Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Tanyalah Ustaz Siri 212 adalah menjelaskan persoalan hukum ulat sagu, wanita haid boleh masuk surau, doa beli kenderaan baru, haji dan umrah mana perlu di dulukan dan was-was semasa solat.
1016. Soalan : Ustaz saya nak tanya ada orang cakap ulat sagu boleh di makan & ada ustaz cakap ulat sagu haram di makan..begitu juga dengan kucing..ada orang cakap kucing boleh di makan & ada orang cakap kucing haram di makan..mohon pencerahan
Jawapan :
Ulat sagu adalah haram di makan dan kucing juga binatang bertaring yang haram di makan.
Menurut jumhur ulama (mazhab Hanafi, Syafi’ie dan Hanbali); daging gajah haram dimakan kerana ia tergolong dalam binatang bertaring. Abu Tsa’labah al-Khusyani RA menceritakan; “Nabi SAW telah melarang kami dari memakan daging haiwan yang bertaring dari binatang-binatang buas” (Soheh al-Bukhari; 5530, 5780. Soheh Muslim; 1932).
Maksud bertaring ialah haiwan yang menggunakan gigi taringnya untuk menerkam dan membunuh mangsanya (an-Nihayah. Al-Majmu’). Di antara contoh yang disebut ulama bagi binatang-binatang jenis ini ialah; anjing, kucing, singa, harimau, serigala, gajah, kera dan seumpamanya (lihat; Nailul-Autar, as-Syaukani; 1/131. Al-Majmu’, an-Nawawi; 9/14. Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah; perkataan “At’imah”).
Hukum Memakan Ulat MULONG :
Ulat Sagu (Sarawak : Ulat Mulong).
“. . .Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.” (Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab “Sabilal Muhtadin” dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38)
PENGECUALIAN
Walaubagaimanapun masih ada pengecualian pengharaman ini (dari pendapat ulama Syafie)
Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai “termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali”. Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama – sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. (Sumber: kitab-kitab fiqh mu’tabar dalam mazhab seperti “Minhajuth Tholibin” halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada “Tuhfatul Muhtaj” juzuk 9 halaman 369 dan 445)
Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ .إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلا عَادٍ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Baqarah ayat 172-173)
Semua manusia di mana-mana sahaja bersepakat mengenai kewajipan memelihara tatacara pemakanan, minuman, berpakaian dan lain-lain lagi yang menjadi satu fitrah kepada manusia dalam mengaturnya. Bagi setiap individu ada makanan yang dimakannya dan ada yang perlu ditinggalkannya. Setiap kelompok masyarakat mempunyai cara tersendiri untuk menilai makanan dan minuman yang memberi manfaat dan membawa kemudaratan kepada mereka. Ada yang menjadikan agama masing-masing sebagai penilai, ada yang menjadikan pengalaman dan kajian, ada yang menjadikan perubatan dan bermacam-macam lagi penilai untuk mencapai matlamat masing-masing untuk mendapat makanan dan minuman yang baik untuk kehidupan masing-masing.
Segala usaha dan penilaian yang menyibukkan ini akan menjadikan manusia melupai Allah sedikit atau banyak. Kesannya akan menyebabkan hati dicemari dengan kekotoran dan terputus hubungannya dengan Allah Taala. Racun yang memasuki hati ini wajib diubati. Oleh sebab itu maha bijaksana Allah apabila memerintahkan untuk mensyukuriNya selepas memperoleh segala makan minum yang diinginkan. Allah juga mengkhususkan makanan tertentu sahaja yang dibenarkan untuk dimanfaatkan oleh manusia kerana sebahagian daripada binatang-binatang yang dimakan akan memberi kesan kepada akhlak emosi seseorang insan. Perkara tersebut telah diakui oleh tokoh-tokoh perubatan sendiri mengenai akhlak manusia yang memakan khinzir, monyet dan sebagainya. Bagi orang yang beriman, penilaian yang diberikan oleh Allah dan Rasulnya merupakan penilaian yang paling tepat dan wajib untuk ditaati.
Oleh itu, peranan khalifah Allah yang dipertanggungjawab oleh Allah kepada manusia di muka bumi ini bukan hanya semata-mata urusan solat, puasa, haji, zakat dan seumpamanya yang merupakan ibadat itu sendiri akan tetapi menjadikan pelaksanaan setiap inci kehidupan di muka bumi Allah ini mengikut neraca yang Allah inginkan juga merupakan satu kewajipan. Jika hati dan dada kita diberi petunjuk untuk memahami dan menghayati isi dan ajaran Al-Quran itu sendiri. Maha benar apa yang Allah firmankan
مَا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِنْ شَيْءٍ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ
Maksudnya: Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam Kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
Para Fuqaha memberikan kaedah untuk menilai makanan yang diharamkan untuk dimakan oleh kaum Muslimin. Kaedah ini dikeluarkan daripada firman Allah dan sunah baginda Nabi
1) Makanan memberi mudarat kepada tubuh.
2) Memberi mudarat kepada akal.
3) Sesuatu yang jijik pada pertimbangan mereka yang sihat emosinya.
Berkata Ibn Qudamah: “Apa yang dikata elok oleh Arab maka ianya halal kerana firman Allah SWT :
وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ
Maksudnya: dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik
Iaitu apa yang dianggap baik dan elok oleh mereka selain daripada yang telah dihalalkan.
Firman Allah SWT :
يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang Dihalalkan bagi mereka?” bagi menjawabnya katakanlah: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik,(Surah al-Maaidah ayat 4)
Jika Allah ingin maksudkan makanan yang telah dihalalkan, maka ayat ini tidak menjadi jawapan kepada persoalan.
Juga sesuatu yang dianggap jelik oleh Arab hukumnya haram. Berdasarkan firman Allah Taala;
وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ
Maksudnya: dan mengharamkan kepada mereka Segala benda yang buruk;
Mereka yang diiktiraf dan diguna pakai untuk diterima tanggapan baik dan jeliknya sesuatu ialah bangsa Arab Hijaz yang tinggal di kota. Ini kerana Al-Quran mula-mula diturunkan kepada mereka dan mula-mula mendapat mendengar hadis Nabi, maka dirujuk setiap ucapan Al-Quran dan Sunah kepada adat dan uruf mereka tidak selain mereka. Tidak boleh menilai perasaan Penduduk Hijaz yang tinggal di kampung-kampung kerana disebabkan darurat atau kelaparan mereka makan apa sahaja yang mereka temui”.
4) Benda-benda Najis
5) Daging binatang buas yang berkaki empat dan juga burung
6) Haiwan jinak yang mempunyai kuku. Seumpama keldai
7) Haiwan-haiwan yang dituntut oleh syarak untuk membunuhnya.
Ini merupakan tujuh kaedah dalam menentukan sesuatu makanan halal dimakan atau tidak. Berhubung tentang hukum memakan lintah, Imam Dumairi berkata: “Haram memakan lintah”.
Jijik menurut madzhab syafi’iy :
1. Menurut selera bangsa arab. maksudnya jika ulat sagu tsb disuakan kepada org arab atau pelancung arab, apakah mereka ada selera memakannya. atau mereka merasa jijik.
2. Jijik menurut standard masyarakat madani atau komuniti manusia yg menetap di kota. Ini kerana selera org kota lebih terjaga, bukannya standard orang dusun pendalaman atau komuniti org asli yg tiada jijik kepada semua perkara…
ULAMA SARAWAK YANG MENGFATWAKAN HARAM
Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji `Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini. Malangnya ada sebilangan kecil masyarakat Islam yang masih tidak mendengar beduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mazhab Syafi`i. Kepada penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu adalah haram hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan kera menurut mazhab Syafi`i. Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan rasanya seperti rasa udang, maka eloklah beli udang dan makanlah udang. Wallahu a'lam.
1017. Soalan : Orang yang kedatangan haid tak boleh duduk dlm masjid.
cumna dengan surau atau bilik solat?
Jawapan :
Menurut Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang di haruskan wanita haid / nifas memasuki surau atau bilik solat yang tak di dirikan solat Jumaat di dalamnya. FATWA NEGERI PULAU PINANG
Soalan:
i) Apakah yang dimaksudkan dan ditak'rifkan dengan surau dari segi hukum syarak?
ii) Adakah sama dengan taraf masjid dari segi disunatkan sembahyang tahiyyatul-masjid (تحية المسجد) ketika memasukinya, disunatkan i'tiqaf di dalamnya dan di larang wanita yang sedang dalam keadaan haid berada di dalamnya ?
Jawapan:
i) Surau adalah tempat melakukan 'ibadat sembahyang yang tidak didirikan sembahyang Jumaat di dalamnya.
ii) Tidak ada sembahyang sunat tahiyyatul-masjid di surau dan tidak ada i'tiqaf di dalamnya dan tidak dilarang wanita-wanita yang sedang di dalam keadaan haid berada di dalamnya. Nas dari kitab إعانة الطالبينI juzuk 2, m/s 259. وأعلم أن الجامع وهو ما تقام فيه الجمعة.
