Saturday, April 12, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 91 ( Hukum Orang Junub Memasak, Wali Fasiq Jadi Wali Nikah, Perkara Membatalkan Wuduk, Pendapat Mazhab Batal Wuduk Hukum Sindir dan Mengutuk).

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 91 adalah menjelaskan persoalan hukum orang junub memasak, wali fasiq jadi wali nikah, perkara membatalkan wuduk, pendapat mazhab batal wuduk hukum sindir dan mengutuk.

511. Soalan : Ustaz. saya ada 2 soalan untuk ditanyakan..

1.Salahkah saya menegur suami saya yang bersalaman dengan adik ipar perempuannya?

2.Bolehkah kita memasak,makan atau minum waktu kita masih dlm keadaan belum mandi junub?

Jawapan :  

1. Tidak salah dan wajib isteri menegur suami yang bersalaman dengan adik ipar perempuan kerana bersalaman adalah haram kerana bersentuhan kulit di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. 

2. Ulama mengatakan makruh wanita memasak makanan dalam keadaan junub sebelum dia berwuduk. Jika dia berwuduk diharuskan . Orang yang dalam keadaan junub, sebelum suci tidak dibolehkan solat, tawaf, berdiam di dalam masjid, atau menyentuh mushaf.

Selain itu boleh untuk dilakukan. Diantara dalilnya adalah hadis dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau pernah dalam kedaan junub berjalan dengan Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam di suatu jalan. Kemudian Abu Hurairah langsung menyelinap pergi dan mandi. Selesai mandi, Abu Hurairah menemui Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam dan ditanya, mengapa tadi ketemu malah menghilang. Beliau menjawab, “Tadi saya junub, dan saya malu duduk bersama tuan, sementara saya tidak suci.” Lalu Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda:

سبحان الله ، إن المسلم لا ينجس

“Subhaanallah, sesungguhnya seorang muslim tidak najis.” (Hadis Riwayat Bukhari 279 dan Muslim 371).

Ketika menjelaskan hadis ini, al-Hafidz Ibnu Hajar mengatakan,

وفيه جواز تأخير الاغتسال عن أول وقت وجوبه ، … وعلى جواز تصرف الجنب في حوائجه

“Hadis ini dalil bolehnya mengakhirkan mandi junub dari awal waktunya,.. dan bolehnya orang yang junub melakukan aktivitas untuk memenuhi keperluannya.” (Fathul Bari, 1:391).

Disyariatkan Wuduk :

Bagi orang yang menunda mandi dan ingin melakukan pekerjaan ketika junub, dianjurkan untuk berwuduk terlebih dahulu. Wuduk ini hukumnya tidak wajib, dan tidak boleh menghilangkan hadas besar, namun sifatnya sebatas meringankan hadas tersebut.

Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, bahawa beliau mengatakan,

كان رسول الله صلى الله عليه و سلم إذا كان جنبا فأراد أن يأكل أو ينام توضأ وضوءه للصلاة

Maksudnya, “Apabila Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam berada dalam kedaan junub, kemudian baginda ingin makan atau tidur, baginda berwuduk sebagaimana wuduk ketika hendak solat.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 305)

Juga diriwayatkan dari Ibnu Umar, bahawa Umar bin Khatab pernah bertanya kepada Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam, bolehkah seseorang tidur dalam keadaan junub? Baginda menjawab,

نعم ، إذا توضأ أحدكم فليرقد وهو جنب

“Ya boleh, apabila kalian telah berwuduk, silahkan tidur dalam keadaan junub.” (Hadis Riwayat Bukhari 283 dan Muslim 306).

Berdasarkan hadis ini, sebagian ulama menegaskan bahawa makruh hukumnya seseorang tidur dalam keadaan junub sementara dia belum wuduk. (simak Majmu’ Fatawa, 21:343)

512. Soalan : Ustaz,,,bolehkah seorang bapa yang tidak tunaikan solat 5 waktu tetapi berpuasa d bulan Ramadan mewalikan anak perempuannye waktu bernikah.?

Jawapan : 

Para ulama selain beberapa tokoh dalam madzhab hanafi, telah sepakat bahwa nikah tanpa wali statusnya batal. Sangat banyak dalil yang menunjukkan hal ini. Diantaranya,

Dari Abu Musa al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu, Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda,

لَا نِكَاحَ إِلَّا بِوَلِيٍّ

“Tidak sah nikah kecuali dengan wali.” (HR. Abu Daud 2085, Turmudzi 1101, Ibnu Majah 1881 dan dishahihkan al-Albani)

Dalam hadis lain dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda,

أَيُّمَا امْرَأَةٍ نَكَحَتْ بِغَيْرِ إِذْنِ وَلِيِّهَا فَنِكَاحُهَا بَاطِلٌ، فَنِكَاحُهَا بَاطِلٌ، فَنِكَاحُهَا بَاطِلٌ

“Wanita manapun yang menikah tanpa restu dari walinya maka nikahnya batal, nikahnya batal, nikahnya batal.” (HR. Ahmad 24417, Abu Daud 2083, Turmudzi 1102 dan dishahihkan al-Albani).

Kedua, diantara syarat boleh menjadi wali nikah, dia harus muslim. Kerana orang kafir tidak boleh menjadi wali nikah bagi muslimah.

Al-Buhuti dalam Kasyaful Qana’ menjelaskan beberapa persyaratan wali nikah, diantaranya,

الثّالِث اتفاق دين ، الولي والمولى عليها ، فلا يزوج كافر مسلمة ولا عكسه

Syarat ketiga, kesamaan agama, antara wali dan yang diwalikan. Kerana itu, tidak boleh orang kafir menikahkan wanita muslimah, atau sebaliknya. (Kasyaful Qana’, 5:53)

Ketiga, Bagaimana jika meninggalkan solat?

Solat salah satu daripada rukun Islam yang lima, yang diwajibkan ke atas setiap muslim dan muslimat yang mukallaf (baligh dan berakal). Kefarduan ini telah disepakati ulama’ (ijma’) dan dikira sebagai (ما يُعْلـَمْ مِنَ الدِّينِ بالضَرُورَة) perkara asas agama yang diketahui oleh setiap muslim. Sesiapa yang mengingkari kewajibannya menjadi kafir dan murtad, kekal dalam neraka; kerana kefarduannya disandarkan kepada nas yang jelas dan qathi’e (tidak dapat ditokok tambah) daripada Al-Quran, As-Sunnah dan Ijma’.

Sesiapa yang meninggalkan solat kerana malas, bermudah-mudah atau sengaja tanpa menafikan kewajibannya tergolong dikalangan orang yang fasiq dan berdosa besar yang wajib ke atasnya beberapa perkara:-

1. Bertaubat, beristighfar serta menyesal di atas perbuatannya.
2. Mengqadakan solat yang ditinggalkannya.
3. Dijatuhkan ke atasnya hukuman had.

Untuk melayakkan si bapa yang fasiq ini (menjadi wali nikah) kerana meninggalkan solat maka naib qadi (juru nikah ) akan meminta mengucap dua kalimah syahadah dan beristighfar semoga di ampunkan dosa-dosa wali nikah dan pengantin lelaki dan saksi-saksi barulah dijalankan akad nikah. Supaya nikah tersebut sah dan diredai oleh Allah SWT. Wallahu a'lam.

513. Soalan : Bolehkan ustaz terangkan syarat-syarat wuduk dan perkara-perkara yang membatalkan wuduk?

Jawapan :  

‘Berwuduk’ atau mengambil air sembahyang ini bermaksud menggunakan air dengan berniat untuk membersihkan anggota wajib bagi menghilangkan hadas kecil. Ibadah solat yang dilakukan tanpa wuduk adalah tidak sah dan sia-sia. Diinsafi bahawa dengan berwuduk kita dapat membersihkan hati dari sifat-sifat buruk dan tercela serta menyucikan badan dari dosa.

Jangan menganggap remeh jika anda melakukan wuduk dengan tergesa-gesa sehingga terjadi asalkan ambil sahaja. Apabila ada salah satu anggota tubuh kita yang tidak terkena air, maka astagfirullah anggota tubuh yang tidak kena air itu akan terkena api neraka.
.
“Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” (Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah).

Jika anda sudah berwuduk, maka wajah anda akan menampakkan cahaya, dan air bekas wuduk itu kelak di hari kiamat akan menjadi ‘nur hikmah’.
.
Kegunaan Wuduk

Wuduk merupakan salah satu ibadah khas yang dapat dipakai untuk melakukan solat, tawaf, hendak tidur, jalan keluar rumah, memegang dan membaca Al-Quran serta memelihara jiwa dan raga dari berbagai kecacatan.
.
Apabila anda telah mencampuri isteri, maka dianjurkan berwuduk, InsyaAllah anda akan kembali kuat.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang diantaramu telah mencampuri isterinya dan kemudian ingin mengulangi, hendaklah ia berwuduk.”
Disunatkan juga berwuduk sebelum memasuki masjid kerana hukumnya makruh sekiranya memasuki masjid tanpa berwuduk terlebih dahulu.
..
RUKUN WUDUK
.
1. Niat – Berniat mengangkat wuduk atau hadas kecil ketika air sampai ke muka:
.
2. Membasuh muka - Bahagian wajib dibasuh ialah dari sempadan tempat tumbuh rambut sehingga ke bawah dagu dan dari anak telingga kanan hingga ke anak telinga kiri.

3. Membasuh tangan – Membasuh kedua belah tangan sampai ke siku termasuk celah-celah jari dan kuku.

4. Menyapu kepala – Menyapu air ke atas sebahagian kepala. (jangan sapu 2/3 helai rambut kerana Allah SWT suruh sapu kepala)

5. Membasuh kaki – Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
6. Tertib - Membasuh anggota wuduk mengikut turutan.
..
CARA DAN DOA-DOA ANGGOTA WUDUK (Klik Di Sini)
.
SUNAT-SUNAT WUDUK
.
1. Baca Bismillah

2. Bersugi atau berkumur-kumur.

3. Membasuh jeri-jemari hingga pergelangan tangan.

4. Mencelah jari-jari tangan dan kaki.

5. Memasukkan air ke hidung.

6. Menyapu air ke seluruh kepala atau separuh kepala bagi wanita.

7. Membasuh ke dua belah telinga, luar dan dalam.

8. Menyelati janggut yang tebal.

9. Melebihkan kawasan basuh kaki hingga ke atas buku lali.

10. Dahulukan anggota kanan.

11. Menggosok-gosokkan anggota wuduk.

12. Membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali.

13. Muwalat (berturutan), basuh anggota kedua sebelum pertama kering.

14. Mengucap dua kalimah syahadah sesudah wuduk.

15. Berdoa selepas wuduk.
..
BATAL WUDUK
.
1. Tidur baring dan tidur mengiring.

2. Tidur duduk yang tidak tetap punggungnya.

3. Hilang ingatan disebabkan gila, mabuk, atau pengsan.

4. Keluar benda pejal, cecair atau angin dari dubur atau qubul.

5. Bersentuh kulit berlainan jantina yang bukan muhrim tanpa berlapik.

6. Menyentuh kemaluan atau dubur dengan tapak tangan atau perut anak jari.
.
Perhatian:

1. Menurut satu pandangan dalam Mazhab al-Shafie, wuduk hanya terbatal jika bersentuhan yang menimbulkan syahwat.

2. Pendapat yang kedua ini yang kita pakai ketika berada di Tanah Suci Makkah semasa melaksanakan ibadat haji kerana keadaan yang terlalu sesak yang menyebabkan sukar untuk mengelak daripada bersentuhan antara lelaki dan perempuan.
..
HIKMAT WUDUK
.
1. Menghilangkan segala kotoran badan terutama anggota wuduk.

