Monday, September 8, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 149 (Zakat Emas Perhiasan, Hukum Cederakan Kucing, Merawat Santau (ayat al-Quran), Doa Yang Di Baca Selepas Tahyat Akhir Sebelum Salam Dan Cara Beristinjak.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,    
Tanyalah Ustaz Siri 149 adalah menjelaskan persoalan zakat emas perhiasan, hukum cederakan kucing, merawat santau (ayat al-Quran), doa yang di baca selepas tahyat akhir sebelum salam dan cara beristinjak.

701. Soalan :   Adakah emas yang selalu dipakai kena bayar zakat  ke? Orang kata emas yang tak di pakai dan yang disimpan tu je yang kena zakat?

Jawapan : 

Emas yang tersimpan jika cukup masa dan nisabnya wajib di zakatkan 2.5%. Tetapi emas yang dipakai setiap negeri berbeza ikut urif masing-masing jika cukup uruf maka baru di kenakan zakat tetapi jika tak cukup uruf maka tak wajib zakat. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)

Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram

Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:

= 250 gram – 150 gram (uruf)

= 100gram

Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)

(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)

= 2.5% x (100 gram x RM157.00)

= RM392.00

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur)


Emas yang di simpan jika cukup nisab dan cukup tempuh setahun Hijrah maka wajib di zakatkan 2.5%.

702. Soalan : Apakah hukumnya seseorang memukul kucing sehingga cedera parah kerana mencuri ikan di pasar?

Jawapan : 

Kucing lapar tak makan maka ia mencuri kerana nak hilangkan kelaparannya maka berdosa kita memukulnya. Jika kita redha apa yang kucing tersebut makan itu di kira sebagai sedekah kita kepada haiwan yang kelaparan.

Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar dari Nabi SAW bersabda, yang ertinya: “Seorang wanita masuk neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.”Dalam riwayat Bukhari, “Seorang wanita disiksa kerana seekor kucing yang dia kurung sampai mati. Dia masuk neraka kerabanya. Dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu. mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya dia makan serangga bumi.”

Rasulullah SAW telah melihat wanita yang mengikat kucing ini berada di neraka manakala baginda melihat syurga dan neraka pada solat gerhana. Dalam Shahih Bukhari dari Asma binti Abu Bakar bahwa Rasulullah SAW bersabda, yang ertinya: “Lalu neraka mendekat kepadaku sehingga aku berkata, ‘Ya Rabbi, aku bersama mereka?’ Aku melihat seorang wanita. aku menyangka wanita itu diserang oleh seekor kucing. Aku bertanya, ‘Bagaimana ceritanya?’ Mereka berkata, ‘Dia menahannya sampai mati kelaparan. Dia tidak memberinya makan dan tidak pula membiarkannya mencari makan.” Nafi’ berkata, “Menurutku dia berkata, ‘Mencari makan dari serangga bumi.”

Muslim meriwayatkan dari Jabir hadis Rasulullah SAW yang melihat seorang wanita yang mengikat kucing berada di neraka. Di dalamnya terdapat keterangan bahawa wanita itu berasal dari Bani Israil. Dalam riwayat lain disebutkan bahawa wanita itu berasal dari Himyar.

TAKHRIJ HADIS


Hadis tentang kucing dalam Sahih Bukhari dalam Kitab Bad’il Khalqi, bab”Jika lalat jatuh ke dalam bejana salah seorang dari kalian” (VI/356), no. 3318. Dan dalam Kitab Ahaditsil Anbiya’, no. 3482. Dan dalam Kitabul Musaqah, bab keutamaan memberi minum, 5/41, no. 2365.


Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahih-nya dari Abu Hurairah dan Abdullah bin Umar dalam Kitabus Salam, bab ”Diharamkannya membunuh kucing” (4/1760, no. 2242-2243).


Hadis tentang Rasulullah SAW melihat seorang wanita yang mengikat kucing diriwayatkan oleh Bukhari dalam Sahih-nya dalam Kitabul Adzan dan Asma’ binti Abu Bakar (2/231, no. 745) dan Kitabul Musaqah Abdullah, keutamaan memberi minum air (5/41) no. 2364.


Adapun riwayat Muslim tentang Rasulullah SAW melihat wanita yang menyiksa kucing terdapat dalam Kitabul Kusuf, bab apa yang diperlihatkan kepada Rasulullah dalam shalat Kusuf, 2/622, no. 904.

PENJELASAN HADIS

Ini adalah kisah wanita Himyariyah Israiliyah yang mengurung seekor kucing, tetapi dia tidak memberinya makan dan minum hingga kucing itu mati kerana kelaparan dan kehausan. Ini menunjukkan kerasnya tabiat wanita itu, betapa buruk akhlaknya, serta tiadanya belas kasih di hatinya. Dia sengaja menyakiti. Jika di hatinya terdapat belas kasih, nescaya dia melepaskan kucing itu. Dan sepertinya dia mengurungnya sepanjang siang dan malam. Ia merasakan haus dan lapar dengan suara yang memelas meminta bantuan dan pertolongan. Suara dengan ciri tersendiri yang dikenal oleh orang-orang yang mengenal suara. Akan tetapi, hati wanita ini telah membatu dan tidak terketuk oleh suara pilu kucing itu. Dia tidak menghiraukan harapan dan impiannya. Suara itu melemah, lalu seterusnya menghilang. Kucing itu mati. Ia mengadu kepada Tuhannya tentang kezaliman manusia yang hatinya keras dan membatu.

Jika wanita ini ingin agar kucing ini tetap di rumahnya, dia mungkin saja memberinya makan dan minum yang boleh menjaga hidupnya. Rasulullah SAW telah menyampaikan kepada kita bahawa kita meraih pahala dengan berbuat baik kepada binatang. Jika dia enggan memberinya makan yang menjaganya dari hidup, maka dia harus melepasnya dan membiarkannya bebas di bumi Allah yang luas. Ia pasti mendapatkan makanan yang boleh menjaga hidupnya. Lebih-lebih, Allah telah menyediakan rezeki bagi kucing tersebut dari sisa-sisa makanan orang, begitu pula serangga-serangga yang ditangkapnya.

Perbuatan ini telah mencelakakan wanita tersebut, sehingga dia masuk neraka. Rasulullah SAW melihat kucing itu memburu wanita yang menahannya di neraka. Bekas-bekas cakaran tergores di wajah dan tubuhnya. Beliau melihat itu manakala syurga dan neraka diperlihatkan kepadanya pada saat solat gerhana.

PELAJARAN-PELAJARAN DAN FAEDAH-FAEDAH HADIS


1. Besarnya dosa orang-orang yang menyiksa binatang dan menyakitinya dengan memukul dan membunuh. Wanita ini masuk neraka kerana dia menjadi sebab kematian seekor kucing.


2. Boleh menahan binatang seperti kucing, burung, dan sebagainya, jika diberi makan dan minum. Jika tidak mampu atau tidak mahu, maka hendaknya melepaskannya dan membiarkannya pergi di bumi Allah yang luas untuk mencari rzekinya sendiri.


3. Di Akhirat, manusia diazab sesuai dengan perbuatannya di dunia. Wanita ini diserang oleh seekor kucing di neraka dengan mencakari tubuhnya.


Peniaga yang memukul kucing sehingga cedera parah mendapat dosa besar . Jika kucing tersebut mati (akibat cedera tersebut) atau tak boleh makan dengan sempurna kerana sudah tak ada gigi peniaga itu akan tanggung dosa tersebut. Allah SWT tak akan memberi rahmat kepada seseorang yang tidak mengasihi binatang sehingga dia sanggup pukul sehingga cedera parah.

703. Soalan :   Ustaz..saya nak tanya.baru-baru ni saya ada baga vedio ni pada kawan saya bagi merawat penyakit yang dihidapinya.bila dia baca ayat yang terkandung dalam video tersebut kawan saya  muntah darah. Boleh ustaz terangkan  apa yang sebenarnya yang terjadi..?

Jawapan : 

Muntah yang terjadi itu di sebabkan beliau termakan barang santau atau di hantar oleh bomoh yang menggunakan khidmat jik kafir dan syaitan ke dalam badannya tanpa di sedarinya. Apabila pesakit tersebut berdoa minta di keluarkan apa saja yang ada di dalam perutnya maka dengan izin Allah SWT barang kotortersebut keluar dan kesan luka di dalammulut atau perutnya yang menyebabkan muntah darah. Atau darah beku sudah ada di dalam perutnya maka bila jin tersebut keluar maka darah itu pun ikut keluar sama.

Apabila kita niat nak berubat dengan ayat al-Quran, surah al-Anbiya ayat 83 dan baca doa jika di dalam diri kita ada santau atau sihir dengan izin Allah boleh keluar semua santau atau sihir yang di hantar ke dalam perut kita.

Firman Allah SWT maksudnya, "dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Rabbnya: ` (Ya Rabbi), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Rabb Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.`(Surah al-Anbiya ( 21) ayat 83)

Tafsir Surah Al Anbiyaa' 83.


وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَى رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ (83)
 

Dengan ayat ini Allah SWT. mengingatkan Rasul-Nya dan umat Muslimin kepada kisah Nabi Ayub a.s. yang ditimpa suatu penyakit yang berat sehingga berdoa memohon pertolongan Tuhannya untuk melenyapkan penyakitnya itu, kerana ia yakin bahwa Allah SWT. adalah Rabb Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Walaupun berbeda-beda riwayat yang diperoleh tentang Nabi Ayub, baik mengenai peribadinya, masa hidupnya dan macam penyakit yang dideritanya, namun ada hal-hal yang dapat dipastikan tentang dirinya, iaitu bahawa dialah seorang hamba Allah yang soleh, telah mendapat cubaan dari Allah SWT, baik mengenai harta benda, keluarga, dan anak-anaknya, mahupun cobaan yang menimpa dirinya sendiri. Dan penyakit yang dideritanya adalah berat. Meskipun demikian semua cubaan itu dihadapinya dengan sabar dan tawakal serta memohon pertolongan dari Allah SWT. dan sedikitpun tidak mengurangi keimanan dan ibadahnya kepada Allah SWT.


704. Soalan : Apakah doa-doa yang baik di baca selepas tahyat akhir sebelum salam?

Jawapan : 

Amalakan 10 Doa Mustajab Selepas Tahyat Akhir Sebelum Salam.

Dari Ibn Masud Nabi SAW bersabda maksudnya : "Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
.
Ada beberapa doa yang boleh dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum memberi salam dalam solat. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih yang diriwayatkan oleh perawi hadis yang juga merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW.
Berikut adalah doa-doa tersebut :

1) Doa mohon perlindungan daripada azab neraka., azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah dajjal.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ،
وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّال

Maksudnya, "Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah dajjal." (Hadis Riwayat Muslim)

2) Doa ini sangat baik diamalkan jika kita ada masaalah hutang :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

Maksudnya, "Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang." (Hadis Riwayat Bukhari)

3) Doa yang ini amat baik untuk melupuskan sifat mazmumah yang ada pada diri kita. :

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْبُخْلِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ فِتْنَةِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْقَبْرِ.

Maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bakhil, aku berlindung kepadaMu dari penakut, aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan aku berlindung kepadaMu dari fitnah dunia dan siksa kubur. (Hadis Riwayat Bukhari)

4) Doa mohon di ampunkan dosa yang terdahulu.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي, أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْت

Maksudnya: "Ya Allah, ampunilah bagiku dosa-dosa yang terdahulu, yang terkemudian, yang aku rahsiakan, yang aku nyatakan, yang aku melampau, dan yang Engkau lebih mengetahui daripadaku tentangnya. Engkaulah yang mendahulukan dan mengemudiankan sesuatu, tiada illah sebenar melainkan Engkau." (Hadis Riwayat Muslim no. 1762).

5) Doa mohon ampun kerana menzalimi diri sendiri.

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ. فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak. Tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau, maka ampunilah bagiku dengan keampunan dariapda-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang." (Hadis Riwayat Bukhari no. 6181 dan Muslim no. 6819).

6) Doa yang amat baik untuk memohon Allah jadikan kita hambaNya yang bersyukur dan sentiasa mengingatiNya :

اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ.

Maksudnya, “Ya Allah! Berilah pertolongan kepadaku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepadaMu dan ibadah yang baik untukMu" (Hadis Riwayat Abu Daud dan Nasaie)

7). Doa ini untuk memohon Allah mudahkan urusan hisab / perbicaraan kita di mahkamah Allah di akhirat nanti.

اللهم حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرَا

Maksudnya, "Ya Allah! Hitunglah aku dengan perhitungan yang mudah." (Hadis Riwayat Ahmad)

8) Doa ini adalah doa taubat. sesuai sangat dibaca selepas membaca tahiyyat akhir dalam solat taubat.

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ ، وَارْحَمْنِي إِنَّك أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya, "Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah diriku dengan keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah aku. Sesungguhnya Maha Pengampun dan Penyayang.(Hadis Riwayat Bukhari)

9) Doa mohon ampun dosa

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ يَا اللَّهُ الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ ، أَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya, "Ya Allah! Aku memohon kepada Mu. Ya Allah Yang Maha Esa Yang… Yang Tidak Melahirkan dan Tidak Dilahirkan, dan tidak ada yang setara dengannya, Engkau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang (Hadis Riwayat Abu Daud)

10. Doa memohon dimasukkan ke syurga dan diselamatkan dari neraka

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

Maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepada-Mu, agar dimasukkan ke Syurga dan aku berlindung kepada-Mu dari Neraka." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Semoga perkongsian ini menjadi asbab kita semua mendapat redha dan rahmat Allah SWT dan terlepas dari siksa kubur, siksa mahsyar semasa hisab dan siksa neraka.


705. Soalan : Boleh jelaskan cara istinjak yg mengikut syariat...bagi lelaki di luar sahaja dan wanita?

Jawapan : 

Tip-tip untuk lelaki dan wanita :

Bahawa Nabi SAW melalui dua buah kubur, ketika itu baginda berkata; "kedua-dua orang ini (yang ada dalam kubur itu) diseksa oleh Allah. Yang seorang diseksa kerana mengumpat orang dan yang seorang lagi diseksa kerana tidak beristinjak selepas buang air kecil." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abi Qatadah ra daripada Nabi SAW bersabda :

“Apabila seseorang kamu kencing, maka janganlah ia mengambil (memegang) zakarnya dengan tangan kanannya dan jangan ia beristinjak dengan tangan kanannya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Untuk kaum lelaki ulama mencadangkan :

1) Apabila lepas membuang air kecil, di galakkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.

2) Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.


3) Untuk membasuh ketika buang air besar maka basuhkah sehingga hilang bau, rasa dan warna. Jika boleh menggunakan sabun adalah lebih baik.


Untuk kaum wanita pula ;

1) Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.

2) Janganlah dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Semoga dapat sama-sama kita mengamalkan perkara ini dalam kehidupan seharian kita.



Tanyalah Ustaz Siri 148 (Al-Quran Sebagai Penawar Penyakit, Hukum Berkorban (Tak Boleh Potong Kuku Dan Rambut), Al-Quran Menjawap Masalah Manusia, Hukum Bunuh Semut Gatal Dan Iddah Kematian Suami.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,    
Tanyalah Ustaz Siri 148 adalah menjelaskan persoalan al-Quran sebagai penawar penyakit, hukum berkorban (tak boleh potong kuku dan rambut), al-Quran menjawap masalah manusia, hukum bunuh semut gatal dan iddah kematian suami.

696. Soalan : Boleh tak ustaz jelaskan ayat-ayat al-Quran yang boleh di amalkan untuk mengubati penyakit fizikal dan rohani?

Jawapan : 

AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR :

Di dalam surah Al-Israa’ ayat 82, Allah SWT berfirman maksudnya :
“Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” 

Dan di dalam surah Fussilat ayat 44,  Allah SWT berfirman maksudnya :
“Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”. 

Ini jelas terbukti bahawa semua penyakit yang datang dari Allah SWT, penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulanglah kepada individu untuk mencari dan mengamal ayat-ayat tersebut dan yakin sepenuhnya akan mukjizat Al-Quran. 

CONTOH SURAH DAN AYAT PENAWAR :

Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawarnya di dalam Al-Quran. Sebagai contohnya. 

1. Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)

2. Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kecil.

3. Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.

Ayat-ayat dalam surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections". Ayat ayat dari surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotik.

4. Surah An-Nahli ayat 35 hingga 47, ayat 66 hingga 74 dan ayat 81 hingga 89 untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang) dan juga untuk peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.

5. Ayat-ayat dari surah Al-Anbiyaa', surah Al-Qasas, surah Huud dan surah Kahfi khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.

6. Ayat-ayat dari surah Yusuf dan surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki.

7. Ayat-ayat dalam surah Maryam, Anbiyaa' dan Imran untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan.

8. Ayat-ayat dari surah Mukminun, Yunus, Hud, Anbiyaa, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-Qasas dan lain-lain surah untuk pelbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit.

9. Ayat-ayat dari surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual illness".

10. Bacakan ayat-ayat berikut untuk melawan gangguan sihir :

a. Baca Ayat Kursi. (Surah al-Baqarah ayat 255)

b. Bacakan Surah al-Kafirun.

c. Baca Surah al-Ikhlas.

d. Baca Surah al-Falaq.

e. Baca Surah an- Nas.

(Ayat-ayat dibawah adalah ayat penawar sihir)

f. Baca Surah al-A'raf ayat 117-119.

g. Baca Surah Yunus ayat 79-82.


h. Baca Surah Thaha ayat 65-69.

11. Selain dari penyakit yang disebut di atas, saya dapati penyakit seperti SLE, sejenis penyakit buah pinggang (nephronic syndrome), penyakit kulit (psiorasis), sakit sawan (epilepsi) dan sakit tekanan jiwa (depression) boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran.

697. Soalan : Ustaz saya nak bertanya tentang hukum berkorban..mengenai larangan potong rambut dan kuku...ada kah waktu-waktu yang ditetapkan ..minta tolong ustaz jelas kan.?.Terima kasih...

Jawapan : 

Dalam hadis sahih siapa yang sudah berhajat nak korban maka di larang potong rambut dan kuku bermula 1-10 Zulhijjah (sehingga binatang korbannya di sembelih untuk di korbankan) Nabi Sallallahu `Alaihi Wa sallam bersabda, “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kukunya”. (HR Muslim)

Nabi Sallallahu `Alaihi Wa sallam bersabda, “Sesiapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan Zulhijjah, maka janganlah sekali-kali dia memotong rambutnya dan kukunya sehingga dia berkorban”. (HR Muslim)

Menurut Imam Nawawi rahimahullah: “Maksudnya (dari larangan tersebut) ialah: Dilarang memotong kuku dengan gunting dan sebagainya. Dilarang menggunting (memotong) rambut sama ada membotakkan (mencukur), memendekkannya, mencabutnya, membakarnya atau selainnya. Termasuk dalam hal ini (dilarang) memotong bulu ketiak, misai, bulu kemaluan dan bulu yang ada di seluruh badan”. (Syarah Muslim 13/138)

Majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Sesiapa yang tidak megerjakan haji tapi berhasrat untuk melakukan ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban.


