Sunday, January 25, 2015

Tanyalah Ustaz Siri 209 (Kedudukan Anak Tak Sah Taraf, Cara Buangkan Saka, Kenapa Anjing dan Babi di Haramkan,Ibu Bapa Tak Setuju Pilihan Hati, Cara-cara Rawatan Santau.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh                                                                              

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 209 adalah menjelaskan persoalan kedudukan anak tak sah taraf, cara buangkan saka, kenapa anjing dan babi di haramkan, ibu bapa tak setuju pilihan hati, cara-cara rawatan santau.

1001. Soalan : Saya ada 3 soalan.minta ustaz berikan pencerahannya.

1. Apakah benar anak tak sah taraf tak boleh menjadi imam dan hakim? 

2. Jika seorang perempuan mengandung 2 bulan kerana berzina, kemudian wanita ini berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya, adakah anak tersebut nanti bila lahir boleh di bin atau bintikan lelaki tersebut?

3. Apabila seorang wanita telah di rogol dan telah berusia 4 bulan kandungannya adakah boleh di gugurkan?

Jawapan : 

1. Seorang anak tak sah taraf ada lah manusia biasa yang layak menjadi imam solat berjemaah, hakim mahkamah syariah atau menjadi guru sekolah agama jika darisegi kelulusan dan pengetahuan agamanya baik dan bacaan al-Qurannya sempurna darisegi tajwid. Yang bersalah melahirkan anak ini tanpa bapa yang sah adalah ibu bapanya sendiri kerana tidak bernikah . Mereka berdua akan menanggung dosa dan anak tak sah taraf ini tidak menanggung dosa atas perbuatan ibu bapanya. Anak tak sah taraf mempunyai hubungan nasab dengan ibunya tetapi tidak dengan bapa biologinya.

2. Jika wanita yang mengandung 2 bulan bernikah dengan lelaki lain (bukan dengan lelaki yang berzina dengannya sehingga dia mengandung) maka nikah tersebut sah dan mereka tak boleh berjimak sehingga anak tersebut lahir berdasarkah hadis nabi SAW maksudnya “Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, untuk menyiram benih kepada tanaman lelaki lain ( iaitu jika wanita sedang mengandungkan benih lelaki lain)” (Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi : Hadith Hasan). 

Tetapi sekiranya wanita yang mengandung 2 bulan itu berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya (menyebabkan dia mengandung) nikah mereka sah dan mereka boleh bersama-sama seperti suami isteri. Menurut pandangan ulama kandungan yang baru bermula (2 bulan) kemudian wanita dan lelaki tersebut bernikah dan tarikh dia bernikah secara sah dan dia mulakan jimak sekiranya masa kelahiran bayi di antara 7-8 bulan maka boleh di bin atau bintikan lelaki tersebut.

Ulama berpendapat seandainya seseorang telah berzina dengan seorang permpuan, lalu perempuan itu hamil kemudian dia berkahwin dan melahirkan anak, jika ana itu lahir (selepas perkahwinan) dalam tempoh 6 bulan atau lebih maka thabit nasabnya kepada bapanya. Jika anak itu lahir kurang dari 6 bulan tidak thabit nasab anak itu kepadanya.

Berkata Dr. Sobri Abdul Rauf iaitu seorang Ustaz Fiqh al-Muqaran di University al-Azhar : "Jika lelaki yang berzina kawin dengan perempuan yang berzina dengannya, kemudian mereka memperolehi anak selepas 6 bulan daripada al-Dukhul al-Syar'ie. Maka anak itu dinasabkan kepada bapaknya, kerana ia datang dari jalan yang dibenarkan. Adapun jika ia dilahirkan sebelum tempoh 6 bulan dari tarikh al-Dukhul, maka anak itu tidak dinasabkan kepada suaminya, maka ia dinasabkan kepada ibunya saja. 

Apabila wanita itu menegaskan bahwasanya ia telah hamil dari perbuatan zina dgn lelaki yang sama yang menikahinya selepas kehamilan. Maka anak tersebut adalah anak zina, maka ia tidak dinasabkan kepada bapanya, dan tidak mewarisi antara bapa dan anaknya itu, ia hanya waris ibunya saja...." wallahu a'lam. 