2. Mengembalikan kesegaran pada tubuh dan semangat beribadat.

3. Dapat menghadap Allah SWT. dalam keadaan suci, bersih dan sempurna.

4. Menzahirkan kesopanan hamba sewaktu menghadap penciptanya.

5. Membersihkan jiwa dan tingkah laku daripada sifat-sifat buruk.

6. Menghilangkan rasa letih dan malas.

7. Wajah menjadi lebih cerah, ceria dan berseri.

8. Menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh anggota wuduk.
.
Wuduk yang diambil perlu mengikut urutannya baru sah wuduk kita, Adapun dalil wajibnya wuduk adalah firman Allah SWT maksudnya, “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki.” (Surah. Al-Maidah ayat 6). 

Anggota yang wajib dibasuh ketika wuduk adalah 1. muka, 2. tangan hingga kesiku, 3. menyapu kepala dan 4. membasuh kedua kaki. 

Menurut pendapat Mazhab Syafie batal wuduk jika bersentuhan kulit suami isteri. Tetapi menurut pendapat Mazhab Hanafi menyentuh wanita samaada dengan syahwat atau tidak dengan syahwat maka wuduknya tak batal.

514. Soalan : Boleh tak ustaz memberikan perbandingan di antara 4 mazhab batal atau pun tidak wuduk apabila bersentuhan dengan wanita?

Jawapan : 

Menyentuh Wanita Menurut 4 Mazhab :

Mazhab Syafi’i: 

Kalau orang-orang yang berwuduk itu menyentuh wanita lain tanpa ada aling-aling (batas), maka wuduknya batal, tapi kalau bukan wanita lain, seperti saudara wanita (mahram) maka wudukunya tidak batal.Syafi’iyah : Mereka berpendapat bahawa menyentuh wanita bukan mahram itu membatalkan wuduk secara mutlak sekalipun tanpa merasakan nikmat, sekalipun lelakinya itu lemah tua dan wanitanya lemah tua juga dan tidak berwajah menarik. Namun mereka memperkecualikan rambut, gigi, dan kuku yang tidak membatalkan wuduk jika tersentuh antara laki-laki dan perempuan yang bukan mahram

Mazhab Hanbali :

Dalam mazhab Hanbali berpendapat bahawa menyentuh wanita dengan tanpa ada penghalang dan dengan sahwat membatalkan wuduk. Baik itu wanita mahramnya atau bukan mahramnya, baik itu yang disentuh hidup atau sudah mati, baik itu yang disentuh wanita muda, tua atau anak perempuan kecil. Hal ini juga berlaku pada perempuan, apabila perempuan meyentuh laki-lak dengan sahwat maka wuduknya batal. Tidak membatalkan wuduk apabila menyentuh kuku, rambut dan gigi.

Untuk yang disentuh Hanabilah berpendapat bahwa wuduk orang yang disentuh tidak batal walaupun dalam dirinya terdapat sahwat. Dan tidak membatalkan wuduk juga laki-laki menyentuh laki-laki (walaupun amrod), perempuan menyentuh perempuan, meskipun kesemuanya itu timbul rasa sahwat.

Mazhab Maliki

Dalam Mazhab Maliki berpendapat apabila orang yang wuduk menyentuh perempuan dengan tanganya atau dengan anggota badanya maka wuduknya batal dengan syarat bertemunya kulit antara yang menyentuh dengan yang disentuh. Dan syarat bagi orang yang menyentuh adalah sudah baligh yang mana dalam menyentuh tersebut bertujuan untuk kenikmatan meskipun dalam menyentuhnya tidak ada rasa nikmat, atau tidak bertujuan mencari kenikmatan tetapi dalam menyentuh mendapatkan kenikmatan dan yang disentuh tidak memakai penghadang (aling-aling) atau yang disentuh menggunakan penghadang yang tipis, apabila yang disentuh menggunakan penghadang yang tebal maka wuduknya tidak batal.

Tidak membatalkan wuduk menyentuh anak wanita yang kecil yang tidak menimbulkan sahwat, dan tidak batal wuduknya menyentuh wanita yang tua. Adapun menyentuh rambut seorang wanita dengan tujuan mencari kenikmatan atau tidak bertujuan mencari kenikmatan akan tetapi dia menemukanya ketika menyentuh maka wuduknya batal.

Ruang lingkup menyentuh yang dapat membatalkan wuduk dalam madzhab Malikiyah adalah menyentuh dengan tujuan mencari kenikmatan, atau tidak mencari kenikmatan tapi menemukanya dalam menyentuh maka wuduknya batal, tidak peduli isterinya sendiri atau pemuda amrod. Akan tetapi kalau yang disentuh adalah mahramnya sendiri, seperti saudara perempuanya, anak perempuanya, pembantu rumahnya dan orang yang menyentuh adalah orang mudah sahwat, tapi ketika menyentuh tidak ada kenikmatan maka wuduknya tidak batal. Akan tetapi kalau yang disentuh itu bukan mahramnya maka wuduknya batal.

Sama halnya dengan menyentuh (dalam madzhab Maliki) adalah mencium dengan bibir, maka wuduknya batal secara muthlaq meskipun tujuanya tidak mencari kenikmatan dan tidak dalam menciumnya tidak menemukan kenikmatan.

Mencium dengan tujuan kasih sayang tidak membatalkan wuduk, akan tetapi dikembalikan lagi pada tujuanya, apabila tujuanya tidak mencari kenikmatan maka wuduknya tidak batal, apabila tujuanya mencari kenikmatan maka wuduknya batal.

Kesemuanya ini adalah untuk yang menyentuh, adapun syarat bagi yang disentuh adalah baligh,dan apabila dia disentuh menemukan rasa nikmat maka wuduknya batal. Atau dia menyengaja untuk disentuh dengan tujuan mencari kenikmatan maka wudhunya batal, dalam hal ini ( menyengaja untuk disentuh) dia seperti orang yang menyentuh dan hukumnya seperti orang yang menyentuh seperti yang tertera diatas.

Wuduk tidak batal karena memikirkan (menghayal) sesuatu yang boleh menimbulkan rasa sedap (sahwat), atau sebab melihat sesuatu yang biasa menimbulkan rasa nikmat. Akan tetapi kalau dia memikirkan tersebut sampai dia keluar mazi, maka wuduk batal. ( batalnya wudhu karena keluar madzi bukan karena memikirkan/ menghayal). Begitu pula kalau dia memimikirkan/ menghayal tersebut sampai keluar mani, maka dia wajib mandi karena sebab keluar mani.

Mazhab Hanafi

Dalam Mazhab Hanafi berpendapat bahawa menyentuh dengan menggunakan anggota badan manapun tidak membatalkan wuduk baik bagi yang disentuh maupun yang menyentuh walaupun kedua-duanya berbogel..

Seperti misalkan seorang laki-laki tidur bersama isterinya dalam satu katil dan kedua-duanya bogel maka wuduk kedua-duanya tidak batal, kecuali dalam dua hal: yang pertama apabila dari keduanya keluar sesuatu seperti madzi atau yang lainya maka wudhunya batal. Yang kedua sisuami menaruh kemalunya kepada kemaluan istrinya.

Dari sini dapat disimpulkan dalam pembahasan menyentuh terdapat perbedaan para imam madzhab, ketika menentukan hukum menyentuh hanafiyah sangat berbeda dengan imam-imam yang lain. 

Malikiyah dalam masalah menyentuh ruang lingkupnya pada menyengaja mendapat kenikmatan atau menemukan kenikmatan ketika menyentuh. 

Sedangkan syafiiyah dan hanabilah terdapat perbedaan pendapat dalam menyentuh perempuan tua yang tidak menimbulkan sahwat. Syafi’iyah berpendapat tidak membatalkan wudhu, sedangkan hanabilah membatalkan wuduk. 

Begitu pula para imam madzhab berbeda dalam menyentuh amrod yang jamil, malikiyah berpendapat membatalkan wuduk, sedangkan syafi’iyah dan hanabilah tidak membatalkan wuduk. Dalam menyentuh rambut, malikiyah berpendapat apabila laki-laki menyentuh rambut perempuan wuduknya batal apabila menyengaja untuk mencari kenikmatan atau tidak dengan tujuan mencari kenikmatan tapi dalam menyentuh dia menemukan kenikmatan maka wuduknya batal. Akan tetapi bagi wanita yang disentuh rambutnya wuduknya tidak batal, tetapi menurut hanabilah dan syafi’iyah mereka berpendapat menyentuh rambut tidak batal wuduknya.

Hanafi: wuduk itu tidak batal kecuali dengan menyentuh, di mana sentuhan itu dapat menimbulkan rasa sahwat pada kemaluan.

Syafi’I dan Hambali: menyentuh itu dapat membatalkan wuduk secara mutlak, baik sentuhan dengan telapak tangan maupun dengan belakangnya.

Maliki: ada hadis yang diriwayatkan oleh mereka, yang membezakan antara menyentuh dengan telapak tangan. Yakni, jika ia menyentuh dengan telapak (bagian depan), maka membatalkan wuduk, tapi jika menyentuh dengan belakangnya tidak membatalkan wuduk.

515. Soalan :  Saya ada satu soalan. saya selalu saja kena sindir dan selalu dikutuk oleh lelaki ni. orang kata buat tak tahu saja sebab nanti dia berhentilah tapi makin lama saya buat tak tahu makin menjadi jadi dia kutuk . macam mana nak atasinya?

Jawapan : 

Jika ada lelaki yang suka sindir atau mengutuk maka biarkan dia bersabar saja kerana orang yang suka menyakiti hati orang lain nanti akan mendapat balasan daripada Allah SWT

Setiap orang Muslim adalah bersaudara. Seorang Muslim lain tidak boleh mengejek dan mecela sesama saudara Muslim. Boleh jadi orang yang dicela itu lebih baik daripada orang yang mencela.

Firman Allah SWT bermaksud :|"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh Jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh Jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman. Dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” (Surah al Hujurat ayat 11).

Terkait dengan ayat ada dua catatan iaitu:

1. Jangan mencela dirimu sendiri, maksudnya ialah mencela antara sesama Mukmin kerana orang-orang Mukmin adalah bersaudara seperti satu tubuh.

2. Panggilan yang buruk ialah gelar yang tidak disukai oleh orang yang digelari, seperti panggilan kepada orang yang sudah beriman, dengan panggilan seperti hai fasik, hai kafir , hai orang hitam dan sebagainya.

