Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Tanyalah Ustaz Siri 17 adalah menjelaskan persoalan hibah dan faraid, anak dehaka, minyak wangi berakohol , mendapat gangguan dan poligami.
81. Soalan : Ustaz nak tanya,makcik tidak ada anak,ada pun anak angkat 2 orang semua permpuan. Harta kebun bendang semua sudah di bagi pada anak angkat, termasuk saya diberi satu ekar. Harta berbentuk duit saya tidak tahu,dan saya diberi nama pendua tabung haji setahun sebelum meninggal. Sesudah mati duit tabung haji secara automatik jadi nama saya,soalnya boleh tak saya gunakan duit tersebut?
Jawapan :
Jika harta-harta sudah diberikan oleh Mak saudara kepada anak-anak angkatnya maka itu dikira hadiah (hibah). Apabila wang ditabung haji belum dibahagikan secara hibah maka wang tersebut akan jatuh kepada waris simati. Walau pun saudara menjadi nama kedua bukan bermakna wang tersebut secara otomatik menjadi hak saudara, saudara sebagai pemegang amanah saja untuk memudahkan pengeluaran wang tersebut apabila penama pertama meninggal dunia. Wang tabung haji wajib dibahagikan kepada waris simati dan anak angkat tidak ada hak untuk mendapat harta waris secara hukum faraid.
82. Soalan : Apakah hukumnya seorang anak perempuan yg bersuami tidak pernah pulang menziarahi ibubapanya kerana sedikit perselisihan faham. Walaupun berkali-kali ibubapa mengahantar mesej dan membuat panggilan.
Jawapan :
Anak yg tidak mahu menziarahi ibu bapanya adalah dalam kategori anak derhaka. Anak yang tidak mengenag budi di atas jasa kedua ibu bapanya.Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Lihatlah bagaimana dosa menderhaka kepada ibubapa ini diletakkan dalam satu kategori bersama dosa mensyirikkan Allah s.w.t. iaitu dosa yang paling keji di atas muka bumi ini. Di sisi lain Allah SWT. berfirman maksudnya : “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.” (Surah al-Nisaa’ ayat 36)
Di dalam ayat ini setelah Allah SWT memerintahkan hamba-Nya untuk mentauhidkan-Nya dan mengerjakan ibadat kepada-Nya, Allah SWT. turut menyuruh hamba-hamba-Nya agar menjaga kedua ibu bapa mereka dengan baik. Dalam ertikata lain seseorang itu tidak dianggap memiliki kemantapan iman serta ibadatnya juga belum dianggap sempurna selagi dia tidak berbuat baik kepada orang tuanya.
Keredhaan Allah SWT terhadap hamba-Nya juga bergantung kepada bagaimana seseorang itu menjaga hal ehwal ibu bapanya.
Jika terdapat suami yang melarang isterinya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya tanpa alasan yang syrie maka suami tersebut adalah berdosa besar kerana cuba memutuskan silaturahim, maksud hadis tidak akan masuk syurga sesiapa yang memutuskan silaturahim. Suami yang soleh akan menjaga hubungan kekeluargaan keluarga sebelah isterinya dan keluarganya sendiri.
Banyak terdapat hadis-hadis sahih daripada Rasulullah SAW sesiapa yang memutuskannya akan mendapat kemurkaan Allah SWT hidupnya tidak akan bahagia dan sentiasa sempit rezeki dan akan mendapat kehinaan.
Hadis riwayat Abu Hurairah ra. dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: "Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk sehingga setelah selesai menciptakan mereka, bangkitlah rahim (hubungan kekeluargaan) berkata: Ini adalah tempat bagi orang berlindung (kepada-Mu) dengan tidak memutuskan tali silaturahmi.
Allah menjawab: "Ya. Apakah kamu senang kalau Aku menyambung orang yang menyambungmu, dan memutuskan orang yang memutuskanmu?"
Ia berkata: "Tentu saja".
Allah berfirman: "Itulah milikmu".
