Monday, May 5, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 107 ( Sujud Berlapik Pakaian, Membalas Keburukan Orang Lain, Kisah Palsu Nabi SAW Bertemu iblis , Waktu Di Larang Solat dan Hukum Melawat Orang Sakit.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 107 adalah menjelaskan persoalan sujud berlapik pakaian, membalas keburukan orang lain, kisah palsu Nabi SAW bertemu iblis , waktu dilarang solat dan hukum melawat orang sakit.

591. Soalan : Apakah hukum kita sujud tapi berlapik dengan pakaian yang ada pada tubuh contoh necktie dan serban..sebab ada orang kata  tak sah jika yang berlapik itu adalah yang dikandung diri kita..berbeza dengan sejadah....jika  tak sah bagaimana pula yang solat berstokin dan berkasut..terima kasih..?

Jawapan : 

Pandangan ini wujud didalam setengah-setengah pandangan Mazhab Syafie. Menurut Markas fatwa pemimpinan Dr Abdullah Al-Faqih :-

"Al-Syafie mewajibkan singkap (terbuka) atas apa yang dinamakan dahi mengambil tempat sujud, maka sujud diatas pelapik serban, atau dihujung lengan baju (sleeve) atau diekor serban, dimana ia bergerak sama semasa berdiri (qiam) dan duduk atau selain kedua-duanya, akan menyebabkan solat tidak sah, akan tetapi jika kita dapat pisahkan (asingkan) sesuatu dari sujud maka sahlah solat tersebut, dan perhatian yang lebih harus diberikan kepada keterbukaan dahi."

Terdapat khilaf didalam permasalahan ini. Disana terdapat beberapa hadis yang menunjukkan para sahabat semasa sedang bersolat dicuaca yang sangat panas, menyampaikan kain pakaiannya untuk melapis sujudnya agar boleh menahan kepanasan permukaan bumi. Salah satu syarat didalam sujud ialah, dahi mestilah menekan dipermukaan bumi secara padat (firm) dan bukannya sikit-sikit, maka para sahabat pun melapikkan permukaan yang panas dengan kainnya dengan bersujud dengan sempurna. Dari Anas ib Malik ra berkata :

"Kami pernah bersolat dengan nabi saw ketika didalam cuaca yang sangat panas, dan jika salah seorang dari kami tidak dapat meletakkan dahinya mampat ke bumi, dia akan meluaskan kain pakaiannya dan sujud diatasnya" (Hadis riwayat al-Bukhaari dan Muslim)

Dari hadis ini juga kita dapat lihat bahawa pakaian yang dipakai juga bergerak mengikut pergerakan solat kita. Namun demikan, Rasulullah SAW tidak melarang mereka dari menggunakan pakaian tersebut melapik dahi ketika solat. Terdapat juga hadis-hadis lain yang membenarkab perbuatan ini. Kami petik dua hadis 

Hadis Pertama: Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Aku telah diperintahkan agar sujud dengan 7 anggota iaitu (1) Dahi (2) Hidung (3) Kedua-dua tangan (4) Kedua-dua lutut dan (5) Kedua-dua kaki serta aku juga dilarang menyelak / menepis rambut dari muka dan pakaian (Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim rh ).

Hadis Kedua : Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Kita semua telah diperintahkan sujud di atas 7 anggota, dan jangan kita menepis baju dan jangan pula kita menyelak rambut . ( Hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari rh, Lihat juga di dalam Fathul Bari { 2 } : 200 , Nailul Autor { 2 } : 286 ).

Apa yang paling penting disini ialah kesempurnaan sujud, pastikan dahi sujud mampat ke mukabumi. Bagi kaum lelaki, untuk mengelakkan khilaf ini, jika semasa sujud didapati kopiah menghalang sujud, cubalah alihkan sedikit agar membenarkan dahi mencecah tempat sujud tersebut. Namun demikian, tidaklah perkara ini sampai membatalkan solat sebagaimana yang dikhabarkan oleh hadis diatas. Jumhur ulama' termasuk Maliki, Hanbali, Hanafi kumpulan Salaf, Al-Sya'abi, Al-Auzaahi, mengatakan sujud diatas pakaian solatnya sah, dan Imam Syawkani mengatakan didalam bukunya Nailul Authar bahawa hadis yang melarang sujud yang sedemikian yang disandarkan oleh mazhab Syafie adalah dhaif. Wallahu a'lam

Memakai stokin ketika solat tak membatalkan solat di haruskan untuk lelaki dan wanita.

