Saturday, March 7, 2015

Tanyalah Ustaz Siri 228 (Tinggalkan Puasa Ramadan Kerana Menyusukan Anak, Hukum Kecilkan Hati Ibu Saudara, Hukum Kencing Secara Berdiri, Wang Uruskan Jenazah dan Hukum Menggugurkan Kandungan.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh                                                                              

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 228 adalah menjelaskan persoalan tinggalkan puasa Ramadan kerana menyusukan anak, hukum kecilkan hati ibu saudara, hukum kencing secara berdiri, wang uruskan jenazah dan hukum menggugurkan kandungan.

1096. Soalan :Ustaz.saya bersalin anak kedua pada 25/6/13....pada bulan Ramadan 2013 saya tidak berpuasa kerana dalam pantang... paad Ramadan 2014 saya ada tertinggal puasa... ini disebabkan anak saya minum susu badan sepenuhnya... jadi saya cepat lapar dan dahaga... anak pun menangis sebab susu tak cukup... adakah saya perlu ganti puasa yang saya tinggal kan itu.?

Jawapan :

Puasa Ramadan yang puan tinggalkan tahun 2013 sebanyak 30 hari wajib di qada' dan bayar fidyah kerana telah melebihi setahun iaitu 30 hari x 0.65 kilogram beras bersamaan 19.5 kilogram beras. Jadikan genab iaitu 20 kilogram beras di berikan kepada fakir miskin (jadikan 10 kilogram 2 bag dan berikan kepada 2 keluarga miskin). 

Untuk tahun 2014 puan telah meninggalkan puasa Ramadan sebanyak 30 hari dan puan tak di kenakan fidyah kerana belum melepasi bulan Ramadan 2015. 

Kesimpulannya puan di kenakan qada' puasa selama 60 hari dan membayar fidyah 20 kiogram beras kepada fakir miskin.

Dalam Mazhab Syafie dan Mazhab Hanbali wanita hamil dan menyusui yang berbuka puasa, kelak wajib mengqada’nya tanpa membayar fidyah. Tetapi jika kekhawatirannya itu tertuju kepada diri anaknya sahaja, maka selain qada' juga wajib fidyah.

Dalam Mazhab Maliki dan Mazhab Hanafi : Wanita hamil dan menyusui jika berbuka, kelak wajib mengqada’nya. Tidak perlu berturut-turut ketika mengqada’nya. Ulama’ Maliki menambah, wanita menyusui diwajibkan membayar fidyah, sedangkan wanita hamil tidak.

Kesimpulan : Berdasarkan pendapat keempat-empat mazhab wanita yang mengandung dan menyusukan anak jika meninggalkan puasa Ramadan maka wajib mengqada'kannya. Mereka berselisah tentang fidyah adakah di kenakan atau pun tidak? 

Mazhab Hanbali dan Mazhab Hanafi tak perlu bayar fidyah hanya qada' puasa sahaja dan Mazhab Syafie kena fidyah jika kebimbangan itu terhadap keselamatan anak sahaja bukan pada ibu. Mazhab Miliki pula mengatakan bahawa wanita menyusukan anak kena bayar fidyah.

1097. Soalan :Ustaz..saya nak tanya andai kata seorang anak buah telah melukakan hati dan perasaan serta kecewakan mak saudara adakah itu dikira berdosa? Boleh ustaz terangkan...terima kasih ustaz..

Jawapan :

Dalam Islam adab sangat penting kerana tak sempurna akhlak Islam jika tidak mengikut ada-adab dan peraturan yang telah di tetapkan oleh Islam. Perhubungan sesama ahli keluarga perlu di jaga di antara anak -anak dengan ibu bapa, di antara sesama adik beradik, anak saudara dengan ibu atau bapa saudara atau pun cucu dengan nenak atau datuk akhir sekali di antara sepupu dengan sepupu. Jika berlaku perselisihan atau salah faham cepat-cepat di perbaiki kerana jika terputus hubungan silaturahim akan menyebabkan kehidupan tak di berkati dan akan mendapat kemurkaan Allah SWT. 

