Saturday, May 10, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 109 ( Masuk Syurga Bukan Mudah, Hukum Pakai Inai Bentuk Tatu, Apa Maksud Ghrar, Tawassul Yang di Benarkan Islam dan Fatihah Imam Tak Betul.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 109 adalah menjelaskan persoalan masuk syurga bukan mudah, hukum pakai inai bentuk tatu, apa maksud ghrar, tawassul yang dibenarkan Islam dan fatihah imam tak betul.

601. Soalan : Betul ke seorang anak Adam yang bukan beragama Islam tetapi pernah mengucapkan kalimah laailaahailallah... walaupun hanya sekali seumur hidup dapat masuk syurga dengan syafaat Nabi Muhammad SAW..?

Jawapan :  

Sebenarnya tak semudah itu seseorang boleh masuk syurga kerana syurga itu mahal dan paling berharga dan perlu beramal dengan amalan-amalan ahli syurga. Kita masuk syurga bukan dengan amalan kita tetapi dengan rahmat Allah SWT. Tetapi untuk mendapat rahmat Allah SWT perlu beramal soleh, amal ibadah , sentiasa buat kebaikan dan menghayati akhlak Islam, bersifat dengan sifat mahmudah dan menjauhi dengan sifat mazmumah. Benar jika ada sedikit iman dalam hati sesaorang walaupun dia melakukan dosa-dosa besar dan tak syirik kepada Allah SWT maka akhirnya dia akan masuk syurga. 

Sebenarnya nak dapat iman yang sedikit itu pun bukan mudah kerana terlalu banyak amalan-amalan seseorang yang boleh menjadikan dirinya syirik kepada Allah SWT tanpa dia sedari. Seperti tak percaya hukum hudud, melakukan amalan sihir dan percaya pada bomoh, dan bergantung pengharapan pada manusia dan meraskan manusialah yang memberi rezeki padanya dan mengharapkan reda manusia melebihi redha Allah SWT maka boleh jatuh syirik. 

Orang bukan Islam jika tak mengucap dua kalimah syahadah , ada saksi mendengar syahadahnya maka dia tetap orang kafir bukan Islam, jika dia mati dalam kekafiran dia akan masuk neraka.

602. Soalan : Saya ada pertanyaan..boleh tak pengantin perempuan lukis inai.adakah ianya merupai tatu? Terima kasih..

Jawapan :  

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

Imam Nawawi dr ulama mazhab syafie telah berkata:Adapun mewarnakan tangan dan kaki dgn inai adalah disunatkan bagi wanita yg berkahwin berdasarkan hadis-hadis yang masyhur; dan diharamkan kepada lelaki melainkan kerana keperluan perubatan dan seumpamnya.

Pengharaman ini telah disokong oleh ulama dari mazhab lain seperti disebut dlm kitab Fatawa Hindiah, Fatawa hindiah, Fathul Bari dan lain-lain.

Dalil pengharaman adalah seperti berikut:

1. Perbuatan ini adalah menyerupai perbuatan wanita yg diharamkan syara'. Nabi SAW bersabda:

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء ، والمتشبهات من النساء بالرجال.

Maksudnya: Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yg menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. (HR Bukhari)

2. Hadis berikut:
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يتزعف الرجل.

Maksudnya: Rasulullah SAW melarang lelaki untuk memakai wangian Za'faran. (HR Bukhari dan Muslim dan lain2).

Imam Nawawi berkata dalm kitabnya (Majmuk): Larangan ini adalah kerana warnanya bukan kerna bau wanginya. Bau wangi adalah disunatkan bagi lelaki. Hukum memakai inai bg lelaki adalah sama dengan memakai za'faran.

4. Hadis dari Abu Hurairah:

أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم بمخنث قد خضب يديه ورجليه بالحناء الله ، فقال رسول الله صلى الله: ما بال هذا؟ قالوا يتشبه بالنساء فأمر به فنفي إلى النقيع.