3. Menggugurkan kandungan setelah 4 bulan adalah haram dan berdosa besar kerana di kira membunuh janin yang telah di tiupkan roh. 

Jenayah rogol adalah suatu jenayah yang amat berleluasa dan ditakuti masyarakat Islam khususnya dan masyarakat agama lain khususnya. Bagi mangsa-mangsa yang telah diperlakukan sedemikian, maka akan terdengarlah khabar yang menjadi fitrah bagi wanita iaitu mengandung. 

Sungguhpun status anak dalam kandungan itu dianggap hina oleh masyarakat, namun di dalam Islam anak itu adalah mulia lagi suci. Sering kali juga wanita yang menghadapi situasi ini akan mengambil jalan pantas dengan menggugurkan kandungan atas sebab maruah, nama baik keluarga dan sebagainya. 

Apakah hukum dan fatwa yang telah dikeluarkan berkaitan isu ini?

Keputusan:  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkan Hukum Menggugurkan Kandungan Mangsa Yang Dirogol. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Haram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu. Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.

Keterangan/Hujah: 

Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Bagi Membanteras Masalah Sosial Bil 1 Tahun 2000 pada 16 Mei 2000 telah menyarankan agar satu kajian dilaksanakan supaya kaedah pengguguran dapat digunakan bagi mengatasi masalah berkaitan Seksyen 9 Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 iaitu mengenai perlindungan kepada wanita hamil/gadis yang hamil di luar nikah.

Kes rogol membabitkan semua peringkat umur dengan mangsa paling muda berusia 10 bulan hingga wanita bergelar nenek. Perbandingan kumpulan usia di antara mangsa dan perogol menunjukkan mereka memilih mangsa yang lebih muda. Pada tahun 1997, 55.8% mangsa berusia bawah 16 tahun, manakala 97.5% perogol berusia 16 tahun ke atas.
Statistik turut mendedahkan pada tahun 1998, tempat kejadian rogol banyak berlaku di rumah dan bangunan iaitu 67% yang dikatakan selamat untuk mendapat perlindungan, 8% ditempat terpencil dan 12% berlaku di dalam semak dan estate. Sementara 16% kes yang dilaporkan membabitkan kejadian rogol oleh orang yang tidak dikenali, 84% mangsa mengenali perogol iaitu mengikut pecahannya 20% di kalangan ahli keluarga dan 64% membabitkan rakan, rakan sekerja dan majikan.

Menggugurkan kandungan selepas empat (4) bulan adalah haram. Ini telah disepakati oleh para ulama’, kerana membunuh jiwa seseorang tanpa hak yang dibenarkan oleh syarak kecuali kerana dharurat. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.:

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ ۖ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu makan bangkai, darah, daging dan binatang yang tidak disembelih kerana Allah. Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Baqarah: ayat 173)

1002 . Soalan : Suami saya terdapat ganggun jin atau saka mungkin daripada keturunannya, adakah saka ini boleh di buangkan? Mohon pencerahan ustaz dalam masaalah ini.

Jawapan :

Masalah saka tiada ubat. Penyelesaiannya hanya di buangkan secara rawatan. Rawatannya adalah rawatan Islam menggunakan ayat-ayat al-Quran. Rawatan untuk buang saka akan diatur bagi yang memilih untuk lepaskan diri dari masalah ini.

Saka tidak disarankan dibela kerana menyalahi dari segi syariat. Perbuatan membela saka menyurus kepada syirik dan khurafat-(rujuk kitab dan ustaz). Ini kerana pergantungan kepada saka membuatkan eseorang merasa saka lebih berkuasa daripada Allah.

Bagaimana keadaan orang yang ada saka di sihir.

Jin yang dihantar oleh ahli sihir akan datang menggangu, dalam masa yang sama saka akan datang dengan dua tujuan:

1) Melindung dan memberi pertolongan kepada penerima saka
- sekirannya mendapat habuan-makanan.

2) Bersekongkol dan menyakiti secara zahir dan batin kepada penerima saka.-tidak mendapat makanan.