Ahmad ash Shawi al Maliki mengatakan, “Makna ayat adalah janganlah seorang itu mengolok-olok yang lain kerana boleh jadi pihak yang diolok-olok itu lebih agung dan mulia dibandingkan pihak yang mengolok-olok. Ringkasnya tidaklah patut seorang Muslim mengolok-olok saudaranya seagama bahkan semua makhluk ciptaan Allah. Boleh jadi yang diolok-olok itu lebih baik hatinya dan lebih ikhlas dan lebih bertakwa dibandingkan yang mengolok-olok.

Syeikh Abdurrahman as Sa’di mengatakan, “Dalam ayat ini terdapat penjelasan tentang sebagian hak seorang mukmin dengan mukmin yang lain. Yaitu janganlah sekelompok orang mengejek sekelompok yang lain baik dengan kata-kata ataupun perbuatan yang mengandung makna merendahkan saudara sesama muslim.

Perbuatan ini terlarang dan hukumnya haram. Perbuatan ini menunjukkan bahwa orang yang mengejek itu merasa kagum dengan dirinya sendiri. Padahal boleh jadi pihak yang diejek itu malah lebih baik dari pada pihak yang mengejek. Bahkan inilah realita yang sering terjadi.

Mengejek hanyalah dilakukan oleh orang yang hatinya penuh dengan akhlak yang tercela dan hina serta kosong dari akhlak mulia.

Oleh kerana itu Nabi SAW. bersabda maksudnya, “Cukuplah seorang itu dinilai jahat jika dia merendahkan saudaranya sesama Muslim” (Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)”

Syeikh Muhammad bin Shalih al Utsaimin berkata, “Jika telah diketahui bahwa manusia itu bertingkat-tingkat. Di antaranya manusia itu bertingkat-tingkat dalam masalah ilmu. Sebagian orang itu lebih berilmu daripada yang lain dalam ilmu-ilmu agama atau ilmu-ilmu alat yang sangat membantu untuk mengusai ilmu agama semisal ilmu-ilmu tentang bahasa Arab sebagaimana nahwu, balaghah dan yang lainnya.


Thursday, April 10, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 90 ( Perniagaan Riba, Niat Puasa Sunat, Jiran Yang Suka Memfitnah, Di larang Mengkafirkan Seorang Muslim dan Salam Dalam Solat.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 90 adalah menjelaskan persoalan perniagaan riba, niat puasa sunat, jiran yang suka memfitnah, di larang mengkafirkan seorang muslim dan salam dalam solat.

506. Soalan : Ustaz..saya ada satu soalan...apakah hukum jika kita melibatkan wang sejumlah rm20,000 dalam urusan pembelian modal minyak.seterusnya tiap-tiap minggu kita akan dapat keuntungan rm500...jika kita nak stop maka company yang terlibat akan baga balik wang rm20,000 tadi...jadi apakah hukum wang yang kita dapat tiap-tiap minggu itu...mohon pencerahan daripada ustaz terima kasih...

Jawapan : 

Keuntungan yang berbentuk tetap setiap minggu adalah dikira riba kerana perniagaan di dalam sistem Islam (cara mudharabah) keuntungan dan kerugian di tanggung bersama dan tidak boleh ditetapkan peratus keuntungannya untuk pelabur yang mengeluarkan modal.

 Riba Zaman Jahiliyyah


Pada zaman Jahiliyyah, riba terkenal dengan dua model iaitu riba nasi'ah dan riba fadhl:

Riba Nasi'ah

1. Menurut Qatadah, riba nasi'ah adalah riba kaum jahiliyyah dimana seorang menjual sesuatu hingga batas waktu tertentu. Apabila batas waktu itu tamat sedangkan pembelinya belum juga mampu melunasi pembayarannya maka harganya dinaikkan dan tempuhnya ddiundurkan lagi.

2. Mujahid mengatakan bahawa pada zaman jahiliyyah ada orang yang mempunyai hutang kepada orang lain, lalu yang punya hutang berkata kepada pemilik wang, "Hutang saya akan saya bayar "sekian" dengan syarat anda mengundurkan tempuhnya kepada saya". Lalu orang itu mengundurkan waktunya.

3. Abu Bakar Al Jashshah mengatakan bahawa pada zaman jahiliyyah riba hanya pinjaman berjangka dengan penambahan bunga bersyarat. Penambahan bunga itu sebagai imbalan dari penundaan waktu pelunasan hutangnya, lalu Allah SWT membatalkan sistem itu.

4. Menurut Al Imam Ar-Razi dalam tafsirnya, "Sesungguhnya riba nasi'ah itulah yang terkenal di zaman jahiliyyah kerana seseorang dari mereka meminjamkan wangnya kepada orang lain dengan tempoh, dengan syarat ia harus memberinya bunga tertentu setiap bulan. Kalau tidak sanggup memenuhi janjinya maka bunganya ditambah dan waktunya diundurkan".

Riba Fadhl

Riba ini terjadi apabila seseorang menjual sesuatu dengan sejenisnya dengan tambahan, seperti menjual emas dengan emas, mata wang dirham dengan dirham, gandum dengan gandum dan seterusnya.

Abu Said Al Khudari berkata, "Rasulullah bersabda maksudnya : "Emas dengan emas, perak dengan perak, bur dengan bur, syair dengan syair, kurma dengan kurma dan garam dengan garam dipertukarkan dengan sama, segenggam dengan segenggam,. Siapa yang manambah atau minta tambah maka ia telah malakukan praktik riba, baik yang meminta mahupun yang memberi, dalam hal itu sama saja." ( HR. Asy Syaikhan)

Dari Abu Said Al Khudari, katanya, "Bilal datang kepada Rasulullah SAW dengan membawa kurma kualitas Barni. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadanya, "Dari mana kurma itu ?". Ia menjawab , "Kami punya kurma yang buruk lalu kami jual barter dua liter dengan satu liter". Maka Rasulullah bersabda:

"Masya Allah, itu juga adalah perbuatan riba. Jangan kau lakukan. Jika kamu mahu membeli, juallah dahulu kurmamu itu kemudian kamu beli kurma yang kamu inginkan." ( Muttafaq 'alaih)

Jenis riba yang pertama sudah jelas, sedangkan jenis yang kedua hanya terdapat pada perbezaan kualiti barang sejenis yang dipertukarkan sehinga jual beli tersebut tersebut digolongkan riba. Rasulullah SAW memerintahkan untuk menjual dulu kurma yang hendak dipertukarkan dan wangnya digunakan untuk membeli kurma yang lebih baik. Ini semua diamanahkan oleh Rasulullah SAW untuk menjauhkan umatnya sejauh mungkin dari bayangan praktik riba. Begitu pekanya perasaan Rasulullah SAW dari bayangan riba dalam berbagai praktik ekonomi kemasyarakatan dan hikmahnya. Baginda berhasil memecah penyakit riba yang telah menjadi darah daging di zaman jahiliyyah.

Sedikit atau Banyak Sama Hukumnya

Firman Allah SWT maksudnya, "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keuntungan." (Surah Al Imran (3) ayat 130)

"Dan peliharalah dirimu dari api neraka, yang disediakan untuk orang-orang yang kafir" (Surah..Al Imran (3) ayat 131)

507. Soalan : Ustaz bolehkah saya nak puasa sunat ..tapi saya terlupa nak niatnya baru teringat pagi ni...boleh ke saya nak puasa?

Jawapan : 

Puasa sunat boleh diniatkan di waktu pagi sebelum makan atau minum. Tetapi puasa Ramadan, qada, nazar dan puasa kaffarah perlu niat sebelum masuk waktu subuh.

Dari Umar bin Al Khaththab diatas mimbar berkata; saya mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Semua perbuatan tergantung niatnya, dan tiap orang mendapatkan apa yang diniatkan (Hadis Riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas, orang yang menahan diri dari makan dan minum tapi tidak berniat ibadah, misalnya kerana mogok makan, maka dia tidak mendapatkan pahala apapun.

Hanya saja terkait puasa sunat, niat boleh dilakukan di siang hari meskipun setelah terbit fajar. Dalil yang menunjukkan kebolehan ini adalah hadis berikut ini;

Dari Aisyah Ummul Mukminin, ia berkata; Pada suatu, Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam menemui dan bertanya, "Apakah kamu mempunyai makanan?" kami menjawab, "Tidak." Baginda bersabda: "Kalau begitu, saya akan berpuasa." (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis di atas, Rasulullah Sallalahu 'Alaihi Wasallam berpuasa sunat. Ketika niat puasa Rasulullah Shallalahu 'Alaihi Wasallam ternyata dilakukan di siang hari, yakni setelah terbit fajar kerana baginda tidak mendapati makanan di rumahnya yang boleh diimakan, maka hal ini menunjukkan puasa sunat boleh diniatkan di siang hari.

Sejumlah shahabat seperti Abu Ad-Darda', Ibnu Abbas, Hudzaifah, Abu Thallah dan Abu Hurairah juga memiliki kebiasaan seperti Rasulullah Shallalahu 'Alaihi Wasallam ini. Yakni berniat puasa sunat di siang hari jika tidak mendapatkan makanan yang boleh di makan di rumahnya. Bukhari meriwayatkan;

Ummu Ad-Darda' berkata: Kebiasaan Abu Ad-Darda' jika bertanya: Apakah ada makanan?,lalu kami menjawab: Tidak, maka beliau berkata; Aku puasa hari ini. Abu Tholhah, Abu Hurairah, Ibnu Abbas, dan Hudzaifah juga melakukan kebiasaan ini (Hadis Riwayat Bukhari)

Adapun hadis yang mewajibkan niat harus di malam hari sebelum terbit fajar, misalnya hadis berikut ini;

Dari Hafshah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, baginda bersabda: "Barangsiapa yang tidak berniat puasa sebelum terbit fajar, maka ia -dianggap- tidak berpuasa." (Hadis Riwayat An-Nasai)

508. Soalan : Saya ingin bertanya berdosakah saya sekiranya saya mengambil jalan mendiamkan diri dari bertegur sapa dengan jiran sebelah rumah (ibu saudara suami) kerana dia telah menyebar cerita kepada ipar-ipar saya bahawa saya telah memburuk-burukkan ipar-ipar saya kepada orang lain,.... hal ini menyebabkan ipar-ipar saya telah bermasam muka dengan saya dan suami.... ini adalah kali kedua dia telah mengadu domba tentang saya dan suami.

Jawapan : 

Islam melarang umatnya dari tidak bertegur sapa dengan sahabat seIslamnya yang lain dek kerana pergaduhan perkara keduniaan lebih dari 3 hari. Walaupun jiran kita telah membuat fitnah dan mengadu domba , kita disuruh untuk tetap bertegur sapa dan jangan sekali-kali putuskan silaturahim.

Nabi SAW bersabda :

ولا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ

Ertinya : Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari 3 hari” (Hadis Riwayat Al-Bukhari, 5/2253)

Kenapa 3 hari?, inilah sifat fitrah dalam kerana Islam. Walaupun Nabi SAW pernah menasihatkan agar jangan marah dalam sabdanya :-

سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ مَاذَا يباعدني من غَضِبِ اللَّهِ عز وجل قال لاَ تَغْضَبْ

Ertinya : Ditanya kepada Rasulullah SAW : Apakah yang menjauhkan aku dari kemurkaan Allah SWT , jawab Nabi : Janganlah kamu marah ” (Hadis Riwayat Ahmad, 2/175). 