Kemudian Rasulullah SAW. bersabda: Bacalah ayat berikut ini kalau kalian mau: "Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikan telinganya dan dibutakan matanya. Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Qur'an ataukah hati mereka terkunci. " (Hadis Shahih Riwayat Muslim)
Hadis riwayat Aisyah r.a., ia berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Rahim (tali persaudaraan) itu digantungkan pada Arsy, ia berkata: "Barang siapa yang menyambungku (berbuat baik kepada kerabat), maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa yang memutuskan aku, maka Allah pun akan memutuskannya."
(Hadis Shahih Riwayat Muslim)
Hadis riwayat Jubair bin Muth`im ra.:
Dari Nabi SAW. bahawa baginda bersabda: "Tidak akan masuk Syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan." (Hadis Shahih Riwayat Muslim )
Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:
Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang merasa senang bila dimudahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung hubungan kekeluargaan (silaturahmi)."(Hadis Shahih Riwayat Muslim)
83. Soalan : Ustaz.saya mohon ustaz jelaskan betul ke,kita boleh pakai minyak wangi yang ada alkohol ketika solat sebab ada pendapat yang mengatakan alkohol haram untuk diminum sahaja. Terima kasih.
Jawapan :
Islam telah meletakkan kebersihan sebagai kunci bagi sahnya ibadat sembahyang. Oleh karena itu tidak akan diterima sembahyang seorang muslim sehingga badannya bersih, pakaiannya bersih dan tempat yang digunakan pun dalam keadaan bersih. Kebersihan dikira sebagai menentukan sahnya sembahyang seseorang itu, kerana najis yang terdapat pada tubuh badan, pakaian atau tempat sembahyang boleh menyebabkan sembahyangnya tidak sah.
Persoalan alkohol selalu dikaitkan dengan sah atau ketidaksahan sembahyang, kerana itu timbullah keraguan adakah alkohol itu najis? Ini kerana ada sebahagian minyak wangi dan minyak rambut mengandungi alkohol sehingga timbul persoalan, bolehkah minyak wangi atau minyak rambut yang bercampur alkohol dibawa sembahyang?
Pengertian alkohol
Alkohol ialah bahan cecair tanpa warna yang mudah mengewap menjadi gas dan mudah terbakar. Ia boleh dihasilkan melalui dua cara.
i. Penapaian yis karbohidrat (yeast fermentation of carbohydrates)
ii. Sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia (yang bukan daripada sumber semula jadi seperti tumbuhan dan binatang) dengan penghidratan etil (hydration of ethylene). (The New Webster Encyclopedic Dictionary Of The English Language: 17)
Cara yang pertama di atas merupakan cara bagaimana menghasilkan khamar (arak) atau minuman yang memabukkan.
Kenajisan arak
Menurut jumhur (majoriti) ulama yang terdiri daripada Imam- Imam mazhab yang empat iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam asy-Syafi‘i, Imam Ahmad bin Hanbal dan lain-lain ulama rahimahumullah, arak adalah najis berdasarkan firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengadu nasib dengan batangbatang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."(Surah al-Maidah: 90)
Oleh kerana arak itu menurut jumhur ulama adalah najis, maka alkohol yang terdapat dalam arak itu pun adalah najis juga. Dari itu, mana-mana alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak adalah najis juga hukumnya.
Ini memberi maksud bahawa kenajisan alkohol adalah bertitik tolak dari sebab kenajisan arak. Dari itu, dapat difahami bahawa alkohol itu bukanlah semestinya najis jika ia tidak diambil daripada arak, sebagai contoh tapai yang biasa dimakanpun menurut pakar ada mengandungi alkohol, namun ia tidak haram dimakan kerana sifatnya yang tidak memabukkan.
Akan tetapi, jika tapai itu sifatnya memabukkan (sampai ke peringkat boleh memabukkan), maka memakan tapai itu adalah haram. Adapun alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia yang mana sifatnya sangat memudharatkan seperti mana racun, ia adalah suci seperti sucinya ganja, candu, morfin dan lain-lain yang memudharatkan di mana tidak ada seorang ulamapun yang menghukumkannya sebagai najis ainiyyah.
