Sunday, January 18, 2015

Tanyalah Ustaz Siri 205 (Menggunakan Pingan Sumbing, Hukum Jumpa Bomoh Barang Hilang, Hukum Buat Aqiqah Setelah Baligh, Bapa Ambil Duit Anak Tanpa Di Ketahui Dan Seksa Kubur Sebab Najis Kencing.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh                                                                              

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 205 adalah menjelaskan persoalan menggunakan pingan sumbing, hukum jumpa bomoh barang hilang, hukum buat aqiqah setelah baligh, bapa ambil duit anak tanpa di ketahui dan seksa kubur sebab najis kencing.

981. Soalan : Ustaz apa hukum guna pinggan sumbing?

Jawapan :

Hukumnya makruh. Di dalam kitab Sunan Abi Daud diriwayatkan hadis dari Abu Said Al-Khudri bahawa ia mengkhabarkan : “Rasulullah Sallalahu ‘Alaihi Wasalam melarang minum dari bahagian cawan yang pecah dan melarang untuk bernafas dalam air minum.”

Jika cawan atau pingan kita retak , pecah atau sumbing hendaklah dibuangkan sahaja jangan digunakan lagi.

Ini termasuk etika yang diajarkan untuk kemaslahatan orang yang minum, sebab minum melalui bahagian cawan yang sumbing boleh menyebabkan beberapa bahaya:

Kotoran yang biasanya ada dipermukaan air, akan berkumpul di bahagian cawan yang sumbinng, lain halnya bahagian tepi cawan yang masih utuh.

1. Ia boleh mengganggu ketika minum. Minum melalui bahagian cawan yang sumbing atau pecah tidak boleh dilakukan dengan baik.

2. Kotoran dan seumpamanya biasa terhimpun di bahagian cawan yang pecah, kerana tidak ikut dibersihkan ketika dicuci, tidak sebagaimana cawan yang masih baik.

3. Bahagian yang sumbing adalah bahagian yang buruk pada cawan, iaitu bahagian yang paling tidak bagus hingga mesti dielakkan, lebih baik dicari bahagian yang masih baik, sebab bahagian yang buruk dari segala sesuatu pasti tidak ada baiknya.

4. Boleh jadi bahagian yang pecah itu mempunyai belahan atau bahagian yang runcing yang boleh melukai mulut orang yang minum melalui bahagian tersebut.
Adapun bernafas dalam air minum, risikonya adalah menimbulkan bau busuk pada air minum yang tidak disukai orang lain, terutama sekali orang yang bau mulutnya mengalami perubahan buruk. Pada dasarnya, secara umum nafas orang yang minum akan bercampur ke dalam air tersebut.

Justeru, Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasalam menggabungkan antara larangan meniup air dan larangan bernafas dalam air dalam hadis At-Tirmizi dan dinyatakan sahih oleh baginda, dari Ibnu Abbas bahawa ia mengkhabarkan : “Rasulullah melarang meniup air dan bernafas dalam air minum.”

982. Soalan : Apa hukum nya ada hamba Allah ni,,,kehilangan harta benda yang bernilai,selepas tu dia pegi berjumpa dngan orang-orang yang mahir untuk tau siapa dan di mana barang tersebut, sambil tu dia nak buat orang tu panas...Adakah di kira berdosa ustaz?

Jawapan :

Seseorang untuk menilik barang yang hilang adalah perbuatan syirik dan amat di larang oleh Allah SWT. Islam melarang keras umatnya berjumpa bomoh untuk mengetahui perkara-pekara ghaib , tenung nasib, mencari barang yang hilang dan kononnya cuba nak tahu siapa yang mencurinya, mencari-cari berita sesiapa yang "buat" atau membencinya dan berubat dengannya maka solatnya tidak akan diterima oleh Allah SWT selama 40 hari. Sebenarnya jin dan syaitan akan menceritakan berita bohong kepada bomoh tersebut supaya berlaku perpecahan dikalangan ahli keluarga atau jiran tetangga.