Bermaksud: "Dan ketahuilah bahawa yang di namakan masjid itu, ialah tempat yang didirikan padanya sembahyang Jumaat.
Negara asal : Malaysia
Negeri : Pulau Pinang
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Hal Ehwal Ugama Pulau Pinang
Penulis/Ulama : Dato’ Haji Hassan Bin Haji Ahmad ( Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang)
Tarikh Diisu : Nov. 1986.
1018 . Soalan : Ustaz..nak tanya ni..saya selalu engar bila beli kenderaan baru setengah orang akan buat doa untuk di renjis pada kenderaan tersebut bagi keselamatan pemandu & kenderaan.soalan saya adakah itu boleh dlakukan? adakah salah pada islam? Sekiranya di bolehkan..boleh saya renjis dengan air Yassin?
Jawapan :
Islam tidak ajar merejiskan air jampi atau air yasin ke atas kenderaan yang baru di beli. Dalam hadis Nabi SAW mengajar kita untuk berdoa seperti doa di bawah ini :
Petikan daripada kitab 101 Doa Hadis2 Sahih Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ خَيْرَهَا و خَيْرَ مَا جَـبَلْتَهَا عَلَيْهِ ،
وَ أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّهَا وَ شَرِّ مَا جَـبَلْتَهَا عَلَيْهِ
" Wahai Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikan kenderaan ini dan kebaikan sifatnya . Dan aku memohon perlindunganMu dari kejahatan kenderaan ini dan kejahatan sifatnya . ( HR Abu Dawud no 2160 , Ibn Majah no 1918 , lihat sahih Ibn Majah no 324 dan Adaab az-Zifaf )
Solat hajat di haruskan untuk semua urusan begitu juga doa boleh di lakukan bila-bila masa saja.
1019. Soalan : Ustaz,..soalan saya,..antara umrah dan haji,..yang mana kita perlu dahulukan,..sebab saudara saya ni,..ada duit yg membolehkan dia buat umrah,..tapi dia kata nak buat haji dulu,..tapi dengan keadaan sekarang yang berdaftar dengan Tabung Haji,..perlu mengikut senarai menunggu,..jadi apa pendapat ustaz,..terima kasih,..
Jawapan :
Puan kena utamakan haji dulu daripaad umrah. Haji adalah wajib jika cukup perbelanjaan dan mendapat quota daripada Tabung Haji. Puan kena daftar haji dulu dan cukupkan jumlah kos penuh yang di kenakan oleh Tabung Haji dan dapatkan tahun menunggu. Sekurang-kurangnya jika kita mati kita sudah ada niat dan cukup perbelanjaan yang kita depositkan di akaun Tabung haji dan mudah menjawab jika di soal oleh Allah SWT adakah kita telah membuat persiapan untuk tunaikan Rukun Islam ke5. Soal belum sampai masa kerana ramai senarai menunggu itu soal kedua.
Allah SWT Maha Mengetahui niat dan keazaman kita untuk menunaikan haji. Di takdirkan puan meninggal dunia ketika itu wang puan yang berada di Tabung Haji akan di buatkan upah haji oleh anak puan nanti. Setelah wang di Tabung Haji di cukupkan barulah jika ada wang lebihan bolehlah buat umrah sunat. Jangan utamakan yang sunat dan buat tak kisah pada yang wajib.
Jumhur ulama menjelaskan untuk tunaikan haji tak perlu meminjam kerana jika kita meminjam ini bermakna kita belum cukup peruntukan dan perbelanjaan untuk tunaikan ibadah haji.
Sebelum mengerjakan umrah lebih baik kita membuat persiapan dan mengikuti kursus haji dan umrah. Beli buku yang berkaitan ibadah umrah mana-mana doa yang belum kita hafal cuba menghafalnya. Jika masih belum hafal tak menjadi masaalah kerana semasa mengarjakan umrah nanti boleh bawa catatan semasa melakukan perkara-perkara sunat semasa umrah nanti. Terdapat mutawif (pemandu umrah) yang akan bersama-sama kita dan boleh tanyakan soalan jika saudari kurang faham semasa mengerjakan umrah nanti.
Anak kecil jika ada yang boleh jaga di rumah misalnya ibu bapa kita maka sebaiknya di tinggalkan supaya saudari dapat memberikan tumpuan beribadah sepenuhnya di Mekkah dan Madinah bukan mudah nak mengerjakan umrah terpaksa berkorban dengan mengeluarkan wang ringgit yang banyak maka masa inilah seluruh fokus untuk beribadah dan berdoa di berikan keutamaan.
1020. Soalan : Ustaz..semasa solat sekiranya kita was was samada dah betul atau tidak baca alfatihah untuk sesuatu ayat...maka perlu ulang dari awal atau ulang ayat itu sahaja.
Jawapan :
Jika kita membaca surah al-Fatihah jika rasa silap membacanya maka kita ulangi mana-mana ayat yang silap tak perlu ulang daripada mula ayat. Kita kena yakin jangan mudah di was-waskan oleh syaitan kerana syaitan cuba nak timbulkan was-was pada hati kita dan membatalkan solat.
Sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam daripada Abu Sa‘îd alKhudriyyi radhiallahu ‘anhu: “Jika seseorang daripada kamu syak dalam solatnya, lalu dia tidak tahu berapa rakaat telah dilakukannya. Adakah tiga atau empat? Maka buanglah syak dan peganglah apa yang diyakini (buatlah jumlah rakaat yang diyakini). Kemudian sujudlah dua kali sujud sebelum memberi salam. Jika dia telah melakukan lima rakaat, maka ia (kedua sujud dan duduk antaranya) menggenapkan solatnya. Jika dia telah melakukan sempurna empat rakaat, kedua sujud itu sebagai satu tanda kehinaan bagi syaitan.” (Hadis Riwayat Muslim)
Mengatasi Was-was dengan Memperdalami Ilmu.
Menurut Sayyid al-Bakri Rahimahullah, was-was timbul kerana lemahnya akal pemikiran dan kurangnya ilmu mengenai agama. (Hâsyiah I‘ânah ath-Thâlibîn: 1/214)
Sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada Ibnu ‘Abbâs Radhiallahu ‘anhumâ:
“Seorang faqîh (ahli ilmu agama) lebih susah bagi syaitan (mendatangkan waswas) daripada seribu orang ahli ibadat (yang jahil).”(Hadis Riwayat at-Tirmidzî)
Hadis yang disebutkan di atas merupakan galakan untuk kita memperdalami ilmu; khususnya ilmu agama dalam masalah ibadat, agar kita yakin dalam segala amalan kita, dan tidak mudah tewas oleh bisikan dan godaan syaitan yang cuba menimbulkan keraguan dalam amalan kita.
Jadi bagi mengatasi masalah was-was ketika solat, hendaklah memperdalami ilmu mengenai solat; dari segi tatacara memasang niat, mengangkat takbîratul ihram, bacaan-bacaan yang betul dalam solat dan sebagainya.
Saturday, January 31, 2015
Tanyalah Ustaz Siri 211 (Hukum GST, Mewarnakan Rambut Dengan Warna Hitam, Mimpi Nak Berjumpa Rasulullah SAW, Darah Nifas Wanita dan Suami Tak Bayar Nafkah Isteri.)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Tanyalah Ustaz Siri 211 adalah menjelaskan persoalan hukum GST, mewarnakan rambut dengan warna hitam, mimpi nak berjumpa Rasulullah SAW, darah nifas wanita dan suami tak bayar nafkah isteri.
1011. Soalan : Ustaz, apa kah hukum gst? ada baru2 ni kata haram apa kata ustaz nanti kalau haram ada kita kita juga berdosa kerana termasuk subhat?
Terima kasih ustaz
Jawapan :
Dr. Zaharuddin bin Abd Rahman memberikan huraiannya mengenai hukum GST :
Sewaktu saya menulis artikel ini, GST telah pun diluluskan oleh kerajaan dan parlimen Malaysia dengan undi majoriti ahli dewan rakyat. Namun apa pula sebenarnya pandangan ahli fiqh dan ulama berkenaannya?.
Banyak perbincangan timbul berkenaan cukai lantaran pengumuman kerajaan untuk memperkenalkan Goods and Service Tax (GST) bermula April 2015 nanti. Tidak kurang juga yang mengulas berkaitan hukum GST terbabit, ada yang mendakwanya haram secara mutlaq (total), ada juga yang menganggapnya haram kerana sebab-sebab lain dan sebagainya. Ada pula yang menyebutnya sebagai harus lagi halal. Menteri Agama pula menyatakan tiada keperluan untuk membincangkan hukum GST di peringkat Majlis Fatwa.
