Friday, December 25, 2015

Tanyalah Ustaz Siri 249 (Tanda-tanda Husnul Khatimah, Jual Beli Duit, Zakat Kelapa Sawit, Hadis Palsu Potong Kuku, dan Cerai Ta'liq.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh                                                                              

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    


Tanyalah Ustaz Siri 249 adalah menjelaskan tanda-tanda husnul khatimah, jual beli duit, zakat kelapa sawit, hadis palsu potong kuku, dan cerai ta'liq.

1201. Soalan : Apakan tanda-tanda seseorang akan mendapat husnul khatimah?

Jawapan :

Terdapat tanda-tanda husnul khatimah sebelum kematian seseorang mukmin. Bagi orang yang meninggal dalam keadaan husnul khatimah mempunyai tanda-tanda tertentu yang sepatutnya diketahui oleh setiap individu, terutama kalangan umat Islam.

Tanda-tanda tersebut, di antaranya sebagai berikut.

Pertama. Mengucapkan kalimat tauhid (syahadah). Nabi SAW bersabda maksudnya, “Barang siapa yang di akhir hayatnya mengucapkan La ilaha illallah (tidak ada Tuhan yang berhak untuk disembah, kecuali Allah SWT), maka ia masuk syurga.” (HR Abu Daud).

Kedua. Dahi atau keningnya berkeringat.

Sebuah hadis riwayat dari Buraidah bin Hashib r.a, dia berada di Khurasan. Lalu, saudaranya kembali kepadanya dalam keadaan sakit sehingga ia sempat menyaksikan kematiannya.

Saat saudaranya meninggal dunia, ia melihat keringat keluar dari dahinya, dan berkata, “Allahu Akbar”. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Meninggalnya seorang Mukmin ditandai dengan keringat di dahinya.” (HR Tirmizi, Nasa’i, dan Ibn Majah).

Ketiga. Mati syahid.

Ada lima macam mati syahid yang disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW, yakni disebabkan wabah (al-math’un), sakit perut ( al-mabthun), karam atau tenggelam (al-ghariq), tertimpa tanah runtuh (shahibul hadm), dan syahid dalam perang di jalan Allah. (HR Bukhari dan Muslim).

Itulah di antara tanda-tanda meninggal dunia secara husnul khatimah yang disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW. Mudah-mudahan kelak kita termasuk ke dalam golongan orang-orang yang meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah (akhir yang baik), yakni golongan yang memperoleh hakikat kebahagiaan dan kemuliaan di sisi Allah SWT. Wallahu a'lam.

1202. Soalan : Saya ada soalan berkaitan jual beli duit. Apakah hukum kita beli duit seperti jika bank negara umumkan menjual duit matawang baru yang mempunyai no siri yang unik. Duit ini akan dijual dengan harga yang tinggi. Maka berlaku pembelian duit dengan duit yang tidak sama nilainya. Minta komen ustaz berkaitan situasi ini Jazakallahu khairan katsira.

Jawapan :


Hukum asal ia akan jadi riba kerana illah pengharaman masih ada, iaitu Illah asal adalah apabila duit dari jenis RM ditukar dengan RM juga namun dengan jumlah berbeza, pada keadaan biasa ia akan menjadi Riba al-fadhl.

Namun dalam kes nombor siri istimewa, pembelian tersebut boleh terkecuali dari pengharaman atas sebab berikut :-


1. Pembeli membeli matawang terbabit dengan nilai yang lebih tinggi adalah kerana nombor siri duit itu, maka sasaran pembeli adalah kepada keunikan dan bukan sekadar menukar duit. Justeru berdasarkan kefahaman fuqaha yang menyebut :


انما المقصود منه ذاته لا ماله والمال وقع تبعا
 

Ertinya : Sesungguhnya maksud utama darinya adalah zat item itu dan bukan pada aspek matwangnya, justeru aspek matwang itu telah menjadi hal yang mengikut (tabi’) atau ‘secondary’. (Rujuk al-Qabas Syarh al-Muwatta’, 2/805)

Atas asbab itu, wujud kaedah fiqhiyah yang berdasarkan hadis-hadis Nabi ada menyebutkan bahawa “dimaafkan apabila ia berlaku pada perkara mengikut namun tidak pada utama” (rujuk Al-Ashbah wa al-Nazair, Al-Suyuti, hlm 120).

Dalam hal duit bernombor unik tadi, boleh difahami bahawa ia dibeli kerana keunikannya dan bukan kerana sifat duitnya. Atas sebab itu, perbezaan nilai pertukaran itu adalah dimaafkan dan tidak dianggap riba kerana ia dikira pertukaran antara duit RM dan komoditi.


2. Ghalib zan (besar anggapan) bahawa pembeli akan gunakan wang unik atau ‘collectible item’ yang dibeli sebagai barang antik atau unik serta bukannya sebagai matawang biasa lagi. Ketika itu, pertukaran antara RM 10 bernombor unik dengan RM 1000 sebagai contoh ditukar atas dasar yang lain, diumpamakan seperti kes yag pernah disebut dalam fiqh mazhab Maliki iaitu pertukaran di antara emas dengan emas yang tetapi bukan berdasarkan beratnya tetapi mengikut jumlah walaupun dengan perbezaan sedikit pada timbangan beratnya. Ketika itu, pertukaran tidak mengikut cara biasa iaitu menggunakan timbangan berat emas dengan emas, namun kali ini digunakan al-Rifq dan makruf justeru ia tidak riba

علي وجه الرفق والمعروف لا المكايسة
 

Ertinya : Atas dasar belas ihsan dan toleransi dan bukan atas dasar timbangan. (Manh al-Jalil, 2/528 )

Kesimpulannya, harus dan tidak riba membeli RM 10 yang bernombor unik dengan RM 1000 atau mana nilai selain RM 10. Ia juga tidak termasuk dalam kategori forex trading yang diharamkan.

Juga lebih baik dijual menggunakan matawang asing bagi mengelakkan sebarang risiko riba, kerana menukar dua matawang berbeza negaranya adalah harus lebih berbeza nilainya.

Sekiranya kemudian ia ingin digunakan oleh penyimpan atas sebab-sebab memerluan tunai, pemilik boleh menjualnya sebagai komoditi semula dan tidak menggunakan sebagai matawang kerana ia merugikan selain boleh mencetuskan syubah kerana ia sepatutnya dianggap sepenuhnya sebagai komoditi khas dan bukan lagi matawang.

Manakala menjual matawang lama dan dianggap unik yang sudah tidak lagi dalam 'circulation' atau tidak lagi dianggap punyai nilai matawang, ia juga harus dijual beli dengan sebarang nilai kerana ia telah dianggap komoditi sepenuhnya.

(Jawapan ini di berikan oleh Dr Zaharuddin Abdul Rahman)


1203. Soalan : Adakah penghasilan kelapa sawit di kenakan zakat?

Jawapan : 

Zakat Penghasilan Kebun Kelapa Sawit

Dasar hukum zakat pertanian atau perkebunan iaitu: “dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakat kepada fakir miskin).." (Surah Al-An’am (6) ayat 141) 


Menurut Abu Hanifah bahawa banyak atau sedikit hasil tanaman yang tumbuh di bumi wajib dikeluarkan zakatnya, jadi tidak ada nisab. 

Sedangkan jumhur ulama Syafi’i, Ahmad bin Hambali, Malik dan Mahmud Syaltut berpendapat bahawa semua tanaman yang mengenyangkan (memberi kekuatan), boleh disimpan (padi, kelapa sawit, jagung dsb.) dan diolah manusia wajib dikeluarkan zakatnya.

Didin Hafidhuddin menegaskan bahawa sektor-sektor ekonomi modern merupakan barang zakat yang brpotensi. Misalnya penghasilan yang diperoleh dari keahlian, peternakan ayam, lebah, perkebunan (kelapa sawit), usaha-usaha properti, dan surat-surat berharga seperti saham, dan lainnya

Menurut ulama kontempolari zakat perkebunan kelapa sawit ada dua pendapat ulama; 

Pertama ada yang meletakkan sebagai zakat pertanian dan 

Kedua, ada yang meletakkan sebagai zakat perniagaan.

Pertama ada yang meletakkan sebagai zakat pertanian bererti zakat langsung ditunaikan saat memetik atau menjual dan cukup nishab (653 Kg). 

Kadar zakat hasil bumi adalah jika pengairannya atas jerih payah si penanam maka zakatnya 5% (lima persen). Akan tetapi jika pengairannya dengan air hujan, air sungai, air irigasi yang kesemuanya itu si penanam tidak berusaha apa apa maka zakatnya 10% (sepuluh persen).