Imam an-Nawawi rahimahullah mengatakan bahawa salah satu najis itu ialah setiap yang memabukkan dalam bentuk cecair:
Ertinya: Setiap yang memabukkan lagi cair
Imam Ibnu Hajar rahimahullah dalam menghuraikan kata-kata Imam an-Nawawi rahimahullah di atas berkata:
Ertnya: (Tiap-tiap yang memabukkan) ialah tiap-tiap yang boleh memabukkan. Maka termasuk dalam pengertian itu setitik yang memabukkan; dan yang dikehendaki dengan yang memabukkan di sini ialah apa jua yang boleh menutup atau menghilangkan upaya akal
Ibnu Hajar rahimahullah menghuraikan lagi:
Ertinya: (Cecair) itu seperti arak dengan segala jenisnya yang diambil daripada anggur; dan nira (tuak) yang diambil selain daripada anggur
Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa setiap arak mengandungi
alkohol, tetapi tidak semua alkohol berasal daripada arak.
Hukum alkohol daripada arak
Alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak, meminumnya adalah jelas haram sebagaimana keterangannya di atas. Adapun menggunakan minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang diambil daripada arak adalah haram juga, kerana berlumur dengan najis tanpa ada keperluan yang syarie adalah haram hukumnya sebagaimana kata Ibnu Hajar rahimahullah:
Ertinya: Haram berlumur dengannya (najis) di luar sembahyang pada badan dan pakaian dengan tiada apa sesuatu hajat (yang syarie)
Dengan itu, adalah tidak sah sembahyang seseorang yang memakai minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang diambil daripada arak kerana ia adalah najis.
Hukum alkohol sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia
Alkohol sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah haram meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun.
Bagaimanapun minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana ia bukan najis.
Dari itu, adalah sah sembahyang seseorang yang memakai minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.
Perkara yang meragukan hendaklah ditinggalkan Tetapi yang menjadi persoalan ialah kita tidak dapat mempastikan bahawa alkohol yang terkandung di dalam sesuatu minyak wangi atau minyak rambut itu, adakah ia diambil dari sumber yang suci atau najis?
Apabila timbul keraguan seumpama ini, menurut ajaran Islam, perkara tersebut hendaklah ditinggalkan. Hasan bin Ali radhiallahu anhuma meriwayatkan bahawa dia telah menghafal daripada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam yang bersabda:
Maksudnya: Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu. (Hadis riwayat at-Tirmidzi, an-Nasaâi, Ahmad dan ad-Darimi)
Dalam hadis yang lain pula dijelaskan bahawa meninggalkan perkara yang diragui kehalalan dan keharaman sesuatu perkara adalah menandakan kesungguhan seseorang itu dalam memelihara agama dan kehormatannya. Manakala membuat perkara yang masih di dalam kesamaran akan membawa kepada melakukan perkara yang haram sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ˜alaihi wasallam yang diriwayatkan daripada an-Nu‘man bin Basyir radhiallahu anhu:
Maksudnya: "Maka barangsiapa yang menjauhi perkara-perkara yang syubhat, (maka) dia telah melepaskan bagi agamanya dan kehormatannya (dari kecaman); dan barangsiapa yang terjatuh di dalam perkara-perkara yang syubhat (maka) jatuhlah dia ke dalam perkara haram."(Hadis riwayat Muslim)
Oleh itu jelaslah menggunakan minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang bersumber daripada arak adalah haram, kerana ia adalah najis dan tidak sah dibawa sembahyang. Manakala minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah diharuskan, kerana ia bukan najis dan sah dibawa sembahyang.
