Sunday, October 5, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 167 (Wuduk Sentuh Suami Dan Isteri, Tawaf Wida Pergi Beli Barang, Wanita Solat Perlu ada sutrah, air mutlak masuk tahi cecak dan batas aurat muka wanita.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 167 adalah menjelaskan persoalan wuduk sentuh suami dan isteri, tawaf wida pergi beli barang, wanita solat perlu ada sutrah, air mutlak masuk tahi cecak dan batas aurat muka wanita.


791. Soalan : Adakah wuduk batak sentuhan kulit di antara suami dan isteri?


Jawapan : 


Ulama berbeza pendapat mengenai hukum menyentuh kulit perempaun

ajnabi (yang halal dinikahi), apakah membatalkan wudhuk?

Menurut mazhab Syafi’i, hukumnya batal secara mutlak (tanpa syarat).

Ini termasuk dengan isteri sendiri.

Mazhab Maliki: Menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wuduk

jika dengan tujuan `talazzuz’ (berlazat-lazat), atau mendapat
kelazatan ketika bersentuhan.

Hanafi: Menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak, samada dengan tujuan talazzuz atau merasainya ketika bersentuhan.


Mengapa mereka berselelisih pendapat?


Ulamak Syafi’i berdalilkan, firman Allah Taala: “Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan.” (Surah al-Maidah ayat 6)


Mereka menafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas- dengan maksud bersentuhan (al-lams)


Hanafi pula menafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan. Penafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah, katanya: Bahawa Rasulullah SAW. mencium/kucupnya, sedangkan baginda berpuasa, dan sabdanya: "Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wuduk dan tidak membatalkan puasa (Hadis Riwayat Ishak bin Rahawiyah dan al-Bazzar)


Ada hadis lain riwayat al-Nasa’i dan Ahmada, juga dari Aisyah, katanya:

"Nabi mencium sebahagian dari isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang, dan tidak berwuduk."

Manakala Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh ulamak Syafi’i dan Hanafi.


(lihat: Dr Muhamad Bakar Ismail di dalam al-Feqh al-Wadhih minal Kitab was Sunnah, vol 1, hal 62)


Hadis berkenaan adalah bukti bahawa bersentuhan kulit tidak tidak batal. Namun para ulamak Syafi’i menolak kehujahan hadis berkucup/cium dengan mengatakan bahawa hadis berkenaan dha’if dan mursal. Manakala hadis bersentuhan kaki Aisyah dengan kaki nabi, mereka menolak kehujahan hadis berkenaan dengan mengatakan bahawa:


1. Mungkin ketika itu ada lapik/alas


2. Atau ia dikhususkan untuk nabi sahaja (tidak batal wuduk).


Mana satu pendapat yang rajih? Dr Wahbah al-Zuhaili dalam tarjihnya mengatakan bahawa penolakan ulamak Syafi’i mengenai hadis menyentuh kaki dengan mengatakan kemungkinan berlapik adalah sengaja diada-adakan dan bertentangan dengan realiti yang berlaku. Menurutnya lagi, yang paling rajih ialah pendapat yang mengatakan bahawa menyentuh perempuan ajnabi secara tiba-tiba atau yang tidak dalam keadaan bernafsu adalah tidak membatalkan wuduk. Manakala jika bernafsu, membatalkan wuduk


Maksud menyentuh ialah bersentuhan kulit dengan kulit. Tidak kira samada dengan telapak tangan atau ataupun anggota lain.


Hanya dalam mazhab Syafi’I mengecualikan penyentuhan kuku, gigi dan rambut. Mereka berpendapat bahawa anggota itu bukan tempat yang dizhankan syahwat. Oleh itu menyentuh anggota berkenaan tidak batal wuduk.


Cuma dalam masalah menyentuh zakar/faraj, para ulamak Syafi’I menetapkan sentuhan yang membatalkan wuduk ialah dengan telapak tangan, tidak dengan belakang telapak tangan atau anggota lain.


Kembali kepada masalah sentuhan yang membatalkan wuduk (selain dari zakar dan faraj):


Soal: apakah hukumnya air sembahyang itu jika ia bersentuhan kulit dgn kulit tanpa disengajakan antara suami isteri..?


Jawab: Menurut Syafi’I batal hukumnya. Manakala menurut Hanafi, Hanbali dan Maliki, tidak batal.