Maksudnya: Para sahabat Nabi telah membawa seorang lelaki yang meneyerupai wanita ; dimana dia telah menginai kaki dan tangannya. Rasulullah SAW bersabda: "Kenapa dengan lelaki ni?" Para sahabat menjawab: "Dia menyerupai wanita" Lalu Nabi memerintah supaya dihalau ke Naqie'.(HR Abu Daud). Sanad yg lemah.

Berkenaan dengan lelaki yang memakai inai di tangan dan kaki, ulama melarangnya. Dr. Yusuf al-Qardhawi berkata, Imam asy-Syafi'e rahimahullah melarangnya kecuali bagi tujuan perubatan, sebagaimana Islam melarang seorang lelaki menyerupai wanita. 

Dalilnya: 

Ibnu Abbas r.anhuma dia berkata: "Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang meyerupai lelaki." (Hadis Riwayat al-Bukhari, ad-Darimi, ibn Majah dan at-Tirmidzi)

603. Soalan : Ustaz apakah yang dimaksudkan dengan gharar?

Jawapan : 

Gharar tidak dapat dijelaskan secara terperinci kerana skop dan maksud gharar itu sendiri kerana ia terlalu meluas.Walau bagaimanapun secara yang sederhana, boleh dijelaskan konsep ini seperti berikut iaitu asas hukum kepada kedudukan pengharaman gharar adalah hadis Nabi yang bermaksud: “Sesungguhnya Nabi S.A.W melarang daripada jual beli gharar”. (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Isu hukum yang timbul daripada hadis berkenaan ialah tentang definisi atau maksud gharar yang dilarang dalam hadis berkenaan. Justeru jika dikaji karya-karya fiqh klasik tentang makna gharar, boleh dikatakan terdapat pelbagai definisi daripada para fuqaha‘ tentang konsep gharar. Antaranya ialah gharar yang bermaksud “jahalah” (tidak maklum) tentang barangan yang ditransaksikan. Antara alim ulama yang berpendapat sedemikian ialah al-Sarakhsi di dalam karyanya al-Mabsut dan al-Zaila‘ie di dalam karyanya Tabyiin al-Haqa‘iq. Al-Sarakhsi misalnya telah mendefinisikan gharar sebagai sesuatu yang tidak diketahui akibatnya.

Terdapat juga mereka yang menyatakan bahawa gharar bermaksud syak atau keraguan. Maksud gharar yang sedemikian didukung oleh beberapa fuqaha‘ antaranya ialah al-Kasani di dalam kitabnya Bada‘ie’ al-Sana‘ie’, Ibn ‘Abidin di dalam kitabnya Hasyiah Ibn ‘Abidin dan al-Dusuqi. Al-Kasani misalnya telah menghuraikan makna gharar sebagai suatu keadaan risiko seimbang yang akan ditempuhi oleh seseorang berkenaan dengan sesuatu barangan yang dikehendaki itu akan wujud atau tidak dalam sesuatu transaksi.

Terdapat juga para fuqaha’ yang melakukan sintesis antara kedua-dua makna gharar di atas. Misalnya al-Syarqawi dan al-Qalyubi menyatakan bahawa gharar bermaksud sesuatu yang tidak diketahui akibatnya dan mempunyai dua kemungkinan; sama ada kemungkinan positif ataupun negatif tetapi kemungkinan akibat negatif adalah lebih kuat.
Berdasarkan definisi-definisi klasik di atas, boleh dikatakan bahawa konsep gharar berkisar kepada makna ketidaktentuan dan ketidak jelasan sesuatu transaksi yang dilaksanakan. Ketidaktentuan dan ketidakjelasan berkenaan timbul khususnya daripada aspek-aspek berikut:

* sama ada sesuatu barangan yang ditransaksikan itu wujud atau tidak;
* sama ada sesuatu barangan yang ditransaksikan itu mampu diserahkan ataupun tidak;
* kaedah transaksi itu dilaksanakan secara yang tidak jelas tetapi menarik perhatian sehinggakan mungkin wujud elemen penipuan bagi menarik pihak-pihak untuk bertransaksi;
* akad atau kontrak yang mendasari sesuatu transaksi itu sendiri sifatnya tidak jelas.