Sabda Nabi SAW bermaksud: “Barangsiapa datang kepada tukang tenung (bomoh), kemudian dia membenarkan perkataannya, maka sembahyangnya tidak diterima oleh Allah selama 40 hari.”(Hadis Riwayat 

Tidak ada siapa yang mahir di dalam perkara ghaib melainkan Allah SWT kerana kunci ilmu ghaib adalah milik Allah SWT semata-mata . Allah SWT berfirman,

إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الأرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dialah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Surah Al Luqman ayat 34)

Sering kita dengar, orang-orang hanya mengaitkan masalah-masalah yang ghaib dengan hal-hal mistis, yang ghaib ialah hal-hal yang menakutkan, malah banyak orang yang berani menerangkan hal ghaib tanpa ia merujuk kepada Al Quran dan sunnah Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda dalam hadis yang panjang, yang telah diriwayatkan oleh Syaikhani, Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim,

خَمْسٍ لَا يَعْلَمُهُنَّ إِلَّا اللَّهُ ثُمَّ تَلَا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ }

“Ada lima perkara (ghaib) tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah, kemudian Rasul membaca (QS Luqman 34) : (1) sesungguhnya hanya disisiNya lah ilmu tentang hari kiamat; (2) Dan Dia yang menurunkan hujan; (3)Dia yang mengetahui apa yang ada dalam rahim; (4) dan tidak ada orang yang mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakan/diperoleh besok, (5) dan tidak ada seorangpun yang mengetahui di bumi mana ia akan meninggal dunia. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal.”

983. Soalan : Jika seseorang  tidak pernah di buatkan aqiqah kerana keluarganya tidak mampu adakah sudah dewasa boleh di buat aqiqah? Ada kah dia kena buat aqiqah dulu baru korban?.. Tolong jelaskan ustaz. Tema kasih

Jawapan :

Tidak ada aqiqah setelah baligh. Aqiqah disyariatkan hanya untuk bayi, bukan untuk yang sudah baligh atau dewasa. Rasulullah SAW bersabda;

مَنْ أَحَبَّ مِنْكُمْ أَنْ يَنْسُكَ عَنْ وَلَدِهِ فَلْيَفْعَلْ عَنْ الْغُلَامِ شَاتَانِ مُكَافَأَتَانِ وَعَنْ الْجَارِيَةِ شَاةٌ

“Barangsiapa diantara kalian ada yang suka berkorban (mengaqiqahi) untuk anaknya, maka silakan melakukan. Untuk satu anak lelaki dua kambing dan satu anak perempuan satu kambing” (H.R.Ahmad)

Ketika Rasulullah SAW menganjurkan Aqiqah dalam Hadis di atas, baginda menyebut Aqiqah itu adalah untuk walad (anak) dengan ketentuan anak lelaki (ghulam) dua kambing sementara anak wanita (Jariyah) adalah satu kambing. Penyebutan istilah Ghulam, dan Jariyah adalah istilah untuk menyebut anak yang belum baligh.

Aqiqah disyariatkan pada hari ke tujuh. Abu Daud meriwayatkan;

سنن أبى داود (8/ 17)

عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدُبٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ غُلَامٍ رَهِينَةٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى

“Dari Samurah bin Jundub bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Setiap anak digadaikan dengan Aqiqahnya, disembelihkan untuknya pada hari ketujuh, dicukur dan diberi nama (H.R.Abu Daud)

Aisyah berpendapat Aqiqah boleh dilaksanakan sampai maksima hari ke 21. Ishaq bin Rohawaih meriwayatkan;

مسند إسحاق بن راهويه (3/ 692)

أخبرنا يعلى بن عبيد نا عبد الملك عن عطاء عن أبي كرز عن أم كرز قالت قالت امرأة من أهل عبد الرحمن بن أبي بكر إن ولدت امرأة عبد الرحمن غلاما نحرنا عنه جزورا فقالت عائشة : لا بل السنة عن الغلام شاتان مكافئتان وعن الجارية شاة يطبخ جدولا ولا يكسر لها عظم فيأكل ويطعم ويتصدق يفعل ذلك في اليوم السابع فإن لم يفعل ففي أربع عشرة فإن لم يفعل ففي إحدى وعشرين