Adapun menghubungkan silaturahim itu ialah berbuat baik kepada sesama manusia, menolong dan membantu jika mereka memerlukan, bersikap lemah lembut, nasihat-menasihati dan menjaga perasaan mereka. Dalam hal menghubungkan silaturahim ini adalah perlu diutamakan kepada kaum kerabat ataupun yang ada hubungan kekeluargaan seperti mana firman Allah Subhanahu Wata'ala di dalam Surah An Nisaa' ayat 36 maksudnya :

"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan jangan kamu sekutukan Dia dengan sesuatu pun jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri".

Sesungguhnya dengan mengamalkan silaturahim kehidupan kita akan lebih harmoni, aman, damai dan sejahtera. Kesatuan sesama Islam lebih mantap dan erat umpama sebuah bangunan yang kukuh, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

"Dari Abi Musa, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Sesungguhnya seorang mukmin kepada mukmin yang lain bagaikan satu bangunan yang saling mengukuhkan antara satu sama lain".(Hadis Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Dalam hubungan silaturahim, ada beberapa cara yang boleh kita lakukan antaranya ialah sering memberi dan menjawab salam atau bertegur sapa, menghadiri undangan atau jemputan, menghulurkan bantuan dan sedekah, kunjung-mengunjungi di antara satu sama lain, menziarahi ketika ia sakit dan menghadiri jenazahnya.

Bahkan kita juga dituntut untuk menjaga lidah dan memelihara diri daripada perbuatan yang boleh menyakiti saudara sesama kita kerana ia termasuk di dalam perkara menjaga hubungan silaturahim, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda seorang Muslim adalah seorang yang apabila orang lain terselamat daripada lidahnya dan tangannya dan seorang mukmin adalah seorang yang apabila orang lain berasa aman daripadanya terhadap jiwa dan harta benda mereka". (Hadis Riwayat Al-Imam An-Nasaie)

Perlu diingat bahawa kita tidak boleh memutuskan silaturahim kerana dengan memutuskan silaturahim itu boleh menyebabkan mendapat kutukan dan laknat Allah Subhanahu Wata'ala serta tidak akan dimasukkan ke dalam Syurga, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

"Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tidak akan masuk Syurga bagi yang memutuskan silaturahim (Hadis Riwayat Al-Imam Muslim)

Adalah menjadi kewajipan setiap Muslim untuk menjaga hubungan silaturahim dengan sebaik-baiknya. Janganlah disebabkan masalah kecil dan remeh-temeh menyebabkan hubungan menjadi renggang atau retak. Perkara sebegini boleh menimbulkan ketegangan yang menyebabkan mereka bermasam muka, saling benci-membenci, fitnah-memfitnah dan akhirnya boleh memporak-perandakan hubungan silaturahim dalam berkeluarga dan bermasyarakat.

Jika anak saudara telah mengecilkan hati ibu saudara maka cepat-cepat datang ziarah dan meminta maaf kerana tak rugi jika sebagai anak saudara merendahkan hati dan memberi penghormatan kepada ibu saudara dan minta maaf di atas salah dan silap. Dengan ini akan melembutkan hati ibu saudara dan akan terjalinlan ikatan silaturahim.

Bersabar puan jika anak saudara puan tidak boleh membantu meringankan beban yang puan tanggung dengan membesarkan anak yang oku. Puan boleh minta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Zakat atas asnaf fakir miskin. Walaubagimana pun puan tak boleh memutuskan silaturahim . Kerana Allah SWT melarang memutuskan silaturahim dan tidak akan cium syurga sesiapa yang suka memutuskan silaturahim.

Jika puan bersabar dan berdoa insya Allah , Dia akan membuka lebih luas lagi pintu rezeki kerana setiap hamba Allah di muka bumi telah di kurniakan rezeki oleh Allah SWT. Untuk makluman puan terdapat beberapa hadis yang melarang memutuskan silaturahim. Hadis-hadis Nabi SAW mengenai silaturahim.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra. dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: "Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk sehingga setelah selesai menciptakan mereka, bangkitlah rahim (hubungan kekeluargaan) berkata: Ini adalah tempat bagi orang berlindung (kepada-Mu) dengan tidak memutuskan tali silaturahmi.