698. Soalan : Ustaz saya nak tanya bagaimana nak kuatkan semangat jika kita sudah tidak mampu nak hadapi dugaan yang Allah beri ?

Jawapan :

Untuk memberikan motivasi supaya saudari kuat semangat menghadapi ujian yang di berikan oleh Allah SWT. Sila lihat jawapan itu telah di berikan oleh al-Quran iaitu :  Terdapat sembilan persoalan yang sering dikemukakan oleh manusia kepada Allah SWT. dan Dia menjawannya di dalam al-Quran. Daripada sembilan soalan ini melahirkan sembilan sifat orang mukmin terhadap ujian Allah SWT.

Soalan pertama : Kenapa aku diuji?

(Sifat pertama : Bersabar dengan ujian Allah SWT)

Quran menjawab : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut  ayat 2-3).

Setiap ujian yang ditimpakan oleh Allah SWT. kepada para hamba-Nya sebenarnya Dia ingin mengurniakan sesuatu ganjaran yang lebih besar dan lebih baik. Allah S.W.T. akan menghapuskan dosa-dosanya dan memberi ganjaran pahala yang besar. Di hari akhirat nanti tidak ada balasan yang lebih baik melainkan mendapat balasan syurga.

Soalan kedua : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

(Sifat kedua : Reda dengan qadak dan qadar Allah SWT, menyakini sesuatu ketetapan Allah SWT adalah baik belaka dan mengandungi hikmah)

Quran menjawab : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". (Surah al-Baqarah  ayat 216)

Seungguhnya sesuatu perkara itu hakikat sebenarnya Allah Maha Mengetahui. Baik atau buruk sesuatu perkara itu ianya adalah di dalam ilmu Allah SWT. Yakinilah jika sesuatu doa atau hajat tidak ditunaikan-Nya ada sesuatu yang lebih baik akan diberi Allah SWT sebagai penganti apa yang kita hajatkan. Jika tidak dapat di dunia, nanti di hari akhirat Dia akan memberkannya kepada kita, oleh itu berbaik sangkalah kepada-Nya.

Soalan ketiga : Kenapa ujian seberat ini?

(Sifat ketiga : Menerima dugaan Allah SWT dengan fikiran positif dan tenang ketika menghadapi ujian daripada Allah SWT)

Quran menjawab : "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".(Surah al-Baqarah ayat 286)

Allah SWT. Maha Mengetahui kemampuan kita sebagai hamba-Nya yang kerdil, oleh itu apa sahaja yang berlaku keatas diri kita sebenarnya masih dibawah kemampuan kita untuk menghadapinya. Anggaplah sesuatu ujian itu dengan fikiran yang positif dan cubalah renungkan bahawa terdapat orang lain yang lebih berat menghadapi ujian daripada kita maka dengan itu akan terasa beban yang ditanggung akan menjadi lebih ringan.

Soalan keempat  : Kenapa kita rasa kecewa?

(Sifat keempat : Tidak pernah merasa lemah dan bersedih hati sebaliknya merasa diri ini mulia disisi Allah SWT sebagai orang mukmin)

Quran menjawab : "Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman". (Surah Ali Imran  ayat 139)

Yakinlah sifat orang mukmin tidak akan rasa kecewa atau putus asa kerana orang mukmin akan sentiasa reda dengan qadak dan qadar. Jika kita merasai kita mulia di sisi Allah SWT. kerana kita orang yang beriman dan bertakwa maka akan hilang perasaan negatif ini.

Soalan kelima : Bagaimana harus aku menghadapi kesusahan ini?

(Sifat kelima : Menjadikan sifat sabar dan sentiasa mengerjakan solat sebagai pakaian atau amalan hariannya)

Quran menjawab : "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk". (Surah al-Baqarah ayat 45)

Benarlah saranan Allah SWT. bahawa sifat sabar dan sentiasa mengerjakan solat wajib dan sunat akan membantu orang mukmin ketika dia menghadapi ujian dan kesukaran dalam hidup. Dia akan melapangkan fikiran kita dan melepaskan daripada segala kesusahan ini jika kita istiqamah dengan bersabar dan mengerjakan solat kerana solat adalah doa dan munajat para hamba kepada Tuhannya.

Soalan keenam : Kepada siapa aku berharap?

(Sifat keenam : Sentiasa bertawakal dan meletakkan pergantungan hanya kepada Allah SWT dalam semua urusannya)

Quran menjawab : "Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal". (Surah at-Taubah ayat 129)

Tidak ada tempat lain untuk kita bergantung dan memohon pengharapan hanya kepada Allah SWT. Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tuhan yang mengkabulkan segala doa dan permintaan.

Soalan ketujuh : Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

(Sifat ketujuh : Sentiasa infakkan diri dan hartanya dijalan Allah SWT)

Quran menjawab : "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka". (Surah at-Taubah  ayat 111)

Tidak ada balasan yang paling berharga yang di miliki oleh manusia yang bertakwa melainkan balasan syurga seluas langit dan bumi. Semua ujian yang dihadapai tidak akan sia-sia kerana Allah SWT. telah berjanji akan memberikan balasan syurga kepada siapa yang sanggup berjihad dijalan-Nya dengan harta, masa dan nyawa semata-mata mencari keredaan-Nya.

Soalan kelapan : Aku tak tahan dengan ujian ini!

(Sifat kelapan : Tidak pernah berputus asa daripada rahmat Allah)

Quran menjawab : "...dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir". (Surah Yusuf  ayat 12)

Orang mukmin tidak akan putus asa dengan rahmat Allah dan sentiasa bersabar dengan ujian yang melanda dirinya kerana sifat orang yang putus asa adalah sifat orang-orang kafir.

Soalan kesembilan : Sampai bila aku akan merana begini?

(Sifat kesembilan : Meyakini pertolongan Allah SWT akan datang untuk membatu orang-orang mukmin)

Quran menjawab : "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan". (Surah al-Insyirah ayat 5-6)

Benar apa yang dijelaskan oleh al-Quran bahawa setiap kesusahan itu akan ada kebahagiaan . Allah SWT. Maha Adil dan tidak pernah menganiaya hamba-hamba-Nya dan akan sampai pula masanya Dia akan memberi pertolongan dan memberi kemudahan. Ingatlah bahawa pertolongan Allah SWT. cukup dekat bila kita baik sangka dengan-Nya.

Sahabat yang dimuliakan,
Begitulah sembilan soalan dan semuanya telah diberi jawapan oleh al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran adalah mukjizat daripada Allah SWT kepada semua hamba-hamba-Nya. Apabila kita dapat memahami hikmah dibalik semua kejadian di dunia ini, maka hati kita akan menjadi tenang dan yakin dengan janji-janji Allah SWT. yang dinyatakan-Nya di dalam al-Quran.

Firman Allah maksudnya : "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ". (Surah  Al-Hadid ayat 22)

Dalam ayat yang lain Allah berfirman maksudnya : "Tidak luput darpada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (Loh mahfuz). " (Surah Yunus ayat 61)



699. Soalan : Ustaz adalah kita di larang membunuh semut gatal di dalam rumah? dan bagaimana yang dikatakan belajar al-Quran bersanad?


Jawapan : 

Semut yang hidup di luar rumah haram di bunuh kerana ianya tidak menganggu kita dan dia hidup bersama umatnya sendiri. Tetapi semut gatal yang berada di rumah yang menganggu tuan rumah (gigitannya bisa) harus di bunuh dengan racun serangga (penyembur ). Boleh membunuhnya jika membahayakan kesihatan dan keselamatan. Boleh menggigit anak-anak kecil. Untuk mengelakkan semuat merah yang bisa dengan meletakkan racun semut di penjuru rumah.
 

Dari Ibnu Abbas r.a, bahawa Rasulullah S.A.W melarang membunuh 4 binatang yakni semut, lebah, burung hud-hud dan burung Surrah (Hadith Riwayat Abu Daud dgn rangkaian perawi yg tsiqah)

Tarjih:


Dari dalil hadis-hadis ini, para fuqaha mengeluarkan beberapa hukum. Ulama mengklasifikasikan bahawa semut yg dimaksudkan itu ialah semut yang besar seperti semut yg disebut oleh Nabi Sulaiman a.s.. Semut yg besar dilarang dibunuh tanpa ada alasan yg munasabah. Manakala semut yg kecil diharuskan bunuh. Fuqaha Maliki memakruhkan perbuatan membunuh semut dengan alasan yg tidak munasabah. Ini diasaskan kepada kaedah fiqh “semua yang menimbulkan bahaya (madharat) harus dihilangkan”. Sekiranya semut itu membahayakan / memudaratkan kesihatan, diharuskan ia dibunuh.



Semua doa-doa yang mashur daripada Nabi SAW berdasarkan hadis-hadis sahih boleh terus di amalkan kerana Nabi SAW sendiri telah mengijazahkan atau menyampaikan kepada para sahabat dan para sahabat pula telah menyampaikan daripada satu generasi kepada satu generasi sehinggalah sampai kepada kita. Dalam usaha kita mendalami ilmu Islam berguru adalah penting kerana guru akan menyampaikan ilmu dan menghuraikan secara ilmu mengikut kaedah-kaedah yang betul yang lengkap untuk kita faham, terima dan amalkan pula. Begitu juga bacaan al-Quran sebaik-baik pengajian al-Quran bermusyafahah, perlu bertalaggi dan bersanad . Bersanad maksudnya daripada satu guru ke guru lain yang  di kenali untuk menerima kaedah bacaan al-Quran.