“Dari Ummu Karz beliau berkata; Seorang wanita dari keluarga Abdurrahman bin Abu Bakar berkata;Jika isteri Abdurrahman melahirkan seorang putera maka kita akan menyembelihkan untuknya seekor unta. Maka Aisyah berkata; tidak, tetapi sunnahnya adalah; untuk putera dua kambing yang setara dan untuk puteri satu kambing. Dimasak dalam keadaan sudah dipotong-potong dan tidak dipatahkan tulangnya. Lalu dimakan, dibuat menjamu, dan di sedekahkan. Hal itu dilakukan pada hari ke-7, jika tidak maka hari ke-14 jika tidak maka hari ke 21″ (Musnad Ishaq bin Rahawaih)

Seandainya Aqiqah setelah dewasa disyariatkan maka tidak ada gunanya memberikan batasan hari ketujuh, atau maksima 21 dalam ijtihad Aisyah. Seharusnya pula ada riwayat shahih yang lugas menunjukkan disyariatkannya Aqiqah setelah baligh. Masalahnya, tidak ada satupun Nash sahih yang menunjukkan disyariatkannya Aqiqah setelah baligh, sehingga boleh dikatakan tidak ada kesunnahan melakukan Aqiqah setelah baligh sebagaimana tidak ada anjuran mengaqiqahi diri sendiri.

Adapun riwayat Al-Bazaar yang menyebutkan bahwa Nabi mengaqiqahi dirinya sendiri setelah masa kenabian, yaitu riwayat yang berbunyi;

مسند البزار (2/ 345)

عَن أَنَس ؛ أَن النبي صلى الله عليه وسلم عق عن نفسه بعدما بعث نبيا.

Dari Anas; Bahwasanya Nabi SAW mengaqiqahi dirinya sendiri sesudah diutus menjadi Nabi (H.R.Al-Bazzar)

Riwayat ini tidak boleh dijadikan sebagai Hujjah kerana ada perawi yang bernama Abdullah bin Al-Muharror. Al-Bazzar mengatakan; dia Dhaif Jiddan (sangat lemah). An-Nawawi mengatakan; Hadis ini bathil, Al-Baihaqy menilainya Munkar.

Adapun pendapat yang mensahihkan Hadis ini dengan memakai riwayat At-Thobarony dalam Al-Mu’jam Al-Ausath atau yang semisal dengannya, yakni riwayat yang berbunyi;

المعجم الأوسط (1/ 298)

حدثنا أحمد قال حدثنا الهيثم قال حدثنا عبد الله عن ثمامة عن أنس : أن النبي عق عن نفسه بعد ما بعث نبيا

Ahmad memberitahu kami, beliau berkata; Al Haitsam memberitahu kami, beliau berkata: Abdullah memberitahu kami dari Tsumamah dari Anas: Bahwasanya Nabi SAW mengaqiqahi dirinya sendiri setelah diutus menjadi Nabi (H.R.At-Thobarony dalam Al-Mu’jam Al-Ausath)

Maka penilaian sahih itu tidak dapat diterima berdasarkan sejumlah argumen;

Pertama:

Di dalam Sanadnya ada perawi yang bernama Al-Haitsam. Al-Haitsam yang dimaksud dalam Sanad ini adalah Abu Sahl Al-Haitsam bin Jamil Al-Baghdady. Perawi ini, meskipun dikategorikan sebagai perawi adil, namun sejumlah ulama dan pengkritik Hadis mengkritiknya dari sisi kedhobitannya. Ibnu Ady mensifatinya sebagai berikut;

تهذيب التهذيب (11/ 81)

ليس بالحافظ يغلط على الثقات وارجو انه لا يتعمد الكذب

“Bukan Hafidh, melakukan kekeliruan terhadap para perawi tsiqot, dan aku berharap dia tidak sengaja berdusta” (Tahdzib At-Tahdzib, vol 11, hlm 81)

Ibnu Hajar mengutip penilaian Abu Nu’aim Al-Ashbahany sebagai berikut;

تهذيب التهذيب (11/ 81)

وقال أبو نعيم الاصبهاني أنه…متروك

“Abu Nu’aim Al-Ashbahani berkata bahwa dia itu Matruk -ditinggalkan- (Tahdzib At-Tahdzib, vol 11, hlm 81)

Ad-Dzahaby mengatakan dalam Al-Mughni Fi Adh-Dhu’afa';

المغني في الضعفاء (2/ 716)