Dari Ibnu Abbas ra, berkata : Nabi SAW bersabda : "Aku diperintah sujud diatas tujuh tulang dan dahi, dan baginda memberi isyarat dengan kedua tangannya ke hidung baginda, kedua tangannya, kedua lututnya dan kedua ujung kakinya, dan kami tidak menggabung pakaian dan rambut".(Hadis Riwayat Bukhari)

Syarat-syarat sujud ialah:

a. Terbuka dahi tanpa berlapik dan tidak tertutup ketika melakukannya. (hidung juga hendaklah menyentuh sejadah)

b. Sujud hendaklah berlaku di atas tujuh anggota iaitu dahi, kedua-dua tangan (tapaknya), kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki dengan serentak.

c. Bahagian paling bawah (punggung) hendaklah terangkat melebihi bahagian yang paling atas (kepala) sekadar yang termampu.

d. Sujud tidak dilakukan di atas pakaian yang bersambung dengannya yang bergerak dengan pergerakannya.

e. Tidak diniatkan selain daripada sujud sembahyang.

f. Dahi hendaklah ditekan ke tempat sujud dengan tekanan yang sederhana sekadar memberi kesan pada kain jika terdapat di bawahnya.


g. Tama’ninah ketika sujud dengan kadar mengucap sekali tasbih.

592. Soalan : Saya nak bertanyakan soalan kepada ustaz..bolehkah seseorang itu membalas semula perbuatan buruk yang orang lain lakukan pada dia? Dan bagaimana nak menghadapi orang yang ego? Adakah beberapa doa penyejuk dan penenang hati buat diri kita ustaz?

Jawapan : 

Seseorang yang telah di zalimi hukum asalnya boleh kita membalasnya (di panggil qisas ) tetapi balasnya adalah melalui Mahkamah Syariah. Jika kesalahan tersebut kita maafkan maka lebih besar pahala yang akan kita perolehi. Dasarnya adalah Firman Allah SWT maksudnya : "Hai orang-orang yang beriman diwajibkan bagi kamu qisash atas orang-orang yang dibunuh. Orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Barangsiapa mendapat ma'af dari saudaranya, hendaklah yang mema'afkan mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi ma'af) membayar (diat) kepada yang memberi ma'af dengan cara yang baik." [Surah al-Baqarah ayat 178]

"Dan Kami tetapkan atas mereka di dalamnya (Taurat) bahwa jiwa dibalas dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka luka pun ada Qisasnya. Barangsiapa yang melepaskan hak Qisas, maka melepaskan hak itu jadi penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim." [Surah al-Maaidah ayat 45]

Meski demikian dikatakan Al Qur'an bila hak Qisas dilepaskan oleh korban maka itu menjadi penebus dosa bagi mereka. Keluarga korban dapat memaafkan pembunuh dan meminta penebus dalam bentuk diat (wang ringgit).

593. Soalan :  Adakah kisah Nabi SAW berjumpa Iblis yang banyak di ceritakan di dalam buku-buku sirah dan juga terdapat di internet bukan hadis sahih? Sila jelaskan secara ringkas pendapat ulama hadis mengenai status riwayat tersebut.

Jawapan : 

Mungkin sudah berapa banyak diantara kita yang buka internet, terus menemukan artikel Kisah Dialog Nabi Muhammad SAW dengan Iblis. 
Artikel ini beredar sangat banyak dan sudah lama, hadis tentang dialog antara Rasul mulia dan Iblis terlaknat. Sebagian masyarakat menganggap bahawa isinya baik dan bermanfaat sehingga layak disebarkan padahal hadis ini adalah hadis MAUDHU'/PALSU dan DUSTA atas nama Nabi dan berisi hal yang bahaya dan mencederai Rasulullah SAW dan para sahabat.

