Jawapan :


Mufti perlis dengan merujuk kepada Fatwa al-Lujnah al-Daimah 6/21 (Fatwa Arab saudi) , bahawa orang yang koma tidak wajib qada solatnya yang tertinggal semasa koma. Imam Syafei pula menjelaskan bahawa syarat wajib sembahyang adalah berakal. Maka bagi yang orang gila atau mabuk tidaklah wajib baginya. Berkata Syafei, mabuk itu antaranya ialah orang yang cedera kata-katanya yang tidak teratur dan keluar rahsianya yang tersembunyi.

Berdasarkan pendapat Imam Ahmad b. Hanbal: wajib aada' secara mutlak apabila pengsan dan pendapat Imam Abu Hanifah: Jika dia pengsan di dalam lima waktu, wajib dia mengqadanya. Ini pendapat para imam mazhab, walau bagimana pun kita masih boleh berpegang pada pendapat imam Syafie yang tak wajib qada jika koma dan pendapat lujnah al-Daimah. Wallahu a'lam.

128. Soalan : Saya ada kemusykian tentag haiwan. saya baru kematian haiwan yang saya bela dalam setahun dan perasaan sayang saya pada dia sama macam saya sayang kan keluarga saya. tapa dalam 2 minggu lepas haiwan belaan saya mati/hilang waahuallam saya tak dapat nak pastikan. sejak dari tu saya selalukan solat hajat dan doa pada Allah minta petunjuk kepada saya dimana dan apa keadaan haiwan saya. di sebabkan sayang yang amat sangat, apa yang berlaku pada haiwan tu saya mula rasa bersalah sangat dan saya tak dapat buang perasaan bersalah .

Jawapan :


Sayang pada haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan perhiasan adalah satu sifat yang mulia. Tetapi janganlah sampai sayang kita melebihi kita sayangkan ayah ibu, adik beradik, suami atau sahabat-sahabat baik yang ada di sekeliling kita. Jika dia hilang atau mati tanpa kita tahu dan diluar kawalan kita maka bersabarlah janganlah sampai bersedih hingga melupakan kita kepada tanggungjawab kita sebagai hamba Allah SWT dan tanggung jawab kita sesama manusia. Jika yang ada sudah hilang carilah penggantinya. Terdapat hadis dari Nabi SAW yang menyatakan bahawa haiwan yang mencederakan haiwan lain akan di qisas dan kemudian haiwan tersebut menjadi tanah. Tidak terdapat nas yang menyatakan bahawa haiwan yg kita sayangi di dunia akan hidup bersama-sama kita di syurga. Kerana yg ada adalah suami dan isteri akan bertemu disyurga nanti dan isteri tersebut akan menjadi ketua bidadari dan terdapat beberapa bidadari akan bersama suaminya yang beriman dan bertakwa. Ada hadis yg menyatakan bahawa kita akan ditemukan dengan orang yang kita cintai di dunia dan kita juga akan dipertemukan dengan ayah ibu dan ahli keluarga kita dari keturunan di atas dan keturunan di bawah.

Untuk menunjukkan keadilan Allah SWT bahawa setiap yang melakukan kesalahan akan di adili di akhirat tetapi haiwan tak ada syurga neraka kerana mereka tak berakal seperti jin dan manusia.Sesungguhnya makhluk yang pertama kali diadili oleh Allah Ta’ala adalah binatang, bukan manusia ataupun jin. Allah Ta’ala berfirman:

وَإِذَا الْوُحُوْشُ حُشِرَتْ (5)

Maksudnya : “Dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan.” (QS. At-Takwir: 5), yakni dikumpulkan di hari Kiamat untuk diadili.

وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ طَائِرٍ يَطِيْرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلاَّ أُمَمٌ أَمْثَالُكُمْ مَا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِنْ شَيْءٍ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ يُحْشَرُوْنَ (38)

Maksudnya : “Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat (juga) sepertimu. Tiadalah Kami lupakan sesuatu apapun di dalam Al-Kitab kemudian kepada Rabb-lah mereka dihimpunkan.” (Surah al-An’aam ayat 38)

Syaikh Muhammad bin Sholih al-‘Utsaimin rahimahullah mengatakan, “Pada hari kiamat kelak, seluruh binatang akan dikumpulkan, sedangkan manusia menyaksikannya. Kemudian binatang-binatang itu diadili, sehingga binatang yang tidak bertanduk akan menuntut balas terhadap binatang bertanduk yang telah menanduknya di dunia. Setelah binatang tersebut diqisas, Allah akan mengubahnya menjadi tanah. Allah melakukannya untuk menegakkan keadilan di antara makhluk-Nya.” (Tafsiir Juz ‘Amma, hal. 70)

Hisabnya hewan ini disaksikan oleh para malaikat, orang-orang yang beriman dan juga orang-kafir. Setelah binatang diadili, Allah Ta’ala berfirman: “Jadilah tanah!” Maka binatang-binatang itu berubah menjadi tanah. Tatkala melihat hewan itu diubah menjadi tanah, orang-orang kafir itu mengatakan, “Alangkah baiknya jika aku menjadi tanah.” Inilah salah satu makna firman Allah Ta’ala:

وَيَقُوْلُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنْتُ تُرَابًا (40)


Maksudnya : “Dan orang kafir itu berkata, “Alangkah baiknya sekiranya aku menjadi tanah saja.” (Surah an-Naba ayat 40).

129. Soalan : Saya ada kemusykilan berkenaan dengan memanggil imam masjid dan kariah untuk membaca doa selamat/kesyukuran untuk majlis buka kedai menjual minyak jimat petrol orang yang bukan islam.. Dibolehkan ke ustaz? Terima kasih ustaz.

Jawapan :

Mengadakan majlis doa selamat di haruskan untuk membuka kedai baru tetapi bukan untuk kedai orang yang bukan Islam. Kita sedia maklum bahawa orang yang bukan Islam ini akan meggunakan berbagai cara haram seperti pinjaman perniagaan dengan riba, terdapat unsur-unsur penipuan bagi mereka itu bukan satu kesalahan besar dan hasil keuntungan tersebut mereka bebas untuk menggunakan untuk membantu agama mereka atau digunakan untuk perkara yang haram. Oleh itu jangan kita bersyubahat untuk mendoakan perniagaan seperti ini.

130. Soalan : Saya hendak bertanya apa hukum orang yang memakai ilmu hitam. Adakah solatnya akan diterima oleh Allah SWT dan adakah boleh menyebabkan syirik? 

Jawapan :



Mengamalkan ilmu hitam boleh membawa kepada syirik kerana seseorang yang mengamalkan akan menggunakan jampi serapah yang mengagongkan jin kafir atau syaitan dan akan meminta pertolongan mereka hingga mereka menjadi sombong dan pergantungan ini menyebabkan manusia lari daripada pergantungan kepada Allah SWT.Firman Allah SWT :
وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا)

Maksudnya : "Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.(Surah al-Jin (72) ayat 6)


Dalam ayat ini Allah SWT menyatakan pengakuan jin bahawa ramai manusia berlindung kepada laki-laki jin sehingga menyebabkan jin-jin itu bertambah ganas dan durhaka serta dapat dengan mudah menyeret orang-orang yang berlindung kepada mereka untuk berbuat kejahatan. Maksudnya, ketika orang-orang itu berlindung kepada jin kerana takut kepadanya dan tidak berlindung kepada Allah SWT, maka jin akan menghinakan mereka; dengan segala keberanian dan meningkatkan penganiayaan terhadap mereka.

Jika seseorang mendatangi bomoh dan mempercayai apa yang diucapkannya maka solatnya tidak diterima selama 40 hari maka orang yang mengamalkan ilmu hitam kekal di dalam syirik melainkan dia bertaubat kepada Allah SWT. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: “Barangsiapa datang kepada tukang tenung (bomoh), kemudian dia membenarkan perkataannya, maka sembahyangnya tidak diterima oleh Allah selama 40 hari.”(Hadis Riwayat Muslim).

No comments:

Post a Comment