Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Tanyalah Ustaz Siri 78 adalah menjelaskan persoalan hadis akhir zaman, menasihati isteri tutup aurat, mati syahid, "hantu" adalah jin atau syaitan, cara menghafal al-Quran dan doa keluar rumah.
446. Soalan : Saya ada mendengar ceramah mengenai hadis ketika di akhir zaman nanti terdapat bencana dan musibah di segerakan balasannya oleh Allah SWT sebabkan manusia meninggalkan ajaran Islam seperti perzinaan, penipuan di dalam perniagaan, tidak membayar zakat dan keenganan pemimpin Islam melaksanakan hukum-hukum Allah SWT. Bolehkan ustaz kemukakan hadis tersebut dan memberi huraiannya?
Jawapan :
Terdapat hadis daripada Rasulullah SAW :
سنن ابن ماجه: عَبْ
((يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ؛دِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ: أَقْبَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ:
1- لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا.
2- وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلَّا أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ.
3- وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلَّا مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ، وَلَوْلَا الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا.
4- وَلَمْ يَنْقُضُوا عَهْدَ اللَّهِ وَعَهْدَ رَسُولِهِ إِلَّا سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ.
5- وَمَا لَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَّا جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ))
Maksudnya : "Ibnu Umar RA berkata: Rasulullah SAW datang kepada kami (pada suatu hari) kemudian Baginda bersabda: “Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (jika kamu telah mengerjakannya), maka tidak ada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah SWT, semoga kamu tidak melalui zaman itu.
Perkara-perkara itu ialah:
1. Tidak terjadi perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus-terangan melakukannya, melainkan akan berjangkit di kalangan mereka wabak penyakit menular (Ta’un) dengan cepat, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang terdahulu.
2. Tidak mereka mengurangkan sukatan, ukuran dan timbangan, kecuali mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.
3. Dan tidak mereka menahan zakat harta benda, kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak ada binatang (yang juga hidup di atas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah SWT.
4. Dan tidaklah mereka menyalahi janji Allah dan Rasul-Nya, kecuali Allah akan menurunkan ke atas mereka musuh yang akan merampas sebahagian dari apa yang ada di tangan mereka.
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Qur'an dan mereka memilih ayat atau hukum yang mereka mahu, maka (di waktu itu) Allah akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah, Sahih al-Jami’ as-Soghir: 7978)
Keterangan Hadis di atas menerangkan bahawa:
1. Wabak Taun yang berjangkit dan kolera serta penyakit kelamin yang begitu banyak merebak sekarang seperti Aids, HIV adalah disebabkan banyaknya terjadi perzinaan.
2. Sukar mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah disebabkan daripada rakyat yang mengurangkan sukatan, ukuran dan timbangan. Lalu terjadilah inflasi, barang naik harga, minyak naik, pendapatan tidak mencukupi, banyak pengangguran dan lain-lain kemorosotan ekonomi.
3. Kemarau panjang disebabkan tidak mengeluarkan zakat. Sesetengah tempat, walaupun hujan turut banyak, tetapi air tidak mencukupi untuk kegunaan, iaitu hujan tidak lagi membawa berkat bahkan membawa bala bencana pula!
4. Kuasa musuh mengambil sebahagian daripada apa yang dimiliki kaum Muslimin (seperti hilangnya kuasa ekonomi daripada tangan kaum Muslimin) disebabkan mereka mengkhianati janji-janjinya kepada Allah SWT, tidak mentaati perintah Allah. Atau bagi negara Islam lain mungkin penjajah atau pelabur asing yang akan menguasai ekonomi dan hasil kekayaan negeri. Rakyat akan merempat di bumi sendiri!
5. Perang saudara yang berlaku dalam kalangan kaum Muslimin disebabkan mereka mengabaikan hukum-hukum Allah SWTdan tidak menjadikan Al-Qur'an sebagai undang-undang di dalam kehidupan. Akan berlaku perpecahan dan perbalahan, perperangan dan pembunuhan sesama sendiri berleluasa.
447. Soalan : Jika kita sudah tegur isteri kita untuk menutup aurat tetapi dia masih tidak buat adakah dosa dia tetap kita tanggung?
Jawapan :
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu."
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Jika kita sudah tegur isteri untuk menutup aurat tetapi dia masih tidak mahu menutup aurat maka dosa itu isteri akan tanggung sendiri, tetapi sebagai suami kita mesti teruskan menasihatinya jangan jemu dan putus asa kerana kesabaran kita berdakwah kepada isteri akan diberikan pahala oleh Allah SWT.
Jika isteri nusyuz (derhaka) suami mestilah melakukan tindakan-tindakan berikut: bersabar menghadapi karenah isteri, memberi nasihat, pisahkan tempat tidur, memukul (pukulan yang ringan untuk mengajarnya). Jika tidak berjaya krisis itu dirujuk kepada hakam untuk mencari penyelesaian. Jika ini juga tidak berhasil pilihan terakhir suami, jika dia mahu, ialah menceraikan isterinya dengan talak satu.
Firman Allah SWT maksudnya : "Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar." (Surah an- Nisaa ayat 34)
447. Soalan : Bagaimana kedudukan umat Islam yang mati dibunuh oleh tentera kafir seperti di Palestin, di Syria, di Iraq dan di Mynmar?
Jawapan :
Umat Islam yang mati di bunuh orang golongan kafir seperti Zionis di Palestin, golongan Syiah di Syria dan Iraq dan di Mynmar dan di mana-mana sahaja mereka akan mendapat syahid. Pada pandangan mata kasar kita rasa sedih tetapi hakikat sebenarnya Allah SWT cinta pada mereka yang mati dibunuh dengan kejam. Syurgalah untuk mereka semua insyaa Allah.
Firman Allah SWT yang bermaksud : "dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki" (Surah Ali-Imran ayat 169).
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?
Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.
Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."
Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid." (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)
448. Soalan : Adakah hantu yang popular di dalam masyarat melayu berupa makhluk yang hodoh itu adalah terdiri daripada jin atau syaitan?
Jawapan :
Perlu jelas bahawa terdapat dua jenis makhluk sahaja di muka bumi yang berakal, bernafsu dan bermasyarakat iaitu makhluk jin dan manusia. Iblis dan syaitan adalah termasuk di dalam keturunan jin yang mana makhluk jin adalah di ciptakan oleh Allah SWT lebih awal daripada penciptaan Adam a.s.
Di dalam masyarakat jin terdiri daripada jin Islam dan jin kafir. Jin kafir , iblis dan syaitan adalah termasuk di kalangan jin-jin kafir yang hidupnya merosakkan dan menggoda manusia hingga menyesatkan manusia. Siapa pula hantu, Ifrit, hantu raya, polong, toyol, lansur, pocong, pontianak, peleset dan jembalang tanah, ? Sebenarnya semua nama-nama tersebut yang popular dikalangan masyarakat melayu adalah terdiri daripada jelmaah jin-jin kafir dan syaitan terhadap rupa-rupa hodoh yang dipanggil hantu, polong, peleset, toyol dan sebagainya. Jin kafir juga selain daripada rupa bentuk "HANTU" mereka juga boleh menyerupa berbagai bentuk lain seperti berbentuk anjing hitam, kala jengking, ular, kucing hitam, dan sebagainya.
Tidak ada roh orang yang meninggal dunia balik kerumah menjadi hantu yang menakutkan manusia kerana manusia yang telah meninggal dunia maka rohnya berada di alam barzakh (dinding) yang memisahkan alam dunia dengan alam barzakh)
Syaitan adalah berasal daripada keturunan iblis yang berkahwin dengan perempuan jin kafir hingga melahirkan anak-anak iblis dan keturunan iblis yang dipanggil syaitan. Semua syaitan adalah kafir dan menjadi makhluk perosak dan dilaknat Allah SWT. Jin kafir pula bukan semuanya menjadi pengikut syaitan kerana ada jin kafir yang masuk Islam sebagaimana manusia ada orang kafir masuk Islam.
Di kalangan jin Islam pula mereka cukup taat kepaad Allah SWT, cuma ada juga sebahagian daripada jin Islam (jahat) yang terpengaruh dengan jin kafir sehingga bersyubahat menggoda manusia. Sama juga seperti manusia bukan semua orang islam baik tetapi ada juga dikalangan orang Islam yang jahat dan menganggu manusia lain.
Biasanya pengamal ilmu hitam dan sihir (bomoh) akan membuat perjanjian dengan syaitan dan jin kafir untuk melakukan sihir kepada orang yang dibenci atau mengambil upah daripada seseorang yang cuba menyihir musuhnya. Perbuatan bomoh tersebut yang mengamalkan ilmu hitam atau sihir adalah perbuatan syirik dan boleh merosakkan akidah. Inilah amalan yang sangat di suka oleh iblis, syaitan dan jin-jin kafir boleh menyesatkan orang yang beriman.
449.Soalan : Ustaz ada tak cara menghafal Al Quran supaya cepat mengingat....Saya ada menghafal surah2 tapi susah nak ingat..Hari ni hafal esoknya dah lupa...Ape masalahnya tu ustaz..?