1. Daripada ‘Aisyah r.ha

كُنْتُ أَنَامُ بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرِجْلَايَ فِي قِبْلَتِهِ فَإِذَا سَجَدَ غَمَزَنِي فَقَبَضْتُ رِجْلَيَّ فَإِذَا قَامَ بَسَطْتُهُمَا

Maksudnya: “Aku pernah tidur dihadapan Rasulullah S.A.W. dalam keadaan dua kaki-ku di hadapan kiblat baginda (dan baginda sedang menunaikan solat), lalu apabila baginda hendak sujud, baginda memegang kaki-ku, lalu akupun menarik kaki-ku (untuk membolehkan baginda sujud), apabila baginda bangun, aku lunjurkan semula dua kaki-ku tadi.” (HR al-Bukhari)

2. Daripada ‘Aisyah juga:

فَقَدْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً مِنْ الْفِرَاشِ فَالْتَمَسْتُهُ فَوَقَعَتْ يَدِي عَلَى بَطْنِ قَدَمَيْهِ وَهُوَ فِي الْمَسْجِدِ وَهُمَا مَنْصُوبَتَانِ وَهُوَ يَقُولُ : اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ


Maksudnya: “Aku kehilangan Rasulullah S.A.W. pada suatu malam di tempat tidur-ku, aku meraba-raba mencari baginda, lalu dua tanganku tersentuh belakang kakinya, dan baginda di dalam masjid (sedang sujud menunaikan solat), kedua-dua kaki baginda itu ditegakkan, dan baginda membaca: “Ya Allah, aku memohon perlindungan dengan keredhaan-Mu dari kemurkaan-Mu, dan dengan kemaafan-Mu dari kemuerkaan-Mu.” (HR Muslim)


Zahir dari kedua-dua hadis ini jelas menunjukkan Nabi S.A.W. pernah menyentuh ‘Aisyah r.a. ketika baginda menunaikan solat. Demikian juga ‘Aisyah R.A. juga pernah menyentuh Nabi S.A.W. ketika baginda menunaikan solat. Jika sentuhan antara lelaki dan wanita itu membatalkan wudhu sudah tentu Nabi S.A.W. akan membatalkan solatnya disebabkan wudhu baginda terbatal kerana baginda telah disentuh oleh ‘Aisyah.

792. Soalan : Saya ingin bertanya kepada ustaz...Ibu saya dan saya telah menunaikan umrah 3 tahun lepas....selepas ibu saya menunaikan tawaf wida dia djemput rakannya membeli barang...ibu saya menolak diawalnya..tetapi rakan ibu saya adalah ustazah mengajak juga membeli pakaian untk kali terakhir d tanah suci mekah..yakin dengan ustazah itu ibu saya pon membeli pakain itu..
Ibu saya baru sahaja tadi mendengar yg mengatakn selepas tawaf wida tak boleh beli barang.. bagaimana ustaz adakah dkenakan dam ....atau kena pergi ke mekah semula untuk menunaikan tawaf wida ataupon kedua2nya..(3 tahun)

Jawapan : 


Membeli Pakaian tambahan dan juga menemani orang lain untuk tujuan membeli belah tidaklah termasuk perkara yang dibolehkan selepas perlaksanaan tawaf wida'. jika dilakukan, maka terbatallah tawaf wida' tersebut. Tawaf wida' adalah perkara wajib yang perlu dilakukan oleh seseorang yang meninggalkan baitullah lebih 2 marhalah. Jika seseorang itu masih berada di tanah suci hendaklah dia mengulanginya. Jika dia brada di tanah air hendaklah dia membayar dam kerana meninggalkan tawaf tersebut.. Bayar dam seekor kambing... sembelihan di tanah suci.


783. Soalan : Ustaz..seperti yg saya fahami,terdapat 3 perkara yg membatalkan solat (wanita) yakni Jika mereka dilintasi oleh keldai,anjing hitam dan wanita.Apakah yg perlu kami lakukan sedangkan ketika itu kami mengikut imam? Jazakallah ustaz.


Jawapan : 


Ketiga-tiga perkara tersebut tidak membatalkan solat kerana yang membatalkan solat adalah sepeti berikut : PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT


Sembahyang akan terbatal apabila seseorang yang bersembahyang melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut:


1. Percakapan yang disengajakan selain Al-Qur’an, zikir dan doa. Percakapan yang membatalkan itu sekurang-kurangnya terdiri daripada dua huruf atau lebih sekalipun tidak difahami maknanya. Begitu juga jika hanya satu huruf tetapi difahami maknanya.


2. Melakukan perbuatan atau pergerakan luaran yang banyak (lebih tiga kali) dan berurutan.


3. Gugur salah satu daripada syarat-syarat sembahyang. Antaranya:


a) Berlaku hadas sama ada kecil atau besar sebelum salam pertama secara sengaja atau tidak kecuali hadas yang berterusan seperti seorang yang berpenyakit buasir serius. Keluar angin melalui faraj.


b) Terkena najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan, pakaian atau tempat sembahyang tanpa sempat dibuang atau dielakkan serta merta sebelum berlalu tempoh tamakninah yang paling minima.


c) Aurat terbuka secara sengaja walaupun ditutup serta merta atau tidak sengaja tetapi tidak sempat menutupnya serta merta.


d) Dada terpesong daripada kiblat dalam keadaan sedar.


e) Orang yang bersembahyang menjadi gila, pengsan atau mabuk semasa melakukannya.