Hal ini senada dengan sabda Rasulullah SAW: Dari Salim Ibnu Abdullah, dari ayahnya r.a, bahwa Nabi SAW bersabda: "Tanaman yang disiram dengan air hujan atau dengan sumber air atau dengan pengisapan air dari tanah, zakatnya sepersepuluh (10%), dan tanaman yang disiram dengan tenaga manusia, zakatnya seperduapuluh (5%). " [HR. Bukhari]. "Tanaman yang (hasilnya) kurang dari lima wasaq tidak wajib dizakati." (HR. Bukhori Muslim) 

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya,“Bayarlah zakat kekayaan kalian ” (HR. ِAt-Tirmidzi)

Simulasi contoh A: 

Harun menanam kelapa sawit seluas 4 hektar sekitar 25.000 Kg (bererti hasilnya lebih dari nishab 653 Kg) Maka, Harun wajib mengeluarkan zakatnya sebesar 5%, karena adanya sistem pengairan dan adanya biaya upah dan pupuk yang digunakan. Adapun zakat yang mesti dikeluarkannya ialah 25.000 Kg x 5% = 1.250 Kg. 

Menurut ulama boleh juga menunaikannya dengan seharga wang, dengan simulasi perhitungannya sebagai berikut: 

Kedua, ada yang meletakkan sebagai zakat perniagaan kerana umumnya usaha kebun kelapa sawit di Malaysia dalam bentuk perusahaan/perniagaan. Nishabnya 85 gram emas dan kadar persentase 2,5%. Sehingga dalam zakat perniagaan dikenal adanya haul jika perusahaan/perniagaan kelapa sawit cukup nisab wajib zakat, demikian juga kalau petani ikut perdagangan dengan menggunakan kaedah haul dan cukup nishab. "Rasulullah SAW memerintahkan kami agar mengeluarkan zakat dari semua yang kami persiapkan untuk berdagang." ( HR. Abu Dawud )


1204. Soalan : Mohon pencerahan ustaz ..tapi saya memang tidak percaya dengan hari-hari tertentu  ada fadilat memotong kuku..bukan islam itu indah? mohon pencerahan ustaz ..terima kasih

Jawapan :
 
 "Sesiapa yang memotong kukunya pada hari sabtu, keluar darinya penyakit dan masuk ke dalamnya penyembuhan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari ahad, keluar daripadanya kefakiran dan masuk ke dalamnya kekayaan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari isnin, keluar daripadanya penyakit dan masuk kepadanya kesihatan, sesiapa yang mengerat kuku pada hari selasa, keluar daripadanya al-Baros dan masuk ke dalamnya al-'Afiah, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari rabu, keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari khamis, keluar daripadanya al-Jadam dan masuk kepadanya al-'Afiah dan siapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat, masuk kepadanya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa."

Darjat Hadith

1. PALSU (al-Maudhuaat, Ibn Jauzi, 3/226)
 
2. PALSU, di dalam sanadnya ada para pemalsu hadith dan rawi-rawi yang majhul (al-Fawa-id al-Majmu'ah, oleh al-Syaukani. m.s. 197)
 
3. Di dalam sanadnya ada Nuh bin Abi Maryam yang ditohmah dengan pendustaan (Tartib al-Maudhuaat) . al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula di dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhuah ada menyebut hadith:

من قلم أظافيره يوم الجمعة قبل الصلاة ، أخرج الله منه كل داء ، وأدخل مكانه الشفاء والرحمة

Maksudnya: "sesiapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat sebelum menunaikan solat, Allah mengeluarkan daripadanya penyakit dan menggantikan tempat penyakit itu dengan penyembuhan dan rahmat." Hadith ini menurut penilaian al-Albani adalah hadith yang terlalu lemah (ضعيف جدا)- Sila lihat Silsilah al-Dhoiefah, m.s. 36, bil. hadith: 2021, cetakan pertama Maktabah al-Maarif al-Riyadh. al-Hafidz al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah m.s. 422 menyebut:

لم يثبت في كيفيته ولا في تعيين يوم له عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء

Maksudnya: "Tidak thabit tentang kaifiatnya (memotong kuku), tidak thabit juga tentang menentukan hari untuk memotong kuku dari Nabi S.A.W. sesuatu hadith pun."

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata:

"Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."

Kesimpulan:

1. Hadis Memotong kuku mengikut susunan adalah dhaif/palsu.
 
2. Apa yg thabit/sahih adalah memulakan dengan tangan kanan atau kaki kanan berdasarkan hadith Aisyah yg menceritakan Nabi SAW sentiasa mendahului perbuatan dgn tangan kanan, termasuk menyikat rambut. Wallahu a'lam.
 
1205 : Soalan  : Sekiranya si suami bertakliq " sekiranya keluar rumah mesti ditemani, jika tidak jatuh talak"...akan tetapi suami juga bertakliq sebulan selepas itu " jika terlupa maka tidak jatuh talak"...

Adakah takliq kedua itu diterima?
 
Jawapan :  
 
Majoriti ( Jumhur) para ulama Islam silam ( termasuk ulama dari 4 mazhab) dan kini menyebut bahawa lafaz ta'liq tidak boleh di batalkan lagi apabila telah diucapkan, niat si suami juga tidak perlukan untuk dipastikan dalam konteks lafaz yang sebegini terang dan jelas ( kecuali beberapa pandangan seperti Syeikhul Islam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim yang menyebut kecuali jika lafaz ta'liq tadi diniatkan oleh suami sebagai lafaz sumpah untuk menunjukkan tegahan yang amat amat serius dan bukan untuk menceraikan jika ia melanggarnya. Bagaimanapun pengecualian ini sukar untuk dibayangkan berlaku di suasana Malaysia kerana ia adalah suasana orang Arab sahaja yang sememangnya kerap bermain dengan sumpah seperti ini. Lafaz ta'liq kedua tidak boleh membatalkan lafaz ta'liq pertama. Kerana lafaz ta'liq pertama tetap berjalan itu sebab saya kata lafaz ta'lq tidak boleh di batalkan atau pun di tarik balik. Lafaz ta'liq kedua adalah baru, sedangkan lafaz ta'liq pertama masih berkuat kuasa.

Hasilnya, menurut 4 mazhab ; apabila si isteri keluar mesti di temani jika tidak maka jatuh talak.dan suami isteri itu perlulah Ruju' kembali dan hilanglah satu kuota talaq yang dimiliki oleh suami.

Wallahu a'lam..dalam hal di Malaysia, Mahkamah Syariah di Malaysia juga mengambil pandangan majoriti Mazhab. Iaitu talaq Ta'liq TIDAK BOLEH DI TARIK BALIK. , LAFAZ TA'LIQ KEDUA TIDAK SAH.


Saturday, October 31, 2015

Tanyalah Ustaz Siri 248 ( Rezeki Yang Berkat, Hukum Suka Membuat Lawak Jenaka, Pinjaman Tekun Ada Mempunyai Riba, Solat Ketika Sakit Dengan Kerusi Dan Mengubati Penyakit Hilang Ingatan.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh                                                                              

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    


Tanyalah Ustaz Siri 248 adalah menjelaskan rezeki yang berkat, hukum suka membuat lawak jenaka, pinjaman Tekun ada mempunyai riba, solat ketika sakit dengan kerusi dan mengubati penyakit hilang ingatan.

1196. Soalan :  Ustaz..saya nak mintak pendapat mengenai rezeki..kadang2 kita perhatikan,seseorang tu pendapatan bulanan dia lebih kurang sama banyak jer dgn kita tp dia mampu pakai kereta,mampu menyara isteri & anak2 sedangkan kita belum berkemampuan utk semua tu..dimana silapnya..adakah rezeki kita tak berkat & camana untuk mengatasinya..
Terima kasih ustaz..

Jawapan :


Islam menuntut umatnya supaya bekerja dan berusaha sehingga bebas daripada belenggu kemiskinan.Kemiskinan boleh menggelincirkan iman kerana seseorang yang lemah imannya akan sanggup menggadaikan akidahnya dengan melakukan pekerjaan yang terlarang serta menuturkan kata-kata yang menolak kebesaran Allah SWT seperti menafikan keadilan Allah SWT dan sebagainya.

Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia merupakan ibadat iaitu selagi ia dilakukan dengan niat yang baik dan tidak melanggar hukum-Nya. Rezeki yang berkat adalah rezeki yang dicari dengan titik peluh sendiri, bukan dengan cara menunggu pemberian daripada orang lain seperti meminta sedekah, derma dan sebagainya padahal tubuh badan masih lagi kuat dan sihat. Hal ini amat dilarang keras oleh Islam kerana ia merupakan perbuatan yang memalukan dan menghinakan

Selalunya manusia itu apabila berkaitan dengan berkah (berkat, barakah) menjuruskan kepada rezeki dan menilai disegi banyaknya keuntungan yang diperolehi. Sebaliknya mereka beranggapan tiada keberkatan daripada Allah SWT apabila rezeki yang mendatang itu sedikit sedangkan usaha yang dikeluarkan cukup banyak dan berlipat ganda, namun kepada kedua kedudukan tersebut manusia selalu terlupa dan tidak mahu bersyukur kepada Allah.

