Saturday, May 10, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 110 ( Ibu Pilih Kasih, Ciri-ciri Sifat Sombong, Taubat Nasuha, Wali Nikah dan Ucapan Salam Kepada Bukan Islam)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 110 adalah menjelaskan persoalan ibu pilih kasih, ciri-ciri sifat sombong, taubat nasuha, wali nikah dan ucapan salam kepada bukan Islam

606. Soalan : Saya nak tanya apa hukum ibu ada sikap pilih kasih pada anak-anak.. dan apa yang harus di lakukan jika anak menjadi mangsa pilih kasih.. wajar kah anak itu meninggalkan ibu nya?.. Mohon ustaz jelaskan tentang pertayaan saya.. trima kasih..

Jawapan : 

Sebagai ibu bapa Nabi SAW melarang berlaku tak adil dengan anak-anaknya. Jika sifat ini ditunjukkan oleh ibu bapa kepada anak-anak maka sifat inilah yang menyebabkan anak-anak rasa kecil hati. Anak-anak yang merasai kecil hati tak boleh tinggalkan ibunya, ibu tetap ibu dunia dan akhirat.Pengorbanan ibu bapa sebenarnya telah ditegaskan oleh Allah Taala dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” [Surah Luqman ayat: 14]

Maka, soal kebaktian seorang anak terhadap ibu bapanya perlu diutamakan dan diletakkan sebagai tugas yang penting untuk dilaksanakan. Menjelang hari tua, ibu dan bapa kita akan lebih mendalam kerinduan terhadap anak yang pernah dibesarkannya.

Haram melebihkan pemberian kepada sebahagian anak tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan dari anak-anak yang lain. Ini merupakan pandangan yang masyhur bagi ulama mazhab Hambali. Dalil mereka adalah seperti berikut:

Dalil menjelaskan ibu bapa perlu bersikap adil : Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada al-Nukman bin Basyir (النعمان بن بشير ) RA yang berkata:

إن أباه أتى به رسول الله r، فقال: إني نحلت ابني هذا، غلاما كان لي، فقال رسول الله r: (( أكل ولدك نحلته مثل هذا؟ )) [وفي رواية لمسلم: (( أكل بنيك نحلت؟ ))] فقال: لا، فقال رسول الله r: (( فأرجعه )). رواه البخاري ومسلم

Maksudnya: “Sesungguhnya bapa beliau membawa beliau kepada Rasulullah SAW, dan berkata: Sesungguhnya saya telah berikan kepada anak saya ini seorang khadam milik saya. Rasulullah SAW bersabda: Apakah bagi setiap anak engkau berikan pemberian seperti ini? beliau menjawab: Tidak. Jawab Rasulullah SAW: Pulangkannya semula.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di dalam riwayat lain di sisi Imam al-Bukhari dan Muslim juga dinyatakan:

أن النعمان بن بشير قال وهو على المنبر: أعطاني أبي عطية، فقالت عمرة بنت رواحة: لا أرضى حتى تشهد رسول الله r، فأَتَى رسولَ الله r فقال: إنِّي أعطيتُ ابني من عمرة بنت رواحة عطية، فأَمَرَتْنِي أن أشهدك يا رسول الله، قال: (( أعطيت سائر ولدك مثل هذا ؟ )) قال: لا، قال: (( فاتقوا الله، واعدلوا بين أولادكم )) قال: فرجع فرد عطيته.

Maksudnya : “Bahawa suatu hari ketika al-Nukman bin Basyir berada di atas mimbar, dia berkata: Suatu hari bapaku memberi kepadaku satu pemberian. Lalu ‘Amrah binti Rawahah (Isteri kepada Basyir dan ibu kepada al-Nukman) berkata: Saya tidak redha (pemberian ini) sehinggalah kamu terlebih dahulu menjadikan Rasulullah SAW saksi terhadapnya. Lalu bapaku pergi berjumpa Rasulullah SAW dan berkata: Sesungguhnya saya telah berikan kepada anak saya bersama ‘Amrah binti Rawahah ini satu pemberian, akan tetapi ‘Amrah meminta saya menjadikan tuan sebagai saksi wahai Rasulullah. Tanya baginda kepada beliau: Engkau telah berikan kepada semua anakmu pemberian yang sama? Jawab beliau; Tidak. Sabda Baginda SAW: Bertakwalah kamu kepada Allah, dan berlaku adillah diantara anak-anakmu. Kata al-Numan: Lalu bapa saya pulang dan menarik semula pemberiannya.”