Apabila pesakit mendapatkan rawatan memulihkan diri dari sihir, sihir sembuh namun begitu saka tidak akan pergi. Kerana perjanjian terdahulu membolehkan ia terus mengikut penerima saka sehingga hari kiamat kecuali pesakit mengambil keputusan untuk membuat rawatan membuang saka. Jika pesakait tak yakin dia ada saka dan tak mahu berusaha membuangkannya maka rawatan tak akan dapat di lakukan.

Sebab itu, ramai yang berhabis duit sehingga beribu ringgit untuk merawat penyakit tetapi sakitnya tidak juga sembuh. Akhirnya menyalahkan perawat itu menipu. Ilmu membuang saka adalah ilmu tertinggi di dalam perubatan. Tidak semua pengamal perubatan Islam mempunyai ilmu membuang saka. Tidak semua perawat telus dan jujur memberitahu keadaan anda yang sebenar.

Sekiranya pernah terjadi perjanjian antara jin dan keturunan seseorang yang terdahulu, maka keturunan seterusnya tidak akan terlepas dari SAKA. 

Hampir 90% pesakit yang membuat rujukan kepada pusat-pusat rawatan Islam ada yang melibatkan SAKA.

Ramai juga yang sudah sedia tahu mereka ada saka, tapi masih ramai tidak tahu rupa-rupanya selama ini punca permasalahan adalah Saka. 

Untuk terpelihara daripada gangguan jin saka ini maka tidak ada jalan lain melainkan kita kembali kepada ajaran Islam sebenarnya, mengambil al-Quran dan as- Sunah dan yakin dan bertawkal sepenuhnya kepada Allah SWT. Haya Allah SWT sahaja akan dapat menjaga dan membantu kita untuk terselamat daripada gangguan dan tipu daya jin dan syaitan.

Firman Allah SWT :

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا)

Maksudnya : "Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.(Surah al-Jin (72) ayat 6)

Dalam ayat ini Allah SWT menyatakan pengakuan jin bahawa ramai manusia berlindung kepada laki-laki jin sehingga menyebabkan jin-jin itu bertambah ganas dan derhaka serta dapat dengan mudah menyeret orang-orang yang berlindung kepada mereka untuk berbuat kejahatan. Maksudnya, ketika orang-orang itu berlindung kepada jin kerana takut kepadanya dan tidak berlindung kepada Allah SWT, maka jin akan menghinakan mereka; dengan segala keberanian dan meningkatkan penganiayaan terhadap mereka. Oleh itu umat Islam di larang membela atau bersahabat dengan Jin Islam atau Jin Kafir walau pun dengan tujuan yang baik kerana boleh jatuh kepada syirik kerana meminta pertongan selain daripada Allah SWT.

Rawatan gangguan sihir dan saka : Terdapat 2 cara rawatan. 

Rawatan Pertama : 

1. Ambil tujuh helai sirih hijau atau daun teratai. Tumbuk dengan batu, besi atau apa saja sehingga lumat (boleh juga guna alat penghancur letrik - blinder)

2. Masuk tumbukan daun sirih atau daun teratai itu dalam satu mangkuk besar. Isi dengan air secukupnya untuk minum dan mandi seluruh badan.

3. Letakkan telapak tangan kananmu pada air yang sudah diisi tumbukan daun sirih.

4. Sentuhkan bibirmu pada mangkuk, sehingga nafas atau sebahagian dari ludahmu mengenainya.

5. Bacakan ayat-ayat berikut :

a. Baca Ayat Kursi. (Surah al-Baqarah ayat 255)

b. Bacakan Surah al-Kafirun.

c. Baca Surah al-Ikhlas.

d. Baca Surah al-Falaq.

e. Baca Surah an- Nas.

(Ayat-ayat dibawah adalah ayat penawar sihir)

f. Baca Surah al-A'raf ayat 117-119.

g. Baca Surah Yunus ayat 79-82.

h. Baca Surah Thaha ayat 65-69.

Setelah dijampi dengan ayat-ayat al-Quran di atas air itu diminumkan kepada si sakit, kemudian mandikan ia dengannya. Ulangi seminggu sekali dan sesudah itu in syaa Allah , sihir itu tidak akan ada lagi.