Dalam kitab Shahihnya, Imam Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis dari Hajjaj bin Minhal dari Syu’bah dari Alqamah bin Martsad dari Sa’ad bin Ubaidah dari Abu Abdirrahman As-Sulami dari Utsman bin Affan radhiyallahu Anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda :


" خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ"
 

Maksudnya, “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.”

Masih dalam hadis riwayat Al-Bukhari dari Utsman bin Affan, disebutkan bahawa Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda :


"إِنَّ أَفْضَلَكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ"
 

Maksudnya, “Sesungguhnya orang yang paling utama di antara kalian adalah yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.”


700. Soalan : ustaz....saya nak tanya...blehkah buat kenduri kahwin (anak nak kahwin...akad nikah dah seblum arwah suami meninggal)di rumah saya sedangkan suami saya baru saja meninggal dunia bermakna saya masih dalam iddah....tolong ustaz beri pencerahan...trima kasih....


Jawapan : 

Isteri yang kematian suami iddahnya adalah 4 bulan 10 hari , dia sedang berkabung dan banyak larangan-larangan wanita yang sedang iddah kerana kematian suami maka sebaik-baiknya di tangguhkan majlis walimatul urus selepas habis iddah. Jika akad nikah sudah berlangsung maka jika di lewatkan sikit majlis walimatul urus tidak menjadi masalaah. Selepas habis iddah boleh di jalankan tetapi jiak belum habis jangan di jalankan majlistersebut. 

Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh `Iddah Kematian Suami

1. Bagi wanita yang ber`iddah kerana kematian suami,Islam telah menggariskan cara-cara tertentu sepanjangmereka berada dalam tempoh tersebut. Antara perkara-perkara yang mesti dipatuhi oleh mereka ialah:

a. Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.

b. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan juga semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.

c. Tidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir, kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja. Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah untuk bekerja, mendapatkan rawatan perubatan, membeli barang-barang keperluan asasi (sekiranya tidak ada ahli keluarga atau orang lain yang amanah boleh melakukannya) dan keperluan-keperluan lain yang penting dan mendesak, dengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam. 


Keharusan untuk keluar rumah ini juga hanya tertakluk pada waktu siang dan tidak pada waktu malam. Namun, pengecualian diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pilihan dan perlu bekerja pada waktu malam seperti doktor, jururawatdan sebagainya. Bagi larangan bermusafir, ia termasuk larangan untuk menunaikan ibadat fardu haji dan umrah.

d. Berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal sepanjang tempoh perkahwinan. Namun, sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya, mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sehinggalah bahaya atau kemudaratan tersebut hilang atau dapat diatasi.

e. Wajib berkabung sepanjang tempoh `iddah. Oleh itu, sepanjang dalam tempoh tersebut, mereka wajib meninggalkan semua perkara yang mempunyai unsur-unsur berhias sama ada pada pakaian atau tubuh badan. Termasuk dalam larangan berhias ini ialah:

i. Memakai pakaian berwarna terang atau berwarna-warni yang boleh menarik perhatian orang yang memandang;

ii. Memakai barang-barang kemas walaupun sebentuk cincin, gelang, rantai dan barang-barang perhiasan lain yang diperbuat daripada emas, perak dan permata;

iii. Memakai wangi-wangian pada anggota badan, rambut dan pakaian; dan

iv. Bersolek, memakai celak, berinai dan memakai minyak rambut serta perbuatan-perbuatan lain yang dianggap sebagai berhias pada pandangan masyarakat setempat.

2. Perintah berkabung ini hanya dikhususkan kepada suruhan meninggalkan hiasan tubuh badan dan pakaian sahaja, tidak termasuk hiasan tempat tinggal, bilik tidur dan sebagainya.
 

3. Justeru, walaupun wanita berkabung dilarang daripada berhias, ini tidak bermakna mereka perlu mengabaikan aspek kebersihan dan kesihatan diri serta ahli keluarga. Malah, mereka wajib menjaga kebersihandan kekemasan diri, pakaian dan tempat tinggal sepanjang tempoh `iddah dan berkabung itu.

Perhatian : Semua majlis kenduri-kendara contohnya malis walimatul urus anak, kenduri arwah, rumah terbuka di tangguhkan untuk seketika semasa iddah 4 bulan 10 hari.


Wasiat yang bertentangan dengan syarak maka tak wajib di patuhi, mungkin kerana arwah suami sendiri tak tahu bila ajal akan datang dan bila kematian menjemputnya maka isteri akan terikat dengan masa iddah. Maka patut ditangguhkan majlis tersebut kerana di halang dengan berkabung untuk wanita yang kematian suaminya selama 4 bulan 10 hari. Wallahu a'lam.



Tanyalah Ustaz Siri 147 ( Bayar Hutang Dengan Duit Haram, Tangan Kidal, Hasil Binatang Haram di Makan, Melihat Bakal Isteri Dan Ibu Tak Restu Perkahwinan.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,    
Tanyalah Ustaz Siri 147 adalah menjelaskan persoalan bayar hutang dengan duit haram, tangan kidal, hasil binatang haram di makan, melihat bakal isteri dan ibu tak restu perkahwinan.

691. Soalan : Bolehkah kita menerima bayaran hutang seseorang kepada kita sedangkan wang tersebut di bayar dengan menggunakan wang judi?

Jawapan : 

Perkara yang penting dalam traksaksi kewangan dan sebagainya, seseorang hendaklah tahu atas asas apa traksaksi itu dibuat. Maksudnya, dia mesti jelas wang atau barang yang diterimanya atas dasar apa. Jika yang diterimanya itu atas penjualan arak yang dia lakukan, atau judi yang dia terlibat atau riba yang berurusan dengannya, atau pelacuran yang terbabit maka ia haram. Jika ia terima atas jual beli, atau bayaran hutang, bantuan, atau pemberian atau hadiah yang dia tidak terbabit dengan urusan kegiatan haram, maka ia pada asalnya adalah halal. Sebagai pendetilannya, saya sebutkan beberapa perkara berikut;

1. Seseorang yang menerima wang dari pihak yang lain hendaklah memastikan atas traksaksi apa wang itu diterima. Adapun urusan sebelum itu, yang tidak membabitkan diri penerima, maka itu tidak pertanggungjawabkan kesalahan itu ke atas penerima tersebut.

Umpamanya, kakitangan kerajaan yang bekerja dalam urusan yang halal dan mendapat gaji, maka gaji itu halal. Sekalipun kemungkinan sumber kerajaan dalam membayar gaji itu diambil dari kegiatan yang haram seperti perjudian atau arak atau seumpamanya. Ini kerana urusan haram itu tidak membabitkan diri penerima gaji berkenaan dan gaji itu diterima atas kerjanya yang halal, bukan aktiviti yang haram.

2. Hal yang sama, jika seseorang berhutang kepada kita, lalu dia datang membayar dari hasil wang haram yang diperolehinya seperti menang loteri. Kita halal mengambil hutang kita sekalipun dia bayar dari wang loteri berkenaan. Ini kerana yang haram ialah pemindahan wang dari syarikat loteri kepada yang berhutang, iaitu atas asas judi. Sedangkan pemindahan wang tersebut kepada kita, atas asas membayar hutang, yang tiada kaitan dengan judi.

Begitu juga, jika pengurus bank riba, atau taukeh judi atau taukeh arak datang ke kedai kita dan membeli barang atau makanan, halal kita menerima wang yang mereka bayar. Ini kerana wang itu diterima atas dasar jual beli, bukan judi, atau riba atau arak. Kegiatan yang salah ditanggung dosanya oleh pelakunya, sedang yang menjual barang halal kepada mereka tidak terlibat.

3. Asas dalam hal ini disebut oleh al-Quran (maksudnya):
“dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh sesuatu jiwa (seorang) melainkan dialah yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa orang lain”. (Surah al-An’am, ayat 164)

4. Dalil yang menunjukkan kenyataan ini, ialah amalan Nabi SAW di mana baginda menerima pemberian wanita Yahudi di Khaibar yang menghadiahkan baginda kambing, baginda memakannya. Ini seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Walaupun Yahudi terkenal dengan penipuan, riba dan rasuah tetapi baginda tetap menerima hadiah mereka.
Begitu juga –seperti riwayat al-Bukhari- baginda pernah menggadai baju besi kepada Yahudi dan mengambil gandum untuk keluarga baginda. Baginda juga menerima jemputan makan roti bali dan minyak yang sudah berubah baunya dari seorang yahudi. Ini seperti dalam riwayat al-Bukhari, Ahmad, al-Tirmizi dan lain-lain.

5. Rasulullah SAW tidak boleh memakan sedekah. Ini adalah hukum untuk baginda dan Ahlul Bait. Suatu hari Barirah bekas hamba ‘Aisyah telah mendapat sedekah daging. Apabila daging itu dihidangkan kepada Nabi SAW lalu baginda diberitahu bahawa daging tersebut adalah sedekah kepada Barirah. 

Baginda menjawab:“Untuk dia sedekah, untuk kita hadiah” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maksudnya, daging itu disedekah kepada Barirah, kemudian Barirah menghadiahkan kepada Nabi SAW. Jika ia disedekah kepada Nabi SAW, baginda tidak boleh makan. Walaupun asalnya sedekah, tetapi baginda menerima dari Barirah atas asas hadiah, maka halal untuk baginda. Di sini menunjukkan yang diambil kira transaksi antara pemberi dan penerima, bukan yang sebelum itu.

6. Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud: “Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).

Dalam riwayat al-Baihaqi, seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn ‘Umar: “Ya” (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).

7. Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya. 

Beliau menjawab: “Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi SAW pun menerima hadiah dari Yahudi, memakan makanan Yahudi, membeli dari Yahudi sedangkan Yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah SAW memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa” 

8. Dr Yusuf al-Qaradawi ketika ditanya mengenai wang riba ke mana patut disalurkan, beliau menyebut antaranya: “Sebenarnya, wang tersebut keji (haram) jika nisbah kepada orang mendapatkan secara tidak halal, tetapi ia baik (halal) untuk fakir miskin dan badan-badan kebajikan…(penyelesaiannya) disalurkan ke badan-badan kebajikan iaitu fakir miskin, anak-anak yatim, orang terputus perjalanan, institusi-institusi kebajikan islam, dakwah dan kemasyarakatan..” (al-Fatawa al-Mu’asarah 2/411, Beirut: Dar Ulil Nuha).

9. Namun diharamkan jika membabitkan kezaliman secara jelas kepada pihak lain (hak al-‘ibad) yang mana dengan kita mengambil, akan ada yang teraniaya tanpa rela, seperti harta curi dan rompakan. Sabda Nabi SAW: “Allah tidak terima solat tanpa bersuci, dan sedekah dari pengkhianat” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ini kerana penerimaan ini akan menyebabkan pihak yang sedang menuntut atau mencari hartanya yang dirampas atau dicuri terzalim. Melainkan pihak yang dizalimi itu redha. Jika dia menuntut, wajib dikembalikan kepadanya.

10. Walaupun harta atau pemberian dari harta yang haram itu boleh diambil, tetapi jika dengan pemberian itu menunjukkan secara jelas sikap bersekongkol dengan dosa maka ia diharamkan kerana redha dengan maksiat. Ini seperti seseorang membelanja makan dengan wang judi sempena kemenangan judinya. Atau dia mempromosi syarikat judi tersebut secara jelas dengan cara memberi bantuan, maka haram bersekongkol dengan kemaksiatan seperti itu.

11. Maka fakir miskin yang mendapat bantuan kerajaan atau pihak lain dari sumber yang asalnya haram, mereka HALAL menerimanya dan tidak perlu dikembalikan. Dengan syarat mereka tidak terlibat secara langsung dalam mempromosikan aktiviti haram seperti perjudian dan arak. Wallahu a'lam.

692. Soalan : Ustaz, saya ingin bertanya. Jika seseorang itu mempunyai anggota badan yang sempurna, jadi persoalannya orang itu seperti saya kekuatannya lebih pada kidal ia memengang pada tangan kiri & kekuatan kaki pun pada belah kiri, boleh ustaz huraikan

Jawapan : 

Perlakuan kidal berlaku apabila seseorang individu itu menggunakan otak kanan secara dominan.

Otak manusia mempunyai dua bahagian iaitu bahagian kanan dan kiri yang mempunyai fungsi tertentu dalam mengawal pergerakan tubuh badan.Otak sebelah kanan akan mengawal bahagian badan sebelah kiri dan begitulah sebaliknya,

Kidal terjadi apabila otak kanan yang dominan mengawal bahagian badan sebelah kiri yang menyebabkan seseorang individu itu cenderung menggunakan bahagian badan sebelah kiri terutamanya tangan dan kaki kiri dalam perbuatan mereka.

Kidal bukanlah satu masalah ataupun penyakit kerana ia adalah sifat semulajadi yang berlaku disebabkan penguasaan dominan otak sebelah kanan.Kidal tidak ada kaitan dengan masalah kesihatan dan sebab itu ia tidak boleh dianggap sebagai penyakit. Individu kidal mempunyai jiwa yang lebih cenderung ke arah seni, muzik, dan perkara kreatif.

Selain faktor penguasaan otak kanan yang lebih dominan, kidal juga didapati boleh berlaku disebabkan faktor genetik. Kajian mendapati kebarangkalian berlakunya kidal adalah disebabkan faktor genetik apabila ibu, bapa atau ahli keluarga lain turut kidal. Sebagai contoh, jika ibu atau bapa itu kidal, maka kemungkinan besar salah seorang anak mereka yang lahir nanti akan menjadi kidal.

Begitu juga jika ibu atau bapa tidak kidal, tetapi ahli keluarga seperti nenek, datuk atau moyang mereka kidal, jadi kidal itu mungkin akan turun kepada salah seorang generasi baru.

Dalam pada itu, faktor persekitaran juga menjadi penyumbang kepada seseorang kanak-kanak itu menjadi kidal. Katanya, kanak-kanak yang membesar dalam persekitaran dikelilingi oleh orang dewasa kidal juga mungkin akan cenderung untuk meniru perlakuan itu dan menggunakan tangan kiri untuk, menulis, mengambil barang, atau melakukan sesuatu pekerjaan.

Ditanya mengenai sikap sesetengah ibu bapa yang menggunakan pendekatan paksaan untuk mengubah perilaku anak kecil yang kidal, beliau berkata, tindakan seperti itu tidak wajar.

Jelasnya, ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang kidal sepatutnya menerima perilaku tersebut sebagai satu keistimewaan.

Memaksa anak kecil menulis, dan memegang barang menggunakan tangan kanan bukanlah jalan terbaik kerana kanak-kanak kidal juga adalah normal seperti kanak-kanak lain.

Dalam Islam sendiri tidak ada diskriminasi terhadap individu yang kidal.
Bagaimanapun, dalam perkara tertentu seperti adab makan, sebagai orang Islam ibu bapa perlu memainkan peranan mendidik anak kidal untuk makan menggunakan tangan kanan kerana ia adalah Sunnah Rasulullah SAW.

Semua individu kidal yang beragama Islam mampu makan menggunakan tangan kanan hasil didikan ibu bapa dan guru di sekolah. Apa yang pasti kidal bukanlah penyakit sebaliknya satu anugerah kepada mereka yang terpilih sahaja. Wallahu a'lam


693. Soalan :  Ustaz, saya nak tanya ni bolehkan kita makan hasil dri penjualan haiwan yg kita tidak boleh di mkan, misalnya labi-labi atau kura-kura, atau hewan lainnya, mohon penjelasan.

Jawapan : 

Binatang yang dagingnya haram di makan maka hasil jualannya juga haram di makan. Wang hasil jualan tersebut boleh di berikan pada fakir miskin atau membuat projek pembaikan jalan rosak atau longkang rosak untuk kepentingan umum. Dari Jabir, beliau berkata,
أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- نَهَى عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ

“Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam melarang dari hasil penjualan anjing dan kucing.” (HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah) [Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih]

Hadis di atas menunjukkan terlarangnya jual beli anjing dan kucing sehingga hasil penjualannya tidak halal. Oleh itu semua haiwan yang haram dagingnya di makan maka hasilannya juga haram di makan.

Berikut adalah pandangan al-Lajnah al-Daa'imah Arab Saudi berkenaan dengan penjualan kucing :-

لا يجوز بيع القطط والقردة والكلاب وغيرها من كل ذي ناب من السباع لأن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن ذلك ، وزجر عنه ولما في ذلك من إضاعة المال ، وقد نهى النبي صلى الله عليه وسلم عن ذلك

"Tidak dibenarkan menjual kucing, monyet, anjing atau lain-lain binatang dari kalangan yang bertaring kerana sesungguhnya Nabi saw melarang melakukan demikian, dan kerana ia merupakan pembaziran wang ringgit. maka Nabi saw telah melarang perkara yang sedemikian"
(Fatwa al-Lajnah al-Daa'imah 13/37).


Membeli kucing terdapat khilaf ulama ada yang mengharamkan dan ada yang mengharuskan dengan syarat kucing yang di beli bukan kucing liar. Imam Nawawi menyatakan larangan membeli dan menjual kucing adalah kucing liar buka kucing jinak. Wallahu a'lam

694. Soalan : Bagaimanakah cara-cara yang di benarkan Islam untuk melihat bakal isteri?

Jawapan : 

Disunatkan bagi seorang lelaki yang hendak melamar melihat wanita yang ingin dilamarnya, demikian juga sebaliknya jika keduanya tidak pernah melihat sebelumnya. Kerana pengecaman akan menenangkan hati kedua pihak, dimana mereka akan melihat bahawa pada masing-masing daripada keduanya terdapat perkara yang menarik untuk dikahwini dan membina mahligai kehidupan rumahtangga bagi selama-lamanya.

Berkenaan dengan perkara itu, telah diriwayatkan oleh Mughirah bin Syu'bah, dia bercerita : "Aku pernah melamar seorang wanita, lalu Rasulullah SAW bertanya : ”Apakah engkau telah melihatnya? Tidak,” jawabku. Maka Rasulullah SAW bersabda : 'Lihatlah dia, kerana yang demikian itu akan mengekalkan kasih sayang di antara kamu berdua." (Riwayat oleh Tirmizi dan Nasa'i)

Daripada Jabir, dia bercerita, Rasulullah SAW bersabda :

"Jika salah seorang di antara kamu melamar seorang wanita, sekiranya dia dapat melihat sesuatu daripadanya yang mampu menambah keinginan untuk menikahinya, maka hendaklah dia melihatnya."