Jawapan : .
Ulama cadangkan kita memakan kismis yang telah di doakan setiap pagi dan malam.Untuk meningkatkan daya ingat, ada beberapa hal yang boleh dilakukan, diantaranya adalah dengan memperbanyak jumlah makanan yang dapat berfungsi untuk meningkatkan daya ingat otak mulai dari buah-buahan seperti alpukat, sampai pada produk kesehatan seperti yogurt dan susu .
Dibawah ini adalah beberapa contoh makanan dan minuman yang dapat meningkatkan daya ingat otak.
1. Ikan
Ikan merupakan sumber asam lemak omega-3, yang tidak hanya baik untuk jantung, tetapi juga membantu meningkatkan memori dan mengatasi depresi. Asam lemak omega-3 juga dapat meningkatkan fungsi sel otak. Temukan asam lemak omega-3 dalam makanan berikut: herring, salmon, tuna, mackerel, halibut, teri, dan sarden.
2. Teh hijau
Polifenol dalam teh hijau merupakan antioksidan kuat yang dapat mencegah kerusakan sel-sel otak. Teh hijau juga diketahui memiliki berbagai manfaat kesehatan, seperti meningkatkan memori dan memperlambat penuaan otak.
3. Berries
Berries kaya akan quercetin, yang dipercaya dapat membantu fungsi sel-sel otak. Berries juga mengandung banyak antosianin, sebuah fitokimia yang bertugas untuk mencegah penurunan memori, terutama yang berhubungan dengan Alzheimer. Beberapa buah yang baik untuk otak adalah raspberry, apel dan blueberry.
4. Sayuran berdaun hijau
Sayuran berdaun hijau dipercaya dapat meningkatkan daya ingat dalam jangka panjang. Bayam, selada, brokoli, kembang kol dan kubis adalah beberapa jenis sayuran hijau yang mengandung banyak vitamin dan mineral yang dapat membantu menjaga kesehatan keseluruhan sistem tubuh.
5. Produk susu
Produk olahan susu kaya akan kalsium. Beberapa sumber yang kaya akan kalsium adalah susu, keju, mentega dan yogurt. Produk-produk ini dikenal ampuh dalam memelihara sel-sel otak. Secara khusus, yogurt mengandung asam amino tirosina , yang bertanggung jawab untuk meningkatkan meningkatkan daya ingat.
6. Air
Seperti kita ketahui, hampir tiga perempat dari otak kita adalah air. Jadi, perbanyak asupan air untuk menghindari dehidrasi. Dehidrasi boleh menyebabkan otak kita melepaskan hormon yang disebut kortisol yang membuat daerah di otak kita menyusut. Daerah tersebut bertugas untuk menyimpan informasi. Bayangkan jika daerah itu menyusut?
7. Madu
Madu dikenal kerana khasiatnya yang dapat menyembuhkan segala penyakit. Ternyata, madu juga dapat meningkatkan memor otak lho. Satu sendok makan madu setiap pagi tidak hanya membantu Anda mengurangi berat badan, tetapi juga membantu dalam meningkatkan daya ingat.
8. Gandum
Banyak manfaat atau khasiat yang boleh kita ambil dari gandum, selain beresiko lebih rendah dari penurunan kognitif yang boleh menyebabkan Alzheimer, gandum juga berkhasiat untuk meningkatkan daya ingat otak kita. Makan gandum beserta olahannya seperti sereal, wheatbrand, dan pasta gandum memberikan vitamin B12 dan B6 yang boleh meningkatkan dan mempertahan daya ingat otak kita.
9. Brokoli Brokoli merupakan sumber vitamin K, yang dikenal baik untuk meningkatkan fungsi kognitif serta kemampuan otak dalam berfikir.
10. Faktor usia.
Faktor usia adalah salah satu hal penyebab menurunnya daya ingat otak kita. Untuk meningkatkan daya ingat, tomat adalah buah yang cukup bermanfaat. Hal ini disebabkan tomat kaya akan Lycopene dan antioksidan yang boleh membantu melindungi terhadap jenis kerosakan yang diakibatkan oleh radikal bebas yang diakibatkan kerana faktor usia.
11. Kacang-kacangan
Menurut the American Journal of Epidemiology, kacang atau pun selai kacang mengandung lemak yang baik untuk tubuh. Selain itu, kacang juga menjadi sumber vitamin E tinggi yang boleh menjaga tubuh tidak hanya dari serangan jantung tapi juga memperbaiki untuk sistem kerja dan meningkatkan daya ingat otak.
12. Blakcurrant .
Vitamin C pada Blackcurrent sudah dikenal memiliki kekuatan untuk meningkatkan ketangkasan mental dalam berfikir. Mampu menjaga otak dari racun dari lingkungan ataupun makanan, sehingga boleh mencegah terjadinya penurunan daya ingat.
13. Kuaci Biji Labu .
Meningkatkan daya ingat bisa dengan makanan yang mengandung zinc. Zinc baik untuk meningkatkan daya ingat dan memeilahara ketajaman otak dan pikiran. Zinc boleh ditemukan di kuaci biji labu.
14. Rosemary.
Rosemary tidak hanya digunakan sebagai bumbu dalam salad dan topping. Rosemary juga berguna untuk meningkatkan kemampuan memori. Tanaman ini kaya akan antioksidan, yang mendorong perkembangan otak. Menariknya, bau dari bunga ini ternyata juga memiliki efek positif pada otak kita.
15. Coklat :
Penelitian telah menunjukkan bahwa makan cokelat meningkatkan produksi endorfin, zat yang menyebabkan mood yang lebih baik dan merangsang memori. Juga cokelat mengandung jumlah moderat kafein, yang berhubungan dengan merangsang dan meningkatkan suasana hati kita. Namun berhati-hatilah, kerana coklat memiliki kalori cukup dan jika tidak dikonsumsi dalam jumlah sedang dapat menyebabkan penambahan berat badan. Sepotong kecil cokelat yang kaya Kakao merupakan solusi ideal dan sehat.
Inilah beberapa makanan atau minuman yang baik untuk otak. Hindari makanan segera atau yang memiliki lemak yang banyak.
Kedua : Amalkan doa-doa mohon pada Allah SWT supaya ingatan kita kuat untuk menghafal :
Doa kuatkan ingatan dan tidak mudah lupa.
1. DOA AGAR DIKURNIAKAN KEFAHAMANYANG BAIK DAN INGATAN YANG SEMPURNA SEWAKTU MENELAAH MATA PELAJARAN
(Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran samada dari buku atau nota)
(Allahummar zuqna, fahom nabiyyiina, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"
2. DOA KUATKAN INGATAN DAN TAK MUDAH LUPA.
Amalkan surah Al Israa' ayat 70. Masa Baca ayat tersebut letakkan tangan atas kepala.
Maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan."
Pastikan saudari membaca dan mengulangkaji bacaan al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Selepas solat berdoa kepada Allah SWT semuga mendapat kejayaan dariNya
Abdullah bin Abbas r.a. berkata, "Saya pergi ke majlis Nabi SAW dan disana Sayyidina Ali k.w telah datang dan berkata, "Wahai Rasulullah, saya mengorbankan ayah dan ibu saya untuk tuan, ayat-ayat al-Quran tidak melekat pada hati saya. Apa-apa saja yang saya hafal tidak kekal dalam ingatan."
Nabi SAW bersabda maksudnya , "Hendakkah saya memberitahu kamu satu cara yang akan memberi manfaat kepada kamu dan kepada sesiapa yang akan kamu sampaikan tentang hal ini serta apa-apa sahaja yang kamu pelajari akan terpelihara dalam ingatanmu?"
Diatas permintaan Ali k.w Nabi SAW memberitahu, "Apabila tiba malam jumaat, sekiranya kamu mampu, bangunlah pada satu pertiga bahagian akhir malam. Masa itu masa yang paling baik kerana masa itu adalah masa para malaikat turun ke bumi dan masa yang khusus untuk penerimaan doa. Untuk menunggu masa tersebutlah Nabi Ya'akub a.s. berkata kepada anak-anaknya yang bermaksud, " Tidak lama lagi aku akan memohon keampunan untuk kamu daripada Tuhanku." (yakni malam jumaat).
Setelah kita selesai solat tahajjud 4 rekaat , memuji Allah SWT, beristighfar, berselawat dan mohon keampunan untuk kaum Muslimin dan Muslimat baik yang masih hidup atau telah meninggal dunia maka teruskan membaca doa ini :
"Ya Allah, rahmatilah daku sehingga daku dapat meninggalkan segala maksiat selama Engkau menghidupkan daku. Rahmatilah daku supaya daku tidak menanggung apa-apa beban yang tidak memberi manfaat kepadaku. Kurniakanlah kepada daku pandangan yang baik terhadap amalan yang membawa daku kepada keredhaan-Mu.
Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, wahai Tuhan yang memiliki kehebatan dan kemuliaan serta kehormatan yang tidak mungkin dapat dicapai oleh sesiapapun. Wahai Allah, wahai yang Maha Pemurah, aku memohon dengan kehebatan dan nur wajah-Mu supaya Engkau menetapkan hatiku untuk menghafal kitab-Mu sebagaimana Engkau telah mengajarku. Dan kurniakanlah (taufik) supaya daku dapat membaca al-Quran dengan cara yang menyebabkan Engkau redha terhadapku.
Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, yang memiliki kehebatan, kemuliaan dan kehormatan yang tidak dapat di capai (oleh sesiapapun), wahai Allah dan wahai Tuhan yang Maha Pemurah, aku memohon dengan kehebatan dan nur wajah-Mu supaya Engkau mencahayakan penglihatanku dengan nur kitab-Mu dan Engkau mengerakkan lidahku untuk menyebut al-Quran dan Engkau menghilangkan kesempitan hatiku dengan keberkesanan al-Quran dan Engkau lapangkan dadaku dengan keberkatan al-Quran.
Dan Engkau membasuh badanku dengan al-Quran (dari kekotoran dosa) kerana sesungguhnya tiada pembantu bagiku keatas perkara yang haq (benar) kecuali Engkau dan tidak ada yang mengurniakan perkara haq itu (kepadaku) kecuali Engkau. Dan tiada daya (untuk melakukan sebarang kebaikan) dan tiada upaya (untuk menjauhi sebarang kejahatan) kecuali dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung."
Selanjutnya, Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Wahai Ali, lakukanlah amalan ini sama ada 3 kali Jumaat, 5 kali Jumaat atau 7 kali Jumaat. Insya Allah doa kamu pasti akan dikabulkan. Demi Zat yang mengutuskan daku dengan kebenaran, doa ini tidak akan ditolak daripada mana-mana Mukmin."
Abdullah bin Abbas r.a. berkata, " Setelah berlalu 5 atau 7 minggu maka Sayyidina Ali k.w. telah datang ke majlis Nabi SAW. dan berkata, "Wahai Rasulullah, dahulu saya membaca lebih kurang 4 ayat, itu pun saya tidak dapat mengingat sedangkan sekarang saya membaca 40 ayat dan ayat-ayat itu dapat saya ingati sehingga seolah-olah al-Quran terbuka dihadapan saya. Sekarang, setelah saya mendengar hadis, apabila saya ingin menyampaikan hadis itu kepada orang lain, satu huruf pun saya tidak tertinggal."
450. Soalan : Apakah doa-doa yang patut kita baca apabial hendak keluar rumah untuk pergi kerja atau bermusafir?
Jawapan :
Orang mukmin yang bertakwa akan sentiasa lidah dan hatinya berzikir dan berdoa kepaad Allah SWT. Dengan banyak berzikir akan menjauhkan diri kita daripada bisikan syaitan kerana syaitan tak suka mukmin yang banyak berzikir, berdoa dan ingatkan Allah SWT. Malaikat rahmat akan suka pada mukmin yang bayak berzikir, berdoa, cakap baik-baik (bukan maki hamun dan cakap kotor) dan sentiasa mengingati Allah SWT. Ajal maut di tangan Allah SWT. Kita tak dapat menolak ketentuan Allah SWT tetapi jangan kita ketepikan ikhtiar dan usaha. Kita berdoa pada Allah SWT mohon keselamatan sebelum memulakan satu-satu perjalanan sebagai salah-satu ikhtiar kita sebelum kenderaan bergerak mengikut adab-adab tertentu di jalanraya. Selebihnya, kita hanya berserah dan bertawakkal pada Allah SWT.
Terdapat empat amalan perlu dilakukan oleh seorang mukmin untuk dijauhi kemalangan dan musibah (dengan izin Allah) iaitu :
1. Membaca doa keluar rumah.
2. Membaca doa naik kenderaan.
3. Membaca doa dijauhi musibah
4. Membaca doa untuk bermusafir.
Huraiannya :
1. Membaca doa keluar rumah :
Setiap keluar rumah hendaklah selalu membaca doa. Nabi SAW mengajarkan kita supaya menbaca doa ini :
بِسْمِ اللهِ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ.
(Bismillahi tawakaltu ‘alallahi laa haula walaa quwwata illa billah)
Maksudnya : “Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah. Tidak ada daya dan kekuatan selain dari Allah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Nasai )
2. Membaca doa naik kenderaan :
Nabi SAW mengajar kepada kita apabila hendak mulakan perjalanan perlulah membaca doa naik kenderaan :
(Subhanalladzi sakhara lana hadza wama kunna lahu muqrinin wainna ila robbina lamunqalibun...)
Maksudnya : "Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!" (Surah az-Zukruf ayat 13-14)
3. Membaca doa di jauhi musibah.
Dari Abu Darda' r.a dari Nabi SAW bahawa baginda bersabda maksudnya ; "Barangsiapa diwaktu pagi dan petang membaca ; 'Hasbiallahu lailahaillahu alaihitawakkaltu wahuwarabbul 'arsilazim' (Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal. dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung ' (Surah at-Taubah ayat 129), tujuh kali, maka Allah akan mencukupi apa yang diinginkan dari perkara dunia dan akhirat." (Hadis Riwayat Ibnu Sunni dan Ibnu Asakil secara marfu').
Termasuk terhindar daripada musibah dan kemalangan atau di jauhi daripada gangguan sihir dan hasad dengki.
4. Membaca doa untuk bermusafir:
الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنْ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى ، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ
Maksudnya : “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga ”
Doa itu adalah ibadah dan tanda kita berserah diri kepada Allah SWT. Doa itu adalah satu harapan kita memohon Allah SWT melindungi kita daripada musibah. Jika musibah datang juga maka itu adalah kehendak Allah SWT. Bagi sesiapa yang tak mahu berdoa dia sombong dan angkuh kepada Allah SWT dan dia rasa kudrat dia, ilmu dia dan kebijaksanaan dia boleh menyelamatkan dirinya sendiri.
Doa bukan setakat self-motivation tetapi doa lebih daripada itu kerana doa adalah jalan merapakkan hubungan hati dengan AllahSWT, doa boleh melahirkan sifat rendah diri dan tawaduk dan doa juga satu cara permohonan dan hajat hamba kepada AllahSWT untuk Allah SWT merubah qada dan qadar-Nya. Doa adalah senjata orang mukmin.Salman radhiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Tidak tertolak Qada' itu melainkan oleh doa dan tidak bertambah di dalam umur itu melainkan oleh kebajikan.”(Hadis riwayat Tirmidzi)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Tanyalah Ustaz Siri 77 adalah menjelaskan persoalan kedai runcit orang Islam, doa masuk pasar, syarat bertayamum dan kesesatan Syiah dan sifat riyak dan sum'ah
441. Soalan : Saya mempunyai sebuah kedai runcit di sebuah kampung yang mana penduduknya berpendapatan sederhana. Ramai pembeli yang sering membeli dan berhutang di kedai saya. Ada yang liat untuk membayar hutang. Apakah cara terbaik untuk menuntut hutang dari mereka?
Jawapan :
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW pernah bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT akan merahmati seorang yang lapang dadanya ketika menjual, membeli dan menagih hutang" (Hadis Riwayat Bukhari dari Jabir r.a.).
Sifat orang mukmin yang akan mendapat rahmat Allah SWT apabila dia berlapang dada semasa dia berniaga menjual barang kepada pelanggannya. Tidak menipu timbangan dan jelas akad jual beli tidak ada unsur-unsur menipu pelanggannya. Begitu juga ketika dia membeli tidak cerewet dan mudah dan mesra semasa membeli jika dia meminta potongan harga adalah dengan harga yang berpatutan tidak menyakitkan hati penjual. Begitu juga sifat mukmin yang terpuji sentiasa berlapang dada semasa menuntut hutangnya dan masih memberi ruang masa jika orang yang berhutang masih belum mampu. Dia tidak akan mengeluarkan kata-kata kesat kepada orang yang berhutang dan sentiasa menjaga ukhwah dan silaturahim.
442. Soalan : Saya pernah mendengar doa masuk pasar, pasar raya atau tempat keramaian. pahalannya sangat besar, iaitu dihapuskan sejuta kesalahan dan dicatat sejuta kebaikan. Apakah hadis itu shahih? Mengapa boleh jadi demikian?
Jawapan:
Dari Umar bin Khatab radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
مَنْ دَخَلَ سُوقاً مِنَ الأَسْوَاقِ، فَقَالَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، كَتَبَ اللَّهُ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ حَسَنَةٍ، وَمَحَا عَنْهُ أَلْفَ أَلْفِ سَيِّئَةٍ
Maksudnya: “Barangsiapa masuk pasar, kemudian dia membaca:
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ
LAA ILAAHA ILLALLAAH WAHDAHU LAA SYARIIKA LAH, LAHUL-MULKU WA LAHUL-HAMDU, WA HUWA ‘ALA KULLI SYAI’IN QODIIR.
"Siapa yang membaca doa di atas ketika masuk pasar, Allah akan mencatat untuknya satu juta kebaikan, dan menghapuskan darinya satu juta keburukan.”