Di dalam al-Bukhari dan Muslim juga terdapat riwayat yang menyatakan:

أن أمّه بنت رواحة، سألت أباه بعض الموهبة من ماله لابنها، فالتوى بها سنة، ثم بدا له، فقالت: لا أرضى حتى تُشهِد رسولَ الله r على ما وهبت لابني، فأخذ أبي بيدي، وأنا يومئذ غلام، فأَتَى رسولَ الله r فقال: يا رسول الله، إن أمّ هذا بنت رواحة، أعجبها أن أشهدك على الذي وهبت لابنها، فقال رسول الله r: (( يا بشير ‍ ألك ولد سوى هذا؟ )) قال: نعم، فقال: (( أكلهم وهبت له مثل هذا ؟ )) قال: لا، قال: (( فلا تُشْهِدْنِي إذًا، فإني لا أشهد على جَوْر )).

Maksudnya: “Bahawa ibu kepada al-Nukman yang bernama ‘Amrah binti Rawahah bertanya kepada bapa al-Nukman berkenaan sebahagian pemberian yang akan diberikan kepada anaknya, lalu bapanya menangguh pemberian tersebut selama setahun, kemudian ia berikan pemberian tersebut kepada al-Nukman. Lalu ibu al-Nukman berkata: Saya tidak menyetujuinya sehinggalah engkau menjadikan Rasulullah SAW sebagai saksi terhadap apa yang engkau berikan kepada anakku ini. Ketika itu saya masih kecil (kata al-Nukman). Lalu bapa saya membawa saya bertemu dengan Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibu budak ini bintu Rawahah, menghendakkan sangat untuk saya menjadikan tuan sebagai saksi terhadap apa yang saya berikan kepada anaknya ini. lalu Rasulullah SAW bersabda: Wahai Basyir, apakah engkau ada anak selain dari dia ini (al-Nukman)? Jawab beliau: Ya. Sabda baginda SAW: Apakah setiap mereka engkau berikan pemberian yang sama? Jawab Basyir: Tidak. Sabda baginda SAW: Kalau begitu, Jangan engkau menjadikan saya sebagai saksi, kerana sesungguhnya saya tidak akan menjadi saksi dalam perkara yang tidak benar.” 

Di sisi Muslim terdapat riwayat yang menyatakan:

(( أكل بَنِيْكَ قد نحلت مثل ما نحلت النعمان؟ )) قال: لا، قال: (( فأَشْهِد على هذا غيري )) ثم قال: (( أَيَسُرُّكَ أن يكونوا إليك في البر سواء؟ )) قال: بلى، قال: (( فلا إذا )).

Maksudnya: “Apakah setiap anakmu, engkau berikan seperti apa yang engkau berikan kepada al-Nukman? Jawab beliau: tidak. Sabda baginda SAW: oleh itu, carikan saksi selain dari saya. Tidakkah menggembirakan kamu jika mereka semua melakukan kebaikan yang sama kepadamu? Jawab Basyir: Bahkan (ia menggembirakan saya). Jawab baginda SAW: Jika begitu, jangan lakukan demikian.”

Perlu ada orang tengah yang dihormati oleh ibu mereka untuk menasihatinya. Jangan dibiarkan lama-lama kerana akan memberi kesan yang kurang baik pada anak-anak mereka yg sedang berdukacita di atas sikap ibu mereka yg berat sebelah. Walaupun ibu seperti tak adil tetapi anak-aank kena ingat susu ibu yang mereka minum tak dapat nak balas dan kesusahan ibu mengandung dan membela mereka sejak bayi amat sukar dan perlu ingat yang ini , harta dunia jangan dikisahkan sangat kerana harta dunia boleh dicari. Saudari perlu berikan motivasi pada anak-anak tersebut.

607. Soalan : Macam mana nak tahu kita ni punya sifat sombong yang Allah tak suka?

Jawapan  :  

Untuk mengetahui adakah diri kita ini ada sifat sombong : 

1. kita sukar nak terima teguran dan nasihat.