[Yakinlah kepada Allah SWT bahawasanya hanya Dia sahaja yang akan menyembuhkan segala penyakit termasuk penyakit disebabkan sihir hasil perbuatan jin dan syaitan]

Rawatan Kedua : 

Orang yang berusaha mengusir atau membunuh jin, tidak boleh tidak , haruslah orang yang betul-betul bertakwa kepada Allah SWT, percaya akan pertolongan-Nya, selalu mematuhi ketentuan-Nya, dan selalu dalam keadaan berwuduk. Hendaknya dia menyingkirkan segala macam gambar atau patung dari tempat dia melakukan pengubatan.

Sebab gambar-gambar dan patung-patung itu memiliki daya tarik yang kuat bagi jin. Jika si sakit seorang wanita, maka hendaklah dia memintanya berwuduk, lalu berbaring, dengan kedua kakinya ditutupi semacam selimut. Sebagai usaha berhati-hati, hendaknya dia meletakkan mushaf di atas kepala si sakit tepat ke arah pandangan matanya, sehingga jin tidak keluar dari tubuhnya lalu menghalangi pandangan matanya. Ada baiknya jika diletakkan mushaf di antara pusat dan auratnya (mushaf tersebut dipegang di atas badannya). 

Selanjutnya dia hendaklah meminta kepada salah seorang yang soleh untuk memegang hujung tapak kaki kirinya atau telapak kaki kanan dan kirinya jika diperkirakan jinnya lebih dari satu, atau jinnya mengaku beragama Islam dan mengatakan bahawa dia jin sufi, yang merupakan jenis jin sangat merbahaya. Kemungkinan besar, jin jenis ini adalah jin yang sangat mudah menerima kebenaran Islam dan sedia keluar dari tubuh si sakit kerana tunduk atau perintah Allah

Dari sinilah dimulai usaha pengubatan. Orang yang melakukan pengubatan, hendaknya melatakkan tangan kanannya di atas kepada si sakit, lalu membaca ditelinga kanannya ayat-ayat berikut :

Pertama : Surah al-Fatihah

Kedua : Surah al-Baqarah (Surah al-Baqarah ayat 1-4)

Ketiga : Ayat Kursi . (Surah al-Baqarah ayat 257)

Keempat : Surah al-Baqarah ayat 284-286 (empat ayat di bahagian akhir surah al-Baqarah.

Kelima : Surah Ali-Imran ayat 1-9

Keenam : Surah Ali Imran ayat 18-19

Ketujuh : Surah an-Nisa' ayat 115-121.

Kelapan : Surah al-A'raf ayat 54-55.

Kesembilan : Surah al-Mukminun ayat 115-118

Kesepuluh : Surah Yasin ayat 1-12

Kesebelas : Surah ash-Shaffat ayat 1-10.

Kedua belas : Surah Ghafir ayat 1-3.

Ketiga belas : Surah ar-Rahman ayat 1-16

Keempat belas : Surah al-Hasyr ayat 21-24.

Kelima belas : Surah al-Hadid ayat 1-6.

Keenam belas : Surah al-Jin ayat 1-3.

Ketujuh belas : Surah az-Zalzalah

Kelapan belas : Surah al-Qariah.

Kesembilan belas : Surah al-Humazah

Kedua puluh : Surah al-Fil.

Kedua puluh satu : Surah al-Kafirun

Kedua puluh dua : Surah al-Lahhab.

Kedua puluh tiga : Surah al-Ikhlas.

Kedua puluh empat : Surah al-Falaq

Kedua puluh lima : Surah an-Nas.

Di tengah-tengah bacaanmu itu, engkau boleh memohonkan kutukan Allah untuknya, 'Aku mengutukmu (jin yang ada dalam tubuh pesakit) dengan kutukan Allah yang sempurna.' 

Atau mengajaknya berbicara. Kalau jin tersebut kuat maka dia akan mahu berbicara. Tetapi kalau lemah, dia akan berdiam saja. Kalau dia mahu berbicara, ajaklah dia masuk Islam. Mudah-mudahan melalui dirimu, Allah memberi petunjuk kepadanya. Tetapi kalau dia bertahan dengan kekafirannya, maka diharapkan engkau tidak saja membunuhnya. 