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya aku mempunyai kaum kerabat yang aku eratkan hubunganku dengan mereka tetapi mereka memutuskan, dan aku berbuat baik dengan mereka tetapi mereka membuat jahat kepadaku, aku berlemah lembut dengan mereka tetapi melakukan kekasaran terhadap aku”. 

Maka jawab Rasulullah, “Jika benarlah apa yang engkau katakan itu maka seolah-oleh engkau memberi makan abu panas (mereka melakukan dosa besar) dan Allah sentiasa bersama engkau memberi pertolongan selagi kamu mengekalkan sifat-sifat kamu”. 
(Hadis Riwayat Muslim)

Huraian Hadis: Islam mengajar umatnya berbuat baik bagi mengeratkan hubungan antara keluarga walaupun kebaikan itu dibalas dengan keburukan. Berbuat baiklah dengan kaum keluarga dengan tujuan mengeratkan hubungan silaturahim, semoga mendapat keredaan dan pertolongan daripada Allah SWT. Islam menghendaki umatnya mengerjakan kebaikan sesama keluarga untuk menjamin kesejahteraan. Orang yang cuba melakukan permusuhan dan kemarahan kepada orang yang hendak berbuat baik dengannya adalah dimurkai oleh Allah dan dia akan mendapat seksaan diakhirat kelak.

Silaturahim adalah kunci terbukanya rahmat dan pertolongan Allah SWT. Dengan terhubungnya silaturahim, maka ukhuwah Islamiyah akan terjalin dengan baik. Bagaimana pun besarnya umat Islam secara kuantitatif, sama sekali tidak ada ertinya bila di dalamnya tidak ada persatuan dan kerja sama untuk taat kepada Allah...

Tahukah sahabat tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan?

"Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan adalah pahala orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahim, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah siksaan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan tali persaudaraan" (Hadis Riwayat. Ibnu Majah).

Silaturahim tidak sekadar bersentuhan tangan atau memohon maaf belaka. Ada sesuatu yang lebih hakiki dari itu semua, yaitu aspek mental dan keluasan hati.apabila kita bersilaturahim jangan pula kita memilih-milih siapakah yang layak kita mengikat silaturahim,contohnya memilih yang kaya,cantik dan setaraf ini bukanlah yang di maksudkan silaturahim didalam islam.

Rasulullah SAW bersabda, "Yang disebut bersilaturahim itu bukanlah seseorang yang membalas kunjungan atau pemberian, melainkan bersilaturahim itu ialah menyambungkan apa yang telah putus" (Hadis Riwayat. Bukhari).

509. Soalan : Saya nak tanya...adakah salafi itu sesat...sedangkan mereka pandu pada al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW?

Jawapan :  

Umat Islam perlu berhati-hati untuk membuat dakwaah sesuatu kumpulan itu sesat atau tidak. Jika jelas sesat darisegi akidah, ibadah, amalan zikir, menolak hadis, menolak hukum Allah SWT, menghalakan yang diharamkan oleh Allah SWT . Kumpulan yang jelas sesat terdapat di dalam laman web JAKIM dan bahagian penyelidikan JAKIM telah menyenaraikan dan mewartakan 56 ajaran sesat yang terdapat di Malaysia.. Kumpulan Salafi tidak tersenarai di dalam ajaran sesat yang diputuskan oleh pihak JAKIM.
Bahaya Menuduh Orang dengan Kata Kafir Atau Fasiq

BAHAYA MEMANGGIL DENGAN KAFIR ATAU FASIQ

عَنْ أَبِي ذَرٍّ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَيْسَ مِنْ رَجُلٍ ادَّعَى لِغَيْرِ أَبِيهِ وَهُوَ يَعْلَمُهُ إِلَّا كَفَرَ وَمَنِ ادَّعَى مَا لَيْسَ لَهُ فَلَيْسَ مِنَّا وَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ وَمَنْ دَعَا رَجُلًا بِالْكُفْرِ أَوْ قَالَ عَدُوَّ اللَّهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ إِلَّا حَارَ عَلَيْهِ

Dari Abu Dzar, dia mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda,“Tidak ada seorang lelakipun yang mengakui bapa kepada orang yang bukan bapanya padahal ia tahu (kalau itu bukan bapanya), kecuali dia telah kufur. Barangsiapa yang mengaku sesuatu yang bukan haknya, bererti dia tidak termasuk golongan kami dan hendaklah ia menempati tempat duduknya dari api neraka. Dan barangsiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan “kafir” atau “musuh Allah” padahal dia tidak kafir, maka tuduhan itu akan kembali kepada penuduh.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

TAKHRIJ HADIS

Hadis dari sahabat yang mulia Abu Dzar Al Ghifari ini, diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam shahihnya di dua tempat; kitab Al Manaqib, Bab Nisbatul Yaman Ila Isma’il, hadits no. 3317 dan kitab Al Adab, Bab Ma Yanha Minas Sibab Wal La’ni, hadits no. 5698 dan Imam Muslim dalam shahihnya, kitab Al Iman, Bab Bayan Hali Iman Man Raghiba An Abihi Wahua Ya’lam, hadits no. 214.

SYARAH HADIS

1. Sabda Rasulullah yang maksudnya: Tidak ada seorang lelakipun yang mengakui bapa kepada orang yang bukan bapanya padahal ia tahu, kecuali dia telah kafir.

Mengakui orang lain sebagai orang tua kandung, padahal bukan orang tuanya termasuk dosa besar. Kebiasaan seperti banyak dilakukan oleh orang kafir Quraisy pada zaman dulu untuk mencari kebanggaan. Kemudian kebiasaan ini dilarang oleh agama Islam. Bahkan dalam hadis di atas, perbuatan seperti ini dianggap sebuah kekufuran. Kata kufur disini mengandung dua makna. Pertama, kafir yang sebenarnya jika perbuatan ini dianggap halal. Dan makna kedua, iaitu kufur (tidak bersyukur) terhadap nikmat, kebaikan, hak Allah dan hak orang tua.

Kekufuran yang disebutkan dalam hadis ini bukanlah kekufuran yang mengakibatkan seseorang murtad dari agama ini. Kata kufur disini, bermakna sama dengan kata kufur yang terdapat dalam sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam.


أُرِيتُ النَّارَ فَإِذَا أَكْثَرُ أَهْلِهَا النِّسَاءُ يَكْفُرْنَ قِيلَ أَيَكْفُرْنَ بِاللَّهِ قَالَ يَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ وَيَكْفُرْنَ الْإِحْسَانَ لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ

Aku diperlihatkan neraka, tiba-tiba (aku lihat) kebanyakan penghuninya adalah perempuan yang kufur. Beliau ditanya,”Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab,”Mereka kufur kepada suami dan kebaikannya. Jika engkau berbuat baik kepada salah seorang diantara mereka selama setahun, kemudian melihat sesuat yang mengecewakan, dia akan berkata,’Saya tidak pernah melihat kebaikanmu sedikitpun’. (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah menjelaskan kata kufur disini dengan kufur kepada suami dan kebaikan. (Lihat Syarah Shahih Muslim, 2/237)

Jadi orang yang mengakui orang lain sebagai bapanya, padahal dia tahu itu bukan bapanya, maka dia telah kufur terhadap orang tuanya. Padahal orang tuanya merupakan orang yang paling berhak padanya. Orang tuanya telah melahirkan, mendidik dan memeliharanya. Kerananya Allah meletakkan kewajiban bersyukur kepada kedua orang tua setelah kewajiban bersyukur kepada Allah. Sebagaimana firmanNya,


أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ

Maksudnya, "Hendaklah kamu bersyukur kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu." (Surah Luqman ayat 14 )
 

2. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam yang ertinya : "Barangsiapa yang mengakui yang bukan haknya, bererti dia tidak termasuk golongan kami dan hendaklah ia menjadikan tempat duduknya dari api neraka."

Kata dakwa ( الدعوى ) , maksudnya seseorang mengakui sesuatu sebagai miliknya, haknya atau yang sejenisnya.

Sedangkan menurut syar’i, dakwa adalah mengaku berhak atas sesuatu yang sedang berada dalam tanggungan seseorang, atau berada di tangan orang lain atau yang sejenis nya.

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam diatas memiliki makna yang umum. Mencakup semua pengakuan, baik mengaku memiliki, mengaku berhak, mengaku anak atau yang lainnya. Semua itu masuk dalam pengertian hadis tersebut.

Adapun sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam, bererti dia bukan golongan kami, maksudnya ialah ia tidak berada di atas sunnah kami dan tidak berada di atas jalan kami yang indah. Baginda tidak bermaksud mengkafirkan orang ini, meskipun secara zahir ucapan ini mengkafirkan.

Dalam masalah pengakuan ini, terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim,


لَوْ أُعْطِيَ النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لَادَّعَى نَاسٌ دِمَاءَ رِجَالٍ وَأَمْوَالَهُمْ وَلَكِنَّ الْبَيِّنَةَ عَلَى الْمُدَّعَى

Kalau seandainya orang-orang itu diberi sesuai dengan pengakuan mereka, tentu mereka akan mengaku berhak atas darah atau nyawa orang dan harta orang, akan tetapi wajib atas orang yang mengaku mendatangkan bukti.

Maksudnya, jika seseorang diberikan hanya berdasarkan pengakuan saja, maka boleh jadi ada orang yang mengaku berhak atas nyawa seseorang dengan tuduhan sebagai pembunuh atau sejenisnya. Maka wajib atas orang yang mengaku atau menuduh untuk mendatangkan bukti nyata dan wajib atas orang yang tertuduh itu bersumpah untuk membela diri, jika memang dia tidak benar.

Dalam hadis yang lain, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda,
الْبَيِّنَةُ عَلَى الْمُدَّعِي وَالْيَمِينُ عَلَى الْمُدَّعَى عَلَيْهِ

Penuduh wajib mendatangkan bukti dan orang yang tertuduh wajib bersumpah. (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Mengenai sabda baginda hendaklah dia menempati rumahnya dari api neraka, para ulama berpendapat, bahawa ungkapan itu berkisar antara doa baginda atau pemberitahuan. Tetapi dengan lafaz perintah. Imam Nawawi mengokohkan pendapat yang kedua, Beliau berkata, ”Itu pendapat yang paling jelas diantara dua pendapat.”

Maksudnya orang yang mengaku-ngaku terhadap sesuatu yang bukan haknya, maka dia akan mendapatkan balasan berupa tempat tinggal dari api neraka. Namun ini bukan bererti, bahawa balasan itu pasti akan didapatkan, kerana boleh jadi ia bertaubat sebelum mati, lalu Allah menerima taubatnya dan mengampuni orang tersebut sehingga terbebas dari siksa.

3. Sabda Rasulullah yang ertinya: Dan barangsiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan “kafir” atau “musuh Allah” padahal dia tidak kafir, maka tuduhan itu akan kembali kepada penuduh.