Allah menjawab: "Ya. Apakah kamu senang kalau Aku menyambung orang yang menyambungmu, dan memutuskan orang yang memutuskanmu?"

Ia berkata: "Tentu saja". 

Allah berfirman: "Itulah milikmu".

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Bacalah ayat berikut ini kalau kalian mau: "Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikan telinganya dan dibutakan matanya. Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Qur'an ataukah hati mereka terkunci. "
(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Hadis riwayat Aisyah r.a., ia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: Rahim (tali persaudaraan) itu digantungkan pada Arsy, ia berkata: "Barang siapa yang menyambungku (berbuat baik kepada kerabat), maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa yang memutuskan aku, maka Allah pun akan memutuskannya." (Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Hadis riwayat Jubair bin Muth`im ra.:Dari Nabi SAW. bahwa beliau bersabda: "Tidak akan masuk Syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan." (Hadis Shahih Riwayat Muslim )

Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW. bersabda: "Barang siapa yang merasa senang bila dimudahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung hubungan kekeluargaan (silaturahmi)." (Hadis Shahih Riwayat Muslim)

1098. Soalan : Ustaz apa hukumnya kencing berdiri adakah harus atau makruh?

Jawapan :

Semua riwayat yang menerangkan bahwa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa allam buang air kecil sambil berdiri ada yang sahih, baik yang diriwayatkan oleh Aisyah maupun dari sahabat yang lain.

Disebutkan dalam Sunan Ibnu Majah dari hadis Umar, Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda :

لاَ تَبُلْ قَائِمًا

“Jangan engkau kencing berdiri.”

Derajat hadits ini sangat lemah.

Adapun hadis Aisyah, sama sekali tidak berisi larangan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam untuk kencing sambil berdiri. Hadis tersebut hanya menyatakan bahwa Aisyah belum pernah melihat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam kencing sambil berdiri.

Aisyah berkata,

مَنْ حَدَّثَكُمْ أَنَّ النَّبِيَّ بَالَ قَائِمًا فَلاَ تُصَدِّقُوهُ

“Barangsiapa yang mengatakan pada kalian bahwa Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam pernah buang air kecil sambil berdiri maka janganlah kalian membenarkannya (mempercayainya).”

Apa yang dikatakan oleh Aisyah tentu saja berdasarkan atas apa yang beliau lihat dan alami langsung bersama Nabi (tentu saja Aisyah tidak bersama Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam sepanjang waktu )

Disebutkan dalam dari hadis sahih yang di riwayatkan Hudzaifah bahawa ketika baginda SAW melewati sebuah lapangan tempat pembuangan sampah, baginda singgah kemudian buang air kecil sambil berdiri.Hadis yang masyhur yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (217) dan muslim (273) daripada Huzaifah r.h. dimana beliau juga telah menceritakan apa yang diketahuinya:

أتَى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم سُبَاطَةَ قومٍ، فبال قائماً، ثم دعا بماءٍ فجِئْتُهُ بماءٍ فتَوَضَّأ.

Nabi SAW. telah mendatangi suatu kawasan pembuangan sampah, lalu kencing dalam keadaan berdiri, kemudian nabi meminta dibawakan air, maka aku (huzaifah) pun membawakan air kepada baginda dan baginda berwuduk.