Kehidupan yang berkat itu sebenarnya akan sentiasa mencukupkan dan kecukupan itu membolehkan keberkatan didalam kehidupan. Apabila mempersoalkan amaun banyak atau sedikit, bererti manusia itu tidak pernah puas sehinggakan tidak tahu mereka bersyukur, maka tiadalah keberkatan dari Allah didalam kehidupan. Sesungguhnya segala yang dimiliki oleh manusia diatas muka bumi ini walau sebanyak mana atau sangat sedikit, mahu pun mungkin tidak punya suatu apa, sebenarnya segala itu adalah kurnia daripada Allah SWT.

Nabi SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya Allah yang Maha Luas KurniaNya lagi Maha Tinggi akan menguji setiap hambaNya dengan rezeki yang diberikan. Barang siapa yang redha dengan pemberian Allah, maka Allah akan memberkati dan melapangkan rezeki baginya dan barang siapa yang tidak redha nescaya rezekinya tidak diberkati” (HR Ahmad)

Nabi Muhammad SAW melalui Sabda Baginda diatas sekali gus menjelaskan bahawa keberkatan dari Allah SWT itu tidak ditentukan amaun banyak atau sedikit rezeki yang diperolehi. Keberkatan Illahi itu terletak diatas rasa keredhaan hamba Allah keatas apa sahaja bentuk mahu pun jumlah kurniaanNya.

Sebaliknya rezeki itu sendiri merupakan perujian daripada Allah SWT kepada manusia sejauh mana mereka benar benar bertakwa dan berserah diri kepadaNya. “Wahai orang orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar benar takwa kepadaNya, dan janganlah kamu mati melainkan dengan berserah diri”(Surah Ali-Imran (3) ayat 102)

Dalam kita memahami pengertian rezeki yang berkat, kita tidak boleh membataskan rezeki itu hanya pada wang ringgit tetapi meliputi kesihatan. Ilmu,sahabat, masa lapang, idea dan berbagai lagi sehinggakan kemampuan melaksanakan amal ibadah juga merupakan rezeki. Bila kita dapat memahami makna rezeki yang berkat secara tidak lansung kita sudah menambahkan rezeki dengan meluaskan pengertian rezeki itu sendiri. Jika seseorang mendapat gaji yang besar tetapi tidak merasai cukup kerana terlalu banyak perkara yang perlu di bayar dan merasai sentiasa tak cukup. Sedangkan ada setengah orang berpendapatan sederhana tetapi mencukupi menyara isteri dan anak-anak, mampu membeli rumah, kereta dan mampu membiayai pengajian anak-anaknya ke universiti. Ini adalah petanda rezeki yang tak berkat dengan rezeki yang berkat.


1197. Soalan : Ustaz.baru-baru ini ada seorang ustaz bercermah mengatakan ada hadis yg mengatakan barang siapa berkata2 yg menyebabkan orang lain ketawa maka orang ini akan dilaknat oleh Allah dan dimasukkan kedlm neraka. Adakah hadis ini sahih ?Kalau sahih mcm mana dgn orang yg menjadi pelawak yg berlawak supaya orang lain ketawa?

Jawapan :


Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah memberikan beberapa nasihat kepada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, di antara nasihat tersebut adalah perkataan beliau:

(( وَلاَ تُكْثِرِ الضَّحِكَ, فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ.))

“Janganlah banyak tertawa! Sesungguhnya banyak tertawa akan mematikan hati.”(HR At-Tirmidzi no. 2305. Syaikh Al-Albani berkata, “Hasan.” (Shahih Sunan At-Tirmidzi.). Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam pada hadis di atas melarang seseorang untuk banyak tertawa dan bukan melarang seseorang untuk tertawa. Tertawa yang banyak dan berlebih-lebihanlah yang mengandung celaan.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam juga pernah bergurau senda. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, para sahabat pernah berkata kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam :

( يَا رَسُولَ اللهِ ، إِنَّكَ تُدَاعِبُنَا )

“Ya Rasulullah! Sesungguhnya engkau sering bergurau senda dengan kami.”

Baginda pun berkata:

(( إِنِّيْ لاَ أَقُوْلُ إِلاَّ حَقًّا.))

“Sesungguhnya saya tidaklah berkata kecuali yang haq (benar).”
(HR At-Tirmidzi no. 1990. Syaikh Al-Albani berkata, “Shahih.” (Ash-Shahihah IV/304).
Di antara gurau senda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam tercantum pada dua hadis berikut:
Hadis 1.

عَنْ أَنَسٍ أَنَّ رَجُلاً أَتَى النَّبِىَّ –صلى الله عليه وسلم– فَقَالَ: ( يَا رَسُوْلَ اللَّهِ احْمِلْنِى.) قَالَ النَّبِىُّ –صلى الله عليه وسلم-: (( إِنَّا حَامِلُوكَ عَلَى وَلَدِ نَاقَةٍ )). قَالَ: (وَمَا أَصْنَعُ بِوَلَدِ النَّاقَةِ؟) فَقَالَ النَّبِىُّ –صلى الله عليه وسلم-: (( وَهَلْ تَلِدُ الإِبِلَ إِلاَّ النُّوقُ.))

Diriwayatkan dari Anas radhiallahu ‘anhu bahwasanya seseorang mendatangi Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam. Dia pun berkata, “Ya Rasulullah! Angkatlah saya (ke atas unta)!” Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam pun mengatakan, “Sesungguhnya kami akan mengangkatmu ke atas anak unta.” Lelaki itu pun berkata, “Apa yang saya lakukan dengan seekor anak unta?” Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda, “Bukankan unta-unta betina melahirkan unta-unta?”(HR Abu Dawud no. 5000 dan At-Tirmidzi no. 1991. Syaikh Al-Albani berkata, “Shahih.” (Shahih Sunan Abi Dawud dan Shahih Sunan At-Tirimidzi).

Baginda bersenda gurau dengan orang tersebut dengan menyebut untanya dengan anak unta. Orang tersebut memahami perkataan baginda sesuai zahirnya, tetapi bukankah semua unta yang ada adalah anak-anak dari ibu unta?
Hadits 2

عَنِ الْحَسَنِ قَالَ: أَتَتْ عَجُوزٌ إِلَى النَّبِيِّ –صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ–، فَقَالَتْ: (يَا رَسُولَ اللَّهِ، ادْعُ اللَّهَ أَنْ يُدْخِلَنِي الْجَنَّةَ) فَقَالَ: ((يَا أُمَّ فُلاَنٍ، إِنَّ الْجَنَّةَ لاَ تَدْخُلُهَا عَجُوزٌ.)) قَالَ: فَوَلَّتْ تَبْكِي فَقَالَ: (( أَخْبِرُوهَا أَنَّهَا لاَ تَدْخُلُهَا وَهِيَ عَجُوزٌ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَقُولُ : { إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً 0فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا 0عُرُبًا أَتْرَابًا } )).

Diriwayatkan dari Al-Hasan radhiallahu ‘anhu, dia berkata, “Seorang nenek tua mendatangi Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam. Nenek itu pun berkata, ‘Ya Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar Dia memasukkanku ke dalam syurga!’ Baginda pun mengatakan, ‘Wahai Ibu si Anu! Sesungguhnya syurga tidak dimasuki oleh nenek tua.’ Nenek tua itu pun pergi sambil menangis. Baginda pun mengatakan, ‘Kabarkanlah kepadanya bahwasanya wanita tersebut tidak akan masuk syurga dalam keadaan seperti nenek tua. "Sesungguhnya Allah Ta’ala mengatakan: (35) Sesungguhnya kami menciptakan mereka (Bidadari-bidadari) dengan langsung. (36) Dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. (37) Penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Surah Al-Waqi’ah ayat 35-37) (HR At-Tirmidzi dalam Syamaa-il-Muhammadiyah no. 240. Syaikh Al-Albani berkata, “Hasan.” (Mukhtashar Syamaa-il dan Ash-Shahiihah no. 2987).

Jika kita perhatikan hadits–hadits di atas, maka kita akan mendapatkan bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bergurau pada beberapa keadaan tertentu, tetapi gurau baginda tidak mengandung kedustaan dan selalu benar.

Orang yang terlalu serius dan selalu terlihat tegang dan kaku, kehidupannya akan terasa sangat penat dan suntuk. Orang jenis ini seharusnya memasukkan senda gurau di dalam hidupnya sehingga terhindar dari pengaruh buruk tersebut.