Jabir menceritakan : "Saya melamar seorang wanita, lalu secara sembunyi-sembunyi melihatnya sehingga saya melihat sesuatu yang mendorongku untuk mengahwininya, dan kemudian saya pun mengahwininya." (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Demikianlah pendapat jumhur ulama. Namun masih terdapat perbezaan pendapat mengenai bahagian yang boleh dilihat dari wanita yang dilamar. Jumhur ulama berpendapat bahawa seorang pelamar dibolehkan melihat wajahnya dan kedua tapak tangannya saja, kerana bahagian-bahagian tersebut bukan termasuk aurat. Sedangkan al-Auza'i berpendapat, bahawa dia boleh melihat bahagian-bahagian daging. Manakala Daud az-Zahiri mengemukakan : "Dibolehkan melihat seluruh bahagian tubuh wanita tersebut." Yang terakhir ini jelas ditolak kerana bertentangan dengan sebuah ayat dalam surah An-Nur.

Diperbolehkan pula melihat wanita yang dilamarnya itu baik dengan izinnya mahupun tidak. Imam Malik mengemukakan Seorang yang melamar wanita tidak boleh melihatnya kecuali dengan seizinnya. Namun hadis Jabir di atas menolak pendapat tersebut.

Bagi wanita yang dilamar juga mempunyai hak yang sama, iaitu melihat lelaki yang hendak mengahwininya. Umar pernah berkata : "Janganlah kamu menikahkan anak perempuan kamu dengan lelaki yang berperangai jahat, kerana dia akan menarik hati mereka melalui apa yang akan menjadikan dirinya tertarik kepada mereka."

Berkenaan dengan perkara tersebut, pada zaman sekarang ini tidak ada larangan bagi orang yang melamar untuk duduk di suatu tempat dalam batas tertentu dengan wanita yang hendak dilamarnya, supaya mereka saling melihat dan mengenal, dengan disertai oleh beberapa orang keluarga mereka. Hendaklah wanita itu mengenakan pakaian yang disyariatkan, iaitu tidak terlihat daripadanya kecuali wajah dan kedua tapak tangan.

Yang dimaksud dengan duduk-duduk di sini adalah untuk mengenali sahsiah dan beberapa pandangannya, akhlak dan gaya bahasanya, dan lain-lain dari tuntutan zaman. Duduk berkumpul dalam pertemuan seperti itu tidak perlu dilakukan berkali-kali, kerana si pelamar wanita tersebut masih dianggap bukan mahram. Seringkali, si pelamar meminta pertemuan berkali-kali, dan itu jelas sebagai bentuk pemuasan nafsu semata-mata dan menikmati perkara-perkara yang tidak dihalalkan baginya.

Dalam kitabnya, al-Mughni, Ibnu Qudamah membahas panjang lebar mengenai perkara ini. Ibnu Qudamah mengemukakan, kami tidak mengetahui adanya perbezaan pendapat di kalangan para ulama yang membolehkan lelaki melihat wanita yang akan dikahwininya. Jabir telah menceritakan Rasulullah SAW bersabda :

"Jika salah seorang di antara kamu melamar seorang wanita, sekiranya dia dapat melihat sesuatu darinya yang mampu menambah keinginan untuk mengahwininya, maka hendaklah dia melihatnya."

Jabir menceritakan lagi : "Lalu aku melamar seorang wanita dan secara sembunyi-sembunyi melihatnya, sehingga aku melihat sesuatu yang mendorongku untuk mengahwininya, kemudian aku pun melamarnya."

Mengenai perkara tersebut telah banyak hadis yang mengangkatnya. Kerana pernikahan itu merupakan akad yang mengesahkan bahawa mereka sudah bergelar suami isteri yang sah. maka suami berhak untuk melihat isterinya walaupun bahagian yang dilihatnya sebelum ini adalah haram.

Diperbolehkan bagi si pelamar untuk melihat wanita yang dilamarnya, baik dengan izinnya mahupun tidak, kerana Rasulullah SAW telah memerintahkan perkara itu secara amnya. Dalam hadis Jabir disebutkan, "Aku secara sembunyi-sembunyi melihatnya." Sedangkan dalam hadis Syu'bah disebutkan : bahawa dia meminta izin terlebih dahulu kepada kedua ibu bapanya untuk melihat wanita yang akan dikahwininya, namun keduanya menolak memberikan izin, namun wanita itu sendiri yang mengizinkannya.


Namun tidak diperbolehkan baginya untuk ber-khulwah (berdua-duaan) dengan wanita yang dilamarnya, kerana dia masih bertaraf ajnabi (bukan mahram). Berkenaan dengan perkara tersebut Rasulullah SAW bersabda :

"Tidaklah seorang lelaki berkhulwah dengan seorang wanita melainkan ketiganya adalah syaitan." (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Tidak diperbolehkan baginya melihat wanita yang hendak dikahwininya dengan perasaan nafsu birahi.

Dalam riwayat Sahih, Imam Ahmad mengatakan, "Diperbolehkan baginya melihat bahagian wajah dengan tidak disertai nafsu birahi. Selain itu, dia juga boleh melihatnya berkali-kali dan memperhatikan kebaikan yang ada padanya, kerana tujuan tidak akan tercapai kecuali dengan cara seperti itu."

Tidak ada perbezaan pendapat di antara para ulama mengenai melihat bahagian wajah ini. Yang demikian itu kerana wajah bukan termasuk aurat, sekali gus sebagai tempat bersatunya kebaikan dan menjadi tumpuan perhatian. Namun begitu, tidak dibolehkan baginya melihat apa yang tidak biasa nampak darinya.

Firman Allah SWT :"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak darinya." (Surah An-Nur ayat 31)

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, dia mengatakan : "Wajah dan tapak tangan saja. Kerana melihat kepada wanita itu diharamkan, dan dibolehkan dengan sebab suatu keperluan, sehingga penglihatan itu dikhususkan pada bahagian-bahagian yang diperlukan saja, seperti yang telah kami nyatakan di atas.

Sedangkan mengenai bahagian-bahagian yang biasa nampak selain wajah, misalnya dua tapak tangan dan kaki serta yang seumpamanya yang biasa nampak pada wanita di rumahnya, maka terdapat dua pendapat :

Pertama, tidak diperbolehkan melihatnya, kerana perkara itu merupakan aurat. Bahagian-bahagian tersebut tidak boleh dilihat sebagaimana bahagian-bahagian yang tidak nampak. Abdullah bin Mas'ud pernah meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, "Wanita itu adalah aurat."

Kerana yang diperlukan adalah melihat wajah dan bahagian-bahagian lainnya tetap haram untuk dilihat.

Kedua, dibolehkan baginya melihat bahagian-bahagian tersebut. Imam Ahmad mengatakan, "Dibolehkan untuk melihat bahagian-bahagian yang diperlukan untuk tujuan perkahwinan seperti tangan, badan dan lain-lain."

Abu Bakar, seorang pengikut mazhab Hanbali, mengatakan, "Pada saat melamar, dibolehkan baginya melihat bahagian-bahagian yang sudah biasa terlihat ketika bekerja, seperti: kepala, leher, lengan dan bahagian bawah kedua betis."

Sedangkan Imam Syafi'i mengemukakan, "Dia hanya dibolehkan melihat wajah dan kedua tapak tangan saja."


695 Soalan : ustaz apakah yang harus dilakukan..seorang suami terpaksa melepaskan tanggungjawab terhadap isteri yang baru dinikai..kerana ibu kepada suami tak merestui ikatan perkahwinan tersebut..

Jawapan :  

Seorang suami yang baru berkahwin tak boleh melepaskan tanggungjawab kepada isterinya. Suami akan berdosa besar kerana tidak bertanggungjawab kepada isterinya. Ibunya sepatutnya tak boleh mencampuri urusan kehidupan anak-anaknya. Jika ibu suruh cerai isterinya sedangkan dia seorang isteri yang taat tak boleh ikut arahan ibunya kerana ibunya suruh memutuskan silaturahim sedangkan Allah SWT mengharamkan memutuskan silaturahim tanpa sebab. Tidak boleh taat pada makhluk di dalam bermaksiat kepaad Allah SWT. Jika terbukti isterinya derhaka maka barulah suami ada hak melepaskannya jika tidak suami akan berdosa kerana menzalimi isterinya. Sepatutnya minta restu ibu sebelum berkahwin bukan setelah bernikah dan suami perlu kekakkan rumah tangganya dan pada masa yang sama pujuk ibunya supaya merestui perkahwinannya. Banyakkan berdoa dan pohon pertolongan Allah SWT.
 

Cuba selamatkan perkahwinannya jangan terus di ceraikan mungkin mengandungi banyak hikmahnya. Hubungan dengan ibunya cubalah dia menjaganya dan mohon pada Allah SWT semoga Dia melembutkan hati ibunya. Buat solat hajat dan banyakkan bersedekah semoga urusan kehidupannya di permudahkan oleh Allah SWT. Kadangkala hati ibu akan lembut bila dia mendapat cucu baru.


Sunday, September 7, 2014

Tanyalah Ustaz Siri 146 (Menangis Ketika Solat, Membaca Talkin, Hukum Menyambut Maulidir Rasul, Solat Menghadap Kiblat Dan Konsep Kalimah Laa ilaaha illallah.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,    
Tanyalah Ustaz Siri 146 adalah menjelaskan persoalan menangis ketika solat, membaca talkin, hukum menyambut Maulid irrasul, solat menghadap kiblat dan konsep kalimah  laa ilaaha illallah.