Jangan disebarkan kecuali untuk mengingatkan kepada masyarakat bahwa hadis ini adalah PALSU

Berikut ini saya sertakan kajian tiga ulama dunia tentang hadis ini:

A. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah
Ketika beliau ditanya tentang riwayat ini, berikut jawabannya:
“Ini hadis dusta. tidak terdapat di dalam kitab-kitab muslimin yang dipercaya baik kitab sahih, sunan ataupun musnad. siapa saja yang tahu bahawa ini adalah dusta atas nama Nabi maka tidak boleh meriwayatkannya…” (Majmu’ al-Fatawa 18/350)

B. Fatwa Syekh Abdurrahman as-Suhaimi (Ulama Masjid Nabawi dan Dosen Universitas Islam Madinah):
Ini dusta yang nyata! Ini hadits maudhu’ dusta tidak boleh meriwayatkannya, menyampaikan dan menyebarkannya di masyarakat kecuali jika ingin mengingatkan bahayanya hadis ini dan menjelaskan dustanya.

Di antara tanda-tanda dusta yang nyata adalah:
1. Menyebutkan (sumpah dengan talak!) hal ini tidak pernah dikenal di antara para sahabat radhiallahu anhum

2. Pernyataannya tentang tempat berlindungnya (di bawah kuku manusia) ini bertentangan dengan hadis yang sahih dalam riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dari Nabi: jika seseorang bangun dari tidurnya, maka bersihkan hidung dengan air tiga kali kerana syaitan menginap di dalam hidungnya.

3. Pernyataannya melalui lisan syaitan: (Saya punya anak yang saya beri nama kahil yaitu yang menjadi celak mata manusia di majlis ulama dan khutbah hingga mereka tertidur saat mendengarkan nasihat para ulama maka tidak dicatat baginya pahala selamanya) bagaimana tidak dicatat baginya pahala selamanya, padahal dia telah hadir di majlis ilmu dan khutbah? Apakah sama antara yang hadir dan dikalahkan oleh mengantuknya dengan yang tidak hadir sama sekali?

4. Saya juga ingat di sebagian riwayat-riwayat dusta ini bahawa mereka berkata sesungguhnya Nabi menawarkan kepada Iblis taubat agar beliau memberinya syafaat nanti di sisi Allah! Ini dusta yang paling besar. Sesungguhnya Allah telah berfirman dan firman-Nya adalah benar, berjanji dan janji-Nya tidak mungkin diingkari dan tidak pernah diganti keputusannya. Dia telah menjanjikan Iblis untuk berusia hingga hari kiamat. Dia telah memberitahukan bahawa Iblis itu terlaknat dan akan masuk Jahannam, kelak Iblis akan menyampaikan khutbahnya di hadapan para pengikutnya di Jahannam dan seterusnya…Bagaimana kemudian dia ditawari taubat?! Kerana diterimanya taubat dan pemberian syafaat baginya ertinya membuang semua hal yang disampaikan Allah dalam firman-Nya tersebut di atas.

Maka, berhati-hatilah bagi yang menyebarkan kedustaan nyata seperti ini. Setiap hadis yang berisi hal seperti ini dan sepanjang ini, maka telah menyebabkan keraguan, tidak boleh diterima hingga diperiksa.

Nasihat bagi yang sering membuka internet agar jangan terlalu cepat menyebarkan kedustaan-kedustaan dan hadis-hadis palsu seperti ini. Tapi tanyakan dulu kepada ahli ilmu.

Dan bahaya sekali menyebarkan hadis dusta, kerana yang menyebarkannya akan mendapatkan dosa dusta dan bergabung dalam dusta dengan yang membuatnya.

Telah diingatkan dengan keras dalam hadis yang sahih :

عَنْ الْمُغِيْرَةِ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ كَذِباً عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ فَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّداً فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ.

"Dari Mughirah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: “Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam: Se-sungguhnya berdusta atas (nama)ku tidaklah sama seperti berdusta atas nama orang lain. Barangsiapa berdusta atas (nama)ku dengan sengaja, maka hendak-lah ia mengambil tempat duduknya dari Neraka.” [ Hadis Sahih Riwayat. Al-Bukhari (no. 1291) dan Muslim (I/10), diri-wayatkan pula semakna dengan hadis ini oleh Abu Ya’la (I/414 no. 962), cet. Darul Kutub al-‘Ilmiyyah dari Sa’id bin Zaid]

Dan dalam sabda Nabi yang lain:

عَنْ عَلِيٍّ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ تَكْذِبُوْا عَلَيَّ، فَإِنَّهُ مَنْ يَكْذِبُ عَلَيَّ فَلْيَلِجِ النَّارَ.