Sebaliknya orang yang terlalu sering bergurau, maka sebaiknya dia belajar untuk dapat melatih lisannya agar boleh terbiasa diam dan hanya berbicara pada hal-hal yang bermanfaat saja. Bergurau yang berbohong, mengaibkan orang lain atau memfitnah adalah berdosa kerana Nabi SAW melarang sesiapa yang bergurau tidak di atas asas yg benar.


1198. Soalan : Ustaz,saya nak tanya tentang pinjaman terhadap TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga)adakah ianya haram kerana peminjam membayar faedah(lebihan) dari pinjaman mereka.Ada yang pendapat menyatakan ianya Riba' .Sama seperti PTPTN dan sebagainya yang melibatkan bayaran lebihan.Tolong beri pencerahan Ustaz....

Jawapan :


Setiap pinjaman kewangan yang di kenakan bayaran lebih daripada jumlah pinjaman maka itu adalah riba . Riba adalah perkara yang di haramkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (terkena) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.” (Surah al-Baqarah, ayat 275)

Islam mengharamkan riba dan menyatakan riba sebagai kejahatan terbesar serta dosa terberat yang dilakukan manusia. Rasulullah SAW juga melaknat setiap orang yang terbabit dengan riba kerana amalan itu mendatangkan kesan buruk terhadap individu, masyarakat dan negara.

Firman Allah yang bermaksud: “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya menyatakan perang terhadap kalian.” (Surah al-Baqarah, ayat 279)

Daripada Jabir r.a. “Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, orang yang memberikan riba, orang yang menjadi penulisnya dan saksinya. Kemudian Rasulullah mengatakan: Mereka semua adalah sama.”(Hadis riwayat Muslim, Nasai, Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Hibban)
Jika pinjaman TEKUN atau PTPTN di kenakan cas lebih daripada jumlah pinjaman maka yang lebih bayar itu adalah riba yang di haramkan oleh Allah SWT. Jika puan hendak berniaga dan perlukan pinjaman perniagaan perlulah mencari pinjaman tanpa faedah yang di sediakan oleh Bank Islam atau Perbankkan Islam supaya puan terhindar daripada riba yang di haramkan oleh Allah SWT.

Berikut adalah maklumat pembayaran yang diperolehi dari web tekun.gov.my

Pinjaman : RM30,000

Tempoh : 30 bulan

Kadar faedah : 4 % caj, 5% simpanan

Bayaran Balik : RM1,225 sebulan

Kadar Faedah jika dikira berdasarkan bayaran balik bulanan RM1,225

APR(average percentage rate) = 15.18%

EFF(Effective Annual Rate@Effective cost of Loan) = 16.35%- kadar interest sebenar yang perlu dibayar!

Sekiranya faedah berdasarkan caj 4%, bermakna bayaran bulanan ialah RM1,100 sebulan

APR(average percentage rate) = 7.5%

EFF(Effective Annual Rate@Effective cost of Loan) = 7.79%- kadar interest sebenar yang perlu dibayar!

Itulah kadar sebenar yang perlu dibayar. Jelaslah pinjaman tekun adalah pinjaman tak patuh syariah (riba) yang di haramkan oleh Allah SWT.


1199. Soalan : Ustaz bolehkah perjelaskan cara-cara solat menggunakan kerusi untuk orang yang sakit? Adakah terdapat nas Nabi SAW membenarkan solat secara duduk atau berbaring?

Jawapan :

Hukum-Hakam Solat Duduk Di Atas Kerusi

1)Berdiri, rukuk dan sujud adalah termasuk di dalam rukun solat. Sesiapa yang mampu melakukannya, maka wajib melakukannya seperti yang disyariatkan. Adapun sesiapa yang uzur kerana sakit atau tua, bolehlah duduk di atas lantai ataupun di atas kerusi. Asas dalam hal ini ialah berdasarkan firman Allah SWT yang mengandungi perintah menunaikan solat dalam keadaan berdiri:

Maksudnya: “Peliharalah semua solat(mu), dan (peliharalah) solat wusthaa. Berdirilah untuk Allah (dalam solatmu) dengan Qanit.” (Surah al-Baqarah ayat 238)

Setelah itu datang keringanan dari Nabi SAW bagi yang uzur berdasarkan hadis daripada ‘Imran bin Husain r.a.:

كَانَتْ بِي بَوَاسِيرُ فَسَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الصَّلَاةِ فَقَالَ صَلِّ قَائِمًا فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ

Maksudnya: “Dahulu aku pernah mengidap penyakit buasir, lalu aku bertanya kepada Nabi SAW tentang solat. Jawab baginda: “Solatlah secara berdiri, jika kamu tidak mampu, maka solatlah secara duduk, jika kamu tidak mampu juga, maka solatlah di atas rusuk.” (HR al-Bukhari, hadis no. 1066)

Kata al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi: Maksudnya: “Para ulama telah bersekapat bahawa sesiapa yang tiada mampu berdiri, maka boleh solat secara duduk.” (al-Mughniy 1/443)

Kata al-Imam al-Nawawi: “Ummah telah bersepakat bahawa sesiapa yang tidak mampu berdiri dalam solat fardu, maka dia boleh solat secara duduk, dan tidak perlu pengulangan (solat yang ditunaikan secara duduk kerana keuzuran).

Kata Ashab kami: “Tidak dikurangi pahala solatnya secara duduk berbanding berdiri, kerana dia ketika itu seorang yang uzur. Sesungguhnya telah thabit di dalam Sahih al-Bukhari bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إذا مَرِضَ العبدُ أو سافر كُتِبَ له مِثْلُ ما كان يعمل مقيمًا صحيحًا

Maksudnya: “Apabila seseorang hamba itu sakit atau dalam permusafiran, dicatit untuknya apa yang dilakukannya ketika dia tidak bermusafir dan ketika sihat.” (HR al-Bukhari – al-Majmu’ 4/226)

Kata al-Syaukani: “Hadis ‘Imran menunjukkan keharusan bagi sesiapa yang memiliki keuzuran yang tidak mampu berdiri untuk solat secara duduk, dan sesiapa yang ada keuzuran, dan tidak mampu solat secara duduk, dia boleh solat secara berbaring di atas lambung/rusuk.” (Nail al-Author 3/243)

Oleh itu, sesiapa yang solat fardu secara duduk sedangkan dia mampu berdiri, maka solatnya adalah batal. Adapun bagi sesiapa yang memiliki keuzuran untuk berdiri sahaja disebabkan sakit, maka harus baginya solat secara duduk di atas kerusi pada kedudukan berdiri. Manakala dia rukuk dan sujud dalam bentuk yang diperintahkan (secara sempurna). Jika mampu berdiri, namun sukar untuk duduk dan sujud. Maka wajib solat secara berdiri, kemudian duduk di atas kerusi apabila hendak rukuk dan sujud dengan menjadikan tunduknya untuk sujud lebih rendah daripada rukuk. Hal ini berdasarkan kaedah yang menyebut:

المشقة تجلب التيسير

Iaitulah: “Sesuatu kesempitan itu, mendatangkan kemudahan.” Demikian juga berdasarkan salah satu prinsip syariat iaitulah

 رفع الحرج ودفع المشقة

yang bermaksud “Menghilangkan kesukaran dan menolak kesempitan.” Selain itu terdapat dalil lain yang banyak dalam hal ini, antaranya firman Allah SWT yang bermaksud, “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya…” (Surah al-Baqarah ayat 286)

Firman Allah SWT maksudnya: “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kemampuanmu…” (Surah al-Taghabun ayat 16)

Sabda Nabi SAW:

وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ

Maksudnya: “Dan apabila aku memerintahkan kamu semua melakukan sesuatu, maka laksanakanlah ia menurut kemampuanmu.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz RH berkata: “Yang wajib ke atas sesiapa yang solat secara duduk di atas lantai atau atas kerusi, menjadikan sujudnya lebih rendah berbanding rukuk. Sunnah juga untuk dia meletakkan dua tangannya di lutut ketika itu pada kedudukan rukuk. Adapun pada kedudukan sujud, maka yang wajib, dia meletakkan kedua tangannya di atas lantai jika mampu. Jika tidak mampu maka bolehlah diletakkan di atas lutut berdasarkan hadis yang thabit dari Rasululah SAW yang bersabda:

أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ عَلَى الْجَبْهَةِ وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ وَالْيَدَيْنِ وَالرُّكْبَتَيْنِ وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ

Maksudnya: “Aku diperintahkan untuk sujud di atas 7 anggota iaitulah dahi dan baginda juga menunjukkan tangan baginda ke hidung, dua telapak tangan, dua lutut dan jari-jari kedua-dua kaki.” Maka sesiapa yang ada keuzuran melakukan semua ini, dia pula menunaikan solat di atas kerusi, maka tidak mengapa berdasarkan firman Allah:

Maksudnya: “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu…” (Surah al-Taghabun ayat 16)

Dan sabda Nabi SAW:

وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ

Maksudnya: “Dan apabila aku memerintahkan kamu semua melakukan sesuatu, maka laksanakanlah ia menurut kemampuanmu.” (HR al-Bukhari dan Muslim).” (Fatawa Ibn Baz 12/245-246)

Justeru, perlu diberi perhatian bahawa sesiapa yang hanya tidak mampu berdiri, namun mampu melakukan sujud dan rukuk, maka tidak boleh dia duduk di atas kerusi pada kedudukan sujud dan rukuk. Demikian juga jika dia hanya tidak mampu untuk rukuk dan sujud seperti biasa, namun mampu berdiri, maka tidak boleh dia duduk di atas kerusi pada kedudukan berdiri. Al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi berkata:

“Dan sesiapa yang mampu berdiri, namun tidak mampu melaksanakan rukuk dan sujud, tidak gugur darinya kewajipan berdiri, hendaklah orang seperti ini solat dengan berdiri, lalu dia melakukan isyarat ketika rukuk, kemudian dia duduk dan melakukan isyarat ketika sujud. Inilah juga yang dikatakan oleh al-Syafie… firman Allah:

Maksudnya: “Dan berdirilah (di dalam solat) dengan Qanit.”

Demikian juga sabda Nabi SAW

: صَلّ قَائِمًا

Yang bermaksud: “Tunaikanlah solat dengan berdiri.”

Ini kerana berdiri di dalam solat adalah salah satu rukun solat bagi sesiapa yang berkemampuan, maka wajib dia melaksanakannya dengan baik sama seperti rukun membaca al-Fatihah.

Ada keuzuran melakukan rukun yang lain tidak menjadikan gugurnya kewajipan melaksanakan rukun berdiri ini…” (al-Mughniy 1/444)

2) Bukan semua sakit membolehkan seseorang solat di atas kerusi. Para ulama telah berbeza pandangan tentang batasan sakit yang membolehkan diambil keringanan. Maka yang sahih atau yang benar dari berbagai pandangan tersebut ialah apabila timbul kesukaran dari sudut akan hilang kekhusukan di dalam solat, maka ketika itu harus mengambil keringanan solat dengan duduk.

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin berkata:  “Garis ketetapan bagi masyaqqah (kesukaran/keperitan): iaitulah apa-apa yang menghilangkan khusuk, dan khusuk itu adalah kehadiran jantung hati dan tomakninah (ketenangan), maka apabila seseorang berdiri di dalam solat, lalu ia merasai gelisah yang bersangatan dan tiada lagi ketenangan, sehingga dia mengharap al-Fatihah yang dibaca segera dihabiskan agar dapat segera rukuk kerana kesukaran atau keperitan menanggung kesakitan, maka ketika itu dia dikira memiliki kesukaran atau keperitan untuk berdiri, maka orang seperti ini solat dengan duduk.” (al-Syarh al-Mumti” 4/326)

3) Berkaitan kedudukan kerusi di dalam saf pula, ada dua keadaan:

i) Jika seseorang memulakan solat dengan duduk dari awal solat sehingga ke akhirnya. Maka kedudukan kaki kerusi bahagian belakang adalah berada di atas saf, kerana ia mengambil peranan dua belah kaki. Oleh itu hendaklah dua kaki kerusi bahagian belakang dijadikan lurus di dalam saf bersama kaki para jemaah lainnya di dalam saf yang sama.

ii) Jika seseorang perlu menunaikan solat dengan menggunakan kerusi, namun di awal solat dia mampu untuk berdiri, dia akan menggunakan kerusi ketika hendak rukuk dan sujud, maka wajib dia berdiri sebaris dengan jemaah di dalam safnya dan kerusinya berada di belakangnya. Apabila dia hendak rukuk dan sujud, dia hendaklah bergerak ke hadapan sambil menarik kerusi yang berada di belakangnya jika kerusi itu mengganggu orang di belakangnya.



1200. Soalan : Bolehkah ustaz berikan doa-doa untuk mengubati penyakit hilang ingatan ?

Jawapan
Alzheimer adalah sejenis penyakit pelupa yang membuatkan seseorang itu tidak dapat memikir atau mengenal sesuatu walaupun identiti sendiri.Seseorang yang mengalami begini pada peringkat awal mereka akan mengalami kurang daya berfikir yang jauh dan sering didalam kebuntuan mencari jalan keluar.Kebiasaannya mereka akan mudah marah kepada keadaan sekeliling kerana bagi mereka orang disekeliling yang salah.

Walaupun keadaan ini nampak ketara pada setiap pandangan namun bagi yang mengalaminya ia kurang faham atas perubahan dirinya sendiri. Punca alzheimer sering berlaku disebabkan banyak faktor seperti
* Stress
* Banyak berfikir
* Kenangan @ kehilangan

Kadangkala mereka yang menghidapi penyakit alzheimer biasanya emosi mereka rasa kurang selesa dan mudah marah.Bagi pandangan pihak kami sesiapa yang menghidap alzheimer memerlukan perhatian dari orang yang dikasihi.Bila seseorang itu mengalami masalah begini ia akan mudah mendapat penyakit.
* Darah tinggi
* Kurang selera makan
* Tekanan darah rendah.
Pesakit hilang ingatan akan diberi ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah SWT untuk memohon penyembuhan.
Ayat-ayat tersebut adalah:
1. Surah Az Zumar ayat 24 hingga 37 (di baca waktu malam)
2. Surah Al-A’raaf ayat 43 hingga 56 (di baca waktu siang)
Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Az Zumar tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Al-A’raaf tiga kali pada waktu siang.
Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah SWT untuk penyembuhan. Setiap hari membaca doa yang diajarkan Rasulullah sebanyak 3 kali, yaitu:

اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ.

"Ya Allah, aku meminta kepada-Mu jiwa yang yang merasa tenang kepada-Mu, yang yakin akan bertemu dengan-Mu, yang redha dengan ketetapan-Mu, dan yang merasa-cukup dengan pemberian-Mu. (Hadis, riwayat at-Thabrani).
Dan amalkan doa di bawah 3 kali waktu lepas subuh dan 3 kali lepas asar :
Allahuma A’fini fi badani, Allahuma Afini fi sam’I, Allahuma Afini fi bashari Lailaha ila Anta. Allahuma ini A’udzubika minal Kufri wal Fakri, wa A’udzubika min adzabil Kobri Lailaha ila Anta (3x)

“Ya Allah selamatkanlah tubuhku dari penyakit, ya Allah selamatkanlah pendengaranku, ya Allah selamatkanlah penglihatanku(dari maksiat), tidak ada yang berhak di sembah dengan benar kecuali engkau, Ya Allah aku berlindung kepadaMU dari kekufuran dan kefakiran. Aku berlindung kepadaMu dari seksa Kubur tidak ada yang berhak di sembah dengan benar kecuali engkau” (HR,Bukhari, Al adab al Mufrad no. 701)


Sunday, October 18, 2015

Tanyalah Ustaz Siri 247 (Menjelaskan Hadis Dhaif Mengenai Mengumpat , Huraian Allah SWT Berada Di Arasy, Hadis Telinga Berbunyi, Peraturan Masuk Islam dan Bohong Yang Di Benarkan.)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh                                                                              

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم  


Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Sahabat yang dirahmati Allah,    


Tanyalah Ustaz Siri 247 adalah menjelaskan hadis dhaif mengenai mengumpat , huraian Allah SWT berada di Arasy, hadis telinga berbunyi, peraturan masuk Islam dan bohong yang di benarkan.

1191. Soalan :  Adakah hadis ini sahih minta ustaz memberikan pencerahannya:

"Di AKHIRAT kelak, seorang itu TERKEJUT apabila melihat CATATAN amalan KEBAIKAN yang tidak pernah dilakukannya di DUNIA. Maka, dia bertanya, "Wahai TUHANku, dari manakah datangnya KEBAIKAN yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah MELAKUKANNYA." Maka ALLAH menjawab, "Semua itu adalah KEBAIKAN (PAHALA) orang yang MENGUMPAT engkau tanpa engkau KETAHUI."


Jawapan : 

"Di AKHIRAT kelak, seorang itu TERKEJUT apabila melihat CATATAN amalan KEBAIKAN yang tidak pernah dilakukannya di DUNIA. Maka, dia bertanya, "Wahai TUHANku, dari manakah datangnya KEBAIKAN yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah MELAKUKANNYA." Maka ALLAH menjawab, "Semua itu adalah KEBAIKAN (PAHALA) orang yang MENGUMPAT engkau tanpa engkau KETAHUI."

(Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili) - 


Takhrij & tahqiq status:

Ia hadis Qudsi yg dikeluarkan antaranya oleh al-Muttaqi al-Hindi dalam Kanz al-`Ummal (no. 8047) dari Abu Umamah al-Bahili, dan berkata al-Hindi sejurus mengeluarkan hadis ini: "فيه الحسن بن دينار عن خصيب بن جحدر - pada isnad hadis terdapat al-Hasan bin Dinar dari Khusaib bin Jahdar".

Saya katakan: hadis ini dhaif jiddan, al-Hasan bin Dinar seorang yang matruk, kata al-Bukhari tantgnya; "تركه يحيى وعبد الرحمن وابن المبارك ووكيع - dia ditinggalkan (tidak dipedulikan hadis-hadisnya) oleh Yahya dan Abdulrahman dan Ibn al-Mubarak dan Waki' ", manakala Khusaib bin Jahdar pula padanya hadis-hadis munkar, kata Abu Hatim: " له أحاديث مناكير ، وهو ضعيف الحديث - dia ni ada hadis-hadis munkar, dia dhaif al-hadis" , bahkan kata Ibn Ma'in: "كذاب - dia pendusta".

Al-Hindi sendiri telah melemahkan hadis ini dengan berkata; "فيه الحسن بن دينار عن خصيب بن جحدر - pada isnad hadith terdapat al-Hasan bin Dinar dari Khusaib bin Jahdar", tidak syak ini adalah isyarat dhaif oleh al-Hindi.
 

Oleh kerana hadis di atas berstatus dhaif jiddan (sangat dhaif) maka janganlah di sebarkan hadis tersebut kerana ianya bukan hadis sahih. Hadis dhalf jiddan tak boleh di jadikan pegangan terutama melibatkan perkara ghaib yang berlaku di hari akhirat. Mereka yg suka mengumpat dan mendedahkan aib seseorang ketika di dunia maka di akhirat akan mendapat balasannya.

1192. Soalan : Bolehkan ustaz  jelaskan tentang Allah berada di Arasy?

Jawapan :


 A. Dalil Sifat Istiwa’

Sifat istiwa’ adalah salah satu sifat Allah yang telah Allah Ta’ala tetapkan untuk diriNya dalam tujuh ayat Al-Quran, iaitu :

1. Surah Al-A’raf: 54,

2. Surah Yunus: 3,

3. Surah Ar-Ra’d: 2,

4. Surah Al-Furqan: 59,

5. Surah As-Sajdah: 4 dan

6. Surah Al-Hadid: 4, semuanya dengan lafazh:

ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ

Ertinya:

“Kemudian Dia berada di atas ‘Arsy (singgasana).”

Dan dalam Surat Thaha 5 dengan lafazh:

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

Ertinya:

“Yang Maha Penyayang di atas ‘Arsy (singgasana) berada.”

Rasulullah SAW juga telah menetapkan sifat ini untuk Allah dalam beberapa hadis, diantaranya:

1. Hadits Abu Hurairah r.a, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda:

لَمَّا قَضَى اللَّهُ الْخَلْقَ كَتَبَ فِي كِتَابِهِ -فَهُوَ عِنْدَهُ فَوْقَ الْعَرْشِ- إِنَّ رَحْمَتِي غَلَبَتْ غَضَبِي

“Ketika Allah menciptakan makhluk (maksudnya menciptakan jenis makhluk), Dia menuliskan di kitab-Nya (Al-Lauh Al-Mahfuzh) – dan kitab itu bersama-Nya di atas ‘Arsy (singgasana) – : “Sesungguhnya rahmat-Ku mengalahkan kemarahan-Ku.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

2. Hadis Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW memegang tangannya (Abu Hurairah) dan berkata:

يَا أَبَا هُرَيْرَةَ، إِنَّ اللهَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرَضِيْنَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ، ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ

“Wahai Abu Hurairah, sesungguhnya Allah menciptakan langit dan bumi serta apa-apa yang ada diantara keduanya dalam enam hari, kemudian Dia berada di atas ‘Arsy (singgasana).” (HR. An-Nasai dalam As-Sunan Al-Kubra, dishahihkan Al-Albani dalam Mukhtasharul ‘Uluw)

3. Hadis Qatadah bin An-Nu’man r.a bahawa ia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

لَمَّا فَرَغَ اللهُ مِنْ خَلْقِهِ اسْتَوَى عَلَى عَرْشِهِ.

“Ketika Allah selesai mencipta, Dia berada di atas ‘Arsy singgasana-Nya.” (Diriwayatkan oleh Al-Khallal dalam As-Sunnah, dishahihkan oleh Ibnul Qayyim dan Adz-Dzahabi berkata: Para perawinya tsiqah)

B. Erti Istiwa’

Lafazh istawa ‘ala (اِسْتَوَى عَلَى) dalam bahasa Arab – yang dengannya Allah menurunkan wahyu – berarti (عَلاَ وَارْتَفَعَ), yaitu berada di atas (tinggi/di ketinggian). Hal ini adalah kesepakatan salaf dan ahli bahasa. Tidak ada yang memahaminya dengan erti lain di kalangan salaf dan ahli bahasa.

Adapun ‘Arsy, secara bahasa ertinya Singgasana kekuasaan. ‘Arsy adalah makhluk tertinggi. Rasulullah SAW bersabda:

فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَاسْأَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ فَإِنَّهُ أَوْسَطُ الْجَنَّةِ وَأَعْلَى الْجَنَّةِ وَفَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ وَمِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ

“Maka jika kalian meminta kepada Allah, mintalah Al-Firdaus, kerana sungguh ia adalah surga yang paling tengah dan paling tinggi. Di atasnya singgasana Sang Maha Pengasih, dan darinya sungai-sungai syurga mengalir.” (HR. Al-Bukhari)

‘Arsy juga termasuk makhluk paling besar. Allah menyifatinya dengan ‘adhim (besar) dalam Surat An-Nahl: 26.

Ibnu Abbas r.a berkata:

الْكُرْسِيُّ مَوْضِعُ الْقَدَمَيْنِ ، وَالْعَرْشُ لاَ يَقْدِرُ قَدْرَهُ إِلاَّ اللهُ تعالى.

“Kursi adalah tempat kedua kaki (Allah), dan ‘Arsy (singgasana) tidak ada yang mengetahui ukurannya selain Allah Ta’ala.” (Hadits mauquf riwayat Al-Hakim dan dishahihkan Adz-Dzahabi dan Al-Albani)

Allah juga menyifatinya dengan Karim (mulia) dalam Surat Al-Mukminun: 116 dan Majid (agung) dalam Surat Al-Buruj: 15.

Dalam suatu hadis shahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim dijelaskan bahwa ‘Arsy memiliki kaki, dan dalam surah Ghafir ayat 7 dan Al-Haaqqah ayat 17 disebutkan bahawa ‘Arsy dibawa oleh malaikat-malaikat Allah.

Ayat dan hadis yang menjelaskan tentang istiwa’ di atas ‘Arsy menunjukkan hal-hal berikut:

Penetapan sifat istiwa di atas ‘Arsy bagi Allah, sesuai dengan keagungan dan kemuliaan-Nya. Sifat istiwa Allah SWT tak sama dengan istiwa makhluk.

C. Beberapa Peringatan Penting

Pertama:

Istiwa’ adalah hakikat dan bukan majas. Kita boleh memahaminya dengan bahasa Arab yang dengannya wahyu diturunkan. Yang tidak kita ketahui adalah kaifiyyah (cara/bentuk) istiwa’ Allah, kerana Dia tidak menjelaskannya.

Ketika ditanya tentang ayat 5 Surat Thaha (الرحمن على العرش استوى),

Rabi’ah bin Abdurrahman dan Malik bin Anas (Imam Malik) mengatakan:

الاِسْتِوَاءُ مَعْلُوْمٌ، وَاْلكَيْفُ مَجْهُوْلٌ، وَالإِيمَانُ بِهِ وَاجِبٌ.

“Istiwa’ itu diketahui, kaifiyyahnya tidak diketahui, dan mengimaninya wajib.” (Al-Iqtishad fil I’tiqad, Al-Ghazali)

Kedua:

Wajib mengimani dan menetapkan sifat istiwa’ tanpa merubah (ta’wil/tahrif) pengertiannya, juga tanpa menyerupakan (tasybih/tamtsil) sifat ini dengan sifat istiwa’ makhluk.

Sedangkan makna ‘Arsy secara bahasa ialah: Singgasana Raja. Adapun ‘Arsy yang dimaksud oleh ayat ialah sebuah singgasana khusus milik Allah yang memiliki pilar-pilar yang dipikul oleh para malaikat. Sebagaimana disebutkan di dalam ayat yang ertinya, “Dan pada hari itu delapan malaikat memikul Arsy.”