HUKUM KERAJAAN MENGENAKAN CUKAI
Penulisan ringkas ini akan berkongsi persoalan cukai menurut ahli fiqh Islam berdasarkan ijtihad masing-masing. Secara umumnya, para ulama fiqh terbahagi kepada tiga kumpulan dalam menentukan hukum kerajaan mengenakan cukai. Ia seperti berikut:-
1. Haramnya cukai secara mutlaq.
Mereka berhujjah berdasarkan dalil :
a. Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 188 yang mengharamkan memakan harta sesama manusia secara bathil.
Justeru, pungutan cukai dianggap tergolong dalam pendapatan yang bathil kerana tanpa rela dan keperluan mendesak.
b. Sabdaan Nabi sallaallahu ‘alaihi wasallam yang menyebut
أَلَا لا تَظْلِموا, أَلَا لا يَحِلُّ مالُ امرِىءٍ إلا بِطِيبِ نفسٍ منه
Ertinya : Janganlah kami menzalimi dan tiada halal harta seseorang muslim yang (diambil) tanpa disertai rela dan izin dari pemiliknya. ( Riwayat Ahmad : hadis sohih)
Justeru, mengambil cukai dari rakyat sedang rakyat tidak rela disebabkan pendapatan kerajaan yang mewah adalah tiada halal.
c. Sabda Nabi sallaallahu ‘alaihi wasallam
فوالذي نفسي بيدِه ! لقد تابت توبةً ، لو تابها صاحبُ مُكْسٍ لغُفِرَ لهُ
Ertinya : Telah datang kepada Nabi seorang wanita yang berzina yang ingin dilaksanakan hukuman had ke atasnya tetapi baginda menjawab, “Demi jiwaku pada tangan Allah, seseungguhnya wanita itu telah bertaubat yangsekiranya seorang pemungut cukai bertaubat juga akan diampunkan baginya. ( Riwayat Muslim : Sohih)
Justeru, pemungut cukai adalah haram kerana itu baginda Nabi menyebut ‘bertaubat’ menunjukkan ianya berdosa.
d. Nabi bersabda :
إنَّ صاحبَ المَكْسِ في النارِ
Ertinya :Sesungguhnya penguasa yang mengenakan ‘Maks’ (sebahagian menterjemahkannya sebagai cukai) adalah di dalam neraka. ( Riwayat Ahmad : Sohih menurut Al-Suyuti)
2. Harus secara sementara waktu ke atas si kaya pada kadar tertentu di musim wujudnya keperluan.
a. Dalil mereka : Sabda Nabi ;
إنَّ في المالِ لَحَقًّا سِوَى الزكاةِ
Ertinya : sesungguhnya pada harta itu ada kewajiban lain selain zakat (Riwayat At-Tirmidzi : Dhoif menurut Al-Suyuti, Albani, )
b. Berlandaskan Siyasah Syari’iyyah yang digubal berdasarkan keperluan semasa. Sebagaimana fatwa Imam Malik yang berkata :
Ertinya: Wajib ke atas orang ramai menebus tawanan perang mereka walaupun mereka terpaksa menggunakan harta mereka sendiri (Ahkam al-Quran, Ibn Arabi, 60/1). Imam Al-Qurtubi juga menguatkan hal ini dengan katanya “Sepakat ulama apabila wujudnya keperluan untuk kaum muslimin dalam sesebuah Negara iaitu selepas digunakan wang zakat dari baitul mal maka wajib pula dibantu dengan menyalurkan wang (dari cukai rakyat). ( Tafsir Al-Qurtubi, 2/223).
Hal ini juga ditegaskan oleh Imam Al-Syatibi dalam kitabnya al-I’tisom. Imam Al-Ghazzali juga menyatakan yang sam apabila dia menyebut:-
Ertinya “Apabila sudah kosong milikan Negara dari harta, dan tiada lagi harta awam yang boleh memenuhi keperluan tentera, sehingga jika tentera terpaksa bekerja lain bagi mendapatkan pendapatan dan meninggalkan tugasan tentera, maka dibimbangi masuknya musuh ke neraka umat Islam atau pemberontakan fitnah, maka haruslah bagi pemerintah mengenakan kepada si kaya kadar (cukai) bagi memenuhi keperluan tentera. ( Al-Mustasfa, 1/426)
Namun, konteks fatwa ini kelihatan tidak begitu menepati situasi Malaysia kerana negara kita masih tidak sampai ke tahap tersebut.
3. Harus mengenakan cukai pada sekadar memenuhi maslahat umum pentadbiran Negara.
Pendapat ini dipegang oleh Sheikh Mahmud Syaltut, (Al-Fatawa al-Kubra, hlm 116), begitu juga Sheikh Abu a’la al-Mawdudi yang menyatakan, harus dikenakan cukai jika wang bayaran cukai itu adalah bagi kemaslahatan awam. (Nazariyat al-Islam, hlm 313).
Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi juga berijtihad harus dikenakan cukai bagi kemaslahatan awam sambil mengatakan perkataan ‘Maks’ di dalam hadis ancaman neraka itu oleh Nabi SAW itu membawa maksud khusus iaitu
التي يفرضها بعض الحكام توسعة على أنفسهم وأتباعهم وتضييقا على شعوبهم
Ertinya : iaitu jenis cukai yang difardhukan oleh sebahagian pemerintah untuk bersenang-senang mereka dengannya dan penyokong mereka walaupun menyempitkan rakyat mereka. ( Fiqh al-Zakat, Qaradawi, 2/987)
Prof. Dr Ali Muhydin Al-Qurrah Daghi menyatakan Ini juga merujuk kepada sebahagian cukai yang dikenakan di zaman pemerintahan awal Islam seperti AL-KHARRAJ (cukai tanah), AL-'USHUR ( cukai perniagaan 10 % ke atas perniagaan non muslim) dan AL-JIZYAH (cukai individu) . Kesemua cukai ini digunakan sebaikanya untuk kepentingan dan kebaikan rakyat.
TARJIH PANDANGAN
Penulisan ringkas ini tidak mampu untuk membuat tarjihan pendapat yang terkuat secara komprehensif, namun secara umumnya perbincangan hukum cukai dalam Islam tidak dapat lari dari menimbang di antara maslahat kebaikan dan kemudaratan darinya. Walaupun sewaktu wujudnya dalil-dalil berkaitan cukai, namun menurut majoriti ulama’, nas yang berkait dengan urusan siyasah dan pentadbiran mesti dilihat kepada ‘illah atau sebab utamanya ianya disebutkan oleh Nabi SAW. Melihat kepada objektifnya iaitu membawa lebih kebaikan berbanding kemudaratan. Beberapa jenis hukum dalam urusan muamalat boleh berubah dengan berubahnya masa dan zaman serta keperluan.
Namun apapun, kaedah fiqh ada menyatakan “Menolak Keburukan didahulukan dari Membawa Kebaikan (tambahan)”. Justeru, jika benar tanpa GST atau cukai jualan dan servis, maka ini ekonomi negara bakal terancam, kelangsungan Negara menjadi longgar, tatkala itu cukai boleh berubah menjadi harus dan hal ini boleh dinilai dari masa ke semasa.
Sebahagian ahli ekonomi menyimpulkan cukai GST mampu membawa kestabilan fiskal dalam kewangan negara dan keutuhan pendapatan kerajaan selain dapat memperbaiki kutipan hasil cukai dari sebahagian besar golongan yang terlepas atau sengaja melepaskan diri dari membayar cukai.
Manakala sebahagian yang lain menyatakan cukai hanya menyebabkan inflasi semakin sukar dikawal, kenaikan harga dalam majoriti barangan yang akhirnya membawa kesan buruk kepada hampir semua kelas pendapatan rakyat khususnya yang berpendapatan sederhana dan rendah. Disebabkan harga barang menjadi menaik, kuasa beli dan nilai matawang menjadi turun.
Cukai seperti ini mungkin sangat releven bagi sesebuah negara yang belum memperkenalkannya khususnya seperti cukai pendapatan, korporat dan sebagainya. Namun, memperkenalkan cukai baru sedangkan kantung kewangan negara masih utuh dan perbelanjaan awam masih boleh dikawal dan diperbetulkan, sudah tentu lebih cenderung hukumnya kepada HARAM, kecuali jika ia bersifat sementara sebagaimana fatwa kumpulan kedua ulama.
Negara Malaysia yang telah sedia ada cukai jualan dan servis sejak beberapa puluh tahun lepas, namun untuk meniadakannya secara drastik bakal menyaksikan kekalutan pengurusan kewangan, pentadbir awam dan negara berada dalam kesukaran yang dibimbangi membawa lebih mudarat berbanding manfaat. Jika hukum haram yang ingin dipegang sebagai terkuat, maka sejak berpuluh tahun sebelum ini cukai ini sudah haram dan patut ditegaskan agar tidak perlu dibayar serta jangan dibayar. Bukanlah sekarang masanya untuk terus menolak cukai secara sepenuhnya.