686. Soalan : Apakah hukumnya semasa solat menangis ketika membaca al-Quran?

Jawapan : 

Diharuskan menangis dalam solat kerana takutkan Allah SWT, takut akan seksanya serta takut amalan tidak diterima oleh-Nya. Ia merupakan sifat ahli takwa, yang sentiasa mendambakan keredaan dah kasih sayang-Nya yang Maha Agung.

Tidak semua kita yang mampu mengalirkan air mata dalam solat. Malahan hanya sedikit yang menangis dalam solat. Tangisan dalam solat sangat bermakna di hadapan Allah SWT.

Menangis dalam solat adalah antara ciri orang yang beriman kepada Allah SWT, firman-Nya yang bermaksud: ...apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis. (Surah Maryam ayat 58)

Abdullah bin Syirkhir berkata yang bermaksud: "Aku melihat Rasulullah SAW mendirikan solat mendirikan solat sambil baginda teresak-esak bagaikan dadanya terdapat air yang sedang mendidih di dalam cerek". (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasaie, dan al-Tirmidzi)

Begitulah apa yang digambarkan oleh para sahabat nabi SAW dalam memperakui sikap baginda dalam solat. Pernah juga diriwayatkan dalam beberapa athar bahawa tempat sujud baginda akan basah dek tangisan baginda dalam sujud. Baginda berpesan agar pembaca al-Quran itu menangis, kalau tidak boleh menangis buat-buatlah menangis.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Bacalah al-Quran serta menangis ketika membacanya, jika kamu tidak dapat menangis maka buat-buatlah menangis. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam banyak keadaan para sahabat menangis bersama Rasulullah SAW sama ada dalam solat, membaca al-Quran mahupun dalam keadaan umat Islam terhimpit dalam kesusahan. Ringkasnya, air mata, Rasulullah SAW dan para sahabat tidak dapat dipisahkan daripada al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), Yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); Yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa Yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan (ingatlah) sesiapa Yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepada-Nya. (Surah al-Zumar ayat 23)

Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat ini menjelaskan bahawa di antara sifat-sifat al-abrar adalah mereka yang memiliki sifat-sifat yang dimiliki oleh para sahabat antaranya; apabila dibacakan ayat-ayat Allah (al-Quran) kulit badan mereka bergementar, kemudian menjadi luluh bersama kalbunya untuk berzikir kepada Allah SWT.

Mereka tidaklah berteriak seperti kena hasutan dan menangis yang dibuat-buat, akan tetapi mereka memiliki ketegaran, keteguhan dan kesopanan dan rasa takut yang tidak akan ada menyamai sifat seperti itu.

Oleh sebab itulah mereka beroleh kepujian yang sangat tinggi di sisi Allah SWT. (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azim, jld: 4, hlm: 51)

Tidak semudah yang disangka bagi air mata mengalir di dalam mengenang nasibnya di hadapan Rabbul Jalil. Seseorang yang menangis di dalam solat kerana Allah SWT maka solatnya tidak batal selagi mana tangisannya tidak mengeluarkan suara yang kuat, seperti meraung sehingga mengganggu orang lain atau didengari oleh orang lain. Wallahu a'lam

687. Soalan : Apakah hukumnya membaca talkin untuk mereka yang telah meninggal dunia?

Jawapan : 

Talqin - Raudhatuth Tholibin

Amalan membaca talqin setelah mayat dikebumikan adalah satu amalan yang diterima sebagai sunnat atau mustahab dalam mazhab Syafi'i. Dan amalan ini telah diamalkan oleh umat Islam di Nusantara ini sejak awal kemasukan Islam lagi, tanpa ada yang mempertikaikannya atau menolaknya. Maka kenapa kini amalan sebegini dijadikan sasaran untuk menghukum orang lain sebagai pelaku bid'ah yang tidak mengikuti sunnah? 

Jika pun tidak mahu bertalqin, maka sewajarnya berlapang dadalah kerana ianya termasuk dalam bab khilafiyyah pada furu', di mana dalam mazhab Syafi'i ianya adalah sesuatu yang dihukumkan sebagai sunnat atau mustahab. Imam an-Nawawi rhm. menulis dalam kitab "Raudhatuth Tholibiin" seperti berikut:- ... Dan mustahab hukumnya mentalqinkan mayyit setelah dikebumi. 

Maka dikatakan: "Wahai hamba Allah anak hamba perempuan Allah, ingatlah dengan apa yang atasnya engkau keluar meninggalkan dunia, iaitu penyaksian bahawa tiada Illah selain Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad pesuruh Allah. Sesungguhnya syurga itu benar, neraka itu benar, kebangkitan itu benar, hari kiamat pasti datang tanpa keraguan, dan Allah akan membangkitkan sesiapa sahaja dari kubur. Sesungguhnya engkau telah redha Allah sebagai Rab, Islam sebagai agama dan Nabi Muhammad SAW. sebagai nabi, al-Quran sebagai panutan, ka'bah sebagai qiblat dan kaum mukminin sebagai saudara". Telah warid dengannya hadits Junjungan Nabi SAW.

Selanjutnya Imam an-Nawawi meneruskan lagi:- Inilah talqin yang dihukumkan mustahab oleh perhimpunan daripada sahabat kami (yakni para ulama asy-Syafi'iyyah), antara mereka adalah al-Qadhi Husain, Shohibut Tatimmah, Syaikh Nashr al-Maqdisi dalam kitabnya "at-Tahdzib" dan selain mereka. Qadhi Husain telah menukilkan bahawa secara mutlak di sisi ulama Syafi'i, membaca talqin ini adalah mustahab . 

Dan adapun hadits yang datang mengenai hukum talqin ini adalah dhoif, akan tetapi hadits-hadits (dhoif) berkaitan keutamaan (fadhoil) adalah tidak mengapa untuk diamalkan di sisi ahli ilmu daripada kalangan muhadditsin dan selain mereka. Dan telah diperkukuhkan hadits mengenai talqin ini dengan kesaksian beberapa hadits yang shohih, seperti hadits : "Mohonlah kepada Allah baginya (yakni bagi si mati) akan ketetapan (yakni ketetapan dalam menjawab fitnah kubur)," dan wasiat Sayyidina 'Amr bin al-'Aash: "Berdirilah kamu di sisi kuburku (walaupun hanya) selama kadar menyembelih seekor sembelihan dan membahagi-bahagi dagingnya, sehingga aku dapat merasakan ketenangan dengan kalian dan aku mengetahui dengan apa akan aku kembalikan utusan-utusan Tuhanku (yakni Munkar dan Nakir)", sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam shohihnya. Sentiasalah penduduk Kota Syam beramal dengan amalan talqin ini sejak zaman permulaan Islam lagi, iaitu zaman di mana orang-orangnya dijadikan ikutan. 

Maka berkata para sahabat kami (yakni ulama Syafi'i): " Dan duduklah orang yang membaca talqin itu di sisi kepala kuburan si mati, dan adapun anak kecil yang belum baligh dan seumpamanya, maka tidaklah ditalqinkan."

Oleh itu, janganlah memandang remeh urusan talqin mayyit setelah dikubur. Ianya adalah amalan yang punya dalil dan asas dalam Mazhab Syafi'i. Bukan hanya kita di Malaysia yang bertalqin zaman berzaman, Imam an-Nawawi rahimahullah telah menyatakan bahawa umat Islam di Kota Syam turut mengamalkannya sejak dahulu lagi. Jauhilah sikap mempersenda-sendakan amalan orang lain, apatah lagi jika ianya yang punya dasar, dan diamalkan oleh para ulama dan awliya'.

Majlis Fatwa Negeri Sembilan : Negeri Sembilan Darul Khusus adalah negeri yang telah mewartakan fatwa berhubung talqin. Di mana dalam Warta Kerajaan Jil. 50 No. 19 bertarikh 11 September 1997 mewartakan fatwa berikut:-

1. Talqin hukumnya adalah sunat dan masa talqin itu ialah semasa ihtidar (hampir mati) dan atau selepas dikebumikan.

2. Semasa di dalam ihtidar (hampir mati) maka sunat diajarkannya mengucap kalimah syahadah iaitu La ilaha illallah dan bagi mayat yang telah dikebumikan maka dikata di sisi kuburnya, kata olehmu Tuhanku Allah, Agamaku Islam, Nabiku Muhammad S.A.W. hingga akhir talqin.

3. Mana-mana orang atau kumpulan orang adalah dilarang -

(a) membid'ahkan mana-mana orang lain yang membacakan talqin kepada mayat.

(b) memegang, mengamal atau mengajarkan bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang.

(c) menyiar, menyebar, menghebahkan atau mendedahkan dengan apa-apa cara pun bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang.


4. Mana-mana orang Islam adalah dilarang menjadi anggota, pemimpin atau penyokong mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilarang di dalam perenggan 3.

688. Soalan : Apakah hukum menyambut maulidurrasul ?

Jawapan : 

Pertama:

Al-Hadis bermaksud: Diringankan Abu Lahab pada tiap-tiap hari Isnin dengan sebab dia membebaskan hambanya Thaubiyah kerana menggembirakannya dengan kelahiran al-Mustafa S.A.W.

(Hadis Riwayat al-Bukhari). (kitab Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari karangan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani pada jilid 9 kitab al-Nikah muka surat 43 dan 48 ada menyatakan hadis seperti di atas.

Kitab Manhaj al-Salaf Fi Fahmi al-Nusus Bayan al-Nazariyyah Wa al-Tatbiq karangan al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki tidak ada bersama saya sekarang (kerana kawan saya pinjam) jadi saya tidak dapat menunjukkan muka surat kitab ini.