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda,
عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلًا بِالْفُسُوقِ وَلَا يَرْمِيهِ بِالْكُفْرِ إِلَّا ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ إِنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ

Dari Abu Zar radhiyallahu ‘anhu, beliau mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Aaihi Wa sallam bersabda,”Tidaklah seseorang menuduh orang lain dengan kata fasiq, dan menuduhnya dengan kata kafir, kecuali tuduhan itu akan kembali kepada si penuduh jika orang yang tertuduh tidak seperti yang dituduhkan. (Hadis Riwayat Bukhari)

Dua hadis diatas menjelaskan kepada kita bahaya ucapan kafir. Tuduhan kafir yang ditujukan kepada seorang muslim, pasti akan tertuju kepada salah satunya, penuduh atau yang dituduh.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda.
إِذَا كَفَّرَ الرَّجُلُ أَخَاهُ فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا

Apabila ada seseorang yang mengkafirkan saudaranya (seiman-red) maka salah satu dari keduanya akan tertimpa kekufuran. [Hadis Riwayat Muslim)
أَيُّمَا امْرِئٍ قَالَ لِأَخِيهِ يَا كَافِرُ فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا إِنْ كَانَ كَمَا قَالَ وَإِلَّا رَجَعَتْ عَلَيْهِ

Barangsiapa yang berkata kepada saudaranya, “hai orang kafir,” maka kata itu akan menimpa salah satunya. Jika benar apa yang diucapkan (bererti orang yang dituduh menjadi kafir); jika tidak, maka tuduhan itu akan menimpa orang yang menuduh. [Hadis Riwayat Muslim].

Jika panggilan itu keliru, ertinya orang yang dipanggil kafir tidak benar kafir, maka kata kafir akan kembali kepada orang yang memanggil. Wal iyadzu billah. Jika benar, maka dia selamat dari resiko kekafiran atau kefasikaan, namun bukan bererti ia selamat dari dosa. Sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Hajar. [2] Maksudnya, orang yang memanggil saudaranya dengan kata kafir atau fasiq, meskipun benar, namun boleh jadi ia menanggung dosa. Misalkan jika maksud dan tujuannya untuk mencela, membongkar aib orang di masyarakat atau memperkenalkan orang ini. Perbuatan seperti ini tidak diperbolehkan. Kita diperintahkan untuk menutupi aib ini kemudian membimbing dan mengajarinya dengan lemah lembut dan bijaksana. Sebagaimana firman Allah,
اُدْعُ إِلَى سَبِيْلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ

Berserulah ke jalan Rabbmu dengan hikmah dan dengan nasihat yang baik. (Surah An Nahl ayat 125)

Selama masih boleh dibimbing dengan lemah lembut, maka jalan kekerasan tidak boleh ditempuh. Dan juga, panggilan kafir dan fasiq sering membuat orang menjadi marah. Lalu syaithan mendorongnya untuk terus-menerus melakukan perbuatan dosa. Sehingga kadang ada yang mengatakan,“Ya saya ini kafir,” kemudian terus-menerus berbuat dosa.


510. Soalan : Maaf saya nak bertanyakan tentang rahsia didalam solat, Ustaz perbuatan terakhir dalam solat ialah salam. Apakah mesej yg tersirat dalam memberi salam dan kepada siapa salam itu ditujukan. Maaf saya tidak tahu,mohon pencerahan dan nasihat.

Jawapan : 

Salam pertama selepas membaca tahyat akhir adalah wajib tak sah solat jika tak memberi salam. Kenapa toleh kekanan dan kekiri dan untuk siapa salam itu jawapannya wallahu a'lam (hanya Allah SWT saja yang Maha Mengetahui). Dalam hadis sahih tak ada di ceritakan untuk siapa salam itu di ucapkan. Dalam ibadah bukan semua ada dinyatakan fadilat dan kelebihannya kita hanya di minta taat dan patuh dan kerjakan solat atau ibadah lain dengan penuh ketaatan tanpa soal.

Salam termasuk rukun solat. Sehingga orang yang meninggalkan salam, baik dengan sengaja mahupun lupa maka solatnya batal.

Dari Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda,

مِفْتَاحُ الصَّلَاةِ الطُّهُورُ، وَتَحْرِيمُهَا التَّكْبِيرُ، وَتَحْلِيلُهَا التَّسْلِيمُ

“Kunci solat adalah bersuci, yang mengharamkannya adalah takbiratul ihram, dan yang menghalalkannya adalah salam.” (HR. Ahmad, Abu Daud, Turmudzi, dan disahihkan Syuaib al-Arnauth)

Maknanya :

Mengharamkannya: batas yang mengharamkan untuk melakukan pekerjaan di luar solat
Menghalalkannya: batas yang menghalalkan untuk melakukan pekerjaan di luar solat
Dua Salam yang statusnya : Rukun solat adalah salam pertama, sedangkan salam kedua hukumnya sunat. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam pernah melakukan salam sekali.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, beliau menceritakan,

أن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كان يسلم تسليمة واحدة

“Bahwa Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam pernah melakukan salam sekali.” (Hadis Riwayat Baihaqi dan dishahihkan al-Albani).

3. Inti dari salam adalah bacaan Assalamu alaikum wa rahmatullah….dan sebagainya. Sementara menoleh ketika salam, hukumnya di sunatkan dalam madzhab Syafiiyah. Sehingga solat tetap sah, sekalipun tidak menoleh ketika salam. Imam An-Nawawi mengatakan,

ولو سلم التسليمتين عن يمينه أو عن يساره أو تلقاء وجهه أجزأه وكان تاركا للسنة

Jika ada orang yang mengucapkan salam dua kali ke kanan atau ke kiri, atau menghadap ke arah depan (tidak menoleh), solatnya sah, sekalipun dia meninggalkan sunah. (al-Majmu’ Syarh Muhadzab, 3/478).

4. Dianjurkan untuk menoleh secara maksima ketika salam dua kali, sehingga pipi orang yang solat kelihatan dari belakang.

Dari Sa’d bin Abi Waqqash radhiyallahu ‘anhu, beliau menceritakan,

كُنْتُ أَرَى رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسَلِّمُ عَنْ يَمِينِهِ، وَعَنْ يَسَارِهِ، حَتَّى أَرَى بَيَاضَ خَدِّهِ

”Saya melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam melakukan salam dengan menoleh ke kanan dan ke kiri. Hingga aku melihat putihnya pipi baginda.” (Hadis Riwayat Muslim 582).

5. Tata cara salam ada 5:

a. Mengucapkan, ”Assalamu alaikum wa rahmatullah wa barakatuh” ketika menoleh ke kanan dan ke kiri.

Dari Abu Ubaidah,

أَنَّ ابْنَ مَسْعُودٍ كَانَ يُسَلِّمُ عَنْ يَمِينِهِ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، وَعَنْ يَسَارِهِ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، يَجْهَرُ بِكِلْتَيْهِمَا

Bahawa Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu salam ke kanan dengan mengucapkan, “Assalamu alaikum wa rahmatullah wa barakatuh” dan menoleh ke kiri dengan membaca, “Assalamu alaikum wa rahmatullah wa barakatuh” beliau mengeraskan keduanya. (HR. Abdurazaq dalam Mushannaf, 3129).

Hal yang sama juga dilakukan sahabat Ammar bin Yasir radhiallahu ‘anhuma (Mushanaf Abdurazaq 3134).

b. Mengucapkan, ”Assalamu alaikum wa rahmatullah wa barakatuh” ketika salam pertama dan mengucapkan, ”Assalamu alaikum wa rahmatullah” pada saat salam kedua.

Dari Wali bin Hujr radhiallahu ‘anhu, beliau menceritakan,

صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَكَانَ يُسَلِّمُ عَنْ يَمِينِهِ: «السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ»، وَعَنْ شِمَالِهِ: «السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ»

“Saya solat bersama Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam. Baginda mengucapkan salam ketika menoleh ke kanan, ”Assalamu alaikum wa rahmatullah wa barakatuh” dan ketika menoleh ke kiri beliau mengucapkan, ”Assalamu alaikum wa rahmatullah.” (Hadis Riwayat Abu Daud 997 dan dishahihkan al-Albani)

c. Mengucapkan, ”Assalamu alaikum wa rahmatullah” ketika menoleh ke kanan dan ke kiri.

Dari Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu,

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسَلِّمُ عَنْ يَمِينِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ حَتَّى يُرَى بَيَاضُ خَدِّهِ

“Saya melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam melakukan salam ke kanan dan ke kiri, mengucapkan ”Assalamu alaikum wa rahmatullah”, hingga terlihat putihnya pipi baginda.” (Hadis Riwayat Nasai, Abu Daud dan dishahihkan al-Albani).

d. Salam pertama mengucapkan, ”Assalamu alaikum wa rahmatullah.” dan salam kedua mengucapkan, ”Assalamu alaikum.”

Dari Wasi’ bin Hibban, beliau pernah bertanya kepada Ibnu Umar tentang tata cara solat Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam. Baginda pun mempraktikannya, diantaranya,

وَذَكَرَ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ عَنْ يَمِينِهِ، السَّلَامُ عَلَيْكُمْ عَنْ يَسَارِهِ
Wasi’ menyebutkan bahawa Ibnu Umar mengucapkan ”Assalamu alaikum wa rahmatullah.” ketika menoleh ke kanan dan mengucapkan ”Assalamu alaikum.” ketika menoleh ke kiri. (Hadis Riwayat Nasai dan dishahihkan Syuaib al-Arnauth).

e. Salam sekali dengan hanya mengucapkan ”Assalamu alaikum.”

Aisyah menceritakan tata cara solat Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam,

ثم يسلم تسليمة واحدة، السلام عليكم، يرفع بها صوته، حتى يوقظنا
”Kemudian baginda salam sekali, mengucapkan ’Assalamu alaikum’ dengan mengangkat suaranya, sehingga membangunkan kami.” (HR. Ahmad dan dishahihkan Syuaib al-Arnauth).

6. Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam terkadang salam sekali dengan menoleh sedikit ke arah kanan,

Aisyah menceritakan,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسَلِّمُ فِي الصَّلَاةِ تَسْلِيمَةً وَاحِدَةً تِلْقَاءَ وَجْهِهِ يَمِيلُ إِلَى الشِّقِّ الْأَيْمَنِ قَلِيلًا

”Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam melakukan salam sekali ketika solat ke arah depan dengan menoleh sedikit ke kanan.” (Hadis Riwayat Daruquthni, al-Hakim, dan dishahihkan adz-Dzahabi).

Kesalahan Ketika Salam

Membuka tangan kanan dan kiri ketika menoleh pada saat salam.