Berkenaan GST pula, jika mampu dibuktikan sebagai penyusunan semula metode cukai dan seterusnya mampu diurus dengan lebih baik, telus dan lebih kurang menekan berbanding sistem percukaian cukai jualan dan khidmat sebelum ini, maka saya rasakan GST boleh disokong pelaksanaannya atas dasar, mengambil kaedah Fiqh iaitu mengambil yang kurang mudarat di antara dua kemudaratan.
Secara teorinya, namun bergantung kepada pengawasan terhadap para peniaga, GST boleh sama ada menaikkan harga, menurunkan harga atau kekal pada harga biasa. Illustrasi dari pihak savemoney ini mungkin boleh memudahkan gambarannya.
Kesimpulannya :
Berdasarkah huraian di atas kita tak boleh menolak terus dengan mengatakan bahwa cukai GST haram kerana jika kerajaan mampu uruskan GST dengan lebih baik, telus dan lebih kurang menekan berbanding sistem percukaian cukai jualan dan khidmat sebelum ini, maka di rasakan GST boleh disokong pelaksanaannya atas dasar, mengambil kaedah Fiqh iaitu mengambil yang kurang mudarat di antara dua kemudaratan.
1012. Soalan : Apakah hukumnya mewarnakan rambut ubat kepada warna hitam? Adakah Islam melarangnya?
Jawapan :
Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah, perang dan sebagainya, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. (Rujuk Al-Fatawa al-Hindiyyah, jld 5,ms 359 ; Al-Istizkar, Ibn Abd Al-Barr , jld 27, ms 85 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syabini, jld 1, ms 191 ; Kassyaf al-Qina', Al-Bahuti, jld 1, ms 77)
Mereka semua berdalilkan dengan hadis-hadis riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan sahih dengan perawi yang thiqah. Demikian menurut Imam Al-Haithami dalam kitabnya Majma' az-Zawaid dan Imam As-Syawkani dalam Naylul Awtar.
Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhdp kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau allergi ataupun mudarat terhadap janin dan lain-lain akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.
HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM
Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-
1. Makruh .
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.
Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Hadis Sahih Riwayat Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : "Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar" (Hadis Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)
c) Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak" (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai'en dan Imam Ahmad)
d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.
2. Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya untuk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.
3. Harus tanpa Makruh
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri-isteri kamu, dan lebih dapat menakutkan musuh" (Hadis Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bahawa sahabat dan tabi'ein ramai juga yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Antara Sa'ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma' az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)
Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dapat disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.
Kesimpulan Hukum .
Akibat terdapat zahir hadis dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadis-hadis ini. Ia seperti berikut :
a) Hadis larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.
b) Adapun hadis yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab-sebab yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain lagi.
Majlis Fatwa Kebangsaan : Hukum Wanita Mewarnakan Rambut
ISU:
Bolehkah wanita mewarnakan rambutnya dengan warna seperti merah atau oren. Adakah sah mandi wajib wanita yang mewarnakan rambutnya?
PENJELASAN:
Mewarnakan rambut kebiasaannya dilakukan sama ada untuk menutupi uban di kepala ataupun semata-mata untuk kecantikan.
Bagi kedua-dua tujuan tersebut, hukum asal mewarnakan rambut sama ada dengan inai atau lain-lain bahan adalah harus selagi mana perkara-perkara berikut dijaga:
Tidak menyerupai wanita-wanita bukan Islam. Sekiranya suatu warna, fesyen warna, gaya warna, ataupun bahan pewarna itu kebiasaannya hanya digunakan oleh golongan bukan Islam, di mana jika seseorang Muslimah memakainya dia akan kelihatan seperti wanita bukan Islam, maka tidak harus mewarnakan rambut dengan warna, gaya, fesyen atau bahan demikian. Kerana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُم
Maksudnya, “Sesiapa menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka”. (Diriwayatkan oleh Abu Daud, 4/44, no: 4031).
Wanita bersuami hendaklah mendapat keizinan suaminya untuk mewarnakan rambut. Jika suaminya tidak mengizinkan, maka isteri tidak harus melakukannya.
Wanita yang sedang dalam tempoh edah kematian suami tidak diharuskan mewarnakan rambutnya, kerana mewarnakan rambut termasuk dalam perbuatan menyerlahkan kecantikan, dan ia dilarang terhadap wanita yang dalam edah kematian suami.
Warna rambut hendaklah selain daripada warna hitam, kerana menutupi uban dengan warna hitam adalah dilarang oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Di dalam satu hadis, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada Abu Quhafah yang sudah keputihan rambut dan janggutnya, “Ubahlah ini dengan sesuatu, dan jauhi warna hitam”. (Hadis Riwayat Muslim, 3/1663, no: 2102).
Dalam mazhab Syafie, mewarnakan rambut dengan hitam tidak dibenarkan untuk wanita kecuali dengan izin suami.
Bahan yang digunakan untuk mewarnakan rambut hendaklah daripada bahan-bahan yang suci. Maka tidak harus menggunakan bahan najis atau bercampur dengan bahan najis.
Bahan yang digunakan sebagai pewarna hendaklah daripada jenis bahan yang hanya meninggalkan warna dan bukannya bahan yang melekat dan melapisi rambut yang boleh menghalang air daripada mengenai anggota mandi wajib.
Mewarnakan rambut dilakukan bukan untuk tujuan mendedahkan kecantikannya kepada khalayak yang bukan mahram. Jika tujuan mewarnakan rambut adalah untuk diperlihatkan kepada mereka, maka haram hukumnya. Justeru, wanita yang tidak bertudung di khalayak adalah haram mewarnakan rambut kerana ia adalah maksiat berganda; pertama kerana mendedahkan aurat, dan kedua kerana melakukan tabarruj (berhias-hiasan) di hadapan khalayak ajnabi.
Berkenaan dengan mandi wajib bagi wanita yang mewarnakan rambut, para ulama bersepakat bahawa kewujudan bahan yang melekat dan melapisi anggota mandi akan menghalang sahnya mandi wajib. Justeru, perkara ke-6 di atas hendaklah dijaga bagi mengelakkan masalah ketika mandi wajib.
Wallahu A’lam.
1013. Soalan : Ustaz..saya nak tanya boleh kite bertemu dengan Rasullulah SAW dalam mmpi kita ustaz? Jika boleh apakah amalan atau doa untuk bertemu dengan baginda dalam mimpi kita ustaz?Mohon pencerahan ustaz..
Jawapan :
Seseorang yang berhajat nak jumpa Nabi SAW di dalam mimpi bukan satu perkara mudah bila hati dan jiwa kita penuh dengan selaput hitam akibat dosa-dosa yang kita lakukan. Saudara boleh saja jumpa dengan Rasulullah SAW dalam mimpi . Solat hajat 2 rekaat dan beristighfar 100 kali dan perbanyaklah membaca selawat (paling kurang 1000 kali).
Dalam amalan harian mencintai sunah Rasulullah SAW, dan perbanyaklah bersedekah pada anak yatim, dan baktilah pada ibu bapa jika masih ada, ini adalah amalan amalan yg sangat dicintai oleh Rasulullah SAW, jika saudara tidur amalkan adab-adab tidur dan bibir sentiasa terus berselawat sehingga terlina. Niat di hati dan berdoa kepada Allah SWT semoga hajat kita di tunaikan oleh Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW:
من رآني في المنام فسيراني في اليقظة
ولا يتمثل الشيطان بي
Maksudnya, "Siapa yang melihatku dalam mimpi, maka beliau akan melihatku secara yaqozoh (dalam keadaan sedar) dan syaitan itu tidak menyerupai aku.’(Hadis Riwayat Imam Bukhari: Hadis Sohih)
Maksudnya siapa yang melihat wajah Rasulullah SAW di dalam mimpi maka itulah wajah baginda yang sebenarnya ketika hidup di dunia. Syaitan di haramkan menyamar bentuk wajah baginda walaupun semasa di dalam mimpi.
1014. Soalan : Sekiranya seseorang perempuan itu dalam berpantang selepas mengandung atau keguguran,perlukah dia menunggu selama 40 hari untuk mandi wajib ataupun mandi selepas darah itu betul kering walaupun tidak sampai 40 hari
Jawapan :
Wanita yang keguguran tak perlu menunggu 40 hari baru nak mandi wajib. Jika kering saja darah nifas kerana keguguran maka boleh terus mandi wajib dan mengerjakan solat. Kefahaman ini adalah satu kefahaman yang tak betul dan wajib di buangkan kerana wanita yang telah kering darah nifas wajib segerakan mandi wajib kerana untuk mengerjakan solat. Berdosa besar jika wanita tak solat sedangkan darah nifas telah kering.
Apa yang dimaksudkan darah nifas?
Darah nifas ialah darah yang keluar dari faraj wanita kerana melahirkan anak.
Adakah darah yang keluar sebelum lahirnya anak juga dikira darah nifas?