"Dari ‘Ali, ia berkata: “Telah bersabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa sallam, ‘Janganlah kamu berdusta atas (nama)ku, kerana se-sungguhnya barangsiapa yang berdusta atas namaku, maka pasti ia masuk Neraka.’” [Hadis Sahih Riwayat. Ahmad (I/83), al-Bukhari (no. 106), Muslim (I/9) dan at-Tirmidzi (no. 2660)]
Wallahu ta’ala a’lam

C. Fatwa dari Markaz Fatwa di bawah bimbingan DR. Abdullah al-Faqih :
Segala puji bagi Allah, shalawat dan salam untuk Rasulullah, keluarga dan shahabatnya.
Amma ba’du: ini hadits tidak ada sumbernya, bahkan dusta nyata yang tidak boleh diceritakan kecuali untuk mengingatkan dan menjauhkan orang darinya. Di dalamnya ada kedustaan nyata yang tidak mungkin dilakukan oleh Rasulullah shallallahu alaihi wasallam.
Wallahu a’lam

D. Pendapat Lajnah Mengenai Hadis Ini :

لحديث المذكور لا أصل له فيما نعلم ، والمصدر المنقول منه غير معروف ، فالواجب تركه وعدم نشره بين الناس" انتهى .

Hadis Yang di sebutkan tersebut tidak ada asal-usulnya tidak ada yang mengetahuinya sumber dan perkataan darinya (Cerita tersebut) tiadaklah dapat dikenal, Maka Kami Jawab tinggalkanlah hadis/Hikayat cerita palsu tersebut dan tidak menyebarkan cerita tersebut diantara manusia.
[Lajnah Daimah 3/252 Anggota : Syaikh Abdullah Bin Baz, Syaikh Abdul Aziz Alu syaikh, Syaikh Shalih Fauzan, syaikh Bakar Abu Zaid]

594. Soalan : Bilakah masanya kita dilarang untyuk melakukan solat? Jika terjaga daripada tidur matahari sudah terbit dan habis waktu subuh adakah boleh kita solat qada subuh semasa waktu syuruk? Berapa lamakah masa yang sebaik-baiknya di ambil untuk solat selepas azan (waktu di antara waktu azan dan iqamah)?

Jawapan : 

Hadis sahih daripada Nabi SAW melarang bersembahyang pada 3 waktu iaitu ketika terbit matahari, ketika matahari berada di kemuncak pertengahan dan ketika matahari mula terbenam.

Hadis tersebut ialah:

ثلاث ساعات كان رسول الله صلى الله عليه و سلم ينهانا أن نصلي فيهن أو أن نقبر فيهن موتانا حين تطلع الشمس بازغة حتى ترتفع وحين يقوم قائم الظهيرة حتى تميل الشمس وحين تضيف الشمس للغروب حتى تغرب

Maksudnya : "Tiga waktu Nabi SAW melarang kami sembahyang dan mengebumikan mayat padanya; 1. Ketika terbit matahari, sehingga naik tinggi, 2. Ketika matahari berada di kemuncak pertengahan, sehingga tergelincir. 3. Ketika matahari mula terbenam, sehinggalah ia terbenam." (Hadis Riwayat Muslim (no: 831).

Manakala illah dilarang, disebut dalam hadis Amru bin Abasah r.a, dalam sahih Muslim (no: 832), ringkasannya ialah kerana : 

1. Waktu terbit matahari: kerana matahari terbit antara dua tanduk syaitan, dan orang kafir sujud kepada matahari waktu itu. 

2. Waktu tengahari: ketika itu api neraka begelegak.

3. Waktu terbenam matahari: ia terbenam antara dua tanduk syaitan, dan orang kafir sujud kepadanya waktu itu.

Sebenarnya qada' solat Subuh boleh dilakukan bila-bila masa walaupun dalam waktu-waktu yang dilarang kerana :

1. Nabi SAW memerintahkan qada' dilakukan dengan segera, sebagaimana hadis : “Sesiapa lupa daripada satu sembahyang, hendaklah bersembahyang apabila dia teringat”. (Hadis Riwayat Muslim (no: 680).

2. Larangan solat pada waktu-waktu itu, ialah solat yg tiada sebab. Adapun solat bersebab seperti qada’, atau tahiyyat masjid, ia terkecuali.(Majmuk 4/170).