4. Berlaku kepincangan pada salah satu rukun sembahyang seperti dalam keadaan berikut:


a) Mengubah niat dengan berazam untuk keluar daripada sembahyang atau menggantungkan tamat sembahyang dengan sesuatu perkara.


b) Syak pada niat, takbiratul ihram atau pada jenis sembahyang yang diniatkan.


c) Merasa ragu-ragu atau syak sama ada telah memutuskan sembahyang atau tidak.


d) Sesuatu rukun diputuskan dengan sengaja seperti melakukan i‘tidal sebelum sempurna rukuk secara tamakninah.


e) Menambah mana-mana rukun dengan sengaja seperti menambah rukuk atau sujud.


f) Memanjangkan rukun yang pendek dengan sengaja.


5. Makan dan minum semasa sembahyang .


6. Ketawa, berdehem, mengerang kesakitan yang dilakukan dengan sengaja hingga mengeluarkan bunyi yang jelas sekadar dua huruf sekalipun tidak difahami.


7. Murtad walaupun dalam bentuk gambaran kasar bukannya secara hukmi.


Apabila kita solat berjemaah imam perlulah meletakkan penghadang (sutrah) di hadapannya atau jika kita solat bersendirian di masjid perlulah di letakkan sutrah supaya tidak ada sesiapa yang melintasi di hadapan kita.Sutrah adalah suatu objek setinggi kira-kira 1 pelana haiwan tunggangan yang diletakkan di hadapan orang yang solat sebagai penghadang atau pembatas. Jarak meletakkannya adalah kira-kira 3 hasta (3 kaki) di hadapan dari tempat berdiri (bagi yang bersolat tersebut). Atau 1 hasta (1 kaki) di hadapan dari tempat bersujud. (Aashlu Shifati Sholatin Nabi, 1/114 – al-Maktbah al-Ma’arif)


Selain merupakan suatu sunnah, ini turut bertujuan sebagai pembatas atau penghadang agar kesempurnaan solat tidak terjejas apabila ada orang atau seumpamanya yang melalu-lintas di hadapan ketika sedang bersolat.


Sunnah ini berdalilkan dengan hadis yang banyak antaranya sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:


إِذَا وَضَعَ أَحَدُكُمْ بَيْنَ يَدَيْهِ مِثْلَ مُؤْخِرَةِ الرَّحْلِ فَلْيُصَلِّ وَلَا يُبَالِ مَنْ مَرَّ وَرَاءَ ذَلِكَ


“Apabila salah seorang di antara kamu telah meletakkan sesuatu objek yang setinggi seperti pelana haiwan tunggangan di hadapannya (sebagai sutrah atau penghadang), maka solatlah dan jangan pedulikan siapa pun yang melintas di sebalik objek tersebut.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Solat, no. 241)


Tinggi pelana haiwan tunggangan dimaksudkan adalah sekira-kira 1 kaki lebih atau 40cm hingga 60cm.


Ini sebagaimana ditanya kepada ‘Atha’. Ibnu Juraij bertanya:


كم مؤخرة الرحل الذي سعل إنه يستر المصلي؟ قال: قدر ذراع


“Berapa tinggi pelana haiwan tunggangan yang dijadikan sutrah untuk solat?” ‘Atha’ jawab, “Sekira-kira satu hasta.” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah, no. 807)

Jika tak ada sutrah hand bag kita atau apa-apa objek boleh di letakkan di hadapan kita supaya tak ada siapa yang boleh melintasi di hadapan kita ketika solat.

Ibnu Rusyd rahimahullah (Wafat: 595H) mengatakan:


واتفق العلماء بأجمعهم على استحباب السترة بين المصلي والقبلة إذا صلى، مفرداً كان أو إماماً


“Para ulama telah berittifaq (sepakat) dengan ijma’ bahawa meletakkan sutrah di antara orang yang bersolat dengan kiblat adalah suatu yang disukai (mustahab) sama ada ketika solat sendirian atau sebagai imam.” (Ibn Rusyd, Bidayat ul-Mujtahid, 1/113)


Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:


يُستحبُ للمُصلي أن يكون بين يديه سترة من جداراً أو سارية أو غيرها ويدنو منها بحيث لا يزيدُ بينهما على ثلاثة أذرع


“Disunnahkan bagi orang yang solat supaya meletakkan sutrah di hadapannya, sama ada daripada tembok, tiang, atau yang selainnya dan mendekat kepadanya dengan jarak (antara dirinya dengan sutrah tersebut) tidak lebih dari tiga hasta.” (Raudhat uth-Thalibin, 1/294 - al-Maktabah al-Islami, Cet. 3)


784. Soalan : ustaz..nk tnye berkaitan dgn air yg bersih..Jika air yg kita tadah (koloh) tok mandi n berwuduk..tetiba ada pulak tahi cicak..