 2. merasakan pendapat kita lebih baik daripaad pendapat orang lain. 

3. Angkuh dalam berbicara. Mereka banyak cakap dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan bila ungkapan menakjubkan yang meyakinkan agar nampak seperti orang mulia, hebat, berwawasan luas, mengerti, berakal, dan berpendidikan. Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apa pun. Sama sekali tidak memiliki ilmu bahkan lagi terserlah kemunafikannnya.

4. Riak : Berbuat sesuatu atau meninggalkan sesuatu kerana selain daripada Allah SWT dikategorikan sebagai riak. Apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia nampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan melanggar hal-hal yang diharamkan Allah SWT.

5. Melampaui Batas Yang Telah Digariskan Oleh Allah.
Perbuatan yang menurut kehendak nafsu sehingga boleh tersesat dan menyesatkan pada jalan yang benar sebagaimana Yahudi dan Nasrani.

6. Suka Berbantah Dan Bertengkar Sesama Muslim. Sabda Rasulullah SAW: “Dan apabila bertengkar (berbantah), dia melampau.” 

7. Fitnah :  Menyampaikan keburukan orang lain di kalangan orang ramai supaya mereka membenci atau memusuhinya. Membuat laporan tanpa fakta dan usul periksa serta mengada-adakan cerita. Ia juga tergolong dalam sifat-sifat munafik dan dosa-dosa besar.

8. Mencaci Maki : Tidak berhikmah di dalam berkata-kata dan dalam menyampaikan dakwah. Menggunakan kata-kata kesat terhadap orang lain terutama yang tidak bersependapat dengannya. Firman Allah SWT: “…mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan…” (Surah Al-Ahzab ayat 19)

9.Mengumpat :  Berkata dan menyampaikan sesuatu keburukan orang lain yang tidak benar adalah berdosa kerana ia berupa fitnah. Akan tetapi berkata tentang keburukan orang lain yang benar tetap juga mendapat dosa iaitu dosa mengumpat.

10. Hasad Dengki :  Tidak senang dengan kejayaan orang lain. Tidak senang juga jika sesuatu kejayaan itu terhasil di tangan orang lain dan bukan oleh tangannya sendiri.

11. Dusta ; Orang sombong juga suka berdusta, supaya nampak dia lebih baik dan mulia daripada orang 

608. Soalan : Ustaz semoga sihat hendaknya.nak mintak pencarahan sikit.hati ini selalu berbisik supaya bertaubat.saya seorang ayah kepada 4 orang anak.pernah beberapa kali bertaubat tetapi masih lagi tergelincir.mintak pendapat ustaz apakah caranya taubat yang terbaik di sisi Allah SWT..dan bagaimanakah nak membuka pintu hati ini supaya segara bertaubat..sekian.terima kasih.

Jawapan : 

Apabila saudara hendak mulakan bertaubat pertama perlu berdoa kepada Allah SWT,"Ya Allah ampunkan dosa-dosaku yang telah aku lakukan dengan sengaja atau dengan tak sengaja, yang aku ketahui dan yang tidak aku ketahui. Ampunkan dosa-dosaku kerana sudah beberapa kali aku bertaubat tetapi aku masih mengulangi lagi dosa-dosa lama yang biasa aku kerjakan. Sesungguhnya aku mengharapakn belas kasihan daripada Mu, ampunkan dosa-dosaku dan aku bertaubat nasuha (tabuat yang sungguh-sungguh) . Terimalah taubatku ini ya Allah dan kekalkanlah diri ku sentiasa di dalam ketaatan kepada Mu, sentiasa beramak soleh dan bertawakkal kepada Mu." Selepas berdoa lakukanlah solat taubat nasuha 2 rekaat.

Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat. Dalam islam seluas-luas pintu adalah pintu taubat. Allah S.W.T tidak akan jemu untuk mengampunkan hambaNya selagi hambNya percaya bahawasanya Allah S.W.T adalah satu-satunya Tuhan Yang Maha Mengampunkan hambaNya.

Dalam kalangan kita,mungkin ramai yang ingin bertaubat namun tidak tahu ke mana arah untuk mencari panduan. Berdampinglah dengan orang-orang soleh, jagalah solat, bacalah Al-Quran.