Dalam memahami makna gharar dan kaitannya dengan aspek-aspek yang disebutkan di atas, perlu juga dinyatakan bahawa terdapat kategori-kategori gharar yang perlu diketahui iaitu gharar fahish (ketidakjelasan yang keterlaluan); gharar yasir (ketidakjelasan yang minimum) dan gharar mutawassit (ketidakjelasan yang sifatnya sederhana). Dari segi hukum, pemahaman tentang kategori ini sangat penting kerana sekiranya sesuatu transaksi itu mempunyai elemen gharar fahish maka transaksi berkenaan adalah dilarang. Sebaliknya sekiranya sesuatu transaksi itu hanya mengandung elemen gharar yasir, maka transaksi itu dibenarkan kerana elemen gharar yang wujud adalah dimaafkan. Sekiranya elemen gharar mutawassit wujud, maka biasanya wujud khilaf dikalangan fuqaha’ dalam memberi penilaian dan status hukum khususnya jika transaksi berkenaan melibatkan perkara yang sangat diperlukan oleh masyarakat dan gharar tersebut adalah daripada jenis yang tidak mampu dielakkan melainkan dengan cara yang sangat menyusahkan.

Perlu juga dinyatakan di sini bahawa perbincangan tentang gharar sebenarnya bukanlah perbincangan yang bersifat statik serta dogmatik. Kenyataan ini bermaksud sesuatu penghukuman haram atau tidak diharuskan tentang transaksi yang mengandungi gharar khususnya gharar fahish tidak bermakna bahawa akad atau transaksi berkenaan akan selama-lamanya haram atau tidak diharuskan. Hal ini disebabkan oleh, perkaitan gharar dengan arus perkembangan sains dan teknologi adalah sangat rapat dan perlu diambil kira dari semasa ke semasa. Secara yang lebih lanjut hal ini bermaksud elemen gharar dan ketidakjelasan serta ketidaktentuan boleh berubah sehingga menjadi perkara yang tidak lagi mengandungi unsur ketidakpastian akibat daripada wujudnya pelbagai alatan,instrumen dan teknologi canggih yang boleh mengurangkan atau menghapuskan elemen ketidakpastian berkenaan. 


Dalam konteks yang tertentu, syarat transparensi dan ketelusan sesuatu kontrak moden dalam transaksi-transaksi yang tertentu umpamanya adalah antara perkara yang mungkin sesuatu dijadikan contoh. Begitu juga dalam menjalankan transaksi e-dagang dan seumpamanya, hal perkaitan gharar dan perkembangan teknologi semasa boleh dijadikan sampel.


604. Soalan : Apa itu tawassul dan bagaimanakah cara bertawassul yang dibenarkan dalam Islam.?.Terima kasih..

Jawapan :  

Pertama sekali kita perlu tahu apa maksud tawassul. Tawassul berasal dari perkataan Arab وسيلة (wasiilah: perantara). Tawassala-yatawassalu-tawassulan. Yakni menjadikan sesuatu sebagai perantara di dalam kita berdoa. Kita tetap meminta daripada Allah, tetapi kita meletakkan perantara di tengah.

Di sana ada tawassul yang masyru’ (syar’i) dan ada tawassul yang mamnu’ (dilarang).

Tawassul yang disyariatkan

Tawassul yang disyariatkan oleh Allah dan Rasul adalah berdalilkan hadis-hadis Nabi shallallahu’alaihiwasallam tentang bagaimana baginda mengajarkan kepada kita cara bertawassul.

Pertama, bertawassul dengan menggunakan nama-nama Allah Subhanahu wa Ta’ala. Firman Allah di dalam Al-Quran,

وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا

“Dan Allah memiliki nama-nama yang indah, maka berdo’alah kepada-Nya dengan nama-nama-Nya tersebut.” (surah Al-A’raf: 180)

Contoh berdoa dengan nama Allah adalah kita meminta dengan lafaz “Ya Ghaffar, ighfir li”. Wahai yang Maha Pengampun, ampunilah aku. Iaitu dengan menyeru Nama Allah terlebih dahulu; Ya Razzaq, kurniakanlah rezki kepadaku, Wahai yang Maha Pengasih, kasihilah aku. Ya Rahman, Ya Rahim, irhamni – Wahai yang Maha Pemurah, wahai yang Maha Pengasih, kasihanilah aku.

