Thursday, April 24, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 99 ( Memberi Salam, Membela Burung, Hubungan Jiran, Doa Penawar Demam dan Berjabat Salam Dengan Bukan Mahram)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    

Tanyalah Ustaz Siri 99 adalah menjelaskan persoalan memberi salam, membela burung, hubungan jiran, doa penawar demam dan berjabat salam dengan bukan mahram.

551. Soalan :   Ustaz saya mahu tanya ,,saya sering mendengar para ustaz mengucapkan salam dengan ^Assalamualaikum warohmatulohi TAALA wabarokatu^,,,,saya ingat itu baik,,tapi waktu saya menjawab salam seperti itu ada yang mengatakan itu bid'ah. Minta pencerahan.

Jawapan : 

Sebaik-baik ucapan salam adalah tidak ditambah "Taala". Tetapi jika ada yang nak tambah tidaklah termasuk bidaah. Salam adalah satu ucapan dari seseorang Islam kepada saudaranya yang lain dengan maksud mendoakan kesejahteraanya dan keselamatannya. Kata salam dalam Bahasa Arab mempunyai erti keselamatan, kesejahteraan atau kedamaian. Beberapa bentuk lafaz salam yang selalu ducapkan oleh seseorang muslim antaranya adalah;

1. Assalamu ‘ alikum,

2. Assalamu ‘ alikum warahmatullaah

3. Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh

Ketiga-tiga bentuk salam itu mempunyai makna yang berbeza dan sudah tentu mempunyai markah pahala yaang berbeza juga. Ini dihuraikan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang diceritakan oleh;

Imran Bin Hushain r.a menceritakan tentang seseorang yang mendatangi Rasulullah SAW dan mengucapkan salam: “Assalaamu ‘alaikum!” Rasulullah SAW menjawab salam tersebut, dan kemudian memberikan komentar: “Sepuluh!” Kemudian datang orang lain yang mengucapkan salam: “Assalaamu ‘alaikum warahmatullaah!” Rasulullah SAW menjawab dan kemudian memberikan komentar: “Dua puluh!” Dan datanglah orang ketiga dan mengucapkan salam: “Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh!” Maka Rasulullah SAW menjawab: “Tiga puluh!” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).

Ini bererti mengucap salam dengan lafaz salam yang lebih sempurna akan mendapat lebih pahala. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu wataala dalam al-Qur’an:

Maksudnya: “Dan apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.” (Surah An-Nisaa’ ayat 86).

Ucapan yang paling indah di Syurga adalah salam.


552. Soalan : Ustaz. saya ni seorang pembela burung, jadi lebih baikkah saya melepaskan burung tersebut atau saya bela burung tersebut? tapi saya sayangkan burung saya ustaz.. apa komen ustaz dalam hal ni.?

Jawapan :  

Dalil hadis: Anas meriwayatkan adiknya bernama Abu Umair yang membela seekor burung nughair, setiap kali nabi menziarahi keluarga Anas, baginda akan bertanya Abu Umair mengenai burungnya itu." (Hadis Sahih Riwayat al-Bukhori no 6203.)

Membela burung diharuskan di dalam islam yang penting beri makan dan minum dengan cukupnya dan jangan menyeksanya.Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika mensyarahkan hadis ini di dalam Fath al-Bari berkata:

“Hadis ini telah dijadikan dalil atas keharusan mengurung burung (memeliharanya di dalam sangkar), kerana Nabi SAW tidak mengingkari perbuatan Abu Umair.”

Berdasarkan hadis di atas ini bahawa memelihara binatang di dalam sangkar adalah harus kerana memelihara binatang ini adalah sebagai perhiasa di rumah atau hobi seseorang. Islam adalah agama yang sukakan kecantikan, Allah juga sukakan perkara yang cantik. Allah jadikan binatang dan tumbuh-tumbuhan adalah untuk dimanfaatkan oleh manusia, seperti menjadi rezeki kepada manusia, dijadikan perhiasan dan sebagainya. Allah SWT berfirman yang bermaksud :

“Katakanlah (wahai Muhammad), “Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?”(Al-Araf : 32)

“Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan”(Al-Nahl : 8)

Jelas di sini, bahawa Allah menjadikan sebahagian binatang untuk dimanfaatkan oleh manusia, seperti menjadikan sebagai tunggangan, sumber rezeki dan perhiasa kepada manusia. Tidak menjadi masalah kepada manusia mengambil binatang untuk dipelihara sebagai perhiasan dan hobi. Tetapi perlu diingatkan, jangan menzalimi binatang peliharaan dengan tidak memberi makan, menyiksa dan sebagainya. Menjadi dosa bagi manusia yang memelihara untuk melakukan kezaliman kepada binatang peliharaannya. Hal ini dapat dirujuk kepada pandangan Syaikh bin Baaz sebagai berikut:

“Tidak masalah dengan hal itu bila pemiliknya menyediakan keperluan burung-burungnya, seperti makanan dan air. Karena, berdasarkan hukum asal, diperbolehkan. Sementara itu tidak ada dalil yang menunjukkan penentangan terhadap kaidah ini, berdasarkan atas apa yang kami ketahui. Wallahu’alam.” (Fatawa Islamiyah 4/449).


553. Soalan : Ustaz macamana hukum kita tak suka dekat jiran,kerana kita ada berbuat baik pada jiran tapi jiran tu benci pada kita,,,kita dah buat yang sepatutnya dengan membantunya tapi dia menjauh dari kita?

Jawapan : 

Islam melarang putuskan silaturahim dengan jiran dan dilarang bermusuh-musuhan. Bersabarlah jika berhadapan dengan jiran yang kurang baik akhlaknya. Jika kita bertindak seperti apa yang dia lakukan maka kita pun akan menjadi seperti dirinya. Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya aku mempunyai kaum kerabat yang aku eratkan hubunganku dengan mereka tetapi mereka memutuskan, dan aku berbuat baik dengan mereka tetapi mereka membuat jahat kepadaku, aku berlemah lembut dengan mereka tetapi melakukan kekasaran terhadap aku”.

Maka jawab Rasulullah, “Jika benarlah apa yang engkau katakan itu maka seolah-oleh engkau memberi makan abu panas (mereka melakukan dosa besar) dan Allah sentiasa bersama engkau memberi pertolongan selagi kamu mengekalkan sifat-sifat kamu”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Huraian Hadis : Islam mengajar umatnya berbuat baik bagi mengeratkan hubungan antara keluarga walaupun kebaikan itu dibalas dengan keburukan. Berbuat baiklah dengan kaum keluarga dengan tujuan mengeratkan hubungan silaturahim, semoga mendapat keredaan dan pertolongan daripada Allah SWT. Islam menghendaki umatnya mengerjakan kebaikan sesama keluarga untuk menjamin kesejahteraan. Orang yang cuba melakukan permusuhan dan kemarahan kepada orang yang hendak berbuat baik dengannya adalah dimurkai oleh Allah dan dia akan mendapat seksaan diakhirat kelak. Jika jiran tersebut engan berbaik-baik dengan kita , kita perlu tetap bertegur sapa dan cuba jaliankan semuala ikatan silaturahim yang telah terputus.


554. Soalan : Ustaz.anak saya baru deman.ajar kan saya macamana nak buat air penawar.apa ayat doa dan cara nak buat.?

Jawapan : 

Doa Demam Panas :

Malik bin Isma’il menceritakan kepada kami, (ia berkata) Zuhair menceritakan kepada kami, (ia berkata) Hisyam menceritakan kepada kami (yang diterima) daripada Urwah (yang berasal) dari ‘Aisyah r.a. (yang diterima) dari Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demam panas adalah dari serpihan api neraka Jahannam, maka dinginkanlah dengan air.” (Hadis Sahih Riwayat al-Bukhari, no. 3023)

Dalam dunia perubatan, salah satu cara untuk mengurangi rasa panas badan adalah dengan meletakkan air @ ais di bahagian dahi @ kepala. Sehingga suhu tubuh yang belebihan boleh berkurang dan kembali pada keadaan yang normal.
Hadis lain berkaitan dengan deman atau penyakit, antaranya ialah;

“Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”.
(HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihah no. 1821).

“Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, kerana sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. (Hadis Riwayat Muslim no. 2575).


“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”. (Hadis Riwayat Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).

“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. (Hadis Riwayat Bukhari no. 5641).

“Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”. (Hadis Riwayat Muslim no. 2573).


“Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu derajat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”.
(Hadis Riwayat Muslim no. 2572).

Walaupun demikan, seorang mukmin mestilah berikhtiar untuk mengubatinya. Ini adalah kerana Rasulullah SAW. bersabda:
“Allah tidak menurunkan penyakit melainkan pasti menurunkan ubatnya”.
(Hadis Riwayat Bukhari no. 5678).

Tapi haruslah di teliti cara perubatan @ ikhtiar yng digunakan dan janganlah sesekali menggunakan sesuatu yang haram atau bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan dalam Islam.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah menciptakan penyakit dan ubatnya, maka berubatlah dan janganlah berubat dengan yang haram”.
(Hadis Riwayat  Ad Daulabi dalam al-Kuna, dihasankan oleh Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadith ash- Shohihah no. 1633).

“Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan kalian pada apa-apa yang haram”.
(Hadis Riwayat. Abu Ya’la dan Ibnu Hibban no. 1397. Dihasankan oleh Syeikh Albani dalam kitab Mawaaridizh Zham-aan no. 1172).

Sesungguhnya, sakit atau musibah merupakan pintu kesedaran seorang hamba bahawa ia memerlukan Allah S.W.T. Tidak sedetik pun ia tidak memerlukanNya dan perlu selalu bergantung kepadaNya. 


Marilah sama-sama istighfar di atas apa yang telah dilakukan sepanjang nyawa dikandung badan. Moga-moga setiap amalan yang kita dilakukan diterima olah Allah S.W.T. 

Doa untuk menjadi air penawar adalah : 

1. Baca surah al-Fatihah sekali. 

2. Baca selawat Syifa’ sekali 

3. Baca ayat 21-24 surah al-Hasyr Kemudian, hembuskan di atas air sejuk . 

Petua Kurangkan Demam Panas Boleh kurangkan panas badan dengan mengjelum (membasahkan) kepala bayi/kanak-kanak. Ambil daun bunga raya atau daun pokok rambutan atau asam jawa (yang ada biji tu) Ramas daun tadi dengan air sehingga keluar lendirnya. Jelum kepala bayi/kanak-kanak/bapa bayi tadi. Ulang beberapa kali. Insyaa Allah, suhu badan yang panas akan kurang dan reda.. Amalkanlah kerana yang menyembuhkan penyakit adalah Allah SWT. Wallahu a'lam

555. Soalan : ustaz..ibu saudara isteri saya hampir 70an..boleh tak saya salam dengan dia sebagai tanda hormat,.apa hukumnya?

Jawapan :  

Hukum asal bersalaman di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram adalah haram, tetapi Prof Yusuf al-Qaradawi mengharuskannya dengan beberapa syarat. al-Qaradawi memberikan dua keadaan hukum, iaitu:

“Pertama, berjabat tangan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram hanya diizinkan apabila tiada keinginan nafsu dan kebimbangan fitnah.

“Tetapi jika takut berlaku fitnah, keinginan nafsu dan keseronokan, kemudian berjabat tangan tidak diragui menjadi haram.

“Jika satu daripada dua syarat itu tidak ada (yakni akan menimbulkan keinginan nafsu atau menimbulkan fitnah) di antara seorang lelaki dan mana-mana wanita mahram, seperti ibu saudara dan lain-lain, berjabat tangan menjadi haram (walaupun pada asalnya dibenarkan).

“Kedua, berjabat tangan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram seharusnya terbatas keadaan tertentu, seperti antara hubungan persaudaraan atau mereka yang mempunyai hubungan disebabkan perkahwinan,” katanya.

No comments:

Post a Comment