Allah SWT sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (Surah At-Tahrim ayat 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Az-Zumar ayat 53)

Solat sunat taubat

Syarat-syarat taubat :

1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati bererti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Surah Az-Zumar ayat 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

1. Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail

2. Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup niat di dalam hati)

3. Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana-mana ayat atau surah dalam al-Quran.(Boleh baca surah al-Kafirun)

4. Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana-mana ayat atau surah dalam al-Quran.(Boleh baca surah al-Ikhlas)

5. Semasa sujud akhir rakaat kedua, berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu : Mohon ampun kepaad Allah SWT di aats dosa-dosa yang telah kita lakukan.

6. dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

7.Sabdanya yang bermaksud:
"Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali." (Hadis Riwayat Muslim)

Maksudya: Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

609. Soalan : Ustaz saya nak tanya adakah anak yang tak sesusu boleh tak mewalikan kepada anak ibu tirinya ? Walau pun mereka Sebapa ?

Jawapan : 

Wali bagi pihak perempuan. 

Susunan Wali Perempuan yang sah mengikut Hukum Syara' adalah seperti berikut :- 

1. Bapa Kandung 
2. Datuk Sebelah Bapa Ke Atas 
3. Adik Beradik Lelaki Seibu-sebapa 
4. Adik Beradik Lelaki Sebapa 
5. Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa 
6. Anak Saudara Lelaki Sebapa 
7. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa 
8. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa 
9. Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa 
10. Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa 
11. Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya 
12. Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya 
13. Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Moyangnya 
14. Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya 
15. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa (Sepupu lelaki) 
16. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu lelaki) 
17. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa 
18. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa 
19. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya 
20. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya 
21. Wali Hakim.

 Adik -beradik tiri (satu bapa lain emak) boleh menjadi wali peringkat ke 4 seperti di atas

610. Soalan : Ustaz. kalau bukan orang muslim mengucapkan salam kepada kita...
apa kah kita jawap atau tidak.?

Jawapan : 

Sheikh Muhammad bin Shalih Al-Uthaimin menjawab: Mendahului ucapan salam kepada orang bukan Islam adalah haram hukumnya. 

Sebab Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Janganlah kamu memulai salam kepada orang Yahudi dan Nasrani. Apabila kamu bertemu mereka di suatu jalan, maka paksalah mereka kepada jalannya yang paling sempit. (riwayat Muslim)

Tetapi apabila mereka mengucapkan salam kepada kita, maka kita wajib menjawabnya, berdasarkan kepada umumnya firman Allah yang bermaksud: Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisa': 86).

Soalnya, salam yang diucapkan oleh orang bukan Islam adalah lafaznya bermaksud baik, bukan cercaan dan bukan pula doa kehancuran seperti yang ucapkan oleh segelintir yahudi terhadap Rasulullah SAW.

Orang Yahudi mengucapkan salam kepada nabi SAW dengan ucapan: As-Samu 'alaika ya Muhammad! As-samu maksudnya kematian. Bererti mereka mendoakan mati kepada baginda. Lalu baginda menjawab: wa alaikum yang maksudnya, "dan ke atas kamu jugalah kematian". 

Hari ini hampir kebanyakan orang bukan Islam fasih memberi salam. Sehingga kadang-kadang orang Islam yang mendengar menjawab secara spontan tanpa berfikir panjang akan hukumnya. 

Kadang-kadang dah jawab baru perasaan yang bagi salam itu kawannya yang bukan beragama Islam. 

Apabila bukan Muslim mengucapkan salam: Assalamualaikum, maka kita harus membalasnya dengan ucapan: Wa'alaikum. Perkataan beliau: Wa'alaikum, merupakan dalil bahwa apabila mereka mengucapkan: Assalamualaikum, yang bererti pada diri mereka ada keselamatan, maka kita juga membalas dengan ucapan yang sama. 

Kesimpulan jawapan ini dapat saya katakan: "Orang muslim tidak boleh memulai ucapan salam kepada bukan Muslim. Sebab Nabi SAW melarang hal itu, di samping hal itu merendahkan martabat orang muslim bila harus mengagungkan orang bukan Islam".