Sebut Nama-nama Allah terlebih dahulu, jadikan nama-Nya sebagai perantara untuk kita berdoa dan memohon atau meminta sesuatu daripada-Nya. Itu salah satu kaedah tawassul yang syar’i.

Kedua, bertawassul dengan doa orang saleh yang masih hidup. Iaitu berjumpa dengan orang-orang saleh yang amal ibadatnya bertepatan dengan Al-Quran dan As-Sunnah, para ulama dan sesiapa sahaja orang saleh yang masih hidup dan meminta orang yang shaleh itu mendoakan untuk kita.

Perkara ini berlaku di dalam petunjuk Nabi SAW di mana para sahabat meminta agar Nabi berdoa. Adapun setelah kewafatan Nabi shallallaahu’alaihiwasallam, Umar Al-Khatthab radhiyallaahu’anhu pergi bertemu dengan Abbas bin Abdul Muthalib, bapa saudara Nabi dengan Umar menyatakan bahawasanya “Dulu ketika Nabi masih hidup, kami bertawassul dengan Nabi. Sekarang apabila Nabi telah tiada, orang yang paling mulia di kalangan kami adalah kamu, wahai Abbas. Maka berdoalah kamu untuk kami.” (lihat Sahih Bukhari)

Peristiwa ini terjadi ketika Madinah dilanda kemarau panjang. Umar meminta Abbas radhiyallaahu’anhu berdoa dan Abbas radhiyallaahu’anhu pun berdoa. Tidak lama setelah itu, Allah pun menurunkan hujan kepada mereka.

Lagi tentang kisah doa orang yang saleh adalah peristiwa Uwais Al-Qarni. Nabi shallallaahu’alaihiwasallam tidak pernah berjumpa dengannya dan dia pun tidak pernah bertemu Nabi shallallaahu’alaihiwasallam. Tetapi Nabi shallallaahu’alaihiwasallam menceritakan tentang keberadaan dan kewujudannya. Nabi menceritakan tentang ciri-cirinya kepada para sahabat. Nabi menyuruh kepada sahabat, sekiranya bertemu dengan Uwais, mintalah agar dia berdoa. Maka setiap tahun pada musim haji para sahabat mencari Uwais bin Amir Al-Qarni melalui kabilah yang datang dari Yaman untuk mengerjakan haji.

عَنْ أُسَيْرِ بْنِ جَابِرٍ قَالَ كَانَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ إِذَا أَتَى عَلَيْهِ أَمْدَادُ أَهْلِ الْيَمَنِ سَأَلَهُمْ أَفِيكُمْ أُوَيْسُ بْنُ عَامِرٍ حَتَّى أَتَى عَلَى أُوَيْسٍ فَقَالَ أَنْتَ أُوَيْسُ بْنُ عَامِرٍ قَالَ نَعَمْ قَالَ مِنْ مُرَادٍ ثُمَّ مِنْ قَرَنٍ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَكَانَ بِكَ بَرَصٌ فَبَرَأْتَ مِنْهُ إِلَّا مَوْضِعَ دِرْهَمٍ قَالَ نَعَمْ قَالَ لَكَ وَالِدَةٌ قَالَ نَعَمْ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ يَأْتِي عَلَيْكُمْ أُوَيْسُ بْنُ عَامِرٍ مَعَ أَمْدَادِ أَهْلِ الْيَمَنِ مِنْ مُرَادٍ ثُمَّ مِنْ قَرَنٍ كَانَ بِهِ بَرَصٌ فَبَرَأَ مِنْهُ إِلَّا مَوْضِعَ دِرْهَمٍ لَهُ وَالِدَةٌ هُوَ بِهَا بَرٌّ لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لَأَبَرَّهُ فَإِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ يَسْتَغْفِرَ لَكَ فَافْعَلْ فَاسْتَغْفِرْ لِي فَاسْتَغْفَرَ لَهُ