Keterangan Status Hadis:
Dalam Silsilah al-Ahadits as-Shahihah, Imam al-Muhadits, al-Albani rahimahullah menjelaskan status hadis ini,
Hadis ini diriwayatkan oleh at-Thabrani dalam ad-Du’a (2/1167/793), dari Ubaid bin Ghannam dan al-Hadhrami, keduanya dari Ibnu Abi Syaibah, dari Abu Khalid al-Ahmar, dari al-Muhajir bin Habib, dari Salim bin Abdullah bin Umar, dari Ibnu Umar, dari Umar bin Khatab radhiyallahu ‘anhu, dari Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid az-Zuhd (hlm. 214), dari Ibnu Abi Syaibah, dengan sanad yang sama seperti di atas. Hanya saja, tidak disebutkana nama Salim bin Abdullah bin Umar.
Kemudian Imam al-Albani menegaskan,
ورجال إسناده ثقات غير المهاجر بن حبيب، وهو محرف، والصواب “مهاصر”
”Perawi dalam sanad hadis ini semuanya tsiqah, selain al-Muhajir bin Habib, dan ada kesalahan penulisan nama. Yang benar, Muhashir bin Habib.” (Silsilah as-Shahihah, 7/381)
Tentang Muhashir bin Habib
Muhashir bin Habib az-Zubaidi, saudara Dhamrah bin Habib az-Zubaidi dari daerah Syam. Abu Hatim mengatakan, “Tidak masalah dengannya.”
Beliau dinilai tsiqqah (terpercaya) oleh Ibnu Hibban, al-Ajuli, dan al-Haitsami. Dalam bukunya at-Tsiqat (daftar perawi terpercaya), Ibnu Hibban menyebutkan biografi Muhashir,
يروي عن جماعة من الصحابة، وعنه أهل الشام، مات سنة ثمان وعشرين ومئة
“Beliau meriwayatkan dari sekelompok sahabat. Dan beliau menyampaikan hadis kepada penduduk syam. Meninggal tahun 128 H. (at-Tsiqat Ibnu Hibban, 5/454, dinukil dari Silsilah as-Shahihah, 7/379).
Kesimpulan berdasarkan keterangan di atas, hadis yang menyebutkan anjuran doa khusus ketika pasar adalah hadis yang hasan, sehingga boleh diterima sebagai dalil.
Doa Masuk Pasar
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ
LAA ILAAHA ILLALLAAH WAHDAHU LAA SYARIIKA LAH, LAHUL-MULKU WA LAHUL-HAMDU, WA HUWA ‘ALA KULLI SYAI’IN QODIIR.
(Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya dan Dia-lah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu)
Rahasia Zikir Masuk Pasar
Zikir ini sangat ringan, namun memberikan nilai pahala sangat besar. Mengapa boleh demikian? Jawabannya kerana zikir ini dibaca di pasar. Di baca di tempat umumnya manusia lupa Allah SWTdan jauh dari ibadah.
Di saat manusia dalam keadaan lupa Allah SWT, ada diantara hamba-Nya yang mampu berzikir dan mengingat Allah SWT. Di saat semua manusia sibuk dengan dunia dan perdagangannya, dia justru menjadi orang yang ingat Allah SWT. Banyak berzikir ketika di masjid, atau ketika di tengah majlis zikir, adalah perbuatan yang lumrah. Namun berzikir di tempat umumnya orang lupa Allah, adalah amalan yang istimewa.
Beramal di Tengah Kelalaian Manusia
Kebiasaan Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, melaksanakan solat Isya berjemaah di awal malam. Baginda rutinkan itu, agar tidak memberatkan umatnya. Namun suatu ketika Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengakhirkan solat Isya hingga tengah malam. Para sahabat dengan setia menunggu baginda di masjid hingga tengah malam. Kemudian Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam datang dan membesarkan hati para sahabatnya,
مَا يَنْتَظِرُهَا أَحَدٌ مِنْ أَهْلِ الأَرْضِ غَيْرَكُمْ
”Tidak ada seorangpun di muka bumi ini yang menunggu solat Isya, selain kalian.” (Hadis Riwayat Bukhari 566 dan Muslim 638)
Ketika menjelaskan hadis ini, Ibnu Rajab mengatakan,
وفي هذا إشارة إلى فضيلة التفرد بذكر الله في وقت من الأوقات لا يوجد فيه ذاكر له ولهذا ورد في فضل الذكر في الأسواق ما ورد من الحديث المرفوع والآثار الموقوفة حتى قال أبو صالح: إن الله ليضحك ممن يذكره في السوق وسبب ذلك أنه ذكر في موطن الغفلة بين أهل الغفلة
Dalam hadis ini terdapat keterangan tentang keutamaan berzikir kepada Allah di waktu-waktu dimana tidak ada orang yang berzikir. Kerana itulah, terdapat keutamaan besar untuk zikir ketika masuk pasar, sebagaimana disebutkan dalam hadis dari Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam dan keterangan sahabat. Hingga Abu Sholeh mengatakan,
“Sesungguhnya Allah tertawa terhadap orang yang berzikir ketika masuk pasar. Sebabnya adalah orang ini berzikir di tempat yang melalaikan, di tengah-tengah orang yang lalai untuk berzikir kepada Allah.” (Lathaif al-Ma’arif, hlm. 131).
Kemudian, al-Hafidz Ibnu Rajab menyebutkan beberapa keutamaan berzikir di tengah kelalaian masyarakat dalam mengingat Allah, diantaranya,
1. Zikir ini akan lebih rahasia. Sementara amal sunah yang lebih rahasia, nilainya lebih besar. Kerana itu, zikir di tempat orang ramai hendaknya dibaca pelan, tanpa menggunakan tasbih.
2. Amal ini lebih berat dilakukan. Kerana umumnya manusia akan mengikuti apa yang dilakukan masyarakat di sekitarnya. Dan semakin berat amal itu dikerjakan, pahalanya semakin besar.
3. Berzikir di tengah kelalaian masyarakat, menjadi sebab Allah SWT tidak menurunkan azab kepada mereka. Ibnu Rajab menyebutkan,
قال بعض السلف: ذاكر الله في الغافلين كمثل الذي يحمي الفئة المنهزمة ولولا من يذكر الله في غفلة الناس لهلك الناس
Sebagian ulama salaf mengatakan, ”Berzikir mengingat Allah di tengah orang yang lupa Allah, ibarat orang yang melindungi sekelompok masyarakat yang lemah. Andaikan bukan kerana terdapat orang yang berzikir di tengah kelalaian manusia, nescaya mereka akan binasa.” (Lathaif al-Ma’arif, hlm. 133).
443.Soalan : Apakah syarat-syarat di bolehkan bertayamum dan adakah debu yang melakat di dinding bangunan atau di badan bas boleh digunakan untuk bertayamum?
Jawapan :
Tayamum dibolehkan dalam apajua suasana yang menyebabkan kesukaran bagi seseorang itu untuk menggunakan air seperti biasa. Antara contoh-contoh kesukaran tersebut adalah:
1. Apabila seseorang itu tinggal di tempat yang sememangnya tiada air, seperti di negara-negara yang dilanda kemarau panjang. Maka dia boleh bertayamum. Tayamum dibolehkan samada di perkampungan asal mahupun di kala perjalanan. Ia tidak disyaratkan oleh suasana musafir.
2. Tayamum juga dibolehkan bagi seseorang yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan air sekalipun dia sedia mengetahui bahawa air itu ada. Antara kesukaran yang dimaksudkan ialah sumber bekalan yang tersangat jauh, tidak mempunyai timba untuk mencedok air dari perigi, sungai yang di sekitarnya berkeliaran dengan binatang buas, air yang telah dicemari dengan bahan kimia, air yang terlalu sejuk, air yang dijual dengan harga yang tidak mampu dibelinya dan berbagai lagi.
3. Tayamum juga dibolehkan apabila bekalan air yang sedia ada adalah sangat terhad dan hanya mencukupi untuk dijadikan air minuman kepada si-Tuannya.
4. Tayamum juga dibolehkan jikalau seseorang itu meyakini bahawa jikalau dia terus mencari air, waktu solat akan berakhir padahal dia masih belum melaksanakannya.
5. Tayamum juga dibolehkan bagi seseorang yang tidak boleh menyentuh air disebabkan oleh kecederaan tubuh badannya.
Cara bertayamum ialah sebagaimana ajar Nabi SAW dalam hadis berikut: "Sesungguhnya cukuplah engkau mengerjakan sebegini - Nabi SAW menepuk tanah dengan kedua tapak tangannya kemudian meniupnya kemudian menyapu muka serta tangannya dengan kedua tapak tangannya itu. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim, al Lu' Lu' wal Marjan - no: 0208.)
Tayamum hendaklah dengan menggunakan debu tanah yang bersih yang berasal dari bumi sepertimana firman Allah SWT maksudnya : "…kamu bertayamum dengan tanah debu yang bersih…(Surah al-Maidah (5) ayat 6) dan juga dari sabda Nabi SAW : "Kamu diberikan kelebihan atas manusia dengan 3 perkara: Dijadikan barisan-barisan kamu seperti barisan para malaikat, dijadikan bumi seluruhnya sebagai tempat solat dan dijadikan bagi kamu debunya sebagai penyuci apabila kamu tidak mendapatkan air."(Hadis riwayat Imam Muslim, Misykat al-Masabih - 1/725/0186.)