Orang muslim lebih tinggi kedudukannya di sisi Allah. Maka tidak selayaknya dia merendahkan diri dalam hal ini. Tetapi apabila mereka yang lebih dahulu mengucapkan salam kepada kita, maka kita boleh membalasnya seperti salam yang mereka ucapkan.

Namun di sini saya mempunyai cadangan salam diharus diucapkan kepada kawan-kawan kita yang bukan beragama Islam. Ucapan salamnya adalah: Assalamulaikum man ittaba' al-Huda' yang bermaksud: salam sejahtera ke atas mereka yang menurut (mengikut) petunjuk (Islam). 

Maksudnya salam sejahtera yang diucapkan itu tertangguh sehingga dia mendapat hidayah dalam masa yang sama kita memohon hidayah daripada Allah SWT. 

Salam inilah yang menjadi pembuka bicara dalam surat-surat yang dihantar oleh Rasulullah SAW kepada pembesar-pembesar negara dalam misi menyebarkan empayar Islam. Cuma di negara kita dan mana-mana negara Islam yang lain juga tidak digunakan ucapan ini. 

Saya pernah mengucapkan demikian kepada seorang kawan yang bukan beragama Islam, lalu dia tanya. Apa maksudnya, dan kenapa lain?

Saya jelaskan bahawa kesejahteraan sebenarnya bagi seseorang itu ialah apabila dia menjadikan agama Islam sebagai cara hidup, dan itu satu-satunya jalan selamat bagi kesejahteraan.

Saya dapati dia berfikir panjang dan meneruskan soalan berkaitan Islam dengan penuh minat. Hari ini dia bergelar seorang muslim. 

Manakala ucapan good morning dan selamat sejahtera tidaklah haram hukumnya. Kita juga tiada ucapan lain dalam uruf (suasana atau kebiasaan) hari ucapan selain itu. 

Ada segelintir ulama mengharamkan ucapan salam sejahtera dan hampir sama maknanya dengan alasan orang Islam lebih mulia dan tinggi dari orang bukan Islam maka kita tidak seharusnya merendahkan diri dengan memberi ucapan kepada orang bukan Islam.

Mungkin ada benarnya dari konteks hukum tapi tidak dari konteks dakwah. Maka tidak salah dan harus kita mengucapkan salam sejahtera, very good morning dan seumpamanya, mudah-mudahan kerahmatan Islam lebih menyerlah. 

Orang bukan Islam juga berhak menerima ucapan-ucapan yang baik dari orang Islam sebagai jambatan keharmonian dan kesejahteraan.


10 comments:

  1. Salam ustaz,
    Bagaimana sekiranya si ibu tidak berniat untuk memilih kasih, namun bergitu cara dan tingakah lakunya menunjukkan yang si ibu memilih kasih kepada anak2nya. Kadang kala saya berasa kecil hati kepada ibu saya atas tindakan beliau. Bgaimanakah cara bg saya sentiasa sabar dan rendah diri kepada ibu saya?

    ReplyDelete
  2. Ustd,mertua sy itu pilih ksh bgt,sm ank perempuan baik n syg,jk susah psti dbntu,tp klo sm ank laki2 trmksd suami sy,boro2 gtu...bs d ajak to sukses..ini mah yg anknya permp sdh pd sukses msh z dksh2,mlh ankx laki yg tdk sgup g bs bntu,n pmbgiaan wrisan krn alm.bpk mertua mninggl,stau sy ank laki2 lbh bsr dr permp,tp ini mlh sprti sbalikx,sdgkn suami sy slalu nurut sj sm ibuny,shrsx jk slh dksh tau donk,kok ini mlh d ia kn sj.ap yg hrz sy lakukan sbg istri/menantu.