Dari Usair bin Jabir ia berkata: Umar bin al-Khatthab jika datang sepasukan dari Yaman akan berkata: ‘Apakah di antara kalian ada Uwais bin Amir’? (Demikian seterusnya) sampai datang Uwais. Beliau bertanya: Apakah engkau Uwais bin Amir? Dia menjawab: Ya. Umar bertanya: dari Murod, kemudian ke Qoron? Dia berkata: Ya. Umar bertanya: Apakah engkau dulu memiliki penyakit (semacam) kusta kemudian sembuh, kecuali sebesar dirham. Dia berkata: Ya. Umar bertanya: Apakah engkau memiliki ibu? Ia berkata: Ya. Umar berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallaahu’alaihiwasallam bersabda: Akan datang kepada kalian Uwais bin Amir bersama sepasukan penduduk Yaman dari Murod kemudian Qoron, dulunya dia memiliki penyakit (semacam) kusta kemudian dia sembuh, kecuali sebesar dirham, dia memiliki ibu yang dia berbakti kepadanya. Kalau dia bersumpah atas nama Allah, nescaya Allah perkenankan. Jika engkau boleh meminta agar dia memohon ampunan untukmu, lakukanlah. Maka (wahai Uwais) mohonkan ampun untukku. Kemudian Uwais memohonkan ampunan untuk Umar. (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam riwayat lain, Nabi memerintahkan kepada para sahabat secara umum : ”perintahkanlah dia agar beristighfar untuk kalian.”

عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ خَيْرَ التَّابِعِينَ رَجُلٌ يُقَالُ لَهُ أُوَيْسٌ وَلَهُ وَالِدَةٌ وَكَانَ بِهِ بَيَاضٌ فَمُرُوهُ فَلْيَسْتَغْفِرْ لَكُمْ

Dari Umar bin al-Khatthab beliau berkata, “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah shallallaahu’alaihiwasallam bersabda, Sesungguhnya sebaik-baik tabi’in adalah seorang laki-laki yang disebut Uwais, dia memiliki ibu dan dia memiliki tanda putih. Maka perintahkanlah dia agar beristighfar untuk kalian.” (Hadis Riwayat Muslim)

Bertawassul dengan doa orang yang saleh yang masih hidup, itu yang diajar oleh Nabi shallallaahu’alaihiwasallam. Dan cara bertawassul dengan orang saleh yang masih hidup adalah melalui doanya, bukan melalui jasadnya. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menyatakan,

“Adapun yang dimaksud tawasul dengan Nabi shallallaahu’alaihiwasallam dalam perkataan para sahabat radhiyallaahu’anhum adalah bertawasul dengan doa dan syafaat Nabi. Adapun tawasul dengan doa dan syafaat sebagaimana yang dilakukan ‘Umar adalah bertawasul dengan doa, bukan bertawasul dengan zat Rasulullah shallallaahu’alaihiwasallam. Seandainya itu merupakan tawasul dengan zat beliau, maka tentu bertawasul kepada Nabi shallallaahu’alaihiwasallam lebih utama daripada dengan ‘Abbas radhiyallaahu’anhu. Ketika mereka berpaling dari bertawasul dengan Rasulullah shallallaahu’alaihiwasallam, namun mereka bertawasul dengan ‘Abbas, maka dari sini kita ketahui bahawa bertawasul dengan Nabi shallallaahu’alaihiwasallam hanya berlaku ketika baginda masih hidup dan terlarang setelah wafatnya baginda.”

Ketiga, bertawassul dengan amalan soleh.