Al-Imam al-Bukhari telah menamakan bab di dalam sahihnya “Bab kencing berdiri dan duduk” lalu membawakan hadis ini. menunjukkan perbuatan tersebut dibolehkan. Dengan adanya hadis ini yang mengisbatkan (menetapkan) perbuatan nabi s.a.w. kencing berdiri daripada Huzaifah yang juga merupakan antara sahabat yang besar, maka menurut kaedahnya isbat didahulukan daripada penafian, dan sesiapa yang mengetahui merupakan hujjah keatas sesiapa yang tidak mengetahui.Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan di dalam “Fathul Bari” 

(1/330)وَقَدْ ثَبَتَ عَنْ

عُمَر وَعَلِيّ وَزَيْد بْن ثَابِت وَغَيْرهمْ أَنَّهُمْ بَالُوا قِيَامًا وَهُوَ دَالٌّ عَلَى الْجَوَازِ مِنْ غَيْرِ كَرَاهَةٍ إِذَا أَمِنَ الرَّشَاشَ وَاَللَّهُ أَعْلَمُ . وَلَمْ يَثْبُتْ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي النَّهْيِ عَنْهُ شَيْء.

Terdapat juga riwayat yang menyatakan Ali, Zaid bin thabit dan selain mereka bahawa mereka pernah kencing berdiri, dan ini menunjukkan perbuatan tersebut dibolehkan, dan tidak makruh sekiranya selamat daripada percikan, wallahu a’lam. Juga tiada tegahan daripada nabi SAW. tentang perkara ini.

Dalam keadaan seperti ini ulama fikih berkata, “Sikap yang diambil ketika berhadapan dengan dua nash yang bertentangan adalah mendahulukan (memilih) nash yang menyatakan adanya perbuatan, kerana ia mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh pihak yang menolak.”

Jadi, bagaimana hukum kencing sambil berdiri? Tidak ada aturan dalam syariat tentang mana yang lebih utama, kencing sambil berdiri atau duduk. Yang harus diperhatikan oleh orang yang buang hajat hanyalah bagaimana caranya agar dia tidak terkena percikan kencingnya. Jadi, tidak ada ketentuan syar’i, apakah berdiri atau duduk. Yang penting adalah seperti apa yang Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam sabdakan,

اِسْتَنْزِهُوْا مِنَ الْبَوْلِ

“Bersihkanlah diri kalian dari air kencing.”

Maksudnya, lakukanlah tata cara yang boleh menghindarkan kalian dari terkena cipratan kencing. Kita pun belum mengetahui adakah sahabat yang meriwayatkan bahwa Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah kencing sambil berdiri (selain hadits Hudzaifah tadi). Akan tetapi, ini bukan bererti bahwa baginda tidak pernah buang air kecil (sambil berdiri.) kecuali pada kejadian tersebut.

Alasannya, bukanlah suatu kelaziman bagi seorang sahabat untuk mengikuti Nabi SAW ketika baginda buang air kecil. Kami berpegang dengan hadis Hudzaifah bahawa baginda pernah buang air kecil sambil berdiri, tetapi kami tidak menafikan bahwa baginda pun mungkin pernah buang air kecil dengan cara lain.

Sumber: Fatwa-fatwa Syekh Nashiruddin Al-Albani, Muhammad Nashiruddin Al-Albani, Media Hidayah, 1425 H — 2004 M.

Kesimpulannya : Dalam banyak keadaan Nabi SAW kencing duduk ketika di rumah (mengikut hadis riwayat Aisyah) dan ada kalanya baginda kencing berdiri di tempat pembuangan sampah.(di luar rumah ketika keadaan memerlukan kencing berdiri -dalam hadis riwayat Huzaifah). Berdasarkan dua riwayat di atas kita tak boleh menghukumkan kencing berdiri makruh kerana baginda SAW pernah kencing berdiri. 

Benar kena jaga jangan sampai terpercik air kencing tersebut. Jika kita masuk tandas lebih baik cari tandas cangkung supaya air kencing di buang dengan elok dan beristinjak dapat di lakukan dengan sempurna. Jamban duduk kena cukup berhati-hati supaya semasa beristinjak air istinjak tak terpercik di seluar atau kain yang kita pakai.

1099. Soalan : Ustaz.saya nak tanya ada seseorg memberi saya sejumlah wang untuk disimpan...dia suruh gunakan apabila dia meninggal kelak..katanya tak nak menyusahkan anak-anaknya nanti..adakah wang itu kena zakat..harap ustaz dapat terangkan..