Walau bagaimanapun apabila timbul keraguan terhadap kedudukan alkohol yang terdapat dalam minyak wangi atau minyak rambut, sama ada ia diambil daripada sumber yang najis atau sumber yang suci, menurut ajaran Islam adalah lebih selamat perkara tersebut ditinggalkan dari menggunakannya. Tambahan pula di pasaran banyak terdapat minyak wangi atau minyak rambut yang sama sekali tidak mengandungi alkohol yang boleh menjadi pilihan kita. Wallahu a'lam
84. Soalan : Saya ingin bertanya dengan ustaz..kenapa bila tengah malam anak saya akan terjaga dari tidur lalu menangis dan badannya bergoyong-goyang seolah-olah ada orang yang mengoyangkannya...kadang-kadang anak saya meronta-ronta tahan akibat badannya yang seolah-olah di goyangkan..? Hampir setiap tengah malam berlaku.
Jawapan :
Untuk mengatasi masaalah tersebut saudara boleh amalkan adab doa sebelum tidur dan saudara sapukan keatas anak sebelum dia tidur iaitu dengan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an- Nas di atas tapak tangan dan tiupkannya dan sapu diseluruh tubuh anak kecuali kemaluannya depan dan belakangnya. Ulangkan 3 kali. Insyaa Allah segala gangguan ke atas anak akan dapat di atasi.
Cuba amalkan adab-adab tidur untuk anak yang mendapat gangguan :
1. Tidur dengan berwuduk terlebih dahulu. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW : “Apabila kamu hendak tidur maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat, kemudian berbaringlah di atas sisi kananmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
2. Memulai tidur dengan membaringkan tubuh ke sisi sebelah kanan sebagaimana dalam hadis di atas.
3. Tidak tidur dengan tiarap, berdasarkan sabda Nabi SAW “Sesungguhnya itu adalah cara tidur yang dimurkai Allah ‘azza wa jalla”.(Hadis Riwayat Abu Daud dengan sanad yang shahih)
4. Mengumpulkan kedua telapak tangannya. Kemudian ditiup dan dibacakan: surat Al-ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kemudian dengan kedua telapak tangan tadi mengusap tubuh yang dapat dijangkau dimulai dari kepala, wajah dan tubuh bagian depan. Hal ini dilakukan sebanyak tiga kali." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
5. Mengibaskan tempat tidur dengan ujung sarung atau dengan pakaiannya sebanyak tiga kali.
(Hadis Riwayat Bukhari).
6. Membaca doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, seperti membaca doa “Bismika Allahumma amuutu wa ahyaa (Dengan menyebut nama-Mu ya Allah aku mati dan hidup)” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
7. Dianjurkan membaca tasbih 33 kali, tahmid 33 kali, takbir 33 kali atau 34 kali ketika hendak tidur, sebagaimana sabda baginda kepada Ali bin Abi Thalib dan isterinya ketika mereka hendak tidur, “Maka bacalah tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, dan takbir tiga puluh tiga kali” dan dalam riwayat lain “takbirlah tiga puluh empat kali”
(Hadis Riwayat Bukhari).
8. Dianjurkan juga membaca ayat kursi, membaca dua ayat terakhir surat Al-Baqarah atau membaca surat Ali ‘Imran ayat 190-200. (Hadis Riwayat Bukhari).
9. Apabila tiba-tiba terbangun di tengah malam, maka dianjurkan meminta kepada Allah SWT kerana saat itu adalah saat yang mustajab, sebagaimana sabda Nabi SAW. “Tidaklah seorang muslim yang tidur dalam keadaan suci dan berdzikir lalu tiba-tiba terbangun di malam hari kemudian mohon kepada Allah kebaikan dunia dan akhirat kecuali Allah akan mengabulkannya” (Hadis Riwayat Abu Dawud).
10. "Ketika bermimpi buruk hendaknya berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk dan dari keburukan yang dilihat dalam mimpi. " (Hadis Riwayat Muslim).
11. Ketika bangun tidur hendaknya membaca doa, “Alhamdulillahil ladzi ahyaana ba’da maa amaatanaa wa ilaihin nusyuur (Segala puji bagi Allah yang telah membangkitkan kami dari mati (tidur) dan hanya kepada-Nya semuanya kembali)” (Hadis Riwayat Bukhari).