3. Ada hadis menyebut larangan sengaja memilih waktu tersebut, seperti hadis Nabi SAW yang berbunyi, “Jangan mencari waktu untuk solat pada ketika terbit dan terbenam matahari”. (Hadis Riwayat Bukhari (no: 558).

Orang yang qada’ solat tidak sengaja memilih waktu larangan.

Waktu yang diambil diantara azan dan iqamah :

Antara yg disebut dalam hadis ialah:Dari Jabir r.a.: Sabda Nabi SAW (maksudnya) : "Wahai Bilal, Jadikan antara azan dan iqamah kamu sekadar orang yang sedang makan selesai makannya, orang yang minum selesai minumnya, orang yang qada’ hajat selesai qada’ hajatnya."

Sebaik-baik solat adalah dibuat di awal waktu manakala waktu Isya’ jika boleh dilakukan jemaah pada lewat malam, ia suatu yang baik, kerana sabit Nabi SAW pernah melewatkan solat Isya’ sehingga jemaah di masjid tertidur. Lalu Nabi bersabda (maksudnya) : "Inilah waktunya kalaulah tidak menyusahkan umatku". (Hadis Riwayat Muslim no 638). Wallahu a’lam.

595. Soalan : Apakah hukum melawat orang sakit dan adab-adab ziarah yang perlu dilakukan? dan Jika seseorang sudah dekat ajalnya maka apakah adab-adab untuk menziarahinya dan amalan doa yang perlu di ucapkan oleh pesakit tersebut dan apakah hikmah menziarah pesakit? Sekian terima kasih wassalam.

Jawapan : 

Hukum melawat orang sakit adalah sunat yang sangat di tuntut. Adab Ziarah orang sakit:
Antara adab-adab menziarahi pesakit ialah;
1. Berniat menziarahi orang sakit sebagai mengikut sunnah Rasulullah SAW
2. Memberi nasihat agar bersabar dan tabah menghadapi ujian.
3. Bertanyakan tentang ibadatnya; solat dan lain-lain, sekiranya dia tidak mampu ajarlah mereka atau bertanyakan kepada orang yang pandai.
4. Menyampaikan ucapan yang baik agar dapat menghiburkan hati pesakit dan menguatkan jiwanya.
5. Pendek dan jarakkan waktu ziarah, jangan terlalu lama dan kerap menziarahinya. (kecuali pesakit itu mengkehendaki sebaliknya).
6. Mendoakan pesakit agar lekas sembuh.
Hendaklah kita mendoakan dengan doa yang diajar oleh Rasulullah SAW agar dia cepat sembuh dan bersabar dalam menghadapi kesakitan;

((أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ، اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي، لا شِفَاءَ إِلا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا))
“Ya Allah! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu jua, sesuatu kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. [Hadis Riwayat Bukhari]

لاَ بَأْسَ، طَهُورٌ إِنْ شَاءَ الله
“Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insya’Allah”. [Hadis Riwayat Bukhari]

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu:
أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ.
Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau”. (tujuh Kali). [Hadis Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud]

Doa Jibrail kepada Nabi SAW ketika Baginda sakit:

بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ…
“Dengan Nama Allah aku menjampikan mu dari semua perkara yang menyusahkanmu…” [Hadis Riwayat Ibn Majah]

7. Bacaan dan perbuatan apabila tubuh merasa sakit;
“Letak tangan di tempat sakit kemudian baca: بِسْمِ اللهِ.
“Bismillah” tiga kali, dan baca tujuh kali:
أَعُوْذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ، مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وأُحَاذِرُ
“Aku berlindung dengan Allah dan kekuasaanNya dari kejahatan yang aku dapati dan aku takuti” [Hadis Riwayat Muslim].

8. Jika ditakdirkan pesakit itu berada dalam kecemasan, tenat atau sedang menghadapi nazak, maka berdoalah kepadanya;
اللَّهُمَّ أَعِنهُ عَلَى سَكَرَاتِ الْمَوْتِ
“Ya Allah, bantulah dia di atas sakarat al-maut”.

9. Ajaran kepada orang yang sedang nazak; La ilaha illallah!
“Sesiapa yang akhir ucapannya: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّه
“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah”, dia akan dapat masuk syurga”. [Hadis Riwayat Abu Daud 3/190. Lihat: Sahih Al-Jami' 5/432].





No comments:

Post a Comment