Sepakat para ulama menyatakan bahawa darah yang keluar dari kemaluan wanita sebaik sahaja selepas melahirkan anak adalah darah nifas. Namun mereka berikhtilaf berkenaan darah yang keluar bersama dengan bayi atau sebelum kelahiran bayi; adakah termasuk darah nifas atau tidak?;
1. Bagi pandangan mazhab Syafi’ie; Darah nifas ialah darah yang keluar selepas lahirnya bayi sepenuhnya. Oleh demikian, darah yang keluar bersama bayi atau sebelumnya bukan darah nifas. Ia sama ada darah haid (jika ia sedang haid kerana mazhab Syafi’ie berpandangan harus wanita hamil kedatangan haid) atau darah fasad jika bukan haid. [Para ulama mazhab Syafi’ie memperincikan syarat darah nifas dengan penjelasan; hendaklah darah itu keluar selepas kosong rahim sepenuhnya dari bayi (yakni bayi telah keluar sepenuhnya dari rahim). Jika sebahagian sahaja badan bayi yang telah keluar dan masih tinggal sebahagian lagi yang belum keluar walaupun sedikit, maka darah yang keluar belum lagi dianggap darah nifas. Disyaratkan juga, darah itu keluar sebaik sahaja selepas kelahiran iaitu dalam tempoh lima belas hari. Adapun selepas 15 hari atau lebih baru darah keluar (yakni sebelum itu darah tidak keluar walaupun setitik), maka darah yang keluar itu tidak dianggap darah nifas. Ia dianggap darah haid.]
2. Di sisi mazhab Imam Ahmad; darah yang keluar dua hari atau tiga hari sebelum melahirkan anak yang disertai dengan rasa sakit, begitu juga darah yang keluar bersama dengan keluarnya bayi adalah dikira darah nifas sama seperti darah yang keluar selepasnya.
3. Mengikut mazhab Imam Malik pula; darah nifas ialah darah yang keluar ketika bersalin dan selepasnya. Adapun darah yang keluar sebelum bersalin, maka ia bukan darah nifas tetapi darah haid di sisi mereka.
Berapa lamakah tempoh paling pendek bagi darah nifas?
Terdapat khilaf di kalangan ulamak dalam masalah ini;
1. Mengikut mazhab Syafi’ie; tempoh nifas paling pendek (selepas seorang wanita melahirkan anak) ialah ialah seketika atau sedetik (لحظة).
2. Para fuqahak yang lain berpendapat; tidak ada had bagi tempoh minima nifas kerana tidak terdapat nas Syarak menentukannya.
Adalah tidak mustahil seorang wanita melahirkan anak tanpa keluar darah nifas sedikitpun. Terdapat riwayat menceritakan seorang wanita pada zaman Nabi SAW melahirkan anak tanpa keluar darah nifas, lalu ia dipanggil dengan nama Zatil-Jufuf iaitu wanita yang kering.
Berapa lamakah tempoh paling panjang bagi darah nifas?
Masalah ini juga diikhtilafkan oleh ulama;
1. Jumhur ulama –merangkumi ulama-ulama sahabat, mazhab Imam Ahmad, Abu Hanifah, as-Sauri dan sebagainya- berpandangan; tempoh nifas yang paling panjang ialah 40 hari. Pandangan ini berdalilkan hadis dari Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Wanita-wanita bersalin pada zaman Nabi SAW . menunggu (selepas bersalin) hingga 40 hari” (HR Imam at-Tirmizi).
Berdasarkan pandangan jumhur ini; wanita bersalin jika ia mendapati darah masih keluar dari kemaluannya walaupun selepas 40 hari, maka darah yang keluar selepas 40 hari itu bukan lagi darah nifas, akan tetapi darah penyakit (istihadhah).
Oleh itu, selepas 40 hari itu hendaklah ia mandi wajib dan menunaikan solat walaupun darah masih keluar. Keadaannya sama seperti wanita yang istihadhah dan tertakluk dengan hukum-hakamnya sebagaimana yang akan diterangkan nanti.
2. Imam Syafi’ie dan mazhabnya mempunyai pandangan berbeza dari pandangan jumhur di atas di mana menurut beliau; tempoh maksima nifas ialah 60 hari. Jadi, jika seorang wanita darah bersalinnya berlarutan selepas 40 hari, mengikut pandangan ini; darah itu masih dianggap darah nifas sehinggalah 60 hari. Dalam tempoh 60 hari itu jika darah masih keluar, tidak harus ia mengerjakan solat, puasa dan sebagainya lagi dari ibadah-ibadah yang mensyaratkan bersuci.
Jika selepas 60 hari darah masih lagi keluar, maka ketika itu barulah ia dianggap darah penyakit dan tertakluk dengan hukum-hakam istihadhah dan sulasul-baul sebagaimana di atas. Imam Syafi’ie berhujjah berdasarkan pengalaman, yakni menurut pengalaman dan pemerhatian beliau; terdapat wanita yang pernah mencapai tempoh nifas hingga 60 hari. Adapun tempoh 40 hari yang disebut oleh Ummu Salamah dalam hadis di atas, itu adalah tempoh kebiasaan nifas bagi kebanyakan wanita, bukan bermaksud tempoh maksimanya.
1015. Soalan : Ustaz nak minta tolong ustaz jelaskan macamana isteri nak tuntut nafkah pada suami walau belum bercerai sebab suami susah sangat nak bagi nafkah sedang kan boleh bagi duit pada orang lain yang bukan isteri yang sah..terima kasih di dahulukan.
Jawapan :
Jika suami tak memberi nafkah kepaad isteri dan anak-anak adalah berdosa kerana memberi nafkah adalah tanggung jawab suami. Menurut Islam, seorang isteri berhak mendapat keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi daripada suaminya, dan bukan sebaliknya. Ini jelas berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud, “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin (yang bertanggungjawab) terhadap kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka.” (Surah an-Nisaa’ 4:34)
Seorang sahabat bernama Hakim bin Mua’wiyah bin Hidah al-Qusyairi r.a. pernah mendengar ayahnya berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah! Apakah hak isteri kami ke atas suami?” Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Memberinya makan apabila kamu makan dan memberinya pakaian apabila kamu berpakaian.” (Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, no. 1830)
Menurut riwayat ini, syarak mempertanggungjawabkan kepada para suami untuk menanggung perbelanjaan makan minum dan pakaian si isteri dan juga anak-anak, dan ini termasuklah tempat tinggal, perubatan dan ilmu yang bermanafaat. Sebagai contoh, seorang suami mampu menyediakan makan minum yang mengenyangkan untuk isteri dan anak-anak berupa nasi dan lauk yang sesuai, itu dikira telah menyediakan nafkah yang cukup walaupun hari-hari makan ikan dan sayur dan hanya sekali dalam sebulan makan daging atau ayam. Wang poket juga tetap perlu diberikan kepada isteri dalam kadar yang sesuai dan munasabah untuk tabungan dan simpanan bagi menghadapi kes-kes kecemasan. Seorang suami yang tidak memberikan wang saku yang sesuai dan munasabah adalah dikira telah melakukan keganasan kewangan kepada isteri, sekiranya isteri adalah seorang surirumah yang tidak mempunyai apa-apa hasil pendapatan selain daripada wang yang diberikan oleh suami.
Seorang isteri yang bekerja juga berhak mendapatkan nafkah 2 persalinan pakaian yang lengkap termasuk kasut,pakaian dalam,tudung dsb dalam setahun.
Semua keperluan ini bergantung dalam konsep yang munasabah menurut syarak. Bermaksud, jika suami sediakan pakaian yang tidak baik, terlalu jarang hingga mendedahkan aurat, atau sediakan rumah tetapi tiada bekalan elektrik atau air, atau sediakan makanan tetapi yang tidak berkhasiat SEDANGKAN suami berkemampuan , maka suami seperti ini dikategorikan sebagai suami yang kikir, bakhil atau kedekut.
Syara’ juga menetapkan kadar pemberian nafkah adalah mengikut kemampuan seorang suami dan suami tidak wajar membebankan dirinya melebihi kemampuannya yang sebenar.
Jika suami enggan memberi nafkah, maka isteri berhak mengambil duit suami tanpa pengetahuannya mengikut kadar keperluan belanja keluarga.
Hal ini dibenarkan oleh syara’ . Ini berdalilkan kepada riwayat berikut. Rasulullah SAW telah ditanya oleh isteri Abu Sufian, Hindun binti Utbah bin Rabi’ah yang datang mengadu kepada Baginda SAW, “Wahai Rasulullah, Abu Sufyan adalah seorang suami yang kedekut. Bolehkah aku mengambil sebahagian hartanya untuk keperluan keluarga kami?” Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Tidak mengapa engkau mengambil sekadar keperluanmu dengan cara yang makruf.” (Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari no. 2460)
Maka jika puan berhadapan dengan suami seperti ini, puan boleh mengambil secara diam-diam sejumlah wang yang sesuai untuk menampung perbelanjaan bagi keperluan yang patut dan wajar untuk diri sendiri dan anak-anak, pembantu jika ada, tanpa menanggung apa-apa dosa bahkan puan sebenarnya telah meringankan beban siksa suami puan dihadapan Allah Taala di yaumil akhirat nanti.