Namun kitab Mafahim Yajibu An Tusahhah karangan al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki juga ada menyatakan dan menerangkan perkara ini (status hadis ini) pada muka surat 255 dan 256.)

Kegembiraan seorang penentang Islam di atas kelahiran Rasulullah S.A.W. dapat meringankan siksanya di neraka pada setiap hari Isnin. Jika orang kafir yang di neraka juga diringankan siksanya kerana kegembiraan menyambut kelahiran baginda S.A.W. maka apatah lagi orang Islam yang bergembira dengan kelahiran Rasulullah S.A.W.

Kedua:

Rasulullah S.A.W. sendiri membesarkan hari kelahirannya serta mensyukuri segala nikmat pemberian Allah Taala ke atas baginda pada hari tersebut. Semua ini dilahirkan melalui ibadat puasa sunat baginda S.A.W. pada setiap hari Isnin.

Dari Abu Qatadah bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab: Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku.
(Hadis Riwayat Muslim).

Ketiga:

Bergembira dengan Rasulullah S.A.W. adalah dituntut.

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah dengan kelebihan Allah dan rahmatNya maka demikian hendaklah mereka bergembira. (Surah Yunus: Ayat 58).

Allah Taala menyuruh kita supaya bergembira dengan rahmatNya maka Rasulullah S.A.W. adalah sebesar-besar rahmat.

Firman Allah Taala bermaksud: "Dan tidaklah Kami utuskan kamu kecuali sebagai rahmat kepada sekalian alam. (Surah Al-Anbiya: Ayat 107).

Keempat:

Maulidur Rasul akan menganjurkan kita untuk sentiasa berselawat dan salam yang sangat dituntut ini kepada baginda S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Kelima:

Sambutan maulid adalah satu amalan baik yang diterima ulama dan umat Islam di serata tempat. Ia dilakukan di setiap penjuru dunia dan ia tentulah dituntut berdasarkan kaedah yang telah diterima pakai dari sebuah hadis Ibnu Masud:

"Apa yang dilihat umat Islam baik maka ia juga baik di sisi Allah dan apa yang dilihat umat Islam buruk maka ia juga buruk di sisi Allah. (Hadis Riwayat Ahmad).

Imam Jalaluddin Al-Sayuti (Lihat kitab: Husnul Maqsad Fi Amal Maulid).
Beliau ditanya tentang hukum perayaan Maulid pada bulan Rabiulawal: Apakah orang yang merayakannya mendapat pahala? Beliau menjawab: Perayaan Maulid pada hakikatnya ialah mengumpulkan kebanyakkan orang untuk membaca beberapa ayat al-Quran. Kemudian menjelaskan jalan-jalan dakwah sejak mula diutuskannya Rasulullah. Acara itu diisi dengan menghidangkan makanan sebelum para hadirin kembali ke tempat masing-masing. Dengan tidak berlebihan saya katakan bahawa perayaan semacam itu tergolong dalam bidaah hasanah yang bila dilakukan akan mendapat pahala. Mereka telah mengagungkan kedudukan Nabi S.A.W. dan menyatakan kesyukuran mereka di atas kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. sebagai penghulu umat.

Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah (Lihat kitab: Iqtidha as-Shirath al-Mustaqin). Berkata Syeikh Islam Ibnu Taimiyah: Memuliakan Maulid dan merayakannya setiap tahun seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah Taala kerana niatnya baik dan memuliakan Rasulullah S.A.W.

Terdapat ramai lagi ulama yang turut membolehkan sambutan Maulidur Rasul ini antaranya seperti: Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Al-Allamah Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, Syeikh Muhammad al-Khazraji, al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki, Syeikh Atiyah Saqar, Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi, Syeikh Prof. Dr. Ali Jumaah dan lain-lain lagi.

689. Soalan : Apakah hikmahnya umat Islam solat berkiblatkan Kaabah?

Jawapan : 

Kita menghadap kiblat kerana perintah Allah. Ia adalah lambang kesatuan ummah.
Jika disuruh menghadap Allah, sudah tentu kita perlu mengetahui di mana kedudukan Allah. Sedangkan mana mungkin kita mengetahui di mana Allah berada. Oleh itu , menghadap Kaabah adalah menifestasi ketaatan kita kepadaNya..

Tidak bermakna kita menghadap Kaabah kita menyembah Kaabah kerana hanya Allah-lah yang layak disembah. Kita ambil satu contoh apabila kita sedang solat di masjid, dan di satu dinding masjid itu terdapat gambar Kaabah, adakah kita akan menghadap gambar itu? Sudah tentu jawapannya tidak. Sebab jika kita menyembah kaabah sudah tentu kita menghadap gambar tersebut.

Saya yakin tiada suatu agama pun selain Islam yang menekankan konsep berkiblat. Sebab itulah di dalam al-Quran kitab agung umat Islam dan panduan manusia keseluruhannya telah menegaskan melalui firman Allah yang bermaksud: "Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. (al-Baqarah: 144)

Ayat ini turun dilatari dengan ejekan kaum Yahudi yang menggangap Nabi Muhammad kehabisan modal dalam beragama sehingga terpaksa mengambil Baitul Maqdis sebagai kiblat, sedangkan itu adalah kiblat mereka.

Hampir setahun lebih umat Islam berkiblatkan Baitul Maqdis sehingga turun ayat dari surah al-Baqarah ayat 144. Maksudnya menghadap wajah ke arah kiblat adalah syariah yang menuntut sifat taabudiy (patuh semata).

Mengikut fahaman ahlu sunnah-wal-jamaah, Allah SWT tidak bertempat, yang bertempat hanya makhluk. Apabila orang Islam menghadap kiblat itu bukan bermaksud menghadap Allah dalam solat dalam erti kata mengingati Allah SWT.

Ini jelas dalam dalam penjelasan Nabi SAW terhadap soalan Jibril yang bertanyakan apa itu ehsan lantas baginda menjawab yang bermaksud: Ehsan ialah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat dia (Allah), kalaupun kamu tidak dapat melihatnya yakinlah dia melihat kamu…(riwayat al-Bukhari no. hadis: 50, Muslim, no. hadis: 8)

Maksud hadis ini ialah melihat kebesaran Allah SWT serta menghayati keagungan-Nya. Dalam keadaan kita berpeluang mencari arah kiblat kita adalah disuruh untuk mencarinya dan memastikannya terlebih dahulu. Sekiranya kita tidak tahu dan gagal mencari kiblat kita hadapkan wajah ke arah mana pun adalah sah solat tersebut.

Sebab itulah Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi sentiasa Mengetahui. (al-Baqarah: 115)

Di dalam tafsir al-Jalalain ada menjelaskan bahawa: "Kepunyaan Allah jua seluruh alam jagat ini, sebab di mana-mana ada timur dan di mana-mana pun ada barat. Apabila kita tegak menghadap ketepatan matahari terbit maka yang dibelakang kita adalah barat, yang di kanan kita adalah selatan dan di kiri kita adalah utara".

Manakala Prof Dr Hamka dalam tafsir al-Azhar menjelaskan: "Inilah hikmah yang sebenarnya, ke mana kita menghadapkan muka ketika kita beribadat kepada Allah, ketika solat pun, asalkan hati telah dihadapkan kepada Allah maka diterimalah ibadat itu oleh Allah. Sebab Timur dan Barat, Utara dan Selatan Allah jua yang empunya…" (Prof. Dr. Hamka, Tafsir al-Azhar, jld: 1, hlm: 277).

690. Soalan : Bolehkah ustaz jelaskan konsep kalimah laa ilaaha illallah ?

Jawapan :

Kalimah :  laa ilaaha illallah  diertikan dengan “tiada Ilah selain Allah”. Sungguhpun ringkas, kalimah ini mempunyai pengertian yang luas dan mendalam bagi kehidupan seorang muslim.

Kalimah ini sebenarnya bererti ‘aku mengetahui, berikrar, mengakui dan mempercayai bahawa sesungguhnya sembahan yang benar dan berhak disembah ialah Allah SWT sahaja manakala selain daripada-Nya sama sekali tidak benar dan tidak berhak disembah. Aku berikrar dengan hatiku, menyatakan dengan lidahku dan aku membuktikan dengan perbuatanku.’

Kalimah laa ilaaha illallah) (لَا إِلهَ إِلَّا اللهُ dipanggil juga sebagai Tauhid al-Uluhiyah.

Tauhid al-Uluhiyah adalah bermaksud mentauhidkan Allah SWT dalam peribadatan atau persembahan. Inilah tujuan Allah SWT mengutuskan Rasul iaitu menyeru manusia menerima Tauhid al-Uluhiyah. 

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasa-nya tiada Illah melainkan Aku, maka kamu sekelian hendaklah menyembah Aku.” 
(Surah Al-Anbiya’ ayat 25)

“Dan sesungguhnya Kami telah utuskan pada setiap umat itu seorang rasul (untuk menyeru): Sembahlah Allah dan jauhilah taghut.” (Surah An-Nahl ayat 36)

“Dan sesungguhnya Aku telah utuskan Nuh (Nabi) kepada kaumnya, lalu dia berkata (menyeru): Wahai kaumku, hendaklah kamu menyembah Allah (kerana) sesekali tiada Illah melainkan Dia.” (Surah Al-Mukminun ayat 23).

Seorang mukmin yang memiliki Tauhid al-Uluhiyah akan menerima undang-undang yang di ciptakan oleh Allah SWT tanpa ragu-ragu dan menolak dalam jiwanya undang-undang ciptaan manusia