Ingatlah firman Allah SWT yang bermaksud, "Tidak ada paksaan dalam memasuki agama Islam." (Surah al-Baqarah ayat 256)


Biasanya jin tersebut akan meminta izin kepadamu untuk keluar. Kalau sudah begitu katakan kepadanya, " Keluarlah dari ibu jari kaki sebelah kiri" kemudian ambil minyak wangi, dan urutlah ibu jari kaki sebelah kiri itu sebanyak 3 atau 4 kali, agar dia keluar dari pintu yang engkau bukakan melalui urutan tersebut, sesudah dia berjanji untuk tidak mengulangi kezalimannya.

1003. Soalan : Ustaz sebenarnya saya kurang jelas kenapa Allah SWT haramkan anjing dan daging babi (khinzir)?

Jawapan : 

Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa malaikat tidak masuk kerumah orang yang ada :
Pertama : Gambar
Kedua : Patung
Ketiga : Anjing. - 

Dalam sebuah hadisnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apabila seekor anjing minum dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka basuhlah ia tujuh kali.[Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Shahih al-Bukhari – hadis no: 172 (Kitab Wudhu, Bab jika anjing minum daripada bekas air ]

Hadis ini dikeluarkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Shahih al-Bukhari– hadis no: 172. 

Dalam riwayat-riwayat lain diterangkan bahawa salah satu basuhan hendaklah bersama dengan tanah. Sebahagian riwayat menyebut basuhan kali pertama, sebahagian lagi kali terakhir dan sebahagian lagi kali ke-lapan. Yang rajih (kuat) adalah basuhan kali pertama kerana sifat riwayat-riwayatnya.[ Ibn Hajar al-‘Asqalani – Fath al-Bari bi Syarh Shahih al-Bukhari (tahqiq Bin Baz; Dar al-Fikr, Beirut), jld. 1, ms. 369-370 dan al-Albani – Irwa’ al-Ghalel fi Takhrij Ahadith Manar al-Sabil (Maktab al-Islami, Beirut 1985), jld 1, ms 62.]

Sabda Rasullah S.A.W yang bermaksud:, Apabila anjing meminum air atau (menjilat) pada bekas air kepunyaan salah seorang di antara kamu, maka hendaklah bekas air itu dibasuh sebanyak tujuh kali (menyamak) salah satunya dengan tanah. (Hadis Riwayat Muslim)

Maksud hadis di atas ialah jika seekor anjing menjilat bekas-bekas air kita, bekas-bekas air itu perlu dibasuh 7 kali dengan salah satunya dengan tanah. Memang kena samak. Air liur kepunyaan anjing mempunyai berbagai-bagai kuman yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Sebab itu Allah SWT berfirman supaya semua tapak-tapak atau bekas-bekas yang terkena air liur anjing perlu dibasuh dan disamak.

Jika air liur anjing pun anda kena samak. Apatah lagi jika anda memegang atau menyentuh anjing? Anjing jika disentuh kulit dan bulunya ketika basah, dikuatiri kita akan dijangkiti penyakit sama seperti air liur anjing.

Hukum yang berkait dengan najis anjing bukan disandarkan pada ayat Al-Quran tetapi disandarkan kepada sunnah Nabawiyah. Kalau anda cari di dalam Al-Quran, tidak akan jumpa dalilnya. Bagi orang Islam sumber syariah selain daripada al-Quran iaitulah Sunnah Nabawiyah, Qias dan Ijma ulama. Sunnah Nabawiyah adalah semua perbuatan, perkataan dan hal yang didiamkan oleh Rasulullah SAW. Kedudukan sunnah Nabawiyah adalah sama dengan Al-Quran kerana pada hakikatnya adalah wahyu dari Allah swt juga, Hukum yang ditetapkan oleh al-Quran, hadis, Qias dan Ijma adalah hukum yang sah dan wajib diterima pakai di sisi syariat Islam.

Kenapa babi haram dimakan?

Islam telah melarang segala jenis darah, analisis kimia dari darah babi menunjukkan adanya kandungan yang tinggi dari uric acid (asam urat), suatu adunan kimia yang berbahaya bagi kesIhatan manusia, bersifat racun. Dengan kata lain uric acid sampah dalam darah yang terbentuk akibat metabolisme tubuh yang tidak sempurna yang diakibatkan oleh kandungan purine dalam makanan. Dalam tubuh manusia, senyawa ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan 98% dari uric acid dalam tubuh, dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal.