الهيثم بن جميل حافظ له مناكير وغرائب

“Al-Haitsam bin Jamil: Hafidh, meriwayatkan sejumlah Hadis Munkar dan Ghorib” (Al-Mughni Fi Adh-Dhu’afa, vol 2, hlm 716)

Dari penilaian para pengkritik Hadis di atas, boleh difahami bahwa problem Al-Haitsam bin Jamil bukanlah dari sisi keadilannya, namun dari sisi kedhobitannya yang disifati Ibnu ‘Ady melakukan kekeliruan periwayatan dari para perawi Tsiqot dan disifati Adz-Dzahaby meriwayatkan sejumlah Hadis Ghorib dan Hadis-Hadis yang bertentangan dengan perawi yang lebih Tsiqoh. Perawi dengan kualifikasi seperti ini sulit untuk dijamin keamanannya dari sisi kemungkinan kekeliruan menisbatkan, membalik, menukar, menambahi, mengurangi, dan semua cacat-cacat yang terkait dengan persoalan hafalan. Bukhari memilih tidak memasukkannya dalam Shahihnya, dan hanya memakainya dalam kitabnya Al-Adab Al-Mufrod dan itupun oleh Al-Albani riwayatnya dari Muhammad bin Muslim dari Ibnu Abi Husain tentang doa istighfar didhoifkan. Imam Ahmad, meskipun memberikan statemen positif terhadap Al-Haitsam, namun terkait riwayat Abdullah bin Al-Muharror yang meriwayatkan Hadis bahwa Nabi mengaqiqohi dirinya sendiri setelah diangkat menajdi Nabi, Imam Ahmad menilainya sebagai Hadis Munkar. Hal ini tidak mungkin terjadi jika Imam Ahmad menerima riwayat Al-Haitsam terkait Hadis ini. Seandainya beliau memang menerima riwayat Al-Haitsam, seharusnya riwayat Al-Haitsam dijadikan penguat riwayat Abdullah bin Al-Muharror sehingga statusnya boleh naik menjadi Hadis Hasan atau Shahih, bukan Munkar. Diamnya imam Ahmad terhadap riwayat Al-Haitsam tidak boleh ditafsiri bahwa beliau menerimanya, namun justru lebih dekat jika ditafsiri bahwa beliau menolaknya karena beliau tidak menjadikannya sebagai Syahid (penguat).

984. Soalan : Ustaz bolehkah ibu bapa menggambil duit anaknya tanpa pengetahuan anak itu sendiri.? Minta pencerahan.

Jawapan :

Tidak menjadi dosa jika ibu bapa mengambil harta anak lelakinya tanpa di beritahu kerana ibubapa memiliki hak terhadap sebahagian harta anak. Tetapi sebaik-baiknya minta izin adalah akhlak yang terpuji.

Pernah seorang anak datang mengadu kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: “Wahai Rasulullah, saya memiliki harta dan anak akan tetapi ayahku ingin menghabiskan harta aku.” Rasulullah menjawab: “Kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu.”[Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 2291(Kitab al-Tijarah, Bab apa bahagian ayah daripada harta anaknya) ]

Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Tidak dihalalkan bagi seseorang memberikan satu pemberian kemudian memintanya balik kecuali seorang ayah terhadap apa yang diberikannya kepada anaknya.[ Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi – hadis no: 1299(Kitab al-Buyu’, Bab berkenaan mengambil balik apa yang telah diberikan) ]

Kedua-dua hadis di atas dapat dikupas dari dua sudut:

Sudut Pertama :

Ia adalah dari sudut keutamaan dimana ia menunjukkan betapa besar hak ibubapa ke atas kita sehingga harta kita dan apa yang pernah mereka berikan kepada kita boleh menjadi milik mereka. Sekalipun kedua-dua hadis di atas hanya merujuk kepada seorang ayah, akan tetapi seorang ibu termasuk sama. Ini kerana hak seorang ibu terhadap anaknya adalah lebih besar sebagaimana yang dijelaskan dalam beberapa hadis sebelum ini.