Iaitu bertawassul dengan amalan soleh yang pernah kita lakukan. Hadis yang selalu dijadikan contoh adalah hadis tiga orang lelaki yang terperangkap di dalam gua. Seorang berdoa kepada Allah dengan mengatakan bahawa dia telah taat kepada ibu bapanya, seorang lagi mengatakan dia hampir berzina tetapi dia tinggalkan zina kerana takutkan azab Allah, orang yang ketiga pula berdoa dengan menyebut bahawa dia orang yang amanah, memegang amanah yang diberikan kepadanya dan mengembalikan kepada pemiliknya. Maka dengan amalan saleh itu mereka berdoa kepada Allah agar dibukakan pintu gua yang tertutup sehingga memerangkap mereka di dalamnya.

Ketika orang pertama berdoa, batu yang menutupi gua itu terbuka sedikit, sehinggalah cukup doa ketiga-tiga mereka, barulah batu itu berbuka sehingga mereka dapat keluar daripadanya. (lihat Sahih Bukhari)

Ini menunjukkan keberkesanan bertawassul dengan amalan saleh, yakni menjadikan amalan saleh sebagai perantara di dalam doa kita, kesannya itu cepat. Mudah-mudahan, insyaAllah.

Tiga jenis tawassul di atas adalah tawassul yang syar’i.

Tawassul yang dilarang

Adapun tawassul yang dilarang ada banyak. Antaranya meminta daripada berhala, pokok, binatang, memuja makhluk, keterlaluan dalam meminta kepada makhluk sehingga lupa kepada Allah Subhaanahu wa Ta’ala, meminta kepada makhluk dan percaya bahawa makhluk tersebut mengabulkan permintaannya, dan tidak meminta kepada Allah.

Begitu juga bertawassul dengan orang yang telah mati yang telah dibincang panjang oleh ahli ilmu. Seruan kepada orang mati, seruan kepada Nabi Muhammad shallallaahu’alaihiwasallam sedangkan baginda telah wafat. Mereka berdalilkan dengan peristiwa-peristiwa di mana kesemuanya adalah daripada hadis-hadis dha’if dan tidak membawa pengertian bahawasanya Nabi shallallaahu’alaihiwasallam bertawassul dengan Nabi-nabi yang telah wafat sebelumnya. Tidak ada pendalilan dan penghujahannya.

Hal ini dijelaskan oleh para ulama. Ada satu kitab berkaitan dengan tawassul; Al-Tawassul Baina Masyru’i wal Mamnu’ (Tawassul antara yang disyariatkan dan yang dilarang), seingat saya ditulis oleh Syaikh Abdullah bin Abdul Hamid Al-Atsari.

Beliau membahaskan secara detil penghujahan dan bantahan terhadap orang-orang yang berhujah dengan mengatakan boleh bertawassul dengan orang yang telah mati dengan cara menyerunya. Contohnya, menyeru “Ya Syaikh fulan bin fulan, doakan untuk kami…” dan mereka ini mengharuskan bertawassul di tanah perkuburan orang soleh atau pun menyeru di dalam majlis mereka dan menyeru dari tempat-tempat lain. Itu antara cara yang mereka lakukan bertawassul dengan orang mati termasuk dengan Nabi shallallaahu’alaihiwasallam.

Hal-hal seperti ini tidak diamalkan dan tidak dipraktikkan oleh sahabat-sahabat Nabi radhiyallaahu’anhu berasaskan dan berdalilkan hadis-hadis dan riwayat-riwayat yang sahih yang jelas daripada mereka, seperti mana perbuatan Umar bin Al-Khatthab yang disebutkan tadi, di mana beliau tidak bertawassul kepada Nabi sebaliknya mencari Abbas bin Abdul Muthalib. Dan beliau sendiri yang membuat permisalan dan menyebut bahawa “dulu ketika masih ada Nabi, kami bertawassul dengan Nabi, tetapi sekarang apabila Nabi telah tiada, kami bertawassul dengan Abbas.”

Itu gambaran umum dan ringkas tentang tawassul. Maka dianjurkan untuk kita bertawassul dengan ketiga-tiga perkara yang jelas disyariatkan berdalilkan fakta-fakta dan hadis-hadis yang sahih. Adapun selainnya adalah terlarang.