Dalam Islam dikenal peraturan khusus dalam penyembelihan haiwan, iaitu menyebut nama Allah Yang Maha Kuasa dan membuat irisan memotong urat nadi leher haiwan, tindakan membiarkan urat-urat dan organ organ lainnya utuh. Dengan cara ini menyebabkan kematian haiwan kerana kehabisan darah dari tubuh, bukannya kerana cedera pada organ asasnya, sebab jika organ-organ misalnya jantung, hati, atau otak dirosak, haiwan tersebut mati dengan segera dan darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging, mengakibatkan daging haiwan akan tercemar oleh uric acid, sehingga menjadikannya beracun, dan pada masa-masa kinilah para ahli makanan telah menyadari akan perkara ini, subhanallah.

Apakah kita tahu kalau babi tidak dapat disembelih di leher? Kerana babi tidak memiliki leher? Bagi orang muslim beranggapan kalau babi memang boleh dimakan dan layak bagi makanan manusia, tentu Sang Pencipta akan mencipta haiwan ini dengan memiliki leher. Ilmu kedoktoran mengetahui bahawa babi sebagai rerumah dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya, sistem biochemistry babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya.

Allah SWT jelas telah MENGHARAMKANNYA BABI
a. QS. Al Baqarah (2) : 173
b. QS. Al Maa’idah (5) : 3
c. QS. Al An `Aam (6) : 145
d. QS. An Nahl (16) : 115

Menggunakan babi hukumnya haram, baik atas daging, lemak, maupun bahagian-bahagian lainnya. Firman Allah SWT dalam QS.5:3 mengharamkan memakan bangkai, darah, dan daging babi. Demikian juga dengan firman-Nya dalam QS.6:145 dan QS.16.115, mengharamkan memakan bangkai, darah, dan daging babi. Dalil-dalil pada beberapa ayat ini merupakan nash yang jelas, yang menegaskan tentang keharaman, antara lain menggunakan babi.

Al-Quran menggunakan kata lahma (daging) kerana sebagian besar pengambilan manfaat dari babi adalah daging. Selain itu, dalam daging babi selalu terdapat lemak. Al-Qur’an menggunakan kata lahma, pengharaman babi bukan hanya dagingnya. Tetapi seluruh tubuh haiwan babi.

Pandangan ini sesuai dengan kaedah ushul fiqh: min dzikri’l-juz I wa iradati’l kulli. Artinya yang disebutkan sebahagian dan dikehendaki seluruhnya. Bahawa daging babi mengandung cacing pita (taenia solium), hampir semua orang sudah mengenalnya. Ternyata tidak hanya itu bahaya yang mengancam pemakan babi. 

Lemak babi mengandungi kolesterol paling tinggi dibandingkan dengan lemak haiwan lainnya. Darahnya mengandungi asam urat paling tinggi. Asam urat merupakan bahan yang jika terdapat dalam darah dapat menimbulkan berbagai penyakit pada manusia. Sudah menjadi pengetahuan umum bahwa sedikitnya 70 jenis penyakit yang lazim dihidap haiwan babi dan beberapa diantaranya dapat menjankiti manusia yang memakannya.

Hikmah diharamkannya daging babi, terutama mengandungi cacing pita, seringkali disanggah oleh para ahli kesihatan modern. Mereka mengatakan bahawa cacing tersebut mudah dihilangkan bahkan dengan teknik pemasakan yang paling sederhana. Pandangan ini sungguh menyesatkan karana babi itu sendiri menjijikkan bagi orang yang bersih jiwanya. Allah SWT mengharamkan sejak masa silam untuk waktu yang lama agar manusia mengetahui.

1004. Soalan : Ustaz..saya nak menta penjelasan kepada ustaz dan saya harap ustaz sudi nak bagi penjelasan kepada saya..saya sudah mempunyai plihan seorang lelaki yang saya yakini dia mampu membahagiakan saya mampu menjadi imam dunia akhirat saya..tetapi orang tua saya tidak merestui hubungan kami kerana harta dan pangkat...sedangkan saya tidak ingin mencari pendamping hidup yang berdasarkan harta dan pangkat saja..saya nak minta penjelasan daripada ustaz macamana  cara biar orang tua saya boleh merestui hubungn kami dan adakah doa atau zikir yang boleh saya amalkan supaya orang tua saya boleh membukakan pntu hatinya untuk menerima plihan saya tersebut...mohon penjelasan daripada ustaz dan terimakasih....