Sudut Kedua :

Ia adalah dari sudut hukum fiqh, maka hukum yang terkandung dalam kedua-dua hadis bukanlah secara mutlak tetapi dibatasi dengan kaedah bahawa ketaatan hanya dalam perkara yang ma’ruf, bukan maksiat. Sebelum ini telah dikemukakan dua buah hadis:
Menjadi kewajipan seorang muslim untuk mendengar dan taat, perkara yang disukai mahupun yang dibenci selagi mana ia tidak melibatkan maksiat. Maka jika disuruh untuk melakukan maksiat maka tidak perlu mendengar dan tidak perlu mentaatinya.[Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 7144 (Kitab al-Ahkam, Bab mendengar dan taat kepada pemerintah selagi mana ia bukan merupakan maksiat). ]

Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah aku lebih dicintainya berbanding ibubapanya, anaknya dan manusia seluruhnya.[Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 15 (Kitab al-Iman, Bab mencintai Rasulullah adalah sebahagian daripada iman) ]

Oleh itu apabila dikatakan: “Kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu”, maka ia bukanlah keseluruhan harta sehingga meninggalkan kita dalam keadaan muflis dan merana. Akan tetapi yang dimaksudkan adalah, ibubapa memiliki kedudukan yang amat besar terhadap kita sehingga mereka berhak kepada sebahagian daripada harta kita. Betapa tidak, bukankah ibubapa juga, ketika kita masih kecil, telah mengorbankan sebahagian besar harta mereka untuk membesar dan mendidik kita? Justeru berdasarkan hadis ini, kita tidak boleh bersikap kedekut terhadap ibubapa. Hendaklah secara rela kita berkongsi sebahagian harta bersama ibubapa dan memberikan lebih dari itu jika mereka berhajat kepadanya.

Perkara ini turut disentuh oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan firman-Nya:
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): “Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)?” Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada kedua ibubapa…” (Surah al-Baqarah 2:215)

Dalam sebuah hadisnya, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:
Seorang anak belum membalas budi ayahnya sehingga dia mendapati ayahnya seorang budak hamba, lalu dia membelinya dan memerdekakannya.[Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 3659 (Kitab al-Adab, Bab berbuat baik kepada ibubapa). ]

Demikian juga berkenaan hak ibubapa untuk mengambil semula pemberian mereka kepada kita. Pengambilan semula adalah dengan syarat ia tidak menjadikan kita dalam keadaan yang sukar. Sebagai contoh, jika ibubapa telah memberi duit pendahuluan kepada kita untuk membeli kereta, mereka hanya boleh meminta balik duit tersebut jika kita belum membeli kereta. Jika kita sudah membeli kereta, ibubapa tidak boleh meminta balik kerana ini akan membebankan kita.

Sebelum beralih ke hadis seterusnya, ingin ditekankan bahawa memberi harta atau wang ringgit kepada ibubapa hanyalah merupakan sebahagian daripada tuntutan berbuat baik kepada ibubapa. Ia tidak mewakili keseluruhan daripada tuntutan tersebut. Selain itu tidak diendahkan langsung hal ehwal ibubapa. Malah jika diketahui ibubapanya amat menghajati anak-anaknya, hajat tersebut ditutupi dengan cara menambah elaun bulanan.

Ketahuilah bahawa bagi kebanyakan ibubapa, perhatian daripada kita sebagai anak-anak lebih mereka hargai daripada wang ringgit. Sering menalifon, menghantar surat dan balik ke kampung lebih dihargai dan diredhai oleh ibubapa daripada “RM” sekian-sekian yang dihantar setiap bulan.

985.Soalan : Bolehkah ustaz jelaskan cara beristinjak yang betul untuk lelaki dan wanita dalam hadis menyatakan salah satu sebab di seksa di kubur kerana perkara kecil iaitu tidak bersih semasa beristinjak najis air kencing.?

Jawapan :

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna berkata, Muhammad bin Hazm berkata, telah menceritakan kepada kami Al A’masy dari Mujahid dan Thawus dari Ibnu Abbas ra berkata:

“Rasulullah SAW melalui dekat dua kuburan, lalu baginda bersabda “Sesungguhnya keduanya sedang diseksa, dan keduanya diseksa bukan kerana perkara besar. Yang satu diseksa kerana tidak bersuci setelah kencing, sementara yang satunya suka mengadu domba (menyebar fitnah)”. Kemudian baginda mengambil sebatang dahan kurma yang masih basah, baginda lalu membelahnya menjadi dua bahagian kemudian diletakkan pada kedua-dua kuburan tersebut. Para sahabat bertanya “Wahai Rasulullah, kenapa tuan melakukan ini?” baginda menjawab “Semoga seksa keduanya diringankan selama batang pohon ini basah”.(Hadis Riwayat Bukhari di dalam Sahihnya, Kitab Wuduk, Bab membersihkan kencing, no 216; juga diriwayatkan oleh Muslim, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Perbuatan mengelakkan diri dari terkena percikan atau saki baki kencing mungkin dianggap remeh, seperti mana sabda baginda dalam hadis di atas, bukan suatu perkara yang besar dan bukan suatu yang rumit. Perbuatan itu suatu yang mudah, tetapi kerana orang melihatnya mudah, orang mengambil sikap sambil lewa, meremehkan perbuatan mudah ini, lalu mengakibatkan mereka ditimpa azab di dalam kubur tanpa mereka sangka.

AKIBAT DI DUNIA, ATAS KELALAIAN DALAM MENJAGA NAJIS KENCING

Salah satu akibat utamanya ialah solat tidak sah. Sebagaimana yang kita tahu, salah satu syarat sah solat ialah suci dari najis. Air kencing merupakan salah satu najis yang menyebabkan syarat sah solat tidak dipenuhi, lantas solat kita tidak dikira sah. Ini berdasarkan dalil:

Telah menceritakan kepada kami Waki’ berkata; telah menceritakan kepada kami Dawud Al Adawi dari ayahnya dari Abu Hurairah ra dia berkata; Rasulullah SAW bersabda; “Jangan sampai salah seorang dari kalian solat sedang pada dirinya terdapat kotoran tahi dan air kencing” (Hadis Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, kitab 6 (Sisa Musnad Sahabat yang Banyak Meriwayatkan Hadis), Musnad Abu Hurairah ra)

Akibat-akibat lain ialah, kemungkinan akan terkena penyakit, penyebab pakaian / tubuh berbau busuk, najis akan berpindah kepada benda lain yang dikhuatiri penyebab ibadah kita di masa akan datang tidak sah, najis akan berpindah apabila dimasukkan ke dalam mesin basuh yang tidak melalukan air dengan sekali lalu dalam memindahkan najis (rendaman mesin basuh tidak dikira air mengalir), dan banyak lagi.

BAGAIMANA UNTUK MENGELAK SEKSA KUBUR DISEBABKAN AIR KENCING?

Ulama menggariskan panduan untuk kita, khususnya bagi lelaki untuk membersihkan saki baki kencing dan panduan mengelak dari terkena percikan kencing. Lelaki lebih frequent mengidap penyakit kencing tidak lawas berbanding wanita. Jadi lelaki kena beri lebih perhatian terhadap perkara ini.

1) Mengurut kemaluan selepas kencing

Dari Isa bin Yazdad Al Yamani dari ayahnya ia berkata; Rasulullah saw bersabda: “Jika salah seorang dari kalian kencing, hendaklah mengurut kemaluannya tiga kali”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah di dalam kitab Sunannya, 2/65; hadis ini lemah menurut jumhur ulama, namun jika perbuatan ini berkesan, ulama membenarkan ia diamalkan tanpa mensandarkan sunnah pada baginda Nabi)

2) Berdehem selepas kencing

Menurut Imam Nawawi di dalam kitab Majmu’ Sharh Muhazzab: 
“Beberapa ulama di kalangan mazhab Syafie (mengatakan bahawa): Sesungguhnya adalah mustahab (digalakkan) bersabar selepas beristinja’, mengurut Zakar sambil berdehem”

3) Kencing duduk

Ulama menghukumkan kencing berdiri sebagai makruh. Namun tidaklah berdosa jika kencing berdiri, asalkan dijaga diri dari terkena najis air kencing. Cuma perbuatan kencing berdiri adalah ditegah kerana baginda pernah melarangnya khuatir terkena air percikan kencing. Salah satu dalil:

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yahya berkata, telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu Juraij dari Abdul Karim bin Abu Umayyah dari Nafi’ dari Ibnu Umar dari Umar ra ia berkata; “Ketika aku kencing dengan berdiri, Rasulullah SAW melihatku, maka baginda pun menegurku “Wahai Umar, janganlah engkau kencing dengan berdiri”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah di dalam kitab Sunannya, 2/60)