Kebiasaan ini pernah dilakukan sebagian sahabat di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Dari Jabir bin Samurah radhiallahu ‘anhu,

”Ketika kami solat bersama Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam, kami mengucapkan ”Assalamu alaikum wa rahmatullah – Assalamu alaikum wa rahmatullah” sambil berisyarat dengan kedua kanan ke samping masing-masing. Kemudian Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam mengingatkan,

عَلَامَ تُومِئُونَ بِأَيْدِيكُمْ كَأَنَّهَا أَذْنَابُ خَيْلٍ شُمْسٍ؟ إِنَّمَا يَكْفِي أَحَدَكُمْ أَنْ يَضَعَ يَدَهُ عَلَى فَخِذِهِ ثُمَّ يُسَلِّمُ عَلَى أَخِيهِ مَنْ عَلَى يَمِينِهِ، وَشِمَالِهِ

”Mengapa kalian mengangkat tangan kalian, seperti keledai yang suka lari? Kalian cukup letakkan tangan kalian di pahanya kemudian salam menoleh ke saudaranya yang di samping kanan dan kirinya. (Hadis Riwayat Muslim, Nasai, dan yang lainnya).


Sunday, April 6, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 89 (Awal-awal Agama Mengenal Allah, Tanggungjawab Anak Lelaki, Petunjuk Solat Istikharah, Iddah Kematian Suami dan Tafsir Surah Yaasiin ayat 56-59)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,    
Tanyalah Ustaz Siri 89 adalah menjelaskan persoalan awal-awal agama mengenal Allah, tanggungjawab anak lelaki, petunjuk solat istikharah, iddah kematian suami dan tafsir surah Yaasiin ayat 56-59.

501. Soalan : Awaluddin makrifatullah..(awal-awal agama mengenal Allah) boleh ustaz bagi huraian ringkas maksud ayat itu..terima kasih.

Jawapan : 

Dalam rukun Islam pertama adalah : Mengucap dua kalimat syahadat iaitu aku naik saki bahawa tiada Ilah yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu rasul Allah. dan dalam rukun Iman pertama adalah beriman kepada. Allah. Jelaslah disini bahawa "awal-awal agama adalah mengenal Allah." Islam adalah iman , ilmu dan amal . Iman adalah persoalan aqidah atau ketuhanan. Ilmu dan amal pula, ada yang berbentuk lahiriah dan ada yang berbentuk batiniah atau rohaniah.

Bertolak dari aqidah, maka timbullah keperluan untuk beribadah sama ada ibadah lahir mahupun ibadah batin. Setelah Tuhan dikenali, dicintai dan ditakuti, maka akan terdoronglah kita untuk menyembah dan mengagungkan- Nya dan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Akan terdoronglah kita untuk melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Akan terdoronglah kita untuk patuh dan taat kepada-Nya. Akan terdoronglah kita untuk berjuang dan berkorban kerana-Nya.

Ilmu lahiriah ialah ilmu feqah yang bersangkut paut dengan amalan lahir. Ilmu batiniah atau rohaniah pula ialah ilmu tasawuf yang bersangkut paut dengan amalan hati. Amalan sama ada yang lahir atau yang batin mestilah didorong oleh aqidah. Ia mesti didorong oleh rasa
cinta dan takut kepada Allah . Barulah amalan itu akan bermakna dan akan mempunyai erti dan maksud yang betul. Amalan adalah jalan, kaedah atau cara untuk membukti dan merealisasikan rasa cinta dan rasa takut kita kepada Allah.

Bila Allah sudah dikenali, barulah kita betul-betul boleh mempraktikkan atau melaksanakan agama. Barulah Allah itu menjadi matlamat dan tumpuan ibadah dan pengabdian kita. Barulah amalan kita itu ada tempat tujunya. Barulah akan terjalin dan tercetus hubungan antara hamba dengan Tuhannya. Dalam beragama, kenal Allah itu perkara pokok yang mesti didahulukan. Selepas itu baru timbul soal amalan. Ini sesuai dengan kata-kata yang sering diucapkan yang bermaksud : "Awal-awal agama mengenal Allah". Wallahu a'lam.

502. Soalan : Ustaz.saya ingin bertanya..menjaga orang tua adalah tanggungjawab anak lelaki..dan saya ada beberapa orang..adik.lelaki dan perempuan..sekarang ibu saya tinggal bersama dengan saya..masih sekarang ibu saya selalu masuk campur dalam keluarga kami.membuatkan suami saya tidak senang.adik baradik saya pun mangabaikan tanggungjawab terhadap orang tua saya.suami saya memberitahu saya supaya adik beradik saya bergilir-gilir untuk menjaga orang tua saya.disini saya nak bertanya..adakah saya bersalah bila bersuarakan pendapat suami saya??kedua bersalah tak saya bila tidak mendengar pendapat suami saya?

Jawapan : 

Tanggungjawab menjaga ibu dan menguruskan perbelanjaan dan keperluan hidupnya adalah anak-anak lelaki kerana perhubungan anak lelaki dengan ibu bapa tidak terputus walaupun mereka sudah mendirikan rumah tangga. Anak perempuan apabila sudah berkahwin maka dia dibawah tanggungjawab suaminya. Isteri boleh membantu ibu bapanya dengan syarat mendapat keizinan suaminya. 

Ibu puan yang tinggal bersama dengan keluarga puan tidak seharusnya masuk campur urusan keluarga anaknya, sebagai orang tua dia boleh menjadi penasihat dan memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang terjadi di dalam keluarga puan. Suami puan perlu berfikiran terbuka jika ada teguran daripaad ibu mertuanya. Biasanya orang tua banyak pengalaman dan mungkin dia cuba nak memperbaiki kekurangan yang ada di dalam keluarga puan. Puan sebagai anak , perlulah menasihati anak-anak ibu yang lain (adik-adik puan) yang lelaki supaya mengambil tanggungjawab membela ibu secara bergilir-gilir dan tidak boleh membebankan anak perempuan seorang sahaja. 

Puan kena mendengar pandangan suami puan dan tak boleh hanya menyebelahi ibu saja atau menyebelahi adik beradik puan dan menolak pendapat suami. Jika pandangan suami mungkin ada yang tak kena puan perlu menolaknya secara hikmah dan jangan bersikap emosional. 

Biasanya ketegangan rumah tangga berlaku apabila isteri tetap bertegas dengan pendapatnya sendiri dan tak mahu merai / mendengar pendapat suami. Bertolak ansurlah dan jaga jangan sampai silaturahim di antara keluarga boleh terputus.kerana sesiapa yang suka memutuskan silaturahim dia tak akan masuk syurga.

503. Soalan : Ustaz. adakah lepas solat istikarah, kita akan nampak petunjuk dalam mimpi? Bukankah mimpi itu mainan tidur. Selain dari mimpi, adakah petunjuk lain? Minta pencerahan dari ustaz. Terima kasih..

Jawapan : 

Bukan semua mimpi mainan tidur kerana mimpi itu ada 3 keadaan. Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya ; "Mimpi itu ada tiga, mimpi daripada Allah (mimpi yang baik), mimpi daripada syaitan (mimpi buruk) dan mimpi daripada dirinya yang kerana terjadi sesuatu kemudian dia bermimpi."

Menurut ahli-ahli takbir, mimpi ada tiga macam:

1. Mimpi daripada Allah S.W.T. iaitu mimpi yang baik untuk dunia dan akhirat, merupakan khabar gembira atau satu peringatan daripada Allah S.W.T. supaya tidak melakukan maksiat kepada-Nya. Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : "Mimpi yang benar itu ialah sebahagian daripada empat puluh enam sifat kenabian." (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Mimpi baik itu daripada Allah dan mimpi buruk itu daripada syaitan, maka ketika salah seorang daripada kamu mimpi buruk, meludahlah ke arah kiri tiga kali, kemudian minta perlindungan kepada Allah, maka mimpinya tidak akan mengkhuatirkan." (Hadis Riwayat Muslim)

2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil. Atau mimpi buruk yang tidak menyenangkan seperti kedatangan mala petaka, musibah, permusuhan, kesedihan, kesengsaraan, kemelaratan, penderitaan dan sebagainya.

Dalam riwayat yang lain Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan 'alhamdulillah' dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan isti’azah (a’uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim) dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya.”(Hadis Riwayat Bukhari dari Abi Sa’id).

3. Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya. Atau mimpi makan ketika diri sedang lapar, mimpi di aniayai orang ketika sedang sakit dan sebagainya. Mimpi seperti ini tidak mempunyai erti sama sekali.

Alamat atau tanda daripada Allah SWT apabila kita melakukan solat istikaharah bukan saja petunjuk itu datang di dalam mimpi saja tetapi ianya juga datang daripada berbagai cara. Berkemungkinan perasaan dan hati kita lebih condong kepada salah satu yang kita sedang buat pilihan. Mungkin kebaikan salah satu pilihan kita menonjol dan dapat kita melihat kebaikannya, atau keburukkannya juga terserlah hingga kita tak minat pada yang satu. Berkemugkinan juga kedua-duanya tak baik untuk kita diberinya pula pilihan ke tiga dan ianya lebih baik dan sesuai.

Bagaimana Allah SWT menjawab permohonan ini?

Al-Quran menunjukkan bahawa Allah SWT akan memberi ilham kepada peminta itu, sama ada baik atau buruk, seperti dalam Surah al-Syams ayat 7-8, bermaksud: “Demi jiwa manusia dan yang menyempurnakannya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwanya tentang buruk dan baiknya.”

Ilham adalah pemberitahuan Allah kepada manusia biasa. Ia akan datang pada bila-bila masa sahaja. Ada juga hadis yang menyebutkan alamat itu datang melalui mimpi.

Hendaklah mengerjakan solat istikharah 7 kali berturut. Panduan agar solat istikharah dibuat sebanyak 7 kali datang dari sebuah hadis yang maksudnya : “Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikharahlah kepada Tuhanmu sebanyak 7 kali kemudian perhatilah petanda atau perasaan yang datang terlebih dahulu(dominan) di dalam hatimu” 
(Hadis Riwayat Ibn Sunni dari Anas, Al-Hafidz Al-‘Iraqi, An-Nawawi)

Terdapat juga ulama yang mencadangkan si pembuat istikharah agar jangan mempunyai kecenderungan tertentu kepada salah satu antara dua (atau lebih pilihannya) sebelum membuat istikharah. Demikian pandangan Ibn Hajar Al-‘Asqolani.

Galakkan menuruti tanda istikharah juga datang dari riwayat hadis Nabi SAW .maksudnya : “ Salah satu sumber kebahagian anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukkan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telah ditentukan kepadanya” (Hadis Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi) 

Oleh itu jadikanlah solat dua rekaat itu sebagai amalan yang berterusan di dalam apa saja urusan. Kerana Nabi SAW dan sahabat-sahabat apabila menghadapi apa juga masaalah kehidupan atau sesuatu kebuntuan untuk menyelesaikan sesuatu perkara mereka akan solat dua rekaat. Salah satu solat sunat yang tidak ditinggalkan sahabat-sahabat Rasulullah SAW adalah solat istikharah. Wallahu a'lam.

504. Soalan : Ustaz,saya nak tanya.mak saya baru kematian abah saya pada 14.3.2014 yang lalu,buat masa ni ada orang menemannya dirumah.permasaalahannya pada minggu hadapan orang yang menemannya dirumah sudah tiada kerana adik saya akan balik ke Penang,soalannya bolehkah mak saya datang tidur dirumah saya dan pulang pada waktu pagi kerana dia tinggal seorang diri sedangkan dia masa dalam waktu iddah kematian suami?Wasalam.

Jawapan : 

Wanita yang kematian suami dia tidak boleh keluar rumah suaminya kecuali perkara darurat sahaja selama masa iddah iatu 4 bulan 10 hari. Terdapat lima larangan yang dikenakan ke atas wanita yang kematian suami:

1. Bertunang (secara berterus-terang)

2. Berkahwin.

3. Berhias pada diri atau pakaian

4. Tidur di rumah selain rumah yang biasa didiami semasa hayat suami

5. Keluar dari rumah tanpa ada tujuan penting yang tertentu (jika keluar rumah kerana bekerja diharuskan)

Larangan tidur di rumah selain rumah yang biasa di diami semasa hayat suami. Larangan ini terpakai untuk wanita yang berada dalam iddah kematian suami dan juga iddah perceraian biasa.

Ertinya, dilarang tidur di rumah yang bukan menjadi kebiasaannya tidur semasa masih dalam ikatan perkahwinan.

Firman Allah SWT, maksudnya: “Jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu maka ceraikanlah mengikut masanya dan hendaklah isteri-isteri kamu mengikut iddah dan takutilah Allah tuhan kamu. Janganlah kamu keluarkan isteri-isteri kamu dari rumah-rumah mereka dan janganlah pula mereka keluar darinya kecuali jika datang kebinasaan yang jelas.” (Surah al-Talaq: ayat 1)

Dalil ini terpakai ke atas semua wanita yang berada dalam iddah bahawa mereka dilarang meninggalkan rumah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini. Malah suami yang menceraikan juga dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan. Kelonggaran untuk tinggalkan rumah hanya dibenarkan jika ‘datang kebinasaan yang jelas’ seperti banjir, rumah hampir roboh dan sebarang ancaman yang lain.

Hujah ini disokong pula oleh hadis sahih bahawa pada satu ketika seorang sahabat wanita bernama Furai’ah telah kematian suami dan memohon kebenaran Rasulullah SAW. untuk pulang ke rumah keluarganya. Namun Rasulullah SAW. memerintahkannya untuk terus tinggal di rumah yang selama ini didiami sehingga habis iddah iaitu 4 bulan 10 hari. Sabda baginda SAW. maksudnya: “Tinggallah tetap di rumah kamu sehingga habis tempoh tangguh (iddah)”.
Beri tahulah kepada emak puan bahawa beliau dilarang tidur di rumah anaknya semasa dalam iddah , larangan ini jelas di dalam al-Quran dan hadis.

505. Soalan : Bolehkah ustaz huraikan tafsiran Surah Yaasiin ayat 56 hingga ayat 59?.

Jawapan :  

Firman Allah SWT maksudnya : "Mereka dan isteri-isteri mereka berada dalam tempat yang teduh, bertelekan di atas dipan-dipan".(Surah Yaa siin( 36) ayat 56)

هُمْ وَأَزْوَاجُهُمْ فِي ظِلَالٍ عَلَى الْأَرَائِكِ مُتَّكِئُونَ (56)
 

Huraiannya : 

Di dalam syurga orang-orang yang beriman dan isteri-isteri mereka berada dalam taman-taman dengan pohon yang rindang, duduk di atas sofa dan tempat-tempat tidur, berbincang-bincang sambil menikmati berbagai macam rezeki yang mereka peroleh dari Tuhan mereka.

Dari perkataan "mereka dan isteri-isteri mereka" difahami bahawa orang-orang yang beriman dalam syurga memperoleh nikmat yang tiada taranya dan kenikmatan itu diperolehnya dalam berbagai macam bentuk. Ada yang dalam bentuk langsung mereka nikmati, seperti memperoleh tempat yang nyaman dan indah, merasakan makanan-makanan yang lazat dan sebagainya. 


Ada pula dalam bentuk pemenuhan keinginan dan cita-cita mereka sebagai anggota atau ketua keluarga. Selama hidup di dunia mereka mencita-citakan keluarga yang berbahagia, mempunyai isteri yang cantik dan setia. Keinginan-keinginan mereka yang seperti itu dipenuhi Allah dalam syurga nanti.

Bahkan dalam ayat yang lain diterangkan bahawa anak cucu mereka yang beriman ditinggikan Allah derajatnya sebagai derajat bapa-bapa dan ibu-ibu mereka, dan mereka dikumpulkan dengan orang-orang tua mereka di dalam syurga, tanpa membeza-bezakan pemberian nikmat kepada masing-masing anggota keluarga itu. Allah SWT berfirman:

والذين ءامنوا واتبعتهم ذريتهم بإيمان ألحقنا بهم ذريتهم وما ألتناهم من عملهم من شيء كل امرئ بما كسب رهين

Maksudnya, "Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya. (Surah. At Tur ayat 21)
 

Dari ayat ini difahami pula agar setiap mukmin selalu berusaha untuk menjadikan suami, isteri, anak-anak mereka dan keluarga mereka, menjadi orang-orang yang beriman yang baik agar cita-cita mereka yang berhubungan dengan keluarga mereka disampaikan Allah di akhirat nanti.

57 "Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta."(Surah Yaa Siin ( 36) ayat 57)

لَهُمْ فِيهَا فَاكِهَةٌ وَلَهُمْ مَا يَدَّعُونَ (57)
 

Huraiannya : 

Orang-orang yang beriman akan memakan bermacam-macam buah-buahan yang lazat di dalam syurga, dan mereka akan memperoleh semua yang mereka inginkan.

58 "(Kepada mereka dikatakan): `Salam`, sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang."(Surah Yaa Siin ( 36) ayat 58)

سَلَامٌ قَوْلًا مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ (58)
 

Huraiannya : 

Yang mereka inginkan itu ialah salam dan Allah yang disampaikan kepada mereka untuk memuliakan mereka.
Salam ini langsung disampaikan Allah atau mungkin dengan perantaraan malaikat, seperti firman Allah SWT:

الذين تتوفاهم الملائكة طيبين يقولون سلام عليكم ادخلوا الجنة بما كنتم تعملون

Maksudnya, "(Yaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): "Salamun alaikum", masuklah kamu ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan. (Surah An Nahl ayat 32)
Salam bererti selamat dan sejahtera, terpelihara dari segala yang tidak disenangi memperoleh semua yang diingini sehingga orang itu memperoleh kenikmatan jasmani dan rohani yang tiada bandingannya.

59 "Dan (dikatakan kepada orang-orang kafir): `Berpisahlah kamu (dari orang-orang mukmin) pada hari ini, hai orang-orang yang berbuat jahat".(Surah Yaa Siin ( 36) ayat 59)

وَامْتَازُوا الْيَوْمَ أَيُّهَا الْمُجْرِمُونَ (59)
 

Huraiannya : 

Dalam ayat ini Allah SWT, memerintahkan kepada orang-orang kafir agar segera berpisah dari orang-orang yang beriman dan masuk ke dalam neraka sebagai tempat yang telah disediakan bagi mereka. Perintah ini disampaikan Allah SWT, sewaktu seluruh manusia telah selesai berhisab di Padang Mahsyar. Orang-orang yang beriman diperintahkan masuk ke dalam syurga dan orang-orang kafir diperintahkan masuk ke dalam neraka.
Ayat lain yang searti dengan ayat ini, ialah firman Allah SWT:

احشروا الذين ظلموا وأزواجهم وما كانوا يعبدون من دون الله فاهدوهم إلى صراط الجحيم

Maksudnya ,"(Kepada malaikat diperintahkan): "Kumpulkanlah orang-orang yang zalim beserta teman sejawat mereka dan sembahan-sembahan yang selalu mereka sembah selain Allah; maka tunjukkanlah kepada mereka jalan ke neraka". (Surah. As Saffat: ayat 22-23)






Saturday, April 5, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 88 (Kedudukan Ibu Tiri, Qada Solat, Hukum Bulu Kucing, Wanita Mengandung Anak Luar Nikah dan Menjawab Salam Orang Bukan Islam.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,    
Tanyalah Ustaz Siri 88 adalah menjelaskan persoalan kedudukan ibu tiri, qada solat, hukum bulu kucing, wanita mengandung anak luar nikah dan menjawab salam orang bukan Islam.

496. Soalan : Saya nak tanya,apakah beza ibu kandung dan ibu tiri dalam istilah agama islam? Kerana kebanyakkannya,ada segelintir menanggap ibu kandung tak sama tarafnya dengan ibu tiri...contohnya: ibu kandung bercerai hidup atau mati dengan bapanya,dan berkahwin dengan wanita lain..

Jawapan :  

Ibu kandung adalah ibu yang melahirkan kita, ibu tiri adalah wanita yang dikahwini oleh ayah kita . Siapa pun perempuan yang dinikahi ayah, maka perempuan itu menjadi ibu bagi anak-anaknya. Anak tetap berkewajiban untuk menghormati ibu tirinya. Status ibu tersebut adalah seorang ibu, istri dari ayah kandungnya, ia telah menjadi mahram bagi anak-anak dari suaminya.

Meski, ada sedikit perbezaan dalam hal pembagian harta warisan. Dalam Islam, perkara yang paling utama yang diberikan adalah hubungan darah (sekandung). Misal, seorang anak (belum menikah) meninggal dunia dan mewariskan harta yang banyak, maka ibu tirinya tidak mendapatkan warisan dari anak tirinya tersebut. Tetapi, ibu tiri mendapatkan warisan dari harta suaminya kerana adanya hubungan penikahan.

Selain itu, ibu tiri berhak mendapatkan perlakuan yang baik dari anak-anak tirinya. Tentu, seorang ibu tiri yang telah menjaga dan membela anak-anak suaminya memperoleh pahala yang setimpal dengan apa yang telah ia lakukan. Terhadap sesama manusia saja, Allah memerintahkan kita untuk berbuat baik, apalagi terhadap anak-anak dari suami sendiri. Begitu juga sebaliknya. Seorang anak wajib berbuat baik kepada orang lain, apalagi terhadap isteri dari ayah kandung dari anak itu sendiri.

Dari Ibnu Umar dia menceritakan, aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya bakti yang paling baik adalah jika seorang anak menyambung tali persaudaraan orang yang dicintai ayahnya,” (HR Muslim dan Tirmizi).

Ibu tiri yang berlaku aniaya terhadap anak tirinya, tentu akan di pertanggungjawabkan perbuatannya di hadapan Allah. Ia pun menanggung dosa dari apa yang telah ia lakukan. Namun, anak tiri tetap tidak dibenarkan membalas perlakuan serupa. Allah tidak membenarkan anak menentang termasuk kepada ibu tiri meski mereka tidak menyukainya. Islam mengajarkan umatnya berbuat baik kepada siapa pun, tak terkecuali terhadap isteri dari ayah.

Dalam pembagian warisan, seorang isteri atau beberapa isteri mendapatkan bagian seperempat jika suami yang meninggal dunia itu tidak meninggalkan anak (laki-laki atau perempuan) atau tidak juga anak dari anak laki-laki/cucu (baik laki-laki atau perempuan).

Jika suaminya meninggalkan anak (laki-laki atau perempuan) atau cucu (dari anak laki-laki atau perempuan) maka seorang isteri atau beberapa isteri berhak mendapatkan seperdelapan dari harta waris. Wallahu'alam.

497. Soalan : Saya ada soalan penting yang mengelirukan saya tentang qada' solat. Apakah hukumnya ustaz? Saya juga mendengar ustaz disurau yang mengatakan rasullullah pernah terbangun lewat hingga terbit matahari kerana keletihan. Lalu baginda terus mengambil wudhu' dan mengerjakan solat fardhu subuh. Pendapat ustaz tersebut, boleh melakukan qada' hanya Allah yg menuntukan terima atau tidak. Apa pandangan ustaz pula?

Jawapan : 

Apabila kita terlewat bangun diwaktu subuh (waktu subuh telah habis) maka kita perlu segerakam mengambil wuduk dan solat qada subuh. . Dalam hal ini, ia tidak berdosa. Sebab, keterlambatannya untuk melaksanakan solat bahkan hingga keluar waktunya bukan kerana unsur kesengajaan. Hal ini pernah terjadi pada diri Rasulullah SAW. Suatu ketika Rasulullah SAW sedang dalam perjalanan. Ketika malam, baginda SAW dan para sahabat tertidur hingga matahari terbit. Seketika itu, baginda SAW memerintahkan Bilal untuk azan dan iqamah. Akhirnya, Rasul SAW dan para sahabat solat subuh di kala matahari telah terbit.

Tetapi untuk orang yang tertidur dan ada unsur kesengajaan. Sebenarnya ia telah terbangun di waktu subuh. Hanya saja, kerana rasa malas dan terasa berat, ia tidur kembali sampai matahari terbit. Jadi, ada unsur kesengajaan. Sebagian besar para ulama berpandangan bahawa ia berkewajiban untuk mengqada solatnya. Hendaklah dirinya segera melaksanakan solat ketika bangun. Di samping itu, ia harus bertaubat kepada Allah SWT kerana telah sengaja meninggalkan solat tatkala telah tiba waktunya. Bagaimana pun juga, meninggalkan solat secara sengaja termasuk dosa besar. Hal ini berdasarkan pada firman Allah SWT

Firman Allah SWT maksudnya, “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya," (Surah al-Ma'un ayat 4-5), 

Kesimpulannya, saudara tetap berkewajiban untuk melaksanakan solat subuh setelah bangun tidur. Di samping itu, hendaklah berusaha sekuat tenaga untuk solat subuh tepat waktu dan berjamaah. Dengan bangun pagi, kita akan mendapatkan keberkatan dari doa Rasulullah SAW, “Ya Allah, berikanlah keberkahan pada umatku di waktu pagi-pagi.” (Hadis Riwayat Ahmad).

Sengaja atau tidak sengaja itu bergantung pada niat hati seseorang. Seseorang akan tahu dia sengaja atau pun tidak bangun lewat itu sebab ada hukum yang berbeza. Jika seorang mulatidur jam 12 tengah malam dan terjaga daripada tidur jam 7.30 pagi (mungkin kerana keletihan) maka dia maafkan berdasarkan hadis Nabi SAW. Dalam sebuah riwayat Bukhari dan Muslim disebutkan, “Bila seseorang di antaramu tertidur hingga meninggalkan solat atau lupa mengerjakannya, hendaknya ia mengerjakannya jika telah ingat, kerana Allah berfirman, ‘dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku’.” (Surah Thaha ayat 14). 

Jika sudah terjaga ketika itu sudah masuk waktu subuh, tetapi meneruskan tidur lagi katanya hanya sekejap saja maka jika sedar daripada tidur matahari sudah terbit maka dia berdosa kerana meninggalkan solat. Dia wajib qada solat dan bertaubat kepada Allah SWT kerana kelalaiannya . Wallahu a'lam

498. Soalan : Apa hukumnya bila kita bersolat..kucing peliharaan kita bermain di sekeliling,berlari diatas sejadah,masuk ke dlm kain telekung kita?

Jawapan :  

Kucing tak najis kerana kucing adalah haiwan peliharaan manusia. Jika dia termasuk di dalam kain telekong kita jika tak terbuka aurat tak mengapa.
Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, samada semasa hidupnya atau selepas mati.

Namun menurut Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.
Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wuduk. Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum.

Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu heran?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (H.R At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda berkata, “Ya Anas, tuangkan air wuduk untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwuduk.

Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, baginda menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur.

Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.

Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwuduk dari sisa jilatan kucing.” (H.R AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

499. Soalan : Ustaz.batas iddah wanita mengandung yang di ceraikan bila sudah melahirkan.soalan saya, apa hukum nikah nya seorg wanita yang sudah mengandung di luar nikah sah atau tidak..? jika tidak sah boleh ke di ulangi nikah nya hanya dengan dua orang sahaja tanpa saksi untuk mengelak aib nya di ketahui orang. terima kasih.

Jawapan :  

Iddah untuk wanita mengandung yang bernikah secara sah adalah ketika melahirkan anak tetapi bagi wanita yang mengandung anak luar nikah jika bernikah sah samaada dengan lelaki yang berzina dengannya hingga mengandung atau lelaki lain.Nikah tersebut sah tetapi anak kandungan yang dilahirkan adalah anak luar nikah atau anak tak sah taraf. Anak tersebut tidak boleh di bin atau bintikan bapa tersebut kerana bayi yang dikandung oleh wanita tersebut bukan daripada pernikahan yang sah. 
Di dalam kes zina ini huraian ulama adalah seperti berikut :
Bagaimanapun dalam kes ‘iddah bagi individu yang ‘termengandung’ akibat zina dan hukum si wanita ini berkahwin dengan lelaki samaada pasangan zinanya atau lelaki lain bagi menutup malunya dengan segera atau apa jua sebab lain.

Ulama berbeza pandangan dalam hal ini.

Mazhab Maliki, Syafie dan At-Thawry berpendapat bahawa tiada hukum ‘IDDAH bagi wanita berzina. Menurut aliran mazhab ini, perbuatan berdosa dan haram seperti zina tidak akan diiktiraf, Hasilnya, tiada hukum boleh terbina di atas sesuatu yang tidak sah seperti zina. ( Rawdah at-Tolibin, 7/113 ; Bidayatul Mujtahid, ibn Rusyd, 2/21)

Pandangan ini juga diriwayatkan telah dipegang sebelumnya oleh beberapa sahabat Nabi yang utama seperti Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a , Umar Al-Khattab r.a dan Ali Bin Abi Talib r.a.

Ia berdasarkan hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a :

Ertinya : “..penzina (muhsan) tidak lagi layak kepada sesuatu kecuali rejaman batu sehingga mati”

Dan juga sebuah lagi dalil iaitu :

لا يحرم الحرام الحلال , إنما يحرم ما كان من نكاح
Ertinya : Sesungguhnya perbuatan yang haram tidak akan mengharamkan yang halal ( iaitu perhubungan hasil zina tidak akan membawa sebarang kesan kepada hubungan semendaan) , sesungguhnya hanya akan menjadi haram kerana persemendaan jika dari nikah yang sah” ( Hadis Riwayat Ibn Majah, Al-Bayhaqi : As-Sayuti : Dhoif)

Hasil dari dalil-dalil itu, jelas bahawa zina yang haram tidak membawa sebarang hukum ‘iddah, hanya nikah yang sah terdapat ‘iddah. Justeru, perkahwinan penzina wanita yang sedang mengandung itu dengan pasangannya adalah sah menurut mazhab ini dan juga disepakati oleh Imam Abu Hanifah.

Lagi Displin Khas

Bagaimanapun, jika wanita penzina melakukan zina dengan ramai lelaki sehingga ia tidak pasti yang berada di dalam kandungannya adalah dari lelaki tertentu. Pernikahannya itu masih sah menurut seluruh mazhab yang telah disebutkan di atas tetapi dengan SYARAT : MEREKA TIDAK BOLEH BERSETUBUH SEHINGGALAH SI WANITA ITU TELAH BERSALIN!. Jika mereka bersetubuh, maka berdosalah mereka walaupun perkahwinan telah sah.

Ia berdasarkan sebuah hadis yang ertinya :

“Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, untuk menyiram benih kepada tanaman lelaki lain ( iaitu jika wanita sedang mengandungkan benih lelaki lain)” (Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi : Hadith Hasan)

Sekiranya wanita itu berkahwin dengan satu-satunya lelaki dan pasti pula ia adalah benih lelaki tersebut. Di ketika itu, ia dibenarkan untuk bersama selepas pernikahan dan pernikahan itu juga sah.

Kesimpulan

Bagi saya jawapan yang lebih utuh dalam keadaan masyarakat yang amat bermasalah hari ini adalah sah pernikahan dengan syarat si pasangan bertaubat dan jika wanita itu berkahwin dengan pasangan yang bukannya pemilik benih kandungannya, wajiblah ia menjauhi wanita itu sehinggalah ia bersalin.
Dalam kes yang saudara kemukakan ini, wanita yang telah melakukan zina dengan lelaki tersebut maka anak yang dilahirkan adalah anak wanita tersebut darisegi keturunannya tetapi bukan anak kandung untuk lelaki tersebut kerana mereka tidak bernikah. Apabila mereka berdua berkahwin maka anak luar nikah tadi secara otomatik menjadi anak tiri kepada lelaki tersebut . Mereka (bapa dan anak luar nikah) telah menjadi mahram dan mereka boleh bersalaman. Wallahu a'lam

Nikah yang tidak cukup syarat tidak ada wali dan 2 saksi, tidak sah. Satu lagi syarat pentadbiran perlu didaftarkan di Pejabat Agama dengan jurunikah bertauliah.

500. Soalan : Apakah kita boleh mengaminkan doa orang bukan islam..?
Contoh dia kata...saya doakan kamu selamat dan bahagia.. Jika orang bukan Islam memberi salam apa kah cara kita menjawabnya?

Jawapan : 

Umat Islam dilarang mendoakan orang yang bukan Islam selamat sejahtera , tetapi kita boleh berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT memberikan taufik dan hidayah kepadanya dengan dia masuk Islam. Doa kebaikan dan kesejahteraan hanya untuk orang Islam sahaja.
Jika dia mendoakan kita , kita sebut terima kasih.

 Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah SAW bersabda:

إذا سلم عليكم أهل الكتاب فقولوا وعليكم

Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh ahli Kitab, jawablah “wa`alaikum”.

Imam Bukhari pula meriwayatkan daripada Ibn `Umar –radiyallahu `anhuma- katanya; Rasulullah saw bersabda:

إذا سلم عليكم اليهود فإنما يقول أحدهم السام عليك فقل وعليك

Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh Yahudi, mereka hanya menyatakan Assaamu `alaikum (mampuslah kamu), maka jawablah: wa `alaik (dan ke atas kamu juga).

Daripada kedua-dua hadis diatas para fuqaha mengambil hukum apabila seorang muslim diberi salam oleh bukan Islam, jawapan yang diberi ialah wa `alaik atau wa `alaikum (dan ke atas kamu juga).