Adakah air itu boleh dgunakan tok mengambil wuduk dan mandi wajib.?


Sah kah sembahyang dan mandi hadas selama ini.?


Haruskah air tersebut d buang semuanya sedangkan air itulah yg dgunakan sehari-hari..


Jawapan : 


AIR YANG BERNAJIS


Pada macam air ini terdapat dua keadaan:

Pertama: bila najis itu merubah salah satu di antara rasa, warna atau baunya.

Dalam keadaan ini para ulama sepakat bahwa air itu tidak dapat dipakai untuk bersuci sebagai disampaikan oleh Ibnul Mundzir dan Ibnul Mulqin.


Kedua: bila air tetap dalam keadaan mutlak, maksudnya salah satu diantara sifatnya yang tiga tadi tidak berubah. Hukumnya ia adalah suci dan mensucikan, biar sedikit atau banyak.


Alasannya ialah hadis Abu Hurairah r.a katanya: "Seorang Badui berdiri lalu kencing di masjid. Orang-orang pun sama berdiri untuk menangkapnya. Maka bersabdalah Nabi SAW: Biarlah dia, hanya tuangkanlah pada kencingnya setimba atau seember air! Kamu dibangkitkan adalah untuk memberi kemudahan, bukan untuk menyukarkan. (Hadis Riwayat Jamaah kecuali Muslim)


Juga hadis Abu Said al-Khudri r.a. katanya : Dikatakan orang : "Ya Rasulullah, bolehkah kita berwuduk dari telaga Budha'ah (3) Maka bersabdalah Nabi SAW.: Air itu suci lagi mensucikan, tak satu pun yang akan menajisinya." (Hadis Riwayat Ahmad, Syafii, Abu Daud, Nasai dan Tirmidzi). 


Tirmidzi mengatakan hadis ini hasan, sedang Ahmad berkata Hadis telaga Budha'ah adalah shahih. Hadis ini disahkan pula oleh Yahya bin Ma in dan Abu Muhammad bin Hazmin.


Ini adalah pula pendapat dan Ibnu Abbas, Abu Hurairah, Hasan Basri, Ibnul Musaiyab, Ikrimah, Ibnu Abi Laila, Tsauri, Daud Azh-Zhahiri, Nakhai, Malik dan lain-lain. 


Gazzali berkata : Saya berharap kiranya madzhab Syafii mengenai air, akan sama dengan madzhab Malik.


Rujukan


Al-fiqh As-Sunnah


Syarah Jalalludin al-Mahalli, vol. 1


Berdasarkan huraian di atas jika tahi cecak jatuh ke dalam kolah dan tak merubah bau, rasa dan warna maka air tersebut tetap mutlak dan boleh di gunakan untuk berwuduk dan mandi hadas besar.


785. Soalan : Bagaimana batas-batas aurat muka yang wajib di tutup. Adakah dagu wanita aurat?


Jawapan : 

Dagu wanita tidak termasuk di dalam aurat. Bahagian bawah dagu wanita adalah aurat. yang wajib ditutup. Ini kerana bahagian tersebut tidak termasuk dari batas-batas wajah yang boleh dibuka. Maksud bawah dagu adalah daging yang terdapat di antara leher dan dagu. al-Syirazi berkata:

والوجه ما بين منابت شعر الرأس إلى الذقن ومنتهى اللحيين طولاً، ومن الأذن إلى الأذن عرضاً

Maksudnya: “Dan wajah itu apa yang ada diantara tempat tumbuh rambut kepala hingga ke dagu dan hujung kedua-dua rahang, secara panjang. Lebarnya pula dari telinga hingga ke telingan satu lagi.”

Kata al-Nawawi di dalam al-Majmu’ ketika memberi komentar kepada perkataan al-Syirazi ini:

هذا الذي ذكره المصنف في حد الوجه هو الصواب الذي عليه الأصحاب ونص عليه الشافعي رحمه الله في الأم

Maksudnya: “Yang disebut oleh penulis (al-Syirazi) tentang batas wajah, ianya benar seperti pandangan al-Ashab, dan telah dinyatakan perkara ini oleh al-Syafie RH di dalam kitabnya al-Umm.”

Tudung perlu labuh yang menutup kedua payu dara. Tudung perlu longgar sedikit bukannya tudung yang ketat sehingga nampak bentuk tubuh wanita. Baju pula mestilah longgar dan tak boleh potongannya ketat, nipis dan jarang. Di pergelangan tangan mestilah di butangkan (di pinkan) supaya tak nampak kulit lengan. Jika pakai baju kurung yang tak di pinkan perlu pakai sarung lengan supaya kulit lengan tak kelihatan.

No comments:

Post a Comment