Dan Allah SWT sama sekali tidak memerlukankan ‘Arsy, tidak sebagaimana halnya seorang raja yang memerlukan singgasananya sebagai tempat duduk.

Demikianlah yang diterangkan oleh para ulama. Satu hal yang perlu diingat pula bahawa bersemayamnya Allah tidak sama dengan bersemayamnya makhluk.

Allah SWT berfirman yang ertinya, “Tidak ada sesuatupun yang serupa persis dengan Allah, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Asy-Syura ayat 11).

Oleh sebab itu, tidak sama bersemayamnya seorang raja di atas singgasananya dengan bersemayamnya Allah di atas Arsy-Nya. Inilah keyakinan yang senantiasa dipegang oleh para ulama terdahulu yang shalih serta para pengikut mereka yang setia hingga hari kiamat. Wallahu a’lam bish showaab.

Rujukkan :

1. Al-Mausu’ah Asy-Syamilah, dikeluarkan oleh Divisi Rekaman Masjid Nabawi.
2. Syarah ‘Aqidah Thahawiyyah, Ibnu Abil ‘Izz Al-Hanafi.
3. Mudzakkirah Tauhid, Syaikh Ibrahim Ar-Ruhaili.

(Penulis: Ustaz Abu Bakr Anas Burhanuddin).


1193. Soalan : Bolehkan ustaz jelaskan kedudukan hadis bila telinga berdenging kita di minta berselawat kepada Nabi Muhammad SAW. Adakah hadis ini palsu atau sahih?

Jawapan :

Hadis yang anda sebutkan, berbunyi,

إِذَا طَنَّتْ أُذُنُ أَحَدِكُمْ فَلْيَذْكُرْنِي وَلْيُصَلِّ عَلَيَّ ، وَلْيَقُلْ : ذَكَرَ اللَّهُ مَنْ ذَكَرَنِي بِخَيْرٍ

”Apabila telinga kalian berdenging, hendaklah dia mengingatku, dan membaca shalawat untukku, dan hendaknya dia mengucapkan, ’Semoga Allah mengingat orang yang mengingatkan dengan mendoakan kebaikan.”

Ada beberapa catatan tentang riwayat di atas,

Pertama, tentang status kesahihan hadis

Hadis ini disebutkan oleh al-Azizi dalam as-Siraj al-Munir atau yang dikenal dengan Azizi ‘Ala Jami’ush Shaghir, al-Kharaithi dalam Makarim al-Akkhlaq, al-Uqailli dalam al-Maudhu’at, dari jalur Muhammad bin Ubaidillah dari Ma’mar, dari bapanya.

Al-Bukhari mengatakan,

معمر وأبوه كلاهما منكر الحديث

”Ma’mar dan bapanya, keduanya adalah munkarul hadis.” (al-Lali’ al-Mashnu’ah, 2/242).

Sementara ad-Daruquthni menyebut Muhammad bin Ubaidillah dengan ‘Matruk’ (perawi yang tidak diindahkan hadisnya).

Bahkan al-Uqaili mengomentari hadis ini dengan,

ليس له أصل، محمد بن عبيد الله بن أبي رافع قال البخاري: منكر الحديث

“Hadis yang tidak ada asalnya (tidak ada di kitab hadis). Sementara Muhammad bin Ubaidillah dinyatakan oleh Bukhari sebagai Munkarul hadis.” (ad-Dhu’afa’ 390, dinukil dari Silsilah al-Ahadits ad-Dhaifah, 6/138).

Kesimpulannya, hadis ini sama sekali tidak boleh dipertanggung jawabkan, kerana itu, tidak perlu dihiraukan, apalagi dijadikan acuan.

Kedua, dalam hadis di atas, sama sekali tidak ada keterangan bahwa telinga berdenging adalah tanda panggilan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam. Hadis di atas hanya berisi anjuran untuk membaca selawat ketika telinga berdenging. Kerana itu, tambahan bahawa denging telinga adalah panggilan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, jelas tambahan dusta, mengada-ada, terlalu berlebihan dan memalukan.

Terlebih, jika hadis tersebut adalah hadis palsu. Menyebarkan pernyataan semacam ini tidak ubahnya menyebarkan kedustaan atas nama Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam. Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda:

مَنْ حَدّثَ عَنِّي بِحَديثٍ يُــرَي أَنّه كَذِبٌ فَهو أَحَدُ الكَاذِبِين

“Barangsiapa yang menyampaikan suatu hadis dariku, sementara dia menyangka bahwasanya hadis tersebut dusta maka dia termasuk diantara salah satu pembohong.” (HR. Muslim dalam Muqaddimah Shahihnya, 1/7).


1194. Soalan : Saya ada beberapa persoalan seperti di bawah untuk seorang baru nak masuk Islam.

1) Apakah prosedur terbaik jika di datangi oleh sesorang bukan Muslim yg berhasrat menganut agama Islam? Apakah perkara atau amalan yg patut di elakkan kerana boleh membuatkan pengislaman itu tidak sah? Bagaimana pula dengan pendaftaran - adakah perlu melafazkan sekali lagi di depan pihak yg bertauliah?

2) Apakah perkara wajib yg patut di lakukan oleh saudara baru tersebut sebaik memeluk Islam, mengambilkira banyak yg belum di pelajari, termasuk mandi wajib, wuduk dll.

Jawapan :

Mendapatkan petunjuk untuk masuk islam adalah nikmat besar bagi setiap hamba. Orang yang masuk islam, bererti dia kembali kepada fitrahnya. Fitrah untuk bertuhan satu, fitrah mengikuti utusan Tuhan yang terakhir, dan fitrah untuk mengamalkan al-Quran sebagai kitab Tuhan. Lebih dari itu, islam merupakan satu-satunya agama yang akan menyelamatkan manusia dari hukuman neraka.

Firman Allah SWT :

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Maksudnya, "Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima (agama itu), dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (Surah Ali Imran ayat 85).

Untuk itulah, Allah SWT mengajarkan agar manusia tidak merasa berjasa dengan masuknya dia ke dalam agama islam. Sebaliknya, dia harus merasa bersyukur kerana Allah SWT telah memberikan hidayah islam kepadanya.

يَمُنُّونَ عَلَيْكَ أَنْ أَسْلَمُوا قُلْ لَا تَمُنُّوا عَلَيَّ إِسْلَامَكُمْ بَلِ اللَّهُ يَمُنُّ عَلَيْكُمْ أَنْ هَدَاكُمْ لِلْإِيمَانِ

”Mereka merasa telah berjasa kepadamu (Muhammad) dengan keislaman mereka. Katakanlah: “Janganlah kamu merasa telah berjasa kepadaku dengan keislamanmu. Sebaliknya, Allahlah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan memberi petunjuk untuk kamu kepada keimanan.” (Surah Al-Hujurat ayat 17)

Oleh kerana itu, untuk boleh masuk islam, tata caranya sangat mudah. Tidak perlu acara khusus, dan boleh dilakukan tanpa modal. Yang sukar adalah memastikan keikhlasan dan kejujuran hati ketika masuk islam.

Berikut beberapa tata cara masuk islam,

Pertama, ikrar dua kalimat syahadat

Ikrar syahadat adalah mengucpkan kalimat,

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ

ASYHADU ALLAAA ILAAHA ILLALLAAH

WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH…

“Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang berhak diibadahi kecuali Allah, dan aku juga bersaksi bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah”

Catatan:

Jika kesukaran untuk mengucapkan dua kalimat ini secara fasih, boleh dipandu oleh orang muslim, dan muallaf cukup mengikuti ucapan yang di ucapkan. Selanjutnya diucapkan juga erti dari kalimat tersebut, agar memahami apa yang dia ucapkan.

Kedua, ikrar ini harus diucapkan di depan saksi kaum muslimin. Jumlah saksi minima dua orang muslim yang baik tidak fasik.

Tujuan saksi adalah agar muallaf ini diakui telah pindah agama oleh masyarakat muslim lainnya. Sehingga selanjutnya, dia dilayan sebagaimana layaknya seorang muslim.

Masuk islam tidak harus di depan ustaz, tuan guru, ulama, atau tokoh agama lainnya. Kerana bukan syarat diterimanya syahadat, harus diucapkan di depan tokoh agama. Namun harus di depan saksi dua orang muslim. Dan saksi, tidak harus tokoh agama.

Hanya dengan melakukan dua hal di atas, berikrar syahadat dan disaksikan muslim yang lain, maka sang muallaf telah dinyatakan sebagai muslim yang sah islamnya. Dia mendapatkan hak dan kewajiban, sebagaimana muslim lainnya.