Demikianlah beberapa adab tidur yang di amalkan oleh Nabi kita Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam. Semoga Allah SWT memberi taufik kepada kita untuk senantiasa mengamalkannya, mengikuti sunnah Nabi-Nya sehingga tidur kita tidak sekedar rutin harian untuk pemenuhan keperluan jasmani, namun juga merupakan kenikmatan yang bernilai ibadah dan membuahkan pahala di sisi Allah. Wallahu a’lam.
85. Soalan : Ustaz , sahabat saya bertanya , mengapa Islam mengamalkan poligami ?
Jawapan :
Dengan syarat seseorang lelaki bersikap adil, banyak sebab kenapa Islam membenarkan poligami. Dari sudut kemaslahatan masyarakat, hampir dalam setiap zaman, jumlah wanita itu selalunya lebih berbanding lelaki. kebenaran untuk berpoligami akan memberi ruang kepada wanita untuk merasai alam perkahwinan. Dalam monogami, seseorang isetri yang mungkin mandul, atau tidak menyanggupi melayani suaminya, terpaksa menghadapi masalah dengan suami. Dengan bermonogami, masalah ini dapat di atasi dengan suami berkahwin lagi tanpa menceraikan isterinya yang mandul tersebut atau dapat meringankan beban isteri yang pertama tersebut. maka adalah lebih baik dari segi moral dan banyak aspek lagi kepada mengekalkan perkahwinan daripada bercerai. Di zaman Rasulullah, suami pergi berjuang dan ramai pula yang gugur dimedan peperangan. Dengan membenarkan poligami, maka bebanan yang dihadapi oleh janda yang keguguran suami di medan peperangan dapat ditanggung oleh lelaki lain.
Sebenarnya banyak manafaat yang boleh diambil dari poligami ini atas sebab ia disyariatkan oleh Allah SWT. yang Maha Bijaksana yang mengetahui kebaikan yang tersembunyi tanpa tercapai oleh ilmu dan pemikiran manusia. Manfaat yang dapat kita ambil dari kebaikan poligami ini adalah seperti berikut :
1. Isteri yang telah lanjut usia dan mengalami kesakitan, ia akan menyebabkan si suami hilang tumpuan dari segi batin, caranya dengan berpoligami bagi mengelak dia membuat perkara yang dilarang di sisi Islam;
2. Menambahkan hubungan antara keluarga dengan ikatan yang dibuat;
3. Kehormatan wanita akan terjaga bila ia dilindungi oleh kaum Adam yang ingin mengambilnya sebagai isteri;
4. Mengelak berlakunya perzinaan terutamanya kaum lelaki yang akan menyalurkan keinginan nafsunya ke tempat yang haram.
5. Mengelakkan perceraian bila terdapat isteri-isteri yang tidak dapat melahirkan anak;
6. Kebanyakan lelaki yang sering bermusafir ia memberi manafaat kerana tidak melakukan perzinaan apabila dia amat memerlukan;
7. Bagi isteri-isteri yang kematian suami, mereka dibantu oleh para suami dengan berpoligami;
8. Memberi kesempatan yang lebih besar untuk para isteri beramal apabila giliran isteri yang kedua;
9. Mengeratkan lagi kasih sayang apabila perjumpaan antara isteri-isteri digilirkan;
10. Menambahkan keturunan-keturunan;
Kata-kata Dr. Yusuf al-Qaradawi “Adapun pendapat yang menyatakan bahawa berpoligami membawa keburukan kepada keluarga dan masyarakat ianya adalah pendapat yang mengandungi kekeliruan yang nyata. Kita katakan kepada mereka yang keliru ini: Sesungguhnya syariat Islam tidak mungkin menghalalkan untuk manusia sesuatu yang memudaratkan mereka, seperti mana ianya tidak mungkin mengharamkan manusia sesuatu yang memberi manfaat kepada mereka. Bahkan telah dipastikan menerusi nas (al-Quran dan al-Sunnah) dan kajian bahawa syariat Islam tidak menghalalkan melainkan perkara yang baik lagi manfaat. Juga ianya tidak mengharamkan melainkan yang keji lagi mudarat "
No comments:
Post a Comment