Thursday, April 10, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 90 ( Perniagaan Riba, Niat Puasa Sunat, Jiran Yang Suka Memfitnah, Di larang Mengkafirkan Seorang Muslim dan Salam Dalam Solat.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 90 adalah menjelaskan persoalan perniagaan riba, niat puasa sunat, jiran yang suka memfitnah, di larang mengkafirkan seorang muslim dan salam dalam solat.

506. Soalan : Ustaz..saya ada satu soalan...apakah hukum jika kita melibatkan wang sejumlah rm20,000 dalam urusan pembelian modal minyak.seterusnya tiap-tiap minggu kita akan dapat keuntungan rm500...jika kita nak stop maka company yang terlibat akan baga balik wang rm20,000 tadi...jadi apakah hukum wang yang kita dapat tiap-tiap minggu itu...mohon pencerahan daripada ustaz terima kasih...

Jawapan : 

Keuntungan yang berbentuk tetap setiap minggu adalah dikira riba kerana perniagaan di dalam sistem Islam (cara mudharabah) keuntungan dan kerugian di tanggung bersama dan tidak boleh ditetapkan peratus keuntungannya untuk pelabur yang mengeluarkan modal.

 Riba Zaman Jahiliyyah


Pada zaman Jahiliyyah, riba terkenal dengan dua model iaitu riba nasi'ah dan riba fadhl:

Riba Nasi'ah

1. Menurut Qatadah, riba nasi'ah adalah riba kaum jahiliyyah dimana seorang menjual sesuatu hingga batas waktu tertentu. Apabila batas waktu itu tamat sedangkan pembelinya belum juga mampu melunasi pembayarannya maka harganya dinaikkan dan tempuhnya ddiundurkan lagi.

2. Mujahid mengatakan bahawa pada zaman jahiliyyah ada orang yang mempunyai hutang kepada orang lain, lalu yang punya hutang berkata kepada pemilik wang, "Hutang saya akan saya bayar "sekian" dengan syarat anda mengundurkan tempuhnya kepada saya". Lalu orang itu mengundurkan waktunya.

3. Abu Bakar Al Jashshah mengatakan bahawa pada zaman jahiliyyah riba hanya pinjaman berjangka dengan penambahan bunga bersyarat. Penambahan bunga itu sebagai imbalan dari penundaan waktu pelunasan hutangnya, lalu Allah SWT membatalkan sistem itu.

4. Menurut Al Imam Ar-Razi dalam tafsirnya, "Sesungguhnya riba nasi'ah itulah yang terkenal di zaman jahiliyyah kerana seseorang dari mereka meminjamkan wangnya kepada orang lain dengan tempoh, dengan syarat ia harus memberinya bunga tertentu setiap bulan. Kalau tidak sanggup memenuhi janjinya maka bunganya ditambah dan waktunya diundurkan".

Riba Fadhl

Riba ini terjadi apabila seseorang menjual sesuatu dengan sejenisnya dengan tambahan, seperti menjual emas dengan emas, mata wang dirham dengan dirham, gandum dengan gandum dan seterusnya.

Abu Said Al Khudari berkata, "Rasulullah bersabda maksudnya : "Emas dengan emas, perak dengan perak, bur dengan bur, syair dengan syair, kurma dengan kurma dan garam dengan garam dipertukarkan dengan sama, segenggam dengan segenggam,. Siapa yang manambah atau minta tambah maka ia telah malakukan praktik riba, baik yang meminta mahupun yang memberi, dalam hal itu sama saja." ( HR. Asy Syaikhan)

Dari Abu Said Al Khudari, katanya, "Bilal datang kepada Rasulullah SAW dengan membawa kurma kualitas Barni. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadanya, "Dari mana kurma itu ?". Ia menjawab , "Kami punya kurma yang buruk lalu kami jual barter dua liter dengan satu liter". Maka Rasulullah bersabda:

"Masya Allah, itu juga adalah perbuatan riba. Jangan kau lakukan. Jika kamu mahu membeli, juallah dahulu kurmamu itu kemudian kamu beli kurma yang kamu inginkan." ( Muttafaq 'alaih)

Jenis riba yang pertama sudah jelas, sedangkan jenis yang kedua hanya terdapat pada perbezaan kualiti barang sejenis yang dipertukarkan sehinga jual beli tersebut tersebut digolongkan riba. Rasulullah SAW memerintahkan untuk menjual dulu kurma yang hendak dipertukarkan dan wangnya digunakan untuk membeli kurma yang lebih baik. Ini semua diamanahkan oleh Rasulullah SAW untuk menjauhkan umatnya sejauh mungkin dari bayangan praktik riba. Begitu pekanya perasaan Rasulullah SAW dari bayangan riba dalam berbagai praktik ekonomi kemasyarakatan dan hikmahnya. Baginda berhasil memecah penyakit riba yang telah menjadi darah daging di zaman jahiliyyah.

Sedikit atau Banyak Sama Hukumnya

Firman Allah SWT maksudnya, "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keuntungan." (Surah Al Imran (3) ayat 130)

"Dan peliharalah dirimu dari api neraka, yang disediakan untuk orang-orang yang kafir" (Surah..Al Imran (3) ayat 131)

507. Soalan : Ustaz bolehkah saya nak puasa sunat ..tapi saya terlupa nak niatnya baru teringat pagi ni...boleh ke saya nak puasa?

Jawapan : 

Puasa sunat boleh diniatkan di waktu pagi sebelum makan atau minum. Tetapi puasa Ramadan, qada, nazar dan puasa kaffarah perlu niat sebelum masuk waktu subuh.

Dari Umar bin Al Khaththab diatas mimbar berkata; saya mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Semua perbuatan tergantung niatnya, dan tiap orang mendapatkan apa yang diniatkan (Hadis Riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas, orang yang menahan diri dari makan dan minum tapi tidak berniat ibadah, misalnya kerana mogok makan, maka dia tidak mendapatkan pahala apapun.

Hanya saja terkait puasa sunat, niat boleh dilakukan di siang hari meskipun setelah terbit fajar. Dalil yang menunjukkan kebolehan ini adalah hadis berikut ini;

Dari Aisyah Ummul Mukminin, ia berkata; Pada suatu, Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam menemui dan bertanya, "Apakah kamu mempunyai makanan?" kami menjawab, "Tidak." Baginda bersabda: "Kalau begitu, saya akan berpuasa." (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis di atas, Rasulullah Sallalahu 'Alaihi Wasallam berpuasa sunat. Ketika niat puasa Rasulullah Shallalahu 'Alaihi Wasallam ternyata dilakukan di siang hari, yakni setelah terbit fajar kerana baginda tidak mendapati makanan di rumahnya yang boleh diimakan, maka hal ini menunjukkan puasa sunat boleh diniatkan di siang hari.

Sejumlah shahabat seperti Abu Ad-Darda', Ibnu Abbas, Hudzaifah, Abu Thallah dan Abu Hurairah juga memiliki kebiasaan seperti Rasulullah Shallalahu 'Alaihi Wasallam ini. Yakni berniat puasa sunat di siang hari jika tidak mendapatkan makanan yang boleh di makan di rumahnya. Bukhari meriwayatkan;

Ummu Ad-Darda' berkata: Kebiasaan Abu Ad-Darda' jika bertanya: Apakah ada makanan?,lalu kami menjawab: Tidak, maka beliau berkata; Aku puasa hari ini. Abu Tholhah, Abu Hurairah, Ibnu Abbas, dan Hudzaifah juga melakukan kebiasaan ini (Hadis Riwayat Bukhari)

Adapun hadis yang mewajibkan niat harus di malam hari sebelum terbit fajar, misalnya hadis berikut ini;

Dari Hafshah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, baginda bersabda: "Barangsiapa yang tidak berniat puasa sebelum terbit fajar, maka ia -dianggap- tidak berpuasa." (Hadis Riwayat An-Nasai)

508. Soalan : Saya ingin bertanya berdosakah saya sekiranya saya mengambil jalan mendiamkan diri dari bertegur sapa dengan jiran sebelah rumah (ibu saudara suami) kerana dia telah menyebar cerita kepada ipar-ipar saya bahawa saya telah memburuk-burukkan ipar-ipar saya kepada orang lain,.... hal ini menyebabkan ipar-ipar saya telah bermasam muka dengan saya dan suami.... ini adalah kali kedua dia telah mengadu domba tentang saya dan suami.

Jawapan : 

Islam melarang umatnya dari tidak bertegur sapa dengan sahabat seIslamnya yang lain dek kerana pergaduhan perkara keduniaan lebih dari 3 hari. Walaupun jiran kita telah membuat fitnah dan mengadu domba , kita disuruh untuk tetap bertegur sapa dan jangan sekali-kali putuskan silaturahim.

Nabi SAW bersabda :

ولا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ

Ertinya : Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari 3 hari” (Hadis Riwayat Al-Bukhari, 5/2253)

Kenapa 3 hari?, inilah sifat fitrah dalam kerana Islam. Walaupun Nabi SAW pernah menasihatkan agar jangan marah dalam sabdanya :-

سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ مَاذَا يباعدني من غَضِبِ اللَّهِ عز وجل قال لاَ تَغْضَبْ

Ertinya : Ditanya kepada Rasulullah SAW : Apakah yang menjauhkan aku dari kemurkaan Allah SWT , jawab Nabi : Janganlah kamu marah ” (Hadis Riwayat Ahmad, 2/175). 

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya aku mempunyai kaum kerabat yang aku eratkan hubunganku dengan mereka tetapi mereka memutuskan, dan aku berbuat baik dengan mereka tetapi mereka membuat jahat kepadaku, aku berlemah lembut dengan mereka tetapi melakukan kekasaran terhadap aku”. 

Maka jawab Rasulullah, “Jika benarlah apa yang engkau katakan itu maka seolah-oleh engkau memberi makan abu panas (mereka melakukan dosa besar) dan Allah sentiasa bersama engkau memberi pertolongan selagi kamu mengekalkan sifat-sifat kamu”. 
(Hadis Riwayat Muslim)

Huraian Hadis: Islam mengajar umatnya berbuat baik bagi mengeratkan hubungan antara keluarga walaupun kebaikan itu dibalas dengan keburukan. Berbuat baiklah dengan kaum keluarga dengan tujuan mengeratkan hubungan silaturahim, semoga mendapat keredaan dan pertolongan daripada Allah SWT. Islam menghendaki umatnya mengerjakan kebaikan sesama keluarga untuk menjamin kesejahteraan. Orang yang cuba melakukan permusuhan dan kemarahan kepada orang yang hendak berbuat baik dengannya adalah dimurkai oleh Allah dan dia akan mendapat seksaan diakhirat kelak.

Silaturahim adalah kunci terbukanya rahmat dan pertolongan Allah SWT. Dengan terhubungnya silaturahim, maka ukhuwah Islamiyah akan terjalin dengan baik. Bagaimana pun besarnya umat Islam secara kuantitatif, sama sekali tidak ada ertinya bila di dalamnya tidak ada persatuan dan kerja sama untuk taat kepada Allah...

Tahukah sahabat tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan?

"Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan adalah pahala orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahim, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah siksaan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan tali persaudaraan" (Hadis Riwayat. Ibnu Majah).