Daripada dua dalil di atas telah ditentukan bahawa agen penyuci yang dibolehkan bagi etika tayamum ialah debu-debu tanah mukabumi. Ulama-ulama fiqh telah memperluaskan maksud debu tanah mukabumi ini kepada tanah dan jenis-jenisnya, pasir, kerikil, debu arsenik dan kapur. (Dr. Abdul Karim Zaidan - Ensaiklopedia Fiqh, 1/196.)
Apabila hendak bertayamum seseorang itu perlu memastikan bahawa yang akan digunakan itu adalah debu tanah mukabumi dan bukannya debu-debu habuk partikel udara yang kebanyakkannya merupakan sisa kumuhan kimia yang terapung lalu melekat di dinding bas, perabut atau tingkap bangunan atau habuk-habuk di kerusi bas /kapal terbang/ keretapi)
Sesetengah pendapat membolehkan bertayamum dengan menggunakan apa sahaja yang berupa debu, tanpa mengira samada ia berasal dari bumi atau tidak. Pendapat ini membolehkan bertayamum dengan tepung gandum, bedak talkum, serbuk kayu, habuk-habuk yang berada di atas perkakas rumah. habuk-habuk di kerusi bas, kapal terbang atau keretapi dan sebagainya. Ada juga yang menambah, apa sahaja bentuk debu yang ditemui di mukabumi ini maka ia boleh digunakan sebagai agen untuk tayamum.
Pendapat ini menurut analisa ulama yang muktabar adalah tidak tepat kerana ia jelas menyalahi ketentuan syarak yang menyatakan bahawa yang dibolehkan untuk tayamum ialah debu-debu tanah mukabumi. Perkataan tanah debu di dalam al-Quran berasal dari kata Bahasa Arab yang asalnya bererti tanah. (Imam as-Suyuti - Tafsir Jalalain, 1/451, Shaikh M. Ali ash-Shabuni - Tafsir Ayat-ayat Hukum dalam al-Qur'an, 1/951.)
Oleh itu apabila Allah telah memerintahkan : "……hendaklah kamu bertayamum dengan tanah debu yang bersih ……" (Surah al-Maidah (5) ayat 6) , maka yang dimaksudkan ialah tanah mukabumi ini dan bukan sebarang jenis debu-debu yang tidak berasal dari tanah mukabumi. Hal ini diperincikan lagi oleh Nabi SAW yang telah bersabda:" ……dijadikan bumi seluruhnya sebagai tempat solat dan dijadikan bagi kamu debunya sebagai penyuci ……" (Hadis riwayat Imam Muslim, Misykat al-Masabih - 1/725/0186.)
Imam Ibnu Ruysd seterusnya menambah : Pendapat yang mengatakan kebolehan bertayamum dengan menggunakan apa sahaja yang berada di atas mukabumi adalah lemah. Sebab tidak semuanya itu termasuk dalam kategori 'debu tanah'. Sebab kata 'debu tanah' yang umum itu diertikan sebagai apa yang disebut sebagai bumi. Dengan demikian ia bukanlah diertikan sebagai kapur atau salji atau rumput (dan sebagainya). Allah sahajalah dalam segala hal yang akan menunjukkan kebenaran. (Imam Ibnu Ruysd - Bidayatul Mujtahid, 1/143.)
Dalam kenyataannya ini Imam Ibnu Ruysd tidak memandang kapur sebagai sesuatu yang boleh digunakan untuk bertayamum. Walaubagaimanapun sesetengah ahli fiqh lain berpendapat kapur itu dibolehkan kerana ia adalah juga suatu benda yang asli dari bumi ini. Yang dimaksudkan kapur itu adalah debu-debunya yang dikikis dari bukit-bukit batu kapur sebagaimana yang banyak terdapat di negara kita.)
444. Soalan : Saya ada berbahas dengan orang Syiah, dia beri alasan bahawa ajaran Syiah mengutamakan keluarga Rasulullah SAW berbanding dengan Ahli Sunah Wal Jamaah. Apakah benar dakwaan Syiah dan bagaimana kita hendak berhujah dengan golongan Syiah yang sesat ini?
Jawapan :
Sebenarnya ajaran Syiah adalah satu ajaran sesat yang bersekala besar. Tidak ada ajaran sesat yang besar dan berpengaruh seperti ajaran Syiah ini kerana Syiah mempunyai negara iaitu Iran dan mempunyai sumber kewangan yang besar untuk menyebarkan fahaman Syiah di seluruh dunia. Hakikat sebenarnya Syiah bukan salah satu mazhab yang diikhtiraf oleh Ahli Sunah Wal Jamah dan mereka bukan mencintai ahlul bait atau keturunan Rasulullah SAW. Golongan ini yang paling banyak menipu dan berdusta atas nama Saidina Ali k.wj, Saidina Hussin r.a. dan ahlul bait yang lain.
Mereka mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW, dan menolak hadis-hadis riwayat Abu Hurairah r.a, Saidatina Aisyah r.ha., Saidina Umar, Saidina Osman, Anas bin Malik r.a dan lain-lain .Mereka juga menolak hadis-hadis sahih daripada ulama hadis seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tirmizi, Imam Abu Daud dan para-para ulama hadis, sebaliknya mereka mencipta banyak hadis-hadis palsu tanpa melalui para perawi hadis yang amanah hingga sampai kepada Rasulullah SAW.
Terdapat 17 doktrin atau ajaran Syi’ah yang tersembunyi dari kaum muslimin terutama dari golongan ahli sunni (Ahli Sunnah Wal Jammah) sebagai bahagian dari pengamalan doktrin taqiyah(menyembunyikan Syi’ahnya).
Ketujuh belas doktrin rahsia ini terdapat dalam kitab-kitab suci Syi’ah seperti kitab Usuhulu Kaafi dan Rijalul Kashi. Ajaran ini juga bertangung-jawab dalam mengubah keaslian dan kesucian Qalamuallah Al Quran ul karim.
Berikut adalah antara doktrin-doktrin yang sesat lagi menyesatkan :
1. Dunia dengan seluruh isinya adalah milik para imam Syi’ah. Mereka akan memberikan dunia ini kepada siapa yang dikehendaki dan mencabutnya dari siapa yang dikehendaki(Ushulul Kaafi, hal.259, Al-Kulaini, cet. India).
Jelas Doktrin semacam ini bertentangan dengan firman Allah SWT QS: Al-A’raf (7) ayat 128,“Sesungguhnya bumi adalah milik Allah, Dia dikaruniakan kepada siapa yang Dia kehendaki”.
Kepercayaan Syi’ah diatas menunjukkan penyetaraan kekuasaan para imam Syi’ah dengan Allah dan doktrin ini merupakan aqidah syirik.
2. Ali bin Abi Thalib yang diklaim sebagai imam Syi’ah yang pertama dinyatakan sebagai dzat yang pertama dan terakhir, yang dhahir dan yang bathin sebagaimana termaktub dalam surat Al-Hadid, 57: 3 (Rijalul Kashi hal. 138).
Doktrin semacam ini jelas merupakan kekafiran Syi’ah yang berdusta atas nama Khalifah Ali bin Abi Thalib. Dengan doktrin semacam ini Syi’ah menempatkan Ali sebagai Tuhan. Dan hal ini sudah pasti merupakan tipu daya Syi’ah terhadap kaum muslimin dan kesucian aqidahnya.
3. Para imam Syi’ah merupakan wajah Allah, mata Allah dan tangan-tangan Allah yang membawa rahmat bagi para hamba Allah (Ushulul Kaafi, hal. 83).
4. Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib oleh Syi’ah dikatakan menjadi wakil Allah dalam menentukan surga dan neraka, memperoleh sesuatu yang tidak diperoleh oleh manusia sebelumnya, mengetahui yang baik dan yang buruk, mengetahui segala sesuatu secara rinci yang pernah terjadi dahulu maupun yang ghaib (Ushulul Kaafi, hal. 84).
5. Keinginan para imam Syi’ah adalah keinginan Allah juga (Ushulul Kaafi, hal. 278).
6. Para imam Syi’ah mengetahui kapan datang ajalnya dan mereka sendiri yang menentukan saat kematiannya kerana bila imam tidak mengetahui hal-hal semacam itu maka ia tidak berhak menjadi imam (Ushulul Kaafi, hal. 158).
7. Para imam Syi’ah mengetahui apapun yang tersembunyi dan dapat mengetahui dan menjawab apa saja bila kita bertanya kepada mereka kerana mereka mengetahui hal ghaib sebagaimana yang Allah ketahui (Ushulul Kaafi, hal. 193).