Ulama berpendapat, dengan cara yang makruf di dalam riwayat bermaksud pengambilan harta tersebut tidak berlebih-lebihan dan tidak merosakkan harta si suami. Jika hal itu disedari oleh suami dan menimbulkan pergaduhan, isteri boleh memaksa suami memberikan nafkah melalui perintah Mahkamah Syariah.
Seorang isteri yang bekerja masih berhak mendapat nafkah daripada suaminya, bermakna hak isteri itu tidak gugur kerana dia bekerja. Jika selama ini wang hasil titik peluh isteri digunakan untuk menampung perbelanjaan keluarga, ini tidak bermakna suami boleh melepaskan tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak-anak begitu sahaja. Sebaliknya, suami masih perlu memberi nafkah kepada isteri kerana Islam sebenarnya meletakkan beban tanggungjawab nafkah kepada suami, bukan isteri.
Apabila suami enggan membayar nafkah untuk keluarga, dia dikira sudah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan ia berdosa. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Cukuplah seseorang itu dianggap berdosa apabila suami yang mensia-siakan orang yang menjadi tanggungannya.” (Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, no. 1442)
Jika suami di berikan nasihat untuk memberi nafkah dia masih enggan si isteri boleh mengadu di Mahkamah Syariah supaya minta mahkamah arahkan suami supaya membayar nafkah zahir pada isteri dan anak-anak. Jika suami tak memberi nafkah maka isteri boleh menuntut fasakh atau tebus talak (khuluk) di Mahkamah Syariah.

Sunday, January 25, 2015
Tanyalah Ustaz Siri 210 (Zakat KWSP, Perbezaan Menuntut Ilmu di Masjid Dengan di T.V, Berdakwah Perlu Berlemah Lembut, Solat Menghormati Waktu dan Cara Wuduk Rasulullah.)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Tanyalah Ustaz Siri 210 adalah menjelaskan persoalan zakat kwsp, perbezaan menuntut ilmu di masjid dengan di T.V, berdakwah perlu berlemah lembut, solat menghormati waktu dan cara wuduk Rasulullah.
1006. Soalan : Bolehkan saya bayar zakat kwsp dengan di masukkan wang zakat itu ke tabung masjid?
Jawapan :
Ramai orang keliru hendak penyaluran wang zakat di samakan dengan wang sedekah. Wang zakat (samaada zakat kwsp, pendapatan atau wang simpana) yang hendak kita keluarkan perlu di agihkan kepada 8 asnaf bukan kepada tabung masjid, rumah anak yatim, atau tabung sekolah agama.
Wang zakat sebaik-baiknya di serahkan kepada Pusat Zakat tempat pun tinggal kerana Pusat Zakat akan agihkan kepada 8 asnaf sebagaimana yang di nyatakan oleh al-Quran. Tetapi wang sedekah puan boleh salurkan di mana-mana saja yang puan berhajat nak salurkan samaada tabung masjid, sekolah agama dan rumah anak yatim.
Allah SWT telah menjelaskan golongan yang layak menerima zakat seperti firmanNya di dalam al-Quran, surah al-Taubah ayat 60:
Maksudnya: “Hanyasanya al-Sodaqaat (zakat) ituadalah untuk orang-orang yang fakir, miskin, amil-amil yang menguruskannya, muallaf yang dijinakkan hatinya, untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan diri, orang-orang yang berhutang, untuk sabilillah, iaitu sebagai satu ketetapan daripada Allah. Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
Penjelasan ringkas setiap golongan di atas:
1. Fakir: orang yang tidak ada harta yang cukup untuk memenuhi keperluan makanan, pakaian dan tempat tinggal. Seperti orang yang memerlukan sepuluh ringgit tetapi dia hanya memiliki 3 ringgit sahaja.
2. Miskin: Orang yang hanya memiliki sesuatu untuk keperluan dirinya akan tetapi ianya tidak mencukupi, seperti seorang yang memerlukan 10 ringgit tetapi dia hanya memiliki 8 ringgit sahaja.
3. Amil-Amil yang menguruskannya: iaitulah pegawai-pegawai yang membantu pemerintah mengutip dan mengagihkan zakat.
4. Muallaf yang dijinakkan hatinya: Mereka orang yang baharu memeluk islam yang dijangka dengan memberikan zakat kepada mereka akan menguatkan lagi islam mereka.
5. Hamba-hamba yang hendak memerdekakan diri: iaitu hamba mukatab (المكاتب) yang telah berakad dengan tuan yang memeliki mereka untuk membayar secara ansuran. Dia menjadi merdeka apabila selesai melangsaikan bayaran tersebut. Maka zakat diberi kepada golongan hamba ini apabila mereka tidak mampu menjelaskan ansuran tersebut.
6. Orang-orang yang berhutang.
7. Orang-orang yang berada pada fisabilillah.
8. Ibnu Sabil: Orang yang terputus bekalan dalam musafir yang diharuskan. Inilah 8 golongan yang berhak menerima zakat.
Jika saudari nak membayar zakat kwsp maka serahkanlah di Pusat zakat kerana urusan pembayaran zakat saudari selesai. Wallahu a’lam.
1007. Soalan : Ustaz..Adakah ada perbezaan ganjaran bagi orang yang menuntut ilmu di rumah Allah dengan orang yang menuntut dengan mendengar sahaja di tv kerana kita sedia maklum dengan bermacam-_macam ilmu islam yang telah ditayngkan dikaca tv..tolong beri penjelasan ustaz?
Jawapan :
Terdapat perbezaan seorang menuntut ilmu di masjid berbanding mendengar ceramah di t.v atau di radio.
1. seorang yang berniat nak pergi menuntut ilmu adalah menuju jalan kesyurga, malaikat menguncupkan sayap-sayapnya dan di doakan semua makhluk di langit dan bumi termasuk ikan yang di dalam air.
Daripada Abu Darda’, bahawasanya beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada di dalam air. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barang siapa yang menuntut ilmu itu, maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagian yang paling banyak.” (Hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)
Kepada mereka yang selalu ke majlis ilmu, semestinya selalu mendengar hadis dan ayat Quran di atas. Setiap kali penceramah dan muzakkir ingin memulakan kuliah dan tazkirah mereka, mereka selalu diingatkan betapa pentingnya menuntut ilmu.
Begitulah lumrahnya, orang yang berilmu sentiasa berada di dalam kehidupan yang baik, jika ilmu yang dipelajarinya itu benar, dan diamalkan apa yang dipelajari.
2. Pergi ke masjid setiap langkah mendapat 1 pahala, di hapuslan 1 dosa dan di naikkan 1 darjat oleh Allah SWT. termasuk waktu pergi dan balik.
3. Pergi ke masjid di samping mendapat ilmu yang bermanfaat , akan mendapat juga pahala solat berjemah 27 darjat lebih baik daripada solat bersendirian di rumah.
4. Mendapat pahala berikhtikaf di masjid
5. Di hapuskan dosa di antara solat ke solat (menunggu dari solat magrib ke solat isyak)
Rasulullah SAW. bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama dia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, sayangilah dia'." (Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a., Sahih Muslim no. 469)
Mendengar ceramah di tv dan duduk di rumah sahaja hanya mendapat pahala mendengar ilmu yang bermanfaat tetapi fadilat ke masjid, ikhtikaf di masjid dan doa para malaikat semasa duduk di masjid tak di perolehi. Siaran di tv biasanya ulangan , malaikat akan menaungi juga jika ceramah tersebut secara terus menerus tetapi jika ulangan dah tak ada naungan malaikat.
1008. Soalan : Ustaz..apakah hukum jika seseorang itu mengatakan wanita yang free hair & berpakaian seksi ini seperti golongan yang berrada do lorong atau istilah paling tepat adalah seperti PELACUR...& memberitahu hamba Allah itu yang dia bukan menutup aurat tetapi membalut aurat..& ini menyebabkan hamba Allah ini terasa hati,,sedangkan hamba Allah ini baru berhijab & masih lagi dalam proses pembelajaran..
Jawapan :
Sebagai seorang muslim kita tak boleh membuat tuduhan yang mengaibkan seseorang yang belum menutup aurat lagi. Tuduhan seorang itu seperti pelacur adalah satu tuduhanyang berat jika tidak membawa 4 orang saksi dan boleh mendapat hukuman qazaf (hukuman qazaf adalah di sebat 80 kali dan persaksiannya tak lagi boleh di terima) . Jika di dunai tak di hukum di akhirat nanti berat hukuman yang akan menanti.
Lidah perlu di jaga dan tak boleh bercakap ikut sedap mulut kerana Nabi SAW memberi amalan dua anggota manusia yang menyebabkan pemiliknya masuk neraka adalah lidah dan kemaluan.