Dalil lain: Telah mengabarkan kepada kami Hannad bin As Sariy dari Abu Mu’awiyah dari Al ‘Amasy dari Zaid bin Wahab dari Abdurrahman bin Hasanah dia berkata;
“Rasulullah SAW pernah menemui kami, dan di tangan baginda ada sesuatu yang mirip perisai dari kulit. Baginda lalu meletakkannya dan duduk di belakangnya, kemudian buang air kecil ke arah perisai tersebut. Sebahagian orang berkata “Lihatlah, beliau buang air kecil seperti perempuan! (cara duduk, orang Arab lelaki dahulu suka kencing berdiri)”. Ketika Rasulullah SAW mendengar ucapan tersebut, baginda berkata “Apakah kalian tidak tahu apa yang menimpa Bani Israil? Apabila seorang dari mereka terkena air kencing, mereka menggunting kain yang terkena kencing tadi, lalu temannya melarang mereka melakukan demikian, sehingga temannya itu disiksa di kuburnya” (Hadis Riwayat an-Nasa’i di dalam Sunannya, 1/26; juga diriwayatkan oleh Bukhari dan Ibnu Majah di dalam Sahih dan Sunan mereka dengan sanad berbeza)

Dalil ini menunjukkan baginda mementingkan kencing secara duduk, dan amat mementingkan penjagaan pakaian daripada terkena air kencing, sehingga teman Bani Israil itu diseksa di dalam kubur kerana melarang mereka yang menjaga pakaian mereka.
Meskipun ada dalil yang menunjukkan baginda pernah kencing berdiri, namun ia hanya dalam situasi-situasi tertentu dan baginda tidak melazimi perbuatan tersebut. Berdasarkan hadis, baginda pernah kencing berdiri kerana di situ adalah tempat pembuangan sampah dan tempat tinggi, baginda khuatir pakaian baginda kotor ketika duduk.

4) Istinja’ kemaluan terlebih dahulu sebelum memakai pakaian (termasuk pakaian dalam) – Lelaki dan wanita sila ambil perhatian.

Wajib istinja’ untuk menyucikan kemaluan daripada najis. Jika masih ada najis kencing pada kemaluan, kemudian kita terus pakai pakaian kita, ada kemungkinan najis itu akan terkena pada pakaian tersebut, lalu menyebabkan solat tidak sah. Sebaik-baik istinja’ ialah dengan air. Masalah kini bagi lelaki yang kencing di mangkuk berdiri, lepas kencing terus zip seluar. Tidak basuh kemaluan. Ini antara penyebab kita mendapat azab kubur.

5) Sabar sekejap selepas kencing

Sebagaimana kata Imam Nawawi pada no 2 tadi. Perkara ini penting bagi wanita kerana jarang wanita mengidap penyakit kencing tidak lawas, namun ramai wanita tidak sabar menunggu sebentar biar semua titisan kencing habis keluar. Sikap seperti ini memungkinkan titisan yang keluar lambat itu akan kena pada pakaian dalam, walaupun setelah dibasuh.

6) Jangan kencing di dalam takungan air yang tenang (yang tidak mengalir) :

Telah menceritakan kepada kami ‘Affan telah menceritakan kepada kami Abu ‘Awanah dari Dawud bin Abdullah Al Audi dari Humaid bin Abdurrahman Al Himyari dari Abu Hurairah ra dia berkata; Rasulullah SAW bersabda; “Janganlah sekali-kali salah seorang dari kalian kencing di air yang tenang kemudian bersuci darinya (mandi junub atau berwudhu)”
(Hadis Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, kitab 6 (Sisa Musnad Sahabat yang Banyak Meriwayatkan Hadis), Musnad Abu Hurairah ra; juga diriwayatkan oleh an-Nasa’i, Ibnu Majah, Tirmidzi, Muslim dan Bukhari)


Ini harus dielakkan, bimbang kita terlupa kita pernah kencing di situ, lepas tu kita bersuci pula dari takungan air itu, akan jadi masalah pada status mandi/wudhu kita.

Wanita : Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu. 

Betul atau tidak cara kita selama ini? Kalau yang tak betul tu jom sama sama betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul. Dijanjikan neraka utk mereka yg tidak menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar. 

No comments:

Post a Comment