    ReplyDelete
  3. Ustaz,ibu mertua saya nak saya ceraikan saya dngan isteri,atas sebab saya ni ada buat pinjaman wang,saya buat pinjaman ni sebelum saya kahwin lagi..perkahwinan kami belum sampai 1 tahun lagi,semua makan minum,pakaian,isteri terjaga,semua ok..boleh ke tidak kami diceraikan..apakah hukum dia ustaz

    ReplyDelete
  4. Ustaz,ibu mertua saya nak saya ceraikan saya dngan isteri,atas sebab saya ni ada buat pinjaman wang,saya buat pinjaman ni sebelum saya kahwin lagi..perkahwinan kami belum sampai 1 tahun lagi,semua makan minum,pakaian,isteri terjaga,semua ok..boleh ke tidak kami diceraikan..apakah hukum dia ustaz

    ReplyDelete
  5. Ustaz,ibu mertua saya nak saya ceraikan saya dngan isteri,atas sebab saya ni ada buat pinjaman wang,saya buat pinjaman ni sebelum saya kahwin lagi..perkahwinan kami belum sampai 1 tahun lagi,semua makan minum,pakaian,isteri terjaga,semua ok..boleh ke tidak kami diceraikan..apakah hukum dia ustaz

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum ustaz..untuk pengetahuan ustaz dah bertahun2 ibuku bersikap pilih kasih terhadap diriku hinggalh saya dah berumahtangga pun dia msh x berubah sikap..ibuku juga sering membanding2kn kami adik beradik..saya sedar ustaz kehidupanku tak semewah seperti adik2ku yg lain..ckp2 mkn jeer ustaz..saya sangat sayangkan ibu saya dan selalu terpaksa menelan semua kesakitan hanya dengan saya percaya " syurga itu terletak dikaki ibu". Kini hati saya ustaz sdh terlalu sakit sbb seringkali setiapkali menziarahinya dia seringkali berkira dan menyakiti hati saya dgn kata2 kesat..saya kini mengambil jln untuk menyendiri meskipun saya rindukan ibu saya..walaubagaimnapun ustaz saya tetap tidak putus asa memanjatkan doa agar dilembutkn hati ibuku dan kedekatanku terhdp yg Maha Esa merupakn kekuatan bgiku agar bisa terus bertahan dan bersabar dengan ujianNYA..persoalannya ustaz perlukh saya mengambil jln menyendiri buat seketika?

    ReplyDelete
  7. Ustaz.macam mana kalau IBU bapa tak sedar menyakiti hati seseorang..kawan saya Tanya saya ,APA APA mesti lebihkan kakak dIA,walaupun beza setahun ja,terutamanya ayahnya..dIA cakap kakak dIA pandai,baik,sopan ,anak kesayangan,..saya selalu tengok dia dia selalu menangis bila dia berdoa,bila cikgu sebut pasal hari kecemerlangan mesti dia sedih..dia pon boleh tahan pandai SBB dapat anugerah ,dia mngkin terlalu syg kluarga dia SBB dia selalu ajak klurga dia ke kebaikan..dia mgkin x baik Dan sopan macam kak dia tapi hati dia sngt baik.dia dapat anugerah kecemerlangan tapi Mak ngan ayah dia takpernah kisah..sedangkan says tgok dia nak dapat result cmrlng bkn main sussah ..says sedih sang at tgok dia mnangis..ayah dia selalu lebihkan kak dia..sedangkan tu salah kak dia..dia selalu tanggung..bila ayah dia dengar kak dia menangis SBB ssuatu msti dia yg kna tuduh sedangkan barang tu hak dia. Kak dia take suka dia dapat dengan klurga ..dulu dia ceria tapi sekarang dia semakin diam ..dia selalu dudk sorg2 ..duly dia yg selalu happykan org wlaupun hati dia pdih ..macam MNA says nak tegur dia supaya sentiasa sabr Dan tegur kak dia

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Ya Ustaz, macam mana kita perlu respon jika ibu bapa kita suka menyebut-nyebut keburukan kelakuan, kesilapan lalu anak yang lain dan merendah-rendahkan mereka pada kita? Saya pasti setiap daripada kita pernah mengalami saat-saat di bawah tetapi tidak semestinya kita tidak boleh bangkit semula. Tetapi, bagaimana harus saya menunjukkan reaksi apabila berada dalam situasi ini.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Ustaz, bagaimana jika seorang ibu dengki dengan kejayaan anaknya sendiri sampai dia menghalang apa yang anak dia cuba untuk bangunkan dan apa saya perlu lakukan patutkah saya tutup syarikat dan berhenti kerja dan duduk di rumah mak saya.

    Saya nak cerita lebih lanjut lagi segan boleh tak email private?

    Terima kasih.

    ReplyDelete