Monday, July 14, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 138 ( Bertaubat Pulangkan Barang Curi, Hukum Mengambil Wang Pendahuluan, Hukum Beramal Dengan Kitab Terdahulu,Hukum Baca Doa Iftitah Dan Solat Depan Orang Tidur.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 138 adalah menjelaskan persoalan bertaubat pulangkan barang curi, hukum mengambil wang pendahuluan, hukum beramal dengan kitab terdahulu,hukum baca doa iftitah dan solat depan orang tidur. 

646. Soalan : Ustaz saya mempunyai seorg kawan yang dulunya pandai mencuri ,sekarang dia dah nak taubat dan dia ada bertanya kepda saya ,macamana  kalau dia sudah bertaubat tapi benda-benda yang pernah dia ambil itu masih lagi dia  masih dsimpan. .Contohnya telefon dan lain-lainnya. .Macamana mana tu ustaz mohon pendapat

Jawapan :  

Jika dia mengambil barang tersebut orang punya maka pulangkan kepada yang berhak dan minta maaf. Tetapi jika dia pulagkan akan mendatangkan mudharat dan orang tersebut tahu dia yang mencurinya, maka pulangkan secara pos dan tak tahu siapa pengirimnya. Jika orang tersebut sudah meninggal dunia atau sudah berpindah tak dapat di kesan maka gantikan jumlah barang yang dicuri itu dan berikan kepada sekolah agama atau rumah anak yatim yang sedang dalam pembinaan sebagai sedekah jariah. Niatkan untuk orang tersebut (barang yang telah kita ambil darinya). Tabuat tersebut baru sah jika kita berusaha untuk mengembalikan hak tersebut. Jika kita ambil tanah orang maka pulangkan kepada warisnya.

 Syarat-syarat taubat :

1. Ikhlas ingin bertaubat;
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi;
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan;
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya; dan
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba.

Walau bagaimanapun kita adalah hamba yang lemah tetap lemah sampai bila-bila, sekalipun berazam dan sentiasa penuh dengan keazaman cuba dengan sedaya-upaya untuk "tidak akan mengulangi perbuatan yang serupa" tetapi merasakan diri telah berdosa, maka sentiasalah setiap kali selepas solat fardhu atau pada bila-bila masa sahaja, bertaubat dengan mengucapkan kata-kata permintaan keampunan kepada Allah SWT dengan hati yang tulus ikhlas iaitu:


أسْتَغْفِرُ اللّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لا إلَهَ إلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأتُوبُ إلَيْه
 

Ertinya: Aku mohon keampunan Ya Allah, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus, Aku bertaubat kepada-Nya.

Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Masa (waktu) Melaksanakan Taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran. Oleh itu adalah menjadi kewajipan kepada setiap mukmin untuk segera bertaubat pada bila-bila masa sahaja. Ini kerana kita tidak tahu bila kita akan kembali (mati) ke hadrat Allah SWT, mungkin seminit lagi, 2 minit lagi .Mudah-mudahan Allah SWT akan menerima taubat yang dilakukan.


647. Soalan : Apakah hukumnya mengambil deposit bila kita nak sewakan rumah kepada penyewa?

Jawapan : 

Hukumnya harus bagi penjual berbentuk barangan atau perkhidmatan atau sewa rumah untuk mengambil deposit dalam sejumlah mata wang.Ia dianggap sebagai sebahagian daripada harga jualan atau sewaan sekiranya disempurnakan transaksi jual beli atau sewaan tersebut. Penjual juga boleh mensyaratkan bahawa deposit tersebut akan hangus sekiranya pembeli tidak berjaya meneruskan transaksi jual beli atau mengubah niat untuk tidak membeli. Ini adalah pendapat mazhab Hanbali.

Wang deposit itu adalah hak tuan rumah sewa, dia boleh gunakan kerana ianya adalah sebahagian daripada sewa dan sebagai komitmen penyewa baru supaya tak mudah melanggar perjanjian sebelum di buat surat perjanjian bertulis.


648. Soalan : Adakah boleh kita mengikut kitab-kitab terdahulu yang diturunkan kepada para Rasul sebelum Rasulullah SAW di utuskan sebagai Rasul dan nabi ?

Jawapan : 

Syariat untuk umat terdahulu semuanya di mansuhkan kecuali apa yang dinyatakan oleh al-Quran dan as-sunnah. Hukum-hukum yang disyariatkan kepada umat-umat terdahulu dan turut terdapat di dalam syariat Islam masa kini melalui perintahnya sama ada di dalam al-Quran mahupun al-Sunnah. Hukum-hukum tersebut disyariatkan kepada umat terdahulu melalui Rasul-Rasul mereka dan turut difardhukan ke atas kita. 