Silaturahim tidak sekadar bersentuhan tangan atau memohon maaf belaka. Ada sesuatu yang lebih hakiki dari itu semua, yaitu aspek mental dan keluasan hati.apabila kita bersilaturahim jangan pula kita memilih-milih siapakah yang layak kita mengikat silaturahim,contohnya memilih yang kaya,cantik dan setaraf ini bukanlah yang di maksudkan silaturahim didalam islam.

Rasulullah SAW bersabda, "Yang disebut bersilaturahim itu bukanlah seseorang yang membalas kunjungan atau pemberian, melainkan bersilaturahim itu ialah menyambungkan apa yang telah putus" (Hadis Riwayat. Bukhari).

509. Soalan : Saya nak tanya...adakah salafi itu sesat...sedangkan mereka pandu pada al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW?

Jawapan :  

Umat Islam perlu berhati-hati untuk membuat dakwaah sesuatu kumpulan itu sesat atau tidak. Jika jelas sesat darisegi akidah, ibadah, amalan zikir, menolak hadis, menolak hukum Allah SWT, menghalakan yang diharamkan oleh Allah SWT . Kumpulan yang jelas sesat terdapat di dalam laman web JAKIM dan bahagian penyelidikan JAKIM telah menyenaraikan dan mewartakan 56 ajaran sesat yang terdapat di Malaysia.. Kumpulan Salafi tidak tersenarai di dalam ajaran sesat yang diputuskan oleh pihak JAKIM.
Bahaya Menuduh Orang dengan Kata Kafir Atau Fasiq

BAHAYA MEMANGGIL DENGAN KAFIR ATAU FASIQ

عَنْ أَبِي ذَرٍّ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَيْسَ مِنْ رَجُلٍ ادَّعَى لِغَيْرِ أَبِيهِ وَهُوَ يَعْلَمُهُ إِلَّا كَفَرَ وَمَنِ ادَّعَى مَا لَيْسَ لَهُ فَلَيْسَ مِنَّا وَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ وَمَنْ دَعَا رَجُلًا بِالْكُفْرِ أَوْ قَالَ عَدُوَّ اللَّهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ إِلَّا حَارَ عَلَيْهِ

Dari Abu Dzar, dia mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda,“Tidak ada seorang lelakipun yang mengakui bapa kepada orang yang bukan bapanya padahal ia tahu (kalau itu bukan bapanya), kecuali dia telah kufur. Barangsiapa yang mengaku sesuatu yang bukan haknya, bererti dia tidak termasuk golongan kami dan hendaklah ia menempati tempat duduknya dari api neraka. Dan barangsiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan “kafir” atau “musuh Allah” padahal dia tidak kafir, maka tuduhan itu akan kembali kepada penuduh.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

TAKHRIJ HADIS

Hadis dari sahabat yang mulia Abu Dzar Al Ghifari ini, diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam shahihnya di dua tempat; kitab Al Manaqib, Bab Nisbatul Yaman Ila Isma’il, hadits no. 3317 dan kitab Al Adab, Bab Ma Yanha Minas Sibab Wal La’ni, hadits no. 5698 dan Imam Muslim dalam shahihnya, kitab Al Iman, Bab Bayan Hali Iman Man Raghiba An Abihi Wahua Ya’lam, hadits no. 214.

SYARAH HADIS

1. Sabda Rasulullah yang maksudnya: Tidak ada seorang lelakipun yang mengakui bapa kepada orang yang bukan bapanya padahal ia tahu, kecuali dia telah kafir.

Mengakui orang lain sebagai orang tua kandung, padahal bukan orang tuanya termasuk dosa besar. Kebiasaan seperti banyak dilakukan oleh orang kafir Quraisy pada zaman dulu untuk mencari kebanggaan. Kemudian kebiasaan ini dilarang oleh agama Islam. Bahkan dalam hadis di atas, perbuatan seperti ini dianggap sebuah kekufuran. Kata kufur disini mengandung dua makna. Pertama, kafir yang sebenarnya jika perbuatan ini dianggap halal. Dan makna kedua, iaitu kufur (tidak bersyukur) terhadap nikmat, kebaikan, hak Allah dan hak orang tua.

Kekufuran yang disebutkan dalam hadis ini bukanlah kekufuran yang mengakibatkan seseorang murtad dari agama ini. Kata kufur disini, bermakna sama dengan kata kufur yang terdapat dalam sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam.


أُرِيتُ النَّارَ فَإِذَا أَكْثَرُ أَهْلِهَا النِّسَاءُ يَكْفُرْنَ قِيلَ أَيَكْفُرْنَ بِاللَّهِ قَالَ يَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ وَيَكْفُرْنَ الْإِحْسَانَ لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ

Aku diperlihatkan neraka, tiba-tiba (aku lihat) kebanyakan penghuninya adalah perempuan yang kufur. Beliau ditanya,”Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab,”Mereka kufur kepada suami dan kebaikannya. Jika engkau berbuat baik kepada salah seorang diantara mereka selama setahun, kemudian melihat sesuat yang mengecewakan, dia akan berkata,’Saya tidak pernah melihat kebaikanmu sedikitpun’. (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah menjelaskan kata kufur disini dengan kufur kepada suami dan kebaikan. (Lihat Syarah Shahih Muslim, 2/237)

Jadi orang yang mengakui orang lain sebagai bapanya, padahal dia tahu itu bukan bapanya, maka dia telah kufur terhadap orang tuanya. Padahal orang tuanya merupakan orang yang paling berhak padanya. Orang tuanya telah melahirkan, mendidik dan memeliharanya. Kerananya Allah meletakkan kewajiban bersyukur kepada kedua orang tua setelah kewajiban bersyukur kepada Allah. Sebagaimana firmanNya,


أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ

Maksudnya, "Hendaklah kamu bersyukur kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu." (Surah Luqman ayat 14 )
 

2. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam yang ertinya : "Barangsiapa yang mengakui yang bukan haknya, bererti dia tidak termasuk golongan kami dan hendaklah ia menjadikan tempat duduknya dari api neraka."

Kata dakwa ( الدعوى ) , maksudnya seseorang mengakui sesuatu sebagai miliknya, haknya atau yang sejenisnya.

Sedangkan menurut syar’i, dakwa adalah mengaku berhak atas sesuatu yang sedang berada dalam tanggungan seseorang, atau berada di tangan orang lain atau yang sejenis nya.

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam diatas memiliki makna yang umum. Mencakup semua pengakuan, baik mengaku memiliki, mengaku berhak, mengaku anak atau yang lainnya. Semua itu masuk dalam pengertian hadis tersebut.

Adapun sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam, bererti dia bukan golongan kami, maksudnya ialah ia tidak berada di atas sunnah kami dan tidak berada di atas jalan kami yang indah. Baginda tidak bermaksud mengkafirkan orang ini, meskipun secara zahir ucapan ini mengkafirkan.

Dalam masalah pengakuan ini, terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim,


لَوْ أُعْطِيَ النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لَادَّعَى نَاسٌ دِمَاءَ رِجَالٍ وَأَمْوَالَهُمْ وَلَكِنَّ الْبَيِّنَةَ عَلَى الْمُدَّعَى

Kalau seandainya orang-orang itu diberi sesuai dengan pengakuan mereka, tentu mereka akan mengaku berhak atas darah atau nyawa orang dan harta orang, akan tetapi wajib atas orang yang mengaku mendatangkan bukti.

Maksudnya, jika seseorang diberikan hanya berdasarkan pengakuan saja, maka boleh jadi ada orang yang mengaku berhak atas nyawa seseorang dengan tuduhan sebagai pembunuh atau sejenisnya. Maka wajib atas orang yang mengaku atau menuduh untuk mendatangkan bukti nyata dan wajib atas orang yang tertuduh itu bersumpah untuk membela diri, jika memang dia tidak benar.

Dalam hadis yang lain, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda,
الْبَيِّنَةُ عَلَى الْمُدَّعِي وَالْيَمِينُ عَلَى الْمُدَّعَى عَلَيْهِ

Penuduh wajib mendatangkan bukti dan orang yang tertuduh wajib bersumpah. (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Mengenai sabda baginda hendaklah dia menempati rumahnya dari api neraka, para ulama berpendapat, bahawa ungkapan itu berkisar antara doa baginda atau pemberitahuan. Tetapi dengan lafaz perintah. Imam Nawawi mengokohkan pendapat yang kedua, Beliau berkata, ”Itu pendapat yang paling jelas diantara dua pendapat.”

Maksudnya orang yang mengaku-ngaku terhadap sesuatu yang bukan haknya, maka dia akan mendapatkan balasan berupa tempat tinggal dari api neraka. Namun ini bukan bererti, bahawa balasan itu pasti akan didapatkan, kerana boleh jadi ia bertaubat sebelum mati, lalu Allah menerima taubatnya dan mengampuni orang tersebut sehingga terbebas dari siksa.

3. Sabda Rasulullah yang ertinya: Dan barangsiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan “kafir” atau “musuh Allah” padahal dia tidak kafir, maka tuduhan itu akan kembali kepada penuduh.

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda,
عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلًا بِالْفُسُوقِ وَلَا يَرْمِيهِ بِالْكُفْرِ إِلَّا ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ إِنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ

Dari Abu Zar radhiyallahu ‘anhu, beliau mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Aaihi Wa sallam bersabda,”Tidaklah seseorang menuduh orang lain dengan kata fasiq, dan menuduhnya dengan kata kafir, kecuali tuduhan itu akan kembali kepada si penuduh jika orang yang tertuduh tidak seperti yang dituduhkan. (Hadis Riwayat Bukhari)

Dua hadis diatas menjelaskan kepada kita bahaya ucapan kafir. Tuduhan kafir yang ditujukan kepada seorang muslim, pasti akan tertuju kepada salah satunya, penuduh atau yang dituduh.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda.
إِذَا كَفَّرَ الرَّجُلُ أَخَاهُ فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا

Apabila ada seseorang yang mengkafirkan saudaranya (seiman-red) maka salah satu dari keduanya akan tertimpa kekufuran. [Hadis Riwayat Muslim)
أَيُّمَا امْرِئٍ قَالَ لِأَخِيهِ يَا كَافِرُ فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا إِنْ كَانَ كَمَا قَالَ وَإِلَّا رَجَعَتْ عَلَيْهِ

Barangsiapa yang berkata kepada saudaranya, “hai orang kafir,” maka kata itu akan menimpa salah satunya. Jika benar apa yang diucapkan (bererti orang yang dituduh menjadi kafir); jika tidak, maka tuduhan itu akan menimpa orang yang menuduh. [Hadis Riwayat Muslim].

Jika panggilan itu keliru, ertinya orang yang dipanggil kafir tidak benar kafir, maka kata kafir akan kembali kepada orang yang memanggil. Wal iyadzu billah. Jika benar, maka dia selamat dari resiko kekafiran atau kefasikaan, namun bukan bererti ia selamat dari dosa. Sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Hajar. [2] Maksudnya, orang yang memanggil saudaranya dengan kata kafir atau fasiq, meskipun benar, namun boleh jadi ia menanggung dosa. Misalkan jika maksud dan tujuannya untuk mencela, membongkar aib orang di masyarakat atau memperkenalkan orang ini. Perbuatan seperti ini tidak diperbolehkan. Kita diperintahkan untuk menutupi aib ini kemudian membimbing dan mengajarinya dengan lemah lembut dan bijaksana. Sebagaimana firman Allah,
اُدْعُ إِلَى سَبِيْلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ

Berserulah ke jalan Rabbmu dengan hikmah dan dengan nasihat yang baik. (Surah An Nahl ayat 125)

Selama masih boleh dibimbing dengan lemah lembut, maka jalan kekerasan tidak boleh ditempuh. Dan juga, panggilan kafir dan fasiq sering membuat orang menjadi marah. Lalu syaithan mendorongnya untuk terus-menerus melakukan perbuatan dosa. Sehingga kadang ada yang mengatakan,“Ya saya ini kafir,” kemudian terus-menerus berbuat dosa.