Selanjutnya, ada beberapa yang perlu dilakukan,

Pertama, dianjurkan mandi besar

Dalam mazhab Syafiiyah, dianjurkan bagi orang yang baru saja masuk islam untuk mandi besar, membasahi seluruh badan.

Anjuran ini berdasarkan riwayat dari sahabat Qais bin Ashim radhiyallahu ‘anhu,

أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرِيدُ الْإِسْلَامَ فَأَمَرَنِي أَنْ أَغْتَسِلَ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ

Aku mendatangi Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk masuk islam. Kemudian baginda menyuruhku untuk mandi dengan air dan daun bidara. (HR. Abu Daud 355 – shahih)

Ada juga yang menyebutkan, dianjurkan untuk membotakkan rambut.kepala. Namun suruhan ini berdasarkan riwayat yang dhaif.

Kedua, Kerjakan solat

Solat merupakan rukun islam yang kedua setelah syahadat. Kerana itu, setelah muallaf mengikrarkan syahadat, dia berkewajiban menjalankan solat sebagaimana muslim yang lainnya.

Yang harus dia lakukan,

1. Jika dia sudah memahami tata cara solat dan hafal al-Fatihah serta bacaan solat yang wajib, maka dia boleh solat sendiri. Dan jika laki-laki, muallaf selalu diajak untuk jamaah solat wajib di masjid. Dengan tetap terus mengkaji tata cara solat yang sempurna.

2. Jika dia belum memahami cara solat yang benar, ada 2 yang harus dia lakukan:

a. Belajar tata cara solat yang benar, dan menghafal bacaan-bacaan wajib dalam solat

b. Selama belum boleh solat dengan sempurna, dia harus bermakmum dengan muslim yang lain ketika solat, sehingga boleh menjaga kepentingan solatnya.

Ketiga, Khitan (bersunat)

Khitan hukumnya wajib bagi lelaki. Kerana khitan bagian dari menjaga fitrah kesucian manusia.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda :

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ – أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ – الْخِتَانُ وَالاِسْتِحْدَادُ وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ وَنَتْفُ الإِبْطِ وَقَصُّ الشَّارِب

“Fitrah itu ada lima perkara : khitan, mencukur bulu kemaluan, menggunting kuku, mencabut bulu ketiak, dan mencukur kumis (misai) “ (H.R Muslim 257).

Lebih dari itu, khitan merupakan syiar kaum muslimin, yang juga diikuti oleh kelompok agama yang lain. Kerana itu, muallaf yang baru masuk islam dan dia belum dikhitan, maka disarankan agar segera melakukan khitan.

Hanya saja, jika anjuran untuk khitan ini boleh memberatkan dirinya dan bahkan boleh membuat muallaf lari menjauhi islam, maka anjuran khitan boleh ditunda, sampai dirasa cukup baginya untuk melakukan khitan tanpa paksaan.

Keempat, syariat islam lainnya

Selanjutnya, muallaf diarahkan untuk mempelajari syariat islam lainnya, yang wajib baginya, seperti tata cara puasa, menjawab salam, mendoakan orang bersin, dan jika dia orang yang mampu, diajari tentang syariat zakat.

Semakin sering belajar, akan semakin membuat para muallaf mencintai agama islam.

Kelima, kami sarankan agar muallaf segera melaporkan ke Pejabat Agama atau JAKIM untuk mendaftar masuk islam dan terdapat kad Pengenalan masuk Islam yang dim keluarkan oleh Pejabat Agama.

Perhataian :
Pengislaman untuk mereka yang baru nak mengucapkan kaliamah Syahadah boleh di lakaukan :

1. Di Pejabat Agama dan di saksikan oleh pegawai agama

2. Di Masjid - Imam masjid akan melakuakan upucara pengislaman dan dua orang saksi AJK Masjid.

3. Di Pejabat PERKIM atau NGO Islam seperti Hidayah Centre, Outreach ABIM, Persatuan Cina Islam dan NGO Islam yang lain.


Prosedur Pendaftaran Masuk Islam & Pemberian Kad Akuan Masuk Islam Serta Panduan Ringkas Selepas Masuk Islam di Jabatan- Jabatan Agama Islam di Lembah Klang.

1. Hadir sendiri atau bersama saksi dan bersama pegawai Dakwah Hidayah Centre untuk mengisi borang Pendaftaran Masuk Islam.

2. Berumur 18 tahun dan ke atas (termaktub pada akta 505), Surat Kebenaran Penjaga jika dibawah umur.

3. Satu salinan Kad Pengenalan / Paspot (warga asing) beserta Visa / Dokumen Perjalanan yang masih sah.

4. Membawa 2 orang saksi beserta salinan Kad Pengenalan Saksi (mesti) iaitu warganegara, beragama Islam, berumur 18 tahun ke atas dan tertakluk kepada kehendak Pendaftar Mualaf.

5. 4 keping gambar ukuran saiz Kad Pengenalan / Paspot.

6. Surat Pengesahan Masuk Islam jika telah memeluk Islam di Masjid dan NGO-NGO Islamik seperti JIM, PERKIM, ABIM, MACMA, ACCIN atau lain-lain tempat.

7. Kad Akaun Masuk Islam akan diserahkan selepas permohonan pendaftaran disempurnakan.

8. Kad Akaun Mauk Islam hanya boleh dituntut oleh Mualaf (saudara baru) sahaja.

9. DIWAJIBKAN menghadiri Kursus Intensif Fardhu ‘Ain atau Kelas Asas Fardhu ‘Ain anjuran mana-mana Jabatan Agama Islam / Cawangan Saudara Muslim pada tarikh yang telah ditetapkan bagi pendedahan awal tentang ajaran Islam.

10. PengIslaman dan pendaftaran boleh dibuat pada waktu perkhidmatan pejabat agama Islam:

Isnin – Khamis:

8.00 pagi – 12.00 tengahari ; 2.00 petang – 5.00 petang

Jumaat:

9.00 pagi – 12.00 tengahari ; 2.30 petang – 5.00 petang



1195 . Soalan : Saya ingin bertanya adakah ada dalam Islam bohong yang di benarkan? Minta pencerahan ustaz.

Jawapan :


Dari Ummu Kultsum binti Uqbah radhiallahu anha bahwa dia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

لَيْسَ الْكَذَّابُ الَّذِي يُصْلِحُ بَيْنَ النَّاسِ فَيَنْمِي خَيْرًا أَوْ يَقُولُ خَيْرًا

“Bukanlah disebut pembohong orang yang menyelesaikan perselisihan di antara manusia dengan cara dia menyampaikan hal-hal yang baik atau dia berkata hal-hal yang baik”. (HR. Al-Bukhari no. 2692 dan Muslim no. 2605)

Maksudnya: Walaupun apa yang dia sampaikan atau katakan itu tidak benar, akan tetapi dia mengucapkannya agar terwujud perdamaian di antara kedua belah pihak.

Dalam riwayat Muslim ada tambahan:

وَلَمْ أَسْمَعْ يُرَخَّصُ فِي شَيْءٍ مِمَّا يَقُولُ النَّاسُ كَذِبٌ إِلَّا فِي ثَلَاثٍ الْحَرْبُ وَالْإِصْلَاحُ بَيْنَ النَّاسِ وَحَدِيثُ الرَّجُلِ امْرَأَتَهُ وَحَدِيثُ الْمَرْأَةِ زَوْجَهَا

“Saya tidak pernah mendengar diperbolehkannya bohong yang diucapkan oleh manusia kecuali dalam tiga hal: Bohong dalam peperangan, bohong untuk mendamaikan pihak-pihak yang bertikai, dan bohong suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami.”

Penjelasan ringkas:

Bohong merupakan dosa yang sangat besar dan amalan yang sangat buruk. Hanya saja, jika pada suatu keadaan tertentu, pembohongan boleh membawa kemaslahatan syar’i yang lebih besar daripada mudharat pembohongan itu, maka ketika itu bohong diperbolehkan jika ada keperluan. Hanya saja ini bukan bererti setiap orang boleh berijtihad dengan pemikirannya untuk menilai suatu bohong itu boleh atau tidak, kerana Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam sendiri telah menegaskan bentuk bohong yang diperbolehkan dalam syariat. Oleh itu kita wajib terbatas pada apa yang beliau sebutkan dan selainnya tetap dalam hukum haram dan merupakan bohong yang tercela.

Adapun pembohongan yang diperbolehkan adalah:

1. Bohong untuk mendamaikan pihak yang bertikai.

2. Bohong dalam perang. Jabir bin Abdillah radhiallahu ‘anhuma berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

الْحَرْبُ خَدْعَةٌ

“Perang adalah tipu daya”. (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

3. Bohong suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami.