Saturday, November 30, 2013

Tanyalah Ustaz Siri 07 (Mudah Marah, Cara Melupus Kitab , Menjawab Salam, Duduk Istirahat Dan Solat Istikharah)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

 

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
 
Tanyalah Ustaz Siri 7 adalah menjelaskan persoalan mudah marah, cara melupuskan kitab al-Quran yang rosak, menjawab salam di radio, duduk sebentar bangun daripada sujud dan solat istikharah.

31. Soalan : Saya mempunyai sifat panas baran dan mudah marah apabila melihat sesuatu yang saya tidak suka. Bagimanakan cara saya boleh atasi sifat ini?

Jawapan :

Sifat panas baran adalah salah satu sifat tercela jika sekiranya sifat ini tidak boleh di atasi ianya akan merosakkan kehidupan kita di dalam keluarga dan masyarakat.  

Semua manusia pada dasarnya memiliki sifat marah, kerana marah adalah salah satu tabiat manusia. maka agama tidak melarang marah, tetapi kita diperintahkan untuk dapat mengendalikan marah dan senantiasa menjadi pema’af.


Fiirman Allah s.w.t  yang bermaksud : “Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh”
(Surah Al-A'raaf ayat 199)


 Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat  mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia  berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)" (Hadis Riwayat Baihaqi)


Sabda Nabi SAW lagi yang bermaksud : "Tiada seorang pun yang meneguk satu tegukan yang lebih agung pahalanya daripada tegukan berupa kemarahan yang ditahannya semata-mata mengharapkan keredhaan Allah Taala." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Al Imam Al Hasan Al Bashri rahimahullah berkata: “Empat hal, barangsiapa yang mampu mengendalikannya maka Allah akan menjaga dari syaitan dan diharamkan dari Neraka : iaitu seseorang mampu menguasai nafsunya ketika berkeinginan, cemas, syahwat dan marah.”

Setiap Muslim harus marah manakala kemuliaan Islam dihina, contohnya apabila penghinaan terhadap baginda Rasulullah SAW. yang  dilakukan oleh orang-orang yang anti Islam.

Sedangkan kita dituntut untuk dapat mengendalikan marah sekaligus memaafkan orang lain ketika penyebab marahnya tertuju kepada diri secara peribadi, contohnya ketika jasa seorang suami kurang dihargai isterinya maka suami tersebut hendaklah bertenang jangan cepat merasa marah.


Dalam riwayat Abu Said al-Khudri Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : "Sebaik-baik orang adalah yang tidak mudah marah dan cepat meredhai, sedangkan seburuk-buruk orang adalah yang cepat marah dan lambat meredhai " (Hadis Riwayat Ahmad).


Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ada seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW. : “Berilah saya nasihat.” Baginda SAW bersabda, “Jangan marah.” Lelaki itu terus mengulang-ulang permintaannya dan baginda tetap menjawab, “Jangan marah.”
(Hadis Riwayat Bukhari)



32. Soalan : Saya hendak bertanya apakah cara terbaik untuk menghapuskan kitab suci al-Quran yang lama dan rosak dimakan anai-anai?


Jawapan :


Mushaf al-Quran (dan begitu juga kertas-kertas yang bertulis ayat al-Quran, nama-nama Allah, zikir-zikir, hadis-hadis Nabi dan seumpamanya) wajib dijaga kemuliaan dan kehormatannya. Hendaklah disimpan ditempat yang baik dan bersih. Jika dijumpai terjatuh di atas lantai atau berada di tempat yang tidak sepatutnya, wajiblah dipungut. Jika terdapat al-Quran yg sudah rosak, koyak dan dimakan anai-anai, jika sudah tidak dapat digunakan lagi, hendaklah dilupuskan sama ada dengan menanamnya di tempat yang bersih dan jauh dari laluan manusia (untuk mengelak dari ia dipijak atau dilangkahi) atau boleh juga dibakar dan kemudian abunya ditanam di tempat yang bersih. Ini sebagai mengambil contoh dari tindakan yang dilakukan oleh para sahabat.

Dalam kitab Soheh al-Bukhari, terdapat hadis dari Anas bin Malik –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Saidina Usman bin ‘Affan –radhiyallahi ‘anhu- telah mengarahkan beberapa orang sahabat supaya menyalin beberapa mushaf al-Quran, kemudian ia menghantar ke setiap pelusuk (negara umat Islam) satu salinan. Dan ia memerintahkan semua lembaran dan mushaf yang lain hendaklah dibakar”. (Juz. 15, bab jam’ie al-Quran, hadis no. 4604).

Berkata Ibnu Battal; hadis ini menunjukkan bahawa diharuskan membakar kitab-kitab/buku-buku yang terdapat di dalamnya nama-nama Allah (yang tidak digunakan lagi). Tindakan itu sebagai memuliakannya dan menjaganya dari dipijak oleh kaki-kaki manusia. Ada diceritakan bahawa Tawus membakar kertas-kertasnya yang terdapat tulisan Bismillah, begitu juga yang dilakukan oleh Urwah. (Fathul-Bari, juz 14, bab Jam’ie al-Quran. Lihat juga; Tuhfah al-Ahwazi, juz. 7, bab wa min surati at-taubah).

Diharamkan sama sekali mushaf al-Quran yang lama itu dibuang ke tempat sampah atau dibiarkan tanpa terurus di tempat yang tidak sepatutnya. Begitu juga, tidak harus kertas al-Quran lama di kitar semula untuk kegunaan lain dari al-Quran (seperti menjadi kertas biasa, tisu atau sebagainya) kerana itu juga satu jenis penghinaan kepada al-Quran. Ini sebagaiman fatwa yang yang pernah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Arab Saudi (Fatawa al-Lujnah ad-Daimah, al-Majmu’at al-Ula, 4/80. Lihat; al-Maktabah asy-Syamilah) dan beberapa fatwa yang lain. Jadi, jalan yang ada ialah sama ada menanamnya atau membakarnya atau terus menyimpannya dengan baik.


33. Soalan : Adakah kita wajib menjawab salam yang di ucapkan oleh Penceramah Agama atau juru hebah (DJ) radio atau television?

Jawapan :

Dalam fatwa Islam dinyatakan: ,

إذا كان البث على الهواء مباشرة شرع رد السلام ؛ لعموم الأدلة الدالة على وجوب رد السلام على المسلم ، لكنه وجوب كفائي ، إذا قام به البعض سقط عن الباقين. أما إذا كان مسجلاً ، فلا يجب الرد في هذه الحالة . 

Jika siarannya langsung, disyariatkan menjawab salam, berdasarkan keumuman dalil yang menunjukkan wajibnya menjawab salam kepada setiap muslim. Hanya saja, statusnya wajib kifayah, jika sudah ada sebagian yang mengamalkan, yang lain menjadi gugur. Jika yang disiarkan adalah rekaman, tidak wajib menjawab salamnnya. (Fatwa Islam no. 128737).

Kesimpulan di atas, berdasarkan beberapa keterangan ulama berikut,

Pertama, keterangan An-Nawawi,

قال الإمام أبو سعد المتولي وغيره : إذا نادى إنسان إنسانا من خلف ستر أو حائط فقال : السلام عليك يا فلان ، أو كتب كتابا فيه : السلام عليك يا فلان ، أو السلام على فلان ، أو أرسل رسولاً وقال : سلم على فلان ، فبلغه الكتاب أو الرسول ، وجب عليه أن يرد السلام . وكذا ذكر الواحدي وغيره أيضا أنه يجب على المكتوب إليه رد السلام إذا بلغه السلام
 

Imam Abu Saad al-Mutawalli dan yang lainnya mengatakan, ‘Apabila seseorang memanggil orang lain dari balik tabir atau tembok, kemudian dia mengucapkan ‘Assalamu alaika, wahai fulan..’ atau ada orang yang menulis surat, dan ada kalimat salam, ‘Assalamu alaika, wahai fulan..’ atau ‘‘Assalamu ala fulan..’ atau dia menyuruh orang untuk menyampaikan salam kepada si fulan, kemudian surat atau utusan ini sampai ke sasaran, maka wajib bagi yang mendapatkannya untuk menjawab salamnya.

Demikian pula yang disebutkan oleh Al-Wahidi dan yang lainnya, bahwa wajib bagi orang yang menerima surat untuk menjawab salamnya, apabila pengirim menyampaikan salam. (Al-Adzkar, hlm. 247).

Kedua, keterangan Imam Ibnu Baz

Beliau ditanya tentang salam yang disampaikan oleh penulis di artikel, majalah, di buku, atau yang disiarkan di radio atau TV. Apakah wajib dijawab salamnya,

Jawaban Imam Ibnu Baz,

رد السلام في مثل هذا من فروض الكفاية ; لأنه يسلم على جم غفير فيكفي أن يرد بعضهم، والأفضل أن يرد كل مسلم سمعه لعموم الأدلة
 

Menjawab salam semacam ini hukumnya fardhu kifayah, karena dia menyampaikan salam kepada banyak masyarakat. Sehingga cukup sebagian yang menjawab. Namun yang lebih afdhal, setiap muslim menjawab salam yang dia dengar, berdasarkan keumuman dalil.
(Majmu’ Fatawa Ibnu Baz, 9/396)

Ketiga, keterangan Dr. Soleh Al-Fauzan,

Pertanyaan, apabila ada orang menyampaikan salam di TV, radio, atau penulis menyampaikan salam melalui artikelnya di majalah, apakah wajib menjawab salam dalam kondisi ini?

Jawab beliau,

يجب رد السلام إذا سمعه الإنسان مباشرة ، أو بواسطة كتاب موجه إليه ، أو بواسطة وسائل الإعلام الموجهة إلى المستمعين ؛ لعموم الأدلة في وجوب رد السلام 

“Wajib menjawab salam apabila seseorang mendengarkannya secara langsung, atau melalui tulisan yang diarahkan kepadanya, atau melalui media informasi yang disampaikan kepada para pendengar, berdasarkan keumuman dalil tentang wajibnya menjawab salam.”
(Al-Muntaqa Fatawa Al-Fauzan, volume 63, no. lapan). Wallahu a'lam


33. Soalan : Ustaz..hendak bertanya,  selepas sesaorang sujud dan ingin meneruskan rakaat seterusnya.. perlukan dia tamakninah dulu atau terus sahaja bagun.. Sebab saya lihat ada orang yang buat dan ada yang tidak buat termasuk saya? Bolehkan dijelaskan rukun-rukun dalam solat yang perlu tamakninah?

Jawapan :

Dari sujud hendak bangun untuk meneruskan rekaat seterusnya boleh duduk sebentar (duduk istirahat) dan bangun atau boleh bangun terus daripada sujud. Kedua-duanya boleh dilakukan.
Tetapi di sunatkan jika duduk sebentar (duduk istirahat)

Tamakninah setengah daripada rukun solat yang sering diabaikan. Kesannya,ramai yang tidak sedar bahawa solatnya tak sah. Tamakninah dalam bahasa mudah bawa maksud BERTENANG. Ibarat memandu kenderaan, waktu di simpang hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergerak semula. Selagi kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikira tamakninah.

Rukun Solat yang WAJIB Disertakan Tamakninah :

 
Dibawah adalah senarai rukun solat yang mesti disertai tamakninah & akan batal solat jika tak ada tamakninah(sila ambil perhatian).

 
1. RUKUK : waktu tulang belakang dah sama rata & kedua belah tangan pegang pada kepala lutut,hentikan pergerakan seketika. Itulah kadar tamakninah. Barangkali sempat membaca subhanallah.

2. I'TIDAL(bangun darp rukuk) : pergerakan daripada rukuk menegak & meluruskan semula tulang belakang spt berdiri sebelum ni. Sempurna berdiri sebentar tersebut,itulah kadar tamakninah.

3. SUJUD : waktu semua anggota sujud yang tujuh(2tangan,2lutut,2kaki & 1dahi)cecah ke lantai. Hentikan sebarang pergerakan seketika waktu. Maka tulah kadar tamakninah.

4. DUDUK ANTARA 2 SUJUD : waktu duduk sambil baca doanya,tak harus bagi kita gerakkan anggota kasar. Itulah kadar tamakninah.

Tempat yang Sering Diabaikan Tamakninah :

 
1. I'TIDAL : terdapat sesetengah orang,apabila bangun dari rukuk kapada i'tidal,belum sempat tulang belakang lurus spt sebelumnya,dia dah turun untuk sujud. Solat jenis nie tak sah malah batal kerana tidak ada tamakninah dalam solatnya.

2. SUJUD : waktu sujud kedua-dua kakinya bergerak-gerak & ada yang mengangkatnya(tak cecah kaki ke lantai). Sujud dalam keadaan ni tak sempurna & tak ada tamakninah. Maka solat tak sah@batal solatnya.

3. BANGUN DARI SUJUD : waktu bangun dari sujud ke-2,ketika nak berdiri tegak ke rakaat seterusnya,tak ada tamakninah tetapi kita disunatkan duduk sebentar yang diberi nama duduk istirahat.


34. Soalan : Bolehkan ustaz jelaskan bagaimana cara hendak melakukan sujud syukur?

Jawapan :

Sujud syukur adalah perbuatan melakukan sujud secara spontan (seketika) tatkala mendapat nikmat atau menerima berita yang menggembirakan.

Adapun cara mengerjakan sujud syukur itu tidak berbeza sepertimana sujud tatkala solat. Hanya syarat-syarat y
ang diwajibkan dalam mengerjakan solat, seperti harus mempunyai wuduk (air sembahyang), menghadap qiblat, pakaian yang bersih daripada najis dan lain-lain, itu semua adalah tidak disyaratkan didalam sujud syukur.

Juga tidak disyaratkahn untuk dilakukan ditempat-tempat tertentu seperti masjid/surau, tetapi dibolehkan dilakukan disetiap tempat, asalkan tidak ditempat-tempat yang kotor, seperti tandas dan lain-lain. Boleh ianya dilakukan di tepi jalanan, di pasar, di kebun, di kilang, di tepi pantai, di atas kereta dan sebagainya.

Dalam pada itu, tidak ada bacaan-bacaan yang khusus pada waktu melakukan sujud syukur itu. Menurut penjelasan Jumhur Ulama, cara melakukannya ialah dengan mengucapkan takbir lebih dahulu, kemudian sujud, sesudah itu bangkit dari sujud dan terus memberi salam. Ada juga sebahagian ulama yang berpendapat bahawa sujud syukur tidak perlu dimulakan dengan takbir dan disudahkan dengan salam, tetapi ianya cukup dengan bersujud sahaja, kemudian bangikit dan duduk kembali.


35. Soalan : Bolehkan ustaz jelaskan cara-cara solat istikharah?

Jawapan :

Solat istikharah adalah solat kita mohon kepada Allah SWT untuk membuat pilihan paling baik di antara dua atau lebih pilihan. Jika kita melaksanakan bersungguh-sungguh insyaa Allah akan ada petunjuk Allah SWT manakah pilihan yang patut kita terima dan pilihan mana yang patut kita tinggalkan.

Istikharah bermakna ` meminta pertimbangan kepada Tuhan. Solat sunat istikharah sunat didirikan bilamana seseorang merasa ragu-ragu untuk mengerjakan sesutau pekerjaan atau ragu-ragu dalam membuat pilihan atau sebagainya. Dari Jabir ra, Nabi SAW tekah bersabda: "Bila seseorang bercita-cita hendak mengerjakann suatu pekerjaan maka hendaklah ia sembahyang dua rakaat, bukan sembahyang fardu" 


Di baca selepas selesai surah al-Fatihah surah al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah al-Ikhlas pada rakaat kedua. Selepas memberi salam hendaklah dia bertaubat dan membaca doa khusus solat sunat ini. Apabila kali pertama dia belum mendapat ,ketenteraman dan ketenangan sedang fikirannya masih lagi bimbang dan ragu-ragu, disunatkan mendirikan lagi dua atau tiga kali sehingga Allah mengilhamkan ke dalam diri untuk yakin dalam membuat keputusan.

 Untuk segala urusan yang dibolehkan oleh syariat, ia sunat didirikan jika kita merasa ragu-ragu. Adabnya ialah 

1. Memastikan perkara yang kita hendak lakukan itu dibenarkan oleh syariat. 

2. Mengikut pertimbangan akal, perkara yang kita hendak lakukan itu adatnya boleh dilaksanakan( tidak mustahil) 

3. Mengikut petunjuk syarie yang sedia ada, Pilihan- pilihan yang hendak dilakukan itu sama-sama seimbang 

4. Kosongkan hati dari mana-mana kecenderungan (berserah bulat-bulat memohon pertimbangan dari Allah) 

5. Laksanakan solat istikharah seperti di terangkan di atas 

6. Merasa yakin akan beroleh petunjuk atau ilham dari Allah. 

Doa solat isikharah :
 
” Ya Allah, Aku meminta pilihan kepadaMu dengan pengetahuanMu dan aku memohon keputusan dengan kekuasaanMu dan aku memohon kepada-Mu dari keutamaanMu yang besar, sesungguhnya Engkau mampu sedangkan aku tidak mampu dan Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkau mengetahui urusan-urusan yang ghaib.


Ya Allah, jikalau Engkau mengetahui bahawa 'urusan ini' baik bagiku dalam
(agamaku dan kehidupanku serta akhir urusanku, atau sebut buat masa kini dan akan datang)


maka takdirkanlah bagiku dan mudahkanlah bagiku kemudian berkatilah aku di dalamnya.
Apabila Engkau mengetahui bahawa 'urusan ini' buruk bagiku (dalam agamaku, kehidupanku dan akhir urusanku, atau sebut buat masa kini dan akan datang)

maka singkirkanlah ia daripadaku dan takdirkanlah kebaikan bagiku di mana pun jua kemudian jadikanlah aku redha dengannya."

No comments:

Post a Comment