Contohnya ialah hukum wajib melaksanakan ibadat puasa yang telah difardhukan kepada umat terdahulu sebelum umat Nabi Muhammad S.A.W. Hukum wajib ini juga dikenakan ke atas umat Nabi Muhammad S.A.W. . Hal ini berdasarkan firman Allah S.W.T:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
 

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
(Surah al-Baqarah (2) ayat 183)


Nas di atas menunjukkan bahawa perintah supaya menunaikan puasa ini telah disyariatkan kepada umat terdahulu dan umat Nabi Muhammad S.A.W. Tuntutan wajib menunaikan puasa ini adalah wajib dilaksanakan oleh kita sama seperti yang telah dikenakan kepada umat yang terdahulu (Abdul Karim Zaidan 2009: 209). 


Hukum-hukum seperti ini tidak menimbulkan perbalahan antara ulama bahkan semuanya bersepakat menyatakan bahawa kita wajib melaksanakan tuntutan tersebut berdasarkan dalil yang terdapat di dalam al-Quran mahupun al-Sunnah. 

Begitu juga terdapat syariat Nabi Daud a.s berpuasa sehari dan berbuka sehari adalah cara puasa Nabi Daud a.s puasa terbaik seperti hadis Nabi SAW, sabda Nabi SAW maksudnya.; “Sesungguhnya puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud; beliau tidur separuh malam, bangun (mengerjakan solat) sepertiganya dan tidur semula sepernamnya. (Adapun puasa pula) beliau berpuasa sehari dan beliau berbuka (yakni tidak berpuasa) sehari” (Hadis Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.).

649. Soalan : ustaz..saya ada lagi kemusykilan...

1. Adakh bacaan doa iftitah wajib bg solat sunat ?


2. Adkah kita perlu ikut kpd firasat apabila kite merasakn sesuatu yg keluar dr dubur dn dubul ..firast kite ketika itu ialh untk melakukn ibdt trsebut semula...?harp ustaz jelas mohon penjelasn


Jawapan : 

1. Doa iftitah adalah sunat boleh dibaca ketika solat fardu dan solat sunat. 

 Membaca doa iftitah setelah takbirat al-Ihram merupakan satu tuntutan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Ianya merupakan satu bentuk pujian, sanjungan dan mengagungkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Terdapat sebegitu banyak hadis yang menunjukkan baginda shalallahu 'alaihi wasallam amat menitik beratkan pembacaan doa iftitah ini. Walaupun majoriti ulama’ menyatakan membaca doa iftitah ini hanyalah sunat dan tidak membatalkan solat sekiranya tidak dibaca, namun bagi kita yang benar-benar ingin mengikuti sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam serta mempraktikkan suruhannya sebagaimana sabdanya:"Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.”[Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 631.] maka sewajarnya kita tidak meninggalkan doa iftitah ini. Apatah lagi memang telah ada dalil dari Nabi Salallahu 'Alaihi Wasallam yang menunjukkan bahawa doa iftitah ini adalah termasuk dalam perkara yang dapat menyempurnakan ibadah solat:

لاَ تَتِمُّ صَلاَةٌ لأَحَدٍ مِنْ النَّاسِ حَتَّى يَتَوَضَّأَ فَيَضَعَ الْوُضُوءَ يَعْنِي مَوَاضِعَهُ ثُمَّ يُكَبِّرُ وَيَحْمَدُ اللَّهَ جَلَّ

وَعَزَّ وَيُثْنِي عَلَيْهِ وَيَقْرَأُ بِمَا تَيَسَّرَ مِنْ الْقُرْآنِ.

Maksudnya, "Tidak sempurna solat seseorang sehingga dia menyempurnakan wuduknya sebelum dia bertakbir, memuji Allah 'Azza wa Jalla, menyanjung-Nya, dan membaca ayat-ayat al-Qur’an yang mudah baginya (dihafalnya)…" [Sahih: Sebahagian daripada hadis yang panjang yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no. 856.]

 
2. Jika imam yang mengimamkan solat baik bacaannya tak menjadi masaalah menggantikan imam sedia ada. Siapa pun boleh menjadi imam solat jika cukup syarat-syarat untuk menjadi imam. 3. Jika kita was-was ada keluar angin jangan ikut was-was tersebut kerana was-was tersebut adalah gangguan daripada syaitan.

Bagi mengelakkan was-was yang merasai air kencing terkena pakaian atau masih terkeluar dari kemaluan, dicadangkan agar selepas membuang air kecil, diambil air dan direnjis pada pakaian yang berhampiran. Tujuannya, agar jika ternampak apa-apa kesan air, maka anggaplah itu air renjisan tadi. Al-Imam Ahmad telah ditanya oleh seorang lelaki yang selepas berwuduk masih merasa berhadas.

Kata al-Imam Ahmad: “Ambil air dalam tapak tangan dan renjis pada kemaluanmu dan jangan peduli lagi, kerana itu menghilangkan syak insyaAllah”. (Ibn Qudamah, al-Syarh al-Kabir 1/94) Cadangan al-Imam Ahmad ini berteraskan hadis: “Bahawa Nabi s.a.w kencing, kemudian berwuduk dan merenjiskan air pada kemaluan baginda” (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani). Nabi SAW melakukan perbuatan tersebut sebagai panduan kepada kita.

