بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Tanyalah Ustaz Siri 234 adalah menjelaskan persoalan cara solat tahajud, pejuang Islam si zalimi, zakat emas perhiasan, membaca ayat kursi semasa naik kenderaan dan sembahyang dalam gelap.
1126 Soalan : Saya ingin bertanya..boleh tak beri pencerahan tentang qiyamullail..setelah kita bangun malam kita melakukan solat tahadjud dahulu kemudian tidur sebentar dlm 5 hingga 10 minit selepas itu bangun, sambung dengan solat taubat, solat hajat & solat2 sunat yg lain kemudian witir..adakah ini cara terbaik atau ada cara terbaik yang lain.
Cara kedua dengan bangun malam kemudian solat tahadjud, hajat dan solat2 sunat yang lain sekaligus sehingga waktu subuh. Terima kasih Ustaz.
Jawapan :
Solat malam yang paling utama adalah solat tahajud selepas solat tahajud bolehlah di tambah dengan solat taubat, solat hajat, solat istikharah, dan di akhiri dengan solat witir 1 atau 3 rakaat. Waktu 1/3 akhir malam adalah di antara jam 4 pagi sehingga terbit fajar. Bangun sahaja daripada tidur bersugi, qadha' hajat dan berwuduk dan mulakan dengan solat tahajud 2 rakaat . Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا
Maksudnya: Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "solat Tahajjud" padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. - (Surah al-Israa’ (17) ayat 79)
Selepas itu duduk seketika beristighfar (100 X) dan bertaubat kepada Allah SWT di atas dosa-dosa yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ.
يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ.
Maksudnya: Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam yang akhir. Allah berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku akan mengabulkannya; siapa yang meminta kepada-Ku, nescaya Aku akan memberinya; siapa yang memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampunnya. - (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1145).
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar radhiallahu’ anhuma, dia berkata:
إِنَّ رَجُلاً قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ صَلاَةُ اللَّيْلِ.
قَالَ: مَثْنَى مَثْنَى فَإِذَا خِفْتَ الصُّبْحَ فَأَوْتِرْ بِوَاحِدَةٍ.
Maksudnya: :Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah solat malam? Baginda bersabda: Dua-dua (rakaat), apabila engkau khuatir (masuk waktu subuh), maka laksanakan solat witir satu rakaat." - (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1137.)
1127. Soalan : Kenapa wira-wira yang memperjuangkan Islam akhirnya mati ditangan orang-orang yang zalim? Apakah tidak sampai pertolongan Allah kepada mereka? Kenapa Allah menangkan orang-orang yang zalim?
Kenapa dunia ini penjara untuk orang-orang yang beriman? Kenapa dunia ini syurga untuk orang-orang yang ingkar?
Jawapan :
Perlu kita ingat setiap manusia akan mati samaada mati sakit, mati kemalangan jalan raya, mati kerana tua, mati di bunuh, mati di hukum gantung, mati mengejut atau mati syahid. Di dalam banyak-banyak mati maka mati syahid adalah mati yang PALING MULIA.
Kenapa pejuang Islam amat mudah di bunuh oleh pemimpin yang zalim atau di bunuh oleh Yahudi , Kristian, Syiah, Budha (seperti di Mynmar) atau Hindu?
Sebenarnya Allah SWT telah memilih para pejuang Islam sebagai syahid. Jika hukuman gantung sampai mati keatas Dr Mursi dan anggota Ikhwan Muslimain yang pasti mereka mendapat syahid sebagaimana fatwa ulama muktabar. Mereka (para pejuang Islam) akan mendapat pertolongan Allah SWT apabila mereka istiqamah di atas jalan yang hak dan menyediakan persiapan secukupnya setakat kemampuan mereka.
Dr Mursi belum di hukum gantung lagi walaupun hukuman gantung telah di putuskan kerana menunggu Mufti Besar Mesir tandatangan bersetuju. Jika mufti tersebut tandatangan ini bermakna beliau bersyubahat dengan hakim dan pemerentah yang zalim.
1128. Soalan : Ustaz, saya nak tahu berapa berat (gram) / berapakah nilai (RM) yang patut dibayarkan zakat buat emas yang disimpan / dipakai? Terima kasih.
Jawapan :
Jika emas di simpan (cukup setahun Hijriah) bukan emas perhiasan (duit emas atau jongkong emas) zakatnya adalah 2.5%. Kadar minima zakat adalah sebanyak 85 gm emas. Jumlah semasa tahun 2015 menurut Pusat Zakat Selangor adalah sebanyak RM 11, 145.00.(nilai 85 gm emas). Contoh jika seorang menyimpan emas seberat 1kg emas apabila cukup haul (tempuh setahun) maka zakatnya adalah 1000 gm x 2.5% = 25 gm emas
Emas yang tersimpan jika cukup masa dan nisabnya wajib di zakatkan 2.5%. Tetapi emas yang dipakai setiap negeri berbeza ikut urif masing-masing jika cukup uruf maka baru di kenakan zakat tetapi jika tak cukup uruf maka tak wajib zakat. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)
= RM392.00
Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur)
Emas yang di simpan jika cukup nisab dan cukup tempuh setahun Hijrah maka wajib di zakatkan 2.5%.
1129. Soalan : Saya ingin bertanya...bolehkah saya hanya membaca ayat kursi sahaja setiap kali naik kenderaan dalam ketakutan..meminta pertolongan dari Allah ...sedangkan setiap amalan ada ayat-ayatnya yg tersendiri...kerana lidah saya sudah terbiasa dengan ayat kursi..jika ingin mempelajari ayat-ayat lain saya khuatir lupa bacaan jika berada dalam kecemasan.terima kasih
Jawapan :
Apabila saudari keluar rumah maka ada adab-adab keluar rumah, kemudian apabila saudari naik kenderaan samaada motosikal, kereta, bas dan kenderaan yang lain ada adab-adab naik kerderaan. Adab-adab keluar rumah.
1. Membaca doa bila hendak keluar daripada rumah.
"Bismillahi tawakaltu ‘alallahi laa haula walaa quwwata illa billah"
Artinya: “Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah. Tidak ada daya dan kekuatan selain dari Allah.”
(Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmidzy dan Nasai)
Doa lain yang diajarkan Rasulullah SAW iaitu:
"Allahumma innii a’uudzubika an adlilla au udlalla, au azilla au uzalla, au azhlima au uzhlama, au ajhala au yujhala ‘alayya:
Maksudnya: “Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menyesatkan atau disesatkan; dari menggelincirkan atau digelincirkan; dari menganiaya atau dianiaya; dari membodohi atau saya dibodohi (orang lain)
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmidzy)
2. Sunnah berikutnya adalah mendahulukan kaki kiri ketika keluar rumah, serta memberi salam kepada keluarga. Sebelum keluar rumah hendaknya menentukan niat dan tujuan, serta memastikan barang bawaan tidak ada yang tertinggal.
3. Kaum perempuan yang hendak keluar rumah harus memperhatikan hal-hal berikut: tidak diperkenankan memakai wangi-wangian, menutup aurat dengan sempurna. Selain itu, haram bagi wanita berpergian tanpa izin orangtua atau suami dan dilarang berpergian sampai tiga hari tanpa disertai mahramnya.
Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri ra katanya: Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Haram bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat musafir, di mana perjalanannya melebihi dari tiga hari melainkan bersama ayah, anak lelaki, suami, saudara lelaki atau siapa sahaja mahramnya yang lain.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Membaca doa naik kenderaan :
Nabi SAW mengajar kepada kita apabila hendak mulakan perjalanan perlulah membaca doa naik kenderaan :
(Subhanalladzi sakhara lana hadza wama kunna lahu muqrinin wainna ila robbina lamunqalibun...)
Maksudnya : "Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!" (Surah az-Zukruf ayat 13-14)
3. Membaca doa di jauhi musibah.
Dari Abu Darda' r.a dari Nabi SAW bahawa baginda bersabda maksudnya ; "Barangsiapa diwaktu pagi dan petang membaca ; 'Hasbiallahu lailahaillahu alaihitawakkaltu wahuwarabbul 'arsilazim' (Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal. dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung ' (Surah at-Taubah ayat 129), tujuh kali, maka Allah akan mencukupi apa yang diinginkan dari perkara dunia dan akhirat." (Hadis Riwayat Ibnu Sunni dan Ibnu Asakil secara marfu').
Termasuk terhindar daripada musibah dan kemalangan atau di jauhi daripada gangguan sihir dan hasad dengki.
4. Membaca doa untuk bermusafir:
الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنْ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى ، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ
Maksudnya : “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga ”
Jika kalian beramal keempat-empat doa di atas sebelum kalian memulakan perjalanan samaada untuk ketempat kerja atau untuk bermusafir ke distinasi yang hendak dituju maka insya Allah kalian akan terpelihara daripada sebarang musibah atau kemalangan yang tidak di ingini.
Yakinilah dengan mengamalkan doa-doa tersebut di atas kalian akan disertai malaikat rahmat yang menjaga keselamatan kalian dengan izin Allah SWT.
Satu lagi amalan yang dapat menjauhkan daripada musibah adalah banyakkan bersedekah. Walaupun jumlahnya sedikit sekadar kemampuan kalian tetapi ianya mempergaruhi keselamatan diri kalian dan malaikat yang menjaga rezeki akan mendoakan keselamatan orang yang bersedekah.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).”
(Hadis Riwayat al-Tirmidzi)
Jika saudarai nak baca ayat kursi semasa naik kenderaan boleh tak menjadi masalaah cuma utamakan doa dan adab yang di ajarkan Nabi SAW sebagai amalan sunah. Ayat Kursi ikut amalan sunah di baca selepas solat, mula hendak tidur, waktu pagi dan waktu petang dan baru masuk rumah sendiri setelah balik kerja atau musafir.
1130. Soalan : Apa hukumnya sembahyang dalam gelab ustaz?
Jawapan :
Solat di tempat yang gelap pada dasarnya mubah (harus) , ertinya tidak ada anjuran khusus untuk solat di tempat yang gelap, tidak pula ada larangan untuk solat di tempat gelap. Di masa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam, solat malam yang dikerjakan baginda dan para sahabat dilakukan di tempat dan suasana yang gelap. A’isyah radhiyallahu ‘anha menceritakan,
فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَجَعَلْتُ أَطْلُبُهُ بِيَدِي فَوَقَعَتْ يَدِي عَلَى قَدَمَيْهِ وَهُمَا مَنْصُوبَتَانِ وَهُوَ سَاجِدٌ يَقُولُ: أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ، لَا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ
Suatu malam, saya kehilangan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam, akupun mencarinya dengan gerayangan tanganku. Tiba-tiba aku menyentuh kedua tumit baginda dalam posisi tegak sedang sujud. Baginda membaca: A’udzu bi ridhaka min sakhatik, wa bi mu’afatika min ‘uqubatik,….dst. (HR. Malik, Muslim, Turmudzi, dan Nasai).
Imam Ibnu Utsaimin pernah ditanya tentang solat di tempat yang gelap. Apakah ada hadis sahih yang menyebutkan bahawa ini makruh? Jawaban beliau,
أنا لا أعرف هذا الحديث، وعلى من أتى به أن يتحقق منه، والصلاة في الظلام في عهد النبي صلى الله عليه وسلم كانت هي الأصل؛ لأن مساجد النبي صلى الله عليه وسلم في ذلك الوقت ليس فيها مصابيح، كما قالت عائشة – رضي الله عنها – “والبيوت يومئذ ليس فيها مصابيح..
Saya tidak pernah mengetahui hadis ini. Oleh itu, siapa saja yang membawakan hadis ini, wajib menjelaskan status keabsahannya (kesahihannya). Sedangkan solat di kegelapan di zaman Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam itu yang umumnya terjadi. Kerana masjid Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam ketika itu belum ada lampu, sebagaiman keterangan A’isyah radhiyallahu ‘anha,
وَالبُيُوتُ يَوْمَئِذٍ لَيْسَ فِيهَا مَصَابِيحُ
“Rumah-rumah ketika itu belum ada lampunya.” (HR. Bukhari 382)
Boleh menjadi makruh jika mempengaruhi kekhusyuan
Jika solat di tempat yang gelap boleh mempengaruhi kekhusyuan, hukum asal mubah ini boleh berubah menjadi makruh atau sebaliknya dianjurkan.
Dalam fatwa Syabakah islamiyah dinyatakan,
لكن قد يقال بكراهة الصلاة في مكان مظلم إذا كان المصلي يخاف من الظلام ويتشوش ذهنه، كما قد يقال باستحبابها إذا كانت الصلاة في الظلام أدعى للخشوع والبعد عن النظر إلى ما يلهي
Akan tetapi, boleh jadi dihukumi makruh solat di tempat yang gelap, jika orang yang solat takut dengan kegelapan atau mempengaruhi penumpuannya. Sebagaimana boleh dihukumi di galakkan, jika solat di tempat yang gelap ini boleh mengundang rasa khusyu atau terhindar dari melihat hal-hal yang mengganggu solat. (Fatwa Syabakah Islamiyah, 155509)
No comments:
Post a Comment