Jika seorang kakak hendak menasihati adiknya boleh memberi nasihat tetapi jangan terkeluar perkataan yang tidak sopan atau megaibkan. Berkatalah dengan bahasa yang baik dan penuh hikmah. Kita sebagai pendakwah perlu memberi nasihat yang baik dan tidak boleh menguris perasaan orang lain.
Firman Allah SWT maksudnya : “Maka dengan rahmat Allahlah kamu lemah lembut terhadap mereka dan jika kamu kasar hati, nescaya mereka akan lari dari sisimu.” (Surah Ali ‘Imran ayat 159)
Di antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di dalam diri seseorang muslim ialah, sifat sabar dan berlemah lembut kerana kerja-kerja untuk Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan, malah jalan dakwah sememangnya penuh dengan kepayahan, penyiksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang memalukan. Halangan–halangan ini sering dihadapi oleh para petugas ‘amal Islami sehingga himmah mereka menjadi pudar, gerakan menjadi lumpuh malah mereka mungkin terus berpaling meninggalkan medan dakwah.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Mahukah aku memberitahu kamu suatu perkara yang dengannya Allah akan memuliakan binaan (kedudukan seseorang) dan mengangkatnya kepada beberapa darjat ketinggian. Mereka menjawab: Ya! Wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Berlemah-lembutlah kamu terhadap orang jahil, maafkanlah orang yang menzalimi kamu, hulurkanlah pemberian kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu dan sambunglah hubungan silaturahim terhadap orang yang memutuskannya terhadap kamu."
Sifat berlemah lembut ini adalah sifat fitrah yang disukai oleh semua manusia kerana jiwa manusia menolak sifat manusia yang kasar, bengis dan tidak suka bertolak ansur.
Semasa Nabi SAW berdakwah baginda cukup berlemah lembut untuk mengajak kepada akidah Islam, sehinggakan baginda di maki hamun, di letakkan najis binatang semasa solat , hatta sehingga di balik batu baginda tak pernah keras dan kasar. Baginda berdoakan pada orang kafir yang jahat itu supaya Allah berikan taufik dan hidayah.
Tidak banyak sikap baginda keras pada musuh ada beberapa kes baginda memerangi puak yahudi kerana mereka melanggar perjanjian dengan baginda. Baginda pernah mendoakan kecelakan pada satu kaum yang menipu dan membunuh para sahabat yang hafiz al-Quran secara tidak bermaruah (mereka panggil pendakwah Islam datang ke kampung mereka tetapi di tengah jalan mereka berkhianat dan membunuh semua para sahabat).
Rasanya kita ni jika ada orang maki hamun boleh tak kita bersabar? Rasanya mungkin kita berkali ganda maki hamun balik pada orang tersebut,kerana tak sabarnya kita.menghadapi dugaan dalam berdakwah.
1009. Soalan : Boleh ustaz terangkan maksud solat menghormati waktu dan bagaimana cara melakukannya...
Jumlah :
Ramai yang bertanya tentang solat hormat waktu adakah ia mempunyai sandaran atau tidak? Jika ada bagaimanakah perlaksanaannya?
Bagaimana pula dengan hukumnya, adakah solat tersebut sah ataupun sekadar mengangkat dosa sahaja?
Untuk menghuraikan isu ini, perkara paling asas yang perlu diketahui adalah mengapakah ulama menyebut tentang hal ini?
Isu ini berlaku apabila seseorang itu gagal menyempurnakan syarat-syarat sah solat. Antara keadaan tersebut:-
1. Tidak dapat bersuci samada wuduk atau tayammum ( seperti dalam kenderaan yang tidak mampu berhenti, atau menaiki kapal namun tidak sampai untuk mengambil air )
2. Dalam keadaan pakaian terkena najis yang tidak mampu untuk menukarkannya dalam tempoh waktu solat.
Boleh disimpulkan keadaan-keadaan yang disebut ganjil dan jarang berlaku apatah lagi di zaman moden ini.
Terdapat empat pendapat utama dalam masalah ini. Antaranya:-
Pendapat pertama : Iman Abu Hanifah, Sebahagian sahabat, Sebahagian Ulama Syafie, dan dinukilkan juga daripada Imam Thauri dan Auzai, tidak perlu solat namun perlu diqada’ ( diganti ). Dalil mereka:-
1. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim ( Tiada solat melainkan bersuci ).
2. Qias kepada perempuan haid yang tidak wajib menunaikan solat dalam keadaan haid.
Pendapat kedua : Pendapat Imam Malek. Tidak perlu solat dan tidak perlu diqada’.
Kewajipan solat itu digugurkan.Dalil-dalilnya:-
1. " Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengerjakan sembahyang ketika kamu sedang mabuk, kecuali jika kamu telah mengetahui apa-apa yang kamu katakan dan jangan pula sedang junub “ ( Surah An-Nisa’ ayat 43 )
2. Hadis : Allah tidak akan menerima solat seseorang daripada kamu, apabila dia berhadas sehinggalah dia berwuduk.
Pendapat ketiga : Pendapat Imam Syafie, Abu Yusof ( Mazhab Hanafi ),
Sebahagian Ulama Malik, juga salah satu pendapat Iman Ahmad dan Imam Tabari. Wajib solat sekadar rukun sahaja dan perlu diqada’ ( diulang kembali ). Solat ini dianggap tidak sempurna dan hanya dilaksanakan demi menghormati waktu.
Dalil-dalilnya:-
1. Hadis Aisyah yang diriwayatkan dalam Bukhari dan Muslim : Rasulullah SAW pernah menghantar Asid bin Hadr dan Anas untuk mencari kalung Aisyah yang hilang, apabila tiba waktu solat mereka tidak menjumpai air lantas menunaikan solat tanpa bersuci, apabila diajukan kepada baginda SAW turunlah ayat tayamum
Hadis ini menunjukkan bahawa baginda SAW tidak mengingkari solat mereka ( tanpa bersuci ) dan perlu diulangi kembali kerana solat tidak akan sempurna tanpa bersuci.
2. Nas-nas yang menyuruh melaksanakan solat pada waktunya tidak memperincikan mereka yang boleh meninggalkan atau tidak. Ini menunjukkan kewajipan tidak akan digugurkan walau apa keadaan sekali pun.
Pendapat keempat : Salah satu pendapat Imam Ahmad, Ibnu Hazm dan Sebahagian besar ulama hadis.
Dalil-dalilnya:-
1. “Maka bertakwalah kepada Allah dengan kadar kemampuan kamu.” (Surah al-Taghabun ayat 16),
“Allah tidak membebankan seseorang melainkan sekadar kemampuannya.” (Surah al-Baqarah ayat 286)
“Allah tidak menghendaki untuk menjadikan ke atas kamu kesusahan.” (Surah al-Maidah ayat 6),
Ayat-ayat diatas menunjukkan bahawa Islam tidak membebankan penganutnya dalam menunaikan ibadat yang diperintahkan Allah. Maka, laksanakanlah ibadat sekadar kemampuan.
2. Rasululullah SAW tidak pernah menyuruh sahabat agar mengulangi solat tersebut.
Dalam memahami isu-isu perbezaan pendapat dikalangan ulama, adalah lebih baik kita mencari apakah punca perbezaan dikalangan mereka terutamannya dalam memahami nas. Dalam isu ini ia berpunca daripada kefahaman hadis sahabat mencari kalung Aisyah.
1. Mereka yang menyatakan bahawa solat itu wajib digugurkan terus berpendapat Rasulullah SAW tidak menyuruh mengulangi kembali solat tersebut dan solat itu sememangnya tidak sah tanpa bersuci.
2. Mereka yang berpendapat solat itu wajib dilaksanakan dan wajib diulang, melihat Rasulullah SAW tidak mengingkari solat mereka ( tanpa bersuci ) dan dalam masa yang sama solat tersebut tidak sah dan mesti diulangi.
3. Mereka yang menyatakan hanya perlu solat tanpa qada’ melihat baginda SAW tidak menyuruh sahabat mengulanginya kembali menunjukkan solat tersebut adalah sah.
Kesimpulan.
Dalam mazhab Syafie pendapat yang lebih berhati-hati dan meyakinkan iaitu wajib solat dan wajib qada' pendapat ini adalah pendapat pertengahan di antara pendapat tak perlu solat dan tak perlu qada' dan satu lagi wajib solat dan tak perlu qada'.
Cara yang terbaik untuk kita mengelakkan solat menghormati waktu adalah kita sentiasa berwuduk dan mudah apabila sampai masuk waktu solat boleh terus solat terutama ketika di dalam bas, keretapi atau kapal terbang. Untuk kaum lelaki sentiasa membawa kain sarung di dalam bag kerana apabila terkena najis semasa buang air kecil ada kain yang bersih boleh di gunakan untuk solat. Dalam keadaan dharurat contoh tersangkut di perjalanan kerana kemalangan jalan raya boleh solat jamak ta'khir saja walaupun bukan bermusafir. maka tak timbul solat menghormati waktu.
1010. Soalan : Boleh tak ustaz huraikan cara-cara wuduk mengikut sunat Rasulullah SAW berdasarkan hadis-hadis sahih?
Jawapan :
Rukun dan Tata Cara wuduk yang benar
1.Dalil wajibnya adalah firman Allah Ta’ala dalam surah Al-Maidah ayat 6 yang telah kami bawakan, dan juga sabda Nabi SAW maksudnya, “Allah tidak akan menerima solat tanpa taharah,” (HR. Al-Jamaah kecuali Al-Bukhari)
2.Nabi SAW berwuduk setiap kali mahu solat (HR. Al-Bukhari dan Imam Empat).
Baginda bersabda lagi, “Seandainya saya tidak menyusahkan umatku nescaya saya akan memerintahkan mereka untuk berwuduk setiap kali mahu solat, dan bersama wuduk ada bersiwak.” (HR. Ahmad dengan sanad yang shahih sebagaimana dalam Al-Muntaqa)
3.Niat hukumnya adalah rukun wuduk,
Berdasarkan sabda Nabi SAW yang masyhur, “Sesungguhnya setiap amalan -sah atau tidaknya- tergantung dengan niat.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
4.Didahului dengan bersiwak atau menyikat gigi.
Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW, “Seandainya saya tidak takut untuk menyusahkan umatku, nescaya aku akan perintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali wuduk.” (HR. Malik dari Abu Hurairah)
5.Lalu membaca basmalah -dan hukumnya adalah sunnah-, dengan dalil sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Berwuduklah kalian dengan membaca bismillah.” (Dihasankan oleh Al-Albani)
6.Mencuci kedua telapak tangan tiga kali dan hukumnya adalah sunat berdasarkan kesepakatan kaum muslimin.
7.Berkumur dan memasukkan sebagian air ke dalam hidung lalu dikeluarkan,
Perlu untuk diperhatikan termasuk di dalamnya madhmadhoh (berkumur-kumur) dan istinsyaq (memasukkan air dan menghirupnya hingga ke bagian dalam hidung).
Nabi SAW bersabda maksudnya, “Apabila salah seorang dari kalian berwuduk hendaklah ia melakukan istinsyaq.” (HR. Muslim).
Adapun tentang madhmadhoh, Nabi SAW bersabda maksudnya, “Jika engkau berwuduk, maka lakukanlah madhmadhoh.” (HR. Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu majah dengan sanad yang sahih)
Berdasarkan sabda Nabi SAW maksudnya, “Kalau salah seorang di antara kalian berwuduk maka hendaknya dia memasukkan air ke dalam hidungnya kemudian mengeluarkannya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah).
Beliau menggabungkan antara kumur-kumur dan istinsyaq dengan cara setengah dari air yang baginda ambil, beliau masukkan ke dalam mulut dan setengahnya lagi ke dalam hidung.
Baginda istinsyaq dengan tangan kanan dan istintsar dengan tangan kiri, berdasarkan hadis Ali bin Abi Thalib. Dan baginda memerintahkan untuk bersungguh-sungguh dalam istinsyaq kecuali dalam keadaan berpuasa dengan sabdanya, “Bersungguh-sungguhlah dalam menghirup air ke hidung kecuali kalau kamu dalam keadaan berpuasa.” (HR. Abu Daud dari Laqith bin Saburah)
8.Mencuci wajah, dan hukumnya adalah rukun wuduk kerana tersebut dalam surah Al-Maidah. Disunatkan juga ketika mencuci wajah untuk menyelang-nyelingi janggut.
Mencuci wajah merupakan salah satu rukan wuduk, ertinya tidak sah wuduk tanpa mencuci wajah. Allah SWT berfirman yang maksudnya, “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat maka basuhlah mukamu.” (Surah Al-Maidah ayat 6)
Termasuk salah satu kewajiban dalam wuduk adalah menyela-nyela janggut bagi yang memiliki janggut yang lebat berdasarkan hadis Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahwasanya apabila Rasulullah SAW berwuduk, baginda mengambil setelapak air kemudian memasukkannya ke bawah dagunya selanjutnya menyela-nyela janggutnya. Kemudian bersabda, “Demikianlah Rabbku memerintahkanku.” (HR. Abu Dawud, Al-Baihaqi, Al-Hakim dengan sanad sahih lighoirihi).
9).Kemudian mencuci kedua tangan samapai melewati siku dan baginda juga memerintahkan untuk menyelang-nyelingi jari-jemari. Hukum mencuci tangan samapai ke siku adalah rukun wuduk.,
“Aku berkata: ‘Wahai Rasulullah, kabarkan kepadaku tentang wuduk?’” Nabi berkata, “Sempurnakan wuduk-mu, dan sela-selalah antara jari-jemarimu, dan bersungguh sungguhlah dalam memasukkan air ke dalam hidung kecuali jika kamu dalam keadaan berpuasa.” (Diriwayatkan oleh lima imam, dishahihkan oleh Tirmidzi)
Para ulama telah bersepakat tentang wajibnya mencuci kedua tangan ketika berwudhu. Allah berfirman yang artinya, “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat maka basuhlah mukamu dan juga tanganmu sampai dengan siku.” (Surah Al-Maidah ayat 6)
Perlu untuk diperhatikan bahwa siku adalah termasuk bagian tangan yang harus disertakan untuk dicuci.
10).Mengusap (menyapu) seluruh kepala (termasuk mengusap kedua daun telinga),
Mengusap kepalanya sekali, dari mulai tempat tumbuh rambut bagian depan sampai akhir tumbuhnya rambut dekat tengkuknya, kemudian mengembalikan usapan itu (membalik) sampai kembali ketempat semula memulai, kemudian memasukkan masing-masing jari telunjuknya ke telinga dan menyapu bagian daun telinga dengan kedua ibujarinya.
Allah SWT berfirman yang maksudnya, “… dan usaplah kepalamu.” (Surah Al-Maidah ayat 6). Yang dimaksud dengan mengusap kepala adalah mengusap seluruh bagian kepala mulai dari depan hingga belakang.
Adapun mengusap kedua telinga hukumnya juga wajib kerana termasuk bagian dari kepala. Nabi SAW bersabda, “Kedua telinga termasuk kepala.” (HR. Ibnu Majah, shahih). Mengusap kedua telinga ini dilakukan setelah mengusap kepala dengan tanpa mengambil air yang baru.
Hadis Abdullah bin Zaid, dimana beliau juga memperagakan sifat wuduk Nabi.
Dia meminta bekas berisi air lalu menuangkan air ke dua telapak tangannya dan mencuci keduanya sebanyak tiga kali. Kemudian dia memasukkan tangannya kedalam bekas air lalu berkumur-kumur, istinsyaq dan istintsar sebanyak tiga kali dari tiga kali mengambil air. Kemudian dia mengambil air lalu mencuci wajahnya sebanyak tiga kali. Kemudian dia mengambil air lalu mencuci tangan sampai sikunya sebanyak dua kali. Kemudian dia mengambil air lalu mengusap kepalanya -ke belakang dan ke depan- sebanyak satu kali.Kemudian dia mencuci kedua kakinya".
Dalam sebagian riwayat: Baginda memulai mengusap pada bagian depan kepalanya kemudian mendorong kedua tangannya sampai ke tengkuknya, kemudian kedua tangannya kembali ke bagian depan kepalanya.
11).Membasuh kedua kaki sampai kedua mata kaki,
Allah SWT berfirman yang maksudnya,” dan (cucilah) kakimu sampai kedua mata kaki.” (Surah Al-Maidah ayat 6)
Mencuci kedua kaki -dan hukumnya adalah rukun- sampai melewati mata kaki. Semua bagian kaki harus terkena air wuduk, kerana Nabi SAW bersabda maksudnya, “Celakalah bagi tumit-tumit (yang tidak terkena air, pent) dari api neraka.”
Perlu untuk diperhatikan bahwa kedua mata kaki adalah termasuk bagian kaki yang harus disertakan untuk dicuci. Adapun menyela-nyela jari-jari kaki hukumnya juga wajib apabila memungkinkan bagian antar jari tidak tercuci kecuali dengan menyela-nyelanya.
12).Tertib (berurutan).
Muwalat adalah berturut-turut dalam membasuh anggota wuduk. Maksudnya adalah sebelum anggota tubuh yang dibasuhnya mengering, ia telah membasuh anggota tubuh yang lainnya.
Disunatkan memulai dengan bagian kanan dalam mencuci semua anggota wuduk yang berjumlah sepasang, kecuali telinga kerana keduanya diusap secara bersamaan. Nabi SAW bersabda maksudnya “Kalau kalian memakai pakaian dan kalau kalian berwuduk, maka mulailah dengan bagian kanan kalian.” (HR. Abu Daud dengan sanad yang shahih)

Subscribe to:
Posts (Atom)