Adapun rasa ‘keluar angin’ (kentut) tetapi tidak pasti atau tidak yakin bahawa betul-betul keluar atau hanya perasaan sahaja, maka itu tidak membatal wuduk dan solat. Nabi SAW mengajar kita agar perasaan was-was seperti ini tidak diambil kira. Dalam hadis al-Bukhari, “Seorang lelaki mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia merasa sesuatu semasa dalam solatnya, apakah dia patut berhenti?. Jawab Nabi s.a.w: “Jangan sehinggalah mendengar bunyi (kentut) atau mendapati bau (kentut)”.

Maksudnya, Nabi SAW mengajar agar seseorang yang merasa terbatal wuduknya secara was-was atau tidak pasti tidak berhenti dari solat sehingga beliau benar-benar yakin terbatal. Solatnya tetap sah, mainan perasaan tidak diambil kira. Termasuklah dalam hal ini mereka yang terasa macam terkeluar air kencing, tetapi tidak pasti samada hanya perasaan atau benar-benar berlaku, maka solat masih dianggap sah. Melainkan dia yakin tanpa ragu bahawa angin atau air kecil benar-benar telah terkeluar.


650. Soalan : Saya ada dua soalan :

1) Apa hukumnya jika kita solat mengadap orang yg sdg tidur? 

2) Jika kita tengah solat tba2 ank dtg brdiri/brmain di tmpat sujud. Prlukah kita truskn solat atau brhnti shngga anak brlalu prgi. Terima kasih.

Jawapan : 

1. Jika tempat kecil di rumah dan ada suami atau anak tidur di hadapan maka cuba letakkan sesuatu benda dihadapan umpama bag atau kain (sebagai peghadang) dan tak mengapa boleh teruskan solat.

Aisyah pernah tidur di hadapan Rasulullah SAW ketika baginda solat : Hadis sahih riwayat Bukhari.

483 حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ أَبِي النَّضْرِ مَوْلَى عُمَرَ بْنِ عُبَيْدِاللَّهِ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِالرَّحْمَنِ عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا قَالَتْ كُنْتُ أَنَامُ بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرِجْلايَ فِي قِبْلَتِهِ فَإِذَا سَجَدَ غَمَزَنِي فَقَبَضْتُ رِجْلَيَّ فَإِذَا قَامَ بَسَطْتُهُمَا قَالَتْ وَالْبُيُوتُ يَوْمَئِذٍ لَيْسَ فِيهَا مَصَابِيحُ

483. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Abu An Nadlr mantan budak ‘Umar bin ‘Ubaidullah, dari Abu Salamah bin ‘Abdurrahman dari ‘Aisyah isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, ia berkata, “Aku selalu tidur di depan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam keadaan dua kakiku melintang arah kiblatnya. Apabila hendak sujud baginda akan meramas kakiku, lalu aku pun melipat kedua kakiku. Dan setelah baginda berdiri aku meluruskan kembali kedua kakiku.” ‘Aisyah berkata, “Pada zaman itu rumah-rumah tidak

 
2. Jika kita sedang solat anak ada di hadapan tempat sujud jika boleh berganjak sikit ke kanak atau kebelakang maka boleh teruskan solat atau tunggu sebentar sehingga anak itu berlalu atau tolak si anak kehadapan sedikit dan teruskan sujud. Menyentuh anak kecil ketika solat tak membatalkan solat.; Jangan batalkan solat , solat perlu diteruskan.



6 comments:

  1. Asalamualaikum ustaz ,saya dulu pernah mencuri sekarang saya sudah bertaubat, tapi saya malu untuk berjumpa DGn pemilik tersebut untuk ganti balik barang saya curi, bagaimana ustaz ? Boleh beri pencerahan

    ReplyDelete
  2. 1.)Asalamualaikum ustaz, saya pernah mencuri barang orang,tapi saya dah menyesal Dan bertaubat, tapi saya malu nak berjumpa DGn pemilik barang , boleh kah saya pos Surat ke alamat pemilik barang, beserta duit Dan terselit nota saya minta maaf ,niat kerana Allah

    2.)saya pernah mencuri barang ,bolehkah ia digantikan dengan Wang untuk diserahkan kepada mangsa .?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ustaz,saya nk tanya seandainya dulu saya pernah mencuri duit dan brg tetapi saya dah bertaubat.Dan saya lupa berapa jumlah duit yg saya curi dan ada yg saya tk tau siapa insan tu..apa yg perlu saya buat?

    ReplyDelete
  4. Ustaz,kalo kita pos brg tu pada tuan nya..tp andai kta kecuaian atau apa2 brg tu terhilang atau x smpai pda tuan nya mcm mna ustaz? Adakah masih akn dihitung dosanya di akhirat kelak?

    ReplyDelete
  5. Ustaz sah solat jika berwudhu guna air curi

    ReplyDelete
  6. Ustaz sah solat jika berwudhu guna air curi

    ReplyDelete