Wallahu a'lam

605. Soalan : Sekiranya kita singgah bersolat Jemaah di masjid dan kita dapati imam tersebut membaca fatihah tidak betul tajwidnya. Apakah kita patut mufarakah daripada imam tersebut kerana di takuti akan membatalkan solat kita disebabkan bacaan fatihah nya yang kurang sempurna tadi kerana fatihah itu adalah rukun di dalam solat.

Jawapan :  

Apakah para makmum semua perlu melakukan “ mufaraqah “ ( niat berpisah dengan imam itu dan meneruskan sembahyang itu secara bersendirian ) apabila bacaan tajwid imam tak betul?

Pertama : YANG PALING LAYAK SEBAGAI IMAM :

Para Fuqaha’ ( cendekiawan Fiqh ) rh telah menggariskan beberapa panduan di dalam permasalahan ini dan mereka telah meletakkan nilai keutamaan yang dituntut itu tertib ( mengikut tertiba keutamaan ) . Akan tetapi kami tidaklah mahu membahaskan masalah itu secara panjang lebar , maka ringkasannya begini :

Menurut al-Imam Nu’man Bin Tsabit ( Abu Hanifah ) rh , al-Imam Malik Bin Anas rh dan al-Imam Muhammad Idris asy-Syafi’e rh yang paling layak menjadi imam bagi sesebuah kumpulan itu di dalam sembahyang mereka ialah YANG PALING ARIF , kemudian diikuti pula YANG PALING PANDAI TAJWID DAN SEDAP BACAANNYA .

Yang paling arif ( mengerti ) di situ tidaklah semestinya mengerti semua permasalahan Fiqh yang begitu luas ini , bahkan cukuplah mengerti hukum-hakam yang berkaitan dengan sembahyang , sama ada daripada segi sah ataupun tidak sesuatu amalan itu dikerjakan di dalam sembahyang .

Dalil ketiga-tiga imam itu ialah sabda Baginda Rasulullah SAW :

يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ فَإِنْ كَانُوا فِي الْقِرَاءَةِ سَوَاءً فَأَعْلَمُهُمْ بِالسُّنَّةِ فَإِنْ كَانُوا فِي السُّنَّةِ

Ertinya : “ ( Sepatutnya ) Dijadikan imam bagi sesuatu kaum itu ialah golongan yang paling mengerti mengenai kitab Allah . Kalau semuanya sama dari segi itu , maka yang paling mengerti mengenai as-Sunnah “[/color] ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Jemaah Imam Hadis melainkan al-Imam al-Bukhari rh ( Nasb ar-Rayah : 2 / 24 ) .

Akan tetapi , Imam Ahmad Bin Hanbal rh tidak pula berpendapat dengan ketiga-tiga imam di atas , sebaliknya beliau rh mengatakan bahawa yang paling layak menjadi imam ialah yang paling pandai mengenai hukum-hakam Ilmu Tajwid dan yang sedap pula bacaannya .

Kami lebih cenderung untuk berpihak kepada pendapat pertama di atas kerana mengerti mengenal hukum-hakam sembahyang melalui pengajian al-Quranul Karim dan as-Sunnah lebih diperlukan / diutamakan berbanding dengan kemahiran Ilmu Tajwid dan sedab bacaan al-Quranul Karim .

Para sahabat r.a dahulu apabila digelar sebagai “ orang yang paling sedap membaca al-Quran “ , maka sudah tentulah mereka itu juga ialah yang paling mengerti mengenai al-Quranul Karim , disebabkan para sahabat r.a itu sendiri berguru mengenai hukum-hakam Islam dan sebagainya daripada Baginda Rasulullah SAW sendiri .

Berbeza dengan zaman sekarang , tidak sedikit di kalangan mereka yang hebat Ilmu Tajwidnya , menang pula musabaqah al-Quran berkali-kali , akan tetapi hukum-hakam Fardhu ‘Ain pun tidak dipelajarinya dengan begitu teliti dan baik .
6 mins · Like

Abu Basyer { 2 } ~ KESALAHAN TAJWID DAN BACAAN SI IMAM :

Kesalahan membaca al-Quranul Karim dikenali sebagai “ اللحن “al-Lahn .