Jawapan : 

Kirana Cahaya Adzharina Apabila saudari telah ada pilihan hati sedangkan kedua ibu bapa tak merestui pilihan tersebut kerana mungkin pemuda tersebut tidak ada pangkat dan harta, maka adalah di sarankan bahawa saudari perlulah bersabar sedikit janganlah ikut perasaan dan nafsu sehingga sanggup lari ke Indonesia atau Thailand bernikah di sana. 

Perlulah saudari teruskan pujuk kedua ibu bapa dan banyakkan solat hajat dan istikharah kerana mungkin penolakkan ibu bapa kepada pemuda tersebut ada hikmah yang saudari tidak mengetahui. 

Jangan tinggalkan kedua ibu bapa dan jangan sekali-sekali putuskan silaturahim dengan kedua ibu bapa kerana redha Allah adalah bergantung redha kedua ibu bapa dan tak akan masuk syurga siapa yang memutuskan silaturahim. 

Adakah pemilihan saudari kepada pemuda tersebut atas dasar agamanya ke atau atas dasar yang lain? Saudari rasa dapat membahagiakan saudari adakah saudari telah solat istikharah bahawa telah ada petunjuk bahawa beliau sesuai untuk saudari?

Maka semua faktor perlulah di timbangkan sebelum membuat keputusan yang muktamad dan ingatlah betapa payahnya ibu bapa pembesarkan, memberikan kasih sayang dan pendidikan kepada saudari janganlah di akhir hayat kita, kita menjadi anak yang derhaka kerana anak derhaka tak dapat cium bau syurga. Syurga anak di bawah tapak kaki ibu.

1005. Soalan : Saya nak tanya ada tak doa-doa khas untuk orang yang kena santau..
atau cara-cara untuk membantu orang yang sakit kena santau.?

Jawapan :

Terdapat beberapa cara untuk merawat seseorang yang telah mendapat sihir : 1. Ambil tujuh helai sirih hijau atau daun teratai. Tumbuk dengan batu, besi atau apa saja sehingga lumat (boleh juga guna alat penghancur letrik - blinder)

2. Masuk tumbukan daun sirih atau daun teratai itu dalam satu mangkuk besar. Isi dengan air secukupnya untuk minum dan mandi seluruh badan.

3. Letakkan telapak tangan kananmu pada air yang sudah diisi tumbukan daun sirih.

4. Sentuhkan bibirmu pada mangkuk, sehingga nafas atau sebahagian dari ludahmu mengenainya.

5. Bacakan ayat-ayat berikut :

a. Baca Ayat Kursi. (Surah al-Baqarah ayat 255)

b. Bacakan Surah al-Kafirun.

c. Baca Surah al-Ikhlas.

d. Baca Surah al-Falaq.

e. Baca Surah an- Nas.

(Ayat-ayat dibawah adalah ayat penawar sihir)

f. Baca Surah al-A'raf ayat 117-119.

g. Baca Surah Yunus ayat 79-82.

h. Baca Surah Thaha ayat 65-69.

Setelah dijampi dengan ayat-ayat al-Quran di atas air itu diminumkan kepada si sakit, kemudian mandikan ia dengannya. Ulangi seminggu sekali dan sesudah itu in syaa Allah , sihir itu tidak akan ada lagi.

[Yakinlah kepada Allah SWT bahawasanya hanya Dia sahaja yang akan menyembuhkan segala penyakit termasuk penyakit disebabkan sihir hasil perbuatan jin dan syaitan]

Cara Rawatan Seseorang Terkena Sihir Yang Berat : 

Orang yang berusaha mengusir atau membunuh jin, tidak boleh tidak , haruslah orang yang betul-betul bertakwa kepada Allah SWT, percaya akan pertolongan-Nya, selalu mematuhi ketentuan-Nya, dan selalu dalam keadaan berwuduk. Hendaknya dia menyingkirkan segala macam gambar atau patung dari tempat dia melakukan pengubatan.