Jawapan :

Jika wang tersebut tersimpan setahun Hijrah dan cukup nisabnya iatu jika di Selangor RM 11,145.00 dan keatas untuk tahun 2015, maka wajib di zakatkan. Wang tersebut setelah di tolak semua keperluan untuk urusan jenazah, hutang piutang , nazarnya jika ada, upah hajinya (jika belum buat haji) dan fidyahnya kerana meninggalkan puasa maka baki wang tersebut termasuk di dalam harta faraid dan perlu di serahkan semula kepada keluarga arwah.

Jika wang simpanan tak sampai RM 11,145.00 walaupun cukup tempuhnya setahun tak wajib di bayar zakat harta kerana kiraan zakat harta adalah berdasarkan harga pasaran emas seberat 85 gram.

1100. Soalan : Ustaz boleh ustaz tolong beri  pencerahan mengenai hukum gugur kandungan? Senarionya;pasangan mempunyai anak berumur 2 tahun,1 tahun dan sekarang si isteri mengandung dijangka masuk bulan ke2?

Apakah hukum jika pasangan tersebut mengambil keputusan utk gugurkan kandungan tersebut dgn alasan jarak terlalu dekat? Pencerahan ustaz mengenai hukum amat dihargai..

Jawapan :

Menggugurkan kandungan kerana alasan anak-anak terlalu kerap tidak di benarkan kerana tidak dharurat kerana ingatlah rezeki itu adalah kurniaan Allah SWT kerana setiap anak sudah ada rezeki yang telah di tetapkan oleh Allah SWT.

Jika kandungan tersebut boleh mengancam nyawa ibu atas nasihat doktor pakar muslim maka barulah di haruskan.Jika mereka gugurkan kandungan tanpa alasan yang di benarkan syarak hukumnya berdosa besar dan di kira membunuh bayi di dalam kandungan.

"Aku bertanya Rasulullah Sallallahu ’Alaihi Wassalam: Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah? Rasulullah Sallallahu’Alaihi Wassalam bersabda: Engkau menjadikan iaitu menganggap ada yang sebanding dengan Allah sedangkan Dialah yang menciptakanmu. Aku berkata: Sesungguhnya dosa demikian memang besar. Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Kemudian engkau membunuh anakmu kerana bimbang dia makan bersamamu iaitu makananmu (bunuh anak kerana takut miskin). Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Rasulullah SAW bersabda: Jika engkau berzina dengan isteri jiranmu."

Maka itu sudah jelas bahawa anak itu adalah amanah Allah SWT untuk kita jaga. Kita mesti yakin dengan janji Allah SWT dengan firmannya pada surah Al-Isra’: Ayat 31,“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu.”

Janganlah kita takut beranak ramai kerana rezeki adalah di tangan Allah Subhana Wa Taala. Rezeki akan diberikan kepada setiap anak melalui perantaraan ibubapa mereka. Dewasa ini kenapa kerap kita dengar mengenai anak dibuang, anak dibunuh, anak ditinggalkan?

 Ini adalah kerana Iman umat Islam kini di tahap yang cukup rendah sehingga ada yang sampai tiada Iman langsung, nauzubillah. Gejala ini harus kita bendung hanya dengan perantaraan Iman di dalam diri kita. Ini adalah sangat penting khususnya bagi orang orang Islam untuk menentukan bahawa ia kuat imannya dan memahami ajaran Islam yang telah dibawa dan telah disebarkan oleh Rasulullah SAW menerusi menerusi Al-Quran dan sunnah Rasullullah. 

Kita mesti faham dan menghayati dan mengamalkan segala ajaran tersebut dengan keikhlasan hati agar segala amalan kita dan perbuatan kita mendapat keredhaan Allah SWT.

Islam melarang mengikat saluran peranakan adalah umpama memandulkan si ibu dan seolah-olah tak mahu anak lagi. Perlu di timbangkan masak-masak jika mudharat sehingga menancam nyawa baru jatuh dharurat jika risiko tak besar sakit sikit-sikit itu perkara biasa.

No comments:

Post a Comment