Al-Lahn ini terbahagi pula kepada 2 bahagian ;

1. Al-LAHN al-JALI ( Kesalahan Yang Nyata ) :

Seperti kesalahan itu disebabkan kesalahan membaca baris sesuatu kalimah ataupun kesalahan menyebut satu huruf hingga menjadi huruf lain .
Termasuk juga kesalahan itu sama ada kesalahan yang membawa kepada kerosakan pada makna ataupun tidak .

Kesalahan disebabkan al-Lahn al-Jali ini adalah HARAM dan membawa DOSA kepada si pelakunya ( dengan sengaja ) dengan kesepakatan di kalangan seluruh ulama’ r.h .

2. Al-LAHN al-KHAFI ( Kesalahan Yang Tersembunyi ) :

Seperti disebabkan tertinggal membaca “ ghunnah “ ( dengung ) , memendekkan kalimah-kalimah yang perlu dibaca dengan panjang ataupun sebaliknya dan sebagainya lagi .

Kesalahan ini dinamakan sebagai “ Tersembunyi “ kerana masalah-masalah ini hanya diketahui oleh mereka yang benar-benar mahir mengenai selok-belok Ilmu Tajwid , berbanding dengan al-Lahn al-Jali di atas .

Kesalahan disebabkan al-Lahn al-Khafi ini boleh membawa kepada HARAM ( menurut pandangan segolongan ulama’ rh ) ataupun MAKRUH ( menurut pandangan segolongan lain pula daripada kalangan ulama’ rh ) .

Kembali kita kepada masalah yang ditanya Walaupun ia tidak sengaja , tetapi apabila ia berlaku secara berulang-ulang , walaupun tidaklah sampai ke tahap kerap sangat ataupun selalu , maka imam itu sepatutnya TIDAK LAGI dilantik sebagai imam sembahyang .

Kita semua memang sangat-sangat berharap agar pihak berkuasa agama Islam di dalam negara kita , ataupun AJKT masjid / surau sentiasa memantau permasalahan seperti ini agar tidak menimbulkan keresahan dan sikap tidak senang di kalangan para jemaah / anak-anak karyah .

3. PERLUKAH SI MAKMUM “ MUFARAQAH “ ? :

Menurut mazhab Imam asy-Syafie rh , imam yang seperti di atas tadi , dikenali sebagai “ UMMIY “ ( erti Ummiy ini asalnya ialah yang buta huruf ) . Seseorang yang Ummiy ~ seperti imam itu , yang selalu bertukar-tukar huruf-huruf di dalam bacaannya ataupun yang menyebabkan sesuatu makna ayat itu boleh berubah drp asalnya ~ maka TIDAK SAH diikuti imam seperti itu di dalam sembahyang berjemaah terutama sekali di bacaan al-Fatihah disebabkan ia adalah salah-satu drp rukun sembahyang .
Oleh itu hendaklah si makmum itu melakukan MUFARAQAH ( berpisah dengan imam itu dgn melakukan terus sembahyang itu secara bersendirian pula ) . Jika mufaraqah itu dilakukan disebabkan sebab-sebab yang dibenarkan syarak ( seperti imam di atas tadi ) , maka hukumnya adalah HARUS ( dibenarkan ) , dan jika dilakukan mufaraqah itu tanpa sebab-sebab yang dibenarkan oleh syarak , hukumnya adalah MAKRUH .

Nasihat kami kepada mereka yang beramal dengan mazhab al-Imam asy-Syafi’e rh :

Tidak perlulah melakukan mufaraqah dengan imam yang tersilap bacaan al-Fatihah kerana bukakankah saudari sendiri akan membaca pula surah al-Fatihah itu selepas Amin , iaitu ketika imam membaca surah ? . Dan al-Fatihah yang saudarai baca itu sendiri sudah cukup untuk menjadikan sembahyang saudari sekalian sah dan diterima , Insya-Allah .


No comments:

Post a Comment