8. Allah itu bersifat bada’ yaitu baru mengetahui sesuatu bila sudah terjadi. Akan tetapi para imam Syi’ah telah mengetahui lebih dahulu hal yang belum terjadi (Ushulul Kaafi, hal. 40). Menurut Al-Kulaini (ulama besar ahli hadits Syi’ah), Bahawa Allah tidak mengetahui bahawa Husein bin Ali akan mati terbunuh. Menurut mereka Tuhan pada mulanya tidak tahu kerana itu Tuhan membuat ketetapan baru sesuai dengan kondisi yang ada. Akan tetapi imam Syi’ah telah mengetahui apa yang akan terjadi. Oleh sebab itu menurut doktrin Syi’ah Allah bersifat bada’ (Ushulul Kaafi, hal. 232).
9. Para imam Syi’ah merupakan gudang ilmu Allah dan juga penerjemah ilmu Allah. Para imam Syi’ah bersifat Ma’sum (Bersih dari kesalahan dan tidak pernah lupa apalagi berbuat Dosa). Allah menyuruh manusia untuk mentaati imam Syi’ah, tidak boleh mengingkarinya dan mereka menjadi hujjah (Argumentasi Kebenaran) Allah atas langit dan bumi (Ushulul Kaafi, hal. 165).
10. Para imam Syi’ah sama dengan Rasulullah Saw (Ibid).
11. Yang dimaksud para imam Syi’ah adalah Ali bin Abi Thalib, Husein bin Ali, Ali bin Husein, Hassan bin Ali dan Muhammad bin Ali (Ushulul Kaafi, hal. 109)
12. Al-Qur’an yang ada sekarang telah berubah, dikurangi dan ditambah (Ushulul Kaafi, hal. 670). Salah satu contoh ayat Al-Qur’an yang dikurangi dari aslinya yaitu ayat Al-Qur’an An-Nisa’: 47, menurut versi Syi’ah berbunyi: “Ya ayyuhalladziina uutul kitaaba aaminuu bimaa nazzalnaa fie ‘Aliyyin nuuran mubiinan”. (Fashlul Khitab, hal. 180).
13. Menurut Syi’ah, Al-Qur’an yang dibawa Jibril kepada Nabi Muhammad ada 17 ribu ayat, namun yang tersisa sekarang hanya 6660 ayat (Ushulul Kaafi, hal. 671).
14. Menyatakan bahawa Abu Bakar, Umar, Utsman bin Affan, Muawiyah, Aisyah, Hafshah, Hindun, dan Ummul Hakam adalah makhluk yang paling jelek di muka bumi, mereka ini adalah musuh-musuh Allah. Siapa yang tidak memusuhi mereka, maka tidaklah sempurna imannya kepada Allah, Rasul-Nya dan imam-imam Syi’ah (Haqqul Yaqin, hal. 519 oleh Muhammad Baqir Al-Majlisi).
15. Menghalalkan nikah Mut’ah, bahkan menurut doktrin Syi’ah orang yang melakukan kahwin mut’ah 4 kali darajatnya lebih tinggi dari Nabi Muhammad Saw. (Tafsir Minhajush Shadiqin, hal. 356, oleh Mullah Fathullah Kassani).
16. Menghalalkan saling tukar-menukar budak perempuan untuk disetubuhi kepada sesama temannya. Kata mereka, imam Ja’far berkata kepada temannya: “Wahai Muhammad, kumpulilah budakku ini sesuka hatimu. Jika engkau sudah tidak suka kembalikan lagi kepadaku.” (Al-Istibshar III, hal. 136, oleh Abu Ja’far Muhammad Hasan At-Thusi).
17. Rasulullah dan para sahabat akan dibangkitkan sebelum hari kiamat. Imam Mahdi sebelum hari kiamat akan datang dan dia membongkar kuburan Abu Bakar dan Umar yang ada didekat kuburan Rasulullah. Setelah dihidupkan maka kedua orang ini akan disalib (Haqqul Yaqin, hal. 360, oleh Mullah Muhammad Baqir al-Majlisi).
Kesemua 17 doktrin Syi’ah di atas, apakah boleh dianggap sebagai aqidah Islam sebagaimana dibawa oleh Rasulullah SAW. dan dipegang teguh oleh para Sahabat serta kaum Muslimin yang hidup sejak zaman Tabi’in hingga sekarang? Jelaslah berpegang salah satu daripada doktrin tersebut menyebabkan seseorang jatuh mutrad dan terkeluar daripada akidah Islam. Jauhilah Syiah dan beritahu ahli keluarga kita kesesatan yang dipegang oleh golongan Syiah ini.
445. Soalan : Apakah dia sifat riyak dan sum'ah? Bagaimana sifat ini boleh merosakkan amal seseorang?
Jawapan :
Riyak ialah penyakit hati yang paling ditakuti Rasulullah SAW menimpa umatnya kerana ia boleh berlaku dalam pelbagai keadaan, hatta ketika menunaikan solat yang sepatutnya dilakukan dengan ikhlas.
Kerisauan itu dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riyak." (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Riyak ialah memperlihat atau menyempurnakan ibadat dengan tujuan mendapat pujian serta perhatian orang lain seperti solat dan puasa.
Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal?" Kami katakan: "Tentu". Baginda bersabda: "Syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya kerana melihat seseorang memandangnya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Sum’ah merupakan amalan yang diperdengarkan kemudian menceritakan perbuatannya (sudah dikerjakan dengan penuh keikhlasan, namun pada akhirnya mengharapkan pujian yang sifatnya duniawi).
Kata sum’ah berasal dari kata samma’a (memperdengarkan).Contoh : Malam solat tahajud pada siang harinya menceritakan kepada rakannya bahawa malam tadi dia telah melaksanakan solat tahajud supaya rakannya tahu bahawa dia seorang yang alim.
Perbedaan riyak dan sum’ah ialah: Riyak adalah amalan yang dilakukan untuk diperlihatkan kepada orang lain, sedangkan sum’ah beramal supaya diperdengarkan kepada orang lain.
Riyak berkaitan dengan indra mata, sedangkan sum’ah berkaitan dengan indra telinga.
Dalam al-Quran Allah SWT telah mengingatkan kepada kita mengenai sifat riyak dan sum'ah ini:
يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُواْ لاَ تُبْطِلُوْا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْاَذَى كَالَّذِىْ يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ …
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riyak kepada manusia…” (Surah al-Baqarah ayat 264).
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Tanyalah Ustaz Siri 76 adalah menjelaskan persoalan doa ketika bersama isteri, menginai rambut, hukum rujuk, cara menasihati ibu bapa dan fidyah puasa.
436. Soalan : Apakah doa yang diajarkan oleh Nabi SAW ketika bersama isteri (berjimak). Jika membaca doa tersebut apa kebaikan yang akan kita perolehi?
Jawapan :
Nabi SAW mengajarkan kita membaca doa perlindungan daripada gangguan syaitan.
Doanya seperti berikut;
بسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا
Maksudnya: “Dengan nama Allah, wahai Tuhan kami jauhilah kami daripada syaitan dan hindarilah anak yang Engkau anugerahi kepada kami daripada gangguan syaitan.”
Jika kita membaca doa ini syaitan akan menjauhkan dirinya dan jika ditakdirkan oleh Allah SWT mendapat zuriat maka dia tidak akan diganggu syaitan untuk selama-lamanya.
Dari Ibn Abbas bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (maksudnya), " Sekiranya salah seorang di antara kamu bermaksud mendatangi (mencampuri) isterinya, maka hendaklah dia mengatakan,'Dengan nama Allah, ya Allah, jauhkan kami dari syaitan, dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau anugerahkan kepada kami, 'Sebab, kalau Allah menakdirkan lahirnya seorang anak dari hubungan itu, maka dia tidak akan diganggu syaitan untuk selama-lamanya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tetapi jika seseorang itu berjimak sedangkan dia tidak membaca doa, syaitan akan bersama-sama melakukan perseggamaan bersamanya.
Sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud, "Apabila seseorang mencampuri (berjimak) isterinya tanpa menyebut nama Allah, maka jin akan bergabung dengannya dan melakukan persenggaman bersamanya." (Di riwayatkan oleh Ibn Jarir Ath-Thabariy dalam Tafsirnya, dan oleh Al-Hakim dan At-Tirmidzi dalam Nawadir Al-Ushul)
437. Soalan : Ustaz ni ada soalan yang membuat saya jadi dilema..boleh ke kita guna inai rambut dari produk shurah sebab ada orang cakap tak boleh..ada pun di botol produk tersebut di beri tanda halal lagi suci...Terima Kasih.
Jawapan :
Hukum asal inai rambut adalah harus untuk wanita. Mewarnakan rambut kebiasaannya dilakukan sama ada untuk menutupi uban di kepala ataupun semata-mata untuk kecantikan.
Bagi kedua-dua tujuan tersebut, hukum asal mewarnakan rambut sama ada dengan inai atau lain-lain bahan adalah harus selagi mana perkara-perkara berikut dijaga:
1. Tidak menyerupai wanita-wanita bukan Islam. Sekiranya suatu warna, fesyen warna, gaya warna, ataupun bahan pewarna itu kebiasaannya hanya digunakan oleh golongan bukan Islam, di mana jika seseorang Muslimah memakainya dia akan kelihatan seperti wanita bukan Islam, maka tidak harus mewarnakan rambut dengan warna, gaya, fesyen atau bahan demikian. Kerana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُم Maksudnya, “Sesiapa menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka”. (Diriwayatkan oleh Abu Daud, 4/44, no: 4031).