510. Soalan : Maaf saya nak bertanyakan tentang rahsia didalam solat, Ustaz perbuatan terakhir dalam solat ialah salam. Apakah mesej yg tersirat dalam memberi salam dan kepada siapa salam itu ditujukan. Maaf saya tidak tahu,mohon pencerahan dan nasihat.

Jawapan : 

Salam pertama selepas membaca tahyat akhir adalah wajib tak sah solat jika tak memberi salam. Kenapa toleh kekanan dan kekiri dan untuk siapa salam itu jawapannya wallahu a'lam (hanya Allah SWT saja yang Maha Mengetahui). Dalam hadis sahih tak ada di ceritakan untuk siapa salam itu di ucapkan. Dalam ibadah bukan semua ada dinyatakan fadilat dan kelebihannya kita hanya di minta taat dan patuh dan kerjakan solat atau ibadah lain dengan penuh ketaatan tanpa soal.

Salam termasuk rukun solat. Sehingga orang yang meninggalkan salam, baik dengan sengaja mahupun lupa maka solatnya batal.

Dari Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda,

مِفْتَاحُ الصَّلَاةِ الطُّهُورُ، وَتَحْرِيمُهَا التَّكْبِيرُ، وَتَحْلِيلُهَا التَّسْلِيمُ

“Kunci solat adalah bersuci, yang mengharamkannya adalah takbiratul ihram, dan yang menghalalkannya adalah salam.” (HR. Ahmad, Abu Daud, Turmudzi, dan disahihkan Syuaib al-Arnauth)

Maknanya :

Mengharamkannya: batas yang mengharamkan untuk melakukan pekerjaan di luar solat
Menghalalkannya: batas yang menghalalkan untuk melakukan pekerjaan di luar solat
Dua Salam yang statusnya : Rukun solat adalah salam pertama, sedangkan salam kedua hukumnya sunat. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam pernah melakukan salam sekali.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, beliau menceritakan,

أن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كان يسلم تسليمة واحدة

“Bahwa Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam pernah melakukan salam sekali.” (Hadis Riwayat Baihaqi dan dishahihkan al-Albani).

3. Inti dari salam adalah bacaan Assalamu alaikum wa rahmatullah….dan sebagainya. Sementara menoleh ketika salam, hukumnya di sunatkan dalam madzhab Syafiiyah. Sehingga solat tetap sah, sekalipun tidak menoleh ketika salam. Imam An-Nawawi mengatakan,

ولو سلم التسليمتين عن يمينه أو عن يساره أو تلقاء وجهه أجزأه وكان تاركا للسنة

Jika ada orang yang mengucapkan salam dua kali ke kanan atau ke kiri, atau menghadap ke arah depan (tidak menoleh), solatnya sah, sekalipun dia meninggalkan sunah. (al-Majmu’ Syarh Muhadzab, 3/478).

4. Dianjurkan untuk menoleh secara maksima ketika salam dua kali, sehingga pipi orang yang solat kelihatan dari belakang.

Dari Sa’d bin Abi Waqqash radhiyallahu ‘anhu, beliau menceritakan,

كُنْتُ أَرَى رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسَلِّمُ عَنْ يَمِينِهِ، وَعَنْ يَسَارِهِ، حَتَّى أَرَى بَيَاضَ خَدِّهِ

”Saya melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam melakukan salam dengan menoleh ke kanan dan ke kiri. Hingga aku melihat putihnya pipi baginda.” (Hadis Riwayat Muslim 582).

5. Tata cara salam ada 5:

a. Mengucapkan, ”Assalamu alaikum wa rahmatullah wa barakatuh” ketika menoleh ke kanan dan ke kiri.

Dari Abu Ubaidah,

أَنَّ ابْنَ مَسْعُودٍ كَانَ يُسَلِّمُ عَنْ يَمِينِهِ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، وَعَنْ يَسَارِهِ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، يَجْهَرُ بِكِلْتَيْهِمَا

Bahawa Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu salam ke kanan dengan mengucapkan, “Assalamu alaikum wa rahmatullah wa barakatuh” dan menoleh ke kiri dengan membaca, “Assalamu alaikum wa rahmatullah wa barakatuh” beliau mengeraskan keduanya. (HR. Abdurazaq dalam Mushannaf, 3129).

Hal yang sama juga dilakukan sahabat Ammar bin Yasir radhiallahu ‘anhuma (Mushanaf Abdurazaq 3134).

b. Mengucapkan, ”Assalamu alaikum wa rahmatullah wa barakatuh” ketika salam pertama dan mengucapkan, ”Assalamu alaikum wa rahmatullah” pada saat salam kedua.

Dari Wali bin Hujr radhiallahu ‘anhu, beliau menceritakan,

صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَكَانَ يُسَلِّمُ عَنْ يَمِينِهِ: «السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ»، وَعَنْ شِمَالِهِ: «السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ»

“Saya solat bersama Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam. Baginda mengucapkan salam ketika menoleh ke kanan, ”Assalamu alaikum wa rahmatullah wa barakatuh” dan ketika menoleh ke kiri beliau mengucapkan, ”Assalamu alaikum wa rahmatullah.” (Hadis Riwayat Abu Daud 997 dan dishahihkan al-Albani)

c. Mengucapkan, ”Assalamu alaikum wa rahmatullah” ketika menoleh ke kanan dan ke kiri.

Dari Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu,

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسَلِّمُ عَنْ يَمِينِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ حَتَّى يُرَى بَيَاضُ خَدِّهِ

“Saya melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam melakukan salam ke kanan dan ke kiri, mengucapkan ”Assalamu alaikum wa rahmatullah”, hingga terlihat putihnya pipi baginda.” (Hadis Riwayat Nasai, Abu Daud dan dishahihkan al-Albani).

d. Salam pertama mengucapkan, ”Assalamu alaikum wa rahmatullah.” dan salam kedua mengucapkan, ”Assalamu alaikum.”

Dari Wasi’ bin Hibban, beliau pernah bertanya kepada Ibnu Umar tentang tata cara solat Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam. Baginda pun mempraktikannya, diantaranya,

وَذَكَرَ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ عَنْ يَمِينِهِ، السَّلَامُ عَلَيْكُمْ عَنْ يَسَارِهِ
Wasi’ menyebutkan bahawa Ibnu Umar mengucapkan ”Assalamu alaikum wa rahmatullah.” ketika menoleh ke kanan dan mengucapkan ”Assalamu alaikum.” ketika menoleh ke kiri. (Hadis Riwayat Nasai dan dishahihkan Syuaib al-Arnauth).

e. Salam sekali dengan hanya mengucapkan ”Assalamu alaikum.”

Aisyah menceritakan tata cara solat Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam,

ثم يسلم تسليمة واحدة، السلام عليكم، يرفع بها صوته، حتى يوقظنا
”Kemudian baginda salam sekali, mengucapkan ’Assalamu alaikum’ dengan mengangkat suaranya, sehingga membangunkan kami.” (HR. Ahmad dan dishahihkan Syuaib al-Arnauth).

6. Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam terkadang salam sekali dengan menoleh sedikit ke arah kanan,

Aisyah menceritakan,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسَلِّمُ فِي الصَّلَاةِ تَسْلِيمَةً وَاحِدَةً تِلْقَاءَ وَجْهِهِ يَمِيلُ إِلَى الشِّقِّ الْأَيْمَنِ قَلِيلًا

”Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam melakukan salam sekali ketika solat ke arah depan dengan menoleh sedikit ke kanan.” (Hadis Riwayat Daruquthni, al-Hakim, dan dishahihkan adz-Dzahabi).

Kesalahan Ketika Salam

Membuka tangan kanan dan kiri ketika menoleh pada saat salam.

Kebiasaan ini pernah dilakukan sebagian sahabat di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Dari Jabir bin Samurah radhiallahu ‘anhu,

”Ketika kami solat bersama Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam, kami mengucapkan ”Assalamu alaikum wa rahmatullah – Assalamu alaikum wa rahmatullah” sambil berisyarat dengan kedua kanan ke samping masing-masing. Kemudian Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam mengingatkan,

عَلَامَ تُومِئُونَ بِأَيْدِيكُمْ كَأَنَّهَا أَذْنَابُ خَيْلٍ شُمْسٍ؟ إِنَّمَا يَكْفِي أَحَدَكُمْ أَنْ يَضَعَ يَدَهُ عَلَى فَخِذِهِ ثُمَّ يُسَلِّمُ عَلَى أَخِيهِ مَنْ عَلَى يَمِينِهِ، وَشِمَالِهِ

”Mengapa kalian mengangkat tangan kalian, seperti keledai yang suka lari? Kalian cukup letakkan tangan kalian di pahanya kemudian salam menoleh ke saudaranya yang di samping kanan dan kirinya. (Hadis Riwayat Muslim, Nasai, dan yang lainnya).


Sunday, April 6, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 89 (Awal-awal Agama Mengenal Allah, Tanggungjawab Anak Lelaki, Petunjuk Solat Istikharah, Iddah Kematian Suami dan Tafsir Surah Yaasiin ayat 56-59)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,    
Tanyalah Ustaz Siri 89 adalah menjelaskan persoalan awal-awal agama mengenal Allah, tanggungjawab anak lelaki, petunjuk solat istikharah, iddah kematian suami dan tafsir surah Yaasiin ayat 56-59.

501. Soalan : Awaluddin makrifatullah..(awal-awal agama mengenal Allah) boleh ustaz bagi huraian ringkas maksud ayat itu..terima kasih.

Jawapan : 

Dalam rukun Islam pertama adalah : Mengucap dua kalimat syahadat iaitu aku naik saki bahawa tiada Ilah yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu rasul Allah. dan dalam rukun Iman pertama adalah beriman kepada. Allah. Jelaslah disini bahawa "awal-awal agama adalah mengenal Allah." Islam adalah iman , ilmu dan amal . Iman adalah persoalan aqidah atau ketuhanan. Ilmu dan amal pula, ada yang berbentuk lahiriah dan ada yang berbentuk batiniah atau rohaniah.

Bertolak dari aqidah, maka timbullah keperluan untuk beribadah sama ada ibadah lahir mahupun ibadah batin. Setelah Tuhan dikenali, dicintai dan ditakuti, maka akan terdoronglah kita untuk menyembah dan mengagungkan- Nya dan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Akan terdoronglah kita untuk melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Akan terdoronglah kita untuk patuh dan taat kepada-Nya. Akan terdoronglah kita untuk berjuang dan berkorban kerana-Nya.

Ilmu lahiriah ialah ilmu feqah yang bersangkut paut dengan amalan lahir. Ilmu batiniah atau rohaniah pula ialah ilmu tasawuf yang bersangkut paut dengan amalan hati. Amalan sama ada yang lahir atau yang batin mestilah didorong oleh aqidah. Ia mesti didorong oleh rasa
cinta dan takut kepada Allah . Barulah amalan itu akan bermakna dan akan mempunyai erti dan maksud yang betul. Amalan adalah jalan, kaedah atau cara untuk membukti dan merealisasikan rasa cinta dan rasa takut kita kepada Allah.

Bila Allah sudah dikenali, barulah kita betul-betul boleh mempraktikkan atau melaksanakan agama. Barulah Allah itu menjadi matlamat dan tumpuan ibadah dan pengabdian kita. Barulah amalan kita itu ada tempat tujunya. Barulah akan terjalin dan tercetus hubungan antara hamba dengan Tuhannya. Dalam beragama, kenal Allah itu perkara pokok yang mesti didahulukan. Selepas itu baru timbul soal amalan. Ini sesuai dengan kata-kata yang sering diucapkan yang bermaksud : "Awal-awal agama mengenal Allah". Wallahu a'lam.

502. Soalan : Ustaz.saya ingin bertanya..menjaga orang tua adalah tanggungjawab anak lelaki..dan saya ada beberapa orang..adik.lelaki dan perempuan..sekarang ibu saya tinggal bersama dengan saya..masih sekarang ibu saya selalu masuk campur dalam keluarga kami.membuatkan suami saya tidak senang.adik baradik saya pun mangabaikan tanggungjawab terhadap orang tua saya.suami saya memberitahu saya supaya adik beradik saya bergilir-gilir untuk menjaga orang tua saya.disini saya nak bertanya..adakah saya bersalah bila bersuarakan pendapat suami saya??kedua bersalah tak saya bila tidak mendengar pendapat suami saya?

Jawapan : 

Tanggungjawab menjaga ibu dan menguruskan perbelanjaan dan keperluan hidupnya adalah anak-anak lelaki kerana perhubungan anak lelaki dengan ibu bapa tidak terputus walaupun mereka sudah mendirikan rumah tangga. Anak perempuan apabila sudah berkahwin maka dia dibawah tanggungjawab suaminya. Isteri boleh membantu ibu bapanya dengan syarat mendapat keizinan suaminya. 

Ibu puan yang tinggal bersama dengan keluarga puan tidak seharusnya masuk campur urusan keluarga anaknya, sebagai orang tua dia boleh menjadi penasihat dan memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang terjadi di dalam keluarga puan. Suami puan perlu berfikiran terbuka jika ada teguran daripaad ibu mertuanya. Biasanya orang tua banyak pengalaman dan mungkin dia cuba nak memperbaiki kekurangan yang ada di dalam keluarga puan. Puan sebagai anak , perlulah menasihati anak-anak ibu yang lain (adik-adik puan) yang lelaki supaya mengambil tanggungjawab membela ibu secara bergilir-gilir dan tidak boleh membebankan anak perempuan seorang sahaja. 

Puan kena mendengar pandangan suami puan dan tak boleh hanya menyebelahi ibu saja atau menyebelahi adik beradik puan dan menolak pendapat suami. Jika pandangan suami mungkin ada yang tak kena puan perlu menolaknya secara hikmah dan jangan bersikap emosional. 

Biasanya ketegangan rumah tangga berlaku apabila isteri tetap bertegas dengan pendapatnya sendiri dan tak mahu merai / mendengar pendapat suami. Bertolak ansurlah dan jaga jangan sampai silaturahim di antara keluarga boleh terputus.kerana sesiapa yang suka memutuskan silaturahim dia tak akan masuk syurga.

503. Soalan : Ustaz. adakah lepas solat istikarah, kita akan nampak petunjuk dalam mimpi? Bukankah mimpi itu mainan tidur. Selain dari mimpi, adakah petunjuk lain? Minta pencerahan dari ustaz. Terima kasih..

Jawapan : 

Bukan semua mimpi mainan tidur kerana mimpi itu ada 3 keadaan. Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya ; "Mimpi itu ada tiga, mimpi daripada Allah (mimpi yang baik), mimpi daripada syaitan (mimpi buruk) dan mimpi daripada dirinya yang kerana terjadi sesuatu kemudian dia bermimpi."

Menurut ahli-ahli takbir, mimpi ada tiga macam:

1. Mimpi daripada Allah S.W.T. iaitu mimpi yang baik untuk dunia dan akhirat, merupakan khabar gembira atau satu peringatan daripada Allah S.W.T. supaya tidak melakukan maksiat kepada-Nya. Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : "Mimpi yang benar itu ialah sebahagian daripada empat puluh enam sifat kenabian." (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Mimpi baik itu daripada Allah dan mimpi buruk itu daripada syaitan, maka ketika salah seorang daripada kamu mimpi buruk, meludahlah ke arah kiri tiga kali, kemudian minta perlindungan kepada Allah, maka mimpinya tidak akan mengkhuatirkan." (Hadis Riwayat Muslim)

2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil. Atau mimpi buruk yang tidak menyenangkan seperti kedatangan mala petaka, musibah, permusuhan, kesedihan, kesengsaraan, kemelaratan, penderitaan dan sebagainya.

Dalam riwayat yang lain Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan 'alhamdulillah' dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan isti’azah (a’uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim) dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya.”(Hadis Riwayat Bukhari dari Abi Sa’id).

3. Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya. Atau mimpi makan ketika diri sedang lapar, mimpi di aniayai orang ketika sedang sakit dan sebagainya. Mimpi seperti ini tidak mempunyai erti sama sekali.

Alamat atau tanda daripada Allah SWT apabila kita melakukan solat istikaharah bukan saja petunjuk itu datang di dalam mimpi saja tetapi ianya juga datang daripada berbagai cara. Berkemungkinan perasaan dan hati kita lebih condong kepada salah satu yang kita sedang buat pilihan. Mungkin kebaikan salah satu pilihan kita menonjol dan dapat kita melihat kebaikannya, atau keburukkannya juga terserlah hingga kita tak minat pada yang satu. Berkemugkinan juga kedua-duanya tak baik untuk kita diberinya pula pilihan ke tiga dan ianya lebih baik dan sesuai.

Bagaimana Allah SWT menjawab permohonan ini?

Al-Quran menunjukkan bahawa Allah SWT akan memberi ilham kepada peminta itu, sama ada baik atau buruk, seperti dalam Surah al-Syams ayat 7-8, bermaksud: “Demi jiwa manusia dan yang menyempurnakannya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwanya tentang buruk dan baiknya.”

Ilham adalah pemberitahuan Allah kepada manusia biasa. Ia akan datang pada bila-bila masa sahaja. Ada juga hadis yang menyebutkan alamat itu datang melalui mimpi.

Hendaklah mengerjakan solat istikharah 7 kali berturut. Panduan agar solat istikharah dibuat sebanyak 7 kali datang dari sebuah hadis yang maksudnya : “Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikharahlah kepada Tuhanmu sebanyak 7 kali kemudian perhatilah petanda atau perasaan yang datang terlebih dahulu(dominan) di dalam hatimu” 
(Hadis Riwayat Ibn Sunni dari Anas, Al-Hafidz Al-‘Iraqi, An-Nawawi)

Terdapat juga ulama yang mencadangkan si pembuat istikharah agar jangan mempunyai kecenderungan tertentu kepada salah satu antara dua (atau lebih pilihannya) sebelum membuat istikharah. Demikian pandangan Ibn Hajar Al-‘Asqolani.

Galakkan menuruti tanda istikharah juga datang dari riwayat hadis Nabi SAW .maksudnya : “ Salah satu sumber kebahagian anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukkan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telah ditentukan kepadanya” (Hadis Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi) 

Oleh itu jadikanlah solat dua rekaat itu sebagai amalan yang berterusan di dalam apa saja urusan. Kerana Nabi SAW dan sahabat-sahabat apabila menghadapi apa juga masaalah kehidupan atau sesuatu kebuntuan untuk menyelesaikan sesuatu perkara mereka akan solat dua rekaat. Salah satu solat sunat yang tidak ditinggalkan sahabat-sahabat Rasulullah SAW adalah solat istikharah. Wallahu a'lam.

504. Soalan : Ustaz,saya nak tanya.mak saya baru kematian abah saya pada 14.3.2014 yang lalu,buat masa ni ada orang menemannya dirumah.permasaalahannya pada minggu hadapan orang yang menemannya dirumah sudah tiada kerana adik saya akan balik ke Penang,soalannya bolehkah mak saya datang tidur dirumah saya dan pulang pada waktu pagi kerana dia tinggal seorang diri sedangkan dia masa dalam waktu iddah kematian suami?Wasalam.

Jawapan : 

Wanita yang kematian suami dia tidak boleh keluar rumah suaminya kecuali perkara darurat sahaja selama masa iddah iatu 4 bulan 10 hari. Terdapat lima larangan yang dikenakan ke atas wanita yang kematian suami:

1. Bertunang (secara berterus-terang)

2. Berkahwin.

3. Berhias pada diri atau pakaian

4. Tidur di rumah selain rumah yang biasa didiami semasa hayat suami

5. Keluar dari rumah tanpa ada tujuan penting yang tertentu (jika keluar rumah kerana bekerja diharuskan)

Larangan tidur di rumah selain rumah yang biasa di diami semasa hayat suami. Larangan ini terpakai untuk wanita yang berada dalam iddah kematian suami dan juga iddah perceraian biasa.

Ertinya, dilarang tidur di rumah yang bukan menjadi kebiasaannya tidur semasa masih dalam ikatan perkahwinan.

Firman Allah SWT, maksudnya: “Jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu maka ceraikanlah mengikut masanya dan hendaklah isteri-isteri kamu mengikut iddah dan takutilah Allah tuhan kamu. Janganlah kamu keluarkan isteri-isteri kamu dari rumah-rumah mereka dan janganlah pula mereka keluar darinya kecuali jika datang kebinasaan yang jelas.” (Surah al-Talaq: ayat 1)

Dalil ini terpakai ke atas semua wanita yang berada dalam iddah bahawa mereka dilarang meninggalkan rumah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini. Malah suami yang menceraikan juga dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan. Kelonggaran untuk tinggalkan rumah hanya dibenarkan jika ‘datang kebinasaan yang jelas’ seperti banjir, rumah hampir roboh dan sebarang ancaman yang lain.

Hujah ini disokong pula oleh hadis sahih bahawa pada satu ketika seorang sahabat wanita bernama Furai’ah telah kematian suami dan memohon kebenaran Rasulullah SAW. untuk pulang ke rumah keluarganya. Namun Rasulullah SAW. memerintahkannya untuk terus tinggal di rumah yang selama ini didiami sehingga habis iddah iaitu 4 bulan 10 hari. Sabda baginda SAW. maksudnya: “Tinggallah tetap di rumah kamu sehingga habis tempoh tangguh (iddah)”.
Beri tahulah kepada emak puan bahawa beliau dilarang tidur di rumah anaknya semasa dalam iddah , larangan ini jelas di dalam al-Quran dan hadis.

505. Soalan : Bolehkah ustaz huraikan tafsiran Surah Yaasiin ayat 56 hingga ayat 59?.

Jawapan :  

Firman Allah SWT maksudnya : "Mereka dan isteri-isteri mereka berada dalam tempat yang teduh, bertelekan di atas dipan-dipan".(Surah Yaa siin( 36) ayat 56)

هُمْ وَأَزْوَاجُهُمْ فِي ظِلَالٍ عَلَى الْأَرَائِكِ مُتَّكِئُونَ (56)
 

Huraiannya : 

Di dalam syurga orang-orang yang beriman dan isteri-isteri mereka berada dalam taman-taman dengan pohon yang rindang, duduk di atas sofa dan tempat-tempat tidur, berbincang-bincang sambil menikmati berbagai macam rezeki yang mereka peroleh dari Tuhan mereka.

Dari perkataan "mereka dan isteri-isteri mereka" difahami bahawa orang-orang yang beriman dalam syurga memperoleh nikmat yang tiada taranya dan kenikmatan itu diperolehnya dalam berbagai macam bentuk. Ada yang dalam bentuk langsung mereka nikmati, seperti memperoleh tempat yang nyaman dan indah, merasakan makanan-makanan yang lazat dan sebagainya. 


Ada pula dalam bentuk pemenuhan keinginan dan cita-cita mereka sebagai anggota atau ketua keluarga. Selama hidup di dunia mereka mencita-citakan keluarga yang berbahagia, mempunyai isteri yang cantik dan setia. Keinginan-keinginan mereka yang seperti itu dipenuhi Allah dalam syurga nanti.

Bahkan dalam ayat yang lain diterangkan bahawa anak cucu mereka yang beriman ditinggikan Allah derajatnya sebagai derajat bapa-bapa dan ibu-ibu mereka, dan mereka dikumpulkan dengan orang-orang tua mereka di dalam syurga, tanpa membeza-bezakan pemberian nikmat kepada masing-masing anggota keluarga itu. Allah SWT berfirman:

والذين ءامنوا واتبعتهم ذريتهم بإيمان ألحقنا بهم ذريتهم وما ألتناهم من عملهم من شيء كل امرئ بما كسب رهين

Maksudnya, "Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya. (Surah. At Tur ayat 21)
 

Dari ayat ini difahami pula agar setiap mukmin selalu berusaha untuk menjadikan suami, isteri, anak-anak mereka dan keluarga mereka, menjadi orang-orang yang beriman yang baik agar cita-cita mereka yang berhubungan dengan keluarga mereka disampaikan Allah di akhirat nanti.

57 "Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta."(Surah Yaa Siin ( 36) ayat 57)

لَهُمْ فِيهَا فَاكِهَةٌ وَلَهُمْ مَا يَدَّعُونَ (57)
 

Huraiannya : 

Orang-orang yang beriman akan memakan bermacam-macam buah-buahan yang lazat di dalam syurga, dan mereka akan memperoleh semua yang mereka inginkan.

58 "(Kepada mereka dikatakan): `Salam`, sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang."(Surah Yaa Siin ( 36) ayat 58)

سَلَامٌ قَوْلًا مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ (58)
 

Huraiannya : 

Yang mereka inginkan itu ialah salam dan Allah yang disampaikan kepada mereka untuk memuliakan mereka.
Salam ini langsung disampaikan Allah atau mungkin dengan perantaraan malaikat, seperti firman Allah SWT:

الذين تتوفاهم الملائكة طيبين يقولون سلام عليكم ادخلوا الجنة بما كنتم تعملون

Maksudnya, "(Yaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): "Salamun alaikum", masuklah kamu ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan. (Surah An Nahl ayat 32)
Salam bererti selamat dan sejahtera, terpelihara dari segala yang tidak disenangi memperoleh semua yang diingini sehingga orang itu memperoleh kenikmatan jasmani dan rohani yang tiada bandingannya.

59 "Dan (dikatakan kepada orang-orang kafir): `Berpisahlah kamu (dari orang-orang mukmin) pada hari ini, hai orang-orang yang berbuat jahat".(Surah Yaa Siin ( 36) ayat 59)

وَامْتَازُوا الْيَوْمَ أَيُّهَا الْمُجْرِمُونَ (59)
 

Huraiannya : 

Dalam ayat ini Allah SWT, memerintahkan kepada orang-orang kafir agar segera berpisah dari orang-orang yang beriman dan masuk ke dalam neraka sebagai tempat yang telah disediakan bagi mereka. Perintah ini disampaikan Allah SWT, sewaktu seluruh manusia telah selesai berhisab di Padang Mahsyar. Orang-orang yang beriman diperintahkan masuk ke dalam syurga dan orang-orang kafir diperintahkan masuk ke dalam neraka.
Ayat lain yang searti dengan ayat ini, ialah firman Allah SWT:

احشروا الذين ظلموا وأزواجهم وما كانوا يعبدون من دون الله فاهدوهم إلى صراط الجحيم

Maksudnya ,"(Kepada malaikat diperintahkan): "Kumpulkanlah orang-orang yang zalim beserta teman sejawat mereka dan sembahan-sembahan yang selalu mereka sembah selain Allah; maka tunjukkanlah kepada mereka jalan ke neraka". (Surah. As Saffat: ayat 22-23)






Saturday, April 5, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 88 (Kedudukan Ibu Tiri, Qada Solat, Hukum Bulu Kucing, Wanita Mengandung Anak Luar Nikah dan Menjawab Salam Orang Bukan Islam.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,    
Tanyalah Ustaz Siri 88 adalah menjelaskan persoalan kedudukan ibu tiri, qada solat, hukum bulu kucing, wanita mengandung anak luar nikah dan menjawab salam orang bukan Islam.

496. Soalan : Saya nak tanya,apakah beza ibu kandung dan ibu tiri dalam istilah agama islam? Kerana kebanyakkannya,ada segelintir menanggap ibu kandung tak sama tarafnya dengan ibu tiri...contohnya: ibu kandung bercerai hidup atau mati dengan bapanya,dan berkahwin dengan wanita lain..

Jawapan :  

Ibu kandung adalah ibu yang melahirkan kita, ibu tiri adalah wanita yang dikahwini oleh ayah kita . Siapa pun perempuan yang dinikahi ayah, maka perempuan itu menjadi ibu bagi anak-anaknya. Anak tetap berkewajiban untuk menghormati ibu tirinya. Status ibu tersebut adalah seorang ibu, istri dari ayah kandungnya, ia telah menjadi mahram bagi anak-anak dari suaminya.

Meski, ada sedikit perbezaan dalam hal pembagian harta warisan. Dalam Islam, perkara yang paling utama yang diberikan adalah hubungan darah (sekandung). Misal, seorang anak (belum menikah) meninggal dunia dan mewariskan harta yang banyak, maka ibu tirinya tidak mendapatkan warisan dari anak tirinya tersebut. Tetapi, ibu tiri mendapatkan warisan dari harta suaminya kerana adanya hubungan penikahan.

Selain itu, ibu tiri berhak mendapatkan perlakuan yang baik dari anak-anak tirinya. Tentu, seorang ibu tiri yang telah menjaga dan membela anak-anak suaminya memperoleh pahala yang setimpal dengan apa yang telah ia lakukan. Terhadap sesama manusia saja, Allah memerintahkan kita untuk berbuat baik, apalagi terhadap anak-anak dari suami sendiri. Begitu juga sebaliknya. Seorang anak wajib berbuat baik kepada orang lain, apalagi terhadap isteri dari ayah kandung dari anak itu sendiri.

Dari Ibnu Umar dia menceritakan, aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya bakti yang paling baik adalah jika seorang anak menyambung tali persaudaraan orang yang dicintai ayahnya,” (HR Muslim dan Tirmizi).

Ibu tiri yang berlaku aniaya terhadap anak tirinya, tentu akan di pertanggungjawabkan perbuatannya di hadapan Allah. Ia pun menanggung dosa dari apa yang telah ia lakukan. Namun, anak tiri tetap tidak dibenarkan membalas perlakuan serupa. Allah tidak membenarkan anak menentang termasuk kepada ibu tiri meski mereka tidak menyukainya. Islam mengajarkan umatnya berbuat baik kepada siapa pun, tak terkecuali terhadap isteri dari ayah.

Dalam pembagian warisan, seorang isteri atau beberapa isteri mendapatkan bagian seperempat jika suami yang meninggal dunia itu tidak meninggalkan anak (laki-laki atau perempuan) atau tidak juga anak dari anak laki-laki/cucu (baik laki-laki atau perempuan).

Jika suaminya meninggalkan anak (laki-laki atau perempuan) atau cucu (dari anak laki-laki atau perempuan) maka seorang isteri atau beberapa isteri berhak mendapatkan seperdelapan dari harta waris. Wallahu'alam.

497. Soalan : Saya ada soalan penting yang mengelirukan saya tentang qada' solat. Apakah hukumnya ustaz? Saya juga mendengar ustaz disurau yang mengatakan rasullullah pernah terbangun lewat hingga terbit matahari kerana keletihan. Lalu baginda terus mengambil wudhu' dan mengerjakan solat fardhu subuh. Pendapat ustaz tersebut, boleh melakukan qada' hanya Allah yg menuntukan terima atau tidak. Apa pandangan ustaz pula?

Jawapan : 

Apabila kita terlewat bangun diwaktu subuh (waktu subuh telah habis) maka kita perlu segerakam mengambil wuduk dan solat qada subuh. . Dalam hal ini, ia tidak berdosa. Sebab, keterlambatannya untuk melaksanakan solat bahkan hingga keluar waktunya bukan kerana unsur kesengajaan. Hal ini pernah terjadi pada diri Rasulullah SAW. Suatu ketika Rasulullah SAW sedang dalam perjalanan. Ketika malam, baginda SAW dan para sahabat tertidur hingga matahari terbit. Seketika itu, baginda SAW memerintahkan Bilal untuk azan dan iqamah. Akhirnya, Rasul SAW dan para sahabat solat subuh di kala matahari telah terbit.

Tetapi untuk orang yang tertidur dan ada unsur kesengajaan. Sebenarnya ia telah terbangun di waktu subuh. Hanya saja, kerana rasa malas dan terasa berat, ia tidur kembali sampai matahari terbit. Jadi, ada unsur kesengajaan. Sebagian besar para ulama berpandangan bahawa ia berkewajiban untuk mengqada solatnya. Hendaklah dirinya segera melaksanakan solat ketika bangun. Di samping itu, ia harus bertaubat kepada Allah SWT kerana telah sengaja meninggalkan solat tatkala telah tiba waktunya. Bagaimana pun juga, meninggalkan solat secara sengaja termasuk dosa besar. Hal ini berdasarkan pada firman Allah SWT

Firman Allah SWT maksudnya, “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya," (Surah al-Ma'un ayat 4-5), 

Kesimpulannya, saudara tetap berkewajiban untuk melaksanakan solat subuh setelah bangun tidur. Di samping itu, hendaklah berusaha sekuat tenaga untuk solat subuh tepat waktu dan berjamaah. Dengan bangun pagi, kita akan mendapatkan keberkatan dari doa Rasulullah SAW, “Ya Allah, berikanlah keberkahan pada umatku di waktu pagi-pagi.” (Hadis Riwayat Ahmad).

Sengaja atau tidak sengaja itu bergantung pada niat hati seseorang. Seseorang akan tahu dia sengaja atau pun tidak bangun lewat itu sebab ada hukum yang berbeza. Jika seorang mulatidur jam 12 tengah malam dan terjaga daripada tidur jam 7.30 pagi (mungkin kerana keletihan) maka dia maafkan berdasarkan hadis Nabi SAW. Dalam sebuah riwayat Bukhari dan Muslim disebutkan, “Bila seseorang di antaramu tertidur hingga meninggalkan solat atau lupa mengerjakannya, hendaknya ia mengerjakannya jika telah ingat, kerana Allah berfirman, ‘dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku’.” (Surah Thaha ayat 14). 

Jika sudah terjaga ketika itu sudah masuk waktu subuh, tetapi meneruskan tidur lagi katanya hanya sekejap saja maka jika sedar daripada tidur matahari sudah terbit maka dia berdosa kerana meninggalkan solat. Dia wajib qada solat dan bertaubat kepada Allah SWT kerana kelalaiannya . Wallahu a'lam

498. Soalan : Apa hukumnya bila kita bersolat..kucing peliharaan kita bermain di sekeliling,berlari diatas sejadah,masuk ke dlm kain telekung kita?

Jawapan :  

Kucing tak najis kerana kucing adalah haiwan peliharaan manusia. Jika dia termasuk di dalam kain telekong kita jika tak terbuka aurat tak mengapa.
Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, samada semasa hidupnya atau selepas mati.

Namun menurut Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.
Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wuduk. Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum.

Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu heran?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (H.R At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda berkata, “Ya Anas, tuangkan air wuduk untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwuduk.

Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, baginda menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur.

Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.

Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwuduk dari sisa jilatan kucing.” (H.R AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

499. Soalan : Ustaz.batas iddah wanita mengandung yang di ceraikan bila sudah melahirkan.soalan saya, apa hukum nikah nya seorg wanita yang sudah mengandung di luar nikah sah atau tidak..? jika tidak sah boleh ke di ulangi nikah nya hanya dengan dua orang sahaja tanpa saksi untuk mengelak aib nya di ketahui orang. terima kasih.

Jawapan :  

Iddah untuk wanita mengandung yang bernikah secara sah adalah ketika melahirkan anak tetapi bagi wanita yang mengandung anak luar nikah jika bernikah sah samaada dengan lelaki yang berzina dengannya hingga mengandung atau lelaki lain.Nikah tersebut sah tetapi anak kandungan yang dilahirkan adalah anak luar nikah atau anak tak sah taraf. Anak tersebut tidak boleh di bin atau bintikan bapa tersebut kerana bayi yang dikandung oleh wanita tersebut bukan daripada pernikahan yang sah. 
Di dalam kes zina ini huraian ulama adalah seperti berikut :
Bagaimanapun dalam kes ‘iddah bagi individu yang ‘termengandung’ akibat zina dan hukum si wanita ini berkahwin dengan lelaki samaada pasangan zinanya atau lelaki lain bagi menutup malunya dengan segera atau apa jua sebab lain.

Ulama berbeza pandangan dalam hal ini.

Mazhab Maliki, Syafie dan At-Thawry berpendapat bahawa tiada hukum ‘IDDAH bagi wanita berzina. Menurut aliran mazhab ini, perbuatan berdosa dan haram seperti zina tidak akan diiktiraf, Hasilnya, tiada hukum boleh terbina di atas sesuatu yang tidak sah seperti zina. ( Rawdah at-Tolibin, 7/113 ; Bidayatul Mujtahid, ibn Rusyd, 2/21)

Pandangan ini juga diriwayatkan telah dipegang sebelumnya oleh beberapa sahabat Nabi yang utama seperti Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a , Umar Al-Khattab r.a dan Ali Bin Abi Talib r.a.

Ia berdasarkan hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a :

Ertinya : “..penzina (muhsan) tidak lagi layak kepada sesuatu kecuali rejaman batu sehingga mati”

Dan juga sebuah lagi dalil iaitu :

لا يحرم الحرام الحلال , إنما يحرم ما كان من نكاح
Ertinya : Sesungguhnya perbuatan yang haram tidak akan mengharamkan yang halal ( iaitu perhubungan hasil zina tidak akan membawa sebarang kesan kepada hubungan semendaan) , sesungguhnya hanya akan menjadi haram kerana persemendaan jika dari nikah yang sah” ( Hadis Riwayat Ibn Majah, Al-Bayhaqi : As-Sayuti : Dhoif)

Hasil dari dalil-dalil itu, jelas bahawa zina yang haram tidak membawa sebarang hukum ‘iddah, hanya nikah yang sah terdapat ‘iddah. Justeru, perkahwinan penzina wanita yang sedang mengandung itu dengan pasangannya adalah sah menurut mazhab ini dan juga disepakati oleh Imam Abu Hanifah.

Lagi Displin Khas

Bagaimanapun, jika wanita penzina melakukan zina dengan ramai lelaki sehingga ia tidak pasti yang berada di dalam kandungannya adalah dari lelaki tertentu. Pernikahannya itu masih sah menurut seluruh mazhab yang telah disebutkan di atas tetapi dengan SYARAT : MEREKA TIDAK BOLEH BERSETUBUH SEHINGGALAH SI WANITA ITU TELAH BERSALIN!. Jika mereka bersetubuh, maka berdosalah mereka walaupun perkahwinan telah sah.

Ia berdasarkan sebuah hadis yang ertinya :

“Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, untuk menyiram benih kepada tanaman lelaki lain ( iaitu jika wanita sedang mengandungkan benih lelaki lain)” (Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi : Hadith Hasan)

Sekiranya wanita itu berkahwin dengan satu-satunya lelaki dan pasti pula ia adalah benih lelaki tersebut. Di ketika itu, ia dibenarkan untuk bersama selepas pernikahan dan pernikahan itu juga sah.

Kesimpulan

Bagi saya jawapan yang lebih utuh dalam keadaan masyarakat yang amat bermasalah hari ini adalah sah pernikahan dengan syarat si pasangan bertaubat dan jika wanita itu berkahwin dengan pasangan yang bukannya pemilik benih kandungannya, wajiblah ia menjauhi wanita itu sehinggalah ia bersalin.
Dalam kes yang saudara kemukakan ini, wanita yang telah melakukan zina dengan lelaki tersebut maka anak yang dilahirkan adalah anak wanita tersebut darisegi keturunannya tetapi bukan anak kandung untuk lelaki tersebut kerana mereka tidak bernikah. Apabila mereka berdua berkahwin maka anak luar nikah tadi secara otomatik menjadi anak tiri kepada lelaki tersebut . Mereka (bapa dan anak luar nikah) telah menjadi mahram dan mereka boleh bersalaman. Wallahu a'lam

Nikah yang tidak cukup syarat tidak ada wali dan 2 saksi, tidak sah. Satu lagi syarat pentadbiran perlu didaftarkan di Pejabat Agama dengan jurunikah bertauliah.

500. Soalan : Apakah kita boleh mengaminkan doa orang bukan islam..?
Contoh dia kata...saya doakan kamu selamat dan bahagia.. Jika orang bukan Islam memberi salam apa kah cara kita menjawabnya?

Jawapan : 

Umat Islam dilarang mendoakan orang yang bukan Islam selamat sejahtera , tetapi kita boleh berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT memberikan taufik dan hidayah kepadanya dengan dia masuk Islam. Doa kebaikan dan kesejahteraan hanya untuk orang Islam sahaja.
Jika dia mendoakan kita , kita sebut terima kasih.

 Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah SAW bersabda:

إذا سلم عليكم أهل الكتاب فقولوا وعليكم

Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh ahli Kitab, jawablah “wa`alaikum”.

Imam Bukhari pula meriwayatkan daripada Ibn `Umar –radiyallahu `anhuma- katanya; Rasulullah saw bersabda:

إذا سلم عليكم اليهود فإنما يقول أحدهم السام عليك فقل وعليك

Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh Yahudi, mereka hanya menyatakan Assaamu `alaikum (mampuslah kamu), maka jawablah: wa `alaik (dan ke atas kamu juga).

Daripada kedua-dua hadis diatas para fuqaha mengambil hukum apabila seorang muslim diberi salam oleh bukan Islam, jawapan yang diberi ialah wa `alaik atau wa `alaikum (dan ke atas kamu juga).


Tanyalah Ustaz Siri 87 ( Batas Pergaulan Wanita, Aliran Dalam Dunia Islam, Puasa Nazar, Tafsir Surah al-Baqarah Ayat 54 dan Matahari Terbit Sebelah Barat.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,    
Tanyalah Ustaz Siri 87 adalah menjelaskan persoalan batas pergaulan wanita, aliran dalam dunia Islam, puasa nazar, tafsir surah al-Baqarah ayat 54 dan matahari terbit sebelah barat.

491. Soalan : Bolehkah seorang perempuan berkawan dengan lelaki? Apakah batas-batasnya.?

Jawapan :  

Wanita muslimah perlu menjaga batas-batas pergaulannya terutama terutama rakan yang berlainan jantina. Islam melarang menghampiri zina iaitu berdua-duaan lelaki dan wanita tanpa mahramnya. Jika menghampiri zina di larang apatah lagi melakukan zina sangat-sangat dilarang. Apabila kita mencari sahabat maka carilah sahabat yang baik lagi solehah yang akan dapat membantu dunia dan akhirat kita, jangan cari sahabat yang hanya jaga dunia kita dan melupakan kehidupan di hari akhirat. 

Ulama' Salaf ada memberi pesanan :  "Carilah banyak sahabat, kerana sesungguhnya tiap-tiap mukmin itu mempunyai syafaat.Maka semoga engkau dapat masuk ke dalam syafaat sahabatmu. Orang-orang beriman dan beramal soleh dapat memberi syafaat (pertolongan) kepada sahabat-sahabatnya dan membawa masuk kedalam syurga. Dikatakan juga , apabila Allah SWT. mengampunkan dosa seseorang, maka orang tersebut akan dapat memberi syafaat kepada sahabat-sahabatnya."

Bagaimana Allah SWT memberi kemuliaan kepada orang-orang yang bertakwa, ketika didunia mereka bersahabat dan bersaudara kerana Allah SWT, mereka bertemu disyurga duduk berhadap-hadapan. Firman-Nya yang bermaksud : " Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra) serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing." (Surah al-Hijr ayat 47)

Di dalam hadis Qudsi Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan-Ku" (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah SAW baginda bersabda maksudnya: "Allah Azzawajalla berfirman: 'Orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanKu, mereka mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, sangat dicita-citakan tempat-tempat mereka itu oleh para Nabi, Shiddiqin dan Syuhada." (Hadis Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim)

492. Soalan : Saya nak tanya ustaz apakah perbezaan aliran Mu'tazilah, Khawariz, Qadariah, Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jemaah,  trima kasih, wasalam

Jawapan : 

Firqah (Aliran Pemikiran) Dalam Islam :

Pertama : Aliran Khawarij (37 Hijriah) -

Ciri kaum Khawarij : 

1. Dosa besar menjadi kafir. 

2. Mengkafirkan pelaku dosa besar dan mensikapi pelakunya sebagai orang kafir, baik dalam hal hukum, negeri, muamalah, maupun perang. 

3. Memisahkan diri dari jamaah kaum muslimin dan menganggap mereka sebagai orang kafir. 

4. Terpedaya dengan merasa berilmu, dan meremehkan ulama, sampai-sampai mereka merasa lebih alim dibandingkan dengan Ali, Ibnu Abbas, dan seluruh Sahabat. 

5. Cepat menganggap dan mensikapi orang yang tak setuju dengan mereka tanpa tatsabbut (meneliti). 

6. Bersikap kasar, kaku, dan keras dalam menghukum, bermuamalah, berperang dan berdebat. 

7. Berpandangan sempit, terburu-buru mengambil keputusan dan kurang sabar. 

Kedua : Aliran Syiah (38 Hijriah) 

Semula gerakan ini hanyalah gerakan politik tapi lama kelamaan menjadi Aliran Teologi (Th 38 H) dan semakin membesar sepeninggal Ali bin Abi Thalib. 

Ciri Syiah : 

1. Berlebih-lebihan memuja Sayidina Ali kwh. dan imam 12 dan menganggap mereka semua maksum.

2. Tidak mengakui Khalifah-khalifah Abu Bakar, Umar dan Usman r.a malah Syiah mengkafirkan sahabat-sahabat Rasulullah SAW kecuali 3 orang sahabat sahaja yang tak murtad.

3. Syiah adalah ajaran yang sesat lagi menyesatkan. Syiah di asaskan oleh orang Yahudi yang berpura-pura masuk Islam iatu Abdullah bin Saba'. Beliau merancang dan membunuh Saidina Uthman bin Affan.

Perkara-perkara yang membawa kesesatan di dalam ajaran Syiah adalah seperti berikut :

Pertama : Syiah percaya bahawa para imam mereka adalah maksum sehingga mengatasi Nabi dan bebas daripada dosa atau tidak berdosa. Menurut Syiah lagi, para Imam Syiah bebas daripada kesalahan, ghaflah (lalai) dan lupa sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja serta kedudukan imam itu mengatasi kedudukan kenabian.

Perkara ini menurut ulama Syiah adalah ijmak atau kesepakatan golongan terdahulu dan terkemudian Syiah. Oleh kerana itu para imam Syiah mempunyai kuasa mutlak dan hak serta pemilihan dalam menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Kedua : Syiah percaya bahawa al-Quran yang wujud di tangan kaum muslimin pada hari ini telah mengalami perubahan. Perkara ini diakui oleh ulama mereka seperti al-Kulaini dan Muhammad Baqir al-Majlisi dalam karangan mereka. Syiah mendakwa mereka memiliki al-Quran yang disebut sebagai “Mashaf Fatimah” dan ianya tiga kali ganda banyaknya daripada al-Quran yang kita miliki.

Lihatlah bagaimana orang Syiah menganggap bahwa Al Quran yang ada di tengah-tengah kita belum sempurna. Dan lihatlah bagaimana Syiah berdusta atas nama Saidina Ali k.wj. Mereka menyatakan bahawa hanya Ali bin Abi Talib yang boleh mengumpulkan Al Quran.

Secara langsung orang Syiah telah membantah firman Allah Ta’ala,

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

Maksudnya : “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redai Islam itu jadi agama bagimu.” (Surah Al Maidah ayat 3). Ayat ini menunjukkan bahawa Islam telah sempurna, begitu pula Al Quran.

Ketiga : Syiah tidak mengiktiraf hadis-hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh kebanyakan para sahabat seperti Abu Hurairah r.a, Samrah bin Jundub r.a, Amr bin al-Ass r.a. dan sebagainya. Syiah juga menolak hadis-hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin Saidatina Aisyah r.ha. 

Menurut Syiah, umat Islam telah kufur selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW kecuali tiga atau empat orang sahabat iaitu al-Miqdad bin al-Aswad r.a, Abu Dzar al-Ghifari r.a. dan Salman al-Farisi r.a. kerana mereka tidak berpegang dan tidak mempercayai hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat bahkan meletakkan hadis-hadis tersebut dalam kelompok hadis-hadis palsu. Syiah hanya menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh ahli al- bait atau kerabat Nabi SAW sahaja.

Ketiga : Aliran Jabariah (120 H) 

Aliran jabariah muncul di Khurasan. Pelopor aliran ini adalah Al-Ja'd bin Dirham (yang terbunuh tahun 124H). Aliran ini mengajarkan faham bahawa manusia tidak memiliki kekuatan untuk berbuat sesuatu dan tidak memiliki kemauan. Dengan kata lain semua kemauan dan perbuatan manusia sesungguhnya kehendak Allah SWT, namun manusia tetap menerima kesan atas perbuatannya. 

Jadi manusia ini "majbur" artinya tidak berdaya apa-apa. Kasab atau usaha tidak ada sama sekali. 

Keempat : Aliran Mu'tazilah (sekitar 80-131 H) dan Qadariah.

1. Aliran Mu'tazilah boleh dikatakan sama dengan Qadariah, atau boleh dibilang Faham tentang takdir Qadariah masuk kedalam Aliran Mu'tazilah. 

2. Mu'tazilah muncul di Basrah Iraq dipelopori oleh Wasil bin Ata (80-131 H) memisahkan diri dari gurunya Hasan al Basri kerana perbezaan pendapat keduanya. 

3. Wasil bin Ata berpendapat bahawa orang yang mengerjakan dosa besar diletakkan di antara 2 tempat tidak mukmin dan tidak kafir yg bererti fasik. Sedangkan Hasal al-Basri berpendapat mereka tetap mukmin. 

Ciri Mu'tazilah : 

1. Tuhan tidak mempunyai sifat 

2. Manusia membuat pekerjaannya sendiri konsep takdir = Qadariah 

3. Tuhan tidak boleh dilihat dengan mata dalam Syurga 

4. Orang yang mengerjakan dosa besar diletakkan di antara 2 tempat .

5. Mikraj nabi Muhammad SAW hanya dengan roh sahaja 

6. Al Quran Makhluk 

7. Aliran ini memperTuhan Akal mereka.

Kelima : Ahlussunnah wal Jamaah (sekitar 260 H) 

Ciri Ahli Sunnah Wal Jemaah :

1. Bidang akidah, tauhid, atau kepercayaan: Imam Abul Hasan al-Asy’ariy dan Imam Abu Mansur al-Maturidiy. 

2. Dalam bidang feqah mengikuti empat madzhab; Hanafi, Maliki, Syafi'i, dan Hanbali. 

3. Tuhan memiliki sifat-sifat yang mulia.

4. Alquran sebagai Qadim bukan Makhluk

5. Allah SWT tidak berjisim dan tidak bertempat.

Berdasarkan huraian di atas jelaslah bahawa Aliran Khawarij, Syiah, Jabariah, Mu'tazilah, Qadariah adalah sesat dan menyesatkan. hanya Aliran Ahli Sunnah Waj Jemaah yang jelas tidak sesat samaada di dalam bidang ilmu tauhid, ilmu feqah dan ilmu tasauf. Oleh itu berhari-hatilah jika kita berjumpa aliran pemikiran yang sesat supaya kita rujuk untuk kembali kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Wallahu a'lam

493. Soalan : Saya ada kemusykilan hendak pertanya...saya telah bernazar hendak berpuasa sunat 2 hari isnin dan khamis atas sebab 2 tertentu...adakah puasa saya ini puasa sunat atau puasa nazar..apakah perbezaan antara puasa sunat dan puasa nazar?

Jawapan : 

Apabila saudara telah bernazar di dalam hati untuk berpuasa 2 hari pada hari Isnin dan Khamis untuk sesuatu tujuan dan dengan izin Allah apa yang saudara hajatkan berjaya maka wajib saudara puasa 2 hari ini adalah puasa Nazar bukan puasa sunat walau pun dilaksanakan pada hari Isnin dan Khamis

Nazar merupakan salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Melalui nazar seseorang itu mewajibkan ke atas dirinya suatu kebajikan dengan kerelaan hati serta niat yang ikhlas semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah. Pada dasarnya, perkara yang dinazarkan ialah perkara-perkara yang disunatkan oleh syariat seperti berpuasa sunat, bersedekah, menunaikan umrah dan sebagainya. Nazar seperti ini wajib ditunaikan. Jika ditunaikan, maka orang yang bernazar akan mendapat pahala.

Allah Taala berfirman yang bermaksud, "Mereka (orang-orang yang baik) menunaikan nazar dan merasa takut akan suatu hari di mana ketika itu azab merata di mana-mana. (Surah Al-Insaan ayat 7)

Di dalam ayat di atas Allah memuji orang-orang yang menunaikan nazar. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Barang siapa yang bernazar untuk melakukan ketaatan maka hendaklah dia laksanakan ketaatan itu kepada-Nya. (Hadis Riwayat Bukhari).

 Bila puasa nazar jangan diniatkan puasa sunat hari Isnin kerana dalam niat ibadah tidak boleh 2 dalam 1 kerana jika kita solat niat satu saja samaada solat fardu atau solat sunat. Begitu juga puasa perlu satu-satu, jika puasa sunat niatkan sunat tetapi jika puasa qada atau puasa nazar niatkan qada atau nazar.

494. Soalan : Apakah maksud : a. "bunuhlah dirimu" dalam surah Al-Baqarah ayat 54.

"Dan ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Wahai kaumku sesungguhnya kamu telah menzalimi diri kamu sendiri kerana mengambil anak sapi menjadi tuhan, sebab itu bertaubatlah kamu kepada Yang Maha Menjadikan kamu, bunuhlah dirimu! Demikian itu lebih baik bagimu disisi Yang Menjadikan kamu. Lalu Tuhan menerima taubatmu. Sesungguhnya Dia penerima taubat lagi Maha Penyayang"

b. " kemudian Kami bangkitkan kamu sesudah matimu, mudah-mudahan kamu berterima kasih" (Surah Al-Baqarah ayat 56)

Soalan : Adakah Bani Israel itu benar-benar mati?. Terima kasih.

Jawapan : 

Mereka yang menyembah anak sapi mati dibunuh oleh mereka yang tidak menyembah anak sapi, atau mereka membunuh diri mereka sendiri baru taubat mereka diterima oleh Allah SWT. jumlah mereka yang mati adalah 70,000 orang. 

Firman AllahSWT maksudnya, "Dan (ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya: `Hai kaumku, sesungguhnya kamu telah menganiaya dirimu sendiri karena kamu telah menjadikan anak lembu (sembahanmu), maka bertaubatlah kepada Tuhan yang menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Hal itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu; maka Allah akan menerima taubatmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.`(Surah al-Baqarah ( 2) ayat 54)

Tafsirannya :

Dengan ayat ini Allah SWT. memerintahkan kepada Rasulullah SAW agar menyampaikan kepada Bani Israel yang ada pada waktu itu bahawa Musa a.s. dahulu sekembalinya dari munajat dengan Tuhannya, Musa a.s. mendapati kaumnya menyembah patung anak sapi, lalu dia berkata kepada kaumnya, "Hai kaumku Sesungguhnya dengan perbuatan kamu menjadikan anak sapi itu sebagai tuhanmu, kamu telah membinasakan diri kamu sendiri dan telah melenyapkan pahala yang sedianya akan kamu terima di sisi Tuhanmu. Alangkah baiknya, seandainya kamu menepati janji yang telah diikrarkan dan kamu mengikuti syariatku . Oleh sebab itu bertaubatlah kepada Tuhanmu telah menciptakan kamu dan janganlah berbuat kebodohan semacam itu, di mana kamu telah meninggalkan Tuhanmu yang sesungguhnya, lalu kamu mengambil anak sapi sebagai sembahanmu. 

Musa a.s. juga memerintahkan kepada mereka, "Bunuhlah diri kamu". Maksudnya: agar orang-orang yang tidak berbuat kejahatan itu di antara mereka membunuh mereka yang telah bersalah itu, atau mereka yang telah berbuat kejahatan itu supaya membunuh diri mereka sendiri sebagai pernyataan taubat kepada Allah SWT. 

Kemudian Musa a.s. mengatakan kepada mereka bahawa bertaubat dan membunuh diri sebagai pernyataan taubat itu lebih balk bagi mereka di sisi Allah SWT daripada terus-menerus berbuat kedurhakaan yang menyebabkan mereka di timpa azab. Apabila mereka telah bersih dari kotoran-kotoran dosa itu, barulah mereka patut menerima pahala dan ganjaran. 
Pada akhir ayat ini Allah SWT menerangkan bahawa setelah mereka melakukan yang diperintahkan Musa a.s. Allah SWT. menerima taubat dan memaafkan kesalahan mereka kerana Dialah yang memberikan jalan kepada orang-orang yang berdosa itu untuk bertaubat dan Dia menerima taubat itu dari mereka, sebab Dia Maha Pengasih kepada orang-orang yang mau bertaubat kepada-Nya. Seandainya tidak demikian, tentulah segera ditimpakan kebinasaan kepada mereka lantaran dosa-dosa besar yang mereka lakukan itu. 

Tafsir Jalalain / Surah Al Baqarah ayat 54 

وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ إِنَّكُمْ ظَلَمْتُمْ أَنْفُسَكُمْ بِاتِّخَاذِكُمُ الْعِجْلَ فَتُوبُوا إِلَى بَارِئِكُمْ فَاقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ عِنْدَ بَارِئِكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ (54) 

(Dan ketika Musa berkata kepada kaumnya) yang telah menyembah patung anak lembu itu ("Hai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya dirimu karena kamu telah mengambil anak lembu) sebagai sembahan, (maka bertaubatlah kamu kepada Tuhanmu) yang telah menciptakanmu atas kesalahanmu tidak menyembah kepada-Nya, (maka bunuhlah dirimu) maksudnya hendaklah yang tidak bersalah di antaramu membunuh yang bersalah. (Demikian itu) yakni membunuh itu (lebih baik bagimu di sisi Tuhanmu) hingga dituntun-Nya kamu untuk melakukannya dan dikirim-Nya awan hitam agar sebagian kamu tidak melihat lainnya yang akan menyebabkan timbulnya rasa kasihan di antara kamu yang akan menghalangi pembunuhan ini. Maka berhasillah pembunuhan masal itu sehingga yang tewas di antara kamu tidak kurang dari tujuh puluh ribu orang banyaknya. (Maka Allah menerima taubatmu. Sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang").

55 Dan (ingatlah), ketika kamu berkata: `Hai Musa, kami tidak akan beriman kepadamu sebelum kami melihat Allah dengan terang`, kerana itu kamu disambar halilintar, sedang kamu menyaksikannya.(Surah al-Baqarah( 2) ayat 55)

Tafsir Surah Al Baqarah ayat 55 

وَإِذْ قُلْتُمْ يَا مُوسَى لَنْ نُؤْمِنَ لَكَ حَتَّى نَرَى اللَّهَ جَهْرَةً فَأَخَذَتْكُمُ الصَّاعِقَةُ وَأَنْتُمْ تَنْظُرُونَ (55) 

Dalam ayat ini Allah SWT mengingatkan Bani Israel kepada sifat-sifat dan keingkaran nenek moyang mereka dahulunya kepada Nabi Musa a.s. yaitu bahawa mereka pernah berkata kepada Nabi Musa a.s., "Kami tidak akan beriman kepadamu sampai kami dapat melihat Allah terang-terangan". Kerana sikap dan kelakuan mereka yang demikian itu maka Allah SWT. menurunkan azab kepada mereka, yaitu halilintar yang menyambar mereka. Menurut riwayat, mereka berjumlah tujuh puluh orang yang dipilih oleh Nabi Musa a.s. untuk pergi bersamanya ke Bukit Tursina, meminta ampun atas kesalahan mereka menyembah anak sapi.

Mereka mengatakan kepada Nabi Musa a.s. bahawa sebelum mereka dapat melihat Allah dengan mata kepala mereka sendiri, mereka tidak akan beriman, tidak akan membenarkan ucapan Nabi Musa a.s. bahawa Taurat itu adalah Kitab Allah dan bahwa Musa telah mendengar perkataan-Nya bahawa dia memerintahkan untuk menerima perkataan dan mengamalkannya. Lalu datanglah halilintar menyambar mereka itu, sedang yang lain menyaksikan peristiwa itu dengan jelas . 

Demikian sikap Bani Israel itu terhadap Nabi Musa a.s. mereka selalu bertingkah dan membangkang. Maka datanglah azab Tuhan kepada mereka. Bermacam-macam penyakit menimpa mereka. Binatang-binatang kecil yang menyebarkan penyakit-penyakit itu telah membinasakan sejumlah besar dari mereka. Maka tidaklah mengherankan bahawa ketika datang Nabi Muhammad SAW menyeru mereka kepada agama Islam, mereka bersikap menentang dengan dalih, mereka menolak seruan itu.
56. Setelah itu Kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati, supaya kamu bersyukur.(Surah al-Baqarah (2) ayat 56)

''Tafsir Ibnu Katsir surah Al baqarah ayat 54''

Dan (ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya, "Hai kaumku, sesungguhnya kamu telah menganiaya dirimu sendiri karena kamu telah menjadikan anak lembu (sembahanmu), maka bertaubatlah kepada Tuhan yang menjadikan kamu, dan bunuhlah dirimu. Hal itu lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu. Maka Allah akan menerima tobatmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang. surah Al baqarah ayat 54
Ayat ini mengandung penjelasan mengenai penerimaan tobat Bani Israel oleh Allah Ta’la karena mereka menyembah anak lembu, tatkala Musa a.s. pergi memenuhi perjanjian dengan Tuhannya. Mereka merasa telah melakukan kejahatan yang besar, yaitu menyekutukan Allah, dan mereka memandang diri mereka telah tersesat, maka mereka berkata, ”Jika Tuhan Kami tidak mengasihi kami dan mengampuni kami ...” maka Musa berkata, ”Hai kaumku, sesungguhnya kamu telah menzalimi dirimu sendiri karena kamu telah menuhankan anak lembu, maka bertobatlah kepada Tuhanmu.” Kata ”kepada Tuhanmu” mengingatkan betapa besarnya kejahatan yang mereka lakukan. Yakni, bertobatlah kamu kepada Allah yang telah menciptakan kamu, dan kamu telah menyembah hal lain bersama-Nya.

Telah diriwayatkan oleh an-Nasa’i, Ibnu Jarir, dan Ibnu Abi Hatim dari hadits Yazid bin Harun melalui sanad yang sampai kepada Ibnu Abbas, dia berkata, ”Allah Ta’ala berfirman, ’Sesungguhnya cara tobat mereka ialah hendaknya setiap orang membunuh orang yang dijumpainya, baik ayah maupun anak, dan membunuhnya dengan pedang. Pada saat itu tidak peduli siapa yang membunuh. Maka orang-orang yang tidak diketahui oleh Musa dan Harun apa yang diketahui dosa mereka oleh Allah mereka mengakui kesalahannya, dan melakukan cara tobat yang diperintahkan. Maka Allah mengampuni orang yang membunuh dan yang dibunuh.’”

Ibnu Jarir berkata, ”Al-Qasim bin Abi Barrah memberitahukan kepadaku bahwa dia mendengar Said bin Jubeir dan Mujahid berkata mengenai firman Allah Ta’ala ’maka bunuhlah dirimu’, ’Sebagian Bani Israel menyerang yang lain dengan pisau besar, sebagian orang membunuh sebagian yang lain, dan seseorang tidak berbelas kasihan baik kepada yang dekat maupun jauh. Hal itu terus terjadi hingga Musa menyingsingkan bajunya dan mereka melemparkan mayat yang ada di hadapannya sehingga diketahui jumlah korban sebanyak 70.000 orang. Dan Allah menurunkan wahyu kepada Musa, ’Cukuplah bagi-Ku, sungguh Aku memandang cukup.’ Hal itu terjadi tatkala Musa menyingsingkan bajunya.’”

Ibnu Jarir meriwayatkan dengan sanad yang baik dari az-Zuhri, dia berkata ihwal persoalan ini, ”Maka Musa dan Bani Israel pun bersedih karena kematian tersebut. Maka Allah Yang Mahaagung menurunkan wahyu kepada Musa, ” ’Apa yang membuatmu sedih? Adapun Bani Israel yang terbunuh, sebenarnya mereka itu hidup di sisi-Ku dan mendapat rezeki. Sedangkan orang yang masih hidup, telah Ku-terima taubatnya.’ Maka bergembiralah Musa dan Bani Israel dengan wahyu itu. Itulah maksud firman Allah, ”Maka Allah akan menerima taubatmu, sesungguhnya Dialah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.’ ”Wallahu a'alam.

495. Soalan : Saya ingin bertanya,seandainya matahari terbit dari barat,pintu taubat akan tertutup..jadi,apa yang perlu kita lakukan?adakah solat fardhu akan diteruskan dan adakah segala amalan baik kita masih lagi diterima oleh Allah S.W.T?..dan bagaimanakah keadaan keadaan umat islam pada ketika itu menurut hadis Rasulullah S.A.W..mohon pencerahan..terima kasih..

Jawapan :  

Nabi SAW bersabda maksudnya,".....apabila matahari terbit dari barat, maka orang-orang pun melihatnya. lantas mereka beriman seluruhnya. maka itulah saat ketika iman seseorang tidak lagi bermanfaat bagi dirinya yang belum beriman sebelum itu atau belum mengusahakan kebaikan dalam masa imanya." (HR. Bukhari kitab Ar riqaq di kutip dari yaumul qiyamah hal oleh Yusuf Wabil)

Dalam buku Dr. Naim Yassin yang bincangkan tentang matahari terbit sebelah barat sebagai tanda besar kiamat. Beliau bawa ayat Quran surah Al-An`am 157 dan menyatakan penafsiran ulama berdasarkan kitab Fathul Bari bahawa bila matahari terbit sebelah barat segala amalan soleh tidak diterima Allah. Apabila berlaku keadaan ini (matahari sudah terbit sebelah barat) maka semua ibadat tidak diberi pahala oleh Allah S.W.T .

Menurut Hadis Abu Hurairah r.a itu (Fathul Bari: 11/352 dan Muslim:1/37 Hadis no 157) menjelaskan bila matahari sudah terbit dari tempat terbenamnya, Bila tanda besar kiamat itu berlaku antaranya matahari terbit dari barat, maka tamatlah masa beramal bagi manusia.

Pintu taubat telah ditutup. Amal manusia akan dikira sebelumnya sahaja. Jika ketika itu dia beriman dan bertakwa maka terselamatlah mereka sebaliknya jika mereka kafir kepada Allah SWT dan Rasul-Nya maka mereka tetaplah menjadi kafir sehingga berlaku.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah radliallaahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Sallallaahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :

لا تقوم الساعة حتى تطلع الشمس من مغربها، فإذا طلعت، فرآها الناس؛ آمنوا أجمعون، فذاك حين لا ينفع نفسًا إيمانُها لم تكن آمنت من قبل أو كسبت في إيمانها خيرًا 

Maksudnya : “Tidaklah tegak hari kiamat hingga matahari terbit dari arah barat. Apabila ia telah terbit (dari arah barat) dan manusia melihatnya, maka berimanlah mereka semua. Pada hari itu tidaklah bermanfaat keimanan seseorang yang tidak beriman sebelum hari itu atau belum mengusahakan kebaikan di masa imannya”.