Sebab gambar-gambar dan patung-patung itu memiliki daya tarik yang kuat bagi jin. Jika si sakit seorang wanita, maka hendaklah dia memintanya berwuduk, lalu berbaring, dengan kedua kakinya ditutupi semacam selimut. Sebagai usaha berhati-hati, hendaknya dia meletakkan mushaf di atas kepala si sakit tepat ke arah pandangan matanya, sehingga jin tidak keluar dari tubuhnya lalu menghalangi pandangan matanya. Ada baiknya jika diletakkan mushaf di antara pusat dan auratnya (mushaf tersebut dipegang di atas badannya). 

Selanjutnya dia hendaklah meminta kepada salah seorang yang soleh untuk memegang hujung tapak kaki kirinya atau telapak kaki kanan dan kirinya jika diperkirakan jinnya lebih dari satu, atau jinnya mengaku beragama Islam dan mengatakan bahawa dia jin sufi, yang merupakan jenis jin sangat merbahaya. Kemungkinan besar, jin jenis ini adalah jin yang sangat mudah menerima kebenaran Islam dan sedia keluar dari tubuh si sakit kerana tunduk atau perintah Allah

Dari sinilah dimulai usaha pengubatan. Orang yang melakukan pengubatan, hendaknya melatakkan tangan kanannya di atas kepada si sakit, lalu membaca ditelinga kanannya ayat-ayat berikut :

Pertama : Surah al-Fatihah

Kedua : Surah al-Baqarah (Surah al-Baqarah ayat 1-4)

Ketiga : Ayat Kursi . (Surah al-Baqarah ayat 257)

Keempat : Surah al-Baqarah ayat 284-286 (empat ayat di bahagian akhir surah al-Baqarah.

Kelima : Surah Ali-Imran ayat 1-9

Keenam : Surah Ali Imran ayat 18-19

Ketujuh : Surah an-Nisa' ayat 115-121.

Kelapan : Surah al-A'raf ayat 54-55.

Kesembilan : Surah al-Mukminun ayat 115-118

Kesepuluh : Surah Yasin ayat 1-12

Kesebelas : Surah ash-Shaffat ayat 1-10.

Kedua belas : Surah Ghafir ayat 1-3.

Ketiga belas : Surah ar-Rahman ayat 1-16

Keempat belas : Surah al-Hasyr ayat 21-24.

Kelima belas : Surah al-Hadid ayat 1-6.

Keenam belas : Surah al-Jin ayat 1-3.

Ketujuh belas : Surah az-Zalzalah

Kelapan belas : Surah al-Qariah.

Kesembilan belas : Surah al-Humazah

Kedua puluh : Surah al-Fil.

Kedua puluh satu : Surah al-Kafirun

Kedua puluh dua : Surah al-Lahhab.

Kedua puluh tiga : Surah al-Ikhlas.

Kedua puluh empat : Surah al-Falaq

Kedua puluh lima : Surah an-Nas.

Di tengah-tengah bacaanmu itu, engkau boleh memohonkan kutukan Allah untuknya, 'Aku mengutukmu (jin yang ada dalam tubuh pesakit) dengan kutukan Allah yang sempurna.' 

Atau mengajaknya berbicara. Kalau jin tersebut kuat maka dia akan mahu berbicara. Tetapi kalau lemah, dia akan berdiam saja. Kalau dia mahu berbicara, ajaklah dia masuk Islam. Mudah-mudahan melalui dirimu, Allah memberi petunjuk kepadanya. Tetapi kalau dia bertahan dengan kekafirannya, maka diharapkan engkau tidak saja membunuhnya. 

Ingatlah firman Allah SWT yang bermaksud, "Tidak ada paksaan dalam memasuki agama Islam." (Surah al-Baqarah ayat 256)

Biasanya jin tersebut akan meminta izin kepadamu untuk keluar. Kalau sudah begitu katakan kepadanya, " Keluarlah dari ibu jari kaki sebelah kiri" kemudian ambil minyak wangi, dan urutlah ibu jari kaki sebelah kiri itu sebanyak 3 atau 4 kali, agar dia keluar dari pintu yang engkau bukakan melalui urutan tersebut, sesudah dia berjanji untuk tidak mengulangi kezalimannya.

No comments:

Post a Comment