2. Wanita bersuami hendaklah mendapat keizinan suaminya untuk mewarnakan rambut. Jika suaminya tidak mengizinkan, maka isteri tidak harus melakukannya.
3. Wanita yang sedang dalam tempoh iddah kematian suami tidak diharuskan mewarnakan rambutnya, kerana mewarnakan rambut termasuk dalam perbuatan menyerlahkan kecantikan, dan ia dilarang terhadap wanita yang dalam iddah kematian suami.
4. Warna rambut hendaklah selain daripada warna hitam, kerana menutupi uban dengan warna hitam adalah dilarang oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Di dalam satu hadis, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada Abu Quhafah yang sudah keputihan rambut dan janggutnya, “Ubahlah ini dengan sesuatu, dan jauhi warna hitam”. (Diriwayatkan oleh Muslim, 3/1663, no: 2102). Dalam mazhab Syafie, mewarnakan rambut dengan hitam tidak dibenarkan untuk wanita kecuali dengan izin suami.
5. Bahan yang digunakan untuk mewarnakan rambut hendaklah daripada bahan-bahan yang suci. Maka tidak harus menggunakan bahan najis atau bercampur dengan bahan najis.
6. Bahan yang digunakan sebagai pewarna hendaklah daripada jenis bahan yang hanya meninggalkan warna dan bukannya bahan yang melekat dan melapisi rambut yang boleh menghalang air daripada mengenai anggota mandi wajib.
7. Mewarnakan rambut dilakukan bukan untuk tujuan mendedahkan kecantikannya kepada khalayak yang bukan mahram. Jika tujuan mewarnakan rambut adalah untuk diperlihatkan kepada mereka, maka haram hukumnya. Justeru, wanita yang tidak bertudung di khalayak adalah haram mewarnakan rambut kerana ia adalah maksiat berganda; pertama kerana mendedahkan aurat, dan kedua kerana melakukan tabarruj (berhias-hiasan) di hadapan khalayak ajnabi.
Berkenaan dengan mandi wajib bagi wanita yang mewarnakan rambut, para ulama bersepakat bahawa kewujudan bahan yang melekat dan melapisi anggota mandi akan menghalang sahnya mandi wajib.
Justeru, perkara ke-6 di atas hendaklah dijaga bagi mengelakkan masalah ketika mandi wajib. Untuk mengetahui produk Shurah perlulah saudari rujuk kepada pembuatnya samaada ianya serap air atau pun tidak, jika tak serap air maka haram hukumnya kerana tak sah mandi wajib. Jika saudari ragu-ragu lebih baik tinggalkan dan cari pruduk yang sah dan tidak meragukan.
438. Soalan : ustaz...cuba jelaskan pada hamba..Lafaz Taklik..telah berlaku..dan rujuk semula dalam masa iddah..
Jawapan :
Apabila seorang suami telah mengucapkan taklik cerai dan telah berlaku apabila isteri melanggarnya maka jatuh talak satu. Semasa iddah suami boleh merujuk semula isterinya dengan syarat-syarat berikut : Tatacara rujuk menurut pendapat yang rajih bagi kami, adalah hanya sah dengan ucapan (bil-kalam), tak sah dengan jima’ (bil-fi’li). Imam Syafi’i berkata, ”Adalah jelas bahawa rujuk hanya dengan ucapan, bukan dengan perbuatan seperti jima’ dan yang lainnya.” (Imam Syafi’i, Al-Umm, 5/1950).
Rujuk dengan ucapan, misalnya suami berkata kepada isterinya,”Saya rujuk lagi kepadamu.” (Taqiyuddin Al-Husaini, ibid., 2/108).
Disyaratkan ada dua orang saksi laki-laki, sehingga tak sah rujuk tanpa dua saksi yang mempersaksikan rujuk. (Taqiyuddin An-Nabhani, ibid., hal. 115). Dalilnya firman Allah SWT yang bermaksud,,”Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu.” (TQS Ath-Thalaq: 2).
Ayat ini menunjukkan wajibnya dua saksi dalam rujuk. Ini salah satu pendapat mazhab Syafi’i. (Imam Syairazi, Al-Muhadzdzab, 2/103; Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid, 2/68).
Kesimpulannya, selama masih dalam masa iddah, suami berhak merujuk isterinya tanpa akad nikah ulang dan mahar baru. Caranya hanya dengan ucapan dan wajib dipersaksikan dengan dua orang saksi laki-laki yang adil.
Dalam mazhab Syafie 2 orang saksi ketika rujuk adalah perlu dan tak sah rujuk melainkan dengan 2 saksi. Berdasarkan Seksyen 51 (8) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, terdapat beberapa perkara yang perlu dipenuhi oleh pasangan yang ingin meruju'.
Pertamanya : suami hendaklah melafazkan niat untuk meruju' bekas isterinya.
Kedua : bekas isteri perlu memberikan persetujuannya ke atas ruju' tersebut.
Setelah itu, suami dikehendaki menghantar permohonan ke mahkamah syariah untuk mendaftarkan ruju'.
Setelah itu, mahkamah akan mengeluarkan perintah supaya pasangan yang telah bercerai tadi hidup semula sebagai suami isteri. Setelah proses ruju' itu lengkap barulah suami boleh kembali kepada bekas isterinya.
Namun apapun, pihak Jabatan Agama Islam kelihatan membuat keputusan dan ijtihad apabila MEWAJIBKAN REDHA ISTERI. Anjuran mazhab Syafie hanyalah menggalakkan sahaja dan tidak wajib: -
والجديد أنه لا يشترط لصحة الرجعة ( الإشهاد ) عليها بناء على الأصح أنها في حكم الاستدامة, ثم لم يحتج لولي ولا لرضاها بل يندب
Ertinya : Pandangan mazhab baru Syafie, tidak disyaratkan wujud saksi untuk sahnya ruju', kemudian, (ruju') juga tidak memerlukan kepada (persetujuan) wali dan juga persetujuan wanita (isteri), cuma ia digalakkan sahaja. ( Nihayatul Muhtaj, 1/59 )
BOLEHKAH RUJU' TANPA MELAFAZ?
Tidak terdapat khilaf bahawa rujuk yang dibuat secara berlafaz yang terang oleh suami di hadapan saksi adalah sah. Demikian juga secara bertulis.
Ulama mazhab berbeza fatwa dalam hal ini seperti berikut :-
Hanafi : Sah ruju' sama ada dengan persetubuhan atau permulaan persetubuhan seperti sentuhan bersyahwat, ciuman, melihat kemaluan isteri dan lain-lain. Pandangan ini turut disebut oleh ramai ulama tabien seperti Sa'ad Ibn Musayyab, Hasan Al-Basri, Ibn Sirin, Ato' Abi Rabah, Al-Awzai'e, Sufyan At-Thawry, As-Sya'biy dan lain-lain.
Maliki : Sah ruju' dengan persetubuhan dengan syarat si suami ada niat ruju' semasa persetubuhan itu berlaku. Namun ciuman, sentuhan dan lain-lain dengan syahwat sahaja tidak cukup untuk dianggap ruju'.
Syafie : Mazhab Syafie menolak ruju' melalui perlakuan tanpa lafaz secara total, sama ada persetubuhan, mahupun permulaannya sebagaimana pandangan Hanafi tadi. Mazhab Syafie berfatwa sebarang persetubuhan pada waktu ‘iddah tanpa lafaz ruju' yang jelas terlebih dahulu adalah haram.
Imam As-Syafie berkata :-
والرد يكون بالكلام دون الفعل من جماع وغيره ; لأنه رد بلا كلام، فلا تثبت رجعة لرجل على امرأته حتى يتكلم بالرجعة، كما لا يكون نكاح ولا طلاق حتى يتكلم بهما، فإذا تكلم بها في العدة ثبتت له الرجعة
Ertinya : Ruju mestilah dengan percakapan ( lafaz) dan bukannya dengan jima' dan lainnya, kerana tiada ruju' tanpa lafaz, maka tidak sah ruju' bagi seorang lelaki kepada wanita sehinggalah dia melafazkannya, sebagaimana tiada nikah dan talaq yang dibuat tanpa lafaz, maka jika si lelaki melafazkannya (ruju') semasa iddah barulah sah ruju'nya" (Al-Umm)
Hanbali : Sah ruju' dengan persetubuhan namun tidak sah ruju' hanya dengan permulaan persetubuhan. Samada ia dilakukan dengan niat ruju' atau tidak.
Kesimpulan : Apapun pendapat pelbagai mazhab, sebagaimana yang telah di dedahkan di atas, Malaysia mengambil mazhab Syafie yang mensyaratkan suami MESTI melafazkan ruju' terlebih dahulu secara rasmi. Ia wajar dituruti.
AURAT ISTERI DEPAN SUAMI SEMASA IDDAH
Benar, wajib secara sepakat seluruh ulama si isteri untuk tidak keluar dari rumah suami semasa iddah dalam penceraian raj'ie (normal boleh ruju') kali pertama dan kedua.
Si suami juga haram untuk menghalau isteri keluar dalam tempoh itu, malah suami masih wajib berikan belanja zahir kepada isteri di waktu ‘iddah. ( Tafsir Al-Jassas, 5/348 : Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 18/154 )
Namun, timbul persoalan jika isteri duduk di rumah suaminya, bagaimana dengan hal auratnya?
Jawapannya mudah, menurut mazhab Syafie, isteri wajib menutup auratnya di dalam rumah itu.
Namun menurut mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali; tiada aurat yang perlu ditutup di depan suaminya sepanjang tempoh iddah, kerana mereka masih dikira isteri dan akan automatik ruju' dengan persetubuhan.
RUJU' DALAM KES TEBUS TALAQ
Adapun tebus talaq ataupun khulu', penceraian itu yang dilakukan atas dasar ini tidak mempunyai peruntukan ruju', sama ada ia dianggap sebagai Fasakh atau Talaq (berdasarkan perbezaan ijtihad ulama).
Namun majoriti ulama silam dan kontemporoari menyebutkan tiada rujuk bagi kes tebus talaq. Malah Imam As-Syawkani menyebut telah terdapat Ijma' (perspekatan penuh) seluruh ulama bahawa tidak ruju' bagi kes tebus talaq. Ini adalah kerana Talaq itu jatuh dalam kategori Talaq Bain dan bukan Talaq Raj'ie (yang boleh diruju'). (Nailul Awtar ; Mawsu'ah Al-Kuwaitiyah)
Cuma bezanya kali ini, wanita ada hak untuk terima jika si bekas suami tadi ingin ruju' juga dalam kes tebus talaq. Ertinya, peruntukan asalnya suami tidak boleh ruju' seperti kes talaq biasa, namun dalam kes tebus talaq, lelaki hilang haknya untuk ruju' tanpa redha isteri. (Kasyyaf Al-Qina', Al-Bahuti)
PERLUKAH RUJU' KEPADA SAKSI?
Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, Imam Syafie dalam satu fatwanya menyatakan penyaksian dalam bab ruju' adalah wajib. Berdasarkan dalil firman Allah s.w.t :
فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَأَشْهِدُوا ذَوَيْ عَدْلٍ مِّنكُمْ
Ertinya : Apabila mereka telah mendekati akhir idahnya, maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik.. ( At-Talaq : 2 )
Namun pendapat Abu Bakar r.a, Imam Malik dan Abu Hanifah, saksi tidak wajib kerana ia langsung tidak memerlukan persetujuan dari pihak lain. Justeru, saksi hanyalah digalakkan sahaja namun ia tidaklah wajib.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, rakyat Malaysia perlu menuruti undang-undang yang ditetapkan oleh pemerintah di Malaysia, iaitu setiap rujuk mesti ada saksi dan dibuat secara rasmi.
Ia baik bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan fitnah serta mengambil jalan yang lebih cermat. Justeru, sebarang penyaksian ruju' boleh dilakukan di mahkamah Shariah.
Pandangan ini juga bertepatan dengan mazhab Syafie yang menyebut :-
مذهبنا أن الإشهاد على عقد البيع والإجارة وسائر العقود غير النكاح والرجعة مستحب , وليس بواجب
Ertinya : Mahzab kami, sesungguhnya saksi dalam aqad jual beli, ijarah dan seluruh aqad selain aqad nikah dan ruju' adalah digalakkan sahaja, tidak wajib. ( Al-Majmu', An-Nawawi, 1/170)
439.Soalan : Saya nak tanya, macam mana kita nak beri nasihat kepada kedua ibu bapa kita tanpa menyakiti hati mereka? Ustaz, apa doa saya patut saya amalkan untuk mengelakkan diri daripada melawan ibu bapa?
Sebab setiap kali saya tak puas hati tindakan ibu bapa saya, saya rasa macam nak melawan..
Dan apa doa yang harus saya baca supaya sentiasa bersyukur dan redha kepada Allah SWT? Terima kasih..
Jawapan :
Sebagai seorang anak saudari boleh menasihati ibu bapa dengan cara hikmah dan bijaksana jika ada beberapa perbuatan dan amalannya yang tidak sesuai dengan akhlak atau ajaran Islam. Allah SWT menyuruh kita apabila bercakap atau menasihatinya hendaklah dengan cara yang lembut tak boleh kasar dan tidak beradab. Terdapat banyak doa-doa di dalam al-Quran untuk keduaibu bapa. Sebuah titipan doa yang diajar Allah Taala kepada Nabi Nuh Alaihissalam.
1. Doa Nabi Nuh a.s. : "Ya Tuhanku, ampunilah daku, ibu bapaku, dan siapa pun yang memasuki rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman lelaki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kehancuran" (Surah Nuh ayat 28)
2. Doa Nabi Sulaiman alaihissalam, memohon kebaikan kepada kedua orang tuanya :
"Maka dia (Sulaiman a.s) tersenyum lalu tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa : "Ya Tuhanku, anugerahkanlah daku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kedua orang tuaku dan agar daku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai, dan masuklah daku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh." (Surah An-Naml ayat 19).
Boleh amalkan doa ini : Ya Allah ya Tuhanku, ampunkan dosa-dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihiku semasa kecil. Ya Allah, jadikanlah diriku seorang hamba-Mu yang taat dan patuh kepada suruhan-Mu, beriman dan bertakwa dan jadikanlah diriku seorang anak yang solehah yang sentiasa taat dan patuh kepada keduanya, mengasihi dan menyayangi mereka dengan sepenuh hatiku. Ya Allah jika kedua ibu bapaku melakukan dosa dan maksiat maka Kau ampunilah mereka berdua, berikanlah taufik dan hidayah-Mu, dan tempatkan mereka berdua bersama hamba-hambaMu yang Kau redhai dan kasihi. Ya Allah, lembutkan hati mereka berdua supaya bersedia menerima teguran, nasihat yang baik dan menjadi hamba-Mu yang beriman dan beramal soleh.Ya Tuhanku, anugerahkanlah daku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kedua orang tuaku dan agar daku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai, dan masuklah daku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh." Aamiin.
440. Soalan : Dalam masalah membayar fidyah puasa.. apakah penanda aras yang diberikan Islam untuk mengkategorikan seseorang itu sebagai miskin?
Jawapan :
Dalam Islam mereka yang layak menerima fidyah puasa adalah asnaf fakir dan miskin.
FAKIR:
1. Fakir adalah orang yang pendapatannya tidak dapat memenuhi keperluan asas sesuai dengan kebiasaan masyarakat tertentu. Fakir adalah orang yang tidak memiliki harta dan penghasilan yang halal dalam pandangan jumhur ulama fikih, atau yang mempunyai harta yang kurang dari nisab zakat menurut pendapat mazhab Hanafi. Keadaannya lebih buruk dari pada orang miskin.
2. Orang fakir berhak mendapat fidyah atau wang zakat sesuai keperluan pokoknya selama setahun, kerana zakat berulang setiap tahun. Keperluan pokok yang akan dipenuhi adalah berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan pokok lainnya dalam batas-batas kewajaran, tanpa berlebih-lebihan atau terlalu irit.
3. Di antara pihak yang dapat menerima zakat dari kuota fakir, (bila telah memenuhi syarat memerlukan, yaitu tidak mempunyai wang ringgit atau harta, tidak mempunyai keluarga yang menanggung keperluannya) adalah; anak yatim, anak terbiar, janda, orang tua , orang sakit, orang cacat jasmani, orang yang pendapatannya rendah, pelajar, para penganguran, tahanan, orang-orang yang kehilangan keluarga dan tawanan, sesuai dengan syarat-syarat yang dijelaskan dalam aturan penyaluran zakat.
MISKIN:
Miskin adalah orang-orang yang memerlukan, yang tidak dapat menutupi keperluan pokoknya sesuai dengan kebiasaan yang berlaku. Miskin menurut majoriti ulama adalah orang yang tidak memiliki harta dan tidak mempunyai pencarian yang layak untuk memenuhi keperluannya. Menurut Imam Abu Hanifah, miskin adalah orang yang tidak memiliki sesuatu. Menurut mazhab Hanafi dan Maliki, keadaan mereka lebih buruk dari orang fakir, sedangkan menurut mazhab Syafii dan Hambali, keadaan mereka lebih baik dari orang fakir.
Bagi mereka berlaku hukum yang berkenaan dengan mereka yang berhak menerima zakat.
Jika pelajar IPT keluarganya fakir dan miskin maka boleh mendapat bantuan zakat di dalam kategori asnaf fakir dan miskin.. Jika pelajar tersebut keluarganya kaya tak termasuk di dalam kategori fakir miskin. Fidyah yang perlu kita berikan adalah dalam bentuk beras supaya memenuhi syarat ayat al-Quran di peruntukkan kepada orang fakir